Showing posts with label national park. Show all posts
Showing posts with label national park. Show all posts

Mulu Marriot Resort & Spa, Miri | 5 Star Resort in a Lush Green Rainforest

Mulu Marriot Resort & Spa, Miri | 5 Star Resort in a Lush Green Rainforest - Dikelilingi hutan hujan tropika yang tebal,  gua dan sungai di hadapannya membuatkan kita berasa sangat tenang dan rileks berada di sini. Ketenangan dan kehijauan menjadi trade mark mereka. 

 
Semasa berada di Mulu kami ditempatkan di Mulu Marriot Resort & Spa yang dulunya dikenali sebagai Royal Mulu Resort. Setelah selesai kerja-kerja menaik taraf keseluruhan resort, kini ia menawarkan 101 bilik diatas tiang setinggi 15 kaki dari tanah dengan ruang pejalan kaki diperbuat daripada kayu keseluruhannya. Bilik-biliknya direka dengan desain etnik yang menggambarkan rumah panjang (longhouses) yang sinonim dengan negeri Sarawak.
 
Terletak hanya 5 minit dari Gunung Mulu National Park yang diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site, program percutian kita boleh diaturkan dengan bantuan staf-staf berpengalaman dan sopan. It's really a Malaysian hospitality. Mengikut kata Resort Manager, Grant Young, pekerjanya semua orang tempatan yang bermotivasi tinggi. Dari pandangan aku memang betullah tu.
 
Kekadang aku kecewa bila kita stay di hotel atau resort yang dikhabarkan berbintang empat tetapi reception's staff tak angkat muka pun bila kita lalu. Ucapan Selamat Pagi dengan senyum manis pun takde. Itu belum lagi staff f&b dan room service yang kesemuanya orang asing. 
 
 
Fasiliti Yang Ditawarkan
 
- Mandara Spa
- Gymnasium
- Meeting facilities
- Outdoor swimming pool
- Outdoor activites. Kalau nak berkayak, night cruise, berakit, jungle trekking, eksplorasi gua mereka boleh uruskan. Beritahu sahaja dan bayar semuanya akan beres.
 
Seronoklah duduk di lobi ni dan River Bar di hujung sana. Mendengar muzik atau membaca dengan pemandangan Sungai Melinau.


Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut beg tetamu. Unik kan? No air pollution.

Setiap bilik mempunyai balkoni persendirian yang sesuai untuk berehat sambil melihat kehijauan di sekelilingnya serta lengkap dengan kemudahan moden seperti flat screen tv. Kalau baca di ruang feedbacks Tripadvisor semua tetamu memberikan komen positif. Kita yang dah biasa melihat kehijauan Malaysia pun terpegun inikan pula orang yang biasa duduk di hutan batu. Rasa tak hendak kemana-mana!

 

Bilik besar stay sensorang. Tak sangka yang nampak gagah perkasa tidur buka lampu muahahahah... aiyooo buat malu jer

I can see you.... jangan lupa tutup bidai kat bath tub tu kalau tak nak buat tiger show.
 
Balik dari menggua di hari kedua masing-masing pakat berendam dalam air panas di bilik memasing.  Aku berendam sampai merah tapak kaki hehee.. lega rasa urat kaki.


Desain meja yang unik diperbuat daripada keratan melintang batang pokok.

Kolam renang bersaiz sederhana yang aku rasakan kedalamannya 1.2 meter sahaja. Okaylah tu... lifeguard bukannya ada.

Kafe yang dibuka sepanjang hari untuk kemudahan tetamu. Di hujung sana ada private dining room.

Chef Musa Punan showing his skills. Sedap umai yang dibuatnya, ada rasa pedas sikit.

 
Dony order Laksa Sarawak. Saiz makanan yang dihidangkan besar sampai jenuh nak menghabiskan.

Private dining room
 
Sedap betul duduk kat day bed nih
 




The new River Bar

 
Halalkah makanan yang dihidang?
Oleh kerana orang tempatan tidak mampu untuk supply raw material secara konsisten, mereka mendapatkan bekalan dari Miri. Cuma sayur-sayuran sahaja dari Mulu. Daun kari mereka tanam sendiri.
 
Sebagai tetamu yang diraikan, biasanya jika kita datang berkumpulan kita boleh request makanan tertentu dari chef itupun sekiranya ada stoklah. Orang datang sini bukan nak makan sangat. They pay for the ambience and lush green scenery.
 
Yakin ke halal?  Beginilah, bermusafir ada caranya. Kalau kita tak yakin kita makan je lah seafood dan sayur. Lupakan ayam daging yang menjadi makanan ruji buat seketika. Takpun bawa sesiap sambil ikan bilis kacang atau rendang dari rumah, pekkan kecil-kecil. Satu pek untuk sekali makan supaya tak basi. Jangan makanan je nak halal lepas tu mintak orang bawakan ke karaoke yang ada GRO Phillipino. Ngeng sangat. (inilah rungutan seorang Menteri Besar suatu ketika dulu). MMR mendapatkan bekalan bahan mentah halal dari Miri.
 

Bagaimana dengan line internet?
Aku rasa semua menarik di sini kecuali internetnya yang limited. Kalau dah lima orang online hmmm... tak dapatlah. Ko tunggu je lah diorang masuk bilik baru dapat bertenet sambil tidur baring kat area lobi dan open bar ni macam rumah sendiri. Jangan risau, diorang memang tidur cepat sebab dah penat keluar masuk gua hehee... kitorang je macam burung hantu. Lobi itu kami yang punya...!
 
Occupancy rate tinggi bermula Jun hingga September yang kebanyakannya ditempah westerners. Orang German dan Netherland suka ke Mulu. Diorang tu kalau  penuh satu resort pun tak bising, cakap pun berbisik tak mahu mengganggu tetamu lain. Syarikat-syarikat Malaysia pun banyak juga yang mengadakan seminar dan berkursus di sini. Korang jek lah bos mintak buat team building di sini. Lokasinya sesuai untuk percutian keluarga, pasangan, peminat aktiviti lasak, mesyuarat perniagaan dan majlis perkahwinan kecil. Bestttt sangat!
 
 
 Alamat:

Mulu Marriott Resort & Spa
Sungai Melinau PO Box 1145
Mulu
98008 Gunung Mulu National Park
085-42 1121
 
Bagaimana mahu ke Mulu Marriot Resort?
4 pernerbangan MASwings dari/ke Mulu setiap hari. Selain dari Kuching, MASwings juga memberi perkhidmatan Mulu-Miri/Kota Kinabalu. Jadualnya ada di sini.
 

Gunung Mulu National Park, Miri | Wind Cave dan Clearwater Cave

Gunung Mulu National Park, Miri | Wind Cave dan Clearwater Cave - Hari kedua di Mulu kami dibawa keempat buah gua lagi. Menggua je keje kali ni hahaa.. Bermula dengan Wind Cave, Clearwater Cave, Lang Cave dan Deer Cave. Yang dua terakhir tu kami berjalan lebih dari 4km. Dah jadi bunting padi dah betis hohoo.. penat tapi puas hati.

Taman Negara Gunung Mulu seluas kira-kira 528 hektar ini  merupakan gabungan karst dan hutan hujan tropika yang tebal dan masih terpelihara. Ianya telah diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site semenjak tahun 2005. Penduduk Mulu pula terdiri daripada kaum Penan dan Berawan seramai lebih kurang 400 orang sahaja. Yang nomad tu tak tahulah berapa orang. Dok dalam hutan macam mana tahu the exact figure.
 
Sebelum ke gua kami dibawa ke perkampungan kaum Penan di Batu Bungan. Sebenarnya ini ialah shopping stop tetapi tiada hard seller di sini. Kaum wanita di sini menjual hasil kraftangan yang mereka usahakan di waktu lapang. Mereka berniaga sekejap aje semasa kita sampai lepas tu balik rumah uruskan hal memasing.
 
Pakej lawatan di Mulu ni berjadual, maknanya kalau trip kita tu pukul 8.30 pagi janganlah pukul 9 baru keluar dari bilik dan terhegeh-hegeh nak breakfast pulak. Ada gua yang dikunci pukul 12.30 tengahari. Kalau kita tak ikut jadual kita akan menyusahkan banyak pihak seperti park authorithy, guide dan pemandu bot yang disewa. Kalau kita terkunci kat dalam gua tu nangesss!

So sweet.... pasangan buta di batu Bungan.
 
Perkampungan Penan. Rumah panjang yang asal telah terbakar jadi mereka disediakan rumah panjang moden yang diperbuat daripada batu-bata tapi seperti belum diduduki..


Alat muzik yang dibunyikan dengan hembusan hidung.

Snake barbeque anyone? Ular tedung ini bukan untuk dimakan tetapi dibunuh kerana sangat merbahaya. Tulangnya mesti dipastikan hancur terbakar kerana bisanya tetap ada. Orang di Penan di sini tak makan ular tedung.

Nak test skill menyumpit pun boleh. Aku dah try di Perkampungan Orang Asli dulu. Terer gak si Naz nih.


Dari Batu Bungan kami menyambung perjalanan melalui Sungai Melinau 15 minit lagi. Nasiblah, kalau air cetek bersama-samalah kita menolak bot.
 
Gua pertama yang kami kunjungi ialah Wind Cave (Gua Angin) setelah berjalan kaki sejauh 350m. Alaa... tak jauh pun, sekali pusing stadium je. Gua ini mendapat namanya kerana terdapat kawasan yang sejuk di dalamnya. Ia merupakan sebahagian daripada sistem Clearwater yang mempunyai stalagmait, stalagtait, flowrocks, helitites dan rock corals, seperti yang terbentuk di ‘King’s Room'.

 







 
Keluar dari Wind Cave berjalan kaki lagi 1088 steps bersamaan 480m untuk sampai ke Clearwater Cave pulak. Gua yang sepanjang 107 km ini merupakan gua yang terpanjang di Asia.
 

Jernihnya air sungai
 



Tinnginya tangga... boleh bayangkan tak betapa besarnya gua ni? gua ni sangat cantik .
 




Beberapa gambar blur, sorry lah ya sebab torchlights kami tertinggal dalam bot. Nak guna auto tak boleh so kena manual focus dengan slow shutter. Bergegarrrr.... but still boleh bayangkan keindahan gua-gua ni kan? Rugi tak pergi.






Untuk ke picnic area berdekatan mulut gua kami berjalan kaki selama 10 minit. 

Pakej yang kami dapat ni siap dengan makan tengahari. Ada foreigner yang tak puas hati sebab mereka membayar lebih mahal tapi lunch tak disediakan oleh guide/travel agent mereka. Dah kami pun makan tak banyak mana, guide kami tu offer lah kat diorang jugak. Haishh kesian orang lapar.
 

Kawasan berkelah yang disediakan lapang dan lengkap dengan tandas. Tiada masalah untuk solat. Solat je lah di kawasan lapang tu.... lepas tu mandi debushhhh..!! Aku malas nak mandi setakat lepak baca buku dan jadi jurugambar kengkawan jer. Seronoknya dioranggg...

Tak sabar sabar diorang nak mandi air sungai yang sejuk dan jernih yang mengalir keluar dari gua. Sungai Clearwater  sepanjang 210km ni merupakan sungai bawah tanah yang terpanjang di Asia Tenggara. Bertuahnya negara kita ni, yang hebat-hebat semua ada di sini, kita je yang tak tahu dan explore. Cantiknya berfoto-foto di sini...
 

Seronoknyaaaa... kenapalah aku tak mandi hari tu? Sibuk nau amik gambar

Leka diorang ni memerhati ikan. Mandi dengan ikan giler best!!

 

Mulu sangat sesuai untuk team building. Uolls kalau ada seminar atau kursus di Miri/Kuching/Bintulu cadangkan kat higher management untuk sambung aktiviti di sini. Air sungainya perghhh... sangat jernih.!!
 
 
 
 
 
 





 

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free