Showing posts with label torture. Show all posts
Showing posts with label torture. Show all posts

Cambodia | Nyawa melayang di Choeung Ek Memorial


Nyawa melayang di Choeung Ek Memorial | Choeung Ek Memorial atau dikenali juga The Killing Fields asalnya adalah sebuah ladang buah-buahan dan kubur Cina. Letaknya 17km di selatan Phnom Penh ia merupakan tempat wajib dilawati ketika berada di Phnom Penh.


Kawasan ini digunakan rejim Khmer Rouge yang diketuai oleh Pol Pot untuk membunuh banduan Tuol Sleng Genocide Museum dan kawasan tahanan lain. Para banduan ini akan dibawa menaiki lori ke sini sebelum dihentak, dipukul, dikelar leher sehingga mati. Semua kekejaman ini berlaku diantara tahun 1975 dan 1979.

Salah seorang survivor menceritakan mereka dibawa ke sini diwaktu malam, rasanya dengan berjalan kaki. Masa berhenti rehat di suatu tempat dia terbau sesuatu yang sangat busuk tapi tak tahu dari mana. Logiknya kalau mereka dan diseksa di 'sekolah tinggi' tu mestilah ini kawasan yang lebih teruk lagi. Dia sempat meloloskan diri tapi terpaksa meninggalkan anaknya yang menangis-nangis yang mana sehingga kini dia tak pernah berjumpa lagi. Adakah ko rasa anak dia masih hidup? Sedihnya bila berada di dalam dilema macam tu.

Masuk ke kawasan ini, walaupun ramai pengunjung suasananya senyap sunyi melayan perasaan masing-masing. Everyone khusyuk mendengar cerita daripada audio guide.

 Di stupa ini terdapat beribu tengkorak yang disusun dalam rak setinggi tujuh tingkat. Beribu rangka manusia dijumpai di dalam beberapa kubur besar di kawasan ini. Dua juta mangsa direkodkan dibunuh dalam tempoh 3 tahun sahaja. Gila!
 
 
Kebanyakan tengkorak mempunyai kesan kecederaan. Mereka dibunuh dengan zalim menggunakan pelbagai alatan tetapi senapang jarang digunakan sebab peluru mahal.

The Killing Field ini mempunyai beberapa checkpoint untuk menurunkan banduan, tempat tahanan, seksaan dan pembunuhan. Bagaimanalah keadaannya di malam hari ye? Adakah terdapat bunyi raungan dan rintihan? ish..seram!
 

 Pokok ini berfungsi sebagai tempat seksaan jugak, disagatnya leher tahanan kat pelepah yang tajam tu.
 
 Sehingga kini tulang-temulang masih boleh dilihat timbul atau dihanyutkan hujan lebat. Berhati-hati bila berjalan ye adik-adik, karang melekat pulak serpihan tulang tu kat kaki ko. Jenazah tetap perlu dihormati.


Tulang dan pakaian yang dijumpai dikumpulkan. Tulang-temulang ini dikumpulkan di atas sebuah kotak kaca yang dipenuhi dengan pakaian mangsa. Komunis memang kejam! 

Apalah dosa budak kecil sehinggakan sampai hati mereka menghempaskannya ke pokok ni.

Gambar ni mengingatkan aku cerita tentang Shamsiah Fakeh.  Anak pertama SF dilahirkan di dalam hutan. Parti Komunis Malaya kan beroperasi dari hutan masa tu. Suatu ketika dua orang ahli PKM ambil anak dia dengan memberitahu SF dan suaminya nak bagi kat orang untuk dijadikan anak angkat. Memula SF percaya tapi lama-kelamaan dia tahu juga yang anaknya dibunuh. Adakah begini cara pembunuhannya bayi dia tu? Nauzubillah... Walau siapa pun dia anaknya tetap tak berdosa, ahli syurga.

Mayat yang dibuang di dalam kolam ni dibiarkan terus bersemadi di sini. Agaknya kalau dikorek entah berapa tan pula yang dapat dikumpulkan.

 Salah satu kuburan besar dimana para penyelidik menjumpai beratus rangka manusia dalam satu lubang. Ada kubur yang khas untuk wanita dan kanak-kanak. Apalah dosa budak-budak tu kan?
 
Terdapat beberapa kawasan yang berlopak besar di sini. Semuanya pernah mengisi mayat manusia yang mati akibat seksaan, kekurangan zat makanan dan penyakit.
 
Speaker digantung di pokok dan lagu dipasang dengan kuat semasa para tahanan diseksa untuk mengelakkan teriakan dan raungan mereka didengari penduduk setempat. Sesiapa yang kepohci nak tahu dan sibuk nak menjoyah siaplah kau! Takkan balik ke rumah lagi dah.
 
Tiket masuk ke sini USD6 dan kita akan diberi audio guide mengikut bahasa yang kita nak. Bahasa Malaysia takdo, bahasa Indonesia, English dan lain-lain ada. Aku ambil yang english, kalau tak faham yang Indo karang tak feel pulak. Seeloknya kita berjalan mengikut turutan nombor untuk lebih memahami cerita. If sensitif pada debu sila pakai mask.
 
Haishhh sedihlah pergi tempat ni. Aku rasa elok juga kita sedekahkan Al Fatihah kepada yang muslim. Manalah tahu kan mereka juga termasuk dalam golongan yang dizalimi di sini. Rejim tu main kaut je sesiapa yang disyaki masa tu. Sesak dada mendengar kisah sedih yang real nih.
 
Lepas ni aku pergi Russian Market pula.

Cambodia | Tuol Sleng Genocide Museum (S-21) in Phnom Penh

Tuol Sleng Genocide Museum (S-21) in Phnom Penh

Cambodia atau Kemboja yang bersempadan dengan Laos, Vietnam dan Thailand ni sebenarnya hanya selamat untuk pelancong bermula tahun 1990. Negara yang dulunya bernama Kampuchea ini dijajah Peranchis sehingga tahun 1953. Selepas Peranchis melepaskan genggamannya banyak kisah duka dan kekejaman peperangan yang mereka hadapi dengan Thailand, Vietnam dan bangsa Khmer sendiri. Hingga kini masih ada periuk api yang tertanam di kawasan tertentu menanti mangsa.
Sebelum tahun 1975 Tuol Sleng adalah sebuah sekolah tinggi sebelum dijadikan tempat siasatan, penyeksaan dan penjara yang dikenali sebagai S-21 oleh Khmer Rouge. Banduan dari pelbagai lapisan masyarakat disiksa untuk mendapatkan maklūmat dan mengaku bersalah walaupun sesetengahnya terpaksa mengaku kerana dah tak tahan dipijak, dipukul, disimpah air garam pada luka, dirantai, ditonggengkan kaki ke atas kepala ke bawah, dihentak dengan senapang, dicabut kuku dan gigi hiiiii..... tak tergambarkan seksaannya. Yang dikira bersalah akan di bunuh di Choeung Ek atau The Killing Fields.

Seramai 17,000 telah ditahan di sini yang mana hanya beberapa orang saja yang dilepaskan atau lepas lari. Tapi yang lepas lari tu siaplah anak binī dia... takkan terlepas punya. Inilah yang paling mengejutkan rakyat Kemboja kerana mereka dibunuh oleh bangsa Khmer sendiri yang mereka sangkakan penyelamat selepas pertelingkahan  yang panjang sebelūm tu. Asal melawan sistem pemerintahan sosialis/komunis Khmer Rouge tu akan ditangkap tak kiralah penyanyi ke, pendidik, cerdik pandai, askar hinggalah rakyat biasa seperti petani dan buruh.

Bangunan lima blok īni sekarang dijadikan muzium sebagai peringatan dan bukti betapa kejam dan menggilanya regim Khmer Rouge yang diketuai Pol Pot suatu ketika dulu. Pemerintahan komunis ini berakhir pada 15 Mac 1992 apabila diambil alih oleh Pemerintahan Transisi PBB.

 Camano nak lari ni??

 Kelas dibuar sekatan dan dijadikan sel. Di situlah segala urusan dibuat. Ada yang 'dihumban' di sini bersama anak bayi mereka. Sesak dada melihat gambar-gambar yang dipamerkan. Rasanya mangsa di bilik ni masih hidup sampai sekarang.

 Kaki diikat di katil dan diseksa sehingga mendapat maklumat atau mengaku. Sehingga kini di sebahagian kelas masih terdapat kesan darah mangsa. Innalillah...sampai hati menyeksa bangsa sendiri.

 Tempat bersukan bebudak sekolah dijadikan tempat seksaan. Kaki diikat ke atas tangan diikat ke belakang lalu kepala direndam dalam air baja yang busuk.

 Orang yang disyaki akan diambil gambar dan diukur badannya. Tengok tu, dia tengah memangku anaknya. Aku sedih betul tengok gambar ni. Biasalah mak mak ni... Kaum wanita 'dimatikan' dengan mengetip puting bauh dadanya

Datanglah sini tengok sendiri gambar-gambarnya
 
Sekadar informasi tambahan, siapakah Pol Pot?

Pol Pot atau Saloth Sar dilahirkan pada 19 Mei 1925 di Kampung Thrum, Kemboja dan menjadi Perdana Menteri Kamboja dari tahun 1976 hingga 1978. Pol Pot merupakan pelajar yang bijak jugalah sehingga dapat menyambung pengajiannya di Peranchis. Sebelum tu kan Peranchis menjajah Kemboja ni so mesti ada give and take di situ agaknyalah...pepandai je aku huhuu..

Masa kat sana dia ni aktif dengan pertubuhan pelajar dan gerakan buruh. Bila tak lulus peperiksaan konolah balik kampung kan...eh, kat universiti Peranchis dulu tak boleh repeat paper ke?

Pol Pot mula aktif setelah ibu negara Kemboja, Phnom Penh jatuh pada tahun 1975. Memula rakyat Kemboja suka, ingatkan rejim ni la penyelamat dari duka nestapa tapi hampeh. Direkodkan seramai 2 juta rakyat Kemboja mati semasa pemerintahan Pol Pot.


Tiket masuk
usd3

Movie time
Morning 10am
Afternoon 3pm
 
Ko rasa berhantu tak sekolah lama ni?

Nanti kita tengok pulak The Killing Fields. 

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free