Showing posts with label rumah sewa. Show all posts
Showing posts with label rumah sewa. Show all posts

Tips Hartanah 8 - Time sharing

Tips Hartanah 8 - Time sharing | Korang pernah dapat call tak yang dia suruh kita dengar ceramah 90 minit? Tengok….dia psycho ko dengan minit walhalnya 1 jam 30 minit. Takdanya lama tu, mesti 3 jam punya. Depa janji bagi voucher percutian percuma 2h 1m.


1st- time dulu jumpa kat Port Dickson tapi tak dengar pun. Dapat voucher free hotel kat PD jugak. Tak utilize.

2nd- malas nak layan. They call my husband actually then my husband suruh call aku. Kan aku home manager….kikikiii

3rd- kat Mines. Aku dah tau kisah siap tanya dapat pergi hotel/resort tu time cuti sekolah ke tak? Dapat la melepak kat Country Heights tu sekejap.

4th- kat Legend Port Dickson. Dapat feel berada dalam water chalet tu. Cantik ko….voucher tak utilitize, dia bagi lepak kat Legend Cerating ke mana ntah.

5th- kat Seremban. Vouchernya untuk resort ........tak hengat.

Developer ni kan dia appoint satu company lain untuk jual their properties. Kebiasaannya kita kena dengar ceramah ‘mengayat power’, dijanjikan percutian ke luar negara secara percuma, percutian dalam negara di resort/hotel terpilih and a few more benefits la katanya.

Caranya ko kena melabur dalam projek depa tu, belas atau puluh ribu jugak. Kalau korang p dengar ceramah tu JANGAN bawa credit card atau sign apa2 borang melainkan acceptance of the voucher, fikir dulu pro and cons. Kalau ko dah join, bilik-bilik yang ko beli tu ko boleh sewakan kat orang lain. Contohnya hotel kat Mines tu time Formula 1 atau musim pelancong datang penuh la poket ko (kalau dapat disewakan).

Kalau u all jenis duit sentiasa berlebih takpelah, no hal at all. Tapi kalau yang baru mencuba-cuba invest dalam property mungkin tak sesuai. Lagipun the seller tu suruh kita sign aggreement jam tu jugak walhal liabilities tu laaammaaa nak ditanggung. But, maybe kalau property tu di kawasan hot with high occupancy rates mcm Port Dickson boleh dipertimbangkan. PD ni gawat ke tak gawat ke sentiasa ada pengunjung.
 
Aku tak berminat dengan program sebegini dan aku tak pasti la awek-awek manis dan pakwe-pakwe hensem yang dok jual program ni join ke tak. Yang selalu keluar dalam media bos-bos diaorang dok kempen, yang aku nak dengar orang biasa yang melabur dan berjaya willingly share their experience and knowledge. Susah kot nak jumpa, orang kekaya ni mana nak share wehhhh…..

Aku rasa Sommerset Rompin pun ada programme ni. Masa aku pergi dulu somewhere in 2004 banyak villa kosong kat situ. Tak ramai orang ke sana maybe sebab jauh dan takde tempat tumpuan lain yang menarik kat sana but if u wanna go to Tioman okaylah lepak kat sana dulu, dah dekat dengan jeti. The resort lebih kepada eco-tourism and golf so Cik Kiah and Cik Jah kurang minat tempat-tempat cenggini. Aku pergi sana pun time pregnant 3 4 bulan so takde la mencuba ATV tuh. Just lepaking mandi kat swimming pool dalam suasana yang nyaman. And keluar dalam newspaper resort ada masalah hakisan, tak taulah dah settle ke belum. Tak ke naya if u one of the owner?

Yang aku ada nampak kat sokkabar orang nak jual balik program yang depa dah masuk tu huhuhuhu….sedey.

Tips Hartanah 3 - Type of property

Tips Hartanah 3 - Type of property | Hang suka landed property ke apartment?


1) Setinggan termasuk kategori landed

Haa…jangan ingat aku perli pulak. Memang ada tokey rumah setinggan and if u wish to buy u can find one. But if u takut kena hambat dengan PBT lebih baik lupakan.

Arwah datuk sedara aku pernah mengajak my father untuk menjadi peneroka bandar way back in 1970’s/80’s but my father wasn’t interested. I guess he’s not a risk taker unlike that atuk. About 5 years ago he told me dia ada tanah di Gombak and showed me tanah sekangkang kera depan rumah dia di Ampang yang bernilai 40k. Syiok tak? Gila tak syok.

Setahu aku lah dalam Islam kalau seseorang tu dah menetap di sesuatu kawasan yang tak bertuan more than 20 years takda sesiapa boleh senang-senang halau depa keluar (please check again but aku yakin betul). Lebih-lebih lagi rakyat sendiri. Kalau rakyat negara lain yang jadi setinggan tu suruhlah dia balik kampung dia. Keutamaan kena bagi kat rakyat sendiri.

Malangnya baru je aku nak pandai drive ke rumah dia di Ampang tu that atuk passed away. Takdo joki nak belajar.


2) Rumah kos rendah

Rumah jenis ni boleh bagi high return tapi mungkin banyak masalah yang akan muncul maybe bcoz penghuni rumah jenis ini kebiasaannya orang yang dipindahkan dari kawasan setinggan/ladang. Kebersihannya, manners nya boleh bikin kepala pusing. Bukan semua….kat mana-mana pun mesti ada segelintir yang tak reti bahasa. But don’t be surprise if u see Volvo, Supra and Honda parking kat sana.

Talk about parking space, selalunya tak mencukupi kat area sebegini so they double park and tak tarik hand brake. Sapa sapa yang nak keluar awal pagi tu cabut la high heels hang and tolak kete belakang.

Untuk melayakkan awak semua beli rumah jenis ni joint income mestilah max RM2,500. Kalau hang layak boleh try beli Kondo Rakyat (menyampah aku nama ni) di Pantai Dalam atau flat yang kat Abdullah Hukum tu. Kawasannya tengah bandar siap dengan public transport lagi. Tapi toksah la beli yang tinggi melangit, the most pun level 4. Dibuatnya lif rosak kena tidur kat hotel le ko. Takpun time air takde main lap dengan tisu je.


3) Rumah Teres

Alangkah bertuah kalau mampu beli rumah sebegini di KL/Shah Alam/Penang/JB. Rumah teres 2 tingkat cecah 850k atau lebih sekarang ni. Mampu? Alhamdulillah…… Alaa..ko beli je kek Seghomban ni tak sampai 200k pun ada (update 2015: rm200k untuk rumah teres setingkat terbaru). PLUS ada LEKAS pun ada. Takpun naik Transnasional atau Komuter ke KL, ko tidur je tau tau dah sampai tempat yang nak dituju. Kawasan yang menarik untuk tinggal di Seremban ni like Lavender Heights, Taman Bandar Senawang and Seremban 2.

Rumah teres boleh bagi pulangan modal yang tinggi kalo dijual in certain area. Kek Seghomban ni veryyyy sloowwww nak naik. Beli untuk duduk sendiri memang berbaloi.

Kalau keje dgn gomen takde masalah sangat kot. If you are an officer and your housing loan limit 500k then ko boleh amik semua kalau nak. But if you are trying to get a bank loan depa akan bagi only 1/3 from your income excluding overtime pay. And if so happened you don’t have fixed income i.e commission base income, some of the banks only consider half of it. Very little huh? Takpe takpe cari rumah lain ikut kemampuan ko.



4) Apartment n condominium

Rental return dari apartment adalah sama atau lebih baik daripada rumah teres. Sewa rumah teres 2 tingkat di Shah Alam sekitar 800-1500 and medium cost apartment yang bersaiz lebih kecil pun sekitar itu jugak.

Apartment and condo ni ada maintenance charges jugak, lain bintang lain la jumlah kena bayar, normally not less than rm50 p/m.

Kalau u target expatriate, u should consider to purchase a condo in Bangsar or Mont Kiara. Kat Hyatt Subang tu pun best, sunyi dan sejuk. Kereta hebat-hebat je parking kat situ. Teringin bangat nak ada rumah with address Damansara or Bangsar... ohhh..bilakah? or tidak akan merasakah?


5) Service apartment

Para pemaju yang cerdik di Malaysia ni membina hartanah kediaman di kawasan komersil. As far as I’m concerned service apartment does not covered in the Akta Perumahan so if ada masalah kena jumpa hakim yang adil kat mahkamah. Kalau yang sewaktu dengan “correct correct correct” tu…….

Aku tak pernah memiliki dan tak pernah berangan memiliki melainkan dalam pillow case aku penuh dengan duit di hari bertuah itu nanti.


6) Town house

Kepada yang belum tahu rumah jenis ni berada dalam satu bangunan tapi lelain tuan sebab pintu pun lelain. Aku pernah masuk di Sri Mahligai, Shah Alam, but I don’t like it. Aku jugak pernah tengok di Ampang. Lagilah aku tak suka. 1 pagar untuk 2 tuan rumah..urghh tak suke! Kalau dibuat pagar berasingan pulak jadi kecik rumah kita. No..no..no..

Ada jugak yang plan baikkkk punya dibelinya rumah ni terus dua dua tingkat. Katanya masa muda ni dia duduk di atas, tenant kat bawah. Dah tua sok dia pulak duduk di bawah bahagian atas disewakan. Bijak…bijak…mesti minum Nespray.


7) Bungalow

Takkkan tak tahu kot? Aku masih berangan, ntah merasa ntahkan tidak. Kalau aku tak dapat beli harap-harap ada antara anak-anak aku yang beli.

Teringin nak tidur semalam dua. Aku tak sepatutnya duduk kat rumah teres setingkat ni sampai tua sebab anak aku ada 5. Kalau dah besar nanti kat mana depa nak parking kereta bila cuti-cuti Malaysia? Then semua berkahwin, + lagi 5 org + cucu 15 org (max 3 aje sebab susu dah naik harga lagi). Umangaiii…sosak rumah den! Kat mana la adik ipar, abang ipar, kakak ipar nak berlunjur? Kat mana pulak cucu-cucu aku nak bergolek-gelantang? Kalau besar macam rumah our parents tak mengapalah.

I think setiap orang patut berangan nak memiliki banglo. Apa-apa hal pun berangan dulu, dapat ke tidak tu lain cerita.

Tips Hartanah 1- Nak duduk sendiri ke nak disewakan?

Tips Hartanah 1- Nak duduk sendiri ke nak disewakan? Ada perbezaan dalam kedua-dua hal ni. Kalau kita nak menetap di situ kena ambil kira jenis rumah macam mana yang ko suka- landed ke apartment, lokasinya sibuk ke tidak, kebersihan, tahap kebisingan, perlu public transport ke tak, jarak ke tempat kerja, jarak ke sekolah anak, design rumah tu dan lain-lain hal yang berkaitan dengan jiwa korang. Again, i'm sharing this diatas pengalaman aku yang tak seberapa itu so that you'll get a clear picture and guidelines into buying a property(s).


Kena tengok gak sebelah rumah ko ada awek cun ke ada foreigners yang rajin 'tonggang' dan kemudian bergaduh dan mungkin berbunuh. Huiii…seram, seram.

Kalau tuan-tuan dah berkahwin make sure masa survey tu bawak orang rumah sekali. Kalau dia tak suka bahagian dapur tapi ko rasa bagus ko kena la bagi logiknya. Kalau dia tak suka jugak ko jgn paksa, nanti terseksa jiwa raga dia duduk kat dapur tu. Kalau ko yang jadi tukang masak secara tetap takpe la kot (kirim salam……). Nanti dia sentiasa tak puas hati dan stress ko jugak yang jadi mangsa.


My experience 1

Aku terbaca dalam sokkabar ada town house yg nak dilelong di Seremban ni dengan harga yang sangatttt murah, belas2 ribu je…kalau beli 2 buah kira sama harga dengan Iswara lah. Since aku tak berminat sangat area sini so I buat donno je.

Sekali tu atas urusan kerja dapat lah peluang masuk dalam rumah tu. Aku rasa arkitek, developer dan yang sewaktu dengannya kira ringgit dan sen aje masa plan nak buat rumah tu. Tak munasabah lansung saiznya. Kalau ko duduk sorang boleh tahan lagi…kalau dah kawen dan beranak-pinak, tensen bini ko duduk kat situ.

Punyalah kecik sampaikan nak parking motor pun ngam ngam je bila diletak depan kereta. Mana nak letak ampaian kain lagi.. rak kasut....basikal anak ko nanti kena parking kat dalam rumah. Kitchen dengan living room searah je takde cover lansung. Flat low cost pun tak macam tu.

Akai takdak, pikir duit je.


My experience 2

Ada flat kat Pandan Jaya yang designnya teruk jugak. Kalau my husband baring kat situ, bertentangan dengan tingkap, aku kena langkah dia kalau nak lalu.

Rental kat situ bagus tapi takmo lah aku…sama besar dengan katil queen size ruang tamunya cuma panjang skt.

Ada lagi 1 flat kat area situ jugak, design menarik tapi rentalwise tak memenuhi selera aku la pulak.

Takpe takpe…cari lagi….


My experience 3

Masa aku duduk kat Shah Alam dulu ada sorang makcik ni or best described as nenek dok sapu sampah and daun kering kat rumah dia then pi longgok pastu bakar kat rumah bujang di sebelah. Mau tak hangin kawan tu. Nak dimarah, orang tua. Tak ditegur ishhh…kurang ajar weh.

Kalau tak tahan memang ko akan cari rumah lain.


My experience 4

Ada sorang kawan ni minta tolong aku carikan rumah kat area Shah Alam for investment. Bila jumpa yang aku berkenan (I’ve good taste in property and food u know) dan sangatttttt sesuai with good rental income dia pun pergi la tengok dengan kawan and her husband. Dapat tengok dari luar aje. Kebetulan dia ada urusan di sana and at that time aku bagi free service je.

U know what happened? The guy yang ikut dia tu kata, ”kalau aku tak beli rumah mcm ni” dan my friend to ntah kena ayat macam mana tak jadi beli. So dipendekkan cerita rupanya si mamat ni nak jual barang kat dia yang harganya ribuan jugak lah and my friend tu akhirnya menyesal. Menyesal kemudian dah tak guno apartment tu dah pun kena rembat in 1st auction. After that incident i still help people in purchasing properties but with a fee, a little bit lower than the agent. Tangki kete aku tak boleh diisi dengan air kan?

Please remember one thing, if u want to stay there pilihlah ikut tekak korang but if u want to let someone else stay there, belilah property yang beribu-ribu orang inginkan walaupun sosak bukan main tempat tu.


My experience 5…eh eh not me, my friend’s one lah!

Dia heran kenapa penyewa dia selalu pindah. Duduk 6 bulan ke setahun ke pastu blah. Rupa-rupanya jiran bermasalah. I do not know in detail masalah si jiran tu. Suka cari pasal kot. Kalau aku yang sewa pun aku akan blah. Wa tak suka busy body tak tentu fasal punya olang.

Nanti sambung lagi kay.....geng ngumpat aku dah balik ni...nak proses budu.

Match marriage, anyone?

Aku kagum btl dgn sedara-mara on my husband side yg msh mengamalkan match marriage. Aku? Takdo la...takut wehhh..tengok gmbar hensem tau2 bila nak nikah tuo bangko. Tapi kalau yg tua tu mcm tutttt...apa kes nak tolak?

Anak dara yg biasanya dah hbs study diwar2kan pd sedara yg dipercayai atau jiran sekampung supaya depa blh rekomenkan sapa2 yg layak. Yg pastinya bukan sembaranganlah ye! Anak dara keluo unibesiti memilih le skt ye dak?

Ada 1 sedara ni yg anak daranya nya blk dr 'obesi' mencari jodoh utk si dara. Kira style nabi muhammad s.a.w. gitu. So mai la calon2nya. Ada keje kg, ada posmen, ada cikgu, adaa bla..bla..bla..akhirnya lps campur tolak yg motong gotah dipilih. Kagum tak? Huishhh..mau taknya. Si pmpuan dah keje gaji ribu riban yg lelaki tak tentu arah lg. Tapi Allah tu maha kaya, setiap org yg mendirikan masjid tu dijanjikan rezeki. Elok2 lps kahwin si lelaki pun dpt keje yg sama. Educationwise mmg sama2 sepadan lah belajo kat obesi. Tapi kesanggupan yg pmpuan ni menerima masa lelaki tu takde keje tetap yg buat aku rasa dia hebat sangat. Jadi menantu kesayangan la you....kenduri kendara takyah panggil org lain, dia sndiri baca doa.

In my case, berbelas thn dulu aku pnh terfikir tak kisahlah nak cari sendiri ke org tua carikan ke but one night aku bermimpi aku menangis sungguh2 atas pelamin sbb dikahwinkan dgn org yg tak dikenali. Sejak tu i've made up my mind, laki aku ,aku cari sendiri. And alhamdulillah thn ni msk thn yg ke-13 perkahwinan kami. Mudah-mudahan berkekalan hendaknya..aminnn.

Takut juga nak bt keputusan hidup dan mati ni, kununnya tak ready..blm beli kete..blm ada rumah..blm tu..blm ni..tapi nasihat kawan aku Mazhar yg mshku ingat spai kini "Maria, ko kwin je la. Allah dah janji akan tambah rezeki org yg berkahwin ni...". Tq Mazhar (ko kat middle east kan, ko baca tak ni?). Mmg betul pun, even before engagement kami beli our 1st house yg kami tinggal spai skrang. Sayang ooo mau jual, ada sentimental value gitu! Lagipun susah payah cari duit beli rmh ni. Masa tu gaji kecik loan pulak dpt 80% je, legal fees lg...hmmmm...tp itulah permulaan sebuah penghidupan.

Masalah sosial remaja kita

Tak silap aku last yr aku ada advertise nak sewakan rmh aku yg kat bandar tuttt...Ada le sorang budak ni dok sms aku

Budak u: Max berapa org blh ddk kat rmh ni?
Aku : Tak kisah tapi rasanya kalo 5 org selesa kot sbb katil ada 5 je.
Budak u: Kalau sy nak ddk 2 laki2 2 ppun boleh tak?
Aku : Tak boleh!
Budak u: owh..ingatkan tuan rumah tak kisah
Aku : Mana blh mcm tu. Dlm agreement dah jelas saya tak bnrkan
Budak u: kita org dah biasa..

Last sekali aku tulis "duit bkn segala-galanya"

Tuan2 dan puan2, kalau anak or adik or anak sedara or sesapa lah dah ddk berjauhan dgn kita sesekali jenguklah. Buat spot check. Kekadang dia org ni kena culture shock. Aku tak kisah org nak kata aku kolot ke, kekampungan ke, tak moden ke..aku tak mau subahat dgn dosa2 besar ni. Bukan la aku ni baik sgt tapi sbgai org Islam kita kna sntiasa lbh baik dr semalam. "kita org dah biasa" sungguh menakutkan aku yg ada ramai anak yg akan membesar dlm keadaan Islam yg semakin longgar ni. Hantar mereka ke sklh agama bukan jaminan. Itu sekadar usaha kami ibu bapanya.

Ada sorang malaun ni rmh mak ayahnya kat Seremban tp dsbbkan keje dia menyewa kat Nilai. Setakat yg aku tahu beberapa thn yg lalu, dah 3 thn ddk serumah dgn boyfriend dia. Ikan dah dlm pinggan takkan kucing dok diam2 je cik Jah? Jgn nak kata aku buruk sangka ke tak de bukti ke ye..soalnya, boleh ke?

Aku ada cerita lg psl bdk u tuttt.. ni. Lain x lah aku story

Malaysia yang makmur

Kat Malaysia ni duit bertaburan. Tak percaya?

Mcm org yg tampal atap tu. Lps hujan kayuh je la basikal lps tu tanya tuan rumah nak tampal atap ke tak. Modalnya 'bukak mulut' dan keberanian panjat bmbung rumah.

Tadi pg Giant dan aku nampak 'fruit chocolate'. Aku jeling2 bila lalu kali ke2 tu, rupa-rupanya..ala mcm yg datuk k bg kat siti masa ngorat dulu. Pandai betul dia org bisnes yek!

Kat pasar mlm ada org jual 'spring potato'. Apa tu? Kentang yg dipotong nipis melingkar kat lidi dan digoreng. Rasanya? Tak pernah beli tp aku yakin rasanya mcm kentang grg biasa. Kreativiti beb!

Kat pasar mlm Ampang ada burger lambung. Berderet org tunggu exitedly. Rasanya? hahahah..biaso yo..rasa burger.

Mat Bangla, tenant aku. Siang kayuh basikal ptg rmput, kekadang cat rumah org. Ptg tlg org berniaga pasar mlm. 2 income hntr balik Bangla. Anak2 bangsa kita? Melengung tunggu 'dioffer' kerja. Kalau hband aku bg nak aje aku mesin rmpt kat rumah org. Buat kat rmh sndiri tk dpt duit hehehh..Bab cat rmh ni aku bt kat rmh sewa aku je. Kalau dndg kotor aku caj depa then kami berdua cat le. Husband aku penah ckp, "rmh org dicatnya". Aku balas balik "kat rmh sndiri tak dpt duit bang..".

Masa 90an dulu masa zaman student blm heret laptop kehulu kehilir aku amik upah taip n print assignment utk pnhkan masa lapang. Tak tido2 beb cari duit. Masa tu ddk kat S Alam. Mmg aku suka area S Alam tu dan berazam nk memiliki rmh kt situ. Akhirnya dpt jugak beli w/pun rmh kecik je. Dah usaha tak besar dapat rumah kecik je la ye dak? 2008 bl sebiji lg kt seksyen 7 pulak. Persediaan.. (w/pun dah lemas berhutang). Dibuatnya anak aku sok rezekinya blaja kt Uitm tu kan senang. Sem 2 kalau kna ddk luar pn takde hal. selagi belajar ddk la kat situ. Kalo dah keje nt bayar le..takkan nk ddk free kot? Sewa rmh tu kira duit pencen aku tu

Atapku bocor lagi..huhu..

Hari Khamis lps hari hujan lebat. Atap bocor bertambah lg. Aku ni dah mcm ddk rmh kongsi lak memanjang bocor je atap ni. Rumah mak aku kat kg nun pun takde bocor cenggini.

Lalu le srg hamba Allah ni. Dulu dia pernah lalu jugak time slps hujan ni. Bila mta no tpn dia kata takde sudahnya lupa camtu je la. Hr tu dia offer nk tlg repair, "kalau tak nak takpo..ese nak nolong yo..". Perghh dia punya psiko, yg aku ni dh terdesak sgt sbb tilam dah dkt stgh basah setuju byr rm100. Ye la mana nk cekau dt ptg2 tu? Mta no tpn tak bg gak-takde katanya.

Esoknya hujan lagi dan bhgn atap dapur yg dah disimen tu bocor pulak arah lain. Hmm..dianya takde pulak lalu-lalang lagi, hampeh! Dah kono koncing nampak ea..

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free