Showing posts with label air asia. Show all posts
Showing posts with label air asia. Show all posts

Nak tengok pejabat Air Asia, RedQ ?

Nak tengok pejabat Air Asia, RedQ ? | Jemputan menghadiri acara SANTAN Food Festival hari tu memberi peluang untuk melihat sendiri pejabat baru Air Asia di Sepang. Dari luar bangunan pejabat bersebelahan KLIA2 ini kelihatan biasa sahaja tetapi bila masuk dalam, wahhh...!! Google inspired betul.



Ramai yang dah tengok ruang dalaman pejabat The Best Low Cost Airlines ini semasa pihak Air Asia membuat 'house warming party' tetapi disebabkan ai baru je tengok nak jugalah berkongsi dengan orang lain.

Nak sampai ke RedQ google location/waze akan membawa kita berpusing-pusing tapi tak jumpa jalan masuk 😠. Dah nampak dekat sangat tapi naik balik ke fly over tu, kena buat u-turn semula sejauh 2km. Rugi minyak tau. Sudahnya bila aku nampak polis trafik dok saman satu driver atas flyover tu aku pun berhenti. Dan dan tu sampai polis trafik lagi sorang huhuu... efisien betul abam pulis tu. Dah kita tak bersalah nak takut apa kan, abam pulis tu yang tolong tunjukkan jalan. Owh.. kena lalu depan Tune Hotel kemudian belok kiri.

Related image

Nama RedQ adalah dari singkatan Red headquarter yang dihantar oleh kru kabin dari Filipina, January Ann Baysa, dalam pertandingan menamakan ibu pejabat mereka ini. Desain bangunan korporat ini merefleksi kesungguhan kumpulan Air Asia untuk menjadi syarikat perbangan utama di Malaysia dan serantau.

Di luar sana adalah landasan kapal terbang. Syoklah hari hari dapat tengok kapal terbang merempit (masa itulah tak putus putus berzikir dalam kapatebang πŸ˜….. berdebar juga oihh..)

Anugerah/plak yang kumpulan Air Asia terima digantung di sini. Such an inspiring stories.

Pejabat baru seluas 18,000 meter persegi mula digunakan sejak 7 November 2016. Ruang yang luas terbuka, siling tinggi dan bean bag di atas rumput tiruan menjadikannya sebuah ruang bekerja yang kondusif untuk sebahagian daripada 2,000 Air Asia Allstar (staf). Lengkapan dan lekapan pun dari kualiti terbaik. Ia menggambarkan sikap professionalisme, gembira dan mesra.

Masuk je... fuiyohh !

Pramugari ini untuk laluan KUL-JED-KUL. Dia garang sket, kalu hang tak reti nak off handphone during take off and landing dia jerkah jer.

Carilah Mr Pilot uols di sini. Pilot dan pramugara/i pun kena datang office eh?

Ruang pejabat dan kafe bertentangan antara satu sama lain. Mencabar betul kalau nak diet.

Ruang pejabat terbuka.

Kafe yang bertentangan pejabat.

Ruang terbuka diantara kafe dan workspace. Bayangkan tiada apa-apa barang dan orang di tengah tu.


Cool huh? Tapikan... kalau kena jerit dengan bos memang tak boleh cover line dah, mau bergema seluruh bangunan πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Try lah apply kerja dengan Air Asia.

SANTAN Food Festival di Air Asia RedQ !

SANTAN Food Festival di Air Asia RedQ ! Hari ini Air Asia menganjurkan acara mencuba rasa inflight meals terbesar Asia di ibu pejabat mereka, RedQ. 


Siapa yang tak tahu Nasi Lemak Pak Nasser kan? The menu can sell for itself oredi.... no need introduction dah. Jadi memang sesuai sangat diperkenalkan menu-menu lain yang unik dengan harga berpatutan seperti Thai Green Curry (Kari Hijau Thai) dengan nasi putih yang lembut dan wangi. Baunya pun... kalau dah terkurung dalam kabin tu sohehlah nak makan juga.

Acara memperkenalkan menu panas Air Asia merangkumkan beberapa jenis makanan terkenal di rantau ini seperti Nasi Kuning Manado, Roasted Chicken Adobo, phad Thai, coconut jelly, roti jala dan sebagainya. Dah empat hari makan phad Thai di Koh Samui, kat sini makan lagi hehe... Jangan dilupa kopi T&Co yang sedap tu. Lepas makan nasi ai mesti nak black coffee. Mana nak cari inflight menu yang ada bermacam jenis cenggini? Walaupun low cost airlines hidangannya sedap tau.

Cool giler office Air Asia - RedQ


Dari kiri Mr Choudhury Hassan Peter, Group Head of Ancillary Revenue; Datuk Kamarudin Meranun, Executive Chairman Air Asia Berhad dan Group CEO Air Asia X dan Tan Sri Tony Fernandes, Group CEO Air Asia.

Influencer dari Filipina.

Ramuan Kari Hijau Thai.

Makanan adalah satu cara untuk menghubungkan dan mengeratkan manusia. Menurut AirAsia Group CEO, Tan Sri Tony Fernandes, nama Santan dipilih kerana banyak makanan Asia yang menggunakan santan. Menu-menu yang dipilih berdasarkan populariti di sesebuah negara. Dengan adanya makanan ini pihak Air Asia secara tak lansung membantu para petani dan pengusaha perniagaan di Asia meningkatkan pendapatan. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa kopi yang paling sedap datangnya dari tanah tinggi Thailand, bukannya Brazil. Nasi lemak paling sedap pastilah dari Malaysia. Itu sebablah kita obes kan? 

Akan datang, sistem e-pos akan diperkenalkan untuk memudahkan kita menempah dan membayar makanan macam makan di restoran tu. Order online lah, gerenti dapat makanan yang kita hendak. Dapat diskaun pula tu. Kalau tak karang asal kau minta je makanan yang hot on the list tu memanjang je habis. Nak nak pula kalau naik flight petang, hakak hakak makcik pakcik baru rasa lapar lepas shopping sakan kot πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Nasib baik tart nanas selalu ada. Sedap baq hang!

Acara ini dihadiri oleh 200 orang pengamal media dan influencer dari 16 negara - Malaysia, Thailand, Indonesia, Philippines, Vietnam, Cambodia, Laos, Myanmar, Singapura, Brunei, India. China, Taiwan, Jepun, Korea Utara Selatan dan India. Blogger India tu je aku kenal, itupun melalui Facebook. Kena bawa kami terbang bersama ni baru mudah nak kenal #tetiba.


aloloooo...

SANTAN Yang 'Panas'
Acara pembukaan SANTAN FOOD FESTIVAL sangat menarik dari Fun Team. Paling best pastilah Assraf Nasir 'Toxic' dari Air Asia X. Alaa... yang video dia menari dalam kabin yang dapat 9 juta views tu. Gempak gilos! TS Tony pun sporting 'bergesel' dengan dia 😁😁. Takde still photo lah pula, video je ada. Sakan kami bersorak hahaa..

Selepas tu ada demonstrasi masakan Thai Green Curry oleh Air Asia Regional Manager of Group Inflight F&B Chef Calvin Soo.

Aku dengar mereka sebut nasi lemak nasi lemak je..


Sumber Air Asia.


Senarai Makanan Yang Laku Keras Dalam Penerbangan Air Asia & Air Asia X (Best-sellers):

AirAsia Berhad (AK)
 Pak Nasser’s Nasi Lemak
 Uncle Chin’s Chicken Rice
 Bukhara Chicken Biryani
 Roast Chicken with Cream Sauce
 Kabali Vegetable Biryani

AirAsia X (D7)
 Pak Nasser’s Nasi Lemak
 Uncle Chin’s Chicken Rice
 Roasted Chicken with Stuffing and Cranberry Gravy
 Chicken Satay
 Nasi Dagang with Chicken Curry

Thai AirAsia (FD)
 Uncle Chin's Chicken Rice
 Thai Green Curry with Rice
 Assorted Sandwiches
 ML Noi’s Basil Fried Chicken on Rice
 Pad Thai

Thai AirAsia X (XT)
 Spicy Fried Chicken with Rice and Traditional Thai-style Omelette
 Japanese Chicken Teriyaki with Rice
 Thai Hot Basil Chicken Stir-fry with Rice
 Pad Thai with Prawns
 Tasty Grilled Chicken with Sticky Rice

Indonesia AirAsia (QZ) & Indonesia AirAsia X (XT) 
 Pak Nasser's Nasi Lemak
 Uncle Chin's Chicken Rice
 Nasi Kuning Manado
 Asian Fried Rice
 Nasi Padang Uda Ratman Philippines AirAsia (Z2)
 Uncle Chin's Chicken Rice
 Pak Nasser's Nasi Lemak
 Chicken Adobo
 Beef Caldereta
 Assorted Sandwiches

AirAsia India (I5) 
 Laccha Paratha with Veg Cutlet And Chole
 South Indian Delight
 Masala Cheese Omelette with BBQ Chicken Kebab
 Purani Dilli ke Raseele Rajma with Jeera Rice
 Chicken Chettinad with Ghee Rice


Kenyanglah balik tadi so kena buat jumping jack and squat squat squat... 😭







AirAsia X dan MY ecolodge Menawarkan Pakej Pelancongan Istimewa Green Season’s ke Niseko

AirAsia X dan MYecolodge Menawarkan Pakej Pelancongan Istimewa Green Season’s ke Niseko | AirAsia X bersama MYecolodge iaitu sebuah Travellers' lodge butik ternama yang diuruskan oleh Fairlane Hospitality menawarkan pakej pelancongan 'Niseko Super Summer Saver' dari serendah RM3,900* seorang selama 5 hari 4 malam di Niseko, Hokkaido, dari Jun ke Oktober 2016. Teringinnya..... sila tempah sekarang!


Usahasama ini telah dilancarkan di Kuala Lumpur oleh Tuan Yang Terutama Dr. Makio Miyagawa, Duta Jepun ke Malaysia, serta Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X Berhad, Ms Low Su Ming, Pengarah MYecolodge, Encik Benyamin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Berhad dan Encik Darren Wickings, Pengurus Besar Fairlane Hospitality Jepun.

"Niseko Super Summer Saver" adalah pakej pelancongan istimewa berkumpulan untuk sekurang-kurangnya 10 tetamu bagi satu kumpulan yang meliputi tiket penerbangan pergi balik ke Sapporo dari Kuala Lumpur, penginapan selama 4 atau 5 malam di MY ecolodge, pengangkutan pergi balik lapangan terbang, makanan dan minuman serta aktiviti-aktiviti berkaitan dengan harga di antara RM3, 900* hingga RM4, 800* bagi setiap tetamu. Tempoh perjalanan adalah dari Jun hingga Disember 2016 kecuali Julai 2016. Harga pakej ini juga termasuk cukai lapangan terbang, bagasi 20 kg, dan pemilihan tempat duduk standard. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Fairlane Hospitality Group Desk di nisekosupersummersaver@fairlanehospitality.com atau hubungi 03-4048 3668.

Kena cari geng 10 orang baru dapat harga tu. All in okaylah. Kos hidup di Jepun memang tinggi so please don't expect dapat harga macam pergi melancong ke negara-negara Asia Tenggara, India atau China. Yang bagusnya nak ke Jepun dah senang sekarang ni sebab tak perlukan visa lagi.


Tan Sri Rafidah Aziz sedang menunggu soalan yang tiada jawapan dalam press release. Aku sukakan cara beliau menjawab soalan, berani. Orang kaya dengan experience kan... 

Dalam reramai orang sekeliling aku ni siapalah yang tak pakai ubat ketiak oi... ya Allah sesak nafas! 

Tan Sri Rafidah Aziz menjawab soalan wartawan lagi. Sekarang tengah hot isu MAB nak naikkan fee and airport charges. Dengarnya they even wanted to introduce fees baru yang akan menaikkan kos operasi bukan sahaja Air Asia malah semua syarikat penerbangan yang mendarat di KLIA dan KLIA2. Di sebelah beliau ialah Benyamin Ismail, CEO Air Asia X Berhad.

Mengapa Sapporo Dipilih Sebagai Lokasi MY ecolodge?

Sapporo adalah bandar terbesar di bahagian utara Jepun di Pulau Hokkaido, juga merupakan pintu masuk ke wilayah Niseko kira-kira 100 kilometer atau dua jam setengah perjalanan dengan kereta. Dengan latar belakang Gunung Yotei iaitu gunung berapi yang aktif menyerupai Gunung Fuji, Niseko terkenal dengan landskap semulajadi yang indah dan tempat peranginan terkenal antarabangsa. Sapporo terkenal dengan beer, ski dan festival salji setiap tahun manakala Niseko terkenal sebagai resort ski. Jika belum ada bajet ke Switzerland boleh menikmati keindahan Niseko dulu tetapi dah tentu setiap tempat ada keistimewaannya tersendiri.

Pada musim panas, cuaca cerah dengan kadar kelembapan yang kurang berbanding bahagian Jepun yang lain sentiasa menarik sejumlah besar pelancong tempatan dari tanah besar Jepun serta pelancongan antarabangsa dari luar negara ke Niseko. Dengan tiga taman negara dalam dan di sekitar kawasan ini, ianya cukup untuk memuaskan hati pengunjung jangka panjang ke sini. Musim panas di sini tak sepanas Malaysia. Nyaman jer.

Pengunjung berpeluang mengembara meredah kawasan luar bandar yang tidak terusik dalam pencarian hidupan liar terkenal di Hokkaidō seperti 'momonga' (flying squirel), mencari tumbuhan unik di sekitar pulau tersebut, menyewa basikal, menghabiskan masa seharian memancing, melawat kawasan pinggir bandar semasa musim panas atau menerokai sungai-sungai di rantau ini dengan kenu atau berakit air arus deras!


Sejak Air Asia X memulakan penerbangan ke Sapporo pada bulan Oktober tahun lepas, ia telah dengan cepat menjadi salah satu laluan yang paling popular ke Jepun kerana Hokkaidō adalah sesuai untuk dilawati sepanjang tahun. Bermula 22 April ini kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sapporo akan ditambah menjadi 5 kali seminggu. KUL-Sapporo boleh tahan jauh so plan your trip properly. Hari bertolak tu jangan tidur siang, bantai buat kerja sampai penat supaya terus kroh krohhhh bila fly malam tu hehee... Aku selalu buat gitu, belum safety demo lagi dah terlentok.

MYecolodge - Penginapan Bertaraf Butik Dengan Harga Berpatutan 

Menurut Darren Wickings, Pengurus Besar, Fairlane Hospitality Jepun, MY ecolodge yang baru dibuka di Niseko, Hokkaido pada Disember 2015 direka untuk menjadi mesra alam dan banyak sifat - sifat alam diterapkan ke dalam reka bentuk dan penyampaian perkhidmatan, memastikan keindahan alam semulajadi yang terkenal Niseko kekal hijau hingga ke masa depan. MY Ecolodge merupakan pilihan menarik dan memikat dengan keindahan yang memukau sesuai bagi kunjungan sepanjang tahun.

MY ecolodge menawarkan gaya hidup Niseko bersuasana dan fasiliti ski resort lima bintang dengan harga yang berpatutan. Resort butik ini memiliki 172 buah bilik penginapan double/twin and quad sharing dengan Wi Fi yang zassss laju! Selain itu ia diuruskan oleh Fairlane Hospitality yang turut menjadi pengurus hartanah mewah Shiki Niseko di sana. Mesti benchmark tinggi nih.

Komen di tetamu yang pernah menginap di  My ecolodge (dari forum Tripadvisor):

"Simply incredible"
"Clean, compact and affordable"
"Awesome and very modern"
"Clean, new, tidy but expensive"
"Lots of space in the room"

"Short walk to the free shuttle service that runs every 15/20 mins, 5 minutes to town."


Resort My ecolodge tak jauh dari kampung Hirafu. Bolehlah kita tengok kampung orang kan..


Jadual Penerbangan Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Sapporo-Shin-Chitose, Japan (CTS)

No. Penerbangan
Dari
Ke
Berlepas
Tiba
Kekerapan
D7 550
KUL
CTS
11:35PM
8:10AM
Selasa, Khamis, Jumaat***, Sabtu, Ahad
D7 551
CTS
KUL
9:20AM
5:00PM
Isnin, Rabu, Jumaat, Sabtu***, Ahad

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Untuk maklumat lanjut mengenai MY ecolodge, sila hubungi Fairlane Hospitality Group Desk:
nisekosupersummersaver@fairlanehospitality.com




 


'Santan' Menu dalam pesawat terbaru daripada Air Asia dan Air Asia X

'Santan' Menu dalam pesawat terbaru daripada Air Asia dan Air Asia X | Air Asia melancarkan menu terbaru dalam pesawat yang bertemakan Asean. Bersandarkan kejayaan Nasi Lemak Pak Nasser, Air Asia ingin mengetengahkan hidangan lain pula yang tidak kurang enaknya. 

The sweet lady, Tony Fernandes and Benyamin Ismail (acting CEO for AAX)


Konsep 'Santan' dipilih kerana ia adalah bahan asas yang tidak asing bagi semua komuniti Asean dan Air Asia sebagai syarikat penerbangan jati Asean akan memperkenalkan beberapa hidangan dari serata rantau Asean bermula dengan Nasi Dagang dalam pusingan menu terkini ini.

Antara hidangan terbaru untuk pembelian dalam pesawat Air Asia (penerbangan AK) ialah Nasi Dagang dengan Kari Ayam dan Dodol, Nasi Kepal Ayam Teriyaki dan Sandwich Pizza Ayam Salai; sementara menu pra tempah adalah Nasi Tomato Ayam Percik, Balutan Satay Ayam dan Pasta Sayuran dengan Ayam Panggang.




  
Just to inform you, ai tidak dibayar AA untuk memuji ye tapi roti canai ini memang lebih sedap daripada yang ai makan baru baru ni dalam syarikat penerbangan yang satu lagi. 

Bagi penerbangan Air Asia X (D7), menu pra tempahnya pula ialah Kombo Nasi Dagang dan Kombo Mee Goreng Mamak yang dihidang bersama 350ml air mineral. Nasi Dagang juga tersedia bagi pembelian dalam penerbangan Air Asia X.

Menurut Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia, mereka sentiasa mencari jalan untuk menambahbaik pengalaman penerbangan bagi tetamunya. Makanan semestinya memainkan peranan penting tetapi mereka tidak mahu sekadar menjual tetapi juga menggunakan pengalaman dalam penerbangan bagi memperkenalkan hidangan Asean bagi kesemua tetamu mereka.

Kita juga boleh menambah pencuci mulut yang manis dengan pilihan 'Maximise Your Meal' yang termasuk Biskut Karamel Masin dan Kit Kat untuk hanya RM7 bagi melengkapkan hidangan dalam penerbangan Air Asia (AK). Bagi hidangan kanak-kanak pula pra penempahan boleh dibuat untuk Dua Burger Ayam Mini dan Ribena bagi kedua-dua AK dan D7.

Voucher menang contest tu boleh tak guna konsep All-U-Can-Grab Mr Tony? I nak tart nanas tu 20 pcs. Nak makan sampai cemuih.


Sila buat penempahan awal in flight meal selewat-lewatnya 24 jam sebelum penerbangan untuk mendapatkan potongan 20%. Hey...kenapa bayar lebih?? Masuk kat Manage My Booking di asirasia.com untuk menempah berjenis hidangan yang confirm akan ada dalam flight nanti. Kalau kita naik penerbangan tengahari dari luar negara soheh makanan yang sedap sedap habis. Aku lah kan, macam mana sedap pun makanan asing hari keempat mencari staple food juga. Owh.. jangan lupa kopi T&Co daripada biji kopi gred Robusta yang sangat sedap tu.

Nak tahu promosi dan aktiviti terkini Air Asia boleh semak di www.twitter.com/airasia dan www.facebook.com/airasia.

Dah, jom balik!

Nota:
Air Asia telah dinamakan Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia untuk tujuh tahun berturut-turut bermula 2009 hingga kini melalui kajiselidik tahunan Syarikat Penerbangan Dunia oleh Skytrax. Air Asia juga menjadi syarikat penerbangan global pertama yang bekerjasama dengan Interpol untuk melaksanakan sistem I-Checkit bagi menyaring passport para penumpang melalui perbandingan maklumat yang terkandung dalam pangkalan data Kecurian dan Kehilangan Dokumen Perjalanan (Stolen and Lost Travel Documents: SLTD) badan polis dunia itu. 


Eh uols, dah ada official announcement ke AAX akan ke Hawaii? Yang pasti ada yang menang contest untuk ke Hawaii. Marilah kita bersama-sama berebut bila tiket dijual nanti. 

Tips untuk mendapatkan tambang murah Air Asia !

Tips untuk mendapatkan tambang murah Air Asia ! Awak dah tengok ke belum jualan murah Air Asia Free Seats yang sedang berlansung sehingga 16 November ni? Aku taklah berminat sebenarnya sebab dah ada 3 trip tahun depan tapi kan....ramai pulak up status memasing ooiii aku dah dapat! Kejap lagi oooiii aku dapat paling murah..! gilalah puak puak ni. Meracun je kerjanya.

Jadi, sebagai seorang yang hanya mampu berjalan dengan tiket murah aku pun tergedik-gediklah mengadap website Air Asia Free Seats itu. Entah ke mana nak dituju aku pun tak tahu.

Nak ke Australia belum mampu... setakat ni aku pergi ke negara yang currency value lebih rendah daripada Malaysia jer... Brunei dan London tu kisah lama.

India? Nak pergi seorang kurang berani disebabkan kes gang rape tu tapi India memang teringin sangat nak pergi. Aku tengok tengok juga Kochi.

Indonesia? kalau boleh tak nak mengulang tempat yang sama buat masa ni...Padang dan Makassar belum teringin, yang lain-lain dah pernah sampai.

haish payah... payah...payahlah sebab tak berhajat pun nak join the crowd. Kalau memang dah plan nak kemana-mana tu aku redha aje tersengguk-sengguk di 'waiting room'.

Akhirnya chose Kunming. Cadangnya dari Kunming nak bergerak ke Chengdu atau Guilin atau Guangzhou tapi lama sangat pulak dalam keretapi. Lagipun tak dapat tiket paling murah depart from  the three cities. Bajet kecik kannnn? (hoi PKNS cepatlah buat penukaran hakmilik aku tu...kenapa la lambat sangat?). Finally Kuala Lumpur-Kunming-Kuala Lumpur. Lambat lagi weh... 2016 baru nak terbang.

Beli je tiket dulu. Macamana nak pergi, naik apa, menginap di mana, halal food, ke mana nak dituju...itu kita fikir kemudian. Jomlah uolls kita pergi sekali!

Meh aku share tips untuk mendapatkan tambang murah Air Asia:

1. Jualan murah tiket penerbangan Air Asia akan start tengah malam dan hampir pasti traffic akan sosak amek sampai ekau patah hati. Sekarang Air Asia bagi priority kepada Big Card holder tapi aku punya tak boleh masuk pun...mengapakah? Kekadang mereka asingkan jualan tiket domestik dan antarabangsa jadi taklah sesak sangat. Mengikut pengalaman akulah kan, ko bangun awal sebelum solat subuh. Pukul 5-8 pagi selalunya smooth aje. Berapa banyak tiket ko nak beli? Waktu ni terbaik.

2. Aku suka business style Air Asia ni... kebanyakan urusan kita boleh buat sendiri. Untuk menjimatkan masa kita beli saja tiket dahulu... shuttle bus, insurance, luggage, meal kita add-on kemudian.

3. Dah ko nak tambang murah kan, janganlah bayar guna credit card sebab  AA caj sampai RM16, bapak mahal! Please use your debit card ok?

4. Sebelum buat semua yang di atas sila buat beberapa plan melancong. Maksudnya laluan ke beberapa tempat dan beberapa tarikh yang sesuai. Tak dapek poi sini poi situ. Harga promo untuk laluan yang hot cepat habis. Jangan ingat Air Asia nak bagi sekapal harga murah pulak... ajaran sesat tu. Mungkin dalam 30% saja dan harga akan semakin meningkat. Kalau bukan time jualan murah macam ni elok juga check harga premium airlines yang lain. Mungkin lebih berbaloi sebab lengkap dengan makan dan 30kg luggage allowance!

5. Aku susah jugak nak mencari kawan untuk sama-sama pergi ke sesuatu tempat. Kalau aku dah tanya tapi tak ada yang berminat atau response lambat sangat, aku beli je dulu tiket sendiri. Yang penting aku nak dapatkan harga value for money, yang makcik pakcik kayo biar dia beli kemudian. Takda masa nak tunggu weh.

6. Ada ramai suami yang sporting di luar sana. Ada je yang bagi keizinan untuk si isteri berjalan asalkan berteman jadi plan awal dengan kengkawan. Elok minima 4 orang senang nak naik teksi.
Minta izin in advance so bila ada sale terus grab. Kalau laki jo jenis kita minta izin hari ini time makan malam lagi dua hari baru dia approve, cara ini sangat perlu hahaaa...

Aku bukan peminat totok Air Asia tapi dah dia je yang paling dekat dengan rumah aku dan memenuhi keperluan budget travelling selain kurang mengganggu tugas hakiki. Korang bercuti kerja sebulan 8 hari kan? Aku selalu cuti 4 hari je... tugas sebagai home manager tak memungkinkan aku untuk transit lelama di mana-mana destinasi. (tapi kekadang aku cuti 4x4x4 hahaa.... cover terus untuk dua tiga bulan).

Eh cepat pergi beliiiii...terlajak laris!!

Sebuah perjalanan yang panjang

Dah nak balik kan (tapi nak beraya dulu) kena la hensem sket. Ni Mat Jambu a.k.a Ali "my grandma says i'm priceless"



Si jantung hati, Azmin Zarif



"Eh, jatuh puyak!" . Dlm ramai2 anak aku yg ni pelat ler pulak






Ni kat rmh kwn di Bt Gajah yg aku kenal since 2002 dlm 1 seminar. U all bayangkan lah dr 2002 dia mengajak kami ke rumahnya 2010 br spai. Aku ingatkan dia baru pindah sini rupa2nya dah 4 thn tapi rmh dia simple giler



Ni dlm perjalanan balik ikut Gopeng. Masa dtg ikut Smpg Pulai. Agaknya iklan Petronas Yasmin Ahmad tu shoot kat area tu kot- kedai lama2. Aku dok pasak telinga laki aku suruh sgah kat Kellie's Castle









Berenti kat sini jap


Byk tmpt menarik kat Perak ni. Otw ke tol Gopeng ada Taman Herba


Tak berapa pasti lah sejarah Kellie's Castle ni. Dibina utk wife someone kot. Jap nak google..


Tgk kete putih tu lampu merah pun nak jln gak. Tu yg kedua tu, mcm mana la tak jamm


Aku ingat terminal kapal terbang je ada


Boleh tak Balai Bomba ni jadi produk pelancongan?


Masjid lg...tapi tak blh challenge la masjid kat Terengganu, banyak dan cantik. Tapi tak tau la ramai ke idak yg solat berjemaah. Mcm Masjid Kristal tu hantu je p semayang kot sbb org kg semayang kat masjid kg lbh convenient. Aku rasa buat pusat thfiz pun bagus gak kat masjid Kristal tu, tak pyh nak bazir duit bt bangunan baru. Make full use of it.


Cantik kan scenery bukit-bukau tu. Kalau amik gmbr kat luar lg best tp nak berenti kat mana? Hujan ler pulaks


Lega dah spai sini..punya le lama we all punya journey balik.


Lps jenguk2 rumah sendiri naik keta balik ke rmh my mom kek Kolo Pilah. Tu dia keta nak ke Sban/KL. Highway baru ni bt jln makin sesak setiap Ahad apatah lg time cuti panjang. Apa taknya, segala org dr bukan setakat Kuala Pilah jer, Kuantan, Tganu, Kelantan pun blh ikut jln ni. Uitm dan matriks and Kolej Jururawat pun ada kat KP. Selalunya time balik Sban aku ikut jalan lama- Bkt Putus bila kete dah terhenti mcm ni. Kan aku sayang Bukit Putus tu....mcm nak p Genting/Cameron Hlnd. Korang yg tak pnh tgk taik lembu tu moh le ke kg aku...kat tmpt lain tak jumpa punya atas jln raya camtu.

9.30 bertolak 11.30pm spai rmh mak aku. Gilo! Mcm nak p London

Travelog Bandung | Apa lagi yang u all nak tau?

I try to make my blog as informative as i could ya.



Apa lagi yang tertinggal ek?

If u all nak cari buku-buku terpakai, ada dijual di tepi-tepi jalan di Padjajaran tapi aku tak sempat nak singgah..tu yang buat aku mau kembali ke sana. Kalau kita biasa tengok filem Indonesia seperti Ada Apa Dengan Cinta depa cari buku-buku yang rare di tempat sebegini. Toko buku pun ada tapi tak ingat pulak nama yang disebut supir kami tu.

Aku jugak bukan nak menggalakkan beli dvd cetak rompak tapi sangaaatttttt banyak kat sana pada harga 5k rupiah sekeping (copyright atau right to copy?hmm). Mustahil tak tertawan. Dalam takut takut nak bawa balik tu beli jugak but not Malaysian film lah kan...action movie Korea.

Sesampainya anda di sana belilah prepaid, kesian anje2 yang tinggal kat rumah. Tulis lah kat mana mana no baru tu sebab masa nak top-up nanti tak la tergagau-gagau macam aku hari tu. Kekadang dia orang tak jual kad prepaid yang murah tu. Sudahnya terpaksa beli yang IDR50k, ada banyak lagi balance ni...ingat nak bagi je kat supir tu tapi tak tau lak camana nak transfer. Daripada expired lebih baik bagi kat orang kan? Memberi lebih baik..

Kalau u all nak naik taxi Bluebird/Gemah Ripah kat atas teksi tu ada logo depa. Teksi-teksi ni saja yang guna meter and it's starts at 6k per ride. Kat entry yang aku pergi Kebun Binatang tu yang ada gambar taxi tu...dia dah sembelih aku 25k ke 30k rupiah. Yg lelain pun sama. Aku ni kalu dah taxi tu berhenti malu pulak nak cakap tak jadi sebab aku yang tahan dia minta berhenti.

Kat Bandung Electronic Plaza ada komouter dan handphone macam Low Yat Plaza la kat sini tapi Low Yat is bigger. Penuh student U kat sini. Yang aku gerammm sangat masa aku meronda kat situ ada satu couple kat depan aku berjalan sambil berpeluk melenggang-lenggang...aduyaiii..bonci amek den! Lembap ya amat! Nak potong tak boleh sebab orang ramai terpaksa la ikut bontot dia, nasib baik aku tak amik gambar kalu tak sah muka dia ada kat sini. Aku tak sabar betul la dengan orang yang berjalan macam mengira tapak ni.

Clothings kat Factory Outlet takde la murah mana pun tapi ada banyak FO jadi banyak la choices. Some of the clothings tu barang reject dan sebahagian lagi (termasuk beg) aku rasa imitation. Pilihan memang BANYAK! Dan barang-barang ini dibuat di kilang-kilang dalam Indonesia. Ada 3 tempat FO: Jl Riau, Jl Dago n Jl Sukajadi. FO Jl Riau rasanya lebih mahal.

Bila di sana minimize our conversations especially tempat yang boleh tawar- menawar. Terlebih bercakap nanti mereka bisa tau ketebalan poket hangpa semua.

Tak semua sales assistant/seller tu tau jenis kain yang depa jual main hentam semua telekung cotton je padahal ada kain poliester. Japanese cotton kat sini memang murah bangat dan banyak. Yang harga RM26 p/m kat Jakel jauh murah di sini.

Kalau hangpa nak pi Bandung pi sesenyap jer dah balik baru cerita. Kalu ada orang kirim barang minta duit siap siap kalau tak cukup tambah kendian kalu tak kerja menyoping untuk diri sendiri akan terbantut.

Kalau aku pergi tempat baru aku duduk hotel murah je sebab nak explore tempat tu dari subuh sampai subuh esok heheheheh...kalu aku duduk hotel murah rm30 sehari seorang sebilik sama jugak dengan orang yang duduk hotel rm120 sehari share 3 org sebilik. I have the privacy. But bear in mind quality nya ngak sama donk. Yang sama atau lebih baik hospitality saja. Pada aku janji bersih sudah...senang bawa aku ni tak cerewet. Bawalah aku...

Bawalah ubat-ubatan anda. Aku bawa panadol n pil chi kit tek aun. Pil ni kalu kat rumah mak mertua aku wajib ada time raya..mesti ada penggunanya. Aku terlupa bawa minyak angin hari tu...

Penjaja makanan memang ramai. Bila tengok customer dia makan huiii..macam sedap jek tapi aku tak cuba except tauhu goreng itupun staf hostel tu bagi, "cuba dulu neng.."

Kalau bawa anak-anak bersabor le banyak-banyak bila kena racun dengan para penjual mainan nih...kalau anak aku ikut hari tu mau kelat memanjang muka aku sampai balik..stress..stress...

Apa lagi ek? Kalu ingat nanti aku tambah lagi.

Oh ya, aku suka berjalan kaki seperti masa pergi London dulu. Tu yang jumpa kedai jual barang-barang dan souvenir murah masa kat sana. 1 pound 1 barang murahlah tu...6 hengget Msia. Kat Bandung ni if tour guide tu bagi 4 jam kat Pasar Baru shopping ler cecepat lepas tu pergi tengok kat luar building tu pulak. Terbukak luas mata tu nanti.

Apalagi? Apalagi? Nanti la kalo ingat aku tambah....

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free