Showing posts with label airport. Show all posts
Showing posts with label airport. Show all posts

Tempat 'Parking' Jimat Untuk Ke KLIA / KLIA2

Tempat 'Parking' Jimat Untuk Ke KLIA / KLIA2 | Untuk orang yang beralamatkan Kuala Lumpur tambang bas ke KLIA/KLIA adalah murah, hanya RM9 sehala. Bagi orang yang tiada akses mudah kepada pengangkutan awam, menggunakan kenderaan sendiri mungkin lebih praktikal terutamanya jika membawa anak kecil. Tambahan pula jika hanya mahu berada sehari dua di luar kawasan, melawat ibu bapa di Kuching misalnya.

Eh, sebenarnya kita nak parking di airport sana tu bukan sebab nak melancong saja... nak hantar saudara-mara pergi umrah pun kita pakat gi reramai ye tak? Yang pergi umrahnya dua orang saja tapi yang menghantar dua tiga kereta. Aku nanti kalau pergi umrah nak ikut cara Professor Mohd Kamil Ibrahim, pergi sendiri je supaya boleh khusyuk bermula dengan langkah pertama. InsyaAllah.

KLIA2 kita tu macam shopping mall, macam macam ada. Nak shopping dan makan makan mana cukup sejam, sebab tu lah kita cuba cari tempat parking alternatif supaya lebih banyak duit boleh 'dihantar' ke kedai. 

Semasa penerbangan tambang murah beroperasi di LCCT lama, ada satu parking lot yang mengenakan kadar RM16 sehari. Wah berbaloi-baloi! Kini dengan kecanggihan KLIA2 ruang untuk memakir kenderaan lebih banyak dan selesa (berbumbung) tetapi dengan kadar yang lebih tinggi pula. #lappeluh.

Okaylah, mahal tu subjektif. Tips ini pun lebih kepada mereka yang hendak meletakkan kenderaan di KLIA2 tetapi boleh juga kepada yang menggunakan KLIA. Di sini disenaraikan beberapa tempat 'parking' yang boleh disesuaikan mengikut kemampuan anda:

1) Gateway@KLIA2 Mall
Kompleks berkembar dengan bangunan terminal utama ini menyediakan 5,690 ruang parkir kereta dan 800 motorsikal, ditambah dengan 52 untuk OKU di blok A dan B. Bangunan lapan tingkat ini dilengkapi dengan lif dan pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam untuk keselesaan dan keselamatan pengguna tapi "park at your own risk" katanya.

Bayaran boleh dibuat di mesin yang disediakan di tingkat 1, 4 dan 7.


Nota:

Jika anda menggunakan kad Touch 'n Go semasa meletak kenderaan, caj 10% akan dipindahkan kepada anda. GST 6% jangan dilupa... bertabahlah nak -_-

Valet Parking juga disediakan di tingkat 3, Gateway@KLIA2 shopping mall, bersebelahan tempat menurunkan penumpang di Balai Pelepasan.


Kadar Baru Parkir Kenderaan di KLIA2

Image result for parking klia2


Tempoh                                                        Kadar 
Sejam pertama (1) hingga jam ketiga (3) (atau sebahagiannya)       RM4.00 sejam 
Jam keempat (4) hingga jam keenam (6) (atau sebahagiannya)       RM3.00 sejam 
Jam ketujuh (7) hingga jam kesembilan (9) (atau sebahagiannya)   RM3.00 sejam 
Jam kesepuluh (10) dan keatas (atau sebahagiannya)                     RM2.00 sejam 
Kadar maksima sehari                                                               RM46.00 sehari 

Kadar rata RM20 sehari akan dikenakan selepas kadar RM46 untuk tiga hari pertama. 
*Kadar seminggu RM218 sahaja. 

Motorsikal                                                                          RM1.00 sekali masuk 
Kehilangan tiket                                                                        RM50.00 sehari 

Termasuk 6% cukai perkhidmatan 



2) Long Term Car Park (LTCP)
Tempat parkir kenderaan yang ini lebih murah dengan kadar RM2.50 sejam maksima RM32 sehari. Motorsikal dicaj RM1 sahaja. Motorsikal park kat Gateway@KLIA2 Mall je... singgit juga.

Shuttle bas disediakan setiap 15 minit 24 jam sehari untuk ke KLIA/KLIA2.

Long Term Car Parking facility

3) Terminal Bersepadu Selatan di Bandar Tasik Selatan
Kadar meletak kenderaan di sini sangat murah, hanya RM4 sehari. Dari TBS kita perlu menaiki KLIA Transit ke KLIA/KLIA2 dengan tambang RM38.40 atau menaiki Jetbus RM10 sehala.
Jadual Jetbus
Image result for parking klia2
Untuk international flight eloklah pergi airport empat jam lebih awal ya.

4) Putrajaya Sentral
Kadar meletak kenderaan di sini sama seperti TBS hanya RM4 sehari dan tambang ke KLIA/KLIA2 dengan KLIA Transit RM9.40 sehala. Hanya 16 minit ke KLIA dan 20 minit ke KLIA2. Bermasalah sikit jika waktu mendarat di luar waktu perkhidmatan kecuali awak tak kisah lepak di airport beberapa jam.

5) Tune Hotel, KLIA2

167 ruang parkir disediakan. Kadarnya ialah RM2 sejam.

6) Di rumah kawan kau hahah...
Ada kawan tak di Nilai/Bandar Baru Salak Tinggi? Kalau ada bagus. Park sahaja di sana dan minta tolong mereka hantarkan ke airport (bertuah badan). Jika tidak naik sahaja bas Airport Liner yang lalu di kawasan tersebut. Bas itu bertolak dari KTM Nilai melalui Bandar Baru Nilai, Bandar Baru Salak Tinggi, Masjid KLIA...

Di INTI College Nilai tu pun ada kedai yang dibuka 24 jam. Maybe you can consider to park your vehicle there. "Park at your own risk" juga.
Itu sajalah kot.... membantu tak?
Dilema sungguh kan, tambang kapal terbang murah tapi parking pula mahal. So how? Pejam mata dan bayar. Have a safe journey peeps.


Nota:
1) Long-Term Car Park Facility At KLIA (Block A)
Minima : 4 hari
Kadar : RM144
Tambahan hari : RM15 sehari

2) Nak tahu cara jimat ke KLIA/KLIA2? Sila baca di sini.

        


KLIA2 | Low Cost Carrier Terminal Terbesar Di Dunia. Berbanggalah Awak!

KLIA2 | Low Cost Carrier Terminal Terbesar Di Dunia | Di banyak negara pelancong atau pedagang boleh masuk ke sesuat negara melalui tiga pintu masuk iaitu sempadan negara untuk darat, laut dan udara. Ada juga hanya melalui darat dan udara. Lapangan terbang ialah pintu masuk pelancong dari udara yang lebih ketat kawalan keselamatannya. Ada negara yang melakukan kawalan keselamatan di pintu masuk airport, di imigresen, ketika hendak naik ke kapal terbang dan dalam kapal terbang itu sendiri! Phewww..


Keseluruhannya Malaysia memiliki 62 lapangan terbang dengan lapan daripadanya lapangan terbang antarabangsa dan 38 berada di Malaysia Timur. Terkejut? Haa... orang yang duduk kat bandar pun belum tentu dapat naik kapal terbang, yang duduk dalam hutan banat tu their medium of transportation is aeroplane. Jadi bila ternampak mana-mana status mengeji orang sana tu eloklah ko 'bahan' si pengeji tu balik.

Lapangan terbang komersil yang terdapat di Lembah Kelang ialah Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2 / LCCT) dan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Airport di Subang. KLIA digunakan oleh premium/full service airlines manakala KLIA2 bagi penerbangan tambang rendah yang juga mempromosikan syarikat mereka sebagai low-cost carrier/low-cost airline/no-frills/budget carrier or airline. Mereka menjual tiket dengan harga murah untuk tarikh penerbangan yang jauh ke depan. Nak makanan dia caj, nak minum dia caj, nak wifi dia caj, nak insurance coverage pun dia caj berasingan. Nasib baik nak kencing dia tak caj hahaha.. Jangan berkira sangat dengan travel insurance tu eh. Kalau tak nak ambil dengan syarikat penerbangan tersebut beli saja dari syarikat lain sebelum fly. 


KLIA2 SEBAGAI TERMINAL TAMBANG RENDAH TERBESAR DI DUNIA
Bangga tak? Haruslah bangga! Inilah hasil politic of development.




Gambar pukul 11 malam di bangunan terminal utama KLIA2. Lengang. Tunggulah pukul 5 pagi esok huhuu...

Tunggu ERL di sini.


Dengan fasiliti yang jauh lebih baik daripada LCCT dahulu memang tak bosanlah sementara menunggu departure. Dengan kedai-kedai yang banyak, restoran, food court, tempat berurut dan tempat merehatkan badan. Macam shopping complex airport yang satu ini. Sesaja nak datang pun boleh. Bercerita bab kedai makan ni, sedapnya roti dengan gumpalan kekacang di The Loaf tu... mata mengantuk pun kunyah juga hahaa.. 

Pesawat yang berlepas dari KLIA2 ialah dari kumpulan Air Asia, Malindo Air, Cebu Pacific dan Jetstar  95% of KLIA2 bussiness derived from "the best low cost airlines in the world"Air Asia. Tak tahulah apa motif sebenar Air Asia hendak menggunakan "LCCT" instead of KLIA2 dalam semua promosinya. Adakah untuk presure MAHB supaya menurunkan cukai lapangan terbang yang bakal dinaikkan? Mungkinkah juga untuk mengelakkan caj-caj baru yang bakal diperkenalkan? Jika caj-caj ini dinaikkan atau diadakan maka bolehlah kita katakan penerbangan tambang rendah ini "mahal tali dari beruk". Tambang 0 tapi cukai... hmm


KEDUDUKAN PINTU PELEPASAN/KETIBAAN DI KLIA2

KLIA2 Terminal and Gateway@KLIA2 overview
Dari entrance ke gate terakhir sejauh 1.5km. Jenuh beb!

KLIA2 layout plan overview


Pak Brahim's yang supply makanan.


Balai Perlepasan (Departure Hall) di tingkat 3 di KLIA2 Main Terminal Building. 
Balai Ketibaan (Arrival Hall) di tingkat 2 KLIA2 Main Terminal Building.
Pier J, K, L untuk pelepasan/ketibaan domestik. Tranfer Hall untuk yang memerlukan flight transfer di Pier L.
Pier P & Q untuk pelepasan/ketibaan antarabangsa.

Skybridge menghubungkan bangunan terminal utama dengan bangunan satelit dua tingkat. Tingkat 2 menghubungkannya dengan ruang pelepasan antarabangsa.


FASILITI TERBAIK

1) Mesin pengesahan passport otomatik
Hanya untuk pemegang passport Malaysia. Sangat mudah dan menjimatkan masa.

2) Hotel
Tune Hotel sangat dekat dengan KLIA2. Kalau nak luxury hotel boleh ke Hotel Sama Sama tapi kena naik teksi (tak sure shuttle service ada ke tak). Atau, nak yang simple boleh stay sekejap di Capsule by Container di tingkat bawah KLIA2. 

Kalau touch down je di KLIA2 terus mahu hadiri meeting, boleh membersihkan diri dan bersiap boh mekap bagai di Plaza Premium Lounge. Kadarnya mengikut jam.



Aku pula kalau flight 7 pagi, kekadang aku lepak je kat salah satu ruang yang disediakan di pintu arrival tu. Kesianlah pula nak suruh husband hantar dan jemput. Yang kiri ada kerusi, aku tak suka di situ. Yang sebelah kanan senang nak meluruskan pinggang tetapi selalu penuh. Pernah sekali aku terjaga dari tidur tiga warga Bangladesh tidur di lantai bawah (ada anak tangga). Ler... kesian pulak, tidur pun berkasta.

Ruang rehat di sebelah kiri sebelum pintu arrival.

In between kerusi tu pun ada orang baring. Tak larat la weh nak tidur sambil duduk hingga lima jam. Letak kepala atas beg. Bila kepala mula jatuh mesti kita terjaga kan? Begitulah beberapa kali. Tidur macam bebudak tahfiz zaman dulu gituh. Tak berani aku nak berehat di bilik sejuk bertilam empuk, bimbang terlepas flight, mau menagis sampai besok.

Di sini pun selesa juga untuk lepak sementara menunggu departure sebab selalunya tak ramai orang. Lokasi: tingkat bawah tempat menunggu bas/teksi.


3) Restoran yang banyak


Bernostalgia melihat tin dan cawan tu.

4) Tempat berurut.



5) Tandas yang selesa.
Tandas pun banyak. Aku selalu mengelakkan menggunakan public toilet di tempat yang ramai orang terutama bila baru mendarat. Dah la kena beratur, condition pun boleh buat darah naik bila yang menggunakan tu "monyet". Lebih baik gunakan yang jauh dari departure gate seperti di luggage collection tu. Di arrival berdekatan KFC (kot) best juga. Tandas yang di tingkat bawah tempat menunggu bas pun selesa.

Ada satu lagi di arrival juga, hari tu aku ikut tangga selepas The Loaf tu.. tak tahulah untuk staf ke apa cuma 2 atau 3 cubicle tapi ada hose. Kat tangga tu ada orang tidur, Pelik dia bila aku lalu hahaha... tak tahulah penumpang kapal terbang ke atau penumpang lapangan terbang. Tidur beralaskan kotak nampaknya. Tak pakai uniform pun, takkan staf 'mengular' kot. 

5) Sistem pengangkutan yang baik.
Selain teksi, bas dan grab/uber, KLIA Express (ERL) dan KLIA Transit juga menghubungkannya ke Kuala Lumpur. Jika anda perlu ke KLIA tetapi terlajak ke KLIA2, sila naik KLIA Transit. Hanya 2 minit untuk sampai ke KLIA. RM2 saja.

Orang KL senang nak balik rumah seperti yang aku pernah tulis di sini, orang Seremban ni macam nak balik ke Teluk Intan naik bas loncat hahah... walhal taklah jauh mana. Eh #syukurselalu .


Cuma.... aku kurang berpuas hati dengan beberapa perkara:

1) Walkalator tu. Awal bulan ni ada yang tak berfungsi. Ia juga dibuat lebih tinggi dari lantai dan tak sesuai digunakan OKU. Tak faham betul mengapa dibina begitu.

2) Frekuensi buggy service tu harapnya dapatlah dinaikkan. Gate P & Q kemain jauh oii.

3) Latihlah staf yang buat announcement di boarding area tu supaya dapat membuat pengumuman yang jelas dengan ayat yang teratur dan intonasi yang betul. Di KLIA pun sama. Bukan semua ya tapi kekadang alamak, teruknya! Staf ganti kot.


Dalam peperangan / rampasan kuasa, lapangan terbang akan menjadi fokus utama. Contohnya di Tripoli Airport dan Donetsk Airport pada 2014. Kawan aku dulu stranded di Bangkok (transit asalnya) selama lapan jam tak dapat keluar dari kapal terbang kerana perbalahan dua pihak. Mereka rampas control tower katanya. Kes-kes sebegini adalah sangat menyusahkan dan merugikan banyak pihak. Please don't do it at home.

So apalagi? let's fly! And Welcome to Malaysia!!


Note:
1. Pengguna LCC tak semestinya golongan tak berduit. To business owner, every single cent counts. Kalau bernasib baik kekadang terserempak dengan celebrity antarabangsa. Rileks je dia sebab orang Malaysia selalunya takde lah terpekik terlolong nampak artis (ke sebab aku dah tua?). 

2. Some of you might not agree with me. Jika kita mencari kekurangan, diri kita pun ada seribu kekurangan di mata orang. Kena compare apple to apple lah. Banyak lagi perkara yang baik baik di negara kita ni. Jangan nak kondem je. The grass is always (seen) greener on the other side. Berdoalah agar segala urusan dipermudahkan. Rabbi yasir waalatuassir.

3. Malaysia is so beautiful. The ONLY place that you shouldn't go in Malaysia is "the comment section".


Sekian.

Hello Traveller, Airport Tax Nak Naik !!

Hello Traveller, Airport Tax Nak Naik !! Tambang bas naik, LRT naik, KTM Komuter naik... ni airport tax confirm naik bermula 1 Januari 2017. Sakit pulak hati kite...


Image result for klia

Airport tax @ cukai lapangan terbang atau kini dipanggil Passenger Service Charge (PSC) ialah cukai yang dibayar oleh pelanggan yang terbang keluar dari Malaysia. Pihak airlines yang mengutip cukai ini dan hanya diberikan kepada Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) setelah kita melengkapkan penerbangan kita. Sesiapa yang membatalkan penerbangan mereka berhak menuntut semula cukai yang telah dibayar. Hmm... kena tuntut baliklah cukai ke Krabi hari tu. Beli tiket kapal terbang tapi pergi naik bas dari Hadyai. Sorang lagi tak jadi pergi. 

Kenaikan cukai atas alasan untuk berada di padang permainan yang sama rata (level playing field). Faham tak? Nak elakkan persaingan, bukannya disebabkan kenaikan kos. Kategori baru "inter-Asean" juga diperkenalkan selain penerbangan domestik dan antarabangsa. Yang inter-Asean okaylah, yang naya nya penumpang yang nak terbang ke destinasi antarabangsa. Bapakkk banyak kenaikan cukai, hingga 120% ! Tak puas puas mengikis. Kabinet negara yang meluluskan kadar baru ni semalam tapi belum announce lagi.

Kadar AIRPORT TAX baru yang diluluskan kabinet:

Penerbangan domestik NAIK RM2 menjadi RM11
Penerbangan ke negara Asean flat rate RM35
Penerbangan antarabangsa menjadi RM73 NAIK RM8 dari KLIA, NAIK RM41 dari KLIA2. Menangisss..

Haa tunggu je lah announcement dari Malaysian Aviation Commission (Mavcom). Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai kata Mavcom yang akan umumkan (sama seperti kenaikan harga petrol, pihak lain yang akan umumkan).

Kenaikan ini kononnya untuk memperbaiki servis yang boleh MAHB berikan kepada pelanggannya seperti public announcement system, sistem kebersihan dan lain-lain. Macam macamlah alasan nak naikkan cukai. Tu yang kena bayar RM3 sekali lalu di KLIA2 pun gunakan alasan yang sama juga walhal KLIA penuh dengan penyewa, saling tak tumpah seperti shopping complex. Sepatutnya bila ramai penyewa, rental income juga tinggi... patut ke kami dicaj lagi? Kami bukan nak free tapi... tak cukup cukup ke?? 


Ni makcik nak bertanya:


1) Walkalators di KLIA 2 tu bila nak repair? Lagi satu, kenapa ia dibina lebih tinggi dari aras lantai? Lama dah nak tanya ni.


2) Dah banyak kali naik kapatebang di KLIA2 sampaikan aku rasa otak aku ni dah auto bergerak dalam tu tapi belum pernah merasa naik buggy. Tak boleh ke naikkan frekuensi? Ye lah aku muda lagi boleh berjalan kaki tapi tak pernah berpeluang naik kot? Anak aku yang berumur tiga tahun tu pun kena menapak juga.



Bila reporter tanya kat sources ni tentang kenaikan melampau airport tax di KLIA2, dia kata, "apa ada hal bayar extra RM30-50... diorang boleh beli tiket beribu-ribu RM". Rasa nak lempang. Sungguh.

Dia ni pernah ke naik penerbangan tambang rendah? Kami yang marhain ni nak bergerak kemana-mana dok tunggu hat murah tu ja... termasuklah tambang super saver yang premium airlines tawarkan. Disebabkan tambang rendah itulah dapat selalu balik kampung menjenguk mak ayah. Aku pernah jumpa satu pasangan ni. Mereka grab tambang murah untuk menjenguk mak yang tua sensorang di Kuching. Pergi Kuching pagi balik semula ke KL (USJ) dengan penerbangan malam.

Inilah masalahnya bila dah biasa naik premium airlines yang dibayar oleh syarikat/rakyat. Dia tak dapat merasa betapa kita ni berusaha keras mengikat perut untuk melihat mak, ayah, dunia. Dia tahu tak bahawasanya...

1) return tiket aku ke Jakarta hanya RM80?

2) return tiket aku ke Kunming hanya RM187?

3) return tiket kami 7 beranak ke Tawau hanya RM170?

4) Dia tahu tak kami yang biasa biasa ni berjaga dari tengah malam buka handphone, tablet dan laptop serentak semata-mata untuk mendapatkan tambang rendah?  Tang mananya tambang kami ribuan ringgit? Kalau naik full service airlines tu lainlah tapi itupun bukannya semua melancong, ada yang berulang-alik ke kampung halaman menziarahi orang tua atau bertemu pasangan hidup yang terpaksa tinggal berjauhan.


According to MAHB, the charges (inclusive of PSSC*) are as follows:
DepartingToPSC
Rural AirportsTo All DestinationsRM0 
KLIA - Main Terminal Building & Regional Airports**All international destinationsRM65 RM73
KLIA - Main Terminal Building &
Other Airports
All domestic destinationsRM9 RM11
klia2 & T2 Kota KinabaluAll international destinationsRM32 RM73
klia2 & T2 Kota KinabaluAll domestic destinationsRM6 RM11
Secondary Airports : Alor Setar, Bintulu, Ipoh, Kuala Terengganu,
Kota Bharu, Kuantan, Labuan,
Lahad Datu, Limbang, Melaka,
Miri, Mulu, Pangkor, Redang, Sandakan, Sibu, Tawau &
Tioman (Effective 1.12.2010)
All direct ASEAN destinationsRM26 RM35
Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, and MiriBIMP-EAGA destinations:
Brunei, Balik Papan, Manado, Santos, Puerto Princesa and Zamboanga
RM26 RM35
Penang, Langkawi, Alor Setar,
Kota Bharu and Ipoh
IMT-GT destinations:
Medan, Banda Aceh, Padang, Nias, Hat Yai, Narathiwat, Trang, Nikhon Thammarat & Patani
RM26 RM35
**Jika kurang tepat sila maklumkan nanti aku buat correction.


Dah elok elok syarikat penerbangan berperang harga, MAHB yang takde pesaing naikkan cukai lapangan terbang pula. Jangan tak tahu sebenarnya ada lagi beberapa cukai yang mahu dinaikkan dan DIPERKENALKAN. Low cost carrier are against it! There're fighting sebab lari dari business model mereka. Aku lagilah tak suka, dah lama kot menyimpan rasa mahu melihat dunia. Kita bukan orang ada ada tapi kita berhajat menikmati apa yang Dia cipta. Pengalaman mendewasakan dan kekadang membuka peluang baru dalam hidup. 

Bila kita komplen ada orang kata kalau tak suka negara ni boleh pindah. Susah bercakap dengan orang yang redha sokmo nih, masih tak sedar leher kena cekik. 


**Eh ada satu lagi caj baru yang dikenakan kepada pelancong mengikut jumlah hari menginap di hotel. Do you think it helps to attract tourists?


Japan Muslim Friendly Airport

Japan Muslim Friendly Airport | Mungkin ramai yang sudah melihat gambar di bawah. Pihak berkuasa lapangan terbang Jepun telah membuka sebuah ruang solat untuk muslimin dan muslimat. Aku tak pasti apakah "new" itu bermaksud sebuah lagi ruang solat/surau atau ruang solat yang lebih selesa. Yang pasti mereka selalu mendahului yang lain dan komited melakukannya.



Di sesetengah airport luar negara memang telah disediakan tempat beribadah tetapi berkongsi dengan penganut agama lain. Itupun kita dah bersyukur kerana kita berada di non muslim country.

Berdasarkan statistik 2014, jumlah umat islam di seluruh dunia ialah 2.08 bilion orang. Cuba bayangkan betapa besarnya pasaran pelancong muslim ke sesebuah negara jika kemudahan solat dan sumber makanan halal dititikberatkan oleh negara terbabit?

Kita ni pulak, bila orang dah sediakan tempat solat yang selesa siap telekung segala pepandailah kemas balik. Geram dan malu rasanya bila melihat telekung bersepah atas sejadah atau dilipat lebih kurang je di masjid dan shopping mall. Bila tak disediakan kemudahan memokak, dah ada tak reti bersyukur pulak. Bersyukur bukan sekadar di mulut tetapi perlu juga dengan ditunjukkan dengan perbuatan.

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free