Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Menyambung raya di Seremban

Kami sampai kembali ke gagang jam 3.30 pagi Ahad, terus-menerus dari Baling. Berhenti sekejap kat r&r Nilai sebab di situ saja senang nak parking. Sampai rumah je seperti biasalah....... terus mesin kain dua tiga round, tolak habuk di lantai baru bammm! tidur.......

Masa kami ke utara pada raya kedua hari tu jalan okay je tak jamm tapi tak boleh lansung nak masuk ke r&r...penuh padat dengan manusia. Anak aku Ali terpaksalah kami bagi dia 'meracun rumput' kat tepi highway jek. Ada satu lagi kete kat depan sikit pun berenti tepi jalan sebab mak depa yang tua nak buat projek yang sama tapi dalam semak la..... takkan tepi jalan jugak kot. Kesian weh, lemah je orang tua tu aku tengok.

Raya kali ni semakin kurang rumah yang kami ziarah. Nak kata masa tak cukup sama jugak macam sebelum-sebelum ni ........ but now only 4 houses yang kami ziarah in both kampungs. Aku tanya bos, ngapa? Dia bilang dulu lain sekarang lain............ Aku pulak bilang, anak-anak dah besar nanti tak kenal sedara (macam aku). Hopefully tahun depan kami akan buat seperti tahun-tahun yang lepas tapi masa kat Kedah ya Allah panasssss...... nak keluar rumah pun malas.

Raya kali terasa kurang meriah sebab adik aku yang baru kahwin hari tu balik rumah mak mertua dia dulu, kesian omak den. Kalau tak dialah yang dok melayan anak-anak aku main mercun. Mak mertuaku pun uzur sikit sejak puasa hari tu. Minggu depan pulak UPSR, bulan depan UPSRA pulak so lomaulah raya kali ni ............ lotih den melaung memanggil anak bujang den duduk belajar. Asal aku bangun je dia pun bangun. Adoiii....... payah le pulak dengan budak jantan ni weh, nak becokau baru nak belajar. Sampaikan aku tanya dia, abang tak sayang mama ke bang? Teghiyak pulak tu. Sensitif.

Yang buat budak-budak ni happy depa dapat main futsal hari khamis malam tu.......... anak buah ada, pak menakan ada, pangkat ce pun ada....... orang boroi lawan budak muda mana tak pancit! hahahha..... yang dah kawen semua boroi.

Satu perkara yang aku tak berkenan time raya nih, kekadang bila pergi beraya orang sibuk mengadap tv. Volume tv pulak umangaiii..... tu yang bila nak berbual macam nak bergaduh. Macam orang kerja kilang papan pun ye jugak, kena cakap kuat-kuat nak lawan bunyi tv. Tetamu kat depan dilayan lebih kurang. Cerita yang dilayan pulak yang jenis tak laku kat panggung dan diulang berkali-kali kat tv pulak. Aku pun tak sure itu filem lawak komedi ke lawak bodoh, cakap menjerit-jerit, dengan muka dibuat macam orang terencat.

Kat rumah MIL pun sama budak-budak yang ramaiiiiii tu control tv sampaikan nak tengok berita pun tak dapat. Depa nak bangun dari situ pun siap sorok remote takut kami ambik heheheh ...... jenuh mencari remote astro weh.... dalam sarung bantal rupanya..... kekadang selit kat belakang badan. Selain daripada tu rancangan nyanyi-nyanyi saja yang ditonton. Kalau rancangan yang informatif, kartun ke ok jugak. Ada yang kata biarlah, kita kenalah ikut budak-budak punya selera........ aku pulak kata Micheal Jackson yang sangat masyhur di dunia tu pun kawal rancangan apa yang patut anak-anak dia tengok. Kita lepaskan layang-layang tapi ada masa kita tarik talinya.



Kalau anak-anak tu boleh tahan lagi tapi kalau mak pak nya? Teringat aku pada kata-kata seseorang yang pernah tinggal lama di oversea, katanya, time krismas di sana tv disimpan dalam stor, tetamu dirai. Kita yang muslim ni bagaimana? Tetamu yang baik datang membawa rahmat Allah.

Sebuah perjalanan yang panjang

Dah nak balik kan (tapi nak beraya dulu) kena la hensem sket. Ni Mat Jambu a.k.a Ali "my grandma says i'm priceless"



Si jantung hati, Azmin Zarif



"Eh, jatuh puyak!" . Dlm ramai2 anak aku yg ni pelat ler pulak






Ni kat rmh kwn di Bt Gajah yg aku kenal since 2002 dlm 1 seminar. U all bayangkan lah dr 2002 dia mengajak kami ke rumahnya 2010 br spai. Aku ingatkan dia baru pindah sini rupa2nya dah 4 thn tapi rmh dia simple giler



Ni dlm perjalanan balik ikut Gopeng. Masa dtg ikut Smpg Pulai. Agaknya iklan Petronas Yasmin Ahmad tu shoot kat area tu kot- kedai lama2. Aku dok pasak telinga laki aku suruh sgah kat Kellie's Castle









Berenti kat sini jap


Byk tmpt menarik kat Perak ni. Otw ke tol Gopeng ada Taman Herba


Tak berapa pasti lah sejarah Kellie's Castle ni. Dibina utk wife someone kot. Jap nak google..


Tgk kete putih tu lampu merah pun nak jln gak. Tu yg kedua tu, mcm mana la tak jamm


Aku ingat terminal kapal terbang je ada


Boleh tak Balai Bomba ni jadi produk pelancongan?


Masjid lg...tapi tak blh challenge la masjid kat Terengganu, banyak dan cantik. Tapi tak tau la ramai ke idak yg solat berjemaah. Mcm Masjid Kristal tu hantu je p semayang kot sbb org kg semayang kat masjid kg lbh convenient. Aku rasa buat pusat thfiz pun bagus gak kat masjid Kristal tu, tak pyh nak bazir duit bt bangunan baru. Make full use of it.


Cantik kan scenery bukit-bukau tu. Kalau amik gmbr kat luar lg best tp nak berenti kat mana? Hujan ler pulaks


Lega dah spai sini..punya le lama we all punya journey balik.


Lps jenguk2 rumah sendiri naik keta balik ke rmh my mom kek Kolo Pilah. Tu dia keta nak ke Sban/KL. Highway baru ni bt jln makin sesak setiap Ahad apatah lg time cuti panjang. Apa taknya, segala org dr bukan setakat Kuala Pilah jer, Kuantan, Tganu, Kelantan pun blh ikut jln ni. Uitm dan matriks and Kolej Jururawat pun ada kat KP. Selalunya time balik Sban aku ikut jalan lama- Bkt Putus bila kete dah terhenti mcm ni. Kan aku sayang Bukit Putus tu....mcm nak p Genting/Cameron Hlnd. Korang yg tak pnh tgk taik lembu tu moh le ke kg aku...kat tmpt lain tak jumpa punya atas jln raya camtu.

9.30 bertolak 11.30pm spai rmh mak aku. Gilo! Mcm nak p London

Supposed to be last raya day in Baling

Ni mlm 1st raya. Puak ni takde kira lain, kira nak bakar duit je lah. Aku tak beli ada pulak org tlg supply barang tapi kalau aku nmpak/dgr depa bakar mercun bola..SIAP !!!!


Raya kat rmh mak teh. Kakak ipar aku tak hbs2 menceceh kat anak dia spai aku kata "woi ! tutup mulut sat" barulah dpt gmbr yg sempurna. Anak2 kita org cukup baja wehhh..


Sepatutnya hr raya ke2 ni kami dah chow ke NS tu yg tak berbaju raya. Panas berlengas dlm kete nak berbaju kurung yg kainnya manja2 gitu tak kuasa i! Tak dan nak p rmh kengkawan / sedara jauh sbb nak kejar masa. Ni rmh sedara yg dkt blkg dapur mak teh. Ada keja gila yg aku bt kat sini hehehhe...



Nampak tak mangkuk laksa yg ada sudu tu? Haaa...aku paksa Kak Mah juai kat aku. Aku dgn muka sardin yg memaksa ngeh--ngeh--ngeh-- "seroius ni Kak Mah, cheq nak mangkuk ni. Juai semua la dgn pinggan sekali..". Berjaya ko. Nt aku blogkan pasai product ni. Aku dpt mangkuk Anna Griffin ni 6 buah + jug Kate Spade yg saiz 6 1/2 in. USD55 nko harga jug tu blm msk shipping n tax lagi. But of course i'm not paying that price lah kan....mangkuk tu dpt la hrga disc + hrga 2nd hand w/pun that the 1st time dia guna. Mau raya thn depan dia tak show off kat aku lagi kehkehkeh.....


Bekas kueh raya tu pun berkenan gak but abg kata toksah lah.....


Aku ada 2 MIL and 2 FIL, ni rmh yg kedua tu lah and rmh ke4 yg diziarahi pd raya ke2. So hangpa ingat aku jadi balik Seghomban tak??? Takkan adanya kalu dah lajak spai zohor. Panas2 nk kete nak p jauh2 huiiiii....stress!! Bila dah confirm tak jadi balik apalagi...bongkar semua kain baju msk msn basuh. Yg tak bestnya semi auto lak, nak cpt punya psl (nakkan panas terik tu) aku bilas manual jek pastu spin. Yg bergayut2 tu baju kami anak-beranak le tu sbb tmpt lain sume dah penuh.

Yg tgh berhelo-helo tu baru menjadi sedara and we will be going to his hse at the end of this month.

Sblh mlmnya pulak kami beraya kat rmh sepupu-sepapat my hubby yg dah pindah ke banglo msg2. Rmh punya besaq 120k-250k jek. Bestnya kalau ada tanah kat kg...tp aku nak ke ddk kt kg? Ddk kat bandar dgn suasana kg nak lah.

Ye ye Raya!

Allah huakbar Allah huakbar Allah huakbar!

Laa ilah haillallah Allah huakbar

Allah huakbar walillallah ilham


Haa..inilah keluarga besar my MIL with 6 anak n 16 cucu. Cucu2nya sihat dan bulat tak padan gn mak pak dia org.

Mak sedara tgh siapkan anak sedara. High maintenance bdk ni...kami panggil mami jarum fsl tangan dan leher mengelip-ngelip saiz mami jarum





"The cucus " tapi tak cukup korum - yg kecik2 susah nak diarah


Aiman



Mat Jambu


4 buaya


My Heroes


Beraya kat rumah Tok Cik -acara wajib



Kat rumah Tok Ngah pulak -juga acara wajib. Sedih pulak bila sesekali berjumpa. 13 thn dulu msh sihat walafiat, now dah uzur. Mudah-mudahan dpt berjumpa lg slps ni



Kat rumah Tok Yu...bila muka aku nak ada ni weii?





On the way nak ke sebuah lg rumah ada eksiden pulak. Kesian brader nih..rosak hari raya dia, kete baru pulak tu. Kete lama aku tu kalu kena langgar pun aku...huwaaaaaaa...mati kutu le aku takde transport




Bapak mertua my BIL buat bisnes ni. Bukan batu nesan je corak2 Islamik yg selalu ada kat masjid pun dia buat. Makin maju aku tgk sbb 5 thn dulu bengkel kecik je but now fuiiyyyooo...


Tahun lps baru lah kutahu rupa2nya batu nisan utk lelaki n pmpuan berbeza bentuk. 5 thn dulu masa 1st time dtg sini aku melawak dgn my biras masa kitorang ddk2 kat bangku luar. Our dialog mcm ni,

"pakcik! nak batu 2"

"tanah bungkus asing ye" hehehheheh
(mudah2an aku smpat bertaubat sblm mati)






Mcm2 bentuk. Boleh booking


No credit card please.........



Nak tgk baby ni je sbnarnya, baru 7 hari. Eiiiii...geram!



Azmin ajak baby baik basikal. Ikutkan je lah



Gelang mak longgg...

Selamat Hari Raya Aidilffitri !

Askm.

Masih belum terlambat kan nak ucap selamat beraye.... Sejak Selasa mgu lps aku dah terputus hubungan dgn inet nih...telepon ponnn 1 bar je kat atas lemari. Bila aku angkat dah hilang bunyi. Tu masa kat my MIL's hse's lah. Bila klr ke jalan ada pulak, sapa la nak ddk tgh jalan? Kesian kwn2 yg dok cl tak dpt ckp.

To Mr R in Canada, tq lah for calling me- never forget to wish me happy hari raya. Dia tanya bila nak p sana? Ayoyo....duit Msia ni kocikkkkk sgt jd ea kalu p sana. Kpd yg tak suka berkawan tu marilah kita bersilaturrahim, sng bila nak kemana-mana ada je org offer duk kat rumah depa. Kan ada pepatah "....buat jahat jgn sekali". Aku kalau berjalan sorang berdua mau la jugak aku nompang tp kalau handbags berderet ngikut huiii tak kuasa den. Poning palo tuan ghumah nt.

Tahun ni aku raya kat Kedah dulu sbb cuti sekolah start awal so no reason la mau raya kat kg aku dulu. Ceria je laki aku tu! Kami bertolak hr Selasa pkl 11.45pm. Selalunya aku sedar mamai mamai bila kete berenti kat R&R tp takde le klr makan ke apa ke..sayang mata beb! Bila nak berjalan jauh ndak2nya musim ramai org aku pastikan last mkn & minum 1/2 jam blm bertolak so that aku tak pyh ke toilet yg hancing tu. Hiiiii...kalau tak terpaksa mmg tak koso den nak poi toilet tuh. And mcm biasa lah aku akan kata.."dah sampai..." keh keh keh....sbb aku tidur spnjng jalan sedar2 dah depan pintu rmh MIL tp kitorang anak beranak beriya2 joint drebar tidur lps tu mcm sama2 bawak kete kihkihkih... 7 jam nko....kalau naik kpl trbg blh spai Japan/Australia long jorney mcm tu. Nak naik flight tak blh sbb Alor Star 2 1/2 jam dr kg, train pun tak blh sbb kna trn kat Sg Petani, nak naik bas dr Sban kna trn kt Sg Petani gak, what choise yg kita ada?

Spai2 je pagi tu ada pasar tani lak so apa lgi?...tawaf.... Bulan posa ni tak ramai la yg jual mknan kalo bln2 lain mmg best! Bila blk Kedah aku tak kisah pun anak2 nak order apa sbb murahhhhh....takdenya laksa spai 4 hengget. Kepak ayam bakar pun singgt je 1.

Budget raya


Ada org suka hantar emel, kat fb jana2 duit ni. Kalau btl la ddk rumah tak kojo boleh MENJANA duit dah lama dah Syed Mokhtar n Vincent Tan tu terbongkang kat rumah tgu duit masuk. Nak duit kena kerja tak kiralah berpejabat di rumah atau di mana pun. Mcm aku ni dok menganga kat rumah mmg spai kiamat pun duit takkan masuk. Perniagaan dlm Islam melibatkan produk atau perkhimatan yang halal. Taja2 org ni apa bisnesnya?

Duit kat atas tu en suami bg pagi tadi. Ehh...cepat lak menuai bulan ni bang. Patut la aku nmpak dok mengira duit dlm gelap mcm penyamun mlm tadi...sdh gaji ghopenye...

Duit diberi dgn pesanan: Pandai2 lah adjust, rumah tak yah byr bln ni. Mana cukup ni....drvive shaft nak kena tkr, service kete, bla..bla.. Loan rmh tak byr pun takpe sbb dah terlebih byr tiap2 bulan nak cpt settle punya fasal.

Dan kalo ada kawan saya dan en suami yg masih berhutang membaca entry ni TOLONGGGGG lah byr ye. Raya dah nak dekat sklh pun 4 bln je lagi nak bukak. Selalunya time2 bln posa kami shopping kasut baju sklh (baju raya dah beli masa sale bln 5), mana yg patut ditukar kna la beli baru. Baju sklh anak aku bknnya kaler putih lagi...dah kopam! Bln 12 punya bajet utk bayar yuran n buku semata itupun dah mkn ribuan. Mcm thn ni, klr je dari pagar sklh terus hntr msj "Bang, pagi ni je sdh hbs 1200". Thn dpn lg la byk sbb ada yg ke secondary schl.

Hah! Apa lagi? Ada hutang? bayarlah!

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free