Symbiosis Farming at Nictar Bee Farm

Bagi orang yang meminati pertanian dan nampak masa depan cerah dalam bidang ini banyak yang mereka usahakan bagi mempelbagaikan pulangan pendapatan. Panas terik dan usaha keras yang terpaksa dilakukan tidak menjadi hal besar jika pertanian itu adalah kecintaan mereka.

Begitu juga dengan pengusaha Nictar Bee Farm di Parit Sikom, Pontian, Johor yang telah lima tahun beroperasi. Mereka memelihara lebah spesis dari Italy untuk mendapatkan madu lebah yang berkualiti tinggi. Hmmm famous betul made Italy nih… ingatkan Prada, Louis Vuitton, Gucci, Versace, Hermes Birkin je orang cari. 
 
Menurut pengusaha ladang īni Encik Harleem, lebah mereka adalah lebih jinak. Untuk mengeluarkan madu dari sarangnya kita kena perasap dulu bagi dia sesak nafas sket. Tak payah pakai ‘sut angkasawan’ tu pun…. Bila lebah-lebah tu dah khayal terus saja alihkan.




Pihak Nictar Bee Farm mengamalkan symbiosis farming supaya apa yang mereka tanam dan bela boleh menyokong sesama sendiri. Mereka menanam nanas supaya lebah senang mendapat sūmber makanan yang akan menyebabkannya menghasilkan madu yang lebih banyak. Mereka juga membela ayam untuk pembajaan secara natural selain untuk mencabut rumput. Ayam kan suka mencakar-cakar tanah mencari cacing …. ponek weh kalau kito yang kono beghosihkan ladang, lebih baik bekerjasama atau swastakan kepada ayam. Kulit nanas pula dicincang dan diberi kepada ayam sebagai makanan. Kesudahannya ayam menjadi makanan manusia. Nasiblah kau ayam. Dah takdir.
 
Selain daripada itu mereka juga menanam jagung. Setakat ini penghasilan nanas, jagung dan madu lebah hanya ūntuk pasaran tempatan sahaja. Jagung mentah yang kami rasa tu manissssss… tak perlu direbus pun.

Nanas ditanam dengan meluas di daerah Pontian kerana faktor tanah gambut yang sangat sesuai untuk tumbesaran pokok ini. Kalau nak tengok ladang nanas yang pertama ditanam secara komersil datanglah ke sini. Ianya terletak bersebelahan dengan Nictar Bee Farm dan dimiliki oleh founder xxxx Bank. Keluasan asalnya melebihi 1000 ekar.
 
Cara-cara untuk meraut serat nanas juga ditunjukkan

Benang yang telah diwarnakan


Pakaian yang diperbuat dari serat nenas yang dipamerkan di Muzium Nanas. Kain tu sudah berusia melebihi seratus tahun. Di Asia, dikatakan hanya Filipina masih menghasilkan benang serat nanas.

Korang tahu tak kenapa bila kita banyak makan nanas lidah terasa gatal?
Itu kerana enzim bromalin memecahkan protin. Karena sifatnya itu juga ia berupaya mengurangkan kekejangan otot.

Enzim ini memiliki kemampuan menguraikan struktur kompleks protein sehingga lebih mudah diserap tubuh. Bromelain efisien mengurangkan pembentukan gumpalan darah beku dalam pembuluh darah lalu mengurangkan risiko penyakit jantung. Patutlah orang tua-tua tak bagi makan nanas time period, kalaulah mereka boleh menerangkan dengan ayat-ayat sains kan bagus. Ayat yang diterima logik akal.

 ini baru ganas ! berfikir dua kali burung yang nak singgah

Banyak lagi khasiat nanas ni sebenarnya terutama kalau kita makan yang fresh dari ladang. Enzim bromalin ini juga terdapat dalam bentuk kapsul tetapi kalau berlebihan boleh menyebabkan gangguan gastrointestinal, alergi, pendarahan berat dan chemical reaction.

Melawat ladang nanas pun boleh belajar sains sekali tau. Seronok pula melawat ladang ni wehhh...kalau berjalan dengan keluarga sendiri hampir soheh tak akan sampai ke sini.

Orang cina tanam pokok jadi duit, kita tanam setakat makan sendiri saja. Berbezakan?? (ayat ini kutujukan kepada my roommate sejak 17 tahun yang lalu sebab dia suka berkebun).



Renaissance Johor Bahru Hotel

Renaissance Johor Bahru Hotel merupakan hotel gaya hidup berbintang lima yang baru beroperasi semenjak bulan Mei 2013 yang lalu. Terletak di bandar Permas Jaya berdekatan dengan kotaraya Johor Bahru dan CIQ ke Singapura selain hampir dengan pelabuhan dan kawasan perindustrian Pasir Gudang.


 Salah sebuah bilik with pool view. Bedlinen tu sangatlah best!

 Nampak tak kereta aku bersusun kat luar tu? konon...😛

Diantara fasiliti yang disediakan oleh hotel yang mempunyai 345 bilik ini ialah 42 inci flat screen tv dengan siaran satelit. Sesampai aje di bilik tersedia kuih tradisional sebagai kudapan di petang hari. Hmmm....hotel berkelas sangat tahu menghargai makanan dan nilai budaya setempat.

Terdapat empat buah restoran di Hotel Renaissance Johor Bahru iaitu Cafe BLD untuk hidangan sepanjang hari, Restoran Wan Li untuk masakan kantonis kontemporari, The Chocolate Cake Company bagi hidangan kek, roti dan pastri yang segar dan panas serta R Bar, sebuah bar yang sofistikated di lobi hotel. Kuih bakul pelbagai perisa yang dimasak di sini ada sijil halal tau.

Tak nak bercerita banyaklah kali ni. Tengok gambar pun boleh agak betapa selesanya hotel ni.


Temasek di hujung sana





Biasanya kita makan di hotel tertentu kerana makanannya yang sedap dan cara persembahan yang menarik. Di hotel ternama juga seringkali chef sendiri yang melayan kita. How is it ma'am? hah gittew dia tanya... Nak tambah boleh? aku pulak yang bertanya :))))

Renaissance Johor Bahru adalah tempat pertemuan yang dilengkapi dengan pakej tailor made. 12 function rooms and ballrooms yang lengkap memberi pilihan kepada anda untuk mengadakan majlis korporat atau persendirian. Bagi tahu saja nak majlis yang bagaimana pandailah mereka uruskan. Hotel hebat ini membantu meletakkan Johor Bahru dipeta dunia kerana ia juga berada dibawah jenama Marriot International yang berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Kalau ualls stay sini sila jangan missed breakfast. Dengan pilihan yang banyak... local or international, peminat k-pop juga pasti teruja sebab ada Korean food. Roti canai Renaissance terbaik! Garing di luar lembut di dalam (dah tekak Melayu berselera mamak nak buat macam mana... 😁). 

Apa lagi yang best? Servis tip top.

Dah tak sabar nak booking? Tempah je dengan Agoda ni ha..

Renaissance Johor Bahru Hotel
2, Jalan Permas 11
Bandar Baru Permas Jaya
81750 Masai
Johor
Tel : 607 3813333
Faks: 607 3813500

www.jbrenaissance.com



Di Super Star Libra Bersama Pak Nil lagi !!


Displaying school-holiday-with-pak-nil-july2014-malay.jpg

HOHOHOOO.... nak kempen untuk cuti sekolah lagi !

Kalau sebelum ni aku dok racun bercuti cuti Malaysia ke segala ceruk rantau Malaysia dan theme park termasuk Legoland, kali ni nak ajak uolls naik Star Cruise Libra bersama Pak Nil pulak November nanti. Ingat senang ke nak rub shoulder dengan personaliti popular yang keletah ni? I tell u... he is very ramah tamah one....berjagalah korang sampai ke pagi berborak dengan dia.

Route 4 hari 3 malam kali ini bermula dari Penang-Krabi-Phuket-Penang. Yang nak honey moon tu bolehlah feeling Rose and Jack ^o^ hahaaa...verangan sangat. Harap-harap mereka pasang lagu Celine Dion tu.

Yang paling best, 'handbags' ko yang nak mengikut tu dapat diskaun RM500 seorang, berapa dah jimat tu? Buatlah family day di atas kapal pulak baru ada kelainan. Kalau beli pakej biasa nanti tak boleh berhuu haa dengan Pak Nil. Jangan risau tentang makanan, mereka ada halal kitchen.


Laluan pelayaran kali ini: Penang-Krabi-Phuket-Penang (kita suka sangat ke Thailand)
Harga seorang : RM1,499
Diskaun RM500 untuk peserta ke-3 dan ke-4
Tarikh bertolak : 30 November 2014 selama 4 hari 3 malam

Untuk maklumat lanjut boleh bertanya dengan penganjur ye:

Malaysian Harmony & Tour
No 21, Jalan Tong Shin
50200 Kuala Lumpur
Emel : muslim@mysharmoni.com
Tel : 03-21429266
Fax: 03-21489767

Or please contact Rozana at 012 626 4032


Mesti best kan, asik naik kapa tobang yo naik kapa lautlah pulak. Jom booking !



Pasar Karat Johor Bahru

Sebenarnya aku teringin nak makan seafood yang paling sedap di JB tapi perut ni tak sempat lapar...penuh sokmo. Terima kasihlah kepada mereka yang menjaga hal ehwal perut kami hehee... jadi aku kena fikirkan tempat menarik yang lain.

Aku rasa dimana-mana pun kita pergi dalam dunia ni mesti nak melawat flea market dan night market. Di situlah kebiasaannya boleh dijumpai barangan terpakai tak kira baru atau tersangat lama dan bernilai tinggi. Selain itu, di situlah kita dapat melihat sebahagian budaya dan kehidupan masyarakat setempat. Dengan bahasanya, makanannya dan tempat 'ngetehnya'...termasuk juga kepandaian tawar-menawar. Malas betul bab ni weh. Asal nak membeli aje kena tawar dulu urgghh..! Tak suka !

Begitu jugalah semasa persinggahan aku di Johor Bahru tempohari. Walaupun sayaaaang dengan bilik kita yang best tu tapi takkan nak mengeram sampai esok kan? Wajiblah akak berjalan. Kalau tak nak letih baik duduk rumah.

Pasar karat Jalan Segget, Johor Bahru

Pasar karat ni dibuka setiap malam tetapi di hujung minggu lagi lambat ditutup. Lagi ramai umat lagi lamalah beroperasinya. Memula aku ingatkan selorong aje tetapi rupa-rupanya berlorong-lorong. Kira puas hatilah berjalan kat sini. Fridge magnet pun ada dijual. Yang paling murah dvd, rm2 sekeping ! Okay, mahal sikit dari Bandung hahaa... Aku tak beli pun, nak beli kat obersi ngehngeh ;)

Aku suka tengok barang vintage atau second hand terutama handbags tapi harganya hmmmm boleh tahan. Kalau nak dibandingkan dengan yang dijual di Johor Premium Outlet memanglah jauh murahnya tapi bimbang juga kalau terbeli fake items. Frankly i don't mind using second hand handbags tapi biarlah yang original. Kalau dah bayar sampai rm250 tapi dapat dapat yang tipu punyerrrr tak ke sakit hati nanti. Aku bukannya reti nak check ori ke tak. Dengan harga tu lebih baik beli beg kulit made in Malaysia. Tak mengapalah, insyaallah tahun depan aku akan pergi ke satu pasar yang besar, mudah-mudahan terjumpalah sesuatu di situ.

Akak yang pakai kebaya atas langit pernah cakap, akak ingat kitorang ni pakai semua yang baru ke? Tak mampu nak bergaya macam tu kak hahaa...dia pun sama.



Puteri Harbour Family Theme Park | The Little Big Club

Hai, jumpa lagi !

Banyak tempat yang aku nak recommend untuk hangpa pi berjalan sekeluarga semasa cuti sekolah minggu depan. Masih lagi di Johor Bahru ye.

The Little Big Club menghidangkan karektor kegemaran kanak-kanak iaitu Bob the Builder®, Barney®, Angelina Ballerina®, Pingu® and Thomas & Friends®. Tak jumpa di tempat lain dah, kesemua karekter ini letakkan di bawah satu bumbung, asli dan ekslusif.

Diantara aktiviti interaktif yang disediakan di Bob The Builder termasuk meletakkan batu bata dan memasang rangka tingkap macam real life punya kerja. Jadi tukang rumah anak kita sekejap hahaaa... kanak-kanak sure seronok sangat di sini. Ye lahkan, selalu menonton si Bob di dalam tv saja tapi kali ni bersama-sama membina bangunan dengan Bob. Ini boleh mapping minda mereka jugak, bagi idea dah besar nanti nak kerja apa. Nak makan gaji ke... nak menggajikan orang.




Ini yang sebenar
Nak menari dengan Angelina Ballerina® di Angelina’s Dance Studio menggunakan teknologi CGI pun boleh.

Pingu pun ada....

Salah seorang anak aku membesar dengan cerita Thomas and Friends. Sampai naik muak den menomankan dio dopan tv. Kalau dia dapat tengok sendiri Thomas, Percy, Mavis dan karektor the Troublesome Trucks hai tak tahulah betapa sukanya dia.



Di The Little Big Club® juga ada persembahan pentas, ruang permainan kanak-kanak dan peluang berjumpa dan bermesra dengan karektor yang mereka minati. Tiket masuk boleh dibeli secara berasingan atau bersekali dengan Sanrio Hello Kitty Town. Kanak-kanak dibawah usia 3 tahun FREE !

Lokasinya?

Puteri Harbour Family Theme Park
Persiaran Puteri Selatan
Puteri Harbour
79000 Nusajaya
Johor Darul Takzim

Untuk maklumat lanjut sila semak di sini ya...http://www.playtime.com.my/little-big-club

Legoland Malaysia Resort

Legoland Malaysia Resort | Hai uolllssss... Anak-anak kita dah penat setahun belajar kannnnn...tak kisahlah apa pun result exam mereka nanti, apa kata kita reward mereka dengan membelanja masa kita dengan mereka ke Legoland Malaysia Resort di Johor? I tell you, awak tengok muka anak-anak yang exited tu, priceless!! Orang yang suka memberi je yang faham tentang kepuasan menggembirakan orang. Kita cipta kenangan bersama mereka supaya suatu masa nanti ada cerita yang kita boleh kenang bersama.


LMR menggabungkan Legoland Park, water park dan hotel yang mensasarkan kanak-kanak berusia 2-12 tahun.

Bagaimana hendak ke sini?
Legoland Malaysia resort terletak di Nusajaya (selatan Johor) dan hanya 10 minit dari Singapore Tuas Second Link, 15 minit dari bandaraya Johor Bahru dan 20 minit daripada Lapangan Terbang Senai.




Miniland Kampung

Setiap rumah dibina dengan menggunakan kira-kira 10,000 LEGO bricks dengan saiz 13x3m. Kalau dah 100 jam diperlukan untuk membina sebuah rumah kampung, sudah tentu bahagian ni jangan sampai terlepas pandang. Tengok perinciannya. Untuk melengkapkan pemandangan, Gunung Kinabalu, air terjun dan lautan pun dicipta. Rumah Minangkabau ado tak agak eh? Kono poi tengok sendiri.

Yang terkini....peminat Star Wars please come! Rugi kalau tak tengok

The Millenium Falcon in LEGO® Star Wars™ Miniland Model Display, made entirely out of LEGO®. (these three photos are from Legoland's fb)

LEGO Star Wars Miniland Model Display telah dilancarkan pada 6 September sempena ulangtahun kedua Legoland Malaysia. Dibina oleh pelbagai peringkat pereka dan pembina model, juruteknik animasi dan pakar lanskap, model yang dipersembahkan juga dilengkapi dengan bunyi, gerak dan pencahayaan yang sangat baik untuk dinikmati seiisi keluarga.

 Seperti biliknya yang bertema pintu tandas pun sama tapi toilet yang sama level dengan cafe hotel ni tiada paip. Bidet pun takdok huhuu.. Surau juga berada di aras yang sama.

 Bela ayam ni lagi baik. Dahlah tak berak merata bertelur pun banyak


Trip Santai Travel. Thank you ST dan Tourism Johor. And Legoland too.

Yang paling kita suka dah tentulah The Legoland Water Park! Terdapat 20 rides untuk kita bersuka ria dengan anak-anak wauuuuu...!! Yang paling seronok dah tentulah Joaker Soaker, Build-A-Raft River dan LEGO Wave Pool. Kepada yang tak nak mandi tu boleh saja sewa private cabanas yang didatangkan dengan tuala, minuman dan mainan Duplo.

LEGO Themed Hotel
Terdapat 249 bilik hotel bertema Pirate, Adventure dan Kingdom.

Kepada yang ingin merasai suasana menjadi lanun you can opt for Pirate themed room (ada yang fully themed dan deluxe). Kita akan berada di kabin lanun dengan cadar, langsir, wallpaper and even Polly, a LEGO parrot.

Bilik bertema Adventure pula memang adventure-lah dengan hidden treasure lelabah, cicak, kala jengking dan binatang liar yang lain. Pencinta binatang sesuai duduk sini.

Kingdom Suites pula untuk feeling bagai putera dan puteri. Segala perhiasan ala ala raja...dah ko nak jadi raja kan? Bolehlah beraja di mata bersultan di hati kat bilik ni hahaa... 

Kesemua bilik dilengkapi dengan katil bersaiz king dan ruang berasingan untuk anak-anak siap dengan bunk bed, pull out trundle bed and entertainment unit. Di hotel ni kita sewa bilik biasa je dah cukup sebab luas dan selesa. Kiranya boleh duduk 2 dewasa + 3 anak atau 3 dewasa + 2 anak. Bilik kecik pun aku boleh buat jadi muat inikan pula bilik besar hohooo.... be creative babe! Nanges room service.


Puteri harbour Family Theme Park | Sanrio Hello Kitty Town

Kali ini tourism spot yang aku singgahi memang menyeronokkan peminat siri Hello Kitty. Terletak di bangunan yang sama dengan Lat's Place dan The Little Big Club, Sanrio Hello Kitty Town antara produk terbaru yang terdapat di Johor Bahru. Hai beruntunglah anak-anak sekarang ni...kami dulu harapkan menonton tv ajelah, tak ada harapan nak peluk cium komik hidup kegemaran. Bertuah korang.





Inilah taman tema Hello Kitty yang pertama di Asia dan di luar Jepun. Cubalah menaiki cawan merah gergasi dan meneroka Friendship Land. Nak sambut hari lahir bersama Hello Kitty pun boleh. Di Wishful Studio bolelah kita dress up seperti karektor Sanrio. Serba pink lah korangggg

Eh, dia boleh senyum je tengok Hello Kitty terpenjara?

   

Sememangnya kerajaan negeri Johor memfokuskan kepada taman tema antarabangsa untuk menarik pelancong ke sana. Pintu masuk darat melalui Tambak Johor dan lapangan terbang antarabangsa di Senai memudahkan kemasukan para pelancong asing. Pelancong dari Singapura, Indonesia, India, China dan timur tengah merupakan pengunjung yang paling ramai ke negeri Johor. 

Dimanakah lokasi Sanrio Hello Kitty Town?

Puteri Harbour Family Theme Park
Persiaran Puteri Selatan
Puteri Harbour
79000 NUsajaya
Johor Darul Takzim

Visit www.playtime.com.my today !

Puteri Harbour Family Theme Park | Lat's Place

Puteri Harbour Family Theme Park | It's where playtime comes to life !

PHTP merangkumi empat aras taman tema keluarga yang menghidangkan pengalaman menarik melalui karakter kartun kanak-kanak yang terkenal seantero dunia. Ia merupakan Bandar Sanrio Hello Kitty Town yang pertama di luar Jepun, Lat's Place yang merupakan restoran animasi yang pertama di dunia dan lima karakter di dalam The Little Big Club iaitu Bob the Builder, Barney and Friends, Angelina Ballerina, Pingu the Penguin dan Thomas and Friends.

Ni cheq nak ceghita pasai restoran interaktif Lat's Place.

Sebagai seorang kartunis yang sangat berjaya di Malaysia sehingga karyanya tersebar luas di luar negara, jenama yang kukuh ini meyakinkan pelabur untuk membuka Lat's Place. Gaya kartun Lat yang bercirikan masyarakat majmuk Malaysia menceritakan kehidupan budak kampung serta hal ehwal semasa dan dipersembahkan dengan menarik serta tidak berat sebelah. Kalau dia nak menyindir, dia sindir aje. Tiada siapa yang membantah pun. Teringat aku dalam salah satu buku komik tebal yang aku beli, beliau menyindir DBKL yang menggantung lampu lip lap lip lap hinggakan pelancong tak perasan mana satu traffic lights hahaaa....sinis ! Begitulah sepatutnya orang seni, peka dengan keadaan semasa.

Aku kenal dengan Lat ni pun melalui majalah Gila-Gila yang gila kubeli di zaman sekolah dulu. Lagi mak tak bagi beli laaaagiii kita beli sorok sorok hahaaa....


 Berseronok mengalahkan bebudak ! hahaa...

Step into the comic world of Lat and meet his LAToon friends for an interactive and engaging animated experience while you embark on an amazing culinary adventure !In these themed restaurant, the fun adventures of Lat The Kampung Boy will come to life right before your very eyes ! Boleh berborak dengan karakter tu youuuu....

Masa ke sini hari tu kami dihidangkan dengan mee hoon goreng dan kuih muih. Sedaplah pulak mee hoon tu tapi masa singkat sangat, tak sempat nak menambah. (Eh, kata nak kurus kak?)


 Cakkkk !!!


 
 Ada jalan yang kering gagah jugak nak lalu kat air pancut

Souvenir ! souvenir !


Datuk Lat is our national assets. Hebatnya beliau sampai kat badan kapal terbang pun ada lukisan dia.

 
Menarik juga tempat ni. Alamatnya di :

Persiaran Puteri Selatan
Puteri Harbour
79000 Nusajaya
Johor Darul Takzim
Tel : 1300 88 FAMILY (326459)
Emel : ph.enquiries@tar.com.my for online ticketing
 
hubungi 1300 88 LATS (5287) or +603 2203 9667 (jika dari luar Malaysia)
Call centre agents are available to take your call from 9am to 8pm everyday. Phone bookings are available for tickets one day prior to the intended visit.
 
For more info kindly visit :
 
Waktu perniagaannya adalah :
Isnin, Rabu-Jumaat 11am-8pm
Hari minggu dan cuti umum 9am-8pm
(dinner starts at 6pm)
 
Tutup pada Selasa kecuali cuti sekolah dan cuti umum
 
Tanya mereka ya, jangan tanya saya . Tak dapek sey nak jawab kang.

Double Tree by Hilton Johor Bahru | A comfortable and hassle free hotel

Double Tree by Hilton Johor Bahru telah memulakan operasinya pada 1 Julai 2014 yang merupakan jenama Double Tree by Hilton yang kedua di Malaysia. Terletak di tengah-tengah wilayah Iskandar, hotel ini menawarkan pilihan kepada pelanggan bisnes dan santai yang mahukan hotel berkelas tinggi dan memenangi anugerah perkhidmatan cemerlang. Jenama Double Tree by Hilton sangat teliti dengan hal-hal kecil yang sebenarnya memberi impak kepada perniagaan mereka.

Terletak kurang lima kilometer dari Johor-Singapore Immigration Checkpoint dan 25 kilomeer dari Senai International Airport. Lokasinya yang strategik memudahkan kita untuk ke shopping malls, pusat kebudayaan dan sejarah. Diantara tempat-tempat yang menarik senang diakses dari hotel ini adalah:

City Square                         0.5km
Sultan Ibrahim Building.    1.0km
Johor Zoo.                           1.5km
Daiman Bowling.                14.0km
Legoland Theme Park         28.0km   



Hotel ini menawarkan 335 bilik termasuk 52 suite equipped with the signature Sweet dreams by Double Tree, in-room work space, 40" LCD TV and walk-in rain shower. Toiletteries pula dari CITRON Honey & Coriander by Crabtree & Evelyn. Kita yang perempuan ni cerewet sikit bab penjagaan muka dan badan ni kan?

Wifi sampai ke bilik, janganlah risau nak update location korang. Tetamu yang menyewa excutive rooms and suites diberi kelebihan untuk akses Executive Lounge where complimentary breakfast, evening drinks and canapes are served.

There are 10 versatile and modern function including wedding events consultation centre. Best lah kalau buat kenduri kahwin kat sini. Chocolate chip cookies di dalam tin yang kelasss bergaya boleh dijadikan door gifts.

Ada cerita kelakar di dalam bilik ni. These two kampung girl tergagau-gagau mencari suis untuk menurunkan blinds. Hohohooo....bilik ayaq transparent ! Habis segala suis kami tekan sampai call receptionist hahahaa... apalah motif buat bilik ayaq begini weh? hahaaa... tak abih lagi nak gelak. Kalaulah masa tu emergency nak memerut terpaksalah yang seorang lagi keluar bilik dulu.


I LOVEEEE bedding ni. Linennya best ! Baru pulak tu. Kalau kat rumah aku, baru je tukar cadar putih tak sampai setengah hari ada ajelah yang tenyeh mulut berkari atau tangan berlumur coklat haishhh...

 haaa...kampung girl ini dah jumpa suis

Axis Lounge @ lobby

Outdoor pool di tingkat 13. Fitness centre yang dibuka 24 jam sehari turut menawarkan steam room and whirlpools. Fitness centre mengadap ke swimming pool juga. Sambil exercise sambil...eh?

Akak ko feeling ala ala model muahahhaa...


Hotel ini menyediakan empat ruang makan dan hiburan yang inovatif :

Makan Kitchen
The all-day dining restaurant yang menyediakan makanan tempatan yang popular. Boleh tengok mereka masak secara live.

Tosca
Restoran dan bar Itali di poolside tingkat 13, dengan pemandangan Selat Johor.

The Food Store
A cafe style atmosphere, a perfect place for casual meetings or indulgent afternoon tea. A wide variety of freshly made pasteries and sandwiches available throughout the day.

Axis Lounge
Tempat yang sesuai untuk relax dan berjumpa pelanggan.



Setiap tetamu yang datang akan dihadiahkan dengan their signature warm chocolate chip cookie. Ya Allah memang sedap sangat biskut ni. Aku checked-in dah malam pun dapat merasa. Saiznya besar sikit daripada muka tapak tangan aku. Tebal pulak tu. Kawan aku siap mintak dua, tamak haloba sungguh. Menyesal aku tak ikut perangai dia. Resipinya ada tertulis di belakang pembungkus tu tapi the way chef tu bakes that cookie yang penting diketahui. Mesti rasa !



Untuk info yang lebih lanjut mengenai DOUBLE TREE BY HILTON JOHOR BAHRU sila rujuk www.johorbahru.doubletree3.com 

DoubleTree by Hilton Hotel Johor Bahru
No. 12 Jalan Ngee Heng,
Johor Bahru,
80000, Malaysia
TEL: +60-7-2686868
FAX: 60-7-2686888
Check-in: 3:00 pm Check-out: 11:00 am

Nanti aku update presidential suite pula ya.


Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free