Showing posts with label election. Show all posts
Showing posts with label election. Show all posts

PRU 14 2018 | Peringatan sebelum keluar mengundi

Nasihat pd sahabat...

Selepas mengundi pada 9 Mei nanti, sila balik ke rumah dan pastikan kamu berada bersama dengan keluarga tersayang kamu ketika pengumuman keputusan PRU 14 dibuat. Ingat! kemenangan atau kekalahan, itu milik ahli politik. Kehidupan mereka akan berubah, bukan kehidupan kamu. Apa yang milik kamu ialah keluarga kamu, sahabat kamu dan jiran-jiran kamu. Oleh itu, apa sahaja keputusan, jangan abaikan mereka semua.

Siapa sokong BN atas keyakinan dia maka sokonglah.
Siapa sokong PAS atas keyakinan dia maka sokonglah.
Siapa sokong PH atas keyakinan dia maka sokonglah. 
Itulah asas demokrasi.

Jangan kutuk, jangan caci, jangan maki ,jangan fitnah. Raikan perbezaan dan eratkan persaudaraan. Kawan tetap kawan itu pasti, tapi lawan tetap lawan hanya sokongan politik. Kita sakit kawan datang ziarah, kita mati kawan datang ziarah. Sembahyangkan jenazah kita, hantar kekubur, talkin kawan aminkan, yang bertahlil pun kawan kita. Yang kita sokong menang tak datang pun, jadi jangan taksub pada calon/parti.

Eratkanlah ikatan sillaturahim sesama kita.

Selamat mengundi kawan-kawan..siapa pun pilihan kalian semoga ianya terbaik untuk rakyat Malaysia. Keputusan untuk memangkah ini harus meletakkan kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya di tempat teratas. Jalan MESTI ke depan. Ingat tak iklan tu?


CnP

Let's make Malaysia GREAT again !

PRU14 2018 | Mengundilah, KEMBALIKAN KEGEMILANGAN Malaysia

Zaman dah berubah. Ini bukan zaman makcik pakcik yang pencen lagi. Ini zaman anak muda terpaksa mengharungi kepayahan hidup yang lebih payah dari dulu.

Tahun 1990an dulu boleh job hoping. Yang ada degree start dengan gaji RM1600-1800 . Berdasarkan komen kawan-kawan sekarang ini dengan taraf pendidikan yang sama ramai yang menerima gaji RM1200-1500 sahaja. Take it or leave it kekdahnya. Mengundur.

Dulu ayah sahaja bekerja.

Kemudian ibu turut bekerja membantu menambah pendapatan keluarga. Mak balik lambat.

Seterusnya ayah bekerja siang dan malam. Mak masih bekerja. Balik kena memasak untuk jimat belanja.

Kini ayah bekerja siang malam. Mak bekerja siang dan membuat bisnes online lagi di rumah. Masih tetap kena memasak dan menguruskan rumah serta anak-anak.

Masa rehat?

Masa untuk anak-anak?

Me time? 

Tu yang pantang silap nak menyinga je tu. Dua-dua penat dan stress mencari duit bukan untuk bermewah tapi MENCUKUPKAN makan pakai dan persekolahan anak-anak. Ia juga menjadi salah satu punca utama kadar penceraian bertambah setiap tahun. Semaklah statistik di pejabat agama kalau tak percaya. Kurang kasih sayang juga membawa kepada masalah sosial lain. Tanyalah cikgu dan kaunselor tentang anak-anak ini. Ini bukan fake news. 

Orang Melayu tolonglah baca berita yang berat sikit. Baca banyak bahan berita. Membaca Harakah sahaja samalah macam membaca Utusan Malaysia sahaja. Memasing ada smartphone kan...carilah info sebanyaknya kemudian nilaikan dengan pertimbangan yang adil. Bukan hanya dengar Buletin TV3 saja, ada Al Hijrah ada Al Jazeera ada CNBC ada BBC... saya pun orang kampung juga, belajar sikit sikit lelama faham juga English. Kita tak nak ketinggalan berita benar, bukan kita nak jadi penulis majalah atau PR syarikat yang perlukan kemahiran tinggi berbahasa Inggeris.

Ambil tahu juga berita bisnes di akhbar tempatan terutama yang berbahasa Inggeris.  Pembacaan itu sendiri mampu membuka minda dan mencantumkan isu lain. Sudah sudahlah bercerita tentang artis dan membaca blog gosip tu. Mereka terus vogue dan kaya ditaja sana sini tapi kita tetap macam tu juga. #berubahlah

Fikirlah masa depan anak-anak kita. Fikirkan hutang negara yang mencecah SATU TRILLION RINGGIT tu. Dulu semasa Tun Daim dan Datuk Sri Anwar Ibrahim Menjadi Menteri Kewangan, Malaysia dibawa keluar dari masalah hutang negara. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak boleh orang yang sama. Macam dalam rumahlah, biasanya isteri yang menjaga kewangan. Cuba tanya anak-anak dari keluarga sederhana/susah, lebih susah minta duit dari mak ke ayah? Tanya diri kita sendiri. Biasanya mak kemain jaga duit ayah supaya cukup hingga ke gaji bulan hadapan. Itu baru duit sendiri yang boleh main congak dalam kepala je... bagaimana pula dengan wang negara? Mesti ada beberapa orang yang amanah menjaganya.


Harga barang yang tinggi
Kenapa harga barang naik terlalu tinggi?

Kerana subsidi ditarik. Kerana cukai berlapis-lapis. Orang bising bila harga minyak/tepung/gula naik tetapi banyak barang lain yang harganya terus naik mencanak, bukan seposen seposen setiap bulan. Contoh:

Chicken stock daripada rm4.70 kepada rm5.20
Lemon daripada rm5.90/4 biji kepada rm6.50/4 biji

Itu belum tengok harga ikan, roti, susu, sardin dalam tin dan lain-lain. Dulu kami makan ayam sebulan sekali je... sekarang ikan sardin pun RM9.50- 11.50 sekilogram. Kicap pun kami dah downgrade daripada Cap Kipas Udang kepada yang lebih murah. Kalau kita masih mampu membayar dengan senang hati cuba fikirlah 80% rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah. Buka mata, lihat di bahagian susu tepung, susu mana yang selalu habis? Yang berjenama? Tak. Yang murah, yang ada kandungan gula sebab susu tepung itu yang mampu dibeli. Lepas tu menteri kata, komplen barang mahal saya lihat rakyat Malaysia gemuk jer... kau rasa?? Yang kita patut tanya kenapa dia gemuk?

Benar, cukai GST lebih baik daripada SST tetapi para pengeluar/peniaga hanya boleh claim selepas enam bulan. Untuk mengelakkan fund shortage mereka caj pembeli seterusnya. Pembeli tersebut iaitu pengedar, pemborong dan peruncit boleh menuntut semula cukai yang dikenakan, kita yang end user ni nak tuntut daripada siapa? 

Carta aliran GST. 

Fikirlah!

Kenapa waswas untuk berubah? Orang kat Kedah sana ramai kerja gomen juga. Aku tanya tak bimbang ke kengkononnya pemerintah boleh check apa yang kita undi? Depa kata, dah lama kami undi hat ni takdak pa pun. Kalau kena tranfer kita buatlah rayuan tapi kalau tak dapat kena redha, kita bukalah cawangan parti tu di tempat baru pulak. Gituuu...senang je diorang.

Rakyat Selangor okay je malah bertambah baik kehidupan material dan spiritual. Nak belajar agama tiada sekatan, rajin dengan tidak je kelas agama di masjid dan surau. Wanita dari keluarga berpendapatan rendah mendapat bantuan RM200 sebulan untuk membeli keperluan harian (setahun dah 2400). Bas percuma di seluruh Selangor. Bas percuma ni sangat bermanfaat kepada pelajar, banyak save duit kat situ je. Cukai dikembalikan kepada rakyat untuk meringankan beban kehidupan mereka. Ada banyak lagi bantuan diberikan. Boleh semak di sini dibawah sub-tajuk "Rakyat".

Di Pulau Pinang boleh je dengar azan. Orang tak marah pun azan tu yang orang tak puas hati kalau ceramah guna loud speaker dari masjid. Nak dengar ceramah/tazkirah jomlah ke masjid. Masuk masjid pun dapat pahala, kalau berada di majlis ilmu lagi dapat pahala berganda. Caj air di Pulau Pinang setakat ini terendah di Malaysia walaupun mereka berada di pulau.

Kelantan tak maju? Ada ke berita baik baik tentang Kelantan di akhbar dan tv? Tahun 90an dulu, sebelum adanya kecanggihan teknologi perbankan ni orang Kelantan mohon saham IPO guna kapal terbang tau. Itu dulu... sekarang? Kata my ex-officemate, biarlah orang kata Kelantan mundur... bila cuti sekolah korang buat rombongan pergi Kelantan jugak kan? Kah!!

Image result for mengundi 2018
Sumber FMT

Undilah dengan betul. Fikirkan ke mana negara tercinta ini hendak mereka bawa.

Fikirkan kehidupan sekarang dan generasi masa depan. Fikirkan anak-anak kita yang terpaksa tong tong bayar hutang yang kita tak buat pun. Kita sendiri kalau berhutang berusaha supaya tidak meninggalkan hutang hingga membebankan kewangan anak-anak nanti. Jika boleh kita nak kehidupan mereka lebih baik dari kita.

Keluarlah mengundi. Malaysia negara KITA. We WERE known for many things good. Let's make Malaysia GREAT again!


Nota:
Jika Pakatan Harapan menang, i highly hope that @khairykj Khairy Jamaludin dikekalkan sebagai Menteri Belia dan Sukan. Beliau sedang menggerakkan satu impian besar untuk melihat sukan bolasepak Malaysia maju. Projek NFDP (akademi Tunas) yang bermula kira-kira lima tahun lalu sedang berputik. Pelatih U16 sering dihantar bertanding di luar negara. Akademi Mokhtar Dahari telah mula mengambil pelatih. We have to give credit when its due.

Saya juga berharap Menteri Besar Negeri Sembilan, Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan (Tok Mat), diberikan jawatan yang bersesuaian dengan kepakarannya. Negeri Sembilan sekarang jauh maju berbanding diperintah MB dahulu. Dari segi pelajaran NS always top 3. Beliau seperti Tun Mahathir yang selalu menekankan kepentingan pendidikan. Berjaya menjadikan Negeri Sembilan sebagai education hub and appreciate student yang cemerlang. Beliau juga mensyaratkan developer yang membangunkan satu kawasan perumahan dengan 30,000 penduduk wajib menyediakan perkhidmatan bas. Kami suka beliau tapi bukan bos beliau.

Pakatan Harapan jika menang, kalau nak berubah berubah bebetul. Jangan bagi jawatan kepada kroni/juak juak politik yang memenangkan anda sewaktu pilihanraya lelebih lagi jika dia sememangnya tidak layak. Adillah, beri jawatan kepada yang layak supaya tidak mengulagi kes Felda, FGV, MARA, Tabung Haji, LTAT dan sebagainya. Buang MP/YB yang bodoh sombong serta suka menjerit terpekik terlolong tidak menghormati orang lain berbahas dalam sidang parlimen. Kita lantik awak jadi wakil rakyat, jangan jadi macam beruk dalam dewan rakyat! Malulah sikit kat anak cucu yang melihat.

Lagi satu, aku takkan pangkah calon yang tak reti malu suka menjaja cerita mengaibkan keluarga sendiri. Tak malu level apa ntah?


Let's make Malaysia GREAT again!
-Malaysia truly Asia-


********
Fyi tempat kerja husband aku dan banyak lagi tidak menyambung kontrak pekerja asing. Air-cond di seksyen dia pun tidak digunakan lagi untuk mengurangkan kos (bayangkanlah panasnya tu). Overtime jarang jarang, bonus tiada.


Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free