Showing posts with label malaysia. Show all posts
Showing posts with label malaysia. Show all posts

Hotel Review | Sofitel Kuala Lumpur, Damansara

Tahun lalu cuti hujung tahun yang panjang hanya kami isi dengan membuat lawatan ke beberapa destinasi di Kuala Lumpur. Sebenarnya banyak tempat menarik di bandaraya KL yang orang KL pun tak habis pergi, yang tak tahu pun ada.


Jadi bagi memenuhi hasrat Geng Bas Sekolah maka kami pun bercuti 4 hari tiga malam di Kuala Lumpur...  Sebenarnya nak menebus kesalahan sendiri pun iye juga... bayangkanlah aku berjanji dengan anak sulung nak bawa dia ke Muzium Negara sampai ke sudah tak pergi. Pernah masa kami lalu on the way nak balik Kedah dia kata, "mama kata nak bawa kakak pergi muzium?" huhu.... masa tu dia dah darjah 2. Sekarang dia dah semester lima, ko pergi sendiri je lah kakak naik MRT 😁

Yang kisah jalan jalan tu nanti ai buat entry lain eh... heyy siapa kata bercuti di Kuala Lumpur tak best?


Sofitel KL- Nice, pleasant and relaxing stay
Kami sampai just before midnight selepas aku attend satu event di Pavilion. Cepatlah juga proses check-in, beg pun sebuah je so tarik sendiri je naik ke bilik yang tinggi atas langit nun. Rugi pula rasa check-in lambat tapi kami memang minggu tu je free, dah tak boleh adjust ke hari lain.

It's before Christmas

Masuk je... wah best! A luxury room with sleek contemporary design yet practical. Paling aku suka bilik air luas, ada bath tub dengan toilet dan bilik mandi berasingan. Lepas letak barang aku pun terus ajarkan the boys guna bidet dengan amaran, "lantai tak mau basah!". Yes, peraturan kena maintain untuk keselesaan bersama.


Suka sangat bilik air kat Sofitel ni so kita ambillah gambar buat kenangan manalah tahukan ada rezeki boleh buat di rumah sendiri pula nanti.

Tengah tengok AFF Suzuzki 2018 Malaysia vs Thailand/Vietnam.

Kaki pun rasa selesa je bila ada karpet tebal dalam bilik. Kalau tiles saja rasa sejuk sangat nanti aku terpaksa pula pakai selipar dalam bilik which is ai dun laik.

Untuk peminat kopi macam aku ni dengan adanya coffee maker dan Nepresso coffee sangatlah membantu menghilangkan ketagihan selepas makan. TWG tea sachets tu aku bawa balik je sebab tak sempat nak try.

Aku request king bed je, ada air-cond so takde hal nak berhimpit dengan bebudak ni. Bila lagi nak tidur dengan anak-anak kan? Ada yang sejak berumur dua tahun dah berpisah bilik tu yang jadi rindu nak tidur dengan the boys. Mereka pun okay je, kalau tak selesa aku boleh pindah tidur kat sofa. Orang pendek kan.. apadehal?

Makan best tak?

I highly recommend you try breakfast at Kwee Zeen Restaurant. Banyak pilihan dan sedap babe! Ada yogurt, bun, pancake, waffle... tapi ai tak berapa suka waffle nya. Bubur pun ada. Ada section "make your own salad" - smoke duck and Cajun chicken diantara bahan intinya. Roti canainya garing di luar lembut di dalam which makes it perfect. Service pun bagus... suka aku tengok semua staf local, barulah betul Malaysian hospitality.

Aku tak makan nasi pepagi tapi bila my youngest tak makan nasi lemak yang aku ambil maka terpaksalah makan sikit sebab tak nak membazir. Selebihnya aku tolak ke Bangcik. Kami mak paknya selalu bising suruh dia turunkan berat badan sedangkan kami selalu juga suruh dia habiskan makanan. Dah macam Alam Flora anak aku tu hahahah... dia pun confuse agaknya, kejap suruh kurus sekejap suruh makan. Dunia ni memang macam tu nak, jalannya selalu bengkang-bengkok 😂

Yang aku geram si bongsu dan Bangteh boleh makan mee hoon goreng je.... Ko duduk hotel mahal ni tapi makan mee hoon singgit jer?? Membebel-bebel aku kat bilik hahah... esoknya beriya depa makan. 

Malam yang kedua my husband and I try makan kat Nizza sambil tengok AFF Suzuki. Masa tu boboiboy bantai berendam dalam bath tub. Gasak kau lah nakkk.. janji tak bergaduh. Husband aku order vegetarian pasta dan aku seafood pasta, apa ntah namanya. Bila rasa aku punya... kenapa rasa masakan Melayuuuu? 😞😞 ... frust gue. Aku punya mindset makan pasta mesti rasa Italy, dengan mewah keju lemak berkrim tinggi kalori hahahha.... terus aku makan yang vegetarian. Itu lah, yang mahal tak semestinya kena dengan selera.

Apa lagi pengalaman yang best di Sofitel?

Pastilah berenang di swimming pool! Walaupun pool tak besar sangat tapi best sebab ada jakuzzi dan tak ramai orang, sakan kami mandi anak-beranak. Since the youngest pun dah boleh berenang sesikit lagi seronok bebudak tu. Anak-anak aku ni asal cakap nak tidur kat hotel je mesti tanya ada swimming pool ke tidak? Kalau takde muka memasing hmm... Depa agak kecewa sketlah masa stay kat Ibis Melaka dulu walaupun bilik selesa.



Apalagi eh?

Sauna dan gimnasium tak try. Anak aku sibuk nak pergi gim tapi aku malas nak temankan. DC mall yang attached to it pun tak masuk... sibuk nau pergi berjalan-jalan. Dari DC Mall ni boleh berjalan sampai ke MRT, quite a distance jugalah but still doable.

Owh... spa! Ambience spa tu sendiri pun buat nak duduk lelama kat situ. Banyak dapat good review sebab tu agaknya menang beberapa award. 

Aku pilih massage upper back, firm pressure. Certain parts yang rasa lenguh tu memang legalah kena urut kuat tapi tempat yang tak sakit tu bila kena urut kuat rasa macam kena lenyek lenyek hahahh...  sungguh! Terkenyit-kenyit mata aku tau. Kalau husband aku yang buat sure aku tuduh dia balas dendam hahah...  Lenkali aku nak moderate je 😂 Lepas massage dia offer kita teh panas dengan pilihan kekacang, kismis, buah zaitun dan biskut. Ngam.

So the conclusions are... overall bagus. Since konsep percutian adalah edu-tourism ia sangat sesuai bila kami hendak pergi ke Tugu Negara, BNM Art Gallery, Planetarium Negara, KL Bird's Park dan Masjid Negara. Location wise, Sofitel KL dekat dengan semua tempat lawatan yang kami tujui.

Staf pun polite and helpful. Tak sangka semua staf yang aku jumpa adalah local termasuk yang kemas bilik. Congratulations Sofitel KL, you give them opportunity to earn a living and grow. Off course rasa nak stay lagi.


Sofitel Kuala Lumpur Damansara
No. 6 – Jalan Damanlela, Bukit Damansara 
50490 Kuala Lumpur
Tel: +603 2720 6688 
Fax: +603 2720 6618

Please, jangan skip Taman Wetland Putrajaya

Please, jangan skip Taman Wetland Putrajaya | Sebagai pusat pentadbiran, ramai warga tempatan ke Putrajaya urusan rasmi di agensi kerajaan seperti memperbaharui permit pekerja asing dan menghadiri seminar serta pameran di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Sebenarnya Putrajaya lebih daripada itu.


Dalam beberapa blogpost lalu telah ku senaraikan banyak lokasi pelancongan dan tempat makan popular di sana. So now, kita nak cerita dengan lebih detail tentang Taman Wetland Putrajaya.

Kawasan hijau seluas 335 hektar dibahagikan kepada Taman Wetland seluas 138 hektar dan tanah bencah 197 hektar, yang dipercayai tanah bencah buatan manusia terbesar di dunia dan pertama di Malaysia. Taman Wetland merupakan salah satu daripada 13 taman riadah yang ada di Putrajaya. 

Lembah dan paya ditambah 70 spesis tanaman daripada Putrajaya Wetland Nursery. Pelbagai jenis tumbuhan bersesuaian termasuk rumput kedabung ditanam yang berfungsi sebagai penapis air secara natural sebelum masuk ke dalam tasik. Setiap lima tahun air kolam tadahan akan dilepaskan untuk proses penyelenggaraan. Mesti banyak ikan tu kan?

Rumput kedabung.

Sel wetland.

Kemudian 24 spesis wetland aquatic dengan 55 spesis ikan pula dibiarkan lepas bebas untuk menambahkan nilai bio-diversiti. Uish dalam tasik ni ada ikan temoleh yang harganya RM400 sekilo! Kalau berani gi lah menjala... ai pun tak kenal bagaimana rupa ikannya. Ikan toman pun ada. Menurut pegawai Taman Wetland Encik Ahmad Nazrin, cara untuk mereka mengetahui kadar populasi ikan toman ialah dengan memancing. Kalau kau pancing 10 tempat asyik toman je sangkut sahlah ikan tu dah berkembang biak, jadi kena dihapuskan supaya ikan lain tak pupus. Mereka gunakan ikan keli sebagai umpan untuk menangkap ikan toman.

Di sini juga ada Flamingo Pond. Flamingo ialah sejenis burung tropika daripada famili Phoenicopteridae yang berkaki kurus panjang, berparuh lengkung, berleher panjang dan berbulu merah jambu. Burung ni tidur sambil berdiri dan makan udang halus yang kita buat cencaluk tu. Amboi diaaaa..... nak udang saja.

Di Taman Wetland ini jugalah aku baru tahu ada suicide fruit. Tujuan ia ditanam ialah untuk mengawal reptilia kerana ia mengandungi getah yang dipanggil Cerbera Odollam yang kedua paling beracun di dunia (kalau Shah frust Fika tak nak kat dia semula bolehlah kunyah buah ni. Husna dengan Nek Pah makan lagi bagus. #tetiba.. Jangan Benci Cintaku hahahah....)

Kiri, suicide fruit ( Cerbera Odollam ). Kanan, pokok simpuh air.

Pokok simpuh air pun ada... yang bunga kuning. Di zaman atuk nenek onyang kita dulu gunakan daunnya sebagai pinggan sebab ia agak tebal dan lebar. Lecehlah nak bawa pinggan Tupperware ke kebun. Hahaha... macamlah ada Tupperware masa tu.

Wah.. banyak betul dapat ilmu dalam masa sejam tu.


Apa lagi yang menarik di Taman Wetland? 

1. Ingat tak video viral dulu tu... ada satu skrin yang kita pijak dan airnya berkocak siap ikan berenang lagi di bawahnya? Kalau nak mengetahui lebih lanjut kena masuk ke Pusat Penghayatan Alam atau Nature Interpretation Centre.

Di sini juga ada wetland diorama, kedai cenderahati dan Wetland Cafe. Pusat Penghayatan Alam menjadi titik tumpu untuk pendidikan mengenai eco-tourism. Ia juga menyebarkan maklumat tentang tumbuhan yang menjadi sistem penapis, konservasi hidupan di wetland dan penggunaan produk wetland. 

2. Menara tinjau setinggi 25 meter untuk melihat panorama Putrajaya.

3. Flamingo pond & Swan Lake. Feeding time: 11 pagi dan 4 petang

Flamingo







4. Dapat melihat beberapa spesis burung tempatan seperti Little Egret, the Little Green Heron and Cinnamon Bittern.

5. Mengenali burung hijrah dari hemisfera utara (tapi bermusim).

Burung hijrah yang telah menjadi permanent resident sebab dah fasih berbahasa Melayu.

6. Boleh berbasikal di sini samada menggunakan basikal sendiri atau disewa. Untuk pengunjung tempatan kadar sewa basikal sejam islah RM10.


7. Denai/laluan 

8. Kawasan piknik


Perkhidmatan yang ditawarkan di Taman Wetland Putrajaya
1. Perkhidmatan tram
Dewasa:          RM5 seorang
Kanak-kanak: RM4 seorang

2. Sewaan basikal
Kadar hari bekerja:
Single                        RM8 sejam
Single + baby carrier RM9 sejam

Kadar hujung minggu/cuti umum
Single                        RM10 sejam
Single + baby carrier RM12 sejam

3. Lawatan berpandu (guided tour)
Dewasa          RM5 seorang
Kanak-kanak RM3 seorang

4. Eksplorasi Taman
Scavenger Hunt  RM8 seorang
Treasure Hunt     RM10 seorang

5. Pakej WOW Wonders of Wetland
Meliputi kesemua enam lokasi penting iaitu Menara Tinjau (Lookout Tower), Nature Trail, Flamingo Pond & Swan Lake, Wetland Cell dan Pusat Penghayatan Alam. Bayarannya hanya RM10 seorang.

6. Kita juga boleh berkhemah (camping) di sini. Kosnya hanya RM20 untuk 3 hari 2 malam dengan kapasiti 500 orang pada satu satu masa. Murah gilos... tapi khemah bawa sendirilah.


Jadual perkhidmatan tram di Taman Wetland Putrajaya:
Sesi pagi: 9.30 dan 11.30
Sesi petang: 3.00 dan 4.00

Selain berbasikal dan berjalan kaki menikmati keindahan alam, tram juga disediakan untuk kemudahan pengunjung. Cadangan ai, naik tram dulu kemudian naik basikal pula to enjoy the park at your own time.


Taman Wetland di Putrajaya sangat sesuai dilawati orang yang sukakan alam, suka melihat keindahan flora dan fauna sambil menikmati udara bersih. Taman Wetland Putrajaya dijaga dengan baik walaupun tiada bayaran masuk dikenakan.





Taman Wetland Putrajaya
Lokasi: N2 57.744 E101 41.753

No Tel: 03-8887 7774

Waktu operasi: 9.00 pagi - 6.00 petang

Citrawarna 2017 | The Sunrise, The Green and The Echo Within

Citrawarna 2017 berlansung dengan gahnya! Semenjak diperkenalkan pada tahun 1999, program Citrawarna menjadi acara tahunan dalam kalendar pelancongan negara. Tahun ini ia kembali dengan hasil terbaik membuktikan budaya dan warna ada perkaitannya. 


Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 mengambil inspirasi tema Hari Pelancongan Sedunia yang disambut pada 27 September lalu iaitu Sustainable Tourism – A Tool For Development turut menekankan kepentingan alam semulajadi serta eko-pelancongan yang menjadi salah satu elemen teras di dalam pelancongan. Mengambil kira semua itu, edisi Citrawarna kali ini diberikan tema “The Sunrise, The Green and The Echo Within”.

Image result for citrawarna 2017

Aktiviti bermula dengan program larian pagi "Kids Eco Dash" kanak-kanak 4-12 tahun  di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas yang disokong oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. Meriah betul perkarangan Menara Kuala Lumpur (KL Tower) dengan kanak-kanak yang dibahagikan kepada beberapa kategori berdasarkan umur. Yang kecil masih ngak ngerti dinamakan "caterpillar", yang mak pak ikut berjalan berlari bersama 😃. Program ini untuk menggalakkan kanak-kanak melakukan aktiviti luaran sambil menghargai alam semulajadi. Sesuai sangatlah dibuat dalam hutan di tengah bandar Kuala Lumpur tu.

Lompat ikut abang ye!

Seriusnya dia nak menang.. kalau berlumba dengan acik kalah acik ni dik.

Petangnya bermula jam 4.30 di Dataran Merdeka, Cillax Zone dibuka. Sambil menunggu acara utama perasmian Citrawarna 2017 para pengunjung yang datang diminta untuk membawa bersama sebatang anak pokok sebagai simbolik kempen hijau. “Bring Your Own Plant” ini ialah kolaborasi antara LOCCO (Local Companion) dan Daun. Pengunjung juga digalakkan menggunakan carbon-free public services like LRT and MRT. Eh buat apa nak drive kan? Naik MRT terus ke Dataran Merdeka. Naik LRT turun di Masjid Jamek. Senang.

Sementara hari masih siang pengunjung lepak santai di kawasan yang disediakan. Saja nak duduk dengan keluarga dan kengkawan sambil makan minum dan bermain congkak ke... nak bersandar di bean bag sambil membaca majalah Gaya Travel ke... nak main teng teng dan lompat getah ke... melawat gerai pameran ke... ada gerai seramik, batik, lukisan cat air, karikatur ermm... apa lagi eh? Masa dapat diisi dengan berfaedah dan gembira. Nak bersantap pilih saja mana food truck yang berkenan di hati. 

Ruang untuk kita meluahkan rasa #SayangMalaysia pun ada. Sayang tak? Mestilah sayang kan? Kalau sayang jangan buang sampah merata-rata. Dah guna toilet tolong flush. Kalau guna toilet duduk tolong duduk bukan mencangkung. Faham?

Aktiviti di Chillax Zone ketika Citrawarna berlansung.

Main lompat getah yang mengimbau kenangan lalu. Seronok pelancong-pelancong mencuba.


Kemain dia bergambar.



Mahukan nama anda dalam bentuk kaligrafi? Atau mahukan hiasan dinding yang unik sebagai cenderahati? Emelkan pertanyaan kepada artcalligrafia@gmail.com .

Bapanya lebih hebat dapat melukis, anaknya pula serasi dengan seramik. Ada banyak produk yang mereka hasilkan melalui syarikat Bangkita Ceramic Studio. Emel je bangkitaartsstudio@gmail.com kalau nak tempah . 

Mungkin ada yang bertanya, bagaimana nak solat jika dari petang membawa ke malam sudah berada di padang Dataran Merdeka? Kita kat Malaysia dik, kat underground DM tu ada surau. Ala..kalau solat atas padang tu pun apa salahnya kan? Kalau rajin boleh ke Masjid Jamek yang semakin berseri dengan projek River of Life. Cantik gilos!

Hampir jam 9 malam acara gilang-gemilang pun dimulakan setelah ketibaan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Y.B. Dato' Seri Mohamad Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz. Ramai juga VIP dan pegawai pelancongan yang datang, pengarah hebat Datuk Shuhaimi Baba dan Kavita Kaur pun ada. Persembahan kali ini merupakan kombinasi unik tarian, teater, musikal dan parades.

Dato' Seri Nazri berkata kementeriannya berharap Citrawarna tahun ini menjadi tapak untuk menghantar mesej betapa pentingnya alam bukan sahaja dalam bentuk budaya tetapi kesenian, warisan dan gaya hidup. Pada masa yang sama acara ini menjadi alat promosi kepada eko-pelancongan melalui nyayian, tarian, pencahayaan dan bunyian. Gabungan persembahan yang menampilkan pelbagai komuniti seperti Melayu, Cina, India, Siam dan orang asli sungguh menarik. Pastinya Bhangra mix lah best! Bergoyang badan.

A major landmark in the city, menara jam setinggi 41 meter di bangunan Sultan Abdul Samad.

Galeri Kuala Lumpur.

Fasa pertama yang telah berjaya disiapkan dalam projek River of Life. Cantik sangat Masjid Jamek sewaktu air tu keluar, berwap bagai di kayangan.


Dato' Seri Nazri sedang membuat ucapan perasmian. 

Teater muzikal dalam 'MRT'.

Suku Mah Meri dari Selangor.

Ngajat dari Sarawak.  


 Berlatar belakangkan sawah padi di Sekinchan, Selangor.

 Ning Baizura.

Bila acara yang berkonsepkan budaya ini tamat, tamat tu bila Pak Menteri join joget lambak heheh... (ingat senang ke jadi menteri budaya nih?... pinggang tak boleh keras, kang kena kutuk hahaha...) acara bersambung dengan persembahan penyanyi jemputan. Bermula dengan Ning Baizura, kemudian Shanel diikuti buskers... Aku masih hafal lagi lagu-lagu Ning Baizura daripada killer album dia dulu tu. Minat sangat dengan lagu-lagu dia yang dulu... siap beli kaset original lagi tapi bila dah jumpa dia dalam satu event tu tak nak minat dia dah hahah... aku nak minat chef-chef aje lah, pandai juga memasak kesudahannya. Kenyang perut suka hati gituh.

Selepas persembahan busker tu aku tak tengok dah, ikut rombongan Eat Travel Write Doodle 3.0 balik ke hotel. Cuak pula nak balik sensorang naik Grab/Uber/teksi/whatever.

Tahun depan 2018, kita akan mulakan kempen pelancongan untuk tahun 2020. Pasti lebih banyak acara menarik telah dirancang terutamanya dalam mengekalkan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah KEEMPAT TERBAIK DUNIA. 

Nantikan Citrawarna 2018 pula ya, pasti best!




Jadual Cuti Umum 2018 @ Takwim 2018 @ National Public Holiday 2018

Assalamualaikum and hi!

Jadual cuti umum 2018 sudah dikeluarkan maka marilah kita berjemaah booking FREE SEATS Air Asia 11 September ini 😂😂😂. Tarikh penerbangan 1 Mac hingga 28 November 2018.




Istiadat Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong | Daulat Tuanku!


 ti




Watikah Titah Diraja


P


Istiadat Pertabalan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong | Daulat Tuanku! Raja menjadi simbol kedaulatan dan keamanan sesebuah negara. Malaysia diantara 43 negara di dunia yang masih mengamalkan sistem raja berpelembagaan. Di Asia Tenggara, empat negara masih mengamalkannya iaitu Malaysia, Brunei, Cambodia dan Thailand. 


Hari ini 24 April 2017 (27 Rejab 1438H) Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V telah dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 di Istana Negara menggantikan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Tugas sebagai Raja Berperlembagaan ini akan disandang baginda selama lima tahun bermula 13 Disember tahun lalu, 

Daulat Tuanku !

Long Live the King!

Sumber di sini.

Makanya hari ini sejak awal pagi lagi aku berteleku di depan tv menanti majlis pertabalan yang jarang berlaku. Payah nak tengok aku tabah duduk di depan tv sejak banyak berita tak cerdik yang disiarkan TV3. Pilihanraya dah nak menjelang ni 8.30 malam baru tengok berita, meluat beb.

Majlis pertabalan yang sarat dengan adat istiadat raja Melayu itu dilansungkan di Istana Negara dengan kehadiran 800 tetamu kehormat termasuk para sultan negeri-negeri, Yang Dipertua Negeri, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan diplomat asing. Hampir kesemuanya hadir bersama pasangan. Yang hadir solo YDP Agong jer. Ketibaan baginda disambut oleh PM kesayangan awak, TPM awak lalu baginda memeriksa perbarisan tentera oleh Royal Malaysian Air Force.

Yang menarik perhatian aku di majlis begini ialah muzik tradisional iringan yang dimainkan ketika ketibaan, berangkat dan selepas YDP Agong menyampaikan Watikah Titah Diraja. Alunan muzik dari Gendang Besar D’Raja Kelantan berkumandang di Balairong Seri. Selepas bertitah tu, Datuk Paduka Maharaja Lela (Grand Chamberlain) Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Mamat Ariffin Abdullah pun melaungkan "Daulat Tuanku" sebanyak tiga kali diikuti 21 tembakan meriam. 

Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan Watikah Titah Diraja pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Sumber Harian Metro.

Sumber MyNewsHub.

Ketibaan baginda ke Balairong Seri telah didahului oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz dengan para pengiring yang membawa alat kebesaran istana. Pakaian kebesaran baginda yang dipanggil Muskat diperbuat daripada benang bulu hitam bersulam benang emas. Banyak nau kalau nak ditulis, pi tengok sendiri at youtube lah noo...

Pemilihan Sultan Kelantan sebagai YDP Agong ke-15 disambut dengan gembira oleh kebanyakan rakyat. Berpenampilan sederhana dengan sifat baginda yang tidak terlalu berprotokol dan menghormati allahyarham Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menyentuh hati rakyat. Dalam kekecohan para poliTIKUS mengecamnya dengan pelbagai gelaran, beliau dihormati oleh seorang pemimpin yang berkuasa. Baginda juga sering singgah di masjid-masjid terutama yang berada di tepi jalan menyebabkan Ahli Jawatankuasa Masjid sentiasa bersiap-sedia untuk menerima kunjungan baginda secara mengejut. Baguslah macam tu kan? Takdelah kecoh naik basikal siap bawa reporter atau naik LRT penuh segerabak press photographer, drama sangat!

Gambar whatapps ini menunjukkan DYMM Sultan Muhammad V memberi laluan kepada Dato' Nik Aziz Nik Mat di dalam sebuah masjid. (Sumber Topeng Perak Unmasked).

Related image
Pakai selipar sendiri je haa... takdelah main hulur kaki orang lain tolong sarungkan. Gambar whatapps.

Dengan latar pendidikan, pengalaman dan pengamalan agama baginda, ramai yang menaruh harapan tinggi kepada baginda. Baca je lah di comment section atau foum internet, rakyat mengharapkan sesuatu. Kita tunggu dan lihat sahajalah dalam lima tahun ini, mungkin ada perubahan di sana sini. Alangkah bagusnya kalau kita boleh vote mana-mana bangsawan yang humble, bijak dan adil untuk memerintah. Yang peliknya di Malaysia ni Agong confirm bertukar setiap lima tahun, ahli politik boleh memerintah sampai kerepot. Unik eh? Diharap Agong dushhh... kan je mereka tu. Kami tak suka level paling tinggi dah kat mereka tu.

Semoga DYMM Tuanku Sultan Muhamad V menaungi Malaysia dengan adil dan saksama. Paculah negara ini ke jalan yang benar. Perambatlah mereka yang sesat lagi menyesatkan dan menindas lagi zalim. Kami rakyat ni ni dah tersepit terhimpit dengan segala hal yang melemaskan. Please make Malaysia great again, Tuanku! 


Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free