Travelog Bandung - Day 3

Hari ni harus ke Hotel Unik berjumpa kengkawan yang baru sampai dair Malaysia malam tadi. We supposed to start our journey to Gunung Tangkuban Perahu at 8 am. Semangat betul nak berjalan kaki so staf hotel tu tunjukkanlah.

"Kamu ikut kanan kemudian bila kamu ikut jambatan kamu akan nampak stasion bla..bla.." Aku mengangguk macam faham betul.

Ni dekat je dengan hotel aku about 50m. Nampak kereta polisi tu? Haaa... beberapa tapak dari kereta tu ada balai polis yang tak berapa besar tapi masa awal pagi time meronda pukul 7 tu tak bawa kamera lak.


Kemudian aku mula salah jalan but it's okay sebenarnya sebab kalau tak silap kita takkan tahu benda/tempat/perkara baru. Yang di bawah ni terjumpa kat tepi jalan...kan benda baru tu..at least bagi aku la. Hinanya...tepi jalan pun jadi, macam kambing! Tak tahulah projek malam tadi ke subuh tadi, basah lagi tu..yuks!


Kalo tak sesat aku tak lalu kat sini sebab pelan asal nak pergi Jakarta naik train dah aku batalkan. Semua walking distance je dari by Moritz sementara aku tu.


Since aku mengejar masa so aku sewa "becak" je sebab nak cepat. Kat sini ojeg tak ada, kat Jakarta banyak la.
"saya mau ke Hotel Unik, berapa?"
"20 ribu"
"hah?! Ngak mau" aku pun pusing. Amboiiii...mcm tambang teksi. Dia ingat aku baru turun dari train agaknya...udah 3 hari dong..
"nanti! berapa neng? 10?"
"5 ribu"
"7 1/2"
"7 aja.."
Dia angguk aku pun naik. Itupun nak jatuh gak macam jakun je aku ni. Sambil kayuh tu dia tanya orang lain mana Jl Hj Akbar tu. Loo....silap jalan pulak aku dah le nak cepat. Yang bestnya dia boleh bawa lawan arus tu. Pak polisi kat Msia ni bersyukurlah ya sebab yang suka bawa kenderaan menyonsang ni mat rempit je yang lain-lain masih ikut peraturan walaupun not 100%. Tapi depa dah biasa agaknya walaupun bunyi hon kat sini memekak je tapi takde lak yang mencarut ke, yang tunjuk jari "f*** u!".

Update: depa hon sebab nak memotong sama macam di India. Pengalaman aku belum luas lagi.

Sampai kat hotel supirnya entah dimana tak smpai lg, rombongan kawan aku tu dok kena kerumun dengan perniaga ni spai aku pun terbeli jugaklah samurai tu 3 ekor.


Nak engrave pen terus pun boleh. Aku respect betul la cara mereka mencari duit walaupun sometimes a bit annoying jugak. Semua boleh. Mungkin akibat desakan hidup.


Tak jadi ke Tangkuban Perahu (volcano) sebab cik kiah semua nak pergi Pasar Baru...dah agak dah. Aku nak telefon pun tak boleh malam tadi sebab tak tau no prepaid kawan aku yang kat Indo, kalau tak dah ke Papandayan dengan group mat saleh kat hotel aku tuh. Pergi gunung berapi tu lagi best about 3 hours drive from Bandung.

Ni baru kat luar...


Kat dalam lagi haru...sosak!! Aku lemas..aku rimas! Lemas lemas pun sebag besar jugak bawa balik kiriman orang. (lepas ni tak boleh kirim dah)


Aku ada record area ni tapi lambat sangat nak upload, berejam nak nunggu.


Termalu-malu waiter tu bila kena snap. Dia boleh bawa hidangan untuk 1 meja tu sekaligus. Kalo aku mau jatuh berderai dah.


Gembira bila nasi dah depan mata. Ni masakan padang..dia akan hidang semua dan kira mana-mana yang dah kena usik je so kalau kita nak ambil lauk tengok dulu meja kawan kita. Kalo dia dah amik 1 lauk contohnya ayam sambal (biasanya 2 ketul dalam 1 prg) peghabih yang kat meja dia dulu so yang kat meja kita dia tak kira. Kalau sedap sangat nak tmbah lagi baru ambil yang lain.


Cantikkan restoran ni...kat area Sukajadi/Sirajadi, a bit to the north. Tempat orang berduit.



Lepas tu kami ke FO Rumah Mode..takdenye murah nko...tapi tempat ni memang cantik tertarik da bomb!


sat lg sambung ya nak p amik anak sat..

okay sambung kelik. Selain FO Rumah Mode kami ke Terminal Tas dan lain-lain. Aku ikut je kekadang duduk kat luar dengan supir sebab aku dah meronda on day 1 lagi. Cuma aku nak cari bag untuk hiking.... udah ketemu tetapi belum ketemu yang murah buk..

Guard yang gagah perkasa dah sound "hanya boleh berfotoin setakat ini aja buk" (dkt kounter dpn). Tgk bdk blkg tu menempel sekali. Aku mencari bag hiking sebenarnya..hari tu dah jmpa dah beg 140 ribu last price..... nk cari yang murah lagi memang tak jmpa le kat tempat cenggini


Kekadang dok kat luar je dengan supir kami Dadan n Anggak. Depa ni tak strict sgt 13 jam je. Anggak kata bininya tak dibenarkan bekerja...waduh2.....bini org Malaysia boleh pergi sampai Indonesia! hahaa..


Berdekatan Factory Outlet tu ada yang jual kek, T-shirt, ada kedai kerepek tapi aku belum beli lagi masa ni...di bawah: belut goreng..mau ngak?? Aku ngak mau0


Awwwwwww!!!!...............


Belek2 poster tp tak beli ponnnn...


Lepas ke FO Jln Riau tu kami balik ke hotel. Kalau aku jalan terus sampai tak larat jalan baru balik. Kat sebelah hotel Unik tu ada kedai kek n biskut Kartika Sari - penuh dengan orang Malaysia! Kaya betullah orang kita ni.....

Kek dia meriah kan?



Malam dinner kat Chihampelas. Area ni banyak jual jeans tapi aku tak berapa berkenan


Budak-budak kat atas ni kalo bikin album lepas tu jual kat Malaysia pasti meletop! Kita kan suka band Indo ni


Gayo kau jang....Azhar Mustapha dah jadi penyanyi sekarang.


Tempat ni namanya "BMK". Style order, dia bagi kertas dengan menu kita tick la mana-mana yang patut. Aku order Bakso Granat nampak macam best je.....bebola dagingnya 3 biji sebesar penumbuk aku ni ha dalam ada sambal punya podehh......tu la main order je........granat tu agaknya granit la kat sini, melatop! berasap telinga aku
 

to be continued...........

Travelog Bandung - Day 2


Breakfast hari ni minum teh aje sambil baca sokkabar. Nak keluar awal-awal ssangat pun takde apa apa. Sambil minum sambil borak dengan staff hotel sambil baca newspaper. Kat sokkabar tu ada orang iklankan nak menjual sebuah rumah siap dgn swimming pool dan kebun rm180k jer. Woittt...murah giler.

Hari ni nak meronda ke Jalan Asia-Afrika. I have to walk through jalan yang sama ke Pasar Baru before turn right. Best jalan pagi pagi ni time orang baru start bussiness macam boleh nampak. Tong gas tu cenonet je aku pun boleh angkat sebelah tangan.


Ulam-ulaman

Yg melarat...

Mamat ni bermacam soalan dia tanya aku. Memula dia ingat aku kerja sama koran (akhbar). Tanya fasal Malaysia lah pastu sibuk bona nak bergambar. Kat kedai dia ni ada dijual aksesori dan lain-lain. Aku beli button badge upin ipin 24 pcs 7k rph jer..berebut-rebut anak den.
 

Depa ni aku tengok suka gak main chess..ramai jugak aku jumpa yang cenggini. Patutlah kat Chow Kit tu ada port chess ni, kebiasaan dari kampung asal rupanya.

Yang ni paling best! Aku ni sebenarnya mencari toko buku terpakai tapi tak sangka jumpa kedai jual dvd/vcd cetak rompak sebegini besar. Yang menjual di tepi jalan tu toksah kiralah banyaknya. "Copyrights" atau "rights to copy"? Persoalan yang susah nak dijawab.
 
Benda ni illegal sebab masa aku minta izin nak bergambar kat 1 kedai tu dia kata "asalkan tidak dihantar ke koran". Gambar di bawah ni aku amik sembunyi-sembunyi takut beb sebab ada sorang apek tu pandang semacam je kat aku. Buatnya dihempas kamera tu meraung aku kat situ.


Di sini aku ketemu dvd yang aku cari cari tu. Pelik gak, illegal tapi besar-besaran, kat tempat kita runner bawa sampel je lepas tu orang lain hantar. Kalau ada yang jual openly pun siap letak alas kain senang nak bungkus kalo ada operasi. Best woooo...1 dvd 5k rupiah jer..


Di depan kantor pos Bandung. Actually in my list i supposed to visit Universiti Teknologi Bandung also tapi tak jadi. Kalau pergi dengan group pelajar universiti sampai juga ke situ agaknya.
 

Tak dapat uangnya bergambar pun jadi ler..
 

Plate number ni boleh dibuat kat tepi jalan jer


Relax jap kat Dunkin Donuts- bukan lapar pun cuma nak tukar duit kecik nak beli top-up. Tuu...tayang Canon 550D


Kat sekitar masjid ni ramai yang berniaga sampai ke kaki lima dalam masjid. Pelik lak aku menengoknya sebab orang boleh lalu lalang kat sini tanpa menutup aurat. Sedih bila masjid tidak dihormati.
 
(update 2014: aku terdengar AJK masjid membuat pengumuman supaya sesiapa yang berada di persekitaran masjid memakai pakaian yang menutup aurat)
 

Aku teringin sangat nak tengok motor-motor klasik nih di Braga-sebelah malamnya ada concert. Malangnya aku tersalah amik angkot n nak jalan lagi dah tak larat, capek yang amat sangat. Aku rasa time tu kalo kaki tersadung batu memang takleh nak bangun dah. Soooooo penattt!
 
 
Pak polisi
 
Ke Kebun Binatang Bandung @ zoo


Boyo


Galak...gatal? Ganas? Menggoda?


Sebaya je kan? heheheh..Pakaian sekolah depa ni macam tak berapa seragam ada lipat depan ada lipat belakang

Aummmm...

Kalo anak aku ada ni msti dia pun nak masuk dalam bola tu


Ni dalam zoo..best kan boleh lepak dengan family macam kat Hyde Park pulak

Cikgu tengah lepaking menunggu anak murid buat research

Ni kat Bandung Electronic Ctr @ BEC bunyinya B.E.Che. Security tu bukan pegang cota tapi scanner

Tepi longkang tempat minum petang. Kat Bandung memang banyak gerai penjaja tapi walaupun tekak dan perutku mencakar nak merasa but i refrain myself from trying it bimbang terpaksa berulang ke toilet.

Syok tengok adik ni menggoreng tempe keju. Sangat cekap!

Haaa....ini le button badge nyer. Masa ni aku dah balik ke bilik dalam pkl 11 kot. Yang aku nampak kat sini hampir setiap lorong ada perniagaan dan sebelah malamnya di lorong-lorong ini ada yang melelapkan mata, ada yang melakukan dosa. Sigh.
 

Travelog Bandung - Day 1 malam pulak


Travelog Bandung - Day 1 malam pulak |Bag pun dah penuh so hantar dulu ke bilik..jalan kaki jer sonang. Malam ni ke factory outlet yang diheboh-hebohkan org tu di Jalan Dago. Beli sehelai dua t-shirt anak-anak. Takde la murah mana punnnnn..except yang on SALE. Kekadang aku rasa orang kita dah set kepala dia barang Bandung murah tu padahal tak semua pun. Lagi 1 yang aku perasan kat tempat tempat shopping ni muka orang Indonesia dengan orang Malaysia je orang lain tak amik pot. Depa explore tempat-tempat menarik kat satu satu negara yang depa pergi. Biasalah kita ni hanya jadi pengguna.




Nampak aku tak? Punya la banyak bag.


Ke sini tadi naik teksi apa entah kena paw sampai 30 ribu rupiah. Walaupun aku tahu peel drebar taxi ni tapi untuk orang yang baru di sini di malam hari pulak susah sikit bagi aku nak membezakan teksi Bluebird dengan teksi yang mencekik nih. Kalo u all ke sini sila gunakan teksi teksi ini saja :

Bluebird 022 7561234 atau
Gemah Ripah 022 ______

Taxi bluebird ada minimum charges INR20k tapi balik dari FO tu aku bayar INR15k ikut meter dia terima pulak.

Travelog Bandung- Day 1


Travelog Bandung- Day 1| Dari hostel ni boleh dengar azan dari pelbagai arah even ada masjid kat depan tu n only 5 minutes walk to Pasar Baru Trade Centre tempat shopping yang popular tu.  Ya rabbi...kat situ penuh dengan orang Malaysia n Jakarta. Hari ni sepatutnya 1/2 hari je kat tempat tu tapi jadi seharian pulak. Every time nak cari jalan keluar je jumpa kedai lain n tetiba je nak beli itu ini. Dugaan sungguh! Anak dara aku beberapa kali pesan suruh beli swimming suit siap call lagi takut aku lupa.  Yang mengirim ayaq lioq pun ada gak. Memang boleh jadi gila kat pasar baru tu..GILA SHOPPING!


4 hari kat sini aku bangun +-5.30 waktu Bandung = 6.30 Malaysia cuma last day terbangun lewat, kecapekan yang amat! Dah dekat siang tapi since dalam bilik air takde hot shower menggeletar beb nak mandi. Aku lebur lebur lebih kurang jek tu pun terketar-ketar.
 
 
Murah bangat kan? Siap breakfast lagi tu. Lain kali boleh duduk kat "by Moritz" ni tapi tilam foam je la ye. Selain aku ada 3 orang lagi orag Malaysia di sini yang lain omputeh. Yang 2 orang tu orang Kuantan, seorang kawen dengan awek NZ and ada bisnes kat sana. Aku siap pinjam adapter lagi kat dia padahal boleh je cucuk charger bateri tu terus. Waduh waduhhh ngak ngerti mula mula tu...

Semalam lepas ambil kunci aku terus memerap kat bilik, kalau aku turun lepaking dengan guide and other guests tu boleh aku joint group mat saleh tu ke Papandayan. Kata dia orang volcano di Papandayan lebih menarik daripada Tangkuban Perahu. Trip ke sana minimum 2 orang dengan harga INR450 seorang. Rugi...rugi...

Ni le tempat aku menumpang, buruk je dari luar tapi bersih di dalam. Area ni kira mcm chow kit la kat Malaysia ni. Kat sebelah kiri tu banyak kedai yang jual raga, bakul, hotel taraf sederhana, kedai mercun pun ada. "Nga boleh dibawa naik pesawat buk..". Aku dah berkira-kira nak memborong je tp takut jugak kot kot tertangkap. Kang kena duduk sedorm dengan Ariel lak..huh naya!

Angkot. Kalo nak naik kena ikut laluan yang betul. Aku dah tersilap dah tp okay jugak sebab turun kat depan Amanda, dapat beli kek.


Dah sampai ke Pasar baru..5 min je jalan kaki itupun kalo hangpa jalan laju macam aku la..kalo jalan melenggang kangkung mengira tapak tak dapek den nak nolong.

Peniaga yang berjualan. Menarik, barang-barang dalam nyiru.

Macet sekali di Bandung nih! Ni belum ke Jakarta lagi. Kat sini kalo jalan dua hala boleh u-turn di mana-mana suka hahaaa... Bagi signal pusing slow slow best gilerr...kete pun elok elok je takde kemek kena hantam.

Macam-macam boleh dijual di Indonesia ni. Tengok...rambut palsu dijual di tepi jalan je. Aku mula mula tu berkenan juga kat rambut afro tu tapi baru 1 je yang di keluarkan takde pilihan lain. Tak kuasa pula nak menunggu.
 
"Becak" parked kat depan main entrance Pasar Baru. Kalo ikut pintu barat tadi kejap je dah sampai tp aku buat 1 round yang jauh lagi...saja meronda pepagi.


 
Beli telekung 3 helai kat sini. Lembut manis molek je kata-kata si salesgirl. Ni kalo jadi bibik harusssssssss jadi masalah dengan aku hahaaa....bahaya gituh. Kalo kita tawar rendah sangat dia kata "belum dapat bu". Adoi..rambang mata betul. Aku nak beli untuk mak, uwan n my anak dara je but ada pulak yang menelepon lepas tu. Kata orang di Bkt Tinggi lebih murah tapi kalo pergi sana semata-mata nak beli telekung lebih baik ke Jln TAR aje.

Gambar ni SA yang lelaki tolong amikkan. Minta tolong sekeping je, wahhhh..naik syiokk pulak dia click click, nasib baik tak guna filem lagi.

Pukul 4 perutku dah mencakar. Orang kata kat Pak Cik Met ni best..memang bener buk!


Set ikan Gurame Bakar

Macet sekali!


Pak polisi..aku tengok kat sini takde pulak acara saman-menyaman. Banyk sangat kot..tak larat dia. Kat sini sume duit weh...orang yang tolong adjust parking tak kira la pakai uniform ke tak perlu uwang. Yang aku heran tu macam mana nak buat reconciliation kalau tak issue receipt?


Hasil rampasan di hari pertama

Travelog to Bandung, Indonesia

Flight aku 8.30 malam direct ke Bandung. Punyalah ramai orang nak makan angin...Dah aku sorang sorang so melilaulah ke sana sini masuk kedai keluar kedai tapi tak beli apa apa pun sekadar ambil gambar buat kenang-kenangan. Kalo tak bayar tambang tak dapat masuk sini wehhh..



Membaca dah menjadi kemestian kepada mat & mek saleh di mana-mana pun. Kita pun patut jadi camtu. Usually aku pun bawa buku pergi kemana-mana tapi this time beg sandang dah sarat dah tak boleh nak sumbat lagipun hostel aku nak duduk tu ramai foreigners, sure ada buku-buku yang ditiggalkan. Furthermore aku memang nak mencari buku-buku lama kat Bandung nanti yang dijual tepi-tepi jalan tu.


Suda sampe buk! "Gambar i kecik takpe janji nmpk yg belakang tu" aku kata kat one guy tu. Tq la yer tak kenal pun. Inulah bahan bukti aku dah sampai Bandung. Alamak! tak boleh call la pulak nak bagi tau bos.


Travel light

Ni je isinyer...nampak tak pil Chi kit teck aun? Dari review yang aku baca ada jugak beberapa kes yang terkena cirit-birit jadi kenalah berhati-hati di jalan raya. Baju-baju ni sepatutnya cukup kalau dihantar ke laundry but aku keluar pagi-pagi time laundry tu belum buka dah malam baru balik so ada la yang kena recycle hehehh..yang tak bucuk la...nobody knows what..

Bandung, here i come!

27hb aku menjejakkan kaki 1st time ke Bandung. Dah 2 tahun tak naik kapa teghobang wehh..syiokk jugak. Aku nak upload 2 video dalam flight tu tapi lama sangat esok la try balik. Sampai Bandung, Indonesia pukul 10.30pm terus ke by Moritz, Jalan Kebon Jati. It's a budget hotel and i'm staying in the room alone. Lonely planet huh! At first rasa macam tak best gak datang sorang sorang kan. oh.. darr Bandara Hussein Sastra Negara a.k.a. airport naik taxi Bluebird INR35k. Bayar sajalah dah malam tak kuasa lak aku nak mancari-cari dan bargain furthermore ini kali pertama ke sini. Ikut la arus dulu.


 Dekat je rupanya jalanraya pun ok mungkin sudah agak lewat ya orang sudah tidur di rumah masing-masing. Kocik je hostelnya..jadi le dah budget pun kocik tapi kelihatannya bersih ya. Omputeh kebanyakkannya yang menyewa kat situ (aku je org tak putih) sebab depa travel untuk 2 minggu atau berbulan2 so they only need a place to stay and clean themselves. Pagi-pagi dah keluar malam karang baru balik and some of them travel sampai ke West Java so buat apa nak sewa hotel yang mahal mahal kan?. Malam tu aku tak mandi sebab badan rasa sejuk je. Dalam bilik tu cuma ada kipas tapi aku tak on kan pun sebab sejuk, suhu siang di sana dalam 20-25c (malam lagilah sejuk) siap pakai sweater n socks lagi time tidur tu. Nasib baik bawa sweater kalo tak mengerekot macam udang sebab sejuk sangat.


Abaikan jelah yang kat dinding tu. Tingkapnya dipasang jaring nyamuk so boleh sentiasa open.



Kat hujung tu bilik air-no pintu. Duduk sorang no hal.. Bag ni je lah yang aku bawa ke Bandung.

To be continued....................................

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free