Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label kuala lumpur. Show all posts

Hotel Review | Sofitel Kuala Lumpur, Damansara

Tahun lalu cuti hujung tahun yang panjang hanya kami isi dengan membuat lawatan ke beberapa destinasi di Kuala Lumpur. Sebenarnya banyak tempat menarik di bandaraya KL yang orang KL pun tak habis pergi, yang tak tahu pun ada.


Jadi bagi memenuhi hasrat Geng Bas Sekolah maka kami pun bercuti 4 hari tiga malam di Kuala Lumpur...  Sebenarnya nak menebus kesalahan sendiri pun iye juga... bayangkanlah aku berjanji dengan anak sulung nak bawa dia ke Muzium Negara sampai ke sudah tak pergi. Pernah masa kami lalu on the way nak balik Kedah dia kata, "mama kata nak bawa kakak pergi muzium?" huhu.... masa tu dia dah darjah 2. Sekarang dia dah semester lima, ko pergi sendiri je lah kakak naik MRT 😁

Yang kisah jalan jalan tu nanti ai buat entry lain eh... heyy siapa kata bercuti di Kuala Lumpur tak best?


Sofitel KL- Nice, pleasant and relaxing stay
Kami sampai just before midnight selepas aku attend satu event di Pavilion. Cepatlah juga proses check-in, beg pun sebuah je so tarik sendiri je naik ke bilik yang tinggi atas langit nun. Rugi pula rasa check-in lambat tapi kami memang minggu tu je free, dah tak boleh adjust ke hari lain.

It's before Christmas

Masuk je... wah best! A luxury room with sleek contemporary design yet practical. Paling aku suka bilik air luas, ada bath tub dengan toilet dan bilik mandi berasingan. Lepas letak barang aku pun terus ajarkan the boys guna bidet dengan amaran, "lantai tak mau basah!". Yes, peraturan kena maintain untuk keselesaan bersama.


Suka sangat bilik air kat Sofitel ni so kita ambillah gambar buat kenangan manalah tahukan ada rezeki boleh buat di rumah sendiri pula nanti.

Tengah tengok AFF Suzuzki 2018 Malaysia vs Thailand/Vietnam.

Kaki pun rasa selesa je bila ada karpet tebal dalam bilik. Kalau tiles saja rasa sejuk sangat nanti aku terpaksa pula pakai selipar dalam bilik which is ai dun laik.

Untuk peminat kopi macam aku ni dengan adanya coffee maker dan Nepresso coffee sangatlah membantu menghilangkan ketagihan selepas makan. TWG tea sachets tu aku bawa balik je sebab tak sempat nak try.

Aku request king bed je, ada air-cond so takde hal nak berhimpit dengan bebudak ni. Bila lagi nak tidur dengan anak-anak kan? Ada yang sejak berumur dua tahun dah berpisah bilik tu yang jadi rindu nak tidur dengan the boys. Mereka pun okay je, kalau tak selesa aku boleh pindah tidur kat sofa. Orang pendek kan.. apadehal?

Makan best tak?

I highly recommend you try breakfast at Kwee Zeen Restaurant. Banyak pilihan dan sedap babe! Ada yogurt, bun, pancake, waffle... tapi ai tak berapa suka waffle nya. Bubur pun ada. Ada section "make your own salad" - smoke duck and Cajun chicken diantara bahan intinya. Roti canainya garing di luar lembut di dalam which makes it perfect. Service pun bagus... suka aku tengok semua staf local, barulah betul Malaysian hospitality.

Aku tak makan nasi pepagi tapi bila my youngest tak makan nasi lemak yang aku ambil maka terpaksalah makan sikit sebab tak nak membazir. Selebihnya aku tolak ke Bangcik. Kami mak paknya selalu bising suruh dia turunkan berat badan sedangkan kami selalu juga suruh dia habiskan makanan. Dah macam Alam Flora anak aku tu hahahah... dia pun confuse agaknya, kejap suruh kurus sekejap suruh makan. Dunia ni memang macam tu nak, jalannya selalu bengkang-bengkok 😂

Yang aku geram si bongsu dan Bangteh boleh makan mee hoon goreng je.... Ko duduk hotel mahal ni tapi makan mee hoon singgit jer?? Membebel-bebel aku kat bilik hahah... esoknya beriya depa makan. 

Malam yang kedua my husband and I try makan kat Nizza sambil tengok AFF Suzuki. Masa tu boboiboy bantai berendam dalam bath tub. Gasak kau lah nakkk.. janji tak bergaduh. Husband aku order vegetarian pasta dan aku seafood pasta, apa ntah namanya. Bila rasa aku punya... kenapa rasa masakan Melayuuuu? 😞😞 ... frust gue. Aku punya mindset makan pasta mesti rasa Italy, dengan mewah keju lemak berkrim tinggi kalori hahahha.... terus aku makan yang vegetarian. Itu lah, yang mahal tak semestinya kena dengan selera.

Apa lagi pengalaman yang best di Sofitel?

Pastilah berenang di swimming pool! Walaupun pool tak besar sangat tapi best sebab ada jakuzzi dan tak ramai orang, sakan kami mandi anak-beranak. Since the youngest pun dah boleh berenang sesikit lagi seronok bebudak tu. Anak-anak aku ni asal cakap nak tidur kat hotel je mesti tanya ada swimming pool ke tidak? Kalau takde muka memasing hmm... Depa agak kecewa sketlah masa stay kat Ibis Melaka dulu walaupun bilik selesa.



Apalagi eh?

Sauna dan gimnasium tak try. Anak aku sibuk nak pergi gim tapi aku malas nak temankan. DC mall yang attached to it pun tak masuk... sibuk nau pergi berjalan-jalan. Dari DC Mall ni boleh berjalan sampai ke MRT, quite a distance jugalah but still doable.

Owh... spa! Ambience spa tu sendiri pun buat nak duduk lelama kat situ. Banyak dapat good review sebab tu agaknya menang beberapa award. 

Aku pilih massage upper back, firm pressure. Certain parts yang rasa lenguh tu memang legalah kena urut kuat tapi tempat yang tak sakit tu bila kena urut kuat rasa macam kena lenyek lenyek hahahh...  sungguh! Terkenyit-kenyit mata aku tau. Kalau husband aku yang buat sure aku tuduh dia balas dendam hahah...  Lenkali aku nak moderate je 😂 Lepas massage dia offer kita teh panas dengan pilihan kekacang, kismis, buah zaitun dan biskut. Ngam.

So the conclusions are... overall bagus. Since konsep percutian adalah edu-tourism ia sangat sesuai bila kami hendak pergi ke Tugu Negara, BNM Art Gallery, Planetarium Negara, KL Bird's Park dan Masjid Negara. Location wise, Sofitel KL dekat dengan semua tempat lawatan yang kami tujui.

Staf pun polite and helpful. Tak sangka semua staf yang aku jumpa adalah local termasuk yang kemas bilik. Congratulations Sofitel KL, you give them opportunity to earn a living and grow. Off course rasa nak stay lagi.


Sofitel Kuala Lumpur Damansara
No. 6 – Jalan Damanlela, Bukit Damansara 
50490 Kuala Lumpur
Tel: +603 2720 6688 
Fax: +603 2720 6618

Kuala Lumpur Photography Festival kembali lagi!

Kuala Lumpur Photography Festival kembali lagi! Well well well... photography enthusiasts out there, anda semua dijemput untuk ke KLPF 2018 dari 26-28 Oktober ini di Mid Valley.

Edisi kali ini akan menampilkan lebih banyak gambar menarik, 7 bengkel fotografi dan lebih 70 sesi talks and forums, 4 pameran utama dan 5 contests for pelawat. Penceramah pun best belaka. See you there!

For more info kindly go to www.klpf.com.my



Islamic Art Museum | The largest museum of Islamic arts in South East Asia

The largest museum of Islamic arts in South East Asia | Teringat kata-kata Tan Sri Mokhtar Al Bukhary, "kalau nak tunggu hutang habis baru nak bersedekah, bimbang kita mati sebelum hutang selesai dibayar".


Muzium Kesenian Islam Kuala Lumpur telah dibina oleh Yayasan Al Bukhary milik bilioaire negara, Tan Sri Mokhtar Al Bukhary. Yayasan ini yang menumpukan kepada pendidikan mahukan umat Islam menjadi masyarakat yang berilmu pengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang kerana percaya hanya dengan ilmulah dapat merubah pemikiran dan cara manusia bertindak. Ilmu juga dapat memberikan kefahaman yang lebih baik antara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Image result for islamic arts museum malaysia
Sumber di sini.

Muzium Kesenian Islam Malaysia yang dibuka pada 12 Disember 1998 merupakan muzium yang pertama dan terbesar di rantau Asia Tenggara yang dikhususkan bagi kesenian Islam. Bangunannya direka oleh rakyat Malaysia yang mempamerkan keindahan senibina Islam dengan ciri yang paling menonjol adalah binaan lima kubah. Empat kubahnya boleh dilihat dari luar, sementara kubah kelima hanya boleh dilihat dari dalam bangunan.


Muzium ini berada di kawasan hijau Perdana Botanical Gardens, bersebelahan dengan Masjid Negara. Ia juga berdekatan Taman Burung Kuala Lumpur dan Planetarium Negara. Muzium Kesenian Islam mempunyai 12 galeri utama yang diklasifikasikan mengikut jenis artifak. Kini ia menyimpan sehingga 7 ribu artifak termasuk contoh kerja logam dan seramik Islam dari pelbagai negara. 

Muzium bertema ini sangat educational. Koleksinya sangat banyak, unik, bernilai tinggi dan dilabel dengan baik dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Arab. Di sini kita dapat melihat hasil kerja seni masyarakat Islam sejak ratusan tahun dahulu, sejak zaman kuno hinggalah ke dunia moden hari ini. Jika buku teks sekolah hanya memaparkan gambar baju besi yang digunakan semasa peperangan, di muzium ini kita dapat melihatnya dengan mata kepala sendiri. Ia juga memiliki perpustakaan mengenai buku-buku kesenian Islam. Kagum sangat dengan kemampuan orang dahulu kala yang mampu menulis ayat al quran dalam skala yang sangat kecil. Hebatnya mereka!

Sewaktu ternampak al quran kecil yang berusia 300/400 tahun tetiba teringat sesuatu cerita. Hmmm... milik beliau kah? Menurut staf bertugas, ada juga koleksi milik peribadi di sana. Mungkin tujuannya untuk berkongsi... tengok sensorang tak untung. Mudah je nak kumpul pahala ni, kongsikan sesuatu yang baik.

Dalam setiap seksyen yang luas ini ada banyak bahan yang kita boleh lihat dan amati. Ada bahagian fesyen, penjilidan buku, rekabentuk pistol dan pedang, perabot dan bahan seramik, fabrik serta pakaian, wang syiling dan pelbagai lagi yang digunakan di zaman dahulu. Sehelai kiswah iaitu kain yang menutupi Kaabah turut dipamerkan. Ingatkan dedulu mereka guna pedang saja rupa rupanya pistol bangsawan dan penguasa dahulu kala bukan main gempak. Siap ada kepala harimau! Tengok pistol pun dah takut, belum kena tembak lagi 😁😁

Di Galeri Senibina terdapat set Masjidil Haram berskala kecil. Bilik The Standard Chartered Ottoman mempamerkan hiasan sebenar abad ke-19 di rumah keluarga Ottoman Syria.

Jika diperhatikan setiap artifak tersebut adalah barangan yang sering digunakan seharian. Contohnya pakaian, perhiasan wanita dan baranagan seramik. Ia cantik serta unik dan digunakan di rumah atau istana. Ia bukan sekadar perhiasan yang disimpan dalam almari. Orang Islam biasanya tidak menggantung potret untuk dikagumi seperti di Eropah. Kita lebih praktikal. Buku-buku pula digunakan untuk menyebarkan syiar islam.

Jom tengok sebahagian artifak di sini.

Perhiasan wanita


Kalau nak hantaran barang kemas serba berdiri, minta yang begini dik, bila nak cari modal untuk deposit rumah boleh jualkan satu persatu 😜.


Senjata





Pakaian rasmi

Cap mohor
Dulu senang cap mohor dibuat dalam bentuk cincin atau berantai seperti di bawah, mudah dibawa kemana mana.

Bekas menyimpan perhiasan

Sepasang pemberat permaidani kurun ke-18M/12H dari Canton, China

Kendi air
Berdebar nak basuh tangan hehehe..

Kedai di tingkat bawah ini menjual banyak barangan yang menarik. Mata tertangkap pada fridge magnet dan shawl dengan design eksklusif.
Image result for islamic arts museum malaysia


Adalah penting untuk menjaga keberadaan muzium seperti ini supaya sejarah tetap terpelihara. Tiada yang baru tanpa yang lama. Setiap penciptaan sesuatu barangan dan alatan menceritakan sesuatu di waktu itu. Semoga generasi kini dan akan datang menghargai apa yang telah dicipta oleh orang islam dahulu dalam bidang sains, seni, dan budaya. Ingatlah, Islam pernah hebat suatu ketika dahulu. 

Masa yang perlu anda peruntukkan di sini seelok-eloknya tiga jam. Mengambil gambar dibenarkan tetapi mestilah tanpa penggunaan lampu denyar (flash) kerana ada bahan pameran yang sensitif terhadap cahaya.

Muzium ini turut mengadakan pameran sementara dengan tema tertentu. Terkini adalah seperti di bawah. Pastikan anda selalu menyemak www.iamm.org.my untuk mendapatkan maklumat berkaitan.

Pameran khas yang sedang berlansung di Muzium Kesenian Islam
Seni Jilid Islam / Islamic Book Binding
Galeri 2
8 Mei - 31 Disember 2017 / 11 Syaaban 1438H - 12 Rabiul Akhir 1439H

"Faith Fashion Fusion"- Gaya wanita muslim di Australia
Galeri Khas 1
2 November 2017 - 28 Januari 2018


Waktu beroperasi:
Isnin hingga Ahad dan cuti umum
10 pagi - 6 petang

Tiket Masuk:
Dewasa                                         RM14
Kanak-kanak (6 tahun kebawah)  PERCUMA
Pelajar (dengan kad pelajar)         RM7
Warga emas (55 tahun keatas)      RM7

Tiket dijual dengan harga RM12 dan RM6 sekiranya galeri khas ditutup.
*Caj GST 6% dikenakan


Islamic Arts Museum Malaysia
Jalan Lembah
Kuala Lumpur 50480, Malaysia
Tel: +60 3-2274 2020
https://www.iamm.org.my/



Menara Kuala Lumpur @ KL Tower yang masih relevan dalam industri pelancongan

Menara Kuala Lumpur @ KL Tower yang masih relevan dalam industri pelancongan | Dalam program Eat.Travel.Write & Doodle ft Citrawarna 2017 anjuran Gaya Travel, Menara Kuala Lumpur turut menjadi salah satu destinasi lawatan kami selepas menyaksikan larian kanak-kanak Kids Eco Dash.


Pelancaran program Eat Travel Write & Doodle 3.0 oleh Dato' Rashidi.

Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara telekomunikasi yang berketinggian 421 meter. Ia terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 meter dari paras laut menjadikannya lebih tinggi daripada Menara Berkembar Petronas (KLCC). Mula dibina pada tahun 1993 dan telah dirasmikan pembukaannya oleh bekas Perdana Menteri Malaysia keempat iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996.

Rekod terkini, Menara Kuala Lumpur merupakan bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia. Ia pernah menjadi yang tertinggi di Asia dan ketiga di dunia. Well... kata orang rekod mesti dipecahkan, tak gitu? Maka sekarang Tokyo Skytree sedang leading dalam 'perlumbaan' ini.

Masa aku kecil dulu, ada cable car di Bukit Nanas ni. Bukan kereta kabel seperti di Langkawi tu... yang di sini jenis terbuka seperti di Western Hill, Kunming. Boh palang besi gitu je. Syok baq hang hehee... 



Setakat ini sahaja dapat zoom.




Mengapa Menara KL menarik?

Berdasarkan pemerhatian, Menara Kuala Lumpur dikunjungi ramai orang pada hari Sabtu tersebut. Menurut staf bertugas setiap hari ia dikunjungi kira-kira 2000 pelawat dari dalam dan luar negara dan meningkat seribu lagi di hujung minggu. Not bad considering it has start receiving visitor since 1996! Sudah 21 tahun beb!

Tarikan pelancongan yang satu ini terus-menerus menerima kunjungan pelawat kerana:

1. Ia salah satu mercutanda Kuala Lumpur. Haruslah masuk dalam wish list kan?

2. Pelancong melawat Menara KL untuk mendapatkan pemandangan 360 darjah kota kosmopolitan Kuala Lumpur. Lif hanya mengambil masa 54 saat naik ke dek pemerhatian yang juga menempatkan "sky box". Ambil gambar di dalam kotak kaca tu memang WOW. Gempak giler gambar... itupun kalau hang tak gayatlah. I ok je.

Bagusnya di sini, kita dibenarkan mengambil gambar menggunakan kamera sendiri tetapi hanya boleh berada di sky box ini selama dua minit sahaja.


KLCC dar restoran berputar Atmosphere 360.

Hutan batu.


3. Makanan di restoran berputar Atmosphere 360 sangat sedap! Pilihan pun banyak. Tempahan perlu dibuat untuk makan di sini. 



Window seat.

4. Di bawah menara ini terdapat kedai cenderamata, panggung mini, panggung terbuka, restoran dan Kampung Budaya 1Malaysia.

5. Di luar bangunan ada Upside Down House. 




6. Di luar juga ada mini zoo dan hutan dalam bandar, Taman Eko Rimba Kuala Lumpur.




Tujuan pembinaan Menara Kuala Lumpur
Dibina untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan telekomunikasi dan kejelasan penyiaran, Menara KL adalah simbol Kuala Lumpur.

Struktur ini dibahagikan kepada lima bahagian asas:
1. Rumah-rumah asas asas tiga tingkat bawah tanah untuk tujuan keselamatan, penyimpanan dan kerja-kerja penyelenggaraan.
2. Bangunan pelancongan menanggung pejabat pentadbiran, kedai cenderamata dan 146 meter medan pejalan kaki panjang dengan kolam renang yang melata.
3. Aci menara terdiri daripada 22 peringkat dengan empat lif dan tangga dengan sejumlah 2,058 langkah.
4. Kepala menara memegang platform pemerhatian awam (276 m) dan restoran berputar, serta telekomunikasi dan stesen penyiaran.
5. Antena mast memahkotai menara dan digunakan untuk telekomunikasi dan penyiaran penghantaran. Rujukan wikipedia.


Bagaimana untuk ke Menara KL menggunakan pengangkutan awam?
Naiki monorel dan turun di stesen Bukit Nanas atau gunakan LRT dan turun di stesen Dang Wangi. Berpeluh jugalah berjalan tapi apa salahnya kan? 


Jika anda masih belum melawat Menara KL, lakukannya bersama keluarga bulan ini. Nak tunggu bila lagi?

Menara Kuala Lumpur
No. 2 Jalan Punchak Off Jalan P.Ramlee
50250 Kuala Lumpur Malaysia
+603 2020 5444
+603 2098 7001
3.1516684,101.7051394



Malaysia to host sports medicine congress

Malaysia to host sports medicine congress | Setakat manakah pengetahuan kita tentang perubatan dalam sukan dan latihan? Sekadar fisioterapi? Ia lebih daripada itu. 

Sebenarnya latihan fizikal adalah ubat. Aktiviti fizikal yang dilakukan secara betul, tetap dan teratur akan mampu mencapai kesihatan maksima yang boleh mencegah dan mengubat banyak masalah kesihatan. 

Society of Sports & Exercise Medicine Malaysia (SSEMM) dan International Society for Sport Traumatology of the Hand (ISSPORTH) akan menganjurkan  1M-World Congress in Sports & Exercise Medicine 2017 (1M-WCSEM 2017) bermula 17th-19th November 2017 dengan tema, “Optimising Human & Genetic Potentials for Greater Performances”.

Objektif utamanya untuk membawa konsultan berkelas dunia dalam bidang sukan dan latihan untuk berinteraksi secara terbuka dengan atlet, paramedik dan pakar dalam bidang sains sukan. Dengan cara ini para atlet boleh memaksimakan kekuatan diri mereka melalui potensi kemanusiaan dan generik, kesihatan, nutrisi dan perkhidmatan perubatan yang berkualiti.

Bukan sahaja para doktor dan jurulatih sukan, orang ramai terutama yang aktif bersukan secara sendiri juga boleh menambah ilmu dengan mengikuti seminar ini. Macam-macam yang pakar bius, radiologi, ortopedik dan bidang sains lain akan kongsikan. Nak exercise di gimnasium tu pun perlukan coach terlatih untuk mendapatkan badan sado, untuk mengelakkan injury pun kenalah ada yang pakar mengajar kan? Pelajar perubatan lagilah bagus join program ni.

Acara ini diakreditasi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan 20 CPD hours. Banyak tu... nak nak yang dah hujung tahun CPD hours belum cukup lagi (siapalah tu kan? 😓)

Para penceramah yang diundang untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka juga pernah terlibat melatih bukan sahaja jurulatih eksekutif, pengurus dan atlet sukan malah daripada pelbagai bidang lain seperti perbankan, pembinaan, insurans dan badan kerajaan dari berbagai negara. 


Penceramah jemputan tersebut ialah:
Dr Loris Pegoly dari Italy.
- Pakar pembedahan tangan.


Dr James Stoxen dari Amerika Syarikat

Dr Stoxen sering diundang untuk memberikan ceramah tentang pengubatan, latihan dan 
progressive preventive approaches.


Dr James Bilzon dari United Kingdom

Kajiannya lebih kepada latihan fisiologi termasuk jangkaan/pencegahan dan tindakbalas immunological dalam suasana ekstrim.


Dr Michel Gagne dari Canada

Dr Michel ialah seorang Sophrologist and Certified Counselor dengan the International Society of Mental Training and Excellence

Butiran kepakaran mereka di sini.


Lokasi 1Malaysia- 5th World Congress In Sports & Exercise Medicine
The Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur

Bagaimana untuk ke Royale Chulan menggunakan pengangkutan awam?
Selain teksi/Uber/Grab, paling bagus naik monorel dan turun di stesen Raja Chulan. Hanya tujuh minit berjalan kaki. Ikut arah ke Pullman Hotel tu.

Gambar di sekitar majlis pelancaran, bersama penaja program.

Professor Dato' Sri Indera Dr (Hj) Mohamed Mydin selaku presiden Society of Sports & Exercise Medicine Malaysia memberikan ucaptama.

Gimik pelancaran.




Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut sila ke www.wcsem2017.org .


Artikel Terbaru

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free