Air Asia & MAHB

Sekarang ni dok kepoh dan kecoh dispute AA dan MAHB. Lantak hangpalah nak main tarik-tarik rambut ke nak bercekau ke.... yang penting tambang tak naik.

Aku bukan nak sebelahkan mana-mana pihak sebab bukannya kita tahu in detail apa yang depa dah agreed earlier, more than 10 years ago but bila aku dengar komen seorang bekas orang besar MAS tadi bengkek jugak hati ni. Ye lahhh komen orang yang tak pernah naik AA kot or even berada di persekitaran LCCT tu. Orang yang mungkin cuma pernah susah di zaman Jepun kemudian senang dulu kini dan selamanya.

Dia kata AA nak macam-macam. Helloooo..... aku dan ramai yang lain menyokong kempen Tony Fernandez dan AA menentang kenaikan cukai lapangan terbang tu. Upgrade the facilities dululah bang.....

Baru-baru ni my laling hantaq aku ke lcct tu subuh-subuh sepiee padahal flight aku 8.45am. Sebabnya dia kena masuk keje jam 8 pagi. So lepas solat subuh aku dok mencari tempat duduk. U know, kat international departure tu kalau ada kerusi pun nun di hujung sana di tepi dinding. Itupun tak padan dengan ramainya manusia kat situ. Okaylah, kerusi yang sedikit bagus untuk restoran-restoran kat luar tu kan? Penumpang dan 'pengiring' terpaksalah order makanan jugak sebab nak duduk kat situ. Untuk orang macam aku yang tak nak breakfast nih?

Dah puas melilau takde seat jugak akupun duduk la kat rail besi yang kat tiang tu sambil berlunjur. Orang lalu dengan troli karang aku tarik le kaki aku tu... lepas tu berlunjur balik. Gitu le ulang sekali-sekala. Ada satu pasangan apek tua dengan bininya tu memula gagah berdiri tapi lepas nampak aku duduk kat situ dia pun join sekali. Malu kot mulanya... Yang tak syioknya pulak dia kejap pandang aku kejap pandang kat buku aku sampai aku tak boleh khusyuk dan tawaduk membaca. Aku rasa dia confuse sebab tajuk buku omputeh tapi isi cakap melayu pulak hehehehe..... kasi gempak je apek ooiiiii..... Sudahnya aku angkat punggung pi carik port lain.

Ada jugak hal yang aku tak puas hati dengan AA. Selain delay contoh lain adalah caj kad kredit. Memang depa buat duit sungguh kat situ. Sepatutnya sekali je lah dia caj kan (akaun orang yang memproses tempahan tu) ni tak, setiap kepala kena caj padahal kadnya satu jek. Kalau beli barang kat Low Yat pun max 3% je depa charge from the total amount. Tentang caj untuk manual check-in tu tak kisahlah sebab memang sepatutnya pun kita guna teknologi terkini. Harapnya takdelah orang muda dan tahu membaca bagi alasan susah nak guna kiosk tu,pakcik tua pun reti guna tau.

Jangan ko caj nak masuk jamban atas kapa tobang tu nanti sudahlah.... memang nak kena sumpitlah tu kan. Kalau masuk jamban pun kena caj aku rasa cabin crew akan beratur berenti keje sebab kena bersihkan kencing berak orang atas lantai hahahha.... dah macam kojo kek spita pulak.... apo nak buek, tak sompek .....ekau ingat buleh ditahan-tahan ko?

Ilmuan Islam- Al Kharkhi 760M

Al-Kharkhi atau nama penuhnya Abu Bakr ibn Hussein dilahirkan di Kharkh, sebuah kawasan di Baghdad Iraq. Kepakaran dan sumbangan beliau meliputi aritmetik, algebra dan geometri. Hasil tulisannya, Al-Kahfi fi Al-Hisab (Kepentingan Aritmetik) adalah mengenai peraturan-peraturan pengiraan.

New Books


Deepavali hari tu aku dok merayau kat Bandar Baru Bangi, masuk sana 11.30 keluar kelik jam 3. Lamo den besapau kek situ.

Kat depan Kompleks PKNS tu ada kedai barangan terpakai, barang baru pun ada sikit-sikit tapi wa tak minat. Ada banyak buku dan novel koooo…… teleng kepalo den mencari tajuk yang bekonan kek hati. Letih wooo memilih sebab bercampur-campur. Memula rak atas lepas tu rak tengah sudahnya mencangkung pulak ……. Lepas tu pi rak sebelah pulak…adehhh

Dapat la dua buah buku ni:
1)      Makers of western tradition – volume 1 by J. Kelly Sowards

2)      The world christian starter kit by Glenn Myers

Aku ada baca lompat-lompat page buku yang second tu masa kat kedai. Ia mengisahkan masalah penyebaran agama Kristian, antaranya golongan mubaligh hanya bertumpu di kawasan bandar ataupun yang dah ada ramai pengikut sedangkan banyak lagi kawasan yang patut diterokai.

The first book den bolom baco laie…. simpan dulu buat pekasam.

Last week kat KL Sentral ada books sale pulak, beli lagi 3 buah, boli yolah dulu… sok naik KTM komuter boleh menyambil baca.

The Greenland Seal Hunter- Travel tales from distance places by Tan Wee Cheng

Thais Means Business by Robert Cooper

Jannie Tay’s Journey compiled by Wong Wan Ling. Jannie ni tauke besar, antara bisnes dia and her husband, The Hour Glass. Muka dia ni kat Malaysian Tatler adalah… kalo ko baca URTV nan hado …. ehh aku tak beli pun MT tu... tak berkenaan okay, baca kat kedai sudah. Aku dah tersalah sangka sebenaqnya… ingatkan si Annie yang menang Fiabci Awards tu tapi takpelah still worth reading.

Jiran aku sibuk buat spring cleaning pasai nak kenduri so dihantaqnya 67 buah buku kanak-kanak dan remaja... alhamdulillah..syukran syukran! tapi bergasak nak suruh anak bujangs aku baca.

Ilmuan Islam- Al Khawarizmi 780-850M

Nama penuhnya ialah Ahmad Ibn Musa Al-Khawarizmi dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau ialah Hisab al-Jabr wal Mugabalah (Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan) dan Algebra. Pada kurun ke-12. Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.

Lomau ...

osah lomau ehh.... nak update payah bona haa...

Hujan lebat di Kuala Lumpur

Assalamualaikum.

Bersiaran dari Plaza Kotaraya menunggu someone. Nostalgik weiii tempat ni. Masa aku baru-baru reti naik bas dulu, sinilah laluan aku. Turun bas dari Shah Alam kat bas stand Klang nun terus jalan kaki ke Puduraya. Guna jalan yang sama sebab takut sesat...ngeh ngeh.... budak kampung katanya... Sebelum tu masa form 4 sementara nak naik bas ke Teluk Intan dah berani sket keluar dari Puduraya jalan-jalan kat Kotaraya ni lah. Then ke Metro Jaya di bangunan Cahaya Suria, sekarang dah jadi Mydin.

Kat sini dulunya ada tempat sewa buku so time aku nak balik kampung aku sewalah sebuah buku lagi dua minggu nak balik kampung sekali lagi pulangkan. Iyooo........ 2 minggu sekali den balik kak. Kalau boring tiap2 minggu balik hahaha.... kucing beranak pun balik. Ko boleh? hahaahha.....

Kalau korang feeling nak pergi Filipina mai la sini .... aku rasa macam semua perniagaan di sini to cater for depa punya needs. Speaking London gitewww....

Ilmuan Islam- Al Biruni 973-1050M

Beliau adalah orang yang pertama meletakkan asas kepada trigonometri moden. Al Biruni merupakan ahli falsafah, ahli geografi, astronomi, fizik dan ahli matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo, Al Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya yang tersendiri. Al Biruni juga telah menggunakan kaedah matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia.

Nak repeat paper

Sungguh unsangkarable, tak lama lagi akan menjadi jutawan semula ..... ingatkan tinggal rombongan geng bas sekolah ke Kolumpo je tahun ni hehehhe....

I'll update with cerita kota yang sama tapi places of interest yang berbeza. Mudah-mudahan warga emas tak capek di sana.

Ilmuan Islam- Ibnu Sina 890M

Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh sarjana barat. Nama sebenarnya ialah Abu Ali al-Hussain Ibnu Abdullah tetapi di barat beliau lebih dikenali sebagai Avicenna. Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370H bersamaan dengan 980M. Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah namun beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan.

Ilmuan Islam- Ibnu Batuttah 1304-1377M

Terkenal sebagai ahli pelayaran Islam pertama yang mengelilingi dunia. Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Batuttah, seorang pengembara Barber Morocco. Pada umur sekitar 20 tahun Ibnu Batuttah berangkat mengerjakan haji ke Mekah. Setelah selesai, dia melanjutkan perjalanannya merentasi 120,000 km sepanjang dunia Islam (sekitar 44 negara)

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free