Gunung Mulu National Park, Miri | Wind Cave dan Clearwater Cave

Gunung Mulu National Park, Miri | Wind Cave dan Clearwater Cave - Hari kedua di Mulu kami dibawa keempat buah gua lagi. Menggua je keje kali ni hahaa.. Bermula dengan Wind Cave, Clearwater Cave, Lang Cave dan Deer Cave. Yang dua terakhir tu kami berjalan lebih dari 4km. Dah jadi bunting padi dah betis hohoo.. penat tapi puas hati.

Taman Negara Gunung Mulu seluas kira-kira 528 hektar ini  merupakan gabungan karst dan hutan hujan tropika yang tebal dan masih terpelihara. Ianya telah diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site semenjak tahun 2005. Penduduk Mulu pula terdiri daripada kaum Penan dan Berawan seramai lebih kurang 400 orang sahaja. Yang nomad tu tak tahulah berapa orang. Dok dalam hutan macam mana tahu the exact figure.
 
Sebelum ke gua kami dibawa ke perkampungan kaum Penan di Batu Bungan. Sebenarnya ini ialah shopping stop tetapi tiada hard seller di sini. Kaum wanita di sini menjual hasil kraftangan yang mereka usahakan di waktu lapang. Mereka berniaga sekejap aje semasa kita sampai lepas tu balik rumah uruskan hal memasing.
 
Pakej lawatan di Mulu ni berjadual, maknanya kalau trip kita tu pukul 8.30 pagi janganlah pukul 9 baru keluar dari bilik dan terhegeh-hegeh nak breakfast pulak. Ada gua yang dikunci pukul 12.30 tengahari. Kalau kita tak ikut jadual kita akan menyusahkan banyak pihak seperti park authorithy, guide dan pemandu bot yang disewa. Kalau kita terkunci kat dalam gua tu nangesss!

So sweet.... pasangan buta di batu Bungan.
 
Perkampungan Penan. Rumah panjang yang asal telah terbakar jadi mereka disediakan rumah panjang moden yang diperbuat daripada batu-bata tapi seperti belum diduduki..

Alat muzik yang dibunyikan dengan hembusan hidung.

Snake barbeque anyone? Ular tedung ini bukan untuk dimakan tetapi dibunuh kerana sangat merbahaya. Tulangnya mesti dipastikan hancur terbakar kerana bisanya tetap ada. Orang di Penan di sini tak makan ular tedung.

Nak test skill menyumpit pun boleh. Aku dah try di Perkampungan Orang Asli dulu. Terer gak si Naz nih.

Dari Batu Bungan kami menyambung perjalanan melalui Sungai Melinau 15 minit lagi. Nasiblah, kalau air cetek bersama-samalah kita menolak bot.
 
Gua pertama yang kami kunjungi ialah Wind Cave (Gua Angin) setelah berjalan kaki sejauh 350m. Alaa... tak jauh pun, sekali pusing stadium je. Gua ini mendapat namanya kerana terdapat kawasan yang sejuk di dalamnya. Ia merupakan sebahagian daripada sistem Clearwater yang mempunyai stalagmait, stalagtait, flowrocks, helitites dan rock corals, seperti yang terbentuk di ‘King’s Room'.

Keluar dari Wind Cave berjalan kaki lagi 1088 steps bersamaan 480m untuk sampai ke Clearwater Cave pulak. Gua yang sepanjang 107 km ini merupakan gua yang terpanjang di Asia.
 
Jernihnya air sungai
 
Tinnginya tangga... boleh bayangkan tak betapa besarnya gua ni? gua ni sangat cantik .
 
Beberapa gambar blur, sorry lah ya sebab torchlights kami tertinggal dalam bot. Nak guna auto tak boleh so kena manual focus dengan slow shutter. Bergegarrrr.... but still boleh bayangkan keindahan gua-gua ni kan? Rugi tak pergi.

Untuk ke picnic area berdekatan mulut gua kami berjalan kaki selama 10 minit. 

Pakej yang kami dapat ni siap dengan makan tengahari. Ada foreigner yang tak puas hati sebab mereka membayar lebih mahal tapi lunch tak disediakan oleh guide/travel agent mereka. Dah kami pun makan tak banyak mana, guide kami tu offer lah kat diorang jugak. Haishh kesian orang lapar.
 
Kawasan berkelah yang disediakan lapang dan lengkap dengan tandas. Tiada masalah untuk solat. Solat je lah di kawasan lapang tu.... lepas tu mandi debushhhh..!! Aku malas nak mandi setakat lepak baca buku dan jadi jurugambar kengkawan jer. Seronoknya dioranggg...

Tak sabar sabar diorang nak mandi air sungai yang sejuk dan jernih yang mengalir keluar dari gua. Sungai Clearwater  sepanjang 210km ni merupakan sungai bawah tanah yang terpanjang di Asia Tenggara. Bertuahnya negara kita ni, yang hebat-hebat semua ada di sini, kita je yang tak tahu dan explore. Cantiknya berfoto-foto di sini...
 
Seronoknyaaaa... kenapalah aku tak mandi hari tu? Sibuk nau amik gambar

Leka diorang ni memerhati ikan. Mandi dengan ikan giler best!!

Mulu sangat sesuai untuk team building. Uolls kalau ada seminar atau kursus di Miri/Kuching/Bintulu cadangkan kat higher management untuk sambung aktiviti di sini. Air sungainya perghhh... sangat jernih.!!
 
Tazkirah di Hari Minggu

Tazkirah di Hari Minggu | Assalamualaikum and good morning.....

Hari ni sebenarnya aku nak melepaskan geram tapi selepas puas mengarang-edit-karang-edit akhirnya selepas Isyak semalam hati sejuk sikit. Biarlah, bersabar je dulu simpan dalam draf. I don't want to stoop too low sama macam dia. Joyah sangat style nya... kata berkelas.
 
Dulu aku pernah tak puas hati dengan seorang staf kat legal office yang handle rumah yang aku beli tu. Bila dia berkali-kali membuat onar aku emel bos dia nak tahu duduk perkara. Aku tanya elok-elok secara senyap bukannya melahar orang di media sosial macam orang lain takde maruah.  (Kita punyalah menjaga diri dari menulis perkara negatif tapi makin seronok pulak dia 'mengusik' tak habis habis). Urusan belum selesai tapi staf pejabat peguam tu dah berhenti kerja.
 
Di satu bank, kes beli rumah jugak. Sakit pulak hati aku takde effort nak cari atau ganti dokumen yang hilang sedangkan aku mengejar masa 90 hari tu. Kalau tak diperhambat hanguslah deposit rumah tu. Aku tulis elok elok jer... takde huruf besar pun. Kita kena fikir juga implikasi terhadap mangsa. Soalan aku seperti, nak saya tolong carikan dokumen tu di pejabat tuan? Kena jugak dia tapi tak diberhentikanlah. Pernah tak rasa dimarah bos di hadapan your colleagues dan dibangkitkan dalam meeting? 
 
Jadi aku belum nak emel lagi. Kalau aku emel, i will demand for public apology for the humiliation and embarassment. Biarkan dia bagai anjing menyalak bukit dulu.

Banyak kali aku beristighfar. Allahhuakbar. Aku sedang berusaha menjadi manusia yang lebih baik. Sabarlah hati... but don't test me. Kitorang tak makan Nestum, kitorang makan cili api.

Tak tahu apa yang dia tak berpuas hati, tak pernah diberitahu untuk penambahbaikan hanya sekadar kata-kata sindiran di media sosial yang diulang-ulang. Kata tak suka orang bercakap belakang tapi diri sendiri...? Cerita buruk dia pun aku diamkan saja tak pernah sampaikan kepada sesiapa walaupun orang lain dah heboh bercerita kepada pihak ketiga selepas majlis tu.

**Update**Aku tahu dah sebabnya. Dia dok jaja kat orang lain yang aku ni diva, orang dah sponsor trip tapi nak jual gambar event kat syarikat dia. Seingat aku, aku bertanya boleh tak aku letak watermark kat gambar? Dan dia jawab, diorang kan sponsor semua... Aku ikutkan je lah walaupun itu harta intelek. Aku masih simpan lagi whatapps tu ye. Jangan memfitnah orang. Dahlah hari-hari melawan tuhan, jangan tambah lagi dosa dengan manusia. Kalau aku tak ampunkan??
 
Zaman sekarang ni kita screen capture aje apa-apa yang perlu. Bos kepada bos  dia pun kita kenal, boleh duduk semeja berborak panjang lagi. Dia yang buka cerita kata dia ada dalam friendlist si fulan tu tapi dengan nickname and he says, he/she talk too much. Menunggu masa je tu. Hahaa... nasib kau lah. Kita ni kalau bermajikan akan sentiasa membawa imej syarikat online or offline. Jika bekerja sendiri apatah lagi. Jangan ingat kita hebat sangat sebab ramai lagi yang belum diberi peluang menunjukkan bakat.  Bukannya kena baik seperti malaikat, kalau berpakaian taraf Lorong Hj Taib pun tapi mulut dijaga takdelah bermasalah dengan ramai orang.  
 
Aku masih menahan sabar dan menahan jari daripada menekan 'publish' blogpost yang aku buat tu. Blog aku ni walaupun sendu tapi selalu juga berada di first page google search.
 
Sekian.
 
***Eh awak, kalau bosan di hari minggu ni cuba baca tentang tips hartanah pulak. Bisnes kecil-kecilan je... nak jual jubah tak reti. Entry lama, sebelum fokus kat travel story saja.

Hotel Review | Bagasta Boutique Guesthouse - A Modern Kampung Experience in Kuala Lumpur

Hotel Review | Bagasta Boutique Guesthouse - A Modern Kampung Experience in Kuala Lumpur | Malaysia terkenal dengan kepelbagaian budaya bangsa dan Kuala Lumpur sendiri telah diiktiraf sebagai lokasi membeli-belah yang ke-4 terhebat di dunia. Keindahan dan berbagai pengiktirafan yang diraih oleh Malaysia membawa bersama kedatangan pelancong yang meningkat setiap tahun. 

Pelancongan melibatkan tiga perkara asas iaitu penginapan, pengangkutan dan makanan. Bukan semua yang datang ke mari pakcik kayo... ramai juga golongan sederhana dan budget travellers. Golongan yang kedua dan ketiga yang pertama kali datang ke sesuatu negara biasanya akan menginap di kawasan bandar yang mudah akses kepada pengangkutan awam dan dekat dengan tourist attractions.

Selain hotel mahal yang berada di sekeliling Petronas Twin Tower @ Kuala Lumpur City Centre @ KLCC - pernah tak terfikir ada juga hotel sederhana yang boleh memberikan pemandangan KLCC yang jelas serta dikelilingi oleh restoran berselera timur dan barat serta berdekatan pula dengan LRT?

Bagasta Boutique Guesthouse yang terletak di Kampung Baru, Kuala Lumpur ada kesemua ciri itu. Tak perlu bercerita banyak kot, tengok je lah gambar-gambar di bawah ni. Lebih menarik lagi konsepnya 'kampung dalam bandar'.

Bilik aku ni kecik sikitlah tapi lengkap. Yang penting hampir kesemua 30 biliknya boleh nampak KLCC.
 
Harga bilik bermula daripada RM180 sebilik semalam. For locals try tanya dulu, mungkin boleh dapat sedikit diskaun.

Sumber : Bagasta

Sumber : Bagasta

A spectacular view from rooftop. Sorry, gambar tak cantik.

Breakfast juga di rooftop. Selepas subuh terus naik atas ni untuk melihat sunrise. Kalau rajin shoot video. Buat time lapse lagi ngam.
 
Kampung baru terkenal dengan sajian makanan yang pelbagai dan enak. Kalau tak nak citarasa Melayu try western food. Sekitar Bagasta Boutique Guesthouse ni ada tiga restoran yang menyediakan makanan barat. Makan steak lah pulak, hari hari makan nasi kat rumah kan...

LRT hanya 5 minit berjalan kaki manakala Masjid Jamek Kampung Baru yang terkenal dengan bubur lambuk di bulan Ramadhan jauhnya hanya sekangkang kera. Location wise memang strategiklah guesthouse ni. Sesuai sangat dijadikan base untuk kita berjalan kemana-mana di dalam Kuala Lumpur.

Tempat pelancongan yang berdekatan Kampung Baru:
- Zoo Negara
- Dataran Merdeka
- Bangunan Sultan Abdul Samad
- Petaling Street (Chinatown)
- Kuala Lumpur Golf & Country Club
- Kawasan membeli-belah Bukit Bintang
- Masjid India
- Perdana Botanical gardens

Sila hubungi :
Bagasta Boutique Hotel
56 Jalan Raja Alang, Kg Baru
Kuala Lumpur.

Telephone: +603-26989988
Faks: +603-26989688
E-mail: reservation@bagasta.com.my

Gunung Mulu National Park, Miri | Eksplorasi Gua Lagang

Gunung Mulu National Park, Miri | Eksplorasi Gua Lagang | Bila dapat itenerary untuk post tour selepas Borneo Jazz daripada STB, my reaction was... senyum sampai telinga dan rasa  nak melompat! hahaa.. best giler !!

Pilihan yang diberi ialah Bario atau Gunung Mulu National Park. Kedua-duanya menarik tapi aku pilih Mulu sebab start teringin nak pergi bila ada kawan post gambar family trip dia ke sana. Dah 3 tahun rasanya.
 
Our 3 days 2 nights trip kami packed dengan aktiviti keluar masuk gua. Kami dibawa melihat Lagang Cave, Wind, Clearwater, Lang and the last one Deer Cave. Kemuncaknya melihat beberapa kumpulan kelawar terbang keluar dari Deer Cave (Gua Rusa). Amazing! Melenjan eksplorasi gua pagi dan petang.
 
Kepada mereka yang ingin melakukan perkara yang sama, silalah berlatih berjalan kaki dan turun naik tangga office ya. You realy really really need to walk A LOT. Yang paling seronok semasa di Gua Lagang. Ko suggest kat boss buat team building kat sini weh.
 
Kami sampai di Mulu dari Miri dengan menggunakan MASwings. Hanya anak syarikat penerbangan MAS ini sahaja yang memberikan perkhidmatan ke sana. Jangan pandang sebelah mata penduduk pedalaman di Sarawak ni, duduk dalam hutan pun naik kapal terbang ke sana ke mari. Kepada yang lebih adventurous boleh try naik bot dari Miri-Kota Marudi-Mulu. 6 jam keseluruhannya... kebas punggung. Naik ATR-Turboprop MASwings la senang weh 30 minit aje. Dapat Milo sekotak... minum Milo anda jadi sihat dan kuat! hehee..

Pemandangan di airport pun dah cantik.
 
 Ini jadual perjalanan MASwings dari Miri-Mulu-Miri/Kuching/Kota Kinabalu. Empat penerbangan setiap hari.

Selepas makan tengahari di Mulu Marriot Resort & Spa kami dibawa ke Mulu Park Office sebelum dibawa meneroka Gua Lagang. Aku perasan ada sebuah surau/masjid dalam perjalanan tu walaupun muslim adalah minoriti di sini.
 
Kita perlu membayar harga tiket sebanyak RM15 yang boleh digunakan selama 5 hari (foreigner RM30 seorang). Kalau nak digunakan lebih dari sehari jangan buka gelang tu sebab ia kalis air. Kalau terbuka juga silalah bawa sekali supaya tak kena membayar sekali lagi. Selepas tu kita akan diberikan safety helmet berlampu. Sandal tak sesuai digunakan untuk caving, kalau setakat berjalan di Fast Lane tu ok jer. In case terlupa bawa kasut boleh try tanya kat park office tu, manalah tahu ada saiz kan, tak pun pakai je lah macam maskot McDonald tu.
 
Dikatakan terdapat 40 buah gua di Mulu tetapi yang dijadikan show caves hanya beberapa buah. Pujian patut diberikan kepada kerajaan Sarawak, Sarawak Tourism Board dan Park Authority kerana berusaha menjaga UNESCO World Heritage Site yang satu ini. Pintu gua dikunci selepas waktu-waktu tertentu untuk mengelakkan kes kecurian sarang burung dan vandalisma. Track kayu belian yang disediakan untuk kemudahan pengunjung itu pun dipasang agak jauh dari dinding gua supaya 'tangan-tangan gatai' tak merosakkan gua. Sel-sel di tangan kita ni boleh memusnahkan stalagtait dan stalagmait secara perlahan-lahan.
 
Ini pengalaman kedua aku masuk gua selepas Gua Tempurung dua bulan lalu. Gua Lagang yang sepanjang 1.7km ini antara gua yang cantik and suitable for caving activities for amateur. Ada banyak stalagtait, stalagmait dan sedimen gua untuk dilihat dan diabadikan dalam gambar. Educational betullah trip kali ni.

Bot pelancong.

Hah korang dermalah sikit, dah boh nama negeri tu jangan buat malu dengan kotak kosong.

Di kanan sekali guide kami, Gary. Perempuan di tengah tu ialah Park Manager, Allison Prithchard.

Sebelum memulakan perjalanan park guide akan memberikan short briefing. Oh terlupa pulak, setiap seorang dikenakan bayaran RM160 untuk caving activities ya. Berbaloi-baloi! Mesti guna khidmat registered guide tau.

Naik bot dalam 10 minit.

Perkampungan kaum Penan.

Row row row your boat... dari park office perjalanan dengan bot akan mengambil masa lebih kurang 10 minit ke Lagang Cave. Ke jeti jer.... lepas tu kena berjalan kaki berapa meter eh...err.... dalam setengah jam lah. 

Gary mendahului kami menyusuri denai ke Lagang Cave. Kami membuat a few stops untuk diperkenalkan kepada beberapa jenis tumbuhan dan pokok besar di laluan tersebut.

Setengah jam jugaklah berjalan nak sampai ke pintu gua. Gua ini akan dikunci dikedua-dua pintunya pada pukul 5 petang.
 
Fast track untuk yang tak mahu membuat aktiviti lasak.

Kalau setakat nak tengok tengok ikut je wooden plank tu. Nak membuat track pejalan kaki tu pun memakan masa selama 4 tahun. Kayu belian tu 4 kerat beratnya hingga 50kg.
 
Pakej yang disediakan untuk kami adalah eksplorasi gua. Jika tak berminat atau rasa tak mampu boleh je sekadar berjalan kaki di tempat yang disediakan. Ada je omputehs yang bawa anak tak sampai setahun ke sini. Best kan, takde banyak pantang larang. Orang dah sampai ke bulan kita dok berpantang pantang lagik. Berada di tempat asing beringatlah, baca ayat Kursi ke... dan jangan cakap besar. Gua bukan rumah kita tetapi mungkin penginapan 'orang lain'.
 
Di pertengahan jalan kami disuruh turun mengikut jalan asal. Haaa...baru adventure! Maka berjalanlah kami di permukaan tak rata, tinggi rendah. Time rock climbing tu aku cemas sikit. Masa ni baru teringat laki di rumah hahaa.... kelemahan aku adalah untuk push diri naik ke atas. Takutnya lak aiii...  Mujur kami semua berbadan besar bolehlah tolong-menolong.
 
"Macam menyesal je muka akak" hoiii..!! hahhaaa... seronok si Gary membahan aku. Aku suka tapi memang cemas sikit la masa memanjat batu tu sebab lose stone kan. Tergolek dog aku karang naya je.
 
Kita juga perlu membongkok, merangkak dan berjalan itik. Masa ni terasa bertuahnya jadi orang pendek. Tak sesia kena denda dengan Cikgu Anuar masa darjah 3 dulu hahaa... latihan awal tu. Yang seksanya kena merayap macam askar dalam ruang yang setinggi 60cm. Badan kami dahlah tebal belaka...seksa okey. Sakit siku nak menampung badan. Tapi, kami terlebih bijak, cikgu suruh merayap kami pakat berguling-guling sampai ke hujung hahahaha.... kelakar giler! Lantai tu lembap dan tak rata jadi bila badan dan kaki yang dah letih ni dapat berehat sekejap masa terlentang tu rasa macam urutan refleksologi. Baju memasing jangan cakaplah, dah macam kerbau berkubang. Oooo patutlah dipesan untuk membawa baju spare.

Ada siling yang lebih rendah daripada ini. Seronokkan Nia dan Dony?

Rehat jap letih worrrr. Thank you STB hadiahkan dry bag yang memang kami perlukan ni.
 
Gambar yang dipenghujung kebanyakannya diambil Nia. Aku dah tak nak keluarkan kamera sebab tangan dah kotor sangat.
 
 Hadiah kejayaan...hehe.. diorang je mandi kat sini aku mandi kat swimming pool Marriot. 
 
Peminat aktiviti lasak termasuk geng trekking dan hiking kena try masuk gua-gua di Gunung Mulu National Park ni. I can assure you pasti tak menyesal. Nanti aku share details guide yang korang boleh dapatkan harga yang berpatutan.
 
Apa yang perlu dibawa?

1) Please wear a pair of good walking shoes or sport shoes.
2) Raincoat
3) Drinking water and biscuits
4) Sepasang pakaian bersih
**Torchlight and safety helmet akan dipinjamkan oleh park authority.
MYR 160.00 per pax.

The Mulu Caves include Sarawak Chamber, the second largest known natural underground space in the world after Miaos Chamber in China although still the largest by surface area.
We did the four show caves in one day. From the Royal Mulu Resort we went with a longboat to HQ to sign in and get an bracelet that give access to the park for 5 days. After that we sail to a village with a mall souvenir market (no pushy salesmen) and from there to the first two caves. I have seen more beautiful stalagmites and stalactites in Europe but these caves are mind blowing gigantic. First we visited Wind Cave and then the terrific and large Clearwater Cave. After that we did swim in the Clearwater river. There were changing rooms available. The bottom of the river is sand so we did not need shoes.

In the afternoon we visited the Lang’s cave and the biggest and most impressive cave I ever seen; the Dear cave. The cave is that high that we could not see the millions of bats hanging on the sealing. We must believe the guide that the dark spots where the bats.

After the caves we wait for the bat flying out. They did from 5:30 to 6:30PM.
I consider the Show caves as THE highlight of our trip on Borneo

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free