Showing posts with label history. Show all posts
Showing posts with label history. Show all posts

Mengingati kisah peperangan di Pulau Pinang

Peperangan pasti membawa kepada kemusnahan harta benda dan jiwa. Kehidupan yang sedia susah akan menjadi semakin parah diakibatkannya. Anak kehilangan tempat mengadu, isteri kehilangan tempat bergantung hidup, ibu bapa kehilangan anak yang dikasihi sepenuh jiwa. Kalau apa yang terdapat di dalam buku sejarah tidak mudah dihadam hati, bukti nyata adalah seperti apa yang berlaku di Palestin dan Syria ketika ini. Yang beruntung hanya tauke senjata api.


Namun begitu setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya seperti kisah Perang Dunia Pertama yang berlaku di Pulau Pinang seratus tahun dahulu. Pada tarikh 28hb Oktober 1914 kapal Rusia, Zhemchug dan kapal Perachis, Mousquet, telah dibom oleh kapal Jerman, SMS Emden di Pelabuhan Pulau Pinang pada pukul 4.30 pagi. Hakikatnya Zhemchug masih berada di perairan Pulau Pinang sehingga kini.

Peristiwa tragik ini telah membawa kepada kemusnahan jiwa yang besar dimana 88 orang tentera Rusia dan 47 orang tentera Peranchis telah meninggal dunia. 12 daripada mereka yang gugur disemadikan di Western Road Cemetery dan Pulau Jerejak. Manakala 121 dan 36 tentera kedua-dua belah pihak yang cedera di diselamatkan oleh nelayan Pulau Pinang. Bantuan kemanusiaan inilah yang telah memulakan perhubungan baik diantara Malaysia, Rusia serta Peranchis sebelum terjalinnya hubungan rasmi yang dimeterai kemudiannya.

Untuk mengingati kisah peperangan di Pulau Pinang itu, pihak Kedutaan Rusia akan mengadakan Majlis Penghormatan Ulangtahun ke-100 Peperangan Pulau Pinang (100th year Commemoration of the Battle of Penang) di Tanah Perkuburan Western Road, Jelutong pada 28 Oktober ini. Majlis seperti ini jarang-jarang kita temui. Oleh itu anda dijemput hadir untuk melihat sendiri upacara tersebut.



Nota : Nak pergi majlis sedih kan kak, janganlah ko pakai baju merah bling bling pulak ye.

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free