Showing posts with label adat perpatih. Show all posts
Showing posts with label adat perpatih. Show all posts

Jalan-jalan cari makan di Seremban

Malam ni Malaysia vs Indonesia di sana. Setakat aku menaip ni dah Indon dah golkan 2-1 bravo! bravo! Kita menang yeyyy!!!

Esok pagi ko bacalah kat sokkabar melimpah2 pujian players kita dapat. Kalau berderet kalah nak turun kapal terbang pun seram sejuk, kalau boleh nak tutup muka. Kita ni pun kalau mengutuk melebih2 sangat kekadang players tu berbulan-bulan tak dapat gaji so ko ingat boleh menang ke? Perut anak bini dok berkeroncong, mak pun menunggu durian runtuh setiap hujung bulan tak kunjung tiba mcm mana nak menang? Fikiran players terganggu gimana sih? But setahu aku players NS takde masalah gaji....tepukan gemuruh utk management N9 football clap! clap! clap!

Ni aktiviti makan2 kami 4 beranak. 4 aje sbb yang lain2 dah balik kg sekejap. Kat Seremban ni aku tak tahu sangat tempat makan yang sedap lagi halal. Kami tak suka sangat mencuba2 sbb dah beberapa kali terkena yang tak sedap.

This time kami makan kat food court Ampangan, as usual gerai no 45 - jual produk roti and fast food. Kalau sebut pergi makan kat Ampangan semua dah faham dah mana nak tuju.


Gerai waffle ni pun under the same towkay. Meja kami sebelahhhh je harum semerbak baunya.....waffle 1 bang, toppings cekelat!



Yang tengah memasak tu la taukenya...telur2 ayam kat depan dia tu semua dibasuh tau. Aku particular tang ni, kalau telur tak basuh pastu dia pegang roti dll pastu ko sumbat dalam mulut pulak....hmmmm...sodapnya......perencah taik ayam.

Gerai ni bukak dari petang lagi dan ko jgn terkejut kalau sepanjang ko makan kat sini dia dgn seluruh staf dia tak senyum. Aku dah warning jgn heran! Aku pun tak faham kenapa susah benor nak senyum tapi takla bermakna dia sombong. Kedai ni mmg laris sungguh padahal jual roti, burger, nugget jek. Dah lama aku mengulang makan kat sini, masa preggy aku siap mintak telur 3/4 masak 2 bijik lagi + roti kentang. Makan tak hengat! Ehh...masa petang tu si bos yg serve aku siap senyum manis lagi.

Staf dia dah byk kali bertukar. Penat ko keje mcm ni...start dr ptg tak dapat duduk lansung sbb customer tak putus2. They deserves a good pay. Kalau aku dtg sini sambil menunggu roti siap aku dok mengira untung yg dia dapat je hehhehhh....aku ni dok memikir duit org je la kan?... Boleh agak2 dr balance roti dia yg tinggal kat rak belakang tu.


Malam tu orang ramai, bila aku nampak je ada org tgh membayar terus berdiri kat meja tu. Anak aku dah bosan la tu menunggu lama.


Kalau klr makan dgn aku anak2 tak blh order air sejuk. Letih yang oooiiiii....baru nak menyuap, mama nak air. Nak suap sekali lagi yg lain pulak, mama nak air. Sejak beberapa lama aku order air panas, selain lebih baik drpd air batu (dah la makan yg berminyak bermarjerin tuh) kami semua (aku n en suami) dapat makan dgn lebih tenang. Ye la kan dah airnya panas, makan le sampai habis dulu...sementara tu air pun dah suam, boleh telan tak payah nak tiup2. Kawan aku pun dah mengikut cara yg aku praktikkan nih, "habis nasik dia kak sbb nak tunggu air sejuk". Sharing is caring kan katanyaaaa........


Otak-otak pun adooo...


Kerang rebus, shoot dr tepi je malas nak bangun.


Anak aku ni kat rumah dok goreng nugget kat sini pun dok order benda tu la jugak mcm takde mende lain nak dihadapnya


Ni roti telur goreng kentang - depa punya trademark. Kalau nak tambah red beans pun boleh. Biasa je...buat sendiri kat rumah pun boleh tapi kalau nak makan yg agak ringan (yg selalunya akan berakhir dgn berat) we all akan dtg ke gerai ni, gerai lain rasanya tak sama lorr... harga sekarang i think rm1.80 lagi kot sepinggan.


Dulu susah nak jumpa orang buta jual tisu malam2 kat Seremban ni...seingat aku tak pernah tapi dah ada pulak sekarang. Bukan tak simpati dan bersangka buruk tapi dah banyak cerita tak baik digeledah orang kan, cuak la jugak.

Kat lain2 tempat yang aku pernah try dan termasuk kategori sedap ialah Man Tom Yam, Ayam Panggang Kenyalang, Charlie Tom Yam selain mamak- Iqbal, Azhar Maju, Syed Maju.

Moh makan!


BSN meletopppp!

Korang ada terbaca tak fasal BSN yang meletup dan terbakar hari tu? Kat newspaper ada sekeping je gambarnya kan...ni aku tempek sikit lagi biar jelas terang korang pandang. Baru je malam sabtu minggu lepas aku nampak kontraktor dok buat renovation sampai pukul 9 mlm tak balik2 lagi tup tup keluar news dah terbakar pulak.


Aku tak tau lah sama ada ATM operating ke tak time tu tapi yang pastinya ada orang tgh tidur kat tingkat atas. Naya betul....nasib baik dapat diselamatkan. Kalau merebak kat restoran sebelah lagi haru biru, mau 2 3 kali meletup lagi sbb ada tong gas.
Eh eh...duit dalam ATM tu tak bertaburan ke?


Masa tempat keje aku dulu under renovations kitorang keje macam biasa dengan takde aircond nyer...masyaallah panas tak boleh nak ceritalah. Badan masam dah tentu, lps tu ruang kat operation dept makin sempit sbb tengah buat kaunter baru, yang lebih menghangatkan hati lagi dlm sempit2 tu ada mangkuk hayon dok lalu-lalang menggesel kat tempat kitorang yang maha sempit tu...grrrrrr!!!!


Ada sekali tu our GM datang buat site visit and dia boleh kata, "kesian customer kena berdiri kat luar" (padahal cust berdiri siap dapat angin sepoi2 lagik).
Itulah nasib pekerja bawahan.....mekap dah cair pun bos tak nampak sedangkan customer pun simpati kat we all yg kena bekerja dalam keadaan sebegitu, nak harapkan bos? huh


Aku jarang pergi cawangan BSN yang ini sbb aku kena tempuh 5 traffic lights kalau nak ke sini lagipun if wrong timing berjanggut la nak menunggu turn sbb pakcik2 nak keluar duit pencen. Lagipun staf kat sini kurang mengancam. hehehehheh...

Oghe Arab kecek klate

Dulu masa aku keja kat S Alam ada sorang lagi staf org neghoghi kat situ. Aku ni kalo ada org senegeri tak mau lidah aku ni menyebut i, u ..kelu beb! Aku berkomunikasi dialek nogoghi kat sumo staf n staf lain pun balas yg sama spai manager aku oghe klate tu kato "aku ni kat Seremban Br ke kat S Alam Br?" hehehehh...

Spai skrang gitu lah tak kira la ceo ke sapa2 ke...kalo dia org NS tak dapek den nak nolong...even our MB kalo dia ckp BM pun ada bunyi2 nogoghinya. Tak caya cuba dgr nt.

Aku rasa aku sesuai jd customer service exec ni sbb lidah aku ni mudah belajar dialek2 kat Msia ni, Kedah blh..Perak blh..Klate blh..Swak pun blh.. Sampaikan ada lecturer yg diimport dr India n Pakistan tu suka bangat kat aku sbb bila ckp dgn dia org kepala aku tergeleng2 sekali mcm dia buat tu (english lah, aku mana pandai bhsa Tamil nih).

Meh kita tgk mamat ni. Tak menghairankan sbb rasanya tg ramai blaja kat Mesir ni org2 Kelantan, Kedah, Terengganu.

Azam baru

Sedari pagi aku berazam takmo mkn nasi. Kalau mkn skt sangat mcm masa dlm pantang yg last tu- 1 sudu mkn je. Kunun nak ikut Ziana Zain.

Masa jmpat anak balik sklh tgh hari tadi (dia tak ke KAFA) sbb Canang 2 she asked whether aku msak ke dak so aku kate tak lah. Menu aku kalo sensorang roti Gardenia + jem je. Oke le tu alas perut sbb mlm nt kena mkn nasi sama2 suami n anak2. Kena la teman, nak jadi isteri mithali nko....sambil teman sambil penuhkan perut.

Balik kat cite anak aku tu, dia kata
"kakak lapar la ma..".
"kita pun", Ali pulak tmpg semangkuk padahal dah 2 x aku tanya dia lapar ke tak. Akal dia takmo mkn nasilah tu.
"kita pg McD la ma". Aku dok pkr dlm hati bdk2 ni takde la nak ajak aku pg Rest Muaz ke, Iqbal ke, semua nk ngabihkan duit den. Selero bosa!

Since duit pn baru dpt semalam kami pun ke                           
 bantai McChicken set n ayam! Azam pun hilang entah ke mana.....

-Esok berazam lagi-

Buat keputusan dgn akal bkn dgn kuasa

One day i went to one of the politician office's in Jempol locality. Kena q u..rame beno peminatnya. Non- it to mention name lah ye karang dikata membodek pulaks.

Aku terdengar le cik kiah bertiga  ni ngadu kat YB tu tntg masjd/surau kek tompek dio tu..ntah pasal org menumpang ke pasal apa tak taulah sbb krg jelas pd pendengaran aku yg kat luar bilik tu. Yang pasti mereka minta pendapat YB tu blh ke tak nak kunci tempat awam tuh. Boleh ke? Tempat awam tu..bkn buat dr duit sorang umat atau satu2 parti politik. Tu pun nak tanya YB, boring YB tu agaknya takleh nak pikir sendiri.

YB ni jawab:
"Kito tak buleh kunci doh..dibuek ea kang ado musafir waktu pulak dah nak habih..disbbkan kito kunci mesojid tu dio tak dapek samayang, kang kok kito yang kono tanggung doso ea"

Waa...aku respek la kt dia. Tak kiralah dia jwb tu ikhlas ke tak tapi itulah jawapan yang menggunakan akal bukannya kuasa. Nantilah kok MB tanyo den bg taulah YB mano, buleh dio bertanding laie sok heheheh...
Bukannya spt tuttttt...bila dua puak bertelagah disuruhnya tutup surau, camana org dt2 situ nak berjemaah. Skrg ni ambik kau..merata2 blog org dok baraikan kisah peribadi dia. Malu..malu..walaupun buat muka tak malu.

Ahad yang bz

Today is the last day cuti sklh so i believe semua mak2 dlm Msia ni mmg sibuk menguruskan persiapan sklh anak2. Aku dah siap iron baju the boys but yang kakaknya punya aku suruh iron sendiri. Next yr dah msk sklh menengah takkan aku nak buat lagi? Nt jd mcm my cousin, semua anaknya harap kat dia w/pun dah form 5. Sampaikan kalau demam pun dia kna bangun masak. Tak dapek la nak buek mcm tu dgn aku yo! Hbandnya takde nak nolong pun..

Aku dah kata kat semua org dalam rumah ni, lelaki ke pompuan ke semua org kene buat keje. Zaman lelaki memerintah dah berlalu ye. Apasal nak bg arahan je sdgkan bini pun keje jugak. Balik keje sama2 penat tapi kenapa si isteri lps lempar handbag boleh trs sinsing lengan jerang air-masak nasi-dan seterusnya?

Kat angah aku cakap dah kakak nko tlg jaga adik nko menyapu. Kat alang, nko tolong buang sampah. Kat bangcik bg keje ringan2 je sbb br 5 thn. Kat adik, jgn la nangis mak nko nak bt keje. Bila aku balik rumah dan anak2 dah bertebaran klr rmh bermain aku pastikan rumah dan siap dikemas. Maksudnya tak ada lg mainan yg bersepah di lantai, kain baju merata-rata, buku sekolah terbongkang atas meja, cawan pinggan sendiri tak berbasuh; supaya mereka belajar menghargai dan bertanggungjawab. Masa aku ada kat rumah depa nak main tunggang-langgang pun tak apa cuma sblm klr bermain ptg nt kemas rmh dulu. Nenek aku tgk anak aku angkat kain pun rasa sedih. "Uwan, zaman dah berubah. Bdk lelaki tak boleh dilayan mcm dulu sok slr dalam sendiri pun suruh mak basuh".

If u pay peanuts what will u get?

Kalau kita nk Air Asia, agak2 dpt tak layanan mcm business class passenger di Malaysian Hospitality (MAS)? But of course their cabin crew polite too.

If we warded kat Kelas 3 hsptl gomen, u nak demand mcm berehat kat Gelneagles Intan?

If u only mampu guna local car/s, bersyukurlah. Jgn la ckp kat tokey kete tu, aku dah bayar RM40k semua takde..seat tak empuk, boot kecik, tak laju, bla..bla..bla..

Get it?

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free