Showing posts with label accomodation. Show all posts
Showing posts with label accomodation. Show all posts

Hotel Review | Resort di tengah kota kuno, Aureum Palace Hotel & Resort, Bagan

Hotel Review | Resort di tengah kota kuno, Aureum Palace Hotel & Resort, Bagan | Sehari dua ni orang tengah heboh dengan bilik underwater Neelofa di Maldives. Memang unik sepadan dengan harganya, hanya untuk yang "ada ada". Kita yang tak have have ni mampu tengok je lah hehee... but don't worry, jika mahukan resort yang selesa di tempat yang menarik pemandangannya di tempat lain pun ada.


Pernah cuba mencari lokasi belon udara panas di Asia tak? Bandar lama Bagan di Myanmar ialah salah satu lokasinya dan di tengah kawasan bersejarah itulah ai menginap menikmati keindahan bangunan ciptaan manusia zaman kuno.


Nampak tak pagoda/stupa yang berwarna coklat kemerahan di belakang tu? Beribu you... Sumber Aureum Palace.

Resort Di Dalam Bagan Archaeological Preservation Zone
Di zaman dahulu kala, orang Burma (kini Myanmar) percaya bahawa kerajaan Bagan ialah jambatan antara dunia dan syurga. Mungkin disebabkan itulah begitu banyak sekali stupa dan pagoda dibina di kota lama ini.

Aureum Palace Hotel & Resort berada dalam kawasan seluas 27 hektar di kota lama Bagan. Jejak je kaki ke resort ini kita dapat rasakan macam balik ke zaman dahulu, bukan sebab resort tu teruk tapi pemandangannya yang tiada di tempat lain. Kedudukannya di tengah beribu pagoda dan  stupa yang berusia ratusan tahun dengan warna asli, reka bentuk lama. Jika uols minat history and architecture Bagan ini salah satu destinasi wajib untuk dikunjungi. Beautiful. Asyikkkk...

Bilik aku Orchid Villa- Garden View seluas 90 meter persegi. Luas dah tu untuk dua orang tapi ada lima jenis bilik/villa lagi untuk dipilih. Owh mereka ada bagi complimentary chocolate and fruits too. Balkoninya walaupun menghadap ke bilik villa depan tapi masih ada privacy, bilik mandinya pula lengkap dengan bath tub, tandas berasingan dan ada ruang bersiap. Weighing scale pun ada jadi aku dok timbanglah sebelum dan selepas heheh... Ruang tandasnya diperbuat daripada bahan kayu, luas.


Photo of this room

Sumber Aureum Palace

Gallery image of this property
Sumber booking.com


Nyaman betul berehat di balkoni sambil minum petang. Sunyi dan damai. Ada juga yang sengaja baring atas rumput pepagi sambil melihat belon panas terbang kat atas nun. Mat saleh sukalah part berjemur ni terutama time musim sejuk tu. Elok ke sini selain bulan Jun hingga September, panaih oih. Kekurangan villa ini di mata aku ialah lampunya yang malap, ai is tak berapa suka.

Bila petang ramai pakat berkumpul di swimming pool untuk melihat matahari terbenam. Kolam renangnya luas jugalah dan bagusnya boleh nampak reflections di permukaan air. Cantik! Memalam ada je having their romantic dinner by the pool. Dari depan viewing tower tu boleh nampak stupa yang dipasang lampu. Pemandangannya macam...erm.. macam mana eh nak cakap? Stunning kot the best word.





Aureum Palace Hotel & Resort dilengkap dengan fasiliti lima bintang dibawah pengurusan Htoo Hospitality. Resort ini dilengkapi dengan segala yang patut ada termasuk kolam renang, gimnasium dan menara dimana kita dapat melihat 360 kawasan arkeologi Bagan. Setiap pagi ramai tetamu dan orang luar akan naik ke Aureum Viewing Tower ini untuk melihat belon udara panas terbang. Untuk guest free je... outsiders kena bayar USD5. Melihat sendiri perubahan warna cahaya dari malap ke terang sambil hot air balloon naik satu persatu rasa best sangat! Amazing! Pepetang pun boleh naik tengok sunset pula. Mujur sekarang guna kamera digital tekan je lah banyak mana pun, kalau zaman dinosour dulu habis dah Kodak ni.

Aureum Viewing Tower


  



Apart from hiring a tour guide kita boleh juga sewa e-bike dari resort untuk jalan-jalan. Ada tempat yang best untuk tengok hot air balloon pepagi. Sila rujuk entry lama untuk melihat lebih banyak gambar.

Dari segi makanan, aku boleh komen breakfast je lah sebab lunch and dinner makan vegetarian food di luar. Puas hatilah dengan breakfast yang disediakan, banyak bun cakes bread cereal semua. Hospitality? 5 bintang! Aku panggil techinician untuk adjust tv pantas dia datang. Camtu jugalah yang collect bag sewaktu nak check-out.

Resort ini hanyalah...

4.2km ke Nyaung U Airport
2.2km Bagan Nyaung U Golf Club
10km ke Ayerwardy River
Lain-lain pagoda/stupa.. rata-rata dalam 2km sahaja.



Bagaimana untuk ke Bagan menggunakan pengangkutan awam?
1) Pengangkutan udara
Naiki pesawat domestik dari Yangon dan mendarat di Nyaung Airport. Terdapat lima domestic flights ke Bagan. Perjalanannya 1 jam 20 minit.


2) Dari Yangon ke Bagan dengan bas.
Ada beberapa syarikat yang memberikan servis dengan dua jenis bas, VIP atau biasa. Bas VIP 2+1 seater lebih selesa dan ada leg rest yang boleh dinaikkan 45 darjah. Harga tiket bas VIP USD25, bas biasa yang seat 2+2 tu USD21 seorang. Semua bas ada air-cond.

Bas biasanya berlepas jam 8 malam. Perjalanan selama 10 jam dan kebanyakan bas will stop for half an hour at 115 miles on the Yangon-Nay Pyi Taw-Mandalay Expressway (2.5 hours north of Yangon). Kalau tujuannya ke tempat popular ni during peak season elok book sesiap bas yang hendak dinaiki.


Tempat menunggu bas: 
The Aung Mingalar Highway Bus Terminal (also known as Highway Bus Station). Stesen bas ini 7km dari Yangon airport dan 19km dari central Yangon di Sule Pagoda tu. Sejam jugalah dari tengah bandar Yangon tu.


3) Dari Yangon dengan keretapi (perjalanan setiap hari)
Tiket keretapi boleh dibeli online, melalui ejen atau pergi sendiri ke Rangoon Train Station. Kalau nak travel on the same day pun beli di train station.

Kalau nak buat advance booking kena pergi Advance Booking Office di Bogyoke Aung San Road di sebelah selatan trek bertentangan dengan Sakura Tower & 33rd street, and diagonally opposite Traders Hotel . Tiga hari sebelum bertolak dah boleh beli. Sila bawa passport ya. Pejabat jualan dibuka dari pukul 7 pagi hungga 3 petang. Kaunternya paling kiri.

Dari Yangon (nama lamanya, Rangoon) ke Bagan : Train no 61
Kelas : S, U, 2, O
Waktu berlepas: 4 petang
Waktu tiba: 9.31 pagi

Dari Bagan ke Yangon : Train no 62
Kelas : S, U, 2, O
Waktu berlepas: 5 petang
Waktu tiba: 10.30 pagi


S = upper class sleeping-car (tiada di musim hujan); U = upper class seats (tiada di musim hujan); 2 = 2nd class seats; O = ordinary class seats.
Harga tiket:
Upper class sleeper : MMK16,500 (USD17)
Upper class seat: MMK12,000 (USD12)
Second class seat: MMK6,000 (USD6)
Ordinary class seat: MMK4,500 (USD4)

Kanak-kanak dibawah 3 tahun PERCUMA
Kanak-kanak dibawah 10 tahun SEPARUH HARGA

**Tiada perbezaan harga antara locals and foreigners.


Aureum Palace
Near Bagan Viewing Tower
Min Nanthu Village
Nyaung Oo, Mandalay Division
Myanmar (Burma)
Tel: (+95 61) 60 046/ 047, (+95 9) 6502 963/ 964
Emel: aureumbgn.head@htoohospitality.com, aureumbgn.fo@htoohospitality.com


Kisah perjalanan dari Yangon ke Bagan ada di sini. Jemput baca juga perjalanan lain yang berkaitan. Terima kasih.

The Orchard Wellness & Health Resort | Tempat relaks relaxxxx...

The Orchard Wellness & Health Resort | Tempat relaks relaxxxx... | Dari bandar Melaka kami ke Lubuk China. Lubuk China terletak di Alor Gajah bersempadan dengan Negeri Sembilan. Jadi orang belah sini ramai yang speaking Nogori 😊


Aku tak pernah ke sini jadi tak tahu nak agak dah dekat ke.. jauh lagi ke... sebab masuk dalam kampung. Sungguh, dalam kampung betul tapi bas besar boleh lalu kat jalan tu. When we reached there mestilah rasa takjub sebab ada resort mewah di situ.

The Orchard Wellness & Health Resort telah diiktiraf sebagai "the BEST wellness resort in Malaysia" selama tiga tahun berturut-turut dari 2015, 2016 & 2017 oleh World Spa Awards. Wow! Resort ini setaraf dengan Chiva-Som di Thailand dan The Farm di Filipina. Inilah sebabnya ai eksaited benau nak melawat.


Himalayan Crystal Salt Room, large open pool




Checking out "the BEST wellness resort in Malaysia"?
Pada awal pembukaannnya pihak pengurusan hanya mau fokuskan resort ini kepada rehat dan pulih sahaja. Nak merehatkan jiwa dan raga. Kanak-kanak tidak dibenarkan menginap di sini, kang memokak lak haha... tapi sekarang ia telah dibuka kepada semua orang asalkan anda berkemampuan membayar.

The Orchard Wellness & Health Resort berkeluasan 120 ekar tetapi buat masa ini hanya 15% sahaja digunakan. Surely they have future plans dengan tanah mereka ni. Bila anda memilih untuk menginap di sini pasti akan rasa tenang dari hiruk pikuk kota dan rasa damai je dengan kehijauan di sini. Plan awal nak explore bandar Melaka entah entah terbenam dalam keempukan tilam je. 

Paling seronok if you datang di musim buah-buahan, macam-macam ada! Jenuh makan rambutan dan durian and it's FREE dan boleh petik sendiri. Ya Allah best giler! hahah...sebab aku suka local fruits terutama yang fresh dari ladang. Melekit-lekit tangan tak berhenti makan rambutan. Durian pula daripada pelbagai spesis ohmaiii.... bahagia hantu durian macam den. Punyalah banyak dua jenis pokok ni, geram je tengok. Antara buah-buahan lain yang ditanam ialah longan dan markisa. Uish sedap kalau dibuat jus. Buah ni bila tak habis dimakan baru dijual.

Buah-buahan dan sayuran dari ladang ini semuanya organik. Terbaik!


Biliknya best ke idok???
The Orchard Wellness & Health Resort  menyediakan 43 bilik dari lima jenis penginapan. Semuanya luxury kecuali di Honeymoon Island yang mereka gelarkan Camp David. Di Camp David tu walaupun biliknya tak mewah tapi ada swimming pool yang agak besar juga dan common room, ada kolam juga untuk kaki pancing. Sesuailah kalau nak buat family gathering di sini. Lokasinya gak jauh dari bilik lain jadi takde hallah nak gelak berdekah mengilai macam langsuir ke 😀




Luxury Suite Room

Villa in the green



Honeymoon Island @ Camp David

Aktiviti yang ditawarkan
Yoga, tai chi, fitness class, orchard trail hike, spa dan memacam lagi. Boleh rujuk di sini. Wellness programme yang mereka tawarkan memang untuk menambah baik kesihatan kita. Sesuai sangat jika nak berehat selepas pembedahan. Paling koman pun buat nature walk sebelum breakfast. 

Untuk ulat buku, ada perpustakaan untukmu. Jika bosan boleh menonton wayang. Nak berkaraoke pun boleh. Jika kita nak buat team building pun bisa diatur.

Dari resort ini ke bandar Melaka 37km kira-kira 50 minit. Melaka tu kalau hujung minggu dia punya sesak umangaii... berpeluh ketiak hahah.... so plan your journey ya, tapi kat tempat sesak itulah ada macam macam.


The Orchard Wellness & Health Resort
63, Jalan Solok Uban
Kampung Baru
78100 Lubok China
Melaka

Tel +606-5528 999 
Faks +606-5529 989 

Sales Office Address : 
Unit No.50-4-10
Level 4, Wisma UOA Damansara
50, Jalan Dungun, Damansara Heights
50490 Kuala Lumpur
(SMS) +60 16 325 8888

Hotel Review | Percutian menghilangkan stress di TAD Marine Resort

Hotel Review | Percutian menghilangkan stress di TAD Marine Resort  | Jika ke Mersing anda ada pilihan untuk bercuti di mana mana enam pulau indah di sana. Sah satunya, Pulau Tinggi.


Pulau Tinggi sangat sesuai dijadikan tempat beristirehat dari kesibukan kota. 30 minit menaiki bot laju dari Jeti Tanjung Leman, pulau ini terkenal sebagai tempat untuk merehatkan minda. Dengan pasir halus memutih dan air laut yang jernih, siapa yang tak tertawan kan? Seronok duduk tidur baring di atas pasir pantai tu. Bukan itu je.. di pulau kecil ini juga ada air terjun yang mana kita kena hike dalam setengah jam. Best air terjun tu.

PowerPoint Presentation

Jeti Taman Laut Pulau Tinggi, Mersing, Johor.

Mengapa memilih TAD Marine Resort?

1. Pertama sekali sebab ia menghadap laut, dahlah airnya jernih pula tu. Di belakangnya pula hutan menghijau, suatu keadaan yang balance. Ya Allah sangat best pemandangan dia.

2. Susun atur resort itu sendiri menarik. 

3. Biliknya agak luas, selesa dan dilengkapi dengan pendingin hawa. Ai dapat bilik bawah lagilah best. Ada lima jenis penginapan, memana pun best except yang terlalu dekat dengan karaoke room.

4. Basic facilities seperti tv lcd, jug kettle, pengering rambut, air panas, toiletteries. Penting jug kettle tu memalam nak rendam Maggi.

5. Ada bilik karaoke, training and conference facilities.

6. Ada swimming pool!

Sumber TAD Marine






Aktiviti yang boleh dilakukan di TAD Marine Resort
Selain bersukaneka, bermain bolasepak pantai serta volleyball dan mandi laut di depan resort, kita juga boleh minta pihak resort arrange snorkelling trip ke Pulau Mentinggi atau Pulau Lima. Di situ banyak ikan yang cecantik. Tak jauh pun.... 


Snorkelling di Pulau Mentinggi

Kepada yang ada diving licence tu lagilah best boleh menyelam. Ai mampu berangan jer berada dalam laut... Oleh sebab pulau ini sebahagian daripada taman laut bermacam ikan penyelam jumpa seperti manta ray, sweet lips, grouper, parrot fish, yellow tail, king fish, pacific gregory and damsel fish.

Nak berkayak pun boleh.

Nak ke mangrove forest juga bisa diatur.

Untuk mengisi masa lapang eok juga kita panjat bukit di tengah pulau. Tingginya hanyalah 600 meter dari aras laut. Paling tidak panjat sampai ke air terjun Pulau Tinggi. Kami hari tu pergi selepas hujan jadi air agak keruh sedikit. Nak ke sana kena pergi dengan guide ya, please inform the resort first.

Air terjun Pulau Tinggi.

Di Pulau Tinggi ini juga ada muzium, pusat penetasan penyu dan kampung Melayu. Hari tu kami pergi ke Kampung Tanjung Balang selepas snorkelling di Pulau Mentinggi. Ketua kampungnya, Tok Mok.

Jika datang nak berehat semata, berdoalah semoga dugong dan ikan lumba-lumba lalu. Sea creatures tu sukakan suhu dan air bersih di sini. Jika kena musimnya penyu pun akan naik bertelur.

Bila menjelang senja paling asyik menunggu matahari terbenam. Don't forget your camera to capture the beautiful sunset.


Tips bercuti di TAD Marine Resort, Pulau Tinggi
1. Since Pulau Tinggi is a protected marine park, bila datang ke sini jangan lupa bawa goggle, di jeti dan depan resort tu pun ada ikan walaupun tidaklah sebanyak di Pulau Mentinggi.

2. Sila bawa jajan to be eaten between meals. Ada satu kedai kecil berhampiran resort tapi barangan jualannya limited. 

3. Nak masuk ke Taman Laut Sultan Iskandar kita perlu membayar yuran taman laut yang akan digunakan untuk mengawal dan memelihara hidupan laut di sini.

Untuk warganegara:
Dewasa          RM5
Kanak-kanak RM2
Warga emas   RM2
OKU              Percuma


Untuk BUKAN warganegara:
Dewasa          RM30
Kanak-kanak RM15
Warga emas   RM15
OKU              Percuma


Cara Untuk ke TAD Marine Resort dari Kuala Lumpur
Caranya sama seperti di sini cuma kita naik dari Jeti Tanjung Leman.


My comment:
Pemandangan *****
Fasiliti ****
Makanan ***


TAd Marine Resort
Kampung Pasir Panjang,
Pulau Tinggi,
86800 Mersing,
Johor, Malaysia.

TAd Resort Management Sdn. Bhd.
(958807 -U)
2-2 & 2-3, Jalan USJ 9/5N,
47620 Subang Jaya,
Selangor, Malaysia.
+603-80239009
+603-80239089
info@tadmarineresort.com

Pejabat Jualan
+6012-908 9683 / +6012-908 9929


Hotel Review | Chaba Cabana Beach Resort, Koh Samui

Hotel Review | Chaba Cabana Beach Resort, Koh Samui | Koh Samui ialah pulau yag ketiga besar di Thailand. Tidaklah besar sangat sebenarnya, kita boleh mengelilinginya dalam masa dua setengah jam sahaja. Berbeza dengan Phuket, Koh Samui lebih tenang dan sesuai untuk berehat. Turun dari kapal terbang saja pun dah boleh rasa keunikannya.


Jika dapat seat tepi tingkap kapal terbang pandanglah ke bawah, tiada pokok kelapa sawit memenuhi berkilometer radius dari lapangan terbangnya. Dari atas kita akan nampak pantai yang memutih dengan kejernihan air laut menghiasi pulau di Teluk Thai itu.

Ada lapan pantai yang popular di Koh Samui dengan Chaweng menjadi top of the list. Agak panjang jugalah pantai Chaweng ni... keluar saja dari airport kita dah berada di Chaweng area. Pantai ini landai menjadikannya tempat mandi manda yang selamat. Air lautnya sangat jernih dan suam membuatkan kita bertangguh naik ke darat.  Pokok kelapa yang tumbuh melata lagilah menjadikan pemandangan bertambah menarik.


Mengapa harus memilih Chaba Cabana?
As I said in my video kat IG tu, tahun lepas I pernah buat lawatan ke sini. Bila ke tepi pantainya terus kagum melihat air laut yang sangat jernih (terus teringat kenangan mandi-manda bersama anak-anak di Pulau Perhentian 11 tahun dulu). Kira private beach lah. Dari situ timbul impian nak bercuti di memana resort di sekitar Chaweng. Rezeki tidak pernah salah alamat. Tak sangka tahun ini dapat bercuti rehat - berehat sungguh 😁 - di Chaba Cabana Beach Resort. Syukur alhamdulillah.

Resort ini hanya 2km dari Samui International Airport, utara Chaweng. Nak ke city centre pun dekat je hanya 1.4km tapi tambang songteaw dan teksi boleh tahan gak depa caj berbanding daerah lain di Thailand. Mentang mentang pulau... Tambang shuttle bas (van) dari airport 130 baht seorang. 

Pantai Chaweng ni panjang tapi belah utara dekat resort empat lima bintang ni lebih jernih. Ia landai sehingga 100 meter ke depan. Pepagi kalau nak mandi laut kenalah pergi jauh ke sinun, petang nanti baru air sampai hingga ke tangga. Syok weh, kalau bawa anak kecil yang penakut pun boleh bagi dia mandi kat tangga tu je. Jadi sebab utama ke sini, air lautnya.

Resort ini walaupun tepi pantai tapi menghijau dengan pokok. Bila banyak pokok angin yang bertiup pun tidaklah panas membahang bila kita duduk berehat di luar bilik, terasa nyaman ditambah pula haruman bunga harum sundal malam, asyik. Baca buku pun rasa nak lelap hahah..

Ada dua swimming pool tapi pastilah yang menghadap laut menjadi tempat berendam yang awesome. Bila matahari panas mencarak berkumpullah orang dari negara sejuk di situ. Aku tak mandi kat kolam kali ni sebab dalamnya 1.6m (tinggi aku 152cm jer.... takut) dan takde kawan/life guard. I is takut okeh, kalau 1.5m boleh lagi. Takut sket sebab aku tak pandai sculling. Lagi satu pool bersebelahan lobi.

Breakfast selection boleh tahanlah, berlainan jenis dua pagi tu. Mujur ada kentang, ai suka. Lagi satu yang aku suka yogurt dimakan dengan banana in syrup. Seat pula mestilah dipilih yang memandang ke laut. Walaupun kafe tidaklah besar mana tetapi tak pernah crowded and the staffs were very attentive.

Aku tak try pun gym sebab dasar pemalas nak bersenam hahaha.... ngaku je lah kan. Kalau nak berurut spa dekat je di jalan nak keluar ke jalan besar. Kedai sewa motor pun ada. Tak jauh dari resort ni di sebelah bawah ada deretan kedai makan dan spa. Family Mart pun dekat tapi takde sandwich halal jadi silalah cari makan di tempat yang aku senaraikan ini

Kalau rajin boleh je berjalan kaki ke pusat bandar Chaweng, 1.4km je apadehal? Jika kurang rajin boleh tunggu free shuttle service yang resort sediakan pukul 12 tengahari dan 4 petang.


Bilik paling best?
Mestilah villa tepi pantai tu.... tapi bilik lain ok je, ada wifi ada air-cond cuma aku tak rasa tak puas hati sikit sebab day curtain dijahit sekali dengan curtain tebal tu. Dahlah ada bilik bertentangan, tak bolehlah nak selak langsir bagi natural lights masuk. 

Bilik airnya nampak out dated tapi ada hot shower yang power. Penting tu oih nak siram air panas kat betis memalam.

Oh ya, mereka bagi complimentary dodol. Welcome drinks mestilah ada... dua kali aku minum sebab memula tu tersilap, boleh pula pergi ke Chaba Samui hehee...




Bilik deluxe kite...




Aktiviti yang boleh dilakukan di Koh Samui
- makan
- berurut
- shopping
- main golf
- main tembak tembak dengan pistol sebenar
- menonton kabaret 😀
- melawat perkampungan nelayan, jeti ikan
- duduk saja sambil baca buku/dengar muzik/main game


Chaba Cabana Beach Resort
160 Moo 2, Chaweng Beach Road,
Bo Put, Koh Samui Suratthani, Thailand 84320
Tel: +66 (0) 77 231 350 - 9
Faks: +66 (0) 77 230 771
Emel: chaba@chabagroup.com

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free