Showing posts with label cave. Show all posts
Showing posts with label cave. Show all posts

Sarawak | Teraba-raba di Wind Cave Nature Reserve @ Gua Angin

Sarawak | Teraba-raba di Wind Cave @ Gua Angin | Sebelum ke Fairy Cave kami ke Wind Cave dahulu. Tak jauh, 10 minit sahaja jaraknya.

Kenapa ke gua?
1. Melawat shopping mall is too mainstream.
2. Untuk memperkenalkan anak-anak apa yang mereka pelajari secara teori di sekolah.
3. Untuk menerapkan rasa sayang kepada alam semulajadi.
4. Untuk membuang kepercayaan karut-marut yang sebati dengan masyarakat Melayu.
5. Supaya tiada rasa terkilan andai kata suatu hari nanti khazanah alam ini pupus demi 'kemajuan'.


Okay, kami ke gua yang salah at first hahah... Terfikir juga aku, eh kenapa sikit je ruangnya? Di gua di bawah ini ada patung dan colok. Ingatkan yang ini Wind Cave/Gua Angin jadi kami cari Fairy Cave pula tapi jumpa Gua Angin yang sebenar.

This is NOT Wind Cave @ Gua Angin.

Wind Cave atau Gua Angin telah digazetkan sebagai "nature reserve" oleh kerajaan negeri Sarawak bukan semata-mata untuk memelihara keaslian gua dan hidupan di dalamnya tetapi juga hidupan yang berada di sekeliling gua batu kapur tersebut. Diantaranya pokok bersaiz kecil dan sederhana termasuk Arenga pinnata (atau Inyok dalam bahasa Bidayuh), Arenga Undulatifolia (atau Opip) dan yang besar Calamus Ornatus (atau Wi jelayan).

Trail guide for Wind Cave Nature Reserve, Bau, Sarawak.


Permulaan. Millenial ni aku suruh tengok gua dia sibuk dengan handphone juga.

Gua yang wujud sejak 60 juta tahun dahulu ini dikatakan mendapat namanya daripada angin sejuk yang masuk melaluinya. Memang sejuk nyaman je. Yang banyak hidup di dalam gua ini ialah kelawar (bat) dan swiftlets dengan sarangnya. Ada tempat dimana fosil melekat di atas batu. 

Laluan kayu (plank) sepanjang 1000 meter disediakan untuk kemudahan pengunjung bergerak di dalamnya. Pilihlah laluan mana yang kita nak ikut atau habiskan kesemuanya. Sesekali kan... Tiada sebarang lampu disediakan. Gelap seh... Jadi WAJIBlah bawa lampu suluh yang super power cahayanya, jika tiada boleh disewa dari kat ticket office tu. Mungkin pihak berwajib mahu mengekalkannya sebagai habitat kelawar sebab itu dibiarkan gelap. Ada tempat yang basah jadi berhati-hati ketika berjalan. Elakkan memegang handrail sebab kekadang ada najis kelawar bertempek.

Di penghujung gua, laluan pejalan kaki (plankwalk) membawa ke kawasan berbukit. Sungai kecil yang melalui gua ini bersambung dengan Sungai Sarawak Kanan di hujung utara. Ada kawasan berpasir di sepanjang sungai yang sejuk airnya menjadikannya sesuai untuk berkelah. Di sungai inilah ramai yang akan mandi-manda selepas meneroka keseluruhan gua.  Bilik untuk menukar pakaian juga disediakan. Jadi kalau datang sini bawalah persalinan ya, rugi tak mandi.

Ada kawasan yang agak dalam di dalam gua ini yang berkemungkinan digali oleh pencari emas di tahun 1930an dulu. Tak mustahil kerana di Bau sendiri ada lombong emas iaitu Tasik Biru.

Jom kita tengok gambar-gambar Wind Cave!









Gua ini tidak ekstrim jadi ia sesuai untuk lawatan santai melihat alam bersama teman dan keluarga. To me gua ini biasa sajalah, tak secantik Fairy Cave. Dari Wind Cave ke Fairy Cave tak sampai 10 minit pun naik kereta. Kalau berjalan kaki 35 minit.


Tips ke Wind Cave @ Gua Angin
1. Pakailah pakaian yang bersesuaian, berbaju lengan panjang yang strechable dan mudah kering lebih baik.

2. Jangan pakai kasut yang sudah haus tapaknya, you might slipped.

3. Jika ada topi, pakai. Bukan apa, bimbang kelawar atau burung cretttt... atas kepala hang. Nasib nasiblah kan.

4. Bawa lampu suluh yang boleh tembus ke jantung hati. Gitew.

5. Lebih baik kita pergi dengan tour guide kerana dia boleh memberikan penerangan lebih jelas mengenai gua tersebut.








Sarawak | Tiada kata-kata untuk menggambarkan keindahan Fairy Cave @ Gua Pari-Pari

Sarawak | Tiada kata-kata untuk menggambarkan keindahan Fairy Cave @ Gua Pari-Pari | Pasar Sarikin sangat sinonim dengan Kuching (nanti baca tempat-tempat menarik di Kuching di sini). Sebab itulah ramai yang merancang percutian di bandaraya ini melibatkan hari Sabtu dan Ahad kerana Pasar Sarikin ditutup pada hari-hari lain. Pasar ini terletak di daerah Bau, dimana yang sebenarnya ada lokasi lain yang tak kurang menariknya terutama kepada nature lovers and adventure seeker.

Pekan Bau hanyalah 20km dari bandar Kuching, dalam 40 minutes drive. Bau yang dahulunya terkenal sebagai kawasan melombong emas dan dilengkapi sebuah kem tentera kini semakin popular dengan dua show caves batu kapur iaitu Wind Cave dan Fairy Cave. 

Fairy Cave atau Gua Pari-Pari mendapat namanya daripada binaan stalagmite di pintu masuk yang kelihatan seperti dewa yang dipercayai oleh kaum Tionghua. Yang meminati sukan rock climbing juga akan melakukan aktiviti lasak mereka di Fairy Cave. Gua ini hanya 10 minit dari Wind Cave (Gua Angin) dan biasanya pelancong akan ambil pakej pergi ke dua dua gua ini.

Untuk masuk ke Fairy Cave bayaran RM1 dikenakan. Sangat murah kan? Aku berharap segala gua dan nature reserve di Malaysia ini KEKAL dibawah seliaan agensi kerajaan supaya kita tidak 'terdera' oleh bayaran masuk yang tinggi. Toksah ikutlah negara lain tu... benda dah wujud semulajadi pun hendak dicaj sampai berpuluh beratus ringgit? Takkan kos buat toilet dan gerai habis berjuta ringgit kot?


TAK SABAR NAK MASUK GUA
Selepas membayar entrance fee teruslah kita bakar lemak naik tangga setinggi bangunan empat tingkat untuk ke mulut gua. Tips memanjat tangga: Teruskan langkah, jangan pandang atas 😁. JANGAN CEPAT MENGAKU KALAH, anak ai yang berumur empat tahun tu tak mengeluh pun tauπŸ’ͺ . Balik ke Kuching kita upah dia aiskrim gula apong.

Biasalah bila masuk ke dalam gua suasanya agak gelap dan lembap disebabkan titisan air dari bumbung gua. Berbanding Wind Cave, gua ini lebih banyak ditembusi cahaya. Untuk melihat pemandangan yang lebih hebat, kita kena panjat tangga kayu yang agak curam tetapi tidaklah sampai empat tingkat. Sikit je tapi berhati-hati kerana tangga ni basah. Jika anda mengalami claustrophobic harap dapat bersabar sekejap kerana sesuatu yang hebat menghampar di hadapan. Sungguh!

Bila sampai di atas masyaAllah cantiknya.... besar betul gua tu dengan batu kapur beraneka bentuk dan moss yang menghijau segar dalam suhu lembap. Banyak cahaya dapat masuk di dalam Fairy Cave ni dan disesetengah tempat terasa sejuk berangin. Untuk explore ikut sahaja foot path dan tangga yang disediakan.

Dah sedia...??

Naik tangga empat tingkat ini dulu.


Gambar ini tak cantik, tidak menggambarkan keadaan sebenar. You kena tengok sendiri.

Mulut Gua Pari-Pari (Fairy Cave).









Bagaimana untuk ke Fairy Cave?
Kebiasaannya para pelancong akan mengambil half-day tour package yang cover Wind Cave dan Fairy Cave yang akan mengambil masa kira-kira empat jam. Kosnya RM100 seorang. Disebabkan kami ramai dan nak singgah beberapa tempat dalam laluan yang sama kami sewa van dari Go Travel Holiday Sdn Bhd dan bergerak mengikut signboard. Jimat masa dan duit. Kalau nak sewa call En Malik 016-8889432. Maklumat lain tentang van di sini.

Di Kuching ada syarikat yang menyewakan kereta dan skuter juga.


Cara ke Fairy Cave dengan bas
For the cheapest mode of transport, naik bas ke pekan Bau di terminal bas Jalan Masjid di bandar Kuching. Kemudian tukar ke bas nombor 2 menuju Krokong. Beritahu pemandu bas yang kita ni nak ke Fairy Cave nanti dia akan turunkan di persimpangan ke Fairy Cave then you have to walk 1.5km. Sanggup? hahahha... sewa skuter je lah beb.


Waktu lawatan:
8.30 pagi hingga 4.30 petang

Bayaran masuk: RM1


***Untuk membaca kisah caving saya di Taman negara Mulu sila lihat di sini, sini dan sini.


Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free