Showing posts with label jurugambar perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label jurugambar perkahwinan. Show all posts

Spam

Pagi ni aku tgk punyala byk comments kat http://mariaphotography.fotopages.com/ . Sblm bukak pun aku dah agak sapa yang hantaq. Hampes betul!

Apa kes iklan boots tempek kat kedai gambar aku???? Yang Uggboots ni dulu aku dah banned tapi msk jugak. Lagi 1 ni Christain Laboutin. Nanti la den bukak fb utk abah den ko blh tempek iklan kek situ, blh dia beli buek g motong!

Kebun Buah-Buahan


I kasi up ini gambar dulu lah ye. If sempat hari ni jugak cite kisahnya.

Nota: Muncung keta tu bkn aku punya

Dulu masa memula ddk sini dpn tu kosong lengang. Cukup masa tumbuh la lalang sama tinggi dgn aku..kekadang higher.

Lps tu comp my husband introduce shift work seminggu siang mgu dpn mlm pulak 8-8. "Mcm guard la bang", aku kata kat dia hehehhe... My hubby ni minat bertani, blh pulak bertukang (gobok kasut dgn coffee table kat rmh ni dia yg buat). Tapi nak tempah kat dia mkn thn. So bila dia balik dr shift mlm lps breakfast dia akan sambung keja kat kebun dpn rmh pulak spai zuhur. Dulu mcm2 tanaman jgka pendek ada mcm keledek, cili bsr, cili padi selain pokok2 yg besar tu. Asalnya tanam serai n cili tu sbb kena beli sekali rm2 padahal nak sebatng je serainya pun yg lain2 kecut dlm peti ais. Cili api setin sardin kecik rm2, 2 mgu pun ada lg kat peti ais tu. So dia tanam lah....mula2 skt je lps tu jadi seronok pulak spai dkt 100 pokok. Jiran2 pun rajin buat lawatan sambil belajar (kekadang aku tgk dia org dtg mcm peg FAMA pun ada). Kalau depa jgk hr Khamis siap dgn baju batik n handbag tak ke mcm peg pertanian tu? Bila dah terlebih byk kami jual le kat jiran, tmpat keje, kantin tmpt keje. Laku wehhh...org negori makan podeh! Cili api pun merahhhhh tak mcm yg beli kat pasar nun.

Keledek pun dia tnm, puas la kami suma mkn keledek. Goreng pucuk keledek, pengat keledek, goreng keledek, gulai pucuk keledek...yg ni tak jual, saja2 tnm mkn sama jiran.

Now keje my husband back to normal 8am-8pm so takda masa nak berkebun. Weekend pun keje except kalo we all pg jln2/blk kg. Yg tinggal cuma pokok2 besar tu ajelah n serai, pandan, cili, kacang botol nk buat ulam. Pokok2 tu suma dh mengeluarkan hasil kecuali durian tapi... bukan semua kami punya...gempak je lebihkan! Some of it my neighbours yg punya tapi kat sini hartamu hartaku jua. Tanah tak byr cukai katokan...Amik le takdehal. Bukannya kami blh mkn spai hbs pun ye tak? Ada lg yg tak nampak kat situ like jambu air, jambu batu, kuini, pisang nipah and so on. Tapi ada pulak malaon yg berniaga pisang main tenang je pokok pisang yg dah tua tu, amboiiii....senangnya nak hidup! Kita ni dok menunggu hasil dia pulak yg menuai byk cantik muko kau!

Why we all tanam bersesak2 kat blh belakang? Sbbnya...dulu ada org mintak buat playground kat situ so we were worried nt pokok dh bsr kena tebang pulak to make way projek tu. Lagipun tu bukan tanah kita org bila2 depa blh amik balik. Remember projek udang harimau di Kedah dulu? Padi dah menguning dah masa tu..menangis petani2 tu. Tu tanah sendiri tu org blh buat mcm tu.

Eh! Takde ke pegawai Felda yg baca entry ni? Kalo sesapa blh forward tlg fwdkan ek. Teringin benar aku nak ddk kat felda nun (NS je lah). Dah pg ke pejnya tapi tak berhasil pulak. Aku minat ni...sungguh!!

Azam baru

Sedari pagi aku berazam takmo mkn nasi. Kalau mkn skt sangat mcm masa dlm pantang yg last tu- 1 sudu mkn je. Kunun nak ikut Ziana Zain.

Masa jmpat anak balik sklh tgh hari tadi (dia tak ke KAFA) sbb Canang 2 she asked whether aku msak ke dak so aku kate tak lah. Menu aku kalo sensorang roti Gardenia + jem je. Oke le tu alas perut sbb mlm nt kena mkn nasi sama2 suami n anak2. Kena la teman, nak jadi isteri mithali nko....sambil teman sambil penuhkan perut.

Balik kat cite anak aku tu, dia kata
"kakak lapar la ma..".
"kita pun", Ali pulak tmpg semangkuk padahal dah 2 x aku tanya dia lapar ke tak. Akal dia takmo mkn nasilah tu.
"kita pg McD la ma". Aku dok pkr dlm hati bdk2 ni takde la nak ajak aku pg Rest Muaz ke, Iqbal ke, semua nk ngabihkan duit den. Selero bosa!

Since duit pn baru dpt semalam kami pun ke                           
 bantai McChicken set n ayam! Azam pun hilang entah ke mana.....

-Esok berazam lagi-

Hanya RM15.41 untuk ke World Cup @ Brazil 2014!

Tak percaya? Percayalah!

Ini bukan skim cepat kaya ya TAPI u all hanya perlu menyimpan RM15.41 sehari untuk tgk World Cup 2014.

Return tickets KLM
(to Rio de Jeneiro)                  RM15,000 (harga hr ni BUKAN 2014)
Hotel @ RM500 p/d x 5 days RM 2,500 (kalau nasib baik blh tmpang masjid)
Meal & bla..bla..                     RM5,000
                                               ----------
                                               RM22,500 per pax
                                               =======
* Harga tdk termasuk telephoto lens atau body yg baru

Itu untuk sorang je. Kalau bwa isteri/suami/awek kali kan 2. Start simpan dr hari ni ye.

Blh chk kat sini http://www.klm.com/travel/my

Match marriage, anyone?

Aku kagum btl dgn sedara-mara on my husband side yg msh mengamalkan match marriage. Aku? Takdo la...takut wehhh..tengok gmbar hensem tau2 bila nak nikah tuo bangko. Tapi kalau yg tua tu mcm tutttt...apa kes nak tolak?

Anak dara yg biasanya dah hbs study diwar2kan pd sedara yg dipercayai atau jiran sekampung supaya depa blh rekomenkan sapa2 yg layak. Yg pastinya bukan sembaranganlah ye! Anak dara keluo unibesiti memilih le skt ye dak?

Ada 1 sedara ni yg anak daranya nya blk dr 'obesi' mencari jodoh utk si dara. Kira style nabi muhammad s.a.w. gitu. So mai la calon2nya. Ada keje kg, ada posmen, ada cikgu, adaa bla..bla..bla..akhirnya lps campur tolak yg motong gotah dipilih. Kagum tak? Huishhh..mau taknya. Si pmpuan dah keje gaji ribu riban yg lelaki tak tentu arah lg. Tapi Allah tu maha kaya, setiap org yg mendirikan masjid tu dijanjikan rezeki. Elok2 lps kahwin si lelaki pun dpt keje yg sama. Educationwise mmg sama2 sepadan lah belajo kat obesi. Tapi kesanggupan yg pmpuan ni menerima masa lelaki tu takde keje tetap yg buat aku rasa dia hebat sangat. Jadi menantu kesayangan la you....kenduri kendara takyah panggil org lain, dia sndiri baca doa.

In my case, berbelas thn dulu aku pnh terfikir tak kisahlah nak cari sendiri ke org tua carikan ke but one night aku bermimpi aku menangis sungguh2 atas pelamin sbb dikahwinkan dgn org yg tak dikenali. Sejak tu i've made up my mind, laki aku ,aku cari sendiri. And alhamdulillah thn ni msk thn yg ke-13 perkahwinan kami. Mudah-mudahan berkekalan hendaknya..aminnn.

Takut juga nak bt keputusan hidup dan mati ni, kununnya tak ready..blm beli kete..blm ada rumah..blm tu..blm ni..tapi nasihat kawan aku Mazhar yg mshku ingat spai kini "Maria, ko kwin je la. Allah dah janji akan tambah rezeki org yg berkahwin ni...". Tq Mazhar (ko kat middle east kan, ko baca tak ni?). Mmg betul pun, even before engagement kami beli our 1st house yg kami tinggal spai skrang. Sayang ooo mau jual, ada sentimental value gitu! Lagipun susah payah cari duit beli rmh ni. Masa tu gaji kecik loan pulak dpt 80% je, legal fees lg...hmmmm...tp itulah permulaan sebuah penghidupan.

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free