Showing posts with label berkelah. Show all posts
Showing posts with label berkelah. Show all posts

2D 1N @ Permaisuri Resort, Port Dickson- Day 1

Time cuti sekolah panjang macam sekarang ni elok kita bawak anak-anak dan mak anak-anak berjalan makan angin cuci mata. Tak dapat yang jauh dekat pun boleh asalkan keluar dari rumah walaupun rumah tu 'rumahku syurgaku'. Terperap dan terpengap dalam persekitaran yang sama pun tak best jugak.


So bergeraklah kami ke Port Dickson atau bahasa istananya Pedeksen.

sudah sampai maaaa....tangkap gambar dulu jadi bahan bukti. Dah besar nantit jangan kata mak pak korang tak bawak jalan jalan pulak.

Adik menangis kena sakat. Dah la kawan tu baru bangun tidur, ada orang aje nak sakitkan hati dia

Jalan-jalan cari bilik....best jugak ea kalau dapat duduk condo sendiri. Kalau berduit pun aku belum berani invest kat resort apartment...risky wehhh

TARA!!!..............haaaiiiiii !!!!! ni baru sebahagian...

Luas suite Permaisuri Resort, Port Dickson ni, promo cuti sekolah dapat rm450 if not kena ikut harga dalam website dia. Resort baru yang selesa. Aku rasa keluasannya lebih kurang Ilham Resort but i think the interior of Ilham is nicer but swimming pool kat sini mmbuatkan jiwa kanak-kanak tak keruan eventhough tak sebesar Tiara Resort (Tiara takde pantai). Setiap resort ada konsepnya sendiri dan aku memang suka resort kat pantai atau kawasan pergunungan.

senja nan indah

Bilik kedua dan ketiga sama besar. Katil ni aku dah kemas sikit untuk bergambar, realitinya?.... dah tunggang-langgang !

selesa, nak berjemaah 2 orang pun boleh

in master bedroom, shower kat belakang pintu tapi takde skrin mandi

ramai budak kecik macam-macam perangai....kat bawah meja ada.....

dalam bilik pun ado!

datang lagi segerabak

apa-apa hal pun isi perut dulu okay...

After that we all berangkat ke tepi pantai for bbq pulak. Penuh 1 lift, nasib baik masa aku masuk tak bunyi tet..tet..tet.. Kalau tak, jadi bahan la jawabnya hahaa..

Book cepat weiii sapa nak join 31/12 and 1/1/2011 ni. Masa kami Permaisuri Resort, Port Dickson ni pun dapat 1 malam je kat sini sebab booking last minute...penuh koooo....

Hotel/resort kat PD selalu penuh during weekend maybe because of its closeness to KL and they offer hotel room, apartment, suite for you to choose depending on your budget. Ada dua water chalet - Avillion and Legend (siap private pool kalau nak)

Anak eden ni lagi dilarang laaagiiii dia main pasir tu

Blackberry crash course

Masa kita bakar2 nih ada satu group lagi kat sebelah- group 'adik2'. Dia bagi we all satu bekas sosej dah siap masak dan salad sekali, berebut beb! Sodap bona ghaso salad tu.


Private beach ni okay la...tapi jangan ko expect air laut kat PD ni macam kat Tioman ke Redang ke tapi lagi bagus daripada Tanjung Bidara. Tak percaya? Percayalah!

Kami yang pompuan ni bersembang sampai pkl 3 pagi -dok dalam bilik ramai2. Yg lelaki 2 org je tengok bola kat living room sambil bagi makan jin (smoking). Dia punya asap....fuhhhh...lomeh den.

Buat keputusan dgn akal bkn dgn kuasa

One day i went to one of the politician office's in Jempol locality. Kena q u..rame beno peminatnya. Non- it to mention name lah ye karang dikata membodek pulaks.

Aku terdengar le cik kiah bertiga  ni ngadu kat YB tu tntg masjd/surau kek tompek dio tu..ntah pasal org menumpang ke pasal apa tak taulah sbb krg jelas pd pendengaran aku yg kat luar bilik tu. Yang pasti mereka minta pendapat YB tu blh ke tak nak kunci tempat awam tuh. Boleh ke? Tempat awam tu..bkn buat dr duit sorang umat atau satu2 parti politik. Tu pun nak tanya YB, boring YB tu agaknya takleh nak pikir sendiri.

YB ni jawab:
"Kito tak buleh kunci doh..dibuek ea kang ado musafir waktu pulak dah nak habih..disbbkan kito kunci mesojid tu dio tak dapek samayang, kang kok kito yang kono tanggung doso ea"

Waa...aku respek la kt dia. Tak kiralah dia jwb tu ikhlas ke tak tapi itulah jawapan yang menggunakan akal bukannya kuasa. Nantilah kok MB tanyo den bg taulah YB mano, buleh dio bertanding laie sok heheheh...
Bukannya spt tuttttt...bila dua puak bertelagah disuruhnya tutup surau, camana org dt2 situ nak berjemaah. Skrg ni ambik kau..merata2 blog org dok baraikan kisah peribadi dia. Malu..malu..walaupun buat muka tak malu.

PD lagi

Since kami spai awal kat PD hr tu kami singgah la kat masjid RAMD/Al-Mutaqilin (kalo tak silap) utk solat maghrib.

Masa nk spai kat bhg wuduk pompuan yg gelap kat bhg luar tu aku nampak sorang lelaki ddk kat tepi pintu. Aku pun terjenguk2 la tgk signage, dr jauh mcm logo pompuan bertudung, apahal lak jantan ni kat sini? Aku ni nak ambil air semayang, nk kena bukak tudung.. dlm pada terjenguk2 tu..

"kak nak semayang ka?" laa...pompuan cik jah..pelatih yg tgh training jd askar. Heheheh sori le ye

-----------------------------------------------------------------------------------

Cuti sekolah ni aku berazam nak bawa anak2 melawat muzium Tentera Darat kat Port Dickson tu. Depa tk merasa kehidupan jadi anak askar like me. Walaupun jd askar ni dah tak popular mcm dulu2 but i want them to know and understand the sacrifices that the arm forces have done to the country. Tinggal anak tinggal bini. Aku ingat lagi mak aku nangis dapat surat dari abah yg beraya dlm hutan lebih 20 thn dulu. Abah pernah patah tgn eksiden dlm hutan jugak.

Dulu we all ddk kat kem askar yg flat 2 bilik je. Sbgai bdk2 mmg best ddk dlm kem ni, lbh selamat dan seronok. Pg sklh naik 'feri sekolah'. Dulu heran gak apasal dpanggil feri sbb takde laut pun. Bila dh sklh baru tahu "...ferrying students to and from school". Tak sia2 blaja ckp omputeh. Satu petang tu ada sorang budak djh satu ni berak dlm seluar so sume bdk2 bsing la busuk..busuk..lps tu pakcik yg escort to kata "sapa tak tahan boleh turun!". La..kita org lak yg kna turun..kahkahkah..

Berkelah di Ulu Bendol

Ahad lepas famili mak teh, maksu n uwan ajak aku join depa picnic kat Ulu Bendol. Masa Amir sms i just ignored and never tell my children. Kalau tak kecoh la. Sejam lps tu makteh pulak call "jom la ke sini bla bla bla". Since aku dah siap masak so tapau la. Mcm makcik2 lak siap bawak bakul bagai. Anak2 punya la suka main bola dlm air. Si kecik Azmin pun tak mau kalah, tk naik2 even dh menggigil. Tapi sayangnya tak bawak kamera sbb org rumah tak ikut sekali-kono kojo! Camana lak aku nak mengendong kamera yg berat tuh dgn bakul nasi dan bdk kecik sekali?

next time..next time..

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free