Showing posts with label zoo. Show all posts
Showing posts with label zoo. Show all posts

Masih menarikkah Zoo Melaka and Night Safari?

Masih menarikkah Zoo Melaka? | Tahun ini perayaan Eidul Adha kami sekeluarga sungguh berlainan. Ada yang terpaksa bekerja (intern terpaksa mengganti pekerja senior) dan ada pula yang balik ke kampung sendiri. Agak ralat jugalah tetapi kena rasional, kalau semua nak balik ke utara dua tayar kereta perlu diganti dahulu, lagipun bulan depan road tax kereta dan house owner takaful rumah ni akan mati bulan depan. Letih oih memikirkan duit yang nak keluar mencurah macam air paip. Walau bagaimanapun, yang seorang tu tetap tak boleh bercuti... kasihan pula kite. Mak kan?


Dalam pada tercari-cari tempat untuk bercuti singkat bersama Geng Bas Sekolah Set B terus teringat Zoo Melaka. Oleh kerana kami dari Kuala Pilah kami ikut Jalan Tampin, singgah sekejap di Freeport A Famosa Outlet (geram kita tengok kasut dan handbags) kemudian masuk highway PLUS dan keluar di Ayer Keroh. Tak ingatlah berapa kena bayar tol tapi masuk tol tu keluar di Senawang kena RM8.50 . Dekat je zoo ni dengan plaza tol Ayer Keroh. Jika dari bandar Melaka ia hanyalah berjarak 13km. Dekat benau.

Kami pergi hari Khamis pun ramai pengunjung, kalau pergi weekend macam manalah agaknya ya?


Sejarah ringkas Zoo Melaka
Zoo seluas 54 ekar ini telah ditubuhkan pada 1963 bersama-sama dengan Zoo Negara yang di Kuala Lumpur tu. Awalnya dikendalikan Kerajaan Negeri Melaka tetapi sejak 2013 telah diswastakan kepada KKW Sdn Bhd dan diberi nama Melaka Zoo and Night Safari. Asalnya sebagai penempatan binatang liar yang diselamatkan kemudian ditambah baik kemudahannya sebelum dibuka kepada umum. Sehingga kini pihak Zoo Melaka masih mengekalkan tujuan asalnya sebagai "lokasi selamat" bagi binatang seperti burung, kelawar, harimau, singa, gajah, zirafah, rusa, zebra dan lain-lain lagi.

Zoo Melaka terletak bersebelahan Ayer Keroh Country Club yang masih kekal hijau. Tidaklah binatang tu terkejut bila nampak apartment di sebalik tembok.

**Volunteer and education programmes available**

Zoo sebagai pusat rekreasi dan pendidikan
Kita selalu compare sistem pendidikan negara sendiri dengan Finland dan Norway kan? Kita saksikan mereka berlari berkejaran di halaman sekolah. Dibiarkan memanjat pokok. Persoalannya adakah kita sendiri sebagai ibu bapa sudi melapangkan masa membawa anak-anak ke tempat yang mereka boleh belajar secara santai? Pergi ke taman permainan, panjat pokok, masuk hutan, bermain pasir di pantai dan sebagainya?

Memang letih oih melayan bebudak, sesi soal jawab tak habis habis. Walaupun yang seorang tu dah tingkatan satu, kami masih meletakkannya dalam set B. Yang set A tu takkan nak mereka masuk ke zoo lagi... dah remajalah katakan... Jika kita nak instil minat anak-anak kepada muzium... alam... rajinkan bawa mereka ke tempat tersebut sewaktu mereka kecil. Kalau tidak asyik nak panggung wayang dan shopping complex saja ditujunya. Menghabiskan duit yo kojo eh.

Oleh kerana aku pernah ke Taiping Night Safari so i decided untuk membawa anak-anak melihat binatang di waktu siang. Biar nampak jelas di mata dan aku pun boleh menerangkan kepada mereka berdasarkan informasi yang terdapat di luar kandang tu, baru mak nampak bijak sket hahaha.... padahal aku pun baca je.

Lima tahun dahulu si baju purple masih dalam perut. Berulang kali dia cakap, terima kasih mama bawa dik pergi zoo. Allahu...


Yang kiri tu Greater Kudu (Tragelaphus strepsiceros) yang banyak di timur dan selatan Afrika. Aku memula semua bantai sebut rusa hahah...

Ostrich atau burung unta. Kulitnya dibuat handbag berharga ratus ribu yang banyak dirampas hari tu. Cengkerang telurnya sangat keras. 

Walaupun berada di kawasan hijau yang teduh aku layankan saja bebudak tu nak naik tram. Tapikan, lepas turun dari tram bebudak tu ajak berjalan kaki!! Aduhai... tak puas katanya sebab tram bergerak agak laju. Terkena lagi, membazir je bayar tram.

Fyi during my last pregnancy five years ago, aku berjalan kaki mengelilingi Zoo Melaka dengan janin TUJUH bulan dalam perut. Fuhhh... melayan anak punya pasal, jadi janganlah ko hairan sangat dalam keadaan tak pregnant ni aku boleh berjalan lebih jauh dari itu. Alangkan memboyot pun aku boleh berjalan 3.4km dua setengah jam dalam zoo tu dengan sakit sendi punggung lagi waktu tu... gigih kan? huhu... Aku harap anak-anak ni sudilah bawa mak mereka ni tengok dolphin kat Australia tu bila besar nanti. Mak mengharap, nak 😄😄 

Kebanyakan binatang di Zoo Melaka jenis yang biasa dengan cuaca Malaysia. Of course ada pros and cons tentang pembukaan zoo. Ada pihak yang tidak bersetuju, mereka mahukan binatang lepas bebas di habitat asal. Bagi yang bersetuju pula, hujah mereka di sinilah kita dapat mengenal lebih banyak binatang secara live. We can even touch some of them. Kan seronok tu? 

Tiada aktiviti menunggang gajah. Yang ada peluang untuk menyuap gajah dengan sayuran yang disediakan. Not free eh, sedikit bayaran dikenakan demi kesejahteraan binatang-binatang di situ. Bela kucing seekor pun costly dengan makanan, pasir, rawatan dengan doktor veterinar inikan pula satu zoo.



Aku rasa orang utan binatang yang menarik. Orang utan paling banyak di Sabah dengan kadar populasi 11 ribu ekor manakala di Sarawak 1,300 ekor. Jumlahnya tinggi di Sabah kerana ada pusat konservasi dengan hutan simpan yang luas untuk dijadikan habitat semulajadi.

Lihat gambar di bawah. Yang di atas buaian tu Icha, 10 tahun, bersama ibunya Mardhia. Berat Icha lebih kurang 40kg manakala ibunya 60-70kg. Mana bapaknya? Ada... dipinjamkan ke tempat lain. Bila penjaga tu kata dipinjamkan aku terus teringat kepada lelaki yang viral di socmed yang bangga menyuruh isterinya berdikari walaupun pregnant. Eh, macam sama pulak, sperm donor 😄


Penglihatan tapir terhad jadi mereka sangat bergantung kepada deria bau dan pendengaran yang tajam. Tapir suka tinggal berhampiran air, suka mandi juga berenang serta mampu memanjat bukit yang curam. Kebanyakannya aktif waktu malam walaupun bukan haiwan nokturnal. Eh, baru aku tahu rupanya tapir/tenuk/cipan/badak tampung tu sama hehehe.... tenuk selalu jadi 'bahan'. Kesian dia.

The Malayan Tapir atau Asian tapir (Tapirus Indicus) ialah yang terbesar dalam lima spesis tapir dan satu-satunya berasal dari Asia.

Sunbear di bawah namanya Bujang. Setiap sunbear ada corak berlainan berwarna kuning di dada. Kena tunggu beruang ni berdiri baru nampak. Lidahnya boleh memanjang sehingga 25cm dan ia tidak berhibernasi bila di dalam hutan kerana sumber makanan yang banyak. Dalam keadaan biasa ia nampak jinak tapi jangan masuk ke kawasannya, garang oii bila rasa terancam. Feeding time 10.30  pagi dan antara 3-3.30 petang.



Feeding time and bird show:
Ada aktiviti yang melibatkan penonton. Sesiapa yang volunteer akan diberi peluang untuk bergambar secara percuma dengan binatang, penonton lain dikenakan bayaran RM5 jika berminat.




Harga tiket tram: 
RM6 dewasa / RM4 kanak-kanak
(setiap setengah jam)


Tips melawat Zoo Melaka:
Firstly, aku rasa lebih baik berjalan kaki untuk kepuasan yang lebih. Bukan sahaja kita boleh bercerita tentang binatang kepada anak-anak tetapi juga mengenai tumbuhan.

1. Aku rasa takdelah panas di dalam tu sebab pokok pun besar tetapi kalau muka hang pakai produk pengelupasan kulit silalah bawa topi dan sunglass. Boleh juga bawa payung tetapi ada je tempat berteduh sekiranya hujan.

2. Insect repellant? Takde pun kena gigit nyamuk.

3. Pakai kasut yang sesuai. Tak terasa jauh berjalan kalau kaki tak sakit.

4. Jika ada penjaga binatang di situ, tanyalah apa apa yang anda mahu tahu. They're trained and well informed.

4. Binatang ada dietnya sendiri. PLEASE do not feed them. Geram pula aku tengok perangai manusia ni, penutup botol air mineral pun ada dalam kandang. Daun pokok hiasan pun nak disuap kepada monyet. 

5. Please do not provoke them. Masukkan dalam kandang rimau kang...nak??

6. Jangan masuk ke dalam kawasan larangan. Walaupun kau selalu langgar lampu merah di jalanraya, please behave bila masuk zoo. Jangan sampai binatang tu confuse siapa yang binatang?

7. PLEASE PLEASE PLEASE KEEP OUR ZOO CLEAN. Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Silalah jadi masyarakat yang bertamadun.


Harga tiket terkini Zoo Melaka:


Binatang di zoo ini takdelah nampak kurus kering dan munasabah jugalah keluasan kawasan untuk mereka bergerak cuma mungkin ada satu dua yang perlu diperbesarkan lagi. Kalau burung tu boleh bebas macam di KL Bird's Park bagus juga. Lagi satu, sayuran untuk gajah tu bagilah lebih... kacang panjang secekak baru singgit.


MELAKA ZOO & NIGHT SAFARI
Jalan Hang Tuah Jaya
Ayer Keroh, 75450 Melaka
Hotline: 1300 22 3000 / +606 232 4054
Faks: 606-232 5859
info@melakazoo.com

Waktu beroperasi: 
Zoo 
8.30 pagi - 5.30 petang

Night Safari
Jumaat dan Sabtu malam serta malam menjelang cuti umum 8 malam - 11 malam


**Maaflah, kualiti sesetengah gambar agak teruk. Guna  handphone je, bila low lights memang ke laut.

Haiwan membuas di Taiping Night Safari

Haiwan membuas di Taiping Night Safari | Zoo Taiping dan Night Safari merupakan organisasi berdaya maju yang menitikberatkan kebajikan haiwan serta memastikan kepuasan hati pengunjung. Pembangunannya dibuat secara terancang agar fungsi sebagai zoo yang maju dapat dilaksanakan bagi memenuhi lima objektif utama iaitu pendidikan, konservasi, rekreasi, kajian dan latihan.

Zoo Taiping dan Night Safari dibangunkan diatas tanah seluas 36 ekar dan memiliki 1800 ekor haiwan dan 150 lain-lain spesis. Sebenarnya zoo ini bukanlah yang pertama dibina di Malaysia sebab Johor dah buat dulu tapi yang kat Johor tu milik sultan. Zoo Taiping ni merupakan zoo awam yang pertama dibina di Malaysia iaitu pada tahun 1961 dengan perasmiannya pada 1964. Zoo negara pula tahun 1963 baru mula dibina.

Nama asal zoo ini ialah Taman Megastua Sultan Idris Shah. Lama betul tak dengan perkataan mergastua. Taiping Night Safari dibuka pada tahun 2003 juga merupakan yang pertama di Malaysia dan ketiga di dunia. Kalau yang kat Guangzhou tu confirm tutup jadi yang kedualah kita selepas Singapore.  Banyak yang pertama di Taiping ni... first lake garden, first 'budget hotel' (penjara), keretapi yang pertama...

Keluasan asal zoo ini ialah 5 ekar sahaja. Bila binatang bertambah keluasannya pun ditambah juga, kalau tak karang stress lah binatang tu berhimpit-himpit macam duduk rumah kongsi. Keluasan zoo bertambah menjadi, 24 ekar, 34 dan kini 36. Inilah satu-satunya zoo di bahagian utara semenanjung Malaysia.

Pengunjung Night Safari memang ramai. Sejak 11 tahun yang lalu dah 1,095 juta orang datang melawat haiwan-haiwan di sini. Yang hebatnya, zoo ini mampu menjana pendapatan sendiri. Pendapatan melebihi perbelanjaan gituh. Jika sesuatu produk itu dijaga dan sentiasa dikemaskini dengan baik mesti orang pun suka. Lagipun harga tiketnya sangat berpatutan... sangat berpadanan dengan apa yang dipamerkan. Pihak pengurusan zoo Taiping takde buat pertunjukan binatang sebab nak menjaga kebajikan haiwan-haiwan tu. Oh, frust sikit di situ. Syok apa tengok animal show?

Di malam hari bukan semua binatang aktif ye. Dah malam der... time membuat tahik mata. Yang hyper-active je dok berjaga macam harimau, singa, memerang, zirafah dan buaya. Buaya? Buaya memang aktif memalam heheh..

Sorry, gambar tak berapa molek.



 
Guide tu kata harimau jantan pemalas, dia buat hal dia je. Takde dikisahnya nak mencari makan ke hapa... rimau betinalah yang sibuk ke hulu ke hilir. Perempuan sekarang pun ramai yang macam tu bekerja dari celik mata hingga tutup mata, itu pun ada yang expect layanan yang lemah gemalai ishhh... penat sampai ke tulang woiii...! itu sebab perempuan sekarang pun dah macam rimau heheh... cuba cari balik video tuttttt tu.






Melawat Night Safari ni seeloknya secara berjalan kaki dan senyap barulah kita dapat mendengar dengan jelas bunyi binatang tu. Kitorang hari tu nak cepat jadi naik tram. Alah kalau disuruh berjalan kaki pun takpe... masa aku mengandung 7 bulan dulu satu zoo Melaka tu aku berjalan melayan Geng Bas Sekolah. Hazab betul! Dah macam peti ais bergerak.


Panduan ke Zoo / Night Safari:

Dengan Keretapi (uii best!)
Pengunjung yang menaiki keretapi dari utara atau selatan perlu turun di Stesen Keretapi Taiping kemudian menaiki teksi ke sini.

Dengan Bas
Pengunjung yang menggunakan perkhidmatan bas perlu turun di Stesen Bas Kamunting kemudian menaiki teksi ke sini. Eh, bas loncat takde ke? Kena 2 teksilah aku, satu teksi tak muat.

Dengan Kereta
Pemandu dari arah utara yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS highway) boleh keluar di Plaza Tol Kamunting manakala dari arah selatan boleh keluar di Plaza Tol Changkat Jering. Sila ikut penunjuk arah ke Night Safari. Ko berdoalah semoga penunjuk arah tu tak penuh bertampal dengan iklan Along.


Waktu Lawatan

Zoo Taiping
Dibuka setiap hari termasuk hari Ahad dan Cuti Umum
8.30 pagi - 6.00 petang

Night Safari
Dibuka setiap malam termasuk hari Ahad dan Cuti Am
8.00 malam - 11.00 malam

Waktu Binatang Diberi Makan
8.15 malam - 10 malam


Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
ZOO TAIPING & NIGHT SAFARI
Jalan Taman Tasik Taiping
34000 Taiping
Perak Darul Ridzuan
Tel : 05 8086577
Faks: 05 8066025
www.zootaiping.gov.my






 

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free