Showing posts with label port dickson. Show all posts
Showing posts with label port dickson. Show all posts

Hotel Review + Family Day di Puteri Resort, Port Dickson

Hotel Review + Family Day di Puteri Resort, Port Dickson | Kita kembali ke Malaysia lah pulak, jenuh dah kot membaca My China Trip Hangzhou-Shanghai tu. Ini kisah percutian dua keluarga besar kami. Dua keluarga saja yang boleh commit with short notice. Aku malas nak plan lelama nanti tak jadi lagi. Siapa free datang.

Masa kami ke sini hampir kesemua hotel penuh disebabkan Raptor Watch. Rancangan asal nak sewa PNB Ilham Resort. Aku suka situ tapi sebagai resort rasmi sah sah la penuh. Puteri Resort ni nama lamanya Permaisuri Resort. Kenapa berpatah balik jadi anak dara pulak eh?
 
Dulu aku pernah menginap di sini. Ya, biliknya luas dan selesa untuk keluarga besar. Kali ni kami sewa dua bilik sahaja sebab dua keluarga kan... lagipun yang bujang seronok tidur dalam khemah di pantai tu. Makan, bermain gitar dan menyanyi. Malam unggun api gituh.
 
Cikgu KEMAS tolong uruskan games, mak mak orang buat brunch, yang bujang bahagian bbq dan hiburan. Sempat juga membawa anak-anak ke Rumah Api Tanjung Tuan. Anak-anak yang dah sekolah menengah muka bosan je sebab dah pernah ke sini hehee... adik-adik seronok sebab dah dihembus ke telinga memasing, "syok tau berjalan kaki ke lighthouse tu...".
  





 Cari gula-gula dalam tepung

 Aku wakil perempuan, merasalah naik dua kali. Puak ni bermain banana boat sampai empat kali. Suspen je bila dia nak jatuhkan kita tu. Berdebar tapi syok! Janganlah bawa budak kecil ya, bahaya.
 
Seronoknya tiup belon..!

Balik dari percutian singkat di Port Dickson ni terus memasing plan untuk next trip. Kalau selepas bulan November insyaallah aku join. Harapnya lebih ramai yang datang seperti di Melaka dulu.


Hotel review
Haaa... ni aku nak bagi ulasan tentang Puteri Resort. Meh baca hotel review aku ni.
 
Walaupun kelihatan laut terbentang luas yang memukau pandangan dengan Grand Lexis which was still under construction besides it, aku nak komenlah resort ni sebab kecewa.
 
Plus point : Apartment luas, bilik selesa, pemandangan awesome.
 
I will opt for a cheap, safe and clean place for my solo trip but for a family day MESTILAH yang selesa dan memuaskan hati. Paling penting pastilah air-cond berfungsi dengan baik dan swimming pool untuk bebudak yang bersih dan sesuai untuk mandi-manda. Tapi cuba ko tengok warna air dalam swimming pool dewasa tu? pool bebudak kecil so kalau pool dewasa cantik membiru bebudak yang pandai berenang ni bolehlah ke sana. haishh... aku bertanya pada staff reception tu, tak dicuci ke kolam tu? Dia kata pagi tadi dah cuci. Ekau bia boto dik? Itu bukan cuci... itu cuma simbah dengan klorin yo. Kalau dicuci takkan hijau airnya. Ontah berapa lamo tak begosok. Jangan nak temberang eh, seminggu dua kali aku pergi public swimming pool jadi aku tahu beza ada maintenance ke tak.
 
Lagi satu, tak ada air mengalir di papan gelunsur tu. Kesian bebudak mengharap. Air yang turun di batu pun tak ada. Mereka datang dengan kenangan tahun 2010 dulu yang sungguh menyeronokkan.

 
 
Di apartment, tiada blinds di sinki yang mengadap ke corridor tu. Gila kau, togel macam tu je. Seram je memalam, maka dikorbankanlah towel siapa entah untuk dibuat langsir. Dahlah rumah sebelah kosong. Saluran air di lantai di dapur tu pula tersumbat di hari kedua. Soba jo lah den.
 
Telefon tiada, bila barang yang kita request tak kunjung tiba kita pun turunlah sekali lagi. Buang masa okay? Sayang lemak yang kukumpulkan ni.
 
Bilik air di master bedroom pun menjadi kolam takungan di hari kedua. Di bilik ketiga air air-cond menitik. Mujur aku bukan jenis suka mencarut dan memaki.
 
WiFi takderrrr... mati kutu, pukul 12 dah tidur hahaa tak dapek nak tidur lewat. Wifi kat lobby je, apparaaaa....

Biliknya luas.

Ini pemandangan di medan ikan bakar MPPD.
 

Lagi satu, breakfast voucher dapat 3 aje untuk satu apartment, apa ke bengong? Apartment tu kan untuk enam dewasa? 2010 dulu dapat enam keping. Makin mundur pulak dengan management baru ni.
 
Hmmm... lokasi elok dah, Puteri Resort Port Dickson.... please improve your service ya! Tak boleh mengharap kepada staf kerajaan yang menginap di situ saja.
 
 
***Komen ini berdasarkan apartment yang aku sewa dengan bayaran penuh. Bilik yang lagi satu aku tak tahu.
 

Sambutan Hari Tentera Darat ke-82 di Port Dickson

Demonstrasi Keupayaan Tentera Darat, Pameran Statik dan Majlis Beramah Mesra Bersama Rakyat



Sempena Hari Tentera Darat ke-82 pada 1 Mac 2015 yang lalu, pelbagai aktiviti dirancang untuk menzahirkan komitmen Tentera Darta sebagai lambang utama benteng pertahanan negara dan kebanggaan rakyat Malaysia. Sebagai kesinambunagn acara utama pada 1 Mac lalu iaitu Perbarisan dan Perutusan Panglima Tentera Darat yang telah diadakan di Padang Kawat Pulat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), TD turut mengadakan program lain dalam usaha mencapai objektif untuk mengeratkan lagi perhubungan tentera dan masyarakat awam. Hasrat ini direalisasikan melalui acara Demonstrasi Keupayaan Tentera Darat yang berlansung pada 7 Mac 2015.

Sudah pasti acara yang paling menarik yang aku sebutkan tu lah, tapi kawan aku kata show tahun lepas lagi best sebab ada kereta kebal. Acara yang bermula jam 9 pagi ini merupakan usaha TD untuk meningkatkan keyakinan dan pengiktirafan awam terhadap kemampuan Trup TD. Dalam pertunjukan ini abang-abang (adik-adik kot) askar menunjukkan kepakaran mereka dalam Tempur Tanpa Senjata, Skuadron Istiadat Berkuda, Drumline, Helo Casting, Roll Duck, Spice Rig, Fast Rope dan Demonstrasi Penggempuran. Kalau korang suka tengok filem aksi sewaktu dengan James Bond tu mesti korang suka tengok show yang ini jugak. Live lagi!! Sakit jantung den kebabom kebabommm!!! hahahaha...

Uniform baru- celoreng digital

Panglima Tentera Darat ke-25 Jeneral Tan Sri Raja Mohamad Affandi bin Raja Mohamed Noor


Memukul drum secara terbalik. Mereka ni lah agaknya yang membuat persembahan dalam Kuala Lumpur International Tattoo 2014 tahun lepas 



Pertunjukan menyelamat mangsa culikan dan serangan terhadap penceroboh/pengganas. Trup Gerak Khas (komando) diturunkan dari udara seorang demi seorang dimulai dengan menurunkan senjata.
 Abaikan yang hitam kiri tu. Tak dapek nak mengelak dah tesopit.
 
Komando yang 'jatuh dari langit' tadi berenang dengan peralatan menyelamat ke darat. Seksa wehh berenang dengan pakaian dan rifle yang berat tu. 

 Kebabommmmm..!! Gambar gini je yang mampu... dah tersepit, pengawal pulak kat depan. Untung dia ke tepi sikit. Itupun aku cakap dengan penuh sopan santun, "encikkkk... boleh beralih sikit tak? sikitttt je" hahaha...terpaksa pulak dia ikut arahan aku hahah..seram aku dengan pandangan dia. Maaflah encik ya, saya perlukan gambar.



 Aku rasa 5 orang bergayut kat tali tu termasuk 'mangsa culik'. Jauh dibawanya tu jenuh berayun lelama.
 

Di lokasi ini juga turut diadakan pameran statik yang mempamerkan beberapa aset TD yang merangkumi sistem persenjataan, peralatan optronik, peralatan penerjunan, peralatan operasi khas dan lain-lain lagi. Secara tidak lansung Pameran Statik ini dapat mempamerkan kemampuan TD dalam mempertahankan kedaulatan negara. Baru sikit je depa tunjuk tu...

Aku pun ada bergambar di sini. Terpaksa berebut dengan bebudak kihkihkih... kalau tak guna kuasa makcik makcik puaslah menunggu diorang ni. Ya Allah terbayang-bayang suasana suatu masa dahulu di tahun 1980an. Budak itu adalah aku masa kecik dulu.

Pakaian ini sungguh menyiksakan. Aku yang pakai t-shirt ni pun peluh tak henti merembes, yang bawa rifle tu lagilah... sat sat lap peluh.

Encik Ahadi sedang menjawab soalan aku. Aku nak bungkus 3 batang tapi dia tak bagi. Senjata api yang nombor dua dari kiri tu beratnya 7 kg tanpa peluru.

Selain daripada itu, diadakan juga sesi beramah mesra dan demonstrasi masakan medan sepertimana yang dilalui oleh seseorang anggota tentera semasa terlibat dalam sesuatu operasi atau peperangan. Aduiii...mengimbas kenangan lalu sungguh berada di majlis ni. Seronok, sedih, rindu semua ada.

Dulu bila bapak aku balik dari operasi yang berbulan-bulan tu kami adik-beradik berebut ration. Yang aku ingat serbuk oren bergula yang hanya perlu dicampur air. Kami ratah macam tu je.

Ini kaunter mee goreng
 

 Panglima Tentera Darat sedang ditemuramah

Lokasi Pantai Saujana ni berhampiran tapak pasar malam dan Petronas. Hotel yang terdekat ialah Seri Malaysia dan Golden Straits Villa. Yang bertaraf 1 star pun ada juga sekitar situ. Kiranya kalau stay kat dua hotel ni boleh berjalan kaki aje ke kawasan pertunjukan.

Next time bila diadakan lagi program seperti ini jangan lepaskan peluang menonton. Bukan senang nak masuk ke kem askar sebab ia kawasan larangan jadi bila mereka yang keluar ambillah peluang tu. Macam hari raya, setahun hanya sekali je acara sebegini di Port Dickson, bandar Tentera Darat!

Nanti aku tunjuk gambar latihan komando pulak ye.
 
Nota:
Pihak ATM sedang mengadakan sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD di lokasi-lokasi yang telah ditentukan bermula 7 Mac 2015. Sila layari http://army.mod.gov.my

PD lagi

Since kami spai awal kat PD hr tu kami singgah la kat masjid RAMD/Al-Mutaqilin (kalo tak silap) utk solat maghrib.

Masa nk spai kat bhg wuduk pompuan yg gelap kat bhg luar tu aku nampak sorang lelaki ddk kat tepi pintu. Aku pun terjenguk2 la tgk signage, dr jauh mcm logo pompuan bertudung, apahal lak jantan ni kat sini? Aku ni nak ambil air semayang, nk kena bukak tudung.. dlm pada terjenguk2 tu..

"kak nak semayang ka?" laa...pompuan cik jah..pelatih yg tgh training jd askar. Heheheh sori le ye

-----------------------------------------------------------------------------------

Cuti sekolah ni aku berazam nak bawa anak2 melawat muzium Tentera Darat kat Port Dickson tu. Depa tk merasa kehidupan jadi anak askar like me. Walaupun jd askar ni dah tak popular mcm dulu2 but i want them to know and understand the sacrifices that the arm forces have done to the country. Tinggal anak tinggal bini. Aku ingat lagi mak aku nangis dapat surat dari abah yg beraya dlm hutan lebih 20 thn dulu. Abah pernah patah tgn eksiden dlm hutan jugak.

Dulu we all ddk kat kem askar yg flat 2 bilik je. Sbgai bdk2 mmg best ddk dlm kem ni, lbh selamat dan seronok. Pg sklh naik 'feri sekolah'. Dulu heran gak apasal dpanggil feri sbb takde laut pun. Bila dh sklh baru tahu "...ferrying students to and from school". Tak sia2 blaja ckp omputeh. Satu petang tu ada sorang budak djh satu ni berak dlm seluar so sume bdk2 bsing la busuk..busuk..lps tu pakcik yg escort to kata "sapa tak tahan boleh turun!". La..kita org lak yg kna turun..kahkahkah..

Jalan-jalan @ Port Dickson






Quite sometimes jugaklah i haven't visited PD. Since my job starts at 9pm so three of us 'menembak' kat beach dulu.

Best pg PD ni, best lagi if overnight kat sana. To me i prefer ddk chalet facing seaview. If ddk hotel pun yg floor nye rendah, kalau ddk tinggi2 mcm ddk kat flat pulak. Lagipun rakyat ramai2 nih payah skt nk turun naik. Kang dgn basah kuyup dr swmg pool msk lif nk atas lps tu trn balik lps tu karang towel ttgal lah, swmg cap tgl, itu ini tercicir..tak kuasa mak! Mngr hotel pun bg jelingan manja nt.

Sepanjang pantai tu ada hotel/resort. Aku pnh stay kat NUBE- banglo n room, motel apa ntah tak ingat dkt2 situ gak, Ilham resort. Ilham mmg best ...

Rasanya last yr 2 x aku pg PD. Masa kecik2 dulu abah selalu bw we all jln2, picnic kat situ. Tapi aku krg gemar melepak tepi pantai dr pagi ke petang. Dah le kulit aku color senja kalau kn jemur mkn lebam ler..Tapi kalau berehat2 kat bilik sambil baca buku mengadap ke laut dan ditiup angin sepoi2 bahasa..ahhh..indahnya.. Teringin bangat nk bertiduran kt Avilion-yg chalet terapung tu. Mmg best kata kwn2 yg dah pergi tapi regenye ponnn...berbaloi-baloi! Legend Water Chalet pn ada tp a bit far (aku ni bg iklan percuma lak kt dia org kan?). Aku lbh suka Avilion, dkt dgn tmpt mkn2, shoping2. Ada Baden Baden Bundle kat sebelah Bangi Kopitiam. Maju btl bisnes dia. Husband aku rembat beg Nike td. Suka la dia tapi bila spai rmh tadi baru nampak TIPU PUNYA maaa...ingatkan ori.

Jom jalan-jalan!!

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free