Showing posts with label blogger wanita. Show all posts
Showing posts with label blogger wanita. Show all posts

Bayou Lagoon Park Resort, Melaka

haa...kali ni nak story mory percutian 3 hari 2 malam main air di Bayou Lagoon Park Resort splash splasshhh gitu. Apalagi yang lebih menarik di cuti persekolahan ni selain menikmati saat gembira bersama keluarga di water park dalam sebuah resort? Bukan untuk yang berkeluarga sahaja, kem bina insan syarikat korporat pun boleh diadakan di sini.



Berlokasi di Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, Melaka, terdapat dua buah blok yang dinamakan Tahiti dan Amari Villa dengan bilik studio, apartment dua dan tiga bilik serta penthouse. Hanya berjarak 20 minit dari Melaka Bandaraya Bersejarah dan berdekatan kawasan pelancongan Ayer Keroh, resort ini menjanjikan akses yang mudah untuk melihat seni dan budaya yang unik di Melaka.


Foto from Bayou Lagoon's website

Dianugerahkan dengan 4 star ratings oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan malaysia, room facilities adalah seperti yang selayaknya siap dengan saluran astro. Aku tak heran pun dengan saluran tv ni, takde masa nak menonton, lebih baik aku berendam dalam jakuzzi. Coaster 25 seaters also available to ferry you to town.

Selain daripada dua gelongsor air yang utama, Bayou Lagoon Park Resort juga menyediakan perkhidmatan rekreasi yang lain seperti mini water polo, paintball sessions, bicycle and tricycle rides, bumper car dan beberapa lagi untuk memenuhi kehendak pelanggan yang pelbagai.






Apa yang lebih menyeronokkan daripada bercuti rehat bersama keluarga di sini? Cuma dua jam berkereta dari Kuala Lumpur...dekat sangat. Nak bergossip pasal artis pun tak sempat, dah sampai. Nak bercerita fasal pilihanraya kecil kat Kelantan nun apatah lagi...memang tak sompek. Dekat sangat dengan Seremban. Sebatang rokok seludup jer...hahaa


 
Sebelum pergi Roman Collosseum yang sebenar boleh berangan sambil bergambar dulu di sini. Semuanya bermula dengan angan-angan...kalau tiada impian susahlah nak sampai. Aku memang rajin berangan huhuuu


We had our team building activities on the second night. Biasanya tak buka memalam but this one special case lah kan. Kalau company uols nak buat team building i suggest di awal pagi atau petang. If in the afternoon dik, paneh bedonting!

Di antara ikan berwarna oren dan dolphin tu ada water bucket. Bila dah penuh je air akan tumpah ke atas gelongsor. Seronok wehhh! Semua gambar yang aku ambil ni diawal pagi sebab tu belum meriah benar lagi...bebudak masih dibawah selimut.


Kalau nak terjun tiruk di sini, baru puas berenang. Water park tu setakat basahkan spender bolehlah, dah tempat budak-budak kan? Buat dalam dalam karang lemas pulak.


Terdapat 309 buah studio room di resort ini dengan keluasan setiap satunya 491kps. Memang luaslah, siap dengan sofa dan mini bar counter. Cuma katilnya bukan saiz super single tetapi setiap bilik ada jakuzzi, tu yang mandi berjam jam.

Yang di bawah ini gambar penthouse. Untunglah maid kita...siap ada bilik sendiri kat penthouse.
 

Pandai sungguh mereka menghidang. Kita yang tak berapa gemar tauhu sumbat pun boleh tergoda.

Ni idea nih. Selalunya lauk pengantin udang ea asik manjek noneh yo...lain kali buek macam ni pulak.

 Orang kuat dapur bersama Mr Seow Cheng Swee, CEO Bayou Lagoon Resort. Makanan melimpah ruah malam tu...bertuahnya tinggal di Malaysia.

Kalau bosan sangat tak ada apa-apa yang nak dibuat bolehlah lepak di sini. Gambar ni diambil di awal pagi, gamers nya pun belum bangun lagi kot.
 

Untuk meeting dan events pula, segala kelengkapan yang diperlukan seperti LCD projector, screen, conference system dan TV disediakan. Meeting room, pavilion dan kanopi sedia disiapkan untuk majlis anda. Discuss je dengan mereka. Masa aku ke sana ada program pelajar matrikulasi seluruh Malaysia kot. Ramai betul masa tu. Itu belum lagi kumpulan lain yang mengadakan kursus di sana. Kelebihan tempat ini selain ianya masih baru, ruang mesyuaratnya banyak, biliknya juga banyak.

Lagi satu yang best, Bayou 9D Theatre! 9D ko...yang aku pernah jumpa 4D je kat Geopark Langkawi tu. Teater 9D yang pertama di Melaka dengan teknologi terkini. Deria kita akan distimulasikan dengan wayang 3D yang menarik (tapi yang zombie tu tak syoklah) dengan kerusi yang boleh digerakkan mengikut penceritaan. Efek dramatik seperti kilat, buih, hujan, salji, angin, api dan sebagainya. Jenuhlah kalau nak taip semua heheee...


http://www.bayoulagoon.com.my/BLR.Upload/BLR-EN-US/CMS/Promotions/Artwork.jpg

Pakej perkahwinan pun ada bermula dari RM788 semeja untuk 10 orang. An event last a day, memories last forever. Buat yang terbaik walaupun tak mewah biar jadi kenangan manis seumur hidup. Kenduri kahwin ni sekali je dik. Mana ada orang buat kenduri no 2 meriah tak hengat, nak kena 'potong' dengan yang no 1? hahaaaa....berani le ko.

Bayou Lagoon juga telah memperkenalkan premier membership card yang banyak kelebihannya. Terdapat 10 benefits untuk pemilik kad keahlian ini. Sesuai sangatlah kepada parents yang suka membawa anak-anak ke water park. Sila semak website Bayou lagoon untuk maklumat lanjut ya. Dan,  grand launching akan diadakan 7 Oktober ini.

Sila sila silalah ke sini...

Bayou Lagoon Park Resort
Amari Villa
Jalan Wakaf Utama
75450 Bukit Katil
Melaka

Tel   : +606 2330 888
Faks: +606 2533 888
Emel: reserve@bayoulagoon.com.my
Website: www.bayoulagoon.com.my














Travelog Bandung | Apa lagi yang u all nak tau?

I try to make my blog as informative as i could ya.



Apa lagi yang tertinggal ek?

If u all nak cari buku-buku terpakai, ada dijual di tepi-tepi jalan di Padjajaran tapi aku tak sempat nak singgah..tu yang buat aku mau kembali ke sana. Kalau kita biasa tengok filem Indonesia seperti Ada Apa Dengan Cinta depa cari buku-buku yang rare di tempat sebegini. Toko buku pun ada tapi tak ingat pulak nama yang disebut supir kami tu.

Aku jugak bukan nak menggalakkan beli dvd cetak rompak tapi sangaaatttttt banyak kat sana pada harga 5k rupiah sekeping (copyright atau right to copy?hmm). Mustahil tak tertawan. Dalam takut takut nak bawa balik tu beli jugak but not Malaysian film lah kan...action movie Korea.

Sesampainya anda di sana belilah prepaid, kesian anje2 yang tinggal kat rumah. Tulis lah kat mana mana no baru tu sebab masa nak top-up nanti tak la tergagau-gagau macam aku hari tu. Kekadang dia orang tak jual kad prepaid yang murah tu. Sudahnya terpaksa beli yang IDR50k, ada banyak lagi balance ni...ingat nak bagi je kat supir tu tapi tak tau lak camana nak transfer. Daripada expired lebih baik bagi kat orang kan? Memberi lebih baik..

Kalau u all nak naik taxi Bluebird/Gemah Ripah kat atas teksi tu ada logo depa. Teksi-teksi ni saja yang guna meter and it's starts at 6k per ride. Kat entry yang aku pergi Kebun Binatang tu yang ada gambar taxi tu...dia dah sembelih aku 25k ke 30k rupiah. Yg lelain pun sama. Aku ni kalu dah taxi tu berhenti malu pulak nak cakap tak jadi sebab aku yang tahan dia minta berhenti.

Kat Bandung Electronic Plaza ada komouter dan handphone macam Low Yat Plaza la kat sini tapi Low Yat is bigger. Penuh student U kat sini. Yang aku gerammm sangat masa aku meronda kat situ ada satu couple kat depan aku berjalan sambil berpeluk melenggang-lenggang...aduyaiii..bonci amek den! Lembap ya amat! Nak potong tak boleh sebab orang ramai terpaksa la ikut bontot dia, nasib baik aku tak amik gambar kalu tak sah muka dia ada kat sini. Aku tak sabar betul la dengan orang yang berjalan macam mengira tapak ni.

Clothings kat Factory Outlet takde la murah mana pun tapi ada banyak FO jadi banyak la choices. Some of the clothings tu barang reject dan sebahagian lagi (termasuk beg) aku rasa imitation. Pilihan memang BANYAK! Dan barang-barang ini dibuat di kilang-kilang dalam Indonesia. Ada 3 tempat FO: Jl Riau, Jl Dago n Jl Sukajadi. FO Jl Riau rasanya lebih mahal.

Bila di sana minimize our conversations especially tempat yang boleh tawar- menawar. Terlebih bercakap nanti mereka bisa tau ketebalan poket hangpa semua.

Tak semua sales assistant/seller tu tau jenis kain yang depa jual main hentam semua telekung cotton je padahal ada kain poliester. Japanese cotton kat sini memang murah bangat dan banyak. Yang harga RM26 p/m kat Jakel jauh murah di sini.

Kalau hangpa nak pi Bandung pi sesenyap jer dah balik baru cerita. Kalu ada orang kirim barang minta duit siap siap kalau tak cukup tambah kendian kalu tak kerja menyoping untuk diri sendiri akan terbantut.

Kalau aku pergi tempat baru aku duduk hotel murah je sebab nak explore tempat tu dari subuh sampai subuh esok heheheheh...kalu aku duduk hotel murah rm30 sehari seorang sebilik sama jugak dengan orang yang duduk hotel rm120 sehari share 3 org sebilik. I have the privacy. But bear in mind quality nya ngak sama donk. Yang sama atau lebih baik hospitality saja. Pada aku janji bersih sudah...senang bawa aku ni tak cerewet. Bawalah aku...

Bawalah ubat-ubatan anda. Aku bawa panadol n pil chi kit tek aun. Pil ni kalu kat rumah mak mertua aku wajib ada time raya..mesti ada penggunanya. Aku terlupa bawa minyak angin hari tu...

Penjaja makanan memang ramai. Bila tengok customer dia makan huiii..macam sedap jek tapi aku tak cuba except tauhu goreng itupun staf hostel tu bagi, "cuba dulu neng.."

Kalau bawa anak-anak bersabor le banyak-banyak bila kena racun dengan para penjual mainan nih...kalau anak aku ikut hari tu mau kelat memanjang muka aku sampai balik..stress..stress...

Apa lagi ek? Kalu ingat nanti aku tambah lagi.

Oh ya, aku suka berjalan kaki seperti masa pergi London dulu. Tu yang jumpa kedai jual barang-barang dan souvenir murah masa kat sana. 1 pound 1 barang murahlah tu...6 hengget Msia. Kat Bandung ni if tour guide tu bagi 4 jam kat Pasar Baru shopping ler cecepat lepas tu pergi tengok kat luar building tu pulak. Terbukak luas mata tu nanti.

Apalagi? Apalagi? Nanti la kalo ingat aku tambah....

Gambar2 Liga Super NS vs Perak

Ohhh baru kutahu rupa2nya Ayu Raudah ada kat Stadium Paroi hai tu..meneman, menonton n memberi semangat kpd Zaquan Adha le tu. Lan Pet2 pn ada katanya... Kalau lah ku tahu sedari awal boleh la aku buat muka kesian kat mintak msk kat restricted are tu...huhuhu..terlambat sudah!

I've tried to upload sekaligus 10 pics tp tak klr pulak but u can look thru my fb for the other pics. Photos taken using Canon 550D + 18-200mm. Masa amik gmba jauh2 ni la teringat balik kat 70-300mm yg dah ku let go bln 4 hr tu hmmmm..

Nak salahkan customer yek?

Lappy aku ni bt hal lg kekadang detect E:/ sometimes tak blh pulak. Ndak2nya time kita perrrrlluuuuuuu sgt dia bt hal lah pulak. So today bt x keduanya aku bwa ke kedai tp berbeza premis.

Technician tu dah biasa dgn aku n phm problem lappy aku nih tp yg geramnya bila dia on aje okay le pulak nate ni. Kat kdai yg lagi 1 hr tu pun sama. Tgh2 aku burn dvd baliklah si bos ni. Dah greet aku tanya problem apa lps tu dia kata:

Bos kedai : Ni okay je ni blh burn
Aku : Kekadang ok kekadang tak...
Bos kedai : Kalau semua okay user mistakes la ni..
Aku : (berasap sket) Dah 3 hr dia tak detect
Bos kedai : Cannot be..maybe user
Aku : (tune pun dah lain) Dah 3 hr tak blh guna sblm ni blh
Bos kedai : okay..okay..

Haiyaaa...aku dtg kedai ko dgn masalah yg aku sdh tau tp tak blh nak selesai sndiri yg ko p kata aku punya salah apasal? Bila ada prob dgn laptop ni je aku ngadap kedai ko tp bukan ko yg settlekan, mana ko tahu sejarah laptop ni..geram pulak aku.

Yang nk bergaduh dgn customer ni apahal? Mmg la aku buta IT tp tak la spai tahap bengap terus. Mengong!

Kebun Buah-Buahan


I kasi up ini gambar dulu lah ye. If sempat hari ni jugak cite kisahnya.

Nota: Muncung keta tu bkn aku punya

Dulu masa memula ddk sini dpn tu kosong lengang. Cukup masa tumbuh la lalang sama tinggi dgn aku..kekadang higher.

Lps tu comp my husband introduce shift work seminggu siang mgu dpn mlm pulak 8-8. "Mcm guard la bang", aku kata kat dia hehehhe... My hubby ni minat bertani, blh pulak bertukang (gobok kasut dgn coffee table kat rmh ni dia yg buat). Tapi nak tempah kat dia mkn thn. So bila dia balik dr shift mlm lps breakfast dia akan sambung keja kat kebun dpn rmh pulak spai zuhur. Dulu mcm2 tanaman jgka pendek ada mcm keledek, cili bsr, cili padi selain pokok2 yg besar tu. Asalnya tanam serai n cili tu sbb kena beli sekali rm2 padahal nak sebatng je serainya pun yg lain2 kecut dlm peti ais. Cili api setin sardin kecik rm2, 2 mgu pun ada lg kat peti ais tu. So dia tanam lah....mula2 skt je lps tu jadi seronok pulak spai dkt 100 pokok. Jiran2 pun rajin buat lawatan sambil belajar (kekadang aku tgk dia org dtg mcm peg FAMA pun ada). Kalau depa jgk hr Khamis siap dgn baju batik n handbag tak ke mcm peg pertanian tu? Bila dah terlebih byk kami jual le kat jiran, tmpat keje, kantin tmpt keje. Laku wehhh...org negori makan podeh! Cili api pun merahhhhh tak mcm yg beli kat pasar nun.

Keledek pun dia tnm, puas la kami suma mkn keledek. Goreng pucuk keledek, pengat keledek, goreng keledek, gulai pucuk keledek...yg ni tak jual, saja2 tnm mkn sama jiran.

Now keje my husband back to normal 8am-8pm so takda masa nak berkebun. Weekend pun keje except kalo we all pg jln2/blk kg. Yg tinggal cuma pokok2 besar tu ajelah n serai, pandan, cili, kacang botol nk buat ulam. Pokok2 tu suma dh mengeluarkan hasil kecuali durian tapi... bukan semua kami punya...gempak je lebihkan! Some of it my neighbours yg punya tapi kat sini hartamu hartaku jua. Tanah tak byr cukai katokan...Amik le takdehal. Bukannya kami blh mkn spai hbs pun ye tak? Ada lg yg tak nampak kat situ like jambu air, jambu batu, kuini, pisang nipah and so on. Tapi ada pulak malaon yg berniaga pisang main tenang je pokok pisang yg dah tua tu, amboiiii....senangnya nak hidup! Kita ni dok menunggu hasil dia pulak yg menuai byk cantik muko kau!

Why we all tanam bersesak2 kat blh belakang? Sbbnya...dulu ada org mintak buat playground kat situ so we were worried nt pokok dh bsr kena tebang pulak to make way projek tu. Lagipun tu bukan tanah kita org bila2 depa blh amik balik. Remember projek udang harimau di Kedah dulu? Padi dah menguning dah masa tu..menangis petani2 tu. Tu tanah sendiri tu org blh buat mcm tu.

Eh! Takde ke pegawai Felda yg baca entry ni? Kalo sesapa blh forward tlg fwdkan ek. Teringin benar aku nak ddk kat felda nun (NS je lah). Dah pg ke pejnya tapi tak berhasil pulak. Aku minat ni...sungguh!!

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free