Showing posts with label Kunming. Show all posts
Showing posts with label Kunming. Show all posts

Kunming | Lawatan Ke Flower & Birds Market

Kunming | Lawatan Ke Flower & Birds Market | Hari keempat di Kunming takde apa plan yang hebat sangat sekadar berjalan-jalan di sekitar kawasan tumpuan di Kunming. Look see look see sajer.

Since the three gegirls will be departing on that day maka kami pun mengukur jalan di Flower & Birds Market. Pergerakan kami  bermula seawal tujuh pagi, awal giler... tauke kedai pun dok baring lagi kat rumah hehe...
Pukul lapan pun berapa gerai saja yang buka. Beruntunglah peniaga yang berpagi-pagian sebab rezeki selalu datang awal pagi kan? Kami beli shawl di satu kedai je.. beruntunglah dia.. senyum sampai ke telinga!

Memborong shawl. Shawl di sini jenis tebal yang bersesuaian dengan musim sejuk. Kalau di Malaysia ni sesuai dipakai dalam pejabat yang air-cond super sejuk dan panggung wayang je lah.

Sebenarnya ada banyak pasar bunga dan burung di Kunming. Yang kami lawati tu ialah Jingxing Flower and Birds Market di Yondao Street, tak jauh dari Kunming Department Store dan Nanping Pedestrian Street. Waktu beroperasi bermula 9 pagi hingga 6 petang.

Selain bunga dan burung, pasar ini juga tempat pemasaran haiwan peliharaan lain seperti kucing, anjing dan ikan. Kesian aku tengok anjing dan kucing tu bersesak-sesak dalam sanngkar  kecil. Barangan perhiasan diri seperti batu jed, barangan antik, syiling lama, tembakau, senjata tiruan, kraftangan dan sebagainya menjadi sebahagian jualan tetapi fridge magnet dari hari pertama kami tak jumpa. Memang tak ada ke agaknya? Nasib baik kedai yang nak ke departure hall Kunming Airport ada jual. Berbanding Shanghai dan Hangzhou, aku rasa harga barangan di sini lebih tinggi.


Di kawasan ini banyak bangunan lama yang masih elok terpelihara tetapi ada juga seperti terbiar. Mungkin ada pemilik baru yang menunggu masa sesuai untuk membangunkannya. Keadaan Old Kunming dan F&BM nampak berbeza tetapi tetap menarik. Kagum kita tengok bangunan yang masih utuh walaupun dibina semenjak Dinasti Ming lagi. Bangunan kita? Asyik bocor dan roboh je hmmm..

Selepas pusing keliling di old Kunming tu aku berjalan-jalan sepanjang Dong Si Street sederet Masjid Yongning. Aku rasa dalam 200m dari masjid tu kot ada sebuah kedai yang menjual beg tarik (trolley bag) dengan harga murah. Pilihan tak berapa banyak tapi memang murahlah. Aku ni teragak-agak nak beli ke tak.. nak beli ke tak.. esoknya decided confirm tak beli hahaha.... Cabin luggage yang ada ni pun tak fully utilize takkan nak beli yang besar lagi. Mujur tak beli, dapat free je saiz besar dari rumah lelong yang aku beli hehe.. Kalau dah rezeki takkan kemana kan?

Tembakau



Pelbagai corak dan fesyen baju anjing.



  Teringinnya aku nak ada nama dalam chinese character, nak tempah sangat tapi bila masuk kedai aje sama ada mereka mengelak bertentang mata atau menggoyangkan tangan sambil berkata no English. Camno tu? Tak dapek nak nolong.



 Kalaulah dia tahu betapa sedapnya lemang dimakan bersama rendang pasti dia tak menjual lagi jagung dalam buluh ni.


 Peta Kunming.
Servis mengurut oleh si buta.


Apa yang aku beli di Kunming?

Shawl for someone, penutup telinga yang berbulu tu, kasut sulam reben yang comfy  dan fridge magnet. Lain? Makan.


Restoran Makanan Halal Di Kunming

Restoran Makanan Halal Di Kunming | Ramai yang bercadang untuk melancong ke negara bukan Islam bimbang akan kesukaran mendapatkan makanan halal. Disebabkan kerisauan itu maka penuhlah beg mereka dengan makanan kering dari Malaysia. Jika setakat dua hari okaylah, takkan lima enam hari pun nak makan makanan yang tapau dari negara sendiri? Bila nak merasa makanan tempatan?

In recent trip to Kunming I was staying at the Jinmabiji Square area. Sila lihat gambar di bawah ni. Pintu gerbang ni satu Jinma dan satu lagi Biji, ada gambar ayam jantan dan kuda di setiap satunya. The Hump Hostel kat belakang tu. Jinbi Road di sebelah kiri. Ada banyak hotel dan hostel berdekatan kawasan ini. Central Kunming lah ni.



Pasti ramai yang teruja nak ke Kunming di musim bunga dan luruh nanti. Kalau dah tak tahu sangat di mana nak mendapatkan makanan halal di negara orang tips-nya adalah sila cari masjid kerana masjid adalah pusat komuniti setempat bertemu. Di tengah bandar Kunming ni ada dua masjid yang berdekatan antara satu sama lain. Berdekatan masjid kebiasaannya ada orang berniaga makanan halal, paling koman pun roti.

Untuk kemudahkan adik kakak silalah simpan senarai restoran muslim di Kunming ni ya.

Senarai restoran halal/muslim di Kunming:
1) Masjid Yongning




Masjid ini menghadap Dong Si Street dan tiga minit berjalan kaki dari Jinmabiji Square. Di tingkat paling bawah selaras dengan jalanraya tu ada juga restoran kecil di kedua-dua belah tangga. Di tingkat bawah masjid ada food court yang diuruskan oleh Persian Gulf Halal Restaurant. Restoran halal ini juga boleh diakses melalui farmasi di tepi kanan masjid (belakang).

Dibuka 10 pagi hingga 8 malam, pelbagai makanan dihidangkan di sini. Susah jugalah nak order hehe... alternatifnya ambil gambar dan bawa ke kaunter bayaran. Bila dapat resit bawa ke kaunter makanan tersebut semula.

Macam tu lah masa aku nak minta pau, aku ambil gambar periuk pengukus tu... tapi ada seorang staf yang stylo tu (manager kot) boleh berbahasa Inggeris sikit.

This is steamed bread.

This mushroom, this sugar (aku kerut dahi... sugar? Sweet kot hahha...)

Aku mintalah hok sugar tu. Sah! Pau kacang merah hahah.. tapi aku tak berapa suka sebab gula pasir tak hancur kruk krak kruk krak, ai no like wannn..

Di China portion besar ye jadi kalau jenis makan seciput tu elok share saja dua tiga orang. Tak baik membazir rezeki walaupun kita bayar.


2) Restoran Fatimah
Aku agaklah nama restoran tu Fatimah hehe.. Restoran ini pun terletak di Dong Si Street kira berdepan dengan Masjid Yongning. Bila kita berhadapan dengan MY jalan terus ke kiri. Rasanya ia berada di lorong kedua dan mungkin juga boleh diakses dari lorong menuju The Hump Hostel. Kami tak kuasa nak sesat barat jadi kami ikut je jalan besar.

Aku suka daging goreng dengan daun pudina. Nasib baik pergi makan berempat dapatlah mencuba rasa. Kalau sensorang camana nak habiskan sepinggan besar?


3) Gerai Tak Tahu Nama
Dari restoran di atas kita jalan lagi ke depan di Dong Si Street tu. Jumpa lorong pandang kiri, jumpa lorong pandang kiri hahah gittewww.. Nanti akan berjumpalah akak ni. Ada juga orang menjual jajan. Rasanya tengahari/petang hingga malam je mereka berniaga.


4) Ke kiri, sederet Masjid Yongning
Ada sebuah gerai makanan halal. Aku tak sure bangunan apa. Aku buat gaya solat makcik tu angguk tapi takkan dekat sangat kot antara dua masjid (if, it's a mosque)



5) Masjid Nancheng
Masjid ini berdekatan Flower and Birds Market, dekat Time Square tu. Di pintu gerbang masjid ada gerai makanan muslim, di bawah masjid ada restoran, di tepi masjid pun ada restoran (di luar).

Pintu masuk ke Nancheng Mosque. Selepas pintu gerbang ni di sebelah kiri ada sebuah hotel.

Dah lalu kat pintu gerbang baru nampak Masjid Nancheng.

 Restoran di tepi masjid.

6) Di Flower & Birds Market kita akan melalui pedestrian walk yang agak panjang. Macam Petaling Street lah lebih kurang. Selepas saja barrier yang menghalang motor/kereta lalu (tak jauh dari Masjid Nancheng)  sila ke lorong kanan dan anda akan berjumpa restoran di bawah yang membawa ke Old Kunming. Petang baru buka agaknya.


7) Di Guang Hua Street.
Dari restoran di atas aku berjalan terus di Old Kunming. Kita akan melalui bangunan antik yang ditinggalkan. Jalan di sini dan di F&BM sangat berbeza macam dalam dua dunia berbeza, siap berdebu padahal sebelah-menyebelah aje. Nak refurbish agaknya tak pun pun nak dibuat new development. Jalan terus dan kita akan berjumpa dengan Old Street Kunming Tourism Centre ni.



Kemudian sila berjalan ke kiri untuk bersantap di restoran di bawah. Jangan ditanya namanya, wopuchetau.

Restoran muslim di Guang Hua Street.

8) Di Kunming Railway Station (Kun Ming Zhan)

9) Berdekatan Pacific Securities.
Bila menghadap Jinbi Road di Jinmabiji Square tu jalan terus ke kanan - kita mengikut arus - hingga bertemu Pacific Securities. Depan PS ada satu simpang. Di deretan shop office tu ada sebuah restoran muslim.


Senang kan? Harap membantu.

Kunming | Ropeway Berani Mati di Western Hill !

Ropeway Berani Mati di Western Hill ! | Salam sejahtera. Habis cerita my trip to southern Thailand kita sambung semula cerita di Kunming. Aku ada gambar yang va vaa voommm yang hanya aku je ada, the three gegirls takde hahaha... boleh termuntah beb!

 
Now let s continue ceritera di Kunming.
 
Selepas bergembira dengan beburung camar (seagulls) di Haigeng Park dan Dianchi Lake, kami terus berjalan kaki menuju Western Hill. Taklah jauh sangat... tak penat pun sebab musim sejuk. Sejuk tu yang tak tahan, mulut berasap beb! hahah.... Lebih selesa pakai glove tapi agak tak selesa jugalah nak ambil gambar guna dslr... I is tak berapa reti. Pemandangannya sungguh cantik dengan langit yang membiru dan pokok-pokok togel tanpa daun. Kalau datang sini musim bunga mesti lagi cantik. Uols kalau nak datang sini eloklah di musim sejuk, bunga atau musim luruh. Musim paneh duduk kek Malaysia yo lah, pergi Tasik Kenyir atau Royal Belum atau Gunung Mulu National Park lagi best.

Nak naik cable car kena beli tiket di pintu masuk yang pertama tu. Jauh jarak kereta kabel ni siap melintas tasik dan jalanraya. Sesampai di atas kalau nak naik ropeway dan tram kena bayar asing. Kami beli tiket untuk naik ropeway saja, balik tu kami berjalan kaki hingga ke tempat turun cable car tadi. Kaunter tiket ropeway tu ada dua, satu yang pertama sekali kita jumpa masa turun dari cable car, satu lagi kat dalam sikit. Kalau rajin survey harga kedua-duanya. Kekadang ada pakej promosi.

Di atas sana ada beberapa attractions seperti istana lama, tokong dan Golden Gate.

Harga tiket cable car. Guna google translate gamaknya nih hahaha...
 




 

Ini kaunter tiket ropeway dan lain-lain scenic spot yang sebelah dalam.
 
 




WESTERN HILLS @ WESTERN MOUNTAIN
Lebih kurang 15km ke barat Kunming bersebelahan Dianchi Lake letaknya sebuah kawasan yang digelar "kawasan paling nyaman di dunia" kerana kaya dengan bunga-bungaan dan ketebalan hutan. Western Hills atau 'Sleeping Buddha Hills' mempunyai beberapa tempat yang menarik seperti Huating Temple, Taihua Temple, Sanqing Pavilion dan Dragon Gate untuk melihat bandar Kunming dari aras tinggi. Huating Temple merupakan salah satu daripada tokong Buddha yang terbesar di Yunnan.

Dragon Gate meliputi Sanqing Temple Complex dan Dragon Gate Grotto Complex. Sanqing Temple Complex dibina sembilan tingkat iaitu Lingguan Hall, Chunyang Pavilion, Sanqing Hall, Yuhuang Temple, Taiqing Palace, Zhenwu Hall, Luzu Temple, Qisheng Temple, Lingxiao Pavilion, Laojun Pavilion dan Taiji Palace.

The Dragon Gate Grotto Complex yang disiapkan dalam tempoh 72 tahun (1781-1853) pula merangkumi Lanhaichu, the Ciyun Cave, the Yunhua Cave dan  Datian Pavilion. Ia terdiri daripada tiga bahagian iaitu pintu gerbang batu, platform, bilik batu dan beberapa ukiran yang diperbuat daripada batu yang sama. Perkataan "Longmen-Dragon Gate" di warnakan merah dan keemasan pada pintu gerbang tersebut.

Pintu gerbang tu kecil je... aku yang tak study apa-apa nih tak bergambar pun kat pintu gerbang tu tapi sibuk nakkan pemandangan tasik. Patutlah nyonya-nyonya Korea ke Taiwan tu main tolak syuh syuh je kita suruh ketepi. Kurang asam betul.


 Pintu gerbang "Gradon Gate" di belakang Che Lat.
 

 Berjalan di tebing bukit.
 


 Nak sewa costume pun boleh. Staf-staf di situ akan berpakat untuk menghalang kita mengambil gambar menggunakan kamera sendiri. Eleh, kita pun bijak juga.



 Thanks uols... banyak gambar ai kali ni heheh..
 
 
 
Ropeway yang mengerikan bagi orang yang takutkan ketinggian. Main tahan dengan palang camtu je. Masa dedulu di Bukit Nenas KL pun ada cam gini. Masa ni kami berdua buat dek je kat cameraman tu..kekonon tak nak beli gambar tu nanti tapi bila dah tengok beli juga sudahnya sebab gambar sendiri takde. Nak keluarkankan handphone pun cuak, takut terjatuh ke dalam hutan di bawah tu haa..

Puas hatilah datang sini. Kunming memang sejuk nyaman sepanjang tahun, datang waktu winter ni lagilah.. kalau datang di musim bunga lagi awesome kot?


 

Menikmati Musim Sejuk di Haigeng Park dan Dianchi Lake

Menikmati Musim Sejuk di Haigeng Park dan Dianchi Lake | Inilah kali kedua aku berada dalam musim sejuk tanpa salji di negara orang. Sebagai typical Malaysian, berada di suhu dibawah 10c di waktu pagi walaupun tanpa salji adalah suatu keadaan yang kurang menyelesakan. Memang betul lebih selesa berjalan dalam keadaan yang sejuk berbanding panas berdebu namun memakai baju yang berlapis-lapis agak menyukarkan jugalah terutama ketika mahu bersolat.


WINTER IN KUNMING
Pergerakan kami setiap hari di Kunming, China, bermula lebih kurang jam tujuh suku pagi. Solat subuh jam 6.36 pagi... waktu di Kunming sama dengan Malaysia. Pukul tujuh pagi tu golap bumin laie di musim sojuk ni. Plan hari Ahad tu untuk ke Western Hills yang perlu melalui Haigeng Park dan Dianchi Lake. Aku tak study tentang transportion ke sana so ikut je lah ke mana the gegurls bawa.

Jika awak awak dan awak inginkan pemandangan dan suasana nyaman tanpa kesibukan kota eloklah book hotel/resort di kawasan Dianchi ni cuma mungkin mendapatkan makanan halal tu agak susah sikit, dalam 7km ke bandar. Oleh kerana Kunming ni bersuasana musim bunga sepanjang tahun bila bila pun kita boleh jogging di tepi tasik tu. Menurut kata passenger Air Asia sebelah aku, musim sejuk tahun ni tak berapa sejuk sangat, setakat 17c je di tengahari hari...tahun lepas 5c. Huh.. tu pun dah berhingus hidung ni.

Pokok sakura banyak ditanam di sepanjang sebelum sampai ke stesen bas tu. Kalau nak ambil buat kenangan petik dan terus kepit celah buku. Pandang kiri kanan dulu eh heheheh...

KEINDAHAN HAIGENG PARK
Haigeng (lake dike/beting Tasik Dianchi) terjadi akibat pasir dan lumpur yang ditolak ombak lalu membentuk beting panjang di antara kawasan dalam dan cetek.

Tebingan Haigeng ini sepanjang empat kilometer dengan kelebaran 40-300 meter. Di selatannya ada sebuah kolam renang asli yang dipenuhi pengunjung ketika musim panas. Musim panas pun tak berapa panas kot.

Di musim sejuk beribu burung camar singgah di sini. Pemandangannya sungguh mengasyikkan. Kalau tak takdelah mengulang ke situ lagi selepas the gegurls balik Malaysia. Berejam mengadap burung, nasib baik tak terkena beraknya.

Mari tengok gamabra-gambar yang aku ambil ni. Kalau tak berahi juga nak ke Kunming selepas tengok gambar-gambar ni memang aku kena banyakkkk belajar ambil gambar lagilah ni.





The gegurls... Cik Lat, Jie and Faizah. Di belakang tu Western Hill. Syok ooo naik cablecar and ropeway car. 


















INDAHNYA DIANCHI LAKE
Dianchi Lake ialah tasik air tawar yang berketiggian 1,886 dari paras laut. Dahulu ia dikatakan lebih cantik dengan air yang hijau tapi sekarang heavily polluted.

Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Yunnan dan keenam di China. Berbentuk bulan sabit, keluasaannya menghampiri 300km persegi dengan panjang sekitar 40km dan lebar 12km. Ia hanya berkedalaman 4.40 meter sahaja. Taklah dalam sangat tapi boleh lemas.

Dianchi Lake berada di kaki Western Hill manakala Daguan Park di utara.




AKTIVITI DI HAIGENG PARK
1. Di Haigeng Park kita boleh bersantai berjalan kaki atau menyewa basikal. Sangat hebat suasana di tepi tasik dengan burung camar yang berterbangan kemudian berebut mengambil makanan di tangan kita. Beburung ini terbang dari Baikal Lake di Rusia sejauh 5,000km!

Elok kita bawa sesiap roti/biskut sebab penjual roti tu jual 10 yuan sebungkus. Aku rasa biskut 20 yuan. Mahal gilos! Melampau mahal. Nak copek kayo agak eh.

2. While waiting for the gegurls yang melawat Yunnan Nationalities Village, aku lepaking di Haigeng Park yang sedang meriah dengan karnival kanak-kanak. Mak ayah siap bawa tikar dan khemah sambil melayan anak bermain. Dah anak seorang je ... bagai menatang minyak yang penuh lah kan? Meriah sungguh masa tu. Ada yang bermain layang-layang, melompat-lompat dalam buaian yang macam trampolin tu, memancing ikan dalam pond plastik dan macam-macam aktiviti lagilah.
 Di tempat orang ranting kering pun nampak cantik. Lebih cantik lagi ke sini di musim bunga. 

3. Kalau suka boleh naik cruise tasik selama sejam dengan hanya RMB80. Harga tanpa GST tu dah termasuk persembahan tarian daripada salah satu etnik minoriti Kunming. Tak bosan menonton mereka menari sebab rancak. Walaupun air tasik kurang cantik tetapi pemandangan di sekitarnya... Subhanallah! Pergilah weiii.... tengok sendiri ciptaan Allah. Selain Mekah dan Madinah, berziarah ke tempat lain pun dapat pahala jika betul niatnya. Tuhan tak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia.


BAGAIMANA UNTUK KE HAIGENG PARK DAN DIANCHI LAKE?
Dari hostel kami di Jinbi Road tu, kami perlu menaiki bas no 74 (RMB2) yang akan terus hingga stesen terakhir. Kalau macam ni senang, yang lecehnya naik bas di China ni jika kita perlu turun di pertengahan jalan disebabkan masalah bahasa. English sangat minima. Bas no 74 ni akan melalui Xichang Road dan Dianchi Road dan berhenti di setiap bus stop. Senang. Stesen bas berada betul-betul di hadapan Dianchi Resort and Spa. Bas no 94 pun boleh.

Di bandar Kunming para penumpang tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan parkir bas (bus station), perlu menunggu atau turun di perhentian bas berdekatan. Di setiap bus stop ada dinyatakan bas-bas yang singgah di situ.

Jika dari Kunming Railway Station, sila naiki bas no 24 atau 44 (RMB8). Akan sampai di sana antara 30-40 minit. Turun saja dari bas teruslah berjalan mengikut anak panah tu atau ikut je kemana orang ramai tuju. Follow the crowd gituh. HP dan DL berada di satu tempat.

Sejak awal tahun 2015 Kunming Municipal Council telah mengumumkan Haigeng Park ticket-free. Ok jimat sikit.


Lepas pusing pusing ambil gambar aku pun duduk di bangku tepi padang tu. Tu dia.... punyalah sejuk walaupun matahari mencarak. Rasa macam duduk dalam peti ais! Nasib baik ada orang jual sate kambing dan tauhu bakar tabur cili kering, panas sikit badan.

Itulah serba sedikit yang pengalaman aku dan suggestions ketika berada HP dan DL. Hope you'll enjoy it too.


**Dah dah... jangan ingat aku banyak duit pulak melancong sampai ke China ni, tiket pergi balik naik Air Asia cuma RM187 jer. Tak kena fuel charge macam pergi Hangzhou tahun lepas.

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free