Betul ke ada terowong komunis di Port Dickson?

Sejarah berlaku setiap hari dalam hidup manusia. Ada yang dibukukan, ada juga yang  melalui penceritaan dari mulut ke mulut. Kini kehebatan teknologi banyak membantu menyebar-luaskan lagi sesuatu berita tanpa sempadan. Secara tradisionalnya, kita mengetahui banyak perkara penting yang telah berlaku di dalam negara dari fakta yang dikemukakan muzium-muzium yang dibina serata negara.



Tahun ini saja dah dua kali aku ke muzium di Port Dickson ni tapi kali ini lebih menarik sebab dapat guided tour at Muzium Tentera Darat. Semuanya diuruskan oleh Tourism Malaysia Negeri Sembilan. I ikut jer. Kalau datang dengan rombongan agaknya boleh je request lawatan berpandu ni.

Kalau kita ni jenis minat sejarah lawatan sejam sebenarnya tak cukup. Setakat nak tengok gambar bolehlah, nak membaca semua tak sempat. Banyak informasi bergambar tentang permulaan dan perubahan Angkatan Tentera Malaysia since inception.

Hanya satu muzium tentera yang terdapat di Malaysia, yang inilah di Bandar Tentera Darat Port Dickson. Letaknya sangat berdekatan dengan kem. Kalau dari arah Seremban, bila sampai traffic lights masuk kanan dan jalan terus ke depan. Kalau dari arah Bagan Pinang kena masuk simpang kiri.

 Kapsul masa
 
 Pengarah Tourism Negeri Sembilan bersama pegawai tentera yang menjadi jurupandu lawatan kami

Ada berbagai bahan pameran seperti kenderaan perang, kapal terbang, pakaian, gambar lama, terowong dan sebagainya. Aku ingatkan askar ni ada tiga jenis pakaian je rupanya ada lima. Bolehlah tengok sendiri di sini. Bahan pameran juga diatur mengikut zaman. Ada juga tayangan video yang mengambil masa 20 minit yang menjadikan Shaharudin Tambi dan Hairi Othman sebagai penceritanya. Hmm...Muzium Tentera Darat dah gunakan teknologi ni selama 10 tahun, aku ingatkan yang kat Hang Tuan Centre di Melaka the latest.

Pembinaan muzium ini cetusan fikiran mantan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen. Tan Sri Md Hashim bin Hussein dalam usaha untuk meningkatkan taraf profesionalisme warga Tentera Darat dengan mengembangkan aspek intelektual, budaya cintakan organisasi dan menghayati sejarah Tentera Darat.


Muzium ini dibahagikan mengikut zaman atau "through the decades", kato uwan den. Ia dikisahkan bermula zaman silat Kesultanan Melayu Melaka, semasa menjadi taklukan Portugis, Belanda dan British. Tidak ketinggalan masa gelap berlawan dengan komunis, era penubuhan Askar Melayu sehinggalah kepada era Tentera Darat Hari ini.

Pasukan Sukarela Melayu yang ditubuhkan pada 1902 merupakan pasukan askar melayu pertama yang ditubuhkan yang kemudiannya dikenali sebagai ‘Malay States Volunteer Regiment’ (MSVR). Abdul Samad Abdullah adalah orang pertama daripada 25 orang yang menjadi Askar Melayu di Skuad Percubaan, kemudiannya wujud Batalion pertama dan kedua di kala Jepun menyerang Tanah Melayu.

Gesaan oleh empat pembesar Melayu kepada pemerintah Inggeris telah mendorong kepada penubuhan Skuad Percubaan seramai 25 orang rekrut pada 1 Mac 1933 di Depot Port Dickson. Saya pasti ramai yang mengenali Leftenan Datuk Adnan yang memang telah berjasa kepada negara sehingga ada filem berkaitan beliau dihasilkan dan untuk pengetahuan anda, beliau adalah didalam pasukan yang ke-90. (dari website muzium TD)

 Meriam yang masih dalam baik kondisinya


Yang lebih menarik ada replika terowong komunis yang bertujuan memberi pengalaman sebenar kepada setiap pengunjung. Disini terdapat artifak asal dan panel grafik untuk membantu pelawat
merasai sendiri bagaimana teruknya para askar kita semasa bertarung dengan komunis dulu. Masuklah terowong tu, tak de apa yang nak ditakutkan pun sebab punyalah luas, dua buah motor pun boleh merempit. Terowong tu tak macam Chu Chi Tunnel di Ho Chi Minh City apatah lagi terowong komunis yang di selatan Thai tu. Gelap dan terpengap macam masuk lubang kubur. Chu Chi Tunnel boleh tahan lagi sebab saiznya dah dibesarkan sikit mengikut saiz pelancong.

Replika terowong bawah tanah sepanjang 142 meter bermula dari Blok B dengan dua pintu keluar iaitu di Kampung Hutan dan Pesawat Caribou. First time aku ke sini hari tu tak perasan pulak terowong ni, anak yang dah pernah ikut rombongan sekolah pun tak cakap. Kita akan ditunjukkan segmen Pengawal PKM, Bilik Sakit, Tempat Tidur, Sasaran Menembak, Barang Rampasan dan Bilik Gerakan.

 'Komunis' yang mengalami kecederaan
 
 Alat penyeksaan @ torture machine
 
 
 Ini Panglima Tentera Darat kita sekarang Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor

Yang lagi syoknya ada jambatan gantung di belakang kafe. Jambatan ini bukan dibuat untuk komersil seperti di Poring Hot Spring tu ya, hok ni untuk askar. Kecil dan melengkung, berayun. Yang di Poring tu tinggi, kecil tapi stabil. Syok betul mendajal orang muahahahaha.... adik tu punya menjerit Allahuakbar..! Allahuakbar..!!! aduhai kelakar!

Senyum ye dik.. ngeh ngeh

Dan lebih istimewa lagi kami dihidangkan makanan semasa operasi di hutan seperti ubi kayu rebus pisang salai dan ayam pangsun.

Jika ke Port Dickson jangan lupa singgah ya. Setakat dua kali ke sini aku perasan pelawat sentiasa ada di Muzium Tentera Darat ni.

Waktu Lawatan
10:00 pagi – 5:00 petang

Waktu Tutup
Isnin & Selasa

Harga Tiket: PERCUMA (anda digalakkan untuk menderma ke dalam tabung yang disediakan)

Hubungi :
06-6409488, 6409484, 6409481, 6409482
admin@armymuseumpd.gov.my

Muzium Tentera Darat
Kem Si Rusa,
Persiaran Pahlawan,
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan, MALAYSIA
Laman Web: www.armymuseumpd.gov.my


Lawatan ke Muzium Tentera Darat adalah sebahagian aturcara yang dirancang oleh Tourism Malaysia Negeri Sembilan dalam memperkenalkan produk-produk pelancongan yang terdapat di Port Dickson. Terima kasih diatas jemputan ini.
 

Perkampungan orang asli tercantik dan terbersih di Malaysia

Orang asli (disebut juga original people, natural people, aboriginal people) adalah satu kelompok masyarakat yang mendiami kawasan hutan di Semenanjung Malaysia. Bukan sahaja di negara ini malah mereka juga terdapat di negara lain dengan nama yang lain pula.



Berdasarkan bancian tahun 2000 hanya 0.5% sahaja populasi mereka di negara ini. Secara rasminya terdapat 18 suku kaum orang asli yang mengamal bahasa dan budaya yang berbeza. Mereka dipecahkan kepada tiga kumpulan besar iaitu Negrito (atau Semang), Senoi dan Proto Malay.

Populasi orang asli mengikut kumpulan dan sub-kumpulan:

Negrito atau Semang
Bateq, Jahai, Kensiu, Kintaq, Lanoh, Mendriq, - banyak terdapat di kawasan utara semenanjung.

Senoi  
Chewong, Jah Hut, Mah Meri, Semai, Semaq Beri, Temiar - banyak terdapat di kawasan tengah semenanjung.

Proto Malay
Jakun, orang Kanaq, Orang Kuala, Orang Seletar, Semelai, Temuan - banyak terdapat di kawasan selatan semenanjung.


Kesempatan mengikuti rombongan Tourism Malaysia Negeri Sembilan ke sebuah perkampungan orang asli di Port Dickson telah mengubah 100% pandangan aku kepada kaum peribumi tersebut. Walaupun tahu ada diantara mereka telah berjaya seperti masyarakat Malaysia yang lain, peluang melawat kampung ini merupakan sesuatu yang baru kepada aku. Mereka dah maju dan bukan orang asli yang authentic lagi. Terdapat sebuah lagi perkampungan orang asli di Sungala tapi aku tak mau sentuh yang itu sebab belum pernah menjejakkan kaki di sana.



Kampung ini mula dibuka pada tahun 1914 dengan nama Kg Mati sebab takde kampung lain lagi di sini. Kini namanya Kampung Bukit Kepong tetapi lidah penduduk di sini lebih senang menyebutnya sebagai Kg Sungaiyo (betul ke aku eja nih?)

Terdapat 40 buah rumah dengan 178 orang penduduk di masa ini. Mereka mendapat bantuan daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli dan kerajaan negeri. Balairaya tempat bersidang tu pun dah dibina sejak 1970 dan masih elok dipelihara. Baguslah mereka ni, pandai menghargai pemberian orang. Rumah yang mereka diami pun telah mula dibina semenjak tahun 1960an lagi dengan model rumah Felda yang pertama. Induk rumah maintain rumah Felda yang kat belakang dah jadi banglo.

Kedatangan kami disambut dengan tarian kongkong, diiringi alat muzik diperbuat daripada kayu dan pakaian penari pun ada unsur-unsur alam. Kami dipakaikan "dendan" iaitu perhiasan kepala yang dianyam menggunakan daun err...kelapa kah? atau nipah kah? atau kelapa sawit kah? hahaha...tak tau makcik nak.

Wakil majalah LIBUR sedang menyumpit


'Anak panah" sumpitan. Yang ini tidak diletakkan racun getah pokok.

Kami juga diberi peluang untuk menyumpit. Hahaaa... part ni best! Sumpitan aku tersasar sebab berangin. Okaylah jugak sebab boleh sampah ke kereta tu ha daripada ada orang tu jatuh kat depan jer heheh..

Orang asli di kampung ini dari suku Temuan yang masih mengamalkan animisme. Hanya satu peratus yang menganut agama islam dan mereka merayakan sambutan Tahun baru Cina tetapi dengan cara yang berbeza. Menurut Encik Mahadhir Ab Rahman, seorang penduduk yang bekerja dengan JKOA, lima hari sebelum perayaan tersebut mereka akan bersemah di kubur keramat dengan menyembelih kambing. Kambing jugak sedap.

Penduduk di sini menjana ekonomi dengan hasil pertanian. Di sekeliling kampung ditanam dengan pokok kelapa sawit selain tanaman untuk kegunaan harian. Ada juga yang bekerja di hotel yang banyak terdapat di Bandar Tentera Darat Port Dickson. Yang wanitanya pula suka menghias kawasan rumah. Cantik kau! Sebelum ado air dalam bosi dulu, mereka sanggup mengandar air semata-mata untuk menyiram pokok. Biar tuannya tak mandi asalkan pokok tak layu konsepnya. Kalau tak percaya kampung mereka cantik pergilah tengok sendiri. Dahlah atas bukit dengan jalan macam roller coaster, sangat bersih sampaikan tak ada botol arak pun. Bagus Tok batin dan JKKK kampung ni.

Kalau korang nak tahu, hampir 30 tahun paip air dah dipasang di kampung ni tapi air takdo. Kesian kan? Perkara-perkara macam ni perlukan political will. Baru dalam 5 tahun ni jer air menderu keluar dari paip dalam rumah. Nasib baiklah dah tukar MB. Menteri Besar kami Dato' Seri Utama Haji Moahamad Haji Hassan, ekau kona tak?

Hasil kraftangan yang menarik. Aloloo..kiutnyer...
 
Hasil kreativiti dan kerajinan yang terdapat di setiap rumah di Kampung Bukit Kepong. Bunga plastik digabungkan bersama pokok hidup menghasilkan pokok bunga yang hidup hingga kiamat hahaa..
 

Ini baru iye hingga ke titisan getah yang terakhir
  
Peminat k-pop bersama abang kawasan kohkohkohhh.. Gambar ni macam adik tu kena ragging pulak. Nampak tak rumah orang asli di belakang tuuuuu? Yang ini dah renovate keseluruhan.

Anak-anak kecil di sini merupakan generasi keempat. Mereka bersekolah dikawasan sekitar dan jika diasuh mungkin mampu bersaing dengan anak-anak kita yang cukup serba-serbi. Kini dua orang penduduk orang asli Temuan ini sedang belajar di universiti manakala seorang lagi di politeknik. Ada juga yang sedang bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat terkenal di Malaysia.

Sebuah perpustakaan telah didermakan oleh Budimas Charitable Foundation dan diuruskan oleh dua orang penduduk. Anak-anak ini akan ke perpustakaan selepas siap mandi dan makan tengahari. Kiranya segala aktiviti menyiapkan kerja sekolah dan belajar dibuat di sini. Mengikut rekod, inilah satu-satunya perpustakaan di kampung orang asli. Ada 4000 buah buku pulak tu. Giler banyak! Library ini baru sebulan diserahkan dan hanya dibuka selepas anak-anak ni balik dari sekolah. Kalau korang nak 'lepaking' di sini datanglah sebelah petang ye. Pandai-pandailah bawa diri di tempat orang.

Volunteerism? Mereka juga ingin maju seperti orang lain.

Bangunan perpustakaan ini disumbangkan oleh Budimas Charitable Foundation. Ruang yang sangt selesa dengan dibantu oleh dua orang pekerja.

Tok Batin, Gomeng Taat, 83, sedang ditemuramah oleh myTTV

Lihatlah pemandangan sebahagian daripada rumah-rumah di sini, bersih dan elok terjaga. Malu weh dengan orang asli.



Sekarang ni JKOA sedang menunggu 'duit jatuh dari langit' untuk memulakan program homestay di sini. Mereka akan membuat satu pusat pameran kraftangan tetapi kita kena membeli daripada tuan rumah itu sendiri. Pergi rumah diorang lagi banyak pilihan... banyak dan kreatif. Mereka tanam orkid di kayu mati yang berbagai bentuk. Orkid pun bermacam jenis. Ada banyak lagi rancangan mereka yang hanya mampu direalisasikan dengan DUIT. Itupun kalau duit tak terbakar dek asap jet baru.

Bagaimana mahu ke sini?
Senang jer... lokasinya berhadapan dengan Eagle Ranch Resort di Pasir Panjang, Port Dickson. Kalau dari Seremban/Kuala Lumpur, bila dah jumpa roundabout tu ikut kiri sampai jumpalah. 6km masuk ke dalam dari jalan besar. Macam aku cakap tadi, jalan elok bertar tapi macam roller coaster. Drive lelaju baru rasa kecut perut hahahaa...i loike! Bas tak boleh masuk ye sebab ada selekoh tajam dan sempit. Van okay.

Agaknya boleh tak kalau aku katakan Kampung Bukit Kepong ini merupakan perkampungan orang asli tercantik dan terbersih di Malaysia?

Jet Berlanggar di LIMA Langkawi

Innalillah...

Bermacam hal yang tak molek berlaku di negara kita ni sejak 2014. Kali ni di pameran Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition kali yang ke-13.



Masa anak aku kata, "kapal terbang berlanggar di Langkawi" Allahu...kes kapal terbang lagi! Ingatkan commercial airlines, ceh! Tapi kemudian bila mendengar fighter jet, terbayang pulak empat orang pilot wanita China yang tengah viral tu.

Semalam 15 Mac 2015, dua jet KT-1B yang dipandu oleh Jupiter Aerobatic Team Indonesia berlanggar sesama sendiri semasa sesi latihan untuk persembahan di LIMA yang akan berlansung dari 17-21 Mac 2015.

Perlanggaran tersebut telah menyebabkan kebakaran ke atas dua buah rumah dan kenderaan penduduk di Kampong Glam Haipo, Langkawi. Walau bagaimanapun keempat-empat juruterbang yang telah dikenalpasti sebagai Arief Hartono, Sri Rahardjo, H.S Romas and Hunaidi Syarif Romas hanya mengalami kecederaan ringan kerana sempat melakukan 'ejection'. Kalau mereka pengsan selepas berlanggar tu habislah...

Kemalangan jet (pesawat ringan) milik Indonesian Air Force (AU-TNI) yang berlaku jam 2 petang itu, setelah ditimbang tara, menyebabkan pihak Indonesia membatalkan penyertaan mereka untuk acara tahun ini. Orang dilanda musibah, banyak hal yang berkaitan perlu difikirkan.

Dua jet berlanggar di LIMA itu merupakan salah satu daripada lima team yang akan membuat pertunjukan. Yalah, semua pihak nak menunjukkan kehebatan masing-masing. Lagi rapat mereka boleh berselisih lagi hebatlah tetapi risikonya sangat tinggi. Mujur tak mati.

Apa-apapun LIMA pasti menjanjikan yang terbaik setiap kali diadakan. Cuma yang tak tahan sewa hotel, kereta dan makan minum selama seminggu di Langkawi ni agak membebankan jugalah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

LIMA adalah pameran maritim dan aeroangkasa antarabangsa yang diadakan di venue tetapnya, Langkawi. Ia dikategorikan sebagai salah satu pameran yang berpengaruh dan berprestij dalam memperkenalkan jentera baru dan proses jual-beli yang menyaksikan transaksi berbilion ringgit.


 

Alive 3D Art Gallery Port Dickson

Trendinggggggg!

Dah banyak kali tengok orang post gambar di Alive 3D Art Gallery Port Dickson. Kita pun nak lah jugak. Negeri sendiri kot? 



Selepas bergambar di 3D Art Museum di Pulau Pinang kini giliran Port Dickson pula. Lokasi sebenarnya di Dataran Segar Lukut berhadapan dengan The Guest and Spa Hotel dan berdekatan Giant Supermarket. Selesai di sini dah plan nak melawat yang di Langkawi pula. Plan dulu...kalau ada rezeki sampailah. Angan-angan tu penting.

Ingat ya, expression muka penting ketika bergambar di muzium 3D ;-)



Takde keje si Syahir ni dok menyungkit pungkok Spiderman
 
Aku rasa tak ada jurugambar professional dalam dunia ni yang mampu shoot macam ni. Syahir je mampooo

 Leher je nampak. Ingat filem P. Ramlee tak, yang si apek kena jahit leher orang kaya sombong tu?


 Garangnya makcik ni...


Galeri Seni 3D menyediakan 50 keping lukisan dan optical illusion yang mengikut tema seperti Adventure, Aquarium, Animation, Exotic and Dark Art.
 
Puaslah ko bergambar di sini tapi aku rasa perlukan improvement lah. Di sesetengah gambar tu cahaya tak kuat. Contohnya gambar skydive. Orang dive masa langit terang benderang. Nak terang cahaya lampu mesti kuat baru gambar jadi realistik macam di sini. Kok malap macam nak hujan sapo nak teghojun, kok kono sambar potir kang hahaa..
 
Apa-apa pun ko datanglah dulu ya...
 
Waktu operasi
Isnin-Jumaat :                  11am - 11pm
Sabtu/Ahad/cuti umum : 10am - 11pm 
 
Alamat
38-40, Jalan DS 2/1
Bandar Dataran Segar
71010 Lukut
Port Dickson
Negeri Sembilan
 
Tel : 06-6515400
Faks: 06-6510141
 
 
FAM Trip ini dianjurkan oleh Tourism Malaysia Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson untuk memperkenalkan produk pelancongan terbaru di Negeri Sembilan. Terima kasih diatas jemputan.
 
 

Kehebatan Komando Grup Gerak Khas Dan Angkatan Tentera Malaysia

Nak jadi komando Grup Gerak Khas?

Ini betul punya tau bukan Yusuf Haslam yang punya.

Angkatan Tentera Malaysia merupakan pasukan tentera antara yang terbaik di dunia. Nak jadi terbaik ni bukan perlu selfie kontroversi segala, orang lain yang mengiktiraf kita. Badge yang mereka dapat tu not issued but earned, bukannya aku tabur 100 keping masa birthday celebration aku.

Di pintu masuk kem dah dimaklumkan, "Datangmu tidak diundang, jika ragu harap pulang".

Jika kamu berminat menjadi komando mempertahankan negara sila mendaftar untuk menjadi askar dulu. Buat latihan asas selama enam bulan, menjadi tentera dan kemudian mohonlah menjadi komando Grup Gerak Khas. Menjadi komando bukan arahan tapi sukarela. Hanya yang berani, tabah, sabar dengan caci maki sepak terajang latihan ekstrem saja akan berjaya. Bila tengok video kena berjalan kaki dengan rifle dan beg seberat 20kg dengan baju tebal lagi sejauh 160km selama 3 hari...menggaru kepala den. Sungguh hebat mereka ni!

 Direndam dalam sungai sampai kecut menggigil



 Bangun sebelum subuh
Ada berani merangkak di high rope? Boleh jatuh terkangkang dik ooiii...
Latihan yang amat sukar ini dilakukan untuk memilih permata yang mampu bersinar di dalam gelap. Pusat latihannya di Kem Sungai Udang, Melaka. Walaupun negara masih aman mereka tetap mempunyai tugasan kerana cabaran sentiasa ada cuma caranya berbeza. Kalau di tahun 1970an dan 1980an askar-askar melakukan operasi di hutan tebal Malaysia selama 8 hingga 10 bulan membanteras pengganas komunis, kini tempohnya dipendekkan. Semakin maju negara maka semakin canggih jugalah para penjenayah beroperasi.

Seronok dapat mendengar pengalaman askar yang telah melalui berbagai-bagai fasa latihan dan pekerjaan. Kita seronok mendengar tapi yang menanggung azabnya mereka.
Salah seorang pegawai yang aku temubual tempohari bagi tau masa dia mula-mula membuat penerjunan (terjun bebas dengan payung terjun tu) dia pejam mata. Kami gelak. Bila dia kata terjunan kali kelapan baru dia buka mata kami gelak lagi besar HAHAHAH... nampak gagah dia tu. Dia terpaksa terjun sebab dua penerjun wanita selamba kodok je terjun. Jaga air muka gitteww.

#akuyanggelakkauyangseksa  hahaa...
Yang lagi kelakar ada yang berpegang kuat kat pintu kapal terbang, ditolak pun tak terjun. Bila terjadi macam ni pilot terpaksa membuat satu pusingan lagi atas sebab sebab tertentu. Mungkin disebabkan jarak mereka dah tak seperti dirancang kot. Samalah masa first time aku try flying fox tahun lepas, kalau tak ditolak tak bergerak hehee.. Hoiii ingat senang ke nak dapat sayap di dada tu? Nak dapat dato' lagi senang tau. Gelek gelek pun boleh dapat. Masa pasang sayap pun kena tumbuk dek panglima pulak.


Aku nak tunjukkan senarai bukti dan fakta kehebatan Komando Grup Gerak Khas dan Angkatan Tentera Malaysia
1 – Percaya atau tidak jika dikatakan komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama….hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan mengelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.

 2 – ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang berjaya mengekang komunisme? Percaya atau tidak?

 3 – VAT69 dijulang sebagai komando terbaik dunia sehinggakan pasukan ini didokumentarikan oleh ASIA CHANNEL…percaya atau tidak?

 4 – Perisik Malaysia sama ada PDRM atau ATM merupakan perisikan yang terbaik dalam dunia…percaya atau tidak? Pada 1988 seorang perisik KGB ditangkap iaitu Siddiq Ghouse kerana merisik Malaysia? Hal ini dibuktikan dengan kepantasan Malaysia membasmi Al-Maunnah,KMM, Abu Sayyaf, Jemaah Islamiah dan penganas-pengganas lain tanpa mengambil masa yang lama.

 5 – ATM dianggap pakar modified dan pakar intergrasi oleh negara luar, sebagai contoh MiG29N Malaysia satu-satunyanya pesawat tempur jenis itu yang memiliki peluru berpandu, dan rangking pertama hingga 22 pemandu pesawat tempur adalam anggota TUDM walau hanya menggunakan pesawat buruk tersebut! ATM juga telah mengubah suai SU-30KMM Malaysia menjadi lebih baik daripada pesawat tempur terbaik dunia iaitu SU-30MKI milik Tentera India !…

ATM juga mengubah suai SCORPHENE menjadi lebih senyap dan paling efisen dalam seluruh kapal selam milik angkatan tentera seluruh dunia! Bahkan percaya atau tidak jika dikatakan kapal kontena sumbangan MISC kepada ATM di ubah suai menjadi kapal seba guna dan kini ia berkhidmat dalam OPS FAJAR mengawal perairan Eden!

 6 – Sebelum pasukan elit MARINIR (tentera laut Indonesia ) berjaya “TAWAN” Singapura…..pada 1980an pasukan komando udara Malaysia HANDAU telah menerobos pangkalan peluru berpandu udara milik tentera singapura yang terletak di BUKIT BATUK! Paling diingati pada kes itu Komando Malaysia meletakkan bendera MALAYSIA .!
Info ini aku ambil dari blog ini.. Ada banyak informasi lagi di sana.


Aku ada 5 orang anak lelaki. Jika ada diantara mereka nak jadi askar aku redha je tapi belajarlah dulu. Itu jauh lebih baik dari jadi bapok. Semester 1 lelaki, semester 2 setengah lelaki, semester 3 POMPUAN! hewhewheww


Nota:
Pihak ATM sedang mengadakan sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD di lokasi-lokasi yang telah ditentukan bermula 7 Mac 2015. Sila layari http://army.mod.gov.my

Lebih kurang 3000 orang tentera retire setiap tahun. Daripada korang berkeluh kesah tak dapek kojo apa kata apply jadi sojar? Siapa nak ganti askar pencen tu kalau tak engkau, engkau dan engkau dik? Aku tak boleh apply sebab umur, tinggi dan berat tak lepas huhuu..



Meh kita tengok video latihan keras nak jadi komando yang pernah disiarkan di History Channel.

https://www.youtube.com/watch?v=k9KULN_KYfw

Sambutan Hari Tentera Darat ke-82 di Port Dickson

Demonstrasi Keupayaan Tentera Darat, Pameran Statik dan Majlis Beramah Mesra Bersama Rakyat



Sempena Hari Tentera Darat ke-82 pada 1 Mac 2015 yang lalu, pelbagai aktiviti dirancang untuk menzahirkan komitmen Tentera Darta sebagai lambang utama benteng pertahanan negara dan kebanggaan rakyat Malaysia. Sebagai kesinambunagn acara utama pada 1 Mac lalu iaitu Perbarisan dan Perutusan Panglima Tentera Darat yang telah diadakan di Padang Kawat Pulat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), TD turut mengadakan program lain dalam usaha mencapai objektif untuk mengeratkan lagi perhubungan tentera dan masyarakat awam. Hasrat ini direalisasikan melalui acara Demonstrasi Keupayaan Tentera Darat yang berlansung pada 7 Mac 2015.

Sudah pasti acara yang paling menarik yang aku sebutkan tu lah, tapi kawan aku kata show tahun lepas lagi best sebab ada kereta kebal. Acara yang bermula jam 9 pagi ini merupakan usaha TD untuk meningkatkan keyakinan dan pengiktirafan awam terhadap kemampuan Trup TD. Dalam pertunjukan ini abang-abang (adik-adik kot) askar menunjukkan kepakaran mereka dalam Tempur Tanpa Senjata, Skuadron Istiadat Berkuda, Drumline, Helo Casting, Roll Duck, Spice Rig, Fast Rope dan Demonstrasi Penggempuran. Kalau korang suka tengok filem aksi sewaktu dengan James Bond tu mesti korang suka tengok show yang ini jugak. Live lagi!! Sakit jantung den kebabom kebabommm!!! hahahaha...

Uniform baru- celoreng digital

Panglima Tentera Darat ke-25 Jeneral Tan Sri Raja Mohamad Affandi bin Raja Mohamed Noor


Memukul drum secara terbalik. Mereka ni lah agaknya yang membuat persembahan dalam Kuala Lumpur International Tattoo 2014 tahun lepas 



Pertunjukan menyelamat mangsa culikan dan serangan terhadap penceroboh/pengganas. Trup Gerak Khas (komando) diturunkan dari udara seorang demi seorang dimulai dengan menurunkan senjata.
 Abaikan yang hitam kiri tu. Tak dapek nak mengelak dah tesopit.
 
Komando yang 'jatuh dari langit' tadi berenang dengan peralatan menyelamat ke darat. Seksa wehh berenang dengan pakaian dan rifle yang berat tu. 

 Kebabommmmm..!! Gambar gini je yang mampu... dah tersepit, pengawal pulak kat depan. Untung dia ke tepi sikit. Itupun aku cakap dengan penuh sopan santun, "encikkkk... boleh beralih sikit tak? sikitttt je" hahaha...terpaksa pulak dia ikut arahan aku hahah..seram aku dengan pandangan dia. Maaflah encik ya, saya perlukan gambar.



 Aku rasa 5 orang bergayut kat tali tu termasuk 'mangsa culik'. Jauh dibawanya tu jenuh berayun lelama.
 

Di lokasi ini juga turut diadakan pameran statik yang mempamerkan beberapa aset TD yang merangkumi sistem persenjataan, peralatan optronik, peralatan penerjunan, peralatan operasi khas dan lain-lain lagi. Secara tidak lansung Pameran Statik ini dapat mempamerkan kemampuan TD dalam mempertahankan kedaulatan negara. Baru sikit je depa tunjuk tu...

Aku pun ada bergambar di sini. Terpaksa berebut dengan bebudak kihkihkih... kalau tak guna kuasa makcik makcik puaslah menunggu diorang ni. Ya Allah terbayang-bayang suasana suatu masa dahulu di tahun 1980an. Budak itu adalah aku masa kecik dulu.

Pakaian ini sungguh menyiksakan. Aku yang pakai t-shirt ni pun peluh tak henti merembes, yang bawa rifle tu lagilah... sat sat lap peluh.

Encik Ahadi sedang menjawab soalan aku. Aku nak bungkus 3 batang tapi dia tak bagi. Senjata api yang nombor dua dari kiri tu beratnya 7 kg tanpa peluru.

Selain daripada itu, diadakan juga sesi beramah mesra dan demonstrasi masakan medan sepertimana yang dilalui oleh seseorang anggota tentera semasa terlibat dalam sesuatu operasi atau peperangan. Aduiii...mengimbas kenangan lalu sungguh berada di majlis ni. Seronok, sedih, rindu semua ada.

Dulu bila bapak aku balik dari operasi yang berbulan-bulan tu kami adik-beradik berebut ration. Yang aku ingat serbuk oren bergula yang hanya perlu dicampur air. Kami ratah macam tu je.

Ini kaunter mee goreng
 

 Panglima Tentera Darat sedang ditemuramah

Lokasi Pantai Saujana ni berhampiran tapak pasar malam dan Petronas. Hotel yang terdekat ialah Seri Malaysia dan Golden Straits Villa. Yang bertaraf 1 star pun ada juga sekitar situ. Kiranya kalau stay kat dua hotel ni boleh berjalan kaki aje ke kawasan pertunjukan.

Next time bila diadakan lagi program seperti ini jangan lepaskan peluang menonton. Bukan senang nak masuk ke kem askar sebab ia kawasan larangan jadi bila mereka yang keluar ambillah peluang tu. Macam hari raya, setahun hanya sekali je acara sebegini di Port Dickson, bandar Tentera Darat!

Nanti aku tunjuk gambar latihan komando pulak ye.
 
Nota:
Pihak ATM sedang mengadakan sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD di lokasi-lokasi yang telah ditentukan bermula 7 Mac 2015. Sila layari http://army.mod.gov.my

Cambodia | Bila terputus duit di perantauan


Bila kita plan nak berbelanja cukup cukup je duit yang dibawa pun selalunya tak berlebih banyak. Kira ngam ngam nak hidup je lah. Kononnya nak disiplinkan diri tak nak shopping namun hampeh hahahaaa…


Adalah dalam beberapa trip foreign currency akū habis tapi duit ringgit aku banyak lagi dalam tangan. Masa di Bali dulu berkali-kali tukar duit, money changer banyak tapi selepas tengok video penipuan money changer di Bali tu hmmm… entah berapa kalilah aku kena kelepet. Di Bandung pun sama. Bila berada di Bandung susah nak mematuhi prinsip ‘saya bukan kaki shopping’ hahaa… dah namanya pun Kota Kuliner dan Belanja. Semasa di Semarang pun pernah.

Kisah di Cambodia ni lain, duit habis terus hahaa…gila! Tak ada seorang Malaysian pun yang aku jumpa di Siep Reap kecuali ada lima enam orang muda belia di Angkor Artisan, itupun mereka tak perasan masa aku berjalan keluar tu.

Bila terputus duit di perantauan misi hari kedua di Siem Reap tu adalah mencari CIMB bank sebab tak nak kena caj. Tak jauh pun berjalan dah jumpa ATM CIMB di Angkor Mart, punyalah gembiranya hati. Tak sudah sudah Alhamdulillah di bibir… malangnya kad tak boleh dibaca pulak :-( . Aku berjalan lagi ke depan, teringat masa nak ke Angkor Wat ada lalu Public Bank dulu baru CIMB. Maybank ke dalam sikit. Try lagi, tak boleh jugak. Arghhh….aku tak putus asa gosok gosokkan kad tu di baju dan…berjaya! Hahahha…barulah rasa macam makcik kayo. Sebelum tu nak makan pun takut weiii ... karang kena basuh pinggan pulak. Duit Riel yang ada tu bukannya bernilai sangat. Kalau berjalan dengan cik kiah duit sampai berlebih-lebih pulak (tau takut).

Mintak nyawa dari CIMB Siem Reap. Nasib baik ada talian hayat.

Duit dah ada mulalah mata nampak macam-macam, nak makanlah nak massage lah, nak beli seluar anaklah… Masa belum jumpa ATM tadi dan bercongak nak makan banana pancake je 1 dollar tapi bila dah jadi makcik kayo terus masuk restoran muahahahah.... Aku pegi jugak urut kaki, cuma usd1 untuk 15 minit. Kalau datañg time happy hour usd2 untuk 60 minit. Massage memang murah di Cambodia, boleh berurut setiap hari!

Itu lah cerita Melayu yang mudah lupa hihihiiii…Berani dalam takut sebab dah nampak Maybank, Public Bank dan CIMB Bank. Owh kau lah penyelamat ku.... I love malaysian products! hehehehe.....

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free