Showing posts with label melancong. Show all posts
Showing posts with label melancong. Show all posts

Silap booking lah!

omg! omg! Aduhaiii....

 Hr ni aku dpt kalender 2011 and...  trip aku sudah kena time sekolah pulak. Masa aku booking hari tu aku main agak2 je ikut cuti sklh thn ni, rupa2nya lari seminggu..arghhh. Kalau sehari dua blh tahan lagik, ni OMPEK hari!

 Aduh...camana nih...apakah alasan yang bakal kutulis ke guru besar nanti?

1) Maaf cikgu, kami terpaksa mengikut suami/bapa yang terpaksa bertugas ke luar daerah
2) Tiket kapal terbang fully booked
3) Cuti sklh tak cukup panjang
4) Mak saya guru besar jadi bila2 saya blh bercuti (boleh?)

Camana wehhh?...


House Manager takde sekejap




PM and Finance Minister cum Hse Mgr nak p exercise kaki dlm 5 hari. Aku dah pesan kat my sister mcm2 tp aku yakin dia tak boleh ingat semua so aku jot down in detail...nampak tak aku tulis rotan kat mana? Kalu dah tak donga bona tibai skt.

Actually my brother yg sepatutnya take this task but fortunately my sis dah keja kat sini i bg kat dia je la. Plus pointnya anak aku suka dia masak sambal ayam/ikan. Saturday dia blh balik kg angkut bdk2 ni sekali.


Apa yang special kat Kuala Pilah?

Last week ada keje kat Rembau. Balik still ikut jalan yang sama ke Seremban. Haaaa... yang aku tunjuk ni highway Lekas yang baru siap yang mampu melekaskan orang sampai ke Kajang/Kuala Lumpur. Memang banyak membantulah highway ni dah tak payah lalu Seremban ataupun bersesak kat North South highway tu.


Nak ke rumah aku pun boleh ikut sini tapi mak aii rasa punyalah jauh kena berpusing lepas tu kena u-turn pulak. Eventhough the jalan very smooth -barang baru le katakan - buang minyak keto den yo. Kalau tak silap sini dipanggil persimpangan Paroi yang kat rumah aku tu persimpangan Ampangan. Jalan kat traffic light tu tengah upgrade lagi, tak lama lagi siap ler kot. Kalau ke kanan arah Kuala Pilah ke kiri Seremban/Jelebu/Kl/dll. Ramai org beli rumah kat sini tapi bekerja di KL. Murah ko....RM300k boleh dapat banglo, kalau kat Subang tu dapat rumah teres 2 tingkat lot tengah je. Murah le pada yang mampu kan. Rumah single storey pun boleh tahan gak harganya...kiranya org yang bergaji 1500-2000 memang boleh duduk rumah teres lah.


Jalan Seremban-Kuala Pilah ni semedang sesak walaupun cuti 3 hari je. Warga prihatin sungguh, kucing beranak punnnnn nak balik. Termasuk la aku dedulu. Jalan Kuala Pilah ni boleh sambung ke Kuantan, Terengganu, Kelantan, Muar, Cherating bla..bla.. Tak lupa kena lalu sini juga kalau nak ke Sri Menanti. Ehh..mai le sini cantik tau area Sri Menanti tu especially yg minat photography and golf.


Apa yang special kat Kuala Pilah?

Sebelum sampai ke KP kita akan lalu air terjun Ulu Bendul. Kalau nak camping ok jugak kat sini tapi untuk mandi-manda kureng sikit pada aku la. Lain kalilah aku tempek gambar ye bila bawa anak-anak mandi sambil skodeng. Dari Ulu Bendul tu jalan terussss....don't belok belok sampai le ke Kuala Pilah. KP ni tak semeriah pekan Bahau sebab Bahau tu dikelilingi oleh banyak kawasan felda so penduduk ramai kaki shopping pun ramai.

Kat KP ada 2 Uitm. Kampus besar di Beting baru  je dirasmikan tahun ni  (7km masuk ke dalam siap lalu kubur Cina lagik). Ada Kolej Jururawat Kementerian Kesihatan Malaysia tapi sekarang sedang diperbesarkan, ada kolej Yayasan Negeri Sembilan, ada rumah mak aku selain istana Yamtuan.

Makanan yang spesel kat sini gulai lomak cili api, rojak kat pasar and cendol jugak kat pasar n bus stand. Memang marvellous la cendol tuh. Aku makan sejak kecik lagi dari harga 5 kupang sampai singgit 8 kupang dah la ni. Tapi memang tak nyesal lah bayor. Kalu nak try tanya je kat mana bus stand atau pasar .. kalu tanya nama jalan haremmm ramai yang tak tau sama la dengan aku nih.


Area ni free wi fi tau!


Yang baju putih to bos dia. Siap dah masuk sokkabar dah kedai dia ni. Layanan 1st class.


Suka dia bila aku kata nak masukkan kat blog. Cendol lebih boleh?

Sebuah perjalanan yang panjang

Dah nak balik kan (tapi nak beraya dulu) kena la hensem sket. Ni Mat Jambu a.k.a Ali "my grandma says i'm priceless"



Si jantung hati, Azmin Zarif



"Eh, jatuh puyak!" . Dlm ramai2 anak aku yg ni pelat ler pulak






Ni kat rmh kwn di Bt Gajah yg aku kenal since 2002 dlm 1 seminar. U all bayangkan lah dr 2002 dia mengajak kami ke rumahnya 2010 br spai. Aku ingatkan dia baru pindah sini rupa2nya dah 4 thn tapi rmh dia simple giler



Ni dlm perjalanan balik ikut Gopeng. Masa dtg ikut Smpg Pulai. Agaknya iklan Petronas Yasmin Ahmad tu shoot kat area tu kot- kedai lama2. Aku dok pasak telinga laki aku suruh sgah kat Kellie's Castle









Berenti kat sini jap


Byk tmpt menarik kat Perak ni. Otw ke tol Gopeng ada Taman Herba


Tak berapa pasti lah sejarah Kellie's Castle ni. Dibina utk wife someone kot. Jap nak google..


Tgk kete putih tu lampu merah pun nak jln gak. Tu yg kedua tu, mcm mana la tak jamm


Aku ingat terminal kapal terbang je ada


Boleh tak Balai Bomba ni jadi produk pelancongan?


Masjid lg...tapi tak blh challenge la masjid kat Terengganu, banyak dan cantik. Tapi tak tau la ramai ke idak yg solat berjemaah. Mcm Masjid Kristal tu hantu je p semayang kot sbb org kg semayang kat masjid kg lbh convenient. Aku rasa buat pusat thfiz pun bagus gak kat masjid Kristal tu, tak pyh nak bazir duit bt bangunan baru. Make full use of it.


Cantik kan scenery bukit-bukau tu. Kalau amik gmbr kat luar lg best tp nak berenti kat mana? Hujan ler pulaks


Lega dah spai sini..punya le lama we all punya journey balik.


Lps jenguk2 rumah sendiri naik keta balik ke rmh my mom kek Kolo Pilah. Tu dia keta nak ke Sban/KL. Highway baru ni bt jln makin sesak setiap Ahad apatah lg time cuti panjang. Apa taknya, segala org dr bukan setakat Kuala Pilah jer, Kuantan, Tganu, Kelantan pun blh ikut jln ni. Uitm dan matriks and Kolej Jururawat pun ada kat KP. Selalunya time balik Sban aku ikut jalan lama- Bkt Putus bila kete dah terhenti mcm ni. Kan aku sayang Bukit Putus tu....mcm nak p Genting/Cameron Hlnd. Korang yg tak pnh tgk taik lembu tu moh le ke kg aku...kat tmpt lain tak jumpa punya atas jln raya camtu.

9.30 bertolak 11.30pm spai rmh mak aku. Gilo! Mcm nak p London

Selamat Hari Raya Aidilffitri !

Askm.

Masih belum terlambat kan nak ucap selamat beraye.... Sejak Selasa mgu lps aku dah terputus hubungan dgn inet nih...telepon ponnn 1 bar je kat atas lemari. Bila aku angkat dah hilang bunyi. Tu masa kat my MIL's hse's lah. Bila klr ke jalan ada pulak, sapa la nak ddk tgh jalan? Kesian kwn2 yg dok cl tak dpt ckp.

To Mr R in Canada, tq lah for calling me- never forget to wish me happy hari raya. Dia tanya bila nak p sana? Ayoyo....duit Msia ni kocikkkkk sgt jd ea kalu p sana. Kpd yg tak suka berkawan tu marilah kita bersilaturrahim, sng bila nak kemana-mana ada je org offer duk kat rumah depa. Kan ada pepatah "....buat jahat jgn sekali". Aku kalau berjalan sorang berdua mau la jugak aku nompang tp kalau handbags berderet ngikut huiii tak kuasa den. Poning palo tuan ghumah nt.

Tahun ni aku raya kat Kedah dulu sbb cuti sekolah start awal so no reason la mau raya kat kg aku dulu. Ceria je laki aku tu! Kami bertolak hr Selasa pkl 11.45pm. Selalunya aku sedar mamai mamai bila kete berenti kat R&R tp takde le klr makan ke apa ke..sayang mata beb! Bila nak berjalan jauh ndak2nya musim ramai org aku pastikan last mkn & minum 1/2 jam blm bertolak so that aku tak pyh ke toilet yg hancing tu. Hiiiii...kalau tak terpaksa mmg tak koso den nak poi toilet tuh. And mcm biasa lah aku akan kata.."dah sampai..." keh keh keh....sbb aku tidur spnjng jalan sedar2 dah depan pintu rmh MIL tp kitorang anak beranak beriya2 joint drebar tidur lps tu mcm sama2 bawak kete kihkihkih... 7 jam nko....kalau naik kpl trbg blh spai Japan/Australia long jorney mcm tu. Nak naik flight tak blh sbb Alor Star 2 1/2 jam dr kg, train pun tak blh sbb kna trn kat Sg Petani, nak naik bas dr Sban kna trn kt Sg Petani gak, what choise yg kita ada?

Spai2 je pagi tu ada pasar tani lak so apa lgi?...tawaf.... Bulan posa ni tak ramai la yg jual mknan kalo bln2 lain mmg best! Bila blk Kedah aku tak kisah pun anak2 nak order apa sbb murahhhhh....takdenya laksa spai 4 hengget. Kepak ayam bakar pun singgt je 1.

Travelog Bandung - Day 2


Breakfast hari ni minum teh aje sambil baca sokkabar. Nak keluar awal-awal ssangat pun takde apa apa. Sambil minum sambil borak dengan staff hotel sambil baca newspaper. Kat sokkabar tu ada orang iklankan nak menjual sebuah rumah siap dgn swimming pool dan kebun rm180k jer. Woittt...murah giler.

Hari ni nak meronda ke Jalan Asia-Afrika. I have to walk through jalan yang sama ke Pasar Baru before turn right. Best jalan pagi pagi ni time orang baru start bussiness macam boleh nampak. Tong gas tu cenonet je aku pun boleh angkat sebelah tangan.


Ulam-ulaman

Yg melarat...

Mamat ni bermacam soalan dia tanya aku. Memula dia ingat aku kerja sama koran (akhbar). Tanya fasal Malaysia lah pastu sibuk bona nak bergambar. Kat kedai dia ni ada dijual aksesori dan lain-lain. Aku beli button badge upin ipin 24 pcs 7k rph jer..berebut-rebut anak den.
 

Depa ni aku tengok suka gak main chess..ramai jugak aku jumpa yang cenggini. Patutlah kat Chow Kit tu ada port chess ni, kebiasaan dari kampung asal rupanya.

Yang ni paling best! Aku ni sebenarnya mencari toko buku terpakai tapi tak sangka jumpa kedai jual dvd/vcd cetak rompak sebegini besar. Yang menjual di tepi jalan tu toksah kiralah banyaknya. "Copyrights" atau "rights to copy"? Persoalan yang susah nak dijawab.
 
Benda ni illegal sebab masa aku minta izin nak bergambar kat 1 kedai tu dia kata "asalkan tidak dihantar ke koran". Gambar di bawah ni aku amik sembunyi-sembunyi takut beb sebab ada sorang apek tu pandang semacam je kat aku. Buatnya dihempas kamera tu meraung aku kat situ.


Di sini aku ketemu dvd yang aku cari cari tu. Pelik gak, illegal tapi besar-besaran, kat tempat kita runner bawa sampel je lepas tu orang lain hantar. Kalau ada yang jual openly pun siap letak alas kain senang nak bungkus kalo ada operasi. Best woooo...1 dvd 5k rupiah jer..


Di depan kantor pos Bandung. Actually in my list i supposed to visit Universiti Teknologi Bandung also tapi tak jadi. Kalau pergi dengan group pelajar universiti sampai juga ke situ agaknya.
 

Tak dapat uangnya bergambar pun jadi ler..
 

Plate number ni boleh dibuat kat tepi jalan jer


Relax jap kat Dunkin Donuts- bukan lapar pun cuma nak tukar duit kecik nak beli top-up. Tuu...tayang Canon 550D


Kat sekitar masjid ni ramai yang berniaga sampai ke kaki lima dalam masjid. Pelik lak aku menengoknya sebab orang boleh lalu lalang kat sini tanpa menutup aurat. Sedih bila masjid tidak dihormati.
 
(update 2014: aku terdengar AJK masjid membuat pengumuman supaya sesiapa yang berada di persekitaran masjid memakai pakaian yang menutup aurat)
 

Aku teringin sangat nak tengok motor-motor klasik nih di Braga-sebelah malamnya ada concert. Malangnya aku tersalah amik angkot n nak jalan lagi dah tak larat, capek yang amat sangat. Aku rasa time tu kalo kaki tersadung batu memang takleh nak bangun dah. Soooooo penattt!
 
 
Pak polisi
 
Ke Kebun Binatang Bandung @ zoo


Boyo


Galak...gatal? Ganas? Menggoda?


Sebaya je kan? heheheh..Pakaian sekolah depa ni macam tak berapa seragam ada lipat depan ada lipat belakang

Aummmm...

Kalo anak aku ada ni msti dia pun nak masuk dalam bola tu


Ni dalam zoo..best kan boleh lepak dengan family macam kat Hyde Park pulak

Cikgu tengah lepaking menunggu anak murid buat research

Ni kat Bandung Electronic Ctr @ BEC bunyinya B.E.Che. Security tu bukan pegang cota tapi scanner

Tepi longkang tempat minum petang. Kat Bandung memang banyak gerai penjaja tapi walaupun tekak dan perutku mencakar nak merasa but i refrain myself from trying it bimbang terpaksa berulang ke toilet.

Syok tengok adik ni menggoreng tempe keju. Sangat cekap!

Haaa....ini le button badge nyer. Masa ni aku dah balik ke bilik dalam pkl 11 kot. Yang aku nampak kat sini hampir setiap lorong ada perniagaan dan sebelah malamnya di lorong-lorong ini ada yang melelapkan mata, ada yang melakukan dosa. Sigh.
 

Travelog Bandung- Day 1


Travelog Bandung- Day 1| Dari hostel ni boleh dengar azan dari pelbagai arah even ada masjid kat depan tu n only 5 minutes walk to Pasar Baru Trade Centre tempat shopping yang popular tu.  Ya rabbi...kat situ penuh dengan orang Malaysia n Jakarta. Hari ni sepatutnya 1/2 hari je kat tempat tu tapi jadi seharian pulak. Every time nak cari jalan keluar je jumpa kedai lain n tetiba je nak beli itu ini. Dugaan sungguh! Anak dara aku beberapa kali pesan suruh beli swimming suit siap call lagi takut aku lupa.  Yang mengirim ayaq lioq pun ada gak. Memang boleh jadi gila kat pasar baru tu..GILA SHOPPING!


4 hari kat sini aku bangun +-5.30 waktu Bandung = 6.30 Malaysia cuma last day terbangun lewat, kecapekan yang amat! Dah dekat siang tapi since dalam bilik air takde hot shower menggeletar beb nak mandi. Aku lebur lebur lebih kurang jek tu pun terketar-ketar.
 
 
Murah bangat kan? Siap breakfast lagi tu. Lain kali boleh duduk kat "by Moritz" ni tapi tilam foam je la ye. Selain aku ada 3 orang lagi orag Malaysia di sini yang lain omputeh. Yang 2 orang tu orang Kuantan, seorang kawen dengan awek NZ and ada bisnes kat sana. Aku siap pinjam adapter lagi kat dia padahal boleh je cucuk charger bateri tu terus. Waduh waduhhh ngak ngerti mula mula tu...

Semalam lepas ambil kunci aku terus memerap kat bilik, kalau aku turun lepaking dengan guide and other guests tu boleh aku joint group mat saleh tu ke Papandayan. Kata dia orang volcano di Papandayan lebih menarik daripada Tangkuban Perahu. Trip ke sana minimum 2 orang dengan harga INR450 seorang. Rugi...rugi...

Ni le tempat aku menumpang, buruk je dari luar tapi bersih di dalam. Area ni kira mcm chow kit la kat Malaysia ni. Kat sebelah kiri tu banyak kedai yang jual raga, bakul, hotel taraf sederhana, kedai mercun pun ada. "Nga boleh dibawa naik pesawat buk..". Aku dah berkira-kira nak memborong je tp takut jugak kot kot tertangkap. Kang kena duduk sedorm dengan Ariel lak..huh naya!

Angkot. Kalo nak naik kena ikut laluan yang betul. Aku dah tersilap dah tp okay jugak sebab turun kat depan Amanda, dapat beli kek.


Dah sampai ke Pasar baru..5 min je jalan kaki itupun kalo hangpa jalan laju macam aku la..kalo jalan melenggang kangkung mengira tapak tak dapek den nak nolong.

Peniaga yang berjualan. Menarik, barang-barang dalam nyiru.

Macet sekali di Bandung nih! Ni belum ke Jakarta lagi. Kat sini kalo jalan dua hala boleh u-turn di mana-mana suka hahaaa... Bagi signal pusing slow slow best gilerr...kete pun elok elok je takde kemek kena hantam.

Macam-macam boleh dijual di Indonesia ni. Tengok...rambut palsu dijual di tepi jalan je. Aku mula mula tu berkenan juga kat rambut afro tu tapi baru 1 je yang di keluarkan takde pilihan lain. Tak kuasa pula nak menunggu.
 
"Becak" parked kat depan main entrance Pasar Baru. Kalo ikut pintu barat tadi kejap je dah sampai tp aku buat 1 round yang jauh lagi...saja meronda pepagi.


 
Beli telekung 3 helai kat sini. Lembut manis molek je kata-kata si salesgirl. Ni kalo jadi bibik harusssssssss jadi masalah dengan aku hahaaa....bahaya gituh. Kalo kita tawar rendah sangat dia kata "belum dapat bu". Adoi..rambang mata betul. Aku nak beli untuk mak, uwan n my anak dara je but ada pulak yang menelepon lepas tu. Kata orang di Bkt Tinggi lebih murah tapi kalo pergi sana semata-mata nak beli telekung lebih baik ke Jln TAR aje.

Gambar ni SA yang lelaki tolong amikkan. Minta tolong sekeping je, wahhhh..naik syiokk pulak dia click click, nasib baik tak guna filem lagi.

Pukul 4 perutku dah mencakar. Orang kata kat Pak Cik Met ni best..memang bener buk!


Set ikan Gurame Bakar

Macet sekali!


Pak polisi..aku tengok kat sini takde pulak acara saman-menyaman. Banyk sangat kot..tak larat dia. Kat sini sume duit weh...orang yang tolong adjust parking tak kira la pakai uniform ke tak perlu uwang. Yang aku heran tu macam mana nak buat reconciliation kalau tak issue receipt?


Hasil rampasan di hari pertama

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free