Showing posts with label heritage. Show all posts
Showing posts with label heritage. Show all posts

#DekatJe | Taiping Heritage Trail



#DekatJe | Taiping Heritage Trail | Dalam bahasa Cina Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai..atau maksud penuhnya "Keamanan yang abadi". Sebelum ditadbir oleh penjajah Inggeris pada tahun 1880an, daerah ini yang dulunya dipanggil Jajahan Larut ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar. Pernah menghadapi kekalutan akibat pertelingkahan diantara dua kongsi gelap dari puak Ghee Hin dan Hai San.


 
Dengan melimpah-ruahnya galian bijih timah di daerah ini selain menjadi ibu negeri Perak sehingga tahun 1937 pihak Inggeris membangunkannya dengan banyak kemudahan yang pertama sekali dibina di Tanah Melayu seperti pembinaan Hospital Taiping pada tahun 1880. Hospital Taiping juga dikenali sebagai Hospital Yeng Wah merupakan hospital tertua di Malaysia. Hospital ini malah turut mencatat sejarah menjadi hospital pertama yang dilengkapi dengan kemudahan x-ray..

 
#DekatJe | Taiping Heritage Trail
Bandar Taiping yang telah diwartakan sebagai Bandar Warisan pada tahun 1997. Projek Jejak Warisan Taiping pula yang diusahakan bersama oleh Pihak Berkuasa Perlaksaan Koridor Utara (NCIA) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping meliputi laluan sepanjang 5 km di kawasan bandar Taiping  dan laluan sepanjang 6.5 km sepanjang Taman Tasik Taiping ini merupakan sebahagian daripada usaha NCIA dalam merealisasikan inisiatif Greater Kamunting Conurbation.
 
Projek ini menampilkan 39 tempat bersejarah yang menampilkan keunikan senibina bangunan, budaya dan tarikan sejarah seperti Menara Jam, Stesen Keretapi lama dan Muzium Perak. Warisan sejarah pembentukan bandar Taiping adalah warisan bangsa yang tak ternilai harganya. Karektor tersendiri bandar Taiping sebagai bandar terawal di Tanah Melayu membolehkannya dikategorikan sebagi bandar Warisan.

 
 
Aku juga berpeluang menaiki bas berkuasa elektrik yang masih dalam percubaan untuk kajian kebolehlaksanaan operasinya. Mengikut jadual tahun 2016 baru dilancarkan. Bandar Taiping telah disenarai pendek oleh Japan International Cooperation Agency (JICA), sebuah agensi dibawah kerajaan negara Jepun, sebagai calon untuk perlaksanaan kenderaan elektrik tersebut. Inisiatif ini diusahakan oleh NCIA bersama DreamEdge Sdn Bhd dan Oriental Consultants, Japan. Bagus bas ni senyap je tanpa pencemaran bunyi dan udara. Sama macam di China juga.

Terdapat 8 lokasi perhentian bas iaitu:

1. Zoo Taiping
2. Stesen FMS
3. Menara Jam Lama
4. Pasar Besar
5. Stesen Keretapi
6. First galeria
7. Dataran Warisan
8. Muzium Perak
 
Taiping subur menghijau kerana mendapat taburan hujan yang tertinggi di Malaysia jadi bas ni sangat sesuai dengan suasana Taiping itu sendiri sebab:
 
- Teknologi mesra alam
- Efisien, berspesifikasi tinggi, realible
- Kompetitif
- Sistem yang versetail untuk pelbagai kawasan dan kegunaan 

Owh sebelum lupa, di Taiping ni pokok yang berusia ratusan tahun dipelihara jadi pemandu bas atau lori perlu berhati-hati dengan dahan pokok terutamanya semasa membelok. Seronok berada di dalam kehijauan ni, sejuk mata memandang.
 
Walaupun Taiping sebuah bandar kecil dan sunyi, bagus untuk lari sekejap dari kesibukan kota, ia masih menjadi tempat yang sesuai dan menarik untuk diterokai. Selain melawat bangunan bersejarah, jangan lupa lajak terus makan Mee Ketam Sedap di Jeti Kampung Dew atau Mee Udang power di Kuala Sepetang.

Dengan keadaan nilai Ringgit Malaysia yang jatuh merudum sekarang ni eloklah kita berjalan dekat dekat je. Takkan tak bercuti lansung untuk refresh minda dan badan kan? Apakata bawa keluarga dan rombongan Cik Kiah bercuti di Taiping pulak?
 

Diantara tempat-tempat menarik di Taiping ialah:

1. Taman Tasik Taiping @ Taiping Lake Garden
Tasik ini dahulunya adalah sebuah lombong. Malaysia dedulukan terkenal dengan bijih timah dan bijih besi... Tasik ini sangat popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Terletak berdekatan Bukit Larut (Maxwell Hill), ia dijadikan taman awam pada tahun 1880.

Menurut cerita orang, tasik ini dahulunya dimiliki oleh seorang jutawan Cina. Dikatakan berlaku perebutan harta oleh anak-anaknya maka dihadiahkan tasik ini kepada kerajaan negeri. Kan dah sumo tak ngaso...

Berkeluasan 64 ekar merangkumi 10 buah tasik dan kolam buatan manusia, ia merupakan taman awam pertama di Malaya (nama lama bagi Malaysia). Tasik dan kolam tersebut diberikan nama seperti Alamanda, Island, South Lake, Swan Lake dan berbagai lagi. Kawasan tasik ni sungguh menenangkan. Deretan pokok Angsana yang berusia ratusan tahun dan dahannya memanjang dari jalan ke air, merupakan latar belakang indah di Taiping ni. Masyaallah cantik sungguh! Sejuk nyaman je di sini. Jangan kata dah sampai Taiping kalau tak melawat Taman Tasik Taiping.
 
Lake Gardens1
Sumber: Tukang Kebun / Foter / CC BY-ND

Lake Gardens3
Sumber: Tukang Kebun / Foter / CC BY-ND



2. Bukit Larut @ Maxwell Hill
Orang-orang lama masih memanggilnya Maxwell Hill. Bukit ini dijumpai oleh William George Maxwell (hmm.. boleh agak kan mana datangnya nama bukit tu) yang bertugas sebagai Penolong Residen British di Perak pada tahun 1884. Ia merupakan tanah tinggi yang paling lembap dan kawasan rehat tanah tinggi yang tertua di Malaysia

Walaupun tiada pembangunan sehebat Cameron Highland tetapi ramai yang sukakan suasana kolonialnya dan ia menjadi tempat kawasan rehat dan riadah di hujung minggu. Untuk sampai ke sini kita perlu trekking sejauh 13km err...matilanakkk.. atau menyewa Land Rover untuk naik ke atas. Kenderaan persendirian tidak dibenarkan.

Berketinggian 1250 meter di atas paras laut, kawasan ini merupakan tempat tadahan hujan tahunan paling tinggi di Malaysia. Suhu pada hari siang ialah di antara 15 hingga 25 darjah Celsius dan boleh mencecah 10 darjah Celsius pada waktu malam.

Sebelum jalan tar dibina pada 1948, pihak British menggunakan 'Pony Back' (Kuda Padi) dan 'Sedan Chair' (Kerusi Pengusung) sebagai pengangkutan untuk ke puncak bukit.

Kebanyakan pelancong Inggeris menyamakannya seperti Switzerland.
 Sumber di sini

Maxwell2
Sumber: shanlung / Foter / CC BY-NC-ND


Maxwell3
Sumber: shanlung / Foter / CC BY-NC-ND

Terdapat inkubator pembiakan bunga tulip di Bukit Larut yang menjadi tarikan ketika musim bunga itu berkembang antara Disember hingga April. Benihnya yang diimport dari Belanda disemai dalam bilik sejuk yang mempunyai suhu kurang 8 darjah Celsius selama 15 minggu. Ia akan berbunga selepas dua minggu dibawa keluar dari bilik berkenaan.

Jauh aku mencari bunga tulip ni sampai ke Hangzhou dan Shanghai, di negara sendiri pun ada rupanya... Manalah aku tahu negara beriklim Khatulistiwa pun ada tulip.

Sumber di sini.


3. Zoo Taiping  dan Night Safari
Aku dah pernah buat satu blogpost tentang Taiping Night Safari ni beberapa bulan lepas ada gambar yang lebih banyak di sana.

Zoo Taiping dan Night Safari dibangunkan diatas tanah seluas 36 ekar dan memiliki 1800 ekor haiwan dan 150 lain-lain spesis. Zoo Taiping ni merupakan zoo awam yang pertama dibina di Malaysia iaitu pada tahun 1961 dengan perasmiannya pada 1964. Zoo negara pula tahun 1963 baru mula dibina. Zoo ini boleh dikatakan diantara zoo yang paling berjaya dan untung di Malaysia.

 



 4. Taiping War Cemetery/Memorial
Kawasan tanah perkuburan ini dikawalselia oleh Commonwealth War Graves Commission. Dikatakan lebih daripada 850 disemadikan di sini dengan dibahagikan kepada dua bahagian, kubur jenazah yang beragama Kristian di sebelah tenggra jalan manakala yang bukan beragama Kristian bertentangan dengannya.

Cemetery1
Sumber: Anandajoti / Foter / CC BY-SA


5. Kuala Sepetang @ Port Weld 
Kawasan perkampungan nelayan 20 minit perjalanan dari bandar Taiping. Boleh makan mee udang sampai tersandar di sini.


6. Muzium Perak
Muzium yang tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang dimulakan oleh Sir Hugh Low, Residen British ketika itu pada tahun 1883.

Kurator atau dikenali sebagai penjaga muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.

Keunikan bangunan muzium yang berunsurkan senibina Moorish ini merupakan pusat penyelidikan, pengumpulan, dan pemeliharaan warisan harta kebudayaan masyarakat tempatan serta sejarah alam semulajadi.  






7. Burmese Pool
Terletak di kaki Bukit Larut, ada chalet untuk disewa di sini.

burmese pool1
Sumber: Youharman / Foter / CC BY



8. Laman Budaya
Terdapat bahan sejarah di sini seperti gambar-gambar lama, peti besi lama dan sebagainya tetapi aku agak kecewa bab labelling and caption. Walaupun ada guide, guide sorang je pun... bila waktu ramai pengunjung kita dapat tengok gambar je lah tapi tak tahu apekebendenye yang dipamerkan.

Di bahagian atas ada dewan yang selesa untuk kapasiti yang agak besar juga.







Peti besi lama
 



9. Stesen Keretapi Taiping

Stesen ini adalah stesen keretapi yang pertama di Malaysia dibina pada tahun 1882.

Landasan keretapi sepanjang 12 km yang menghubungkan diantara Taiping dengan Pelabuhan Kuala Sepetang (Port Weld) dibina bermula dari tahun 1882 dan siap dibuka pada tahun 1885 dengan kos pembinaan sebanyak ₤7000 ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Perak ketika itu. Ia beroperasi selama 58 tahun namun sayangnya landasan itu ditutup pada tahun 1943 ketika tentera Jepun menewaskan British pada Perang Dunia Kedua.

Ia digunakan sebagai medium pengangkutan pengeluaran bijih timah dari Taiping untuk dieksport selain mengangkut buruh yang bekerja di lombong.
 
 

10. Penjara Taiping
 
Penjara Taiping atau lebih dikenali sebagai "Taiping Goal" dibina dalam tahun 1879 dan merupakan penjara pertama dan tertua di Tanah Melayu. Warden Punjabi dibawa masuk pada 1881. Selain itu warden Eropah juga dibawa masuk untuk membantu pengurusan penjara.

Malangnya semasa penjajahan Jepun (1942-1945) semua rekod berkaitan penjara dan banduan dimusnahkan. Jepun dulu-dulu memang macam tu semua dimusnahkannya. Jangankan rekod banduan, jambatan, kapal korek pun dibom...punyalah 'cerdik'.

 


11. Bangunan bersejarah
Terdapat kedai dua dan tiga tingkat yang dibina sejak zaman kolonial British lagi. Satu skim khas telah diperkenalkan yang digunakan oleh PBT untuk menggalakkan peniaga atau usahawan menggunakan bangunan lama ini sebagai premis perniagaan demi Jejak Warisan Taping.

Ini contoh bangunan lama yang dah ada sayur-sayuran hehe.. giler lama takde maintenance.

 
 
 
 
  

Discover Perak : Ipoh Heritage and Mural Art Trail

 
Discover Perak | Ipoh Heritage and Mural Art Trail

Ipoh ialah ibu negeri Perak yang merupakan bandar ketiga terbesar di Malaysia. Ia bandar pentadbiran yang kedua penting pada kurun ke-19 disebabkan penemuan bijih timah yang begitu banyak di negeri tersebut. Berada kira-kira 200km dari Kuala Lumpur, ia menjadi ibu negeri pada tahun 1937 menggantikan Taiping dan kekal hingga ke hari ini.



Penempatan awal di Ipoh bermula awal 1800 dan berkembang sepanjang Sungai Kinta. Penduduk Melayu yang awal meneroka Ipoh tinggal di Kampung Ipoh dan Kampung Paloh sebelum membesar dan membuka Kampung Pari dan Kampung Jawa. Tahun 1890an melihat kedatangan imigran China secara beramai-ramai semasa kehangatan industri timah di Ipoh.

Ada beberapa nama lain yang digelarkan kepada bandar ini seperti Bandar Bijih Timah, Bandar Jutawan, dipanggil Paloh oleh masyarakat Cina tempatan (lerrr filem Paloh tu pasai Ipoh ka?) merujuk kepada pam gergasi yang digunakan dalam pengekstrakan bijih timah dan Bandar Bougainvillae yang merujuk kepada bunga tersebut yang menjadi simbol negeri.

Pada tahun 1970an harga bijih timah menjunam maka berakhirlah kegemilangan Lembah Kinta sebagai pusat kegiatan ekonomi yang maju. Beberapa tahun lepas seseorang pernah memberitahu bahawa bapanya masih menerima pencen daripada kerajaan British yang dibayar dalam British Pound diatas khidmatnya bekerja di lombong bijih timah dahulu. Terjaga jugalah kebajikan mereka ni ye.


Ipoh Heritage Trails
Bandar Ipoh terbahagi kepada dua bahagian. Bandar lama Ipoh yang letaknya di sebelah barat memerlukan masa dua hingga tiga jam untuk dilawati sambil berjalan kaki. Kebanyakan hotel di sini juga menyediakan basikal untuk disewa.

Dua peta lingkaran sejarah Ipoh telah diterbitkan dengan setiap satunya meliputi 24 tarikan. Tempat bermula biasanya dari Stesen Keretapi Ipoh yang direka oleh arkitek kerajaan AB Hubback menunjukkan neo classical style. Bangunan ini telah siap pada tahun 1917. Town Hall dan Pejabat Pos yang berada berdekatan Ipoh Railway Station juga direka oleh arkitek yang sama.

Ada banyak tarikan di Ipoh diantaranya Kellie's Castle, Gua Tempurung, Gaharu Tea Valley, Kuala Sepetang dan Lost World of Tambun. Bangunan lama yang menarik dan telah dibina semenjak pendudukan British di Malaya pula seperti Bangunan Majlis Perbandaran, Stesen Keretapi Ipoh yang juga digelar Taj Mahal of Malaysia dan Bangunan Mahkamah yang berdekatan diantara satu sama lain.

Butik kot dalam ni.  




Allahyarham Yasmin Ahmad suka menjadikan Ipoh sebagai latar iklan atau filem yang diarahkannya. Ipoh mempunyai tarikan baru dan lama yang sangat menarik bila diterjemahkan ke dalam hasil seni. Bangunan lamanya sangat indah dijadikan latar photoshoot tapi Ipoh ni macam Seremban jugak lomau bilo sonjo heheh ... Cuma, dalam 20-40km radius dari Ipoh ada beberapa tarikan pelancongan yang menarik untuk dilakukan seisi keluarga atau dengan kengkawan.


Apa lagi yang diingati orang tentang Ipoh?

White coffee !! (Hotel Casuarina@Meru menjadikan Ipoh White Coffee sebagai welcoming drinks).


Lagi??

Satu hal yang menjadi trend sekarang ialah Mural Art Trail. Di Ipoh, lukisan dindingnya juga dilukis oleh pelukis yang sama seperti street art di Pulau Pinang. Talent dari Malaysia takde eh? Strategi kot. Mural selalunya menggambarkan keprihatinan, harapan, nilai dan kenangan sesuatu komuniti dimana mural tersebut dilukis. Ia berbeza daripada lukisan lain dari segi tujuan.

Lukisan mural yang baik memberitahu sesuatu dengan cara yang difahami semua dan menyeronokkan tentang komuniti tersebut seperti inilah kami, inilah apa yang kami fikirkan, inilah permulaan kami dan inilah yang kami mahukan.

 Lukisan dinding yang menggambarkan suasana perlombongan suatu masa dulu. Love this pic!

Ingat lagi plastik air ikat tepi ni?


Oleh sebab time kami pergi tu hujan sangat lebat kami hanya sempat 'memburu' tiga buah lukisan sahaja. Agak kecewa di situ. I tell u, gambar kat lombong bijih timah tu sangat awesome! Dah keluar dalam Kosmo pun.

Kisah Ipoh banyak tersimpan di pekan lama. Banyak rahsia tersimpan for you to discover.



Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free