Showing posts with label dr mahathir. Show all posts
Showing posts with label dr mahathir. Show all posts

Book Review: Biografi

Dari dulu aku suka membaca tp masa dulu2 mana ada bahan bacaan kat rumah so bila aku ikut parents g memana lps salam dgn tuan rmh aku pun mula 'menyelongkar' meja kopi dia sbb biasanya kat situ ada mgzne or at least sokkabar 2, 3 hr lps. Then aku dpt sorang kwn yg adik-beradik dia mmg suka baca novel dan depa ada byk novel yg tebal2 dan mahal tu, segobok! So ptg2 aku naik motor p rmh dia sehari 2 lps tu p tkr buku ln pulak. Kira perpustakaan desa lah rmh dia tu. Itu je lah jns bahan bacaan aku pd masa tu selain urtv, gila-gila, ujang...malangnya aku tak implement kat buku2 sklh..tu yg tak cemerlang tu.

Bila grown up mula baca yg berat2 skt start with mgzne. I read segala mcm majalah wanita, Times (tgk bhg yg minat jer), Reader's Digest dll. And now i like motivational, biografi, selfhelp some sort lika that lah. Mjlh2 hiburan ni baca jugak tapi tak beli, baca dr kulit ke kulit kat kedai. Alaaa....aku baca tang artis yg kuminat sajalah mcm Sheila Majid, Camelia, Ning, M NASIR, Brad Pitt n a few more. Most of them dr thn 90an dulu yg mmg terang jelas kualitinya.

Now, my hubby n me always peruntukkan a few ringgit everymonth utk beli bahan bacaan. Beli je mana berkenan dulu..beli free baca. Tapi semenjak rajin surfing ni jadual membaca aku mmg out. Ada 1 time tu nak ikut style srg celebrity tu baca buku ni skt pastu baca buku baru lak pastu smbg yg 1st, sudahnya aku tak tahu hjg pangkal cerita. Now i'm back to the old style- baca 1 by 1 spai hbs.



Buku ni dibeli thn 2007 dulu ttg Daewoo's chairman. Ttg kehidupan susah mereka before n after perang Korea. Dia yg berusaha mengasaskan sebuah konglomerat bertaraf intl yg ke-45 terbesar di dunia dgn hasil jualan RM56.3 b in 1990. Utk edisi Korea tajuknya "Dunia Ini Luas Dan Byk Yg Hndk Dilakukan" diterbitkan in 1989 dan terjual sbyk 1.3j unit dlm masa 20 bln!

He did mention the Korean gov hntar student p blajaq kat US n bawa balik buku2 teknologi dr US dan Jerman, diterjemahkan ke dalam bhsa Korea SUPAYA RAMAI RAKYAT KOREA FAHAM DAN MENJADI PANDAI. Tu yg aku heran kenapa org Msia beriya2 taknak guna bahasa Melayu. Perkara ni 1 proses yg panjang tp tgk la hasilnya...rakyat kita kalu nak blajaq kat Korea kena ckp Korea kan? Di Japan, Middle East n Jerman pun sama. Itu sebab la aku tak berapa setuju dgn Maths n Sains in English kecuali subject English di tambah masa dan dipelbagaikan cara pengajarannya mcm sklh aku dulu. Aku rasa itu baru berhasil.

Tambah skt dlm The Sun 25/8/2010 srg parent yg ada anak dyslexic (bukan aku tak simpati yer..i'm a mother too) ni tanya kenapa kenapa rules SPM wajib lulus BM applies to all dan tak ada pengecualian utk bdk2 yg ada special needs ni. Dia bg tau anak dia fluent English. Aduhaiiii...hinanya BM nih. Dah ko ddk Msia WAJIBlah ajar anak ko ckp bhsa kebangsaan. Tgk rakyat negara2 lain tak kiralah yg maju ke tak maju ada ke yg tak tahu bhsa negara dia sendiri? English mmg penting tapi jgnlah sampai tak tahu national language. Bangla, Nepal tu skjp je dah pandai.

Smbg balik: Daewoo ni bkn aje ada mesin tapi dulu2 buat kain sekali. Skrg ni tak tau la ..tak pnh pulak aku jumpa kain brand Daewoo. En Kim Woo-Choong ni kalau pg check limbungan kapal dia kayuh basikal je. Malu den aihhh...aku p kedai 100m pun nk kete.

Wife dia blaja Kesenian Ketimuran kat Harvard and jd chairman Hilton Intl Seoul n Hotel Kyongju. Hmmm...kat negara luar dia bg warganegara sndiri pegang jawatan penting di hotel kat Msia tak silap aku hanya sorang je org Melayu yg dpt pegang jwtan no 2 penting di hotel . Dia kata kat bos dia sblm dia blah , "selagi kulit dia tak bertukar putih mcm rambutnya dia takkan dpt lead any hotel intl kat sini". Kesian org kita.

Bagus buku ni. P lah cari terbitan Times Book Intl dgn kerjasama MAYC.



Buku yg ni pun best. Ramai yg dah tahu kisah hidup dia ni. Lahir kat Anxi, Fujian Province in China in 1918 pass away in Msia in 2007 as Msia's 3rd richest man worth USD4.3 bil.  Walau apapun keburukan yg ada di Genting kita ambil yg baik2 ttg dia- byk jugak yg baik. Genting does not only hv casino, ada byk lg bisnes2 ln yg tak diambil pot.

Actually dah lama org suruh dia tulis buku tp dia low profile mcm Tun Daim jugak. Org byk duit mmg mcm tu ...Mr Lim Goh Tong spai kat Malaya in 1937, hampir bankrupt masa projek pengairan Kemubu sbb byk masalah dan masa projek Genting Highland sbb time bt jln naik tu tak generate income. Dia tak hengen pun title "Tan Sri" tu org yg beriya-iya nk bagi  sebaliknya dia mta pengurangan cukai. Pandai kan? (tapi dia mmg layak berdasarkan faktor sumbangan dia, pengalaman, umur). Ada byk lg lah yg menarik..yg bt aku terkejut pun ada..fsl siapa yg bg idea bina casino.

Buku ni diterbitkan oleh Pelanduk Publications. English version pun ada.


I've read 2 books rgdg Daim, one in English ntah sapa yg tulis. Aku jmpa kat library tp buku rujukan tak blh bawa klr tp usahakan jugak dibawa klr. Silap btl la tak tulis tajuk dia kalu tak blh cari. Aku tak minat pttate buku2 ni sbb takde color.

Buku ni karangan Fatini Yaacob terbitan Imbas Cemara in 1997. Personally aku mmg suka amik tahu ttg yg sorang ni w/pun byk hal2 negatif yg diperbincangkan. Again, i just wanna take the +tive ttg keinginan dia utk menjadi kaya sejak remaja. Aku pun nak gak jd kaya tp usaha tak mcm dia hehehhh...

Dia blajar law tp katanya pada masa dia mula2 keja lawyer yg dia tahu kaya cuma srg je so dia ke bidang lain. Involvement dia dlm dunia politik krn Dr Mahathir, kwn2 dia spt Tajudin Ramli, Halim Saad, Yahya Ahmad, Wan Azmi, Azman Hashim dll. Dia salahkan diri dia sndiri bila 1st marriage dia gagal sbb masa tu dia terlalu sibuk membina perniagaan. Life is tough isn't it...

Dia jugak cerita time gawat dulu dia ptg elaun mentri2 spai kena kutuk. Menteri2 kata dia kaya takpe la..dia kata kena tnjk kepimpinan melalui teladan. Sekali tu dia claim elaun luar negeri tak spai RM20k tp Tim Menteri claim 60k. Ada pulak menteri claim dt mkn GBP2k sehari (amboiii sedapnya belanja dt cukai kita org). Tak logik so dia mintak resit. Receipt takdak so dia tak byr la claim tu. Org kata dia "pelokek", dia kata "kita dah biasa mewah".

Dlm buku ni gmbr dia dgn his father yg berumur 106 thn, gmbr dgn anak dia di parlimen and Shah Alam motor circuit. Dia mmg galakkan anak dia bersukan bcoz dia sndiri tak punya masa. Untung la Wiradani dan siapa yg dpt Wiradani. Owh..nama anak2 dia combination Daim-Mahani like Wiradani, Asnida, sapa lg ek?

Best buku ni. Kalau tak suka kat dia pun baca je tambah pengetahuan. Buku2 terbitan lama bi biasanya kalau ada jualan murah kat booth ada la, takpun cari kat kedai2 area Jln TAR, Masjid India. Dulu aku dpt buku Malay Dilemma 2nd edition kat pasar mlm je.

Buku Bill Gates, Ungku Aziz, Dr Mahathir and Ahmadinejad blm start dan tamat lg..ntah bila thn la tu.

Anak nak pekse aku lak yang tensen

Minggu2 yang lepas anak2 aku sibuk ujian la, trial exam la, canang la, ntah apa lagi nama tak tau la. Aduhhh....sakit hati sakit kepala betul bila tgk result depa nih. Aku mmg tak blh terima kalau result anak aku teruk sbb masa aku sklh rendah dulu dgn takde buku2 rujukan/latihan, kerusi meja kat rmh aku maintain no 1-3. Masa primary school lah kan...sklh men cite lain.

Masa aku sklh rendah dulu gaji bapak aku ciput jer, buku2 harap yg sklh bg, siap dpt bantuan makanan tambahan lg. Bapak aku tak ngajar kat rmh (elok la tu sbb dia garang). Aku ingat lagi masa aku dpt no 3 dulu-masa tu ddk kat kem askar- mak aku belanja aiskrim Cornetto. Masa tu harganya singgit kot. Dpt ais krim je ko! Anak aku demand bkn2 tiap2 mgu nak mkn fast food, kalau masak sendiri nak ikan bawal, ikan tenggiri...tajam tokak ea. Aku dulu telan je apa yg ada pandai jugak masa tu.

Bila anak kata, "ayah, bilik kakak panas la. Tak best kipas ni". Kami berdua pakat beli kipas siling n en suami psg sendiri, save duit skt. Tak dpt A. Skrg nak air cond pulak dah.....byk cantik!

"Beli meja la ma ltk kat bilik. Adik kacau la bt homework kat luar ni..." Kami beli yg baik punya w/pun takde la mahal mana pun. Tak dpt A.

"Dah lama kita tak tdr hotel" Kami bawa jln2. Tiap2 thn pg Langkawi, balik kg, pg Tganu, Cherating. Thn dpn akan ke Sabah lg. Belum jugak byk A.

Nak apa lgi? Hari2 aku tanya fsl pelajaran, hari2 aku suruh solat n mengaji, hari2 aku doakan yg baik2. Nak apa lagi????

Korang rasa mcm mana agaknya bila baca ni?

Soalan 16 (BM Kertas 1) - Isi tempat kosong

Nasihat-nasihat ibunya itu ___________ kerana dia lansung tidak mematuhinya.

A seperti hujan jatuh ke pasir
B seperti halilintar membelah bumi
C seperti kaca terhempas ke batu
D seperti rumput di tepi jalan

Anak aku yg djh 5 blh jawab B. Mcm mana la suara aku tak memetir? (Dia jwb berdasarkan situasi agaknya).

Start bln ni terutama mgu ni aku bertambah strict bcoz UPSR tak berapa hari je lagi n UPKK (utk bdk djh 5) pun lps raya tapi anak bujang aku tu tak tau pun tarikh peksa UPKK tu spai ke hari ni.

Arghhh!!....Domam den! domam...domam...

Jalan2 ke pasar malam

Hr ni hr senayan (isnin) so kena pg pasar malam cari stock seminggu. Aku bukan gemar sgt ke situ sbb org jalan mengensot. Nak bersembang pun tgh jalan, dah la sempit. Aku lemas kalau org jln lambat2 nih sbb aku jln laju. Laki aku lambat, anak lambat, kna tinggal.

Semenjak 2 menjak ni aku tgk harga ikan bkn main mahal lg. For today sama mcm last wk semua ikan start frm RM9 xcept ikan apa ntah yg aku beli tadi rm8. Tu nak buat stok ikan goreng utk bos. Ikan lain yg dibeli = ikan pari & ikan tenggiri. Anak den dah oda ikan pari msk asam dgn gulai ikan tenggiri. Harus diet ketat aku bakal gagal lg ini mgu. Rasanya dah 3 mgu tak buat gulai lomak cili api ni tp kat rmh aku takde hal punya sbb khwin campur. If dua dua org nogori aku rasa menu wajib dah tu. Try to avoid it lah as much as possible bcoz of the santan.


Thn lps lama gak aku tak menjengah pasar mlm bcoz bekalan ikan aku dibeli drpd someone yg berniaga kat rmh. Harga dia a little bit less dlm rm4 gitu tp tak boleh potong2 kna amik sekor terus. Tu yg kekadang dpt ikn merah spai 4 kilo lbh. Bila dia spai je kami cik kiah ni pakat berebut la, holor tgn je, tak nmpak pun ikannnya. Kalau yg menunggu tu lelaki alamat dpt lebihan je la. Tapi skrg org tu dah tk jual ikn2 lg, tak tau la pasai apa, dah kaya kot. But I noticed dia jual ikan2 yg quite expensive w/pun the price is cheaper frm kedai runcit or night mkt. I think if only the husband yg jd breadwinner susah skt cik kiah nak bl ikan mhl2 ni. Semua kna budget oooiiiii… kalau dah sekilo spai 22 hengget sesak napas jugaklah! Bila dia dh ttp kedai aku pn balik ke asal bl kat psr mlm n aku dok mengulang kat 1 gerai ni je nk bg dia kenai muka aku ni lps tu dpt discn. Itupun kalo tokey ada if takde tk dpt lah. Hri ni dia dok puji2 aku, kuat2 pulak tu hampes btl. Toksah dok puji la mmg aku akan beli ikan kat hang je…puji dgn air liur aje nk bt hapa, bg la ikan brg sekilo ke…

Ali pulak nak pucuk paku…nasib bk ada org jual hr ni. Anak2 mkn besar ni selera pn mcm2 cuma yg no 2 tu selera western. Dia yg selalu ckp “asik2 mkn nasi je”…wah wah..aku dulu telan je apa mak aku masak.


Siapa di sebelah anda?

Sorang client aku pernah cerita masa dia naik flight dr somewhere kat Msia ni dia ddk sebelah Prof Diraja Ungku Aziz dlm bussns class. Dia kata that prof asik bercerita and my client tu tak berapa berminat mendengar maybe bcoz he wanted to rest. Kalau lah aku ddk sblh prof tu alangkah bestnye..mesti tergagau-gagau mencari buku ke apa ke suruh dia sign siap dgn kata2 semangat lg. In one tv programme his wife kata "berkahwin dgn saya ibarat belajar kat U". Mmg betul pun punyalah byk buku kat rumah dia. Buku yg dibaca. Kat rumah aku, buku yg beli kt book fair bln April hr tu pun tak habis belek lg. Mengalahkan PM lak sibuknya aku ni.

Tapi ada peluang ke aku nk jmpa dia? Dlm flight especially. Tak pnh terfikir lak aku nak naik bsns class guna dt sendiri. Kena keje siang mlm nk bayar tu ooiii!!. Tapi kalau nak jumpa bos IKEA mgkn ada peluang bcoz he always travel in economy class or using budget airlines. Haa..camana aku tau? Aku terbaca la cik Jah!

Kalaulah dpt ddk dkt2 dgn Dr Mahathir (mcm tak mungkin jer) ke, Ahmad Idham ke, bos Media Prima ke..apa ke namanya Datuk ...Allah lupa la pulok.., Sheila Majid ke, Tuanku Mukhriz ke (ini lg le angan2 tak hengat), Sultan Brunei ke (dia naik private jet so tak mungkin..) Tun Daim ke...alahai besstttnye.... Tapi aku nak start cakap apa ye dengan "Daim Yang Diam"? Takkan nak cerita bisnes kecil-kecilan aku dgn org Melayu Malaysia terkaya ni. Atau aku blh start camni, "Tun, bank u kat Afrika tu perlukan customer service tak?". Kihkihkih...nt dia ingat aku sewel lak. nak ckp apa yek? Nt lah aku fikirkan. Dibuatnya dia hek tdk hok pun tdk camana? Cuba dulu....(think +tive).

Yang pastinya aku akan menebalkan muka mintak izin nak bergambar dgn semua org yg aku angankan tu. Resize and tampal kat dinding rumah sama besar dgn world map kat dndg rumah aku ni. Heyyy!...semua org yang berjaya tu bermula dgn angan2 lorrr...

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free