Showing posts with label Sarawak Tourism Board. Show all posts
Showing posts with label Sarawak Tourism Board. Show all posts

Gunung Mulu National Park, Miri | Lang Cave and Deer Cave

Gunung Mulu National Park, Miri | Lang Cave and Deer Cave | Gunung Mulu merupakan gunung yang tertinggi di Sarawak dan keempat di Malaysia selepas Gunung Kinabalu, Trusmadi dan Tambuyukon- ketiga-tiganya di Sabah. Kerajaan Sarawak, Tourism Sarawak dan Sarawak Travel Board telah berjaya menjenamakan negeri mereka sebagai eco-tourism destination sehinggakan pelancongan menjadi sumber pendapatan kedua tertinggi tahun lalu.

 
Dengan 80 events sepanjang tahun di seluruh pelusuk daerah, yang dikira sangat aktif, tidak hairanlah mereka berjaya melepasi sasaran 4.5 juta pelancong pada 2014 yang bertumpu kepada percutian dan pelancongan perubatan. Tahun lalu dah dapat 4.8 juta tahun ni mereka sasarkan cuma 5 juta sahaja. Okaylah tu kan, takdelah ambitious sangat walaupun ada banyak produk untuk dijual.
 
Festival kebudayaan dan hiburan tu sebenarnya sampingan jer sebab pelancong yang datang dari jauh seperti Chile, Spain takkan nak duduk seminggu, naik kapal terbang pun 28 jam. Foreigners ni susah kita nak jumpa di tempat tumpuan pelancong Malaysia seperti Serikin, kedai kek lapis dan shopping mall tapi masuklah dalam hutan, ada je diorang ni. Paling dekat di Semenggoh Wildlife Park. Wanita tempatan di pedalaman pun ramai yang berkahwin dengan pelancong asing ni. Tak pergi clubbing pun dapat jugak kahwin dengan omputehs uols.
 
Okaylah, nak tunjukkan gambar gua yang aku pergi hari tu. Gua-gua ini sangat unik dan cantik, berbaloi merembes peluh berjalan kaki berkilometer. Barang baik selalu tersorok kan? Untuk ke sana kenalah naik bot dari Clearwater Cave menuju Park office.




 Jalan jalan jalan jalan jalan....
 


Di Sarawak, highway tidak bertol. Begitu juga di Taman Negara Gunung Mulu. Jadi bila berjalan tu tangan janganlah pegang hand rail takut terpegang these little creatures. Abang kawasan tu...




 Main kilometer je cik Jah ooiiii...
 
Pakej yang biasa diambil pelancong samada 3h 2m atau 4h 3m. Sekiranya kita berhajat nak panjat sampai ke Mulu Summit (Pinnacles) tu kita perlukan sekurang-kurangnya 5h 4m. 24km tu... The Pinnacle tu sangat cantik bila diambil gambar dari atas. Keindahannya setanding Stone Forest di Kunming, China. Tak boleh dibandingkan pun sebenarnya sebab setiap lokasi itu unik.

 Kami tak melepaskan peluang bergambar di pokok yang berusia ratusan tahun.
 
Ini baru gambar intro belum gambar gua lagi heheh..
 
 
Gua Lang (Lang Cave)








Aku selalu tertinggal di belakang sebab banyak kali berhenti untuk  mengambil gambar. Sekali tu kan terdengar diorang ni gelak mengekek-ngekek... apakah??


 
Adam and eve? wakakakak
 
 Adam? Jangan bash aku. Benda ni memang dah ada so anggaplah sebagai educational purposes only. Sex sell anyway.
 

Gua Rusa (Deer Cave)

Lastly kami ke Deer Cave yang tersangat tinggi dan besar. Kelawar pun nampak macam dot dot je sebab tinggi sangat. Pada masa ni bateri kamera memasing dah nyawa-nyawa ikan dah. 4 gua + canopy skywalk beribu gambar diambil. Nasib baik ada handphone.


  Inilah yang dikatakan menyerupai muka Abraham Lincoln.
 


 Nampak tak orang tu?
 
 Dalam gambar ni pun ada orang. Boleh namapk betapa besarnya gua ni?

 
 


Aku ada shoot video bat (kelawar) ni terbang keluar dari Deer Cave bermula jam 5.45 petang tapi tak reti nak tempek kat sini. So kalau korang nak tengok boleh je follow aku kat sini:
 
twitter : @ruggedmom
instagram : ruggedmom2
 
Maka tamatlah lawatan kami ke gua-gua selama dua hari. Ia merupakan suatu kepuasan yang sukar digambarkan dengan kata-kata... kena tengok sendiri baru percaya. Actually we have another program, night river cruise to enjoy lush tropical rainforest on the banks of Melinau River tetapi apakan daya hujan dan kilat membatalkannya. Kang hangus pulak dalam bot. Bermak tiri pulak anak aku nanti.
 
Lepas ni aku share gambar Canopy Skywalk pulak ye. Tak berapa tinggi 30 meter je tapi guide kami yang bawa ke gua tu tak naik, gayat hahahaa.... nampak je macho hahahaha...
 
 
 











SARAWAK, MALAYSIA-BORNEO ~ WHERE ADVENTURE LIVES
 

Gunung Mulu National Park, Miri | Wind Cave dan Clearwater Cave

Gunung Mulu National Park, Miri | Wind Cave dan Clearwater Cave - Hari kedua di Mulu kami dibawa keempat buah gua lagi. Menggua je keje kali ni hahaa.. Bermula dengan Wind Cave, Clearwater Cave, Lang Cave dan Deer Cave. Yang dua terakhir tu kami berjalan lebih dari 4km. Dah jadi bunting padi dah betis hohoo.. penat tapi puas hati.

Taman Negara Gunung Mulu seluas kira-kira 528 hektar ini  merupakan gabungan karst dan hutan hujan tropika yang tebal dan masih terpelihara. Ianya telah diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site semenjak tahun 2005. Penduduk Mulu pula terdiri daripada kaum Penan dan Berawan seramai lebih kurang 400 orang sahaja. Yang nomad tu tak tahulah berapa orang. Dok dalam hutan macam mana tahu the exact figure.
 
Sebelum ke gua kami dibawa ke perkampungan kaum Penan di Batu Bungan. Sebenarnya ini ialah shopping stop tetapi tiada hard seller di sini. Kaum wanita di sini menjual hasil kraftangan yang mereka usahakan di waktu lapang. Mereka berniaga sekejap aje semasa kita sampai lepas tu balik rumah uruskan hal memasing.
 
Pakej lawatan di Mulu ni berjadual, maknanya kalau trip kita tu pukul 8.30 pagi janganlah pukul 9 baru keluar dari bilik dan terhegeh-hegeh nak breakfast pulak. Ada gua yang dikunci pukul 12.30 tengahari. Kalau kita tak ikut jadual kita akan menyusahkan banyak pihak seperti park authorithy, guide dan pemandu bot yang disewa. Kalau kita terkunci kat dalam gua tu nangesss!

So sweet.... pasangan buta di batu Bungan.
 
Perkampungan Penan. Rumah panjang yang asal telah terbakar jadi mereka disediakan rumah panjang moden yang diperbuat daripada batu-bata tapi seperti belum diduduki..


Alat muzik yang dibunyikan dengan hembusan hidung.

Snake barbeque anyone? Ular tedung ini bukan untuk dimakan tetapi dibunuh kerana sangat merbahaya. Tulangnya mesti dipastikan hancur terbakar kerana bisanya tetap ada. Orang di Penan di sini tak makan ular tedung.

Nak test skill menyumpit pun boleh. Aku dah try di Perkampungan Orang Asli dulu. Terer gak si Naz nih.


Dari Batu Bungan kami menyambung perjalanan melalui Sungai Melinau 15 minit lagi. Nasiblah, kalau air cetek bersama-samalah kita menolak bot.
 
Gua pertama yang kami kunjungi ialah Wind Cave (Gua Angin) setelah berjalan kaki sejauh 350m. Alaa... tak jauh pun, sekali pusing stadium je. Gua ini mendapat namanya kerana terdapat kawasan yang sejuk di dalamnya. Ia merupakan sebahagian daripada sistem Clearwater yang mempunyai stalagmait, stalagtait, flowrocks, helitites dan rock corals, seperti yang terbentuk di ‘King’s Room'.

 







 
Keluar dari Wind Cave berjalan kaki lagi 1088 steps bersamaan 480m untuk sampai ke Clearwater Cave pulak. Gua yang sepanjang 107 km ini merupakan gua yang terpanjang di Asia.
 

Jernihnya air sungai
 



Tinnginya tangga... boleh bayangkan tak betapa besarnya gua ni? gua ni sangat cantik .
 




Beberapa gambar blur, sorry lah ya sebab torchlights kami tertinggal dalam bot. Nak guna auto tak boleh so kena manual focus dengan slow shutter. Bergegarrrr.... but still boleh bayangkan keindahan gua-gua ni kan? Rugi tak pergi.






Untuk ke picnic area berdekatan mulut gua kami berjalan kaki selama 10 minit. 

Pakej yang kami dapat ni siap dengan makan tengahari. Ada foreigner yang tak puas hati sebab mereka membayar lebih mahal tapi lunch tak disediakan oleh guide/travel agent mereka. Dah kami pun makan tak banyak mana, guide kami tu offer lah kat diorang jugak. Haishh kesian orang lapar.
 

Kawasan berkelah yang disediakan lapang dan lengkap dengan tandas. Tiada masalah untuk solat. Solat je lah di kawasan lapang tu.... lepas tu mandi debushhhh..!! Aku malas nak mandi setakat lepak baca buku dan jadi jurugambar kengkawan jer. Seronoknya dioranggg...

Tak sabar sabar diorang nak mandi air sungai yang sejuk dan jernih yang mengalir keluar dari gua. Sungai Clearwater  sepanjang 210km ni merupakan sungai bawah tanah yang terpanjang di Asia Tenggara. Bertuahnya negara kita ni, yang hebat-hebat semua ada di sini, kita je yang tak tahu dan explore. Cantiknya berfoto-foto di sini...
 

Seronoknyaaaa... kenapalah aku tak mandi hari tu? Sibuk nau amik gambar

Leka diorang ni memerhati ikan. Mandi dengan ikan giler best!!

 

Mulu sangat sesuai untuk team building. Uolls kalau ada seminar atau kursus di Miri/Kuching/Bintulu cadangkan kat higher management untuk sambung aktiviti di sini. Air sungainya perghhh... sangat jernih.!!
 
 
 
 
 
 





 

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free