Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Match marriage, anyone?

Aku kagum btl dgn sedara-mara on my husband side yg msh mengamalkan match marriage. Aku? Takdo la...takut wehhh..tengok gmbar hensem tau2 bila nak nikah tuo bangko. Tapi kalau yg tua tu mcm tutttt...apa kes nak tolak?

Anak dara yg biasanya dah hbs study diwar2kan pd sedara yg dipercayai atau jiran sekampung supaya depa blh rekomenkan sapa2 yg layak. Yg pastinya bukan sembaranganlah ye! Anak dara keluo unibesiti memilih le skt ye dak?

Ada 1 sedara ni yg anak daranya nya blk dr 'obesi' mencari jodoh utk si dara. Kira style nabi muhammad s.a.w. gitu. So mai la calon2nya. Ada keje kg, ada posmen, ada cikgu, adaa bla..bla..bla..akhirnya lps campur tolak yg motong gotah dipilih. Kagum tak? Huishhh..mau taknya. Si pmpuan dah keje gaji ribu riban yg lelaki tak tentu arah lg. Tapi Allah tu maha kaya, setiap org yg mendirikan masjid tu dijanjikan rezeki. Elok2 lps kahwin si lelaki pun dpt keje yg sama. Educationwise mmg sama2 sepadan lah belajo kat obesi. Tapi kesanggupan yg pmpuan ni menerima masa lelaki tu takde keje tetap yg buat aku rasa dia hebat sangat. Jadi menantu kesayangan la you....kenduri kendara takyah panggil org lain, dia sndiri baca doa.

In my case, berbelas thn dulu aku pnh terfikir tak kisahlah nak cari sendiri ke org tua carikan ke but one night aku bermimpi aku menangis sungguh2 atas pelamin sbb dikahwinkan dgn org yg tak dikenali. Sejak tu i've made up my mind, laki aku ,aku cari sendiri. And alhamdulillah thn ni msk thn yg ke-13 perkahwinan kami. Mudah-mudahan berkekalan hendaknya..aminnn.

Takut juga nak bt keputusan hidup dan mati ni, kununnya tak ready..blm beli kete..blm ada rumah..blm tu..blm ni..tapi nasihat kawan aku Mazhar yg mshku ingat spai kini "Maria, ko kwin je la. Allah dah janji akan tambah rezeki org yg berkahwin ni...". Tq Mazhar (ko kat middle east kan, ko baca tak ni?). Mmg betul pun, even before engagement kami beli our 1st house yg kami tinggal spai skrang. Sayang ooo mau jual, ada sentimental value gitu! Lagipun susah payah cari duit beli rmh ni. Masa tu gaji kecik loan pulak dpt 80% je, legal fees lg...hmmmm...tp itulah permulaan sebuah penghidupan.

Band RAMD

Kat NS ni dah mcm acara wajib lak kalau majlis kahwin msti ada band. Paling koman pun ada dj yg boleh pasang lagu2 utk memeriahkan suasana. Masa wedding Nurhiza-Hazwan kat PD tu depa panggil band askar. Best jugak sbb lagu2 yg depa nyanyi byk yg terkini tp kalo depa nyanyi lagu2 indie band lagi best cuma tak msk dgn aliran pakcik2 n mkcik2 ler. Appearance depa pun smart-ye le dah askar, ye dak? Rupa? Boleh cari makan beb!

Kena skodeng

Pengantin baru pun ade u!






Terpegun adik-adik ni

POLYGAMY

For non-Muslim readers have u heard about polygamy? Pls google :D

Bila blk kg my hubby mcm2 cerita keluar. Ye la bila dah ramai dan sesekali je dpt berkumpul ada ulasan tv la, gossip org kg la, gossip artis la, tanya resipi la, cerita2 ringan le biasanya. Keluarga belah sana semua dah dewasa dan beranak-pinak so situasinya tak sama dgn famili belah sini.

Bila terbit cerita poligami neh, abg ipar aku suka provok bini dia. Lps tu ipar aku yg srg lagik akan tmbah pulak hujah menentang sbb dia pompuan. Siap dgn ayat quran lagik. Abng ipar aku 'bakar' lg kasi panas biras aku neh. Aku mls nak campur. akhirnya aku cakap, "Hangpa nak kawen, kawen la. Kalau perlu rumah sewa nt bagi tau no. Sewa 700 hengget, deposit 2 bln mcm biasa..".

Aku : Money matters.

Orang Perempuan Dapat Harta Dalam Adat Perpatih, Betul Ke?

Orang Perempuan Dapat Harta Dalam Adat Perpatih, Betul Ke? Sejauh mana pengetahuan anda mengenai Adat Perpatih?


Aku tak tau banyak mana pun walaupun orang Negeri Sembilan. Cuma nak ceritakan satu pengalaman yang aku ingat sampai sekarang.

Somewhere in 1994 rakan se-opis introduce aku kat satu mamat neh. Orang Perak rasanya. Jadi satu hari tu waktu balik keje we all jalan kaki ke bus stop di seberang jalan (lokasi kejadian: seksyen 15 Shah Alam). Sambil tu sembang sembang la..dia pun tanya,

Mamat perasan banyak harta : u asal mana?
Aku : NS
Mamat perasan banyak harta : ye ke?
Aku : Nape?
Mamat perasan banyak harta : Rupa u macam anak mami. Takkan orang NS kot...
Aku : Nape pulak?

Seterusnya.. cerita keburukan adat pepatih la.. kalau bercerai si suami kena keluar rumah la .. bla.. bla.. dan aku tau dia tak minat. Aku? Laaaagi la tak minat! 

Walaupunpun masa tu aku kerani cabuk jer dan dia ada diploma tapi aku terfikir, "universiti je bertingkat-tingkat tapi BODOHnya melantun-lantun". Kalau time bercerita tu dia naik kerete Honda Civic ke.. paling koman pun Honda kapcai takpe la jugak. Ni tunggu bas mini bersama dengan aku! Aduyaiiii.. 

Yang paling aku bengang sampai sekarang kalau orang dok ungkit "nanti kalau bercerai lelaki kena keluar rumah sehelai sepinggang". Hei jantan! (perempuan pun lah kalau sama jer perception tu), kalau masa kahwin tu ko ada Honda EX-5 je, ambik la balik. Yang nak punggah harta bini apahal? Lagi satu, kalau lelaki boleh kena halau dengan bini elok racun je lelaki tu sebab dal alif ya wau sin! Patutnya bini dengar cakap dia.. sampai kena halau pulak apa kes?? Kalau lelaki tu duduk rumah sendiri macam mana pulak boleh kena halau? Tak logik.

Orang macam ni elok dibawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Mahkamah Syariah dan lihat betapa banyaknya kes isteri dihalau dari rumah. Kes bercerai dari negeri lain juga lebih banyak dan betapa banyaknya kes tuntutan nafkah dan harta sepencarian oleh bekas isteri. Yang dia takut sangat kena halau tu kenapa? Dia kahwin untuk bercerai ke? Rasulullah kata lelaki itu nakhoda. Kalau kapal karam salahkan nakhodanya, kenapa nak salahkan isterinya pulak? Nampak sangat tak reti mendidik isteri. Simpan bodoh tu jangan tunjuk kat orang.

Bila dah berkahwin carilah harta sendiri, beli rumah sendiri dan bawa anak isteri tinggal bersama. Didik mereka supaya mereka menghormati suami/bapa. Rasa hormat tu tak boleh dibeli.  Ini tak, bila duduk rumah mertua leka sampai ke tua. Harta sendiri tak ada. When the relationship turn sour barulah kecoh "bini halau sampai tinggal spender". Akai mana?

Beruntunglah aku ditemukan dengan manusia sebegini. Ia mengajar aku untuk memilih dan menanamkan dalam fikiran bahawa SIJIL itu tak semestinya menunjukkan si pemegangnya matang atau cerdik. Pandai itu mungkin, sebab dah lulus peperiksaan kan?

Aku memang teringin sangat nak jumpa mamat perasan berharta ni semula. Entah di manalah dia eh? Bila agaknya dapat berjumpa dia? Teringin nak tahu apa kerjanya, apa pangkatnya, apa jenis keretanya, banyak ke harta dia..? Kalau dia bukak cite tu lagik aku nak kata "kalau aku mati dulu laki aku duda berharta tau!" hahah..


Update:
Dulu aku panas telinga kalau orang perli fasal tu tapi sejak dah semakin tua ni aku cool aje. Bila ada lelaki - siapa pun dia atau tinggi mana pun pangkatnya - menunjukkan 'ketakutannya' dengan gadis Negeri Sembilan aku dengan selambanya berkata, "lelaki takde telur je takut" Kah!





Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free