Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

IPOH Top 10 Best In Asia 2016 !!

IPOH Top 10 Best In Asia 2016 !! Bandaraya Ipoh telah dipilih menduduki tempat ke-6 daripada 10 tempat pelancongan terbaik yang mesti dilawati di Asia oleh penerbit buku pelancongan Lonely Planet. Tahniah orang Perak!


Visit Perak 2017. Perak World of Wonders ! Jemput baca di sini untuk mengetahui tempat percutian menarik di Ipoh.




Bandar Jutawan Suatu Waktu Dahulu | Mari Lihat 14 Tempat Menarik Di Ipoh


Bandar Jutawan Suatu Waktu Dahulu | Mari Lihat 14 Tempat Menarik Di Ipoh | Assalamualaikum dan selamat pagi. Alhamdulillah kita dipanjang usia dapat bertemu Ramadhan sekali lagi. Berpuasa bukan alasan untuk melepek di rumah saja eh.



Bandar Jutawan. Itulah gelaran kepada Ipoh atau Kinta atau Paloh di negeri Perak puluhan tahun dahulu. Lembah yang kaya dengan bijih timah menjadikan Malaysia pengeksport timah terbesar di dunia. Setelah kejatuhan teruk harga timah di tahun 1970an Perak beralih kepada punca ekonomi lain tetapi masih mengekalkan keindahan dan kemakmuran yang pernah dikecapinya.

Di bulan Ramadhan ni kita jalan #dekatJe boleh? Apa kata kita pergi ke Ipoh? Ipoh lebih kurang dua setengah jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Kalau naik ETS dua jam sahaja. Bandaraya ini terbahagi kepada dua bahagian, lama dan baru tetapi kedua-duanya ada tarikan tersendiri. Tanyalah sesiapapun yang pernah ke sana, Ipoh menang bab makan, macam-macam ada dari sarapan hingga ke malam. Kiranya jika complimentary breakfast di hotel memang 'taraf complimentary' sungguh hehehh... keluar je meronda cari street food. Tak perlu stress.


Apa yang menarik di Ipoh?

Banyak you.... baca satu persatu eh, ada tempat orang Ipoh pun tak tahu kewujudannya.

1) Stesen Keretapi Ipoh (Ipoh Railway Station) dan Bangunan Bersejarah Di Sekitarnya

Stesen keretapi yang ada sekarang ialah yang kedua yang dibina pada tahun 1914. Yang pertama dahulu dibina pada 1894 dan digunakan selama 20 tahun.



Keretapi lama dan baru, ETS.


Rekaannya dibuat oleh Arthur Benison Hubback arkitek sama yang mereka bangunan Dewan Bandaran Ipoh (Ipoh Town Hall) dan Mahkamah Tinggi Ipoh. Hijjaz Kasturi belum wujud lagi masa tu jadi mat saleh sapu semua. Stesen sediaada dibina bersekali dengan Hotel Majestic yang kini sudah tidak lagi beroperasi. Gayanya adalah campuran Neo-Moorish/Mughal/Indo-Saracenic/Neo-Saracenic.

Dihadapannya ditanam pokok ipoh (upas) yang mana getahnya beracun dan digunakan oleh orang asli untuk berburu binatang. Berdekatan pokok ipoh itu ditegakkan sbuah Tugu Peringatan Perang (War Memorial) mengenang tentera dan rakyat yang mati dalam peperangan dan pembinaan landasan keretapi maut Burma-Thai, The Malayan Emergency 1948-1960, Indonesia Confrontation 1962-1965, The Re-Insurgency 1972-1990, Great War 1914-1918 dan World War II 1939-1945.

https://hsgemilang.blogspot.my
Itulah pokok ipoh (upas). Sumber hsgemilang.blogspot.my

Jika di hadapan Stesen Keretapi Ipoh ada Dewan Bandaran Ipoh dan Mahkamah Tinggi, di kanannya adalah Pejabat Pos. Berjalan di Jalan Dewan (Jalan Pejabat Pos) kita akan berjumpa dengan Birch Memorial yang dibina pada tahun 1909 sempena meperingati JWW Birch residen Inggeris yang mati di bunuh di Pasir Salak pada tahun 1875.

Wajib melakukan heritage trail bila berada di Ipoh.




2) Tujuh Taman Dalam Satu Taman (Seven Garden In A Garden)

Taman yang berlatar belakangkan bangunan bersejarah Stesen Keretapi Ipoh dan Dewan Bandaran Ipoh ini berkonsepkan tropika, English, perkahwinan, fantasi, partition, alam dan tradisional. Dataran yang dinaik taraf oleh Jabatan Lanskap Ipoh City Council ini membolehkan orang ramai untuk bersantai bersama keluarga. Mengeratkan family bonding gituh.


3) Muzium Darul Ridzuan

Asalnya ia sebuah rumah agam seorang pelombong bijih timah yang kaya bernama Foo Choong Kit. Kemudian ianya dijual kepada kerajaan negeri Perak pada 1950 dan dijadikan pejabat pentadbiran Jabatan Kerja Raya sebelum dijadikan muzium pula pada tahun 1992.

Bagi peminat sejarah bolehlah datang ke muzium ini untuk mengetahui apa yang telah membentuk Perak pada hari ini.

Darul Ridzuan Museum


Waktu operasi:
Isnin - -Ahad : 9.30 pagi - 5.00 petang
Jumaat : 9.30 pagi - 12.15 tengahari & 2.45 - 5.00 petang
Tutup : Hari Raya Puasa and Hari Raya Haji.


Alamat:
Muzium Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh,Perak.
Tel/ Fax: 05-2531437

Masuk PERCUMA


4) Taman Rekreasi Gunung Lang

Taman Rekreasi Gunung Lang berlokasi di off Jalan Tunku Abdul Rahman (dahulunya Jalan  Kuala Kangsar) telah dibuka pada tahun 2000. Berlatar belakangkan keindahan bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilike, kawasan rekreasi seluas 30.35 hektar ini menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga. 14.16 hektar daripda taman ini merupakan tasik.

Titik tumpuan taman rekreasi ini ialah air terjun buatan manusia selain ruang pejalan kaki sejauh 2km. Taman permainan kanak-kanak, tempat perkhemahan, zoo mini, surau dan tandas juga disediakan. Untuk sampai ke sana tambang bot sebanyak RM3.00 untuk dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak dikenakan.

5) Gua Tempurung

Ia gua yang terpanjang di semenanjung Malaysia. Cantik gua ni. Kita boleh berjalan sendiri tanpa guide hingga stage 2. Jalan je mengikut plank yang disediakan ya tangan dok dendiam jangan gatal nak pegang stalagmit dan stalagtit tu, mati dia nanti. Untuk bacaan lanjut sila buka link ini.




6) Gua Kandu

Gua ini pun best juga. Boleh buat flying fox sekali. Jemput baca di sini. Boleh buat flying fox sejauh 100 m. Perjalanan ke flying fox tu pun best juga hahahah... (keluar tanduk)


7) Lorong Seni (Street Art)

Lukisan mural yang lama aku dah cover dulu (di sini).. sekarang ada tambahan lagi.

GPS Coordinates (Jalan Bijih Timah): N 04° 35.660′ E101° 04.699′
GPS Coordinates (Jalan Othman Talib): N 04° 35.647 E101° 04.673′


Suka sangat tengok gambar berlatar belakangkan kapal korek ni.


 Sumber ipoh-city.com


8) Lost Wold of Tambun

Pusat rekreasi yang menjadi idaman kanak-kanak terutama yang berada di sebelah utara tanahair. Bawalah anak-anak berseronok di sini sesekali. If they're happy we'll be happy too, right? Ada water park, amusement park, petting zoo, tiger valley, tin valley dan adventure park. Juga, spa dan kolam air panas.

Apa? Tiket mahal? Eleh... beli rokok sekotak 17 hengget boleh pulak.

Sunway Lost World Water Park Sdn. Bhd.
No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan,

Theme park tel: +605 542 8888
Hotel tel: +605- 540 8888
Fax: +605- 542 8899
Email: lostworldoftambun@sunway.com.my


9) Pasar Karat Memory Lane

Sumber shakiddo.com

Pasar karat Memory Lane hanya dibuka pada hari Ahad bermula jam 6.30 pagi hingga 1.00 petang. Dipanggil pasar 'Loken' oleh masyarakat tempatan bersempena dengan lokasi asalnya yang berdekatan Bazar Lam Look King.

Pasar Karat ini terletak di sepanjang Jalan Horley dengan pelbagai barangan dijual seperti duit syiling lama, wang kertas lama, kamera antik, pinggan mangkuk zaman kolonial, alat piring hitam klasik, seterika arang, botol minuman bergas tahun 80an dan 90an dan pelbagai lagi. Walaupun dinamakan pasar karat yang sinonim dengan barangan terpakai dan lusuh serta antik, kini terdapat juga barangan baru seperti pakaian dan aksesori gajet dijual. The more the merrier kekdahnya. 

Datanglah selepas subuh untuk keselesaan. Sambil berjalan boleh makan makan.


10) Kinta Riverfront Walk

Ipoh di petang hari lemau macam Seremban juga hahaha... tetapi bandar Ipoh lebih besar dan ada tempat yang menarik lagi romantik (kira romantik lettew) di malam hari.

Kinta Riverfront Walk seperti mini I-City di Shah Alam tu yang indah dihiasi pokok berlampu LED berwarna-warni Di sepanjang sungai ada bistro dan kafe. Bolehlah lari sekejap dari KL di hujung minggu merehatkan diri dan minda. Bersebelahan dengannya ialah Palong Tin Mining Gallery Museum.



Jalan Lim Bo Seng
30000 Ipoh
Perak Darul Ridzuan


11) Concubine Lane

Tempat ini dipanggil Lorong Panglima atau Yi Lai Hong (Concubine Lane). Wanita Ipoh generasi nenek-nenek kita tak nak dia datang ke sini kerana dahulunya menjadi tempat menyimpan kekasih gelap milik lelaki Cina yang kaya dan para pegawai British. Berani mereka eh sebab wanita dedulu mana berani main kerat anu ni. Zaman ni je kita je samseng sket.

Dikatakan mula terkenal pada tahun 1908, Concubine Lane juga menjadi pusat menjual dan menghisap candu selain perjudian. 

Bangunan di sini kini ada yang terbiar, ada yang telah bertukar tangan dan dibangunkan. Dahulunya terdapat 27 buah rumah pra-perang yang dihuni oleh 100 keluarga imigran China yang bekerja sebagai penjaja makanan, pelombong bijih dan peniaga runcit.


12) Muzium Yasmin Ahmad (Kong Heng)
Muzium ini dibuka oleh rakan allahyarham Yasmin Ahmad dengan mempamerkan pakaian dan hasil kerja cemerlangnya di dalam bidang pengiklanan dan perfileman. Dah bulan puasa ni mulalah teringat kepadanya. Beliau juga suka menjadikan Ipoh latar filemnya.


Mari kita godek godek iklan lama Yasmin untuk Petronas di youtube sebelum melawat muzium ini. Boleh baca di sini juga untuk maklumat lanjut. 



13) Tasik Cermin, Gunung Rapat, Ipoh.
Coordinate: N4° 33.560′ E101° 07.210′

Lokasinya tersembunyi dari penglihatan awam sebab itulah ramai daripada orang Ipoh sendiri tidak tahu di mana letaknya. Ia berada di kawasan kuari yang masih aktif beroperasi. Kalau nak pergi ke Tasik Cermin rasanya hari Ahad sesuailah sebab tiada orang bekerja. Karang tak memasal kena lenyek dengan lori.


Dah jalan kuari sudah pastilah berbatu kerikil. Kalau bawa kereta Opel lama officemate aku dulu mau terbarai semua hahahha... kereta dia tu bila hujan lebat banjir kat lantai kereta, berenang kaki weh hahaha...kelakar bila diingat-ingat.


Jarak dari pintu masuk ke gua yang dikorek sendiri oleh pemilik kuari kira-kira 500m. Panjang gua tersebut hanyalah 50m. Pendek je laluannya, dari pintu gua sini boleh nampak cahaya di penghujung jalan gituh.


Tasik ini sungguh cantik dan terpelihara.






Pintu gua di sebelah kanan tempat orang memproses batu kerikil. Sumber di sini.

Tasik Tersembunyi |Tasik Cermin Ipoh
Credit Photo By Elmiza tawfiq


Bagaimana untuk ke Tasik Cermin?

Lokasinya lebih kurang 5km daripada Tol Simpang Pulai. Dari Lebuhraya Utara-Selatan kita perlu keluar dari Tol Simpang Pulai (Exit 137). Selepas traffic lights belok ke kanan dan ikut jalan menuju bandar Ipoh sejauh 4km sehingga berjumpa ACM Automative Corp (disebelah kanan) dan masuk ke jalan bertar yang kecil tu sehingga ke kawasan kuari batu.

Peringatan:
Kawasan batu kapur tidak kuat. Ini termasuk kawasan Tasik Cermin yang merupakan bekas kawasan batu kapur yang berbumbung; tetapi telah runtuh akibat tindakan alam. Mungkin atas sebab itu dia tidak atau masih belum dimajukan kerana risiko yang ada padanya (atau mungkin juga berada di dalam kawasan persendirian). Explore at your own risk. Berhati-hati sajalah, pray for the best. Gunung berapi yang boleh meletus bebila tu pun kita sanggup lawati atau daki sebab hendaklah pengalaman kan? Rugi tak tengok.


14) Movie Animation Park Studio (MAPS)

Tarikan terbaru di Ipoh yang dijangka akan beroperasi bulan Julai nanti. Bulan depan je haa... tiket early bird pun sold out. 

MAPS diwar-warkan sebagai Taman Tema Animasi Pertama di Ipoh. Dengan 40 tarikan, dan enam zon bertema, pembukaannya memang ditunggu-tunggu. 




Takkan jalan-jalan je kan, makanan popular di Ipoh?

1) Datang ke Ipoh tanpa mencuba Ipoh White Coffee dianggap belum lengkap lagi lawatannya.

2) Makan nasi ganja atau nasi vanggey

3) Makan makan di Dataran Jam.

4) Greentown foodtruck di Persiaran Greentown 3 in Greentown Business Centre, Ipoh. 
Perniagaan begini sama seperti kafe hipster bergerak. Selalunya mereka berada di sini tetapi ada masanya mereka bergerak ke tempat lain. Sila semak di instagram atau facebook Silver State Foodtrucks untuk makluman terkini.


Ini baru cerita Ipoh sahaja, belum bahagian negeri Perak yang lain lagi. Bandar Ipoh sesuai untuk diterokai dengan berjalan kaki tanpa tergesa-gesa.

Jarak Ipoh ke Taiping #DekatJe... sejam perjalanan. Jemput baca Taiping Heritage Trail juga di sini. 


**Tahniah kepada Tourism Perak kerana bot Perak telah berjaya menjadi juara Bot Terbaik Keseluruhan dalam pertandingan bot berhias di Magic of the Nights dan menerima anugerah President's Garden Award di Floria Putrajaya 2016 minggu lalu. Tahniah sekali lagi. Hebat ler kome tahun ni... baru aummmmm untuk Visit Perak 2017.

Belum Rainforest Resort | A Gateway To Nature

Belum Rainforest Resort | A Gateway To Nature Belum Rainforest Resort ialah salah sebuah lokasi eko-pelancongan yang utama di Malaysia. Berada di tengah kekayaan hutan tropika, resort ini ialah tempat impian pencinta alam dan lokasi percutian idaman yang lengkap untuk merehatkan badan kerana menawarkan kedamaian, pemandangan yang indah resort serta persekitarannya, cabaran dan peluang untuk berada benar-benar dekat dengan alam.


Dengan dikelilingi hutan hujan Belum-Temenggor yang berusia 130 juta tahun, para tetamu dapat menikmati pengalaman unik kecantikan asli hutan dan misteri alam yang masih terpelihara. Bagi yang meminati aktiviti luar yang lasak semuanya tersedia di sini, hanya menunggu masa untuk dimulakan.


Di Manakah Belum Rainforest Resort?

Dahulunya resort ini dikenali sebagai Banding Island Resort. Ia terletak di daerah yang bersempadan dengan Kelantan dan Thailand. Dari Kuala Lumpur kita akan keluar di Tol Kuala Kangsar untuk ke resort ini.

Resort ini dikelilingi Tasik Temenggor, tasik buatan manusia yang kedua terbesar di semenanjung Malaysia selepas Tasik Kenyir (juga tasik buatan). Jalanraya yang menghubungi pantai barat dan timur semenanjung akan melalui Tasik Temenggor, satu dari Gerik, Perak dan satu lagi dari Jeli, Kelantan.

Kalau bernasib baik kita akan terserempak dengan kawanan gajah di jalanraya Jeli tu... bapak punya bapak punya bapak gajah hehhe... bayangkanlah dia sama tinggi dengan aku yang duduk dalam bas ekspres tu.


Kemudahan Yang Disediakan:



112 rooms 6 traditional chalets
1 houseboat
1 swimming-pool
2 restaurants
3 private rooftop dining rooms
2 meeting rooms
1 business center
1 lounge bar + pool table

Kesemua bilik berhawa dingin, dapur moden dengan hidangan barat, asia dan tempatan sepanjang hari, sambungan internet. Kenapa nak beritahu dapur moden eh... ada ke hotel yang masak guna dapur kayu? hmmm...

Jika anda berbajet besar atau mampu berbelanja tanpa bajet.. owh best nya.. bolehlah menginap di villa yang siap dengan private pool dan 24 butler service. Rumah tradisional yang menghadap tasik tu pun menarik juga. Ah memang best lah kat sini, senyap sunyi damai.


Apakah Kelainan Resort Ini?
Selain aktiviti lawatan dan air yang telah ku ceritakan di sini kita boleh juga menginao di house boat untuk pengalamn yang berbeza.



Traditional house

Lepak sini menunggu sunset.


Restoran ada dua, yang di bawah sana berdekatan swimming pool tutup pukul 6 petang. Makanan sedap dan banyak pilihan. Masukkan kos makan dalam bajet percutian anda sebab resort ini jauh dari pekan.

Untuk merasai kelainan berada di tengah tasik menikmati alam yang masih belum tercemar, boleh menginap di house boat ini dengan kapasiti maksima 16 orang. Harga untuk 2 hari 1 malam bermula daripada RM6,000 satu bot.


Houseboat

Swimming pool ini agak jauh dari bilik jadi selepas dua kali turun naik kesudahannya aku tak jadi mandi. Pastu menyesal tak menyaksikan matahari terbenam di sini :-(

Tempat untuk berangan mencari idea.

Bilik deluxe kami. Selesa je kaki memijak lantai kayu tu. Bangun pagi dengan bauan dedaun dan kayu sungguh menyegarkan.

Rumah tradisional. Bolehlah mengimbau kenangan lalu semasa kita masih tinggal di rumah kayu di kampung tetapi yang ini lebih menarik dengan bilik air moden dan pemandangan indah menghadap Tasik Temenggor.



If you need a quiet retreat, Belum Rainforest Resort offers that for sure.

Banyak outdoor packages yang ditawarkan oleh BRR. Boleh lihat di sini.

Berminat?

Belum Rainforest Resort
Pulau Banding
33200 Gerik
Perak Darul Ridzuan 
Malaysia 

Telephone : +6 05 791 6800
Fax : +6 05 791 7600
Email : info@belumresort.com

Funtasy House Trick Art | Tarikan Terbaru di Ipoh

Funtasy House Trick Art | Tarikan Terbaru di Ipoh | Jalan-jalan lagi di Ipoh, banyak juga tempat yang menarik. Sementara menunggu Movie Animation Park Studios (MAPS) dibuka bulan Julai nanti kita jelajah tempat lain dulu.

Seperti menjadi trend, kini ramai pengusaha yang membuka perniagaan 3D art, lukisan yang kelihatan 'hidup' di dalam gambar. Untuk mendapatkan gambar yang menarik, kita kena menggayakannya mengikut kesesuaian atau tema gambar. Kalau nak kena sembelih tu buatlah muka takut, jangan tersengih-sengih pula. Kalau lalu jambatan yang kecil dan tinggi buatlah muka cemas macam nak jatuh. 
Aku suka memotret gambar kengkawan yang sporting. Istimewanya di sini ada dekorasi dapur terbalik. Satu je... takdelah pening kepala aku macam masuk rumah terbalik. Bila turn aku, aku pilih gambar yang selamat jer... duduk kat buaian atau dalam kelopak bunga heheh..

Bangunan ini berdekatan Masjid Sultan Idris II, ais kepal, barber shop yang berusia 30 tahun, Yasmin at Kong Heng dan Hotel Cititel Express. Moh kite ke Funtasy House Trick Art dengan kengkawan!




 Katak ni sukakan jantanlah.


Funtasy House Trick Art
16, Jalan Market
30000 Ipoh
Perak, Malaysia

Waktu perniagaan:
Isnin -  Jumaat : 9 pagi – 6 petang
Hujung minggu & cuti umum : 9 pagi – 8 malam


Harga tiket :

RM15 untuk dewasa
RM10 untuk kanak-kanak dibawah 4 tahun, pelajar (dengan kad pelajar) dan warga emas
old)

Royal Belum | Menjejak Hutan Hujan Yang TERTUA DI DUNIA

Royal Belum | Menjejak Hutan Hujan Yang TERTUA DI DUNIA | Jika anda berminat dengan pelancongan ekologi Malaysia adalah lokasi yang tepat. Hutan, gunung, laut, hidupan liar di sini telah berjaya menarik jutaan pelancong setiap tahun malah ada yang datang berulang-kali.


Negara ini dikenali di mata dunia bukan sahaja kerana memiliki bangunan berkembar Petronas yang tertinggi di dunia malahan kita mempunyai pantai, laut dan hutan antara yang tercantik di dunia. Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak mampu menawarkan percutian alam yang sungguh menarik dan menjadi kenangan.

Bercakap mengenai hutan, kita masih beruntung kerana sebahagian besar hutan masih dipelihara dengan baik untuk mengekalkan biodiversitinya demi generasi akan datang. Flora dan fauna yang pelbagai hanya akan kekal di habitat asal tanpa pencemaran dan pemusnahan melampau oleh tangan-tangan manusia. Masih ramai rakyat yang mahu kehijauan alam ini disekat daripada manusia rakus yang mata duitan.
 
 

Royal Belum Yang Mendamaikan

Royal Belum yang terletak di Hulu Perak bersempadan dengan Hala Bala Wildlife Sanctuary, Taman Negara Bang Lang, Thailand di utara, dengan Lebuhraya Timur-Barat disebelah selatan dan dengan negeri Kelantan di timurnya. Jumlah keluasan Taman Negeri Royal Belum hampir 90% daripada keluasan Hutan Simpan Belum yang seluas 132,000 hektar. Ianya sebahagian Kompleks Hutan Belum-Temenggor yang berusia 130 juta tahun, lebih tua daripada hutan Amazon dan Congo. Setakat ini ianya masih lagi berstatus Taman Negeri dan hanya sebahagian yang dipelihara dan dikawal sebagai taman negeri.

Besar potensi eko-pelancongan Royal Belum jika diurus dengan baik. Toksah merepek buat taman tema ke apa di hutan belantara ni. Kalau fokus percutian alam kekalkan begitu. Tak perlu nak belajar jejauh sangat tentang eco-tourism ni, tengok je Sabah dan Sarawak tu... berduyun-duyun pelancong asing ke sana. Orang Malaysia sendiri lagilah ramai.
 
Tasik Temenggor, tasik buatan manusia yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Tasik Kenyir juga di sini. Disebabkan dahulunya hutan jadi sekarang kita boleh nampak banyak pulau yang sebenarnya adalah puncak bukit atau gunung yang telah tenggelam. Ada satu tempat tu kita boleh nampak kubah masjid di musim kemarau. Kesemua penduduk kampung termasuk orang asli dipindahkan sebelum tasik ini dijadikan kawasan tadahan air. Dianggarkan, Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat.
 
Dikatakan juga di Royal Belum inilah tempatnya untuk kita melihat kesemua spesis hornbill. Tempat lain di Perak yang ada banyak burung enggang ni ialah di Pulau Pangkor (boleh baca di sini). Jika bernasib baik kita juga akan dapat melihat tiga spesis bunga rafflesia di mana salah satu daripadanya dinamakan Azlanii sempena nama Sultan Perak ke-34, Sultan Azlan Shah.

 



 
Bagaimana "Belum" Mendapat Nama?

Menurut cerita orang tua-tua Belum (atau Taman Negeri Belum) mendapat nama dari
 Belalang Ranting yang dipanggil “Belang Belong”. yang mengeluarkan bunyi "belang..belong..belang..belong.." seakan-akan “belummm... belummm...”. Belang Belong sejenis serangga yang agak unik kerana ia boleh mengeluarkan bunyi yang nyaring dan merdu. Badannya panjang dan berwarna coklat serta berkaki panjang. Rupanya seakan-akan ranting kayu. Ia mempunyai kepak kecil, bergerak perlahan, memakan pucuk-pucuk kayu muda dan aktif pada waktu malam.
 
 
Apa Aktiviti Yang Boleh Dibuat Di Royal Belum?
 
Macam-macam uols... boleh mandi di air terjun, boleh ke Santuari Ikan Sungai Ruok, tengok rafflesia... buat aktiviti air, camping... melihat perkampungan orang asli... nak tidur dalam boathouse pun boleh. Bila masuk kampung orang asli tu pepandailah bawa diri, masuk kampung orang kan? Jumpalah tok batin dulu jangan main serbu tangkap gambar je. Bawalah jajan ke.. alat tulis ke... sabun basuh ke... kita kan kaya dengan adat dan adab.

Aku tak tahu kenapa folder gambar tak boleh dibuka semula jadi tengok gambar-gambar yang ini dululah ya. Jika berjaya nanti aku update lagi.  
 

Foto mimbarkata.blogspot.com

Ada lagi gambar orang asli yang lebih menarik di instagram ruggedmom.


Foto timetravelafif.blogspot.com

Kem pelancongan Sungai Tiang


Foto www.kosmo.com.my

 
Bagaimana Untuk ke Royal Belum Dengan Kereta?
 
Perjalanan dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) mengambil masa lebih kurang lima jam. Sila keluar di tol Kuala Kangsar meuju ke Grik. Selepas Grik kita akan masuk ke Lebuhraya Pantai Timur yang menuju ke Kota Bharu. Penuhkan tangki minyak sesiap di Grik tu ya. Kemudian ikut je signboard ke Royal Belum. Boleh parking kereta di Jeti Pulau Banding atau kalau stay kat Belum Rainforest Resort boleh park and check-in :-)
 
 
Bagaimana Untuk ke Royal Belum Dengan Keretapi?
 
Naik train paling best. Sila turun di stesen Ipoh atau Kuala Kangsar (beberapa stops selepas Ipoh) dan naik bas ke Pulau Banding. Study dulu waktu bas brlepas ye.
 
 
Bagaimana Untuk ke Royal Belum Dengan Bas?
 
Setahu aku bas ekspress dari Kuala Lumpur hanya sampai ke stesen bas Grik yang letaknya 40km dari Pulau banding yang menjadi pintu masuk ke Royal Belum. Dari Grik kena naik bas lain atau teksi. Kalau suka adventure boleh try.
 
 
Contoh Pakej  3 Hari 2 Malam di Royal Belum
 
Hari Pertama
10.00 am – Tiba di penginapan
10.30 am – Bertolak ke Sg.Gadong untuk melihat bunga rafflesia – 10 minit trekking
– Bertolak ke Sg. Ruok (kawasan air terjun) – 5 ke 10 minit trekking
– Melihat Santuari Ikan Kelah, Tengas & Temoleh.
– Bermandi-manda
– Bertolak ke Sira Papan – 10 minit trekking
– Makan tengahari (pack lunch)
3.00 pm – Bertolak ke Kem Pelancongan Sg. Kenarong – 45 minit perjalanan bot
– Persiapan khemah dsb.
5.00 pm – Minum petang dan aktiviti bebas
8.30 pm – Makan Malam
9.00 pm – Aktiviti bebas (tertakluk pada pihak penganjur : taklimat, karaoke dll.)
– Memancing (tertakluk pada permintaan)

Hari Kedua
8.30 am – Sarapan pagi
9.30 pm – Menyusuri Air Terjun Mes / Sungai Kejar
1.00 pm – Makan Tengahari
– Lawatan ke Perkampungan Orang Asli Sg. Kejar (menaiki bot) – melihat sekitar kawasan
5.00 pm – Aktiviti Bebas / minum petang
8.30 pm – Makan malam
– BBQ (tertakluk pada permintaan)
– Aktiviti ‘night trekking’ (terpulang pada pihak penganjur)

Hari Ketiga
8.30 am – Sarapan pagi
– Aktiviti Bebas
– Berkemas dan membersih kawasan
– Makan tengah hari
– Bertolak ke Pulau Banding
* (Jadual aktiviti tertakluk pada perubahan)
** Permit – nama hendaklah diberi dalam tempoh 1 hari sebelum tarikh masuk & 1 hari bagi warganegara asing (salinan passport hendaklah disertakan).
 
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Perbadanan Taman Negeri Perak
Tingkat 1, Kompleks Kerajaan Negeri
Daerah Hulu Perak
JKR 341, Jalan Sultan Abdul Aziz
33300 Gerik
Perak.
Tel : 05 7914543 / 7911589
 
Royal Belum
Pusat Maklumat dan Permohonan Permit
11067 Jalan Suda Bahagia
33300 Gerik
Perak
Tel : 05 7917858

 
 
 
 
 




Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free