Showing posts with label caving. Show all posts
Showing posts with label caving. Show all posts

Gunung Mulu National Park, Miri | Canopy Skywalk

Gunung Mulu National Park, Miri | Canopy Skywalk | Adakah jambatan gantung ini yang terpanjang di Malaysia?

Untuk menikmati keindahan hutan hujan tropika beserta flora dan fauna di Mulu dengan lebih jelas kita disarankan untuk menaiki Canopy Skywalk yang terdapat di Taman Negara Mulu. Dengan ketinggian maksimum 30 meter dan panjang 480 meter, berada di pucuk sungguh mengujakan kami yang berani ni ececehh..guide kami Paul, menunggu di bawah kekekee... park ranger yang mengiringi kami.
 
Jambatan gantung ini hanya dibuka bermula jam 7 pagi hingga 2 petang. Hanya 2 orang dibenarkan untuk melaluinya pada satu-satu masa. Kalau hujan tutup. Kalau berangin kuat tutup. Hohohoooo.... bahaya time kilat petir sebab jambatan ni panjangnya hampir setengah kilometer, nak berlari ke depan tak boleh nak mengundur pun payah gak sebab panjang.
 
Aku rasa naik jambatan ini lebih mudah daripada Poring Hotspring tu. Cubalah, seronok sangat! Bergoyang-goyang hahaha...
 
 
 


 
Kepada sesiapa yang beminat untuk ke Mulu National Park bolehlah berurusan dengan pemandu pelancong berlesen di bawah. Aku kenal dia je so aku recommend dia lah sebab puas hati dengan servis yang diberikannya. Selain Taman Negara Mulu dia juga boleh menjadi pemandu pelancong di Kuching, Gua Niah, Lambir dan Loagan Bunut.

Licenced Tour Guide in Mulu:

Paul Victor
Emel : paulvictor5883@gmail.com
            paul_MZV@yahoo.com.my
            paul_MZV@hotmail.com.my

Tel : +6012 8465655 / +60111 8599771


Harga pakej 3h 2m TIDAK TERMASUK tiket kapal terbang bermula daripada :

RM750 - bermalam di Taman Negara atau sekitarnya
RM1,200 - bermalam di Mulu Marriot Resort


Lebih baik buat booking sebelum pergi. Kalau nak plan trip ke.. nak check fees ke... atau info info lain boleh baca di Mulu Park official website.

Meneroka gua sudah, panjat gunung pun sudah. Siapalah nak belanja aku diving agaknya??





 

Mulu Marriot Resort & Spa, Miri | 5 Star Resort in a Lush Green Rainforest

Mulu Marriot Resort & Spa, Miri | 5 Star Resort in a Lush Green Rainforest - Dikelilingi hutan hujan tropika yang tebal,  gua dan sungai di hadapannya membuatkan kita berasa sangat tenang dan rileks berada di sini. Ketenangan dan kehijauan menjadi trade mark mereka. 

 
Semasa berada di Mulu kami ditempatkan di Mulu Marriot Resort & Spa yang dulunya dikenali sebagai Royal Mulu Resort. Setelah selesai kerja-kerja menaik taraf keseluruhan resort, kini ia menawarkan 101 bilik diatas tiang setinggi 15 kaki dari tanah dengan ruang pejalan kaki diperbuat daripada kayu keseluruhannya. Bilik-biliknya direka dengan desain etnik yang menggambarkan rumah panjang (longhouses) yang sinonim dengan negeri Sarawak.
 
Terletak hanya 5 minit dari Gunung Mulu National Park yang diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site, program percutian kita boleh diaturkan dengan bantuan staf-staf berpengalaman dan sopan. It's really a Malaysian hospitality. Mengikut kata Resort Manager, Grant Young, pekerjanya semua orang tempatan yang bermotivasi tinggi. Dari pandangan aku memang betullah tu.
 
Kekadang aku kecewa bila kita stay di hotel atau resort yang dikhabarkan berbintang empat tetapi reception's staff tak angkat muka pun bila kita lalu. Ucapan Selamat Pagi dengan senyum manis pun takde. Itu belum lagi staff f&b dan room service yang kesemuanya orang asing. 
 
 
Fasiliti Yang Ditawarkan
 
- Mandara Spa
- Gymnasium
- Meeting facilities
- Outdoor swimming pool
- Outdoor activites. Kalau nak berkayak, night cruise, berakit, jungle trekking, eksplorasi gua mereka boleh uruskan. Beritahu sahaja dan bayar semuanya akan beres.
 
Seronoklah duduk di lobi ni dan River Bar di hujung sana. Mendengar muzik atau membaca dengan pemandangan Sungai Melinau.


Kenderaan yang digunakan untuk mengangkut beg tetamu. Unik kan? No air pollution.

Setiap bilik mempunyai balkoni persendirian yang sesuai untuk berehat sambil melihat kehijauan di sekelilingnya serta lengkap dengan kemudahan moden seperti flat screen tv. Kalau baca di ruang feedbacks Tripadvisor semua tetamu memberikan komen positif. Kita yang dah biasa melihat kehijauan Malaysia pun terpegun inikan pula orang yang biasa duduk di hutan batu. Rasa tak hendak kemana-mana!

 

Bilik besar stay sensorang. Tak sangka yang nampak gagah perkasa tidur buka lampu muahahahah... aiyooo buat malu jer

I can see you.... jangan lupa tutup bidai kat bath tub tu kalau tak nak buat tiger show.
 
Balik dari menggua di hari kedua masing-masing pakat berendam dalam air panas di bilik memasing.  Aku berendam sampai merah tapak kaki hehee.. lega rasa urat kaki.


Desain meja yang unik diperbuat daripada keratan melintang batang pokok.

Kolam renang bersaiz sederhana yang aku rasakan kedalamannya 1.2 meter sahaja. Okaylah tu... lifeguard bukannya ada.

Kafe yang dibuka sepanjang hari untuk kemudahan tetamu. Di hujung sana ada private dining room.

Chef Musa Punan showing his skills. Sedap umai yang dibuatnya, ada rasa pedas sikit.

 
Dony order Laksa Sarawak. Saiz makanan yang dihidangkan besar sampai jenuh nak menghabiskan.

Private dining room
 
Sedap betul duduk kat day bed nih
 




The new River Bar

 
Halalkah makanan yang dihidang?
Oleh kerana orang tempatan tidak mampu untuk supply raw material secara konsisten, mereka mendapatkan bekalan dari Miri. Cuma sayur-sayuran sahaja dari Mulu. Daun kari mereka tanam sendiri.
 
Sebagai tetamu yang diraikan, biasanya jika kita datang berkumpulan kita boleh request makanan tertentu dari chef itupun sekiranya ada stoklah. Orang datang sini bukan nak makan sangat. They pay for the ambience and lush green scenery.
 
Yakin ke halal?  Beginilah, bermusafir ada caranya. Kalau kita tak yakin kita makan je lah seafood dan sayur. Lupakan ayam daging yang menjadi makanan ruji buat seketika. Takpun bawa sesiap sambil ikan bilis kacang atau rendang dari rumah, pekkan kecil-kecil. Satu pek untuk sekali makan supaya tak basi. Jangan makanan je nak halal lepas tu mintak orang bawakan ke karaoke yang ada GRO Phillipino. Ngeng sangat. (inilah rungutan seorang Menteri Besar suatu ketika dulu). MMR mendapatkan bekalan bahan mentah halal dari Miri.
 

Bagaimana dengan line internet?
Aku rasa semua menarik di sini kecuali internetnya yang limited. Kalau dah lima orang online hmmm... tak dapatlah. Ko tunggu je lah diorang masuk bilik baru dapat bertenet sambil tidur baring kat area lobi dan open bar ni macam rumah sendiri. Jangan risau, diorang memang tidur cepat sebab dah penat keluar masuk gua hehee... kitorang je macam burung hantu. Lobi itu kami yang punya...!
 
Occupancy rate tinggi bermula Jun hingga September yang kebanyakannya ditempah westerners. Orang German dan Netherland suka ke Mulu. Diorang tu kalau  penuh satu resort pun tak bising, cakap pun berbisik tak mahu mengganggu tetamu lain. Syarikat-syarikat Malaysia pun banyak juga yang mengadakan seminar dan berkursus di sini. Korang jek lah bos mintak buat team building di sini. Lokasinya sesuai untuk percutian keluarga, pasangan, peminat aktiviti lasak, mesyuarat perniagaan dan majlis perkahwinan kecil. Bestttt sangat!
 
 
 Alamat:

Mulu Marriott Resort & Spa
Sungai Melinau PO Box 1145
Mulu
98008 Gunung Mulu National Park
085-42 1121
 
Bagaimana mahu ke Mulu Marriot Resort?
4 pernerbangan MASwings dari/ke Mulu setiap hari. Selain dari Kuching, MASwings juga memberi perkhidmatan Mulu-Miri/Kota Kinabalu. Jadualnya ada di sini.
 

Gunung Mulu National Park, Miri | Lang Cave and Deer Cave

Gunung Mulu National Park, Miri | Lang Cave and Deer Cave | Gunung Mulu merupakan gunung yang tertinggi di Sarawak dan keempat di Malaysia selepas Gunung Kinabalu, Trusmadi dan Tambuyukon- ketiga-tiganya di Sabah. Kerajaan Sarawak, Tourism Sarawak dan Sarawak Travel Board telah berjaya menjenamakan negeri mereka sebagai eco-tourism destination sehinggakan pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua tertinggi tahun lalu.

 
Dengan 80 events sepanjang tahun di seluruh pelusuk daerah, yang dikira sangat aktif, tidak hairanlah mereka berjaya melepasi sasaran 4.5 juta pelancong pada 2014 yang bertumpu kepada percutian dan pelancongan perubatan. Tahun lalu dah dapat 4.8 juta tahun ni mereka sasarkan cuma 5 juta sahaja. Okaylah tu kan, takdelah ambitious sangat walaupun ada banyak produk untuk dijual.
 
Festival kebudayaan dan hiburan tu sebenarnya sampingan jer sebab pelancong yang datang dari jauh seperti Chile, Spain takkan nak duduk seminggu, naik kapal terbang pun 28 jam. Foreigners ni susah kita nak jumpa di tempat tumpuan pelancong Malaysia seperti Serikin, kedai kek lapis dan shopping mall tapi masuklah dalam hutan, ada je diorang ni. Paling dekat di Semenggoh Wildlife Park. Wanita tempatan di pedalaman pun ramai yang berkahwin dengan pelancong asing ni. Tak pergi clubbing pun dapat jugak kahwin dengan omputehs uols.
 
Okaylah, nak tunjukkan gambar gua yang aku pergi hari tu. Gua-gua ini sangat unik dan cantik, berbaloi merembes peluh berjalan kaki berkilometer. Barang baik selalu tersorok kan? Untuk ke sana kenalah naik bot dari Clearwater Cave menuju Park office.




 Jalan jalan jalan jalan jalan....
 


Di Sarawak, highway tidak bertol. Begitu juga di Taman Negara Gunung Mulu. Jadi bila berjalan tu tangan janganlah pegang hand rail takut terpegang these little creatures. Abang kawasan tu...




 Main kilometer je cik Jah ooiiii...
 
Pakej yang biasa diambil pelancong samada 3h 2m atau 4h 3m. Sekiranya kita berhajat nak panjat sampai ke Mulu Summit (Pinnacles) tu kita perlukan sekurang-kurangnya 5h 4m. 24km tu... The Pinnacle tu sangat cantik bila diambil gambar dari atas. Keindahannya setanding Stone Forest di Kunming, China. Tak boleh dibandingkan pun sebenarnya sebab setiap lokasi itu unik.

 Kami tak melepaskan peluang bergambar di pokok yang berusia ratusan tahun.
 
Ini baru gambar intro belum gambar gua lagi heheh..
 
 
Gua Lang (Lang Cave)








Aku selalu tertinggal di belakang sebab banyak kali berhenti untuk  mengambil gambar. Sekali tu kan terdengar diorang ni gelak mengekek-ngekek... apakah??


 
Adam and eve? wakakakak
 
 Adam? Jangan bash aku. Benda ni memang dah ada so anggaplah sebagai educational purposes only. Sex sell anyway.
 

Gua Rusa (Deer Cave)

Lastly kami ke Deer Cave yang tersangat tinggi dan besar. Kelawar pun nampak macam dot dot je sebab tinggi sangat. Pada masa ni bateri kamera memasing dah nyawa-nyawa ikan dah. 4 gua + canopy skywalk beribu gambar diambil. Nasib baik ada handphone.


  Inilah yang dikatakan menyerupai muka Abraham Lincoln.
 


 Nampak tak orang tu?
 
 Dalam gambar ni pun ada orang. Boleh namapk betapa besarnya gua ni?

 
 


Aku ada shoot video bat (kelawar) ni terbang keluar dari Deer Cave bermula jam 5.45 petang tapi tak reti nak tempek kat sini. So kalau korang nak tengok boleh je follow aku kat sini:
 
twitter : @ruggedmom
instagram : ruggedmom2
 
Maka tamatlah lawatan kami ke gua-gua selama dua hari. Ia merupakan suatu kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata... kena tengok sendiri baru percaya. Actually we have another program, night river cruise to enjoy lush tropical rainforest on the banks of Melinau River tetapi apakan daya hujan dan kilat membatalkannya. Kang hangus pulak dalam bot. Bermak tiri pulak anak aku nanti.
 
Lepas ni aku share gambar Canopy Skywalk pulak ye. Tak berapa tinggi 30 meter je tapi guide kami yang bawa ke gua tu tak naik, gayat hahahaa.... nampak je macho hahahaha...
 
 
 











SARAWAK, MALAYSIA-BORNEO ~ WHERE ADVENTURE LIVES
 

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free