Showing posts with label beautiful malaysia. Show all posts
Showing posts with label beautiful malaysia. Show all posts

Bayou Lagoon Park Resort, Melaka

haa...kali ni nak story mory percutian 3 hari 2 malam main air di Bayou Lagoon Park Resort splash splasshhh gitu. Apalagi yang lebih menarik di cuti persekolahan ni selain menikmati saat gembira bersama keluarga di water park dalam sebuah resort? Bukan untuk yang berkeluarga sahaja, kem bina insan syarikat korporat pun boleh diadakan di sini.



Berlokasi di Jalan Wakaf Utama, Bukit Katil, Melaka, terdapat dua buah blok yang dinamakan Tahiti dan Amari Villa dengan bilik studio, apartment dua dan tiga bilik serta penthouse. Hanya berjarak 20 minit dari Melaka Bandaraya Bersejarah dan berdekatan kawasan pelancongan Ayer Keroh, resort ini menjanjikan akses yang mudah untuk melihat seni dan budaya yang unik di Melaka.


Foto from Bayou Lagoon's website

Dianugerahkan dengan 4 star ratings oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan malaysia, room facilities adalah seperti yang selayaknya siap dengan saluran astro. Aku tak heran pun dengan saluran tv ni, takde masa nak menonton, lebih baik aku berendam dalam jakuzzi. Coaster 25 seaters also available to ferry you to town.

Selain daripada dua gelongsor air yang utama, Bayou Lagoon Park Resort juga menyediakan perkhidmatan rekreasi yang lain seperti mini water polo, paintball sessions, bicycle and tricycle rides, bumper car dan beberapa lagi untuk memenuhi kehendak pelanggan yang pelbagai.






Apa yang lebih menyeronokkan daripada bercuti rehat bersama keluarga di sini? Cuma dua jam berkereta dari Kuala Lumpur...dekat sangat. Nak bergossip pasal artis pun tak sempat, dah sampai. Nak bercerita fasal pilihanraya kecil kat Kelantan nun apatah lagi...memang tak sompek. Dekat sangat dengan Seremban. Sebatang rokok seludup jer...hahaa


 
Sebelum pergi Roman Collosseum yang sebenar boleh berangan sambil bergambar dulu di sini. Semuanya bermula dengan angan-angan...kalau tiada impian susahlah nak sampai. Aku memang rajin berangan huhuuu


We had our team building activities on the second night. Biasanya tak buka memalam but this one special case lah kan. Kalau company uols nak buat team building i suggest di awal pagi atau petang. If in the afternoon dik, paneh bedonting!

Di antara ikan berwarna oren dan dolphin tu ada water bucket. Bila dah penuh je air akan tumpah ke atas gelongsor. Seronok wehhh! Semua gambar yang aku ambil ni diawal pagi sebab tu belum meriah benar lagi...bebudak masih dibawah selimut.


Kalau nak terjun tiruk di sini, baru puas berenang. Water park tu setakat basahkan spender bolehlah, dah tempat budak-budak kan? Buat dalam dalam karang lemas pulak.


Terdapat 309 buah studio room di resort ini dengan keluasan setiap satunya 491kps. Memang luaslah, siap dengan sofa dan mini bar counter. Cuma katilnya bukan saiz super single tetapi setiap bilik ada jakuzzi, tu yang mandi berjam jam.

Yang di bawah ini gambar penthouse. Untunglah maid kita...siap ada bilik sendiri kat penthouse.
 

Pandai sungguh mereka menghidang. Kita yang tak berapa gemar tauhu sumbat pun boleh tergoda.

Ni idea nih. Selalunya lauk pengantin udang ea asik manjek noneh yo...lain kali buek macam ni pulak.

 Orang kuat dapur bersama Mr Seow Cheng Swee, CEO Bayou Lagoon Resort. Makanan melimpah ruah malam tu...bertuahnya tinggal di Malaysia.

Kalau bosan sangat tak ada apa-apa yang nak dibuat bolehlah lepak di sini. Gambar ni diambil di awal pagi, gamers nya pun belum bangun lagi kot.
 

Untuk meeting dan events pula, segala kelengkapan yang diperlukan seperti LCD projector, screen, conference system dan TV disediakan. Meeting room, pavilion dan kanopi sedia disiapkan untuk majlis anda. Discuss je dengan mereka. Masa aku ke sana ada program pelajar matrikulasi seluruh Malaysia kot. Ramai betul masa tu. Itu belum lagi kumpulan lain yang mengadakan kursus di sana. Kelebihan tempat ini selain ianya masih baru, ruang mesyuaratnya banyak, biliknya juga banyak.

Lagi satu yang best, Bayou 9D Theatre! 9D ko...yang aku pernah jumpa 4D je kat Geopark Langkawi tu. Teater 9D yang pertama di Melaka dengan teknologi terkini. Deria kita akan distimulasikan dengan wayang 3D yang menarik (tapi yang zombie tu tak syoklah) dengan kerusi yang boleh digerakkan mengikut penceritaan. Efek dramatik seperti kilat, buih, hujan, salji, angin, api dan sebagainya. Jenuhlah kalau nak taip semua heheee...


http://www.bayoulagoon.com.my/BLR.Upload/BLR-EN-US/CMS/Promotions/Artwork.jpg

Pakej perkahwinan pun ada bermula dari RM788 semeja untuk 10 orang. An event last a day, memories last forever. Buat yang terbaik walaupun tak mewah biar jadi kenangan manis seumur hidup. Kenduri kahwin ni sekali je dik. Mana ada orang buat kenduri no 2 meriah tak hengat, nak kena 'potong' dengan yang no 1? hahaaaa....berani le ko.

Bayou Lagoon juga telah memperkenalkan premier membership card yang banyak kelebihannya. Terdapat 10 benefits untuk pemilik kad keahlian ini. Sesuai sangatlah kepada parents yang suka membawa anak-anak ke water park. Sila semak website Bayou lagoon untuk maklumat lanjut ya. Dan,  grand launching akan diadakan 7 Oktober ini.

Sila sila silalah ke sini...

Bayou Lagoon Park Resort
Amari Villa
Jalan Wakaf Utama
75450 Bukit Katil
Melaka

Tel   : +606 2330 888
Faks: +606 2533 888
Emel: reserve@bayoulagoon.com.my
Website: www.bayoulagoon.com.my














Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free