Showing posts with label Kanchanaburi. Show all posts
Showing posts with label Kanchanaburi. Show all posts

Hotel Review | River Kwai Village Hotel, Kanchanaburi

Hotel Review | River Kwai Village Hotel, Kanchanaburi | Adalah membosankan sekiranya melancong tanpa mencuba sesuatu yang baru. Menginap di hotel berbintang empat dan lima di tengah bandar memang selesa tetapi menginap di resort berbintang-bintang di tengah hutan belantara pasti memberi pengalaman berbeza.


River Kwai Village Hotel adalah satu-satunya hotel mewah di hutan tropika Kanchanaburi. Ia terletak di utara River Kwai 70km dari "the bridge on the River Kwai" yang terkenal di seluruh dunia itu.

Kami ke sini dengan menaiki keretapi dari Stesen River Kwai dan turun di Thamkra Sae. Kemudian menaiki chartered van ke RKV. Naik van terus menerus pun boleh juga. Di sepanjang perjalanan ke sini mata dijamu dengan kehijauan. Relaks je, sejuk mata memandang.


RKV menawarkan empat jenis penginapan berpendingin hawa yang serba lengkap:
1) Raftel - bilik yang terapung di sungai.
2) Royal Wing - bilik mewah didekorasikan cara Thai
3) River Wing - bangunan tiga tingkat di tebing Kwai Noi
4) Mountain Wing - kabin setingkat.


Bilik kita di sini.

Wifi hanya di sekitar lobi sahaja. Bila wifi tak sampai ke bilik maka kita akan kembali ke asal, rajin membaca buku huhuu.. Aku agak hotel management memang tak nak pasang wifi kat bilik supaya tetamu enjoy the nature. 

Bilik aku besar dan sangat selesa. Kalaulah datang dengan famili kan best, boleh susun semua anak atas katil. Katil sebesar tu aku seorang je tidur (pasang lampu bilik air dan berselubung heheh...). Yang syoknya pihak hotel hidangkan sepinggan kek, dua hari pun tak habis makan sebab perut tak sempat lapar. Dah tentulah chocolate cake yang habis dulu.

Di sini Subuh awal sekitar 4.40 pagi. Aku set jam pukul 5 tapi 4.45 dah terbangun. Baguslah kan? Kat rumah sendiri pun tak macam tu. Masalahnya mata tak mahu pejam dah selepas tu. Selepas breakfast pukul 6.30 tu balik ke bilik dan mereput sampai pukul 9. Tak dapat mengisi masa lapang dengan melawat kawasan sebab dua hari hujan pagi.

RKV menerima ramai tetamu dari Rusia sebab tu ada notis dan menu berbahasa Rusia. Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini selain berurut. Siap ada warning "Jangan buka seluar" di pintu bilik urut tu hahah... siapalah punya kerja tu eh? Dah biasa berbogel depan orang gamaknya. Tiada service urut++ di sini. Clean business only okey.

Yang lagi best nya, ada tiga swimming pool di sini. RKV adalah hotel pertama memiliki Jungle Water Park dengan water slide dan jakuzzi. Seronoklah bebudak bila menginap di sini. Bila bawa anak-anak tak kiralah hotel bajet ke hotel mahal swimming pool mesti ada. Kalau tak boleh stress weh.

Raftel.

Subhanallah cantiknya pemandangan! Damai.

Ikan-ikan liar di belakang Raftel.

Bilik aku di River Wing yang menghadap Kwai Noi (kwai = river/sungai).




Persembahan tarian dari kanak-kanak suku kaum Mon selepas makan malam.



Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di River Kwai Village
RKV berada di lokasi yang sesuai untuk lawatan ke kawasan bersejarah kesan Perang Dunia Kedua (World War II) dan alam semulajadi. Nak naik gajah ke.. bamboo rafting ke..nak ke Death Railway ke.. atau nak mandi-manda di Sai Yok Waterfall ke.. RKV boleh aturkan. Jika mahu berspa lumpur sila ke Rock Valley Hot Spring & Mud Spa.

Banyak aktiviti menarik yang disediakan untuk dicuba seperti ATV, paintball, berenang, di sungai, camp fire, raft excursion.. selain pakej lawatan. Aku sebenarnya nak try naik basikal atas pokok yang macam di Bohol tu tapi di kedua-dua pagi hujan renyai. Bila hujan terbantutlah plan tambahan pula geng lain semua dok tidur lagi, aku je yang 'tolong buka pintu restoran' seawal 6.30 pagi. 


River Kwai Village Hotel
74/12 Moo 4
Tha Sao
Sai Yok
Kanchanaburi
Thailand
Tel : (66 89) 918-4562 / (66 81) 922-4661
Faks : (66 81) 880-5206


Reservation Office
1054/4 New Petchburi Road
Ratchtavee
Bangkok 10400
Thailand
Tel : (66 2) 251-7828 / (66 2) 251-7096
Faks : (66 2) 255-2350


**Seluruh Thailand sedang berkabung diatas kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej yang telah memerintah Thailand selama 70 tahun. Raja Bhumibol menjadi simbol perpaduan yang mendamaikan dua pihak yang berebut kuasa. Baginda juga sangat disayangi dan dihormati rakyatnya kerana banyak memperkenalkan projek pembasmian kemiskinan.









Kanchanaburi, Thailand | A Visit To Mon Village, Experience Hot Spring & Mud Spa

Kanchanaburi, Thailand | A Visit To Mon Village, Experience Hot Spring & Mud Spa | Hello... seronok bercerita pengalaman di negara orang. Jika belum berpeluang pergi melancong pun beranganlah dulu. Berangan itu free. Dari angan-angan akan bertukar menjadi impian. Kalau dah bermimpi tu usahakanlah, tambang dah murah, lebih murah daripada naik bas pergi balik ke Kedah. Sungguh.



Aku belum cerita lagi tentang penginapan kami di River Kwai Village Hotel kan? Nanti nantilah ye.. as a #villagepeople aku berasa nyaman dan tenang je di sana walaupun wifi tak sampai ke bilik. Tunduk memasing bila berada di lobi hotel :-))

Kami dibawa melawat Mon Village. Kena naik bot dalam setengah jam kot untuk ke River Kwai Jungle Raft dan kita akan berjalan kaki dari sini. Resort yang satu ini tiada kemudahan elektrik, natural sungguh. Ia dibina sedemikian untuk memberikan suasana berlainan kepada tetamu. Best juga, kita benar-benar enjoy dengan alam. Kalau nak berenang menghilir sungai pun boleh bersama guide. Penting guide ni sebab arus boleh tahan deras.


Aku bukan menyelam.

Ada banyak resort sepanjang laluan ini.


Tengok omputehs tu 

Dari River Kwai Jungle Raft kami naik ke Mon Village. Orang Mon ini berasal dari Myanmar tetapi sebahagiannya telah berasimilasi dengan masyarakat Thai. Mereka peramah, hidup sederhana dan sudah terbiasa dengan kehadiran pelancong asing. Mereka merupakan masyarakat minoriti di perkampungan kecil di Kanchanaburi. Kaum wanita Mon pula sering memakai bedak sejuk di muka. 

Kami dibawa melihat gajah dan sebuah sekolah hujung minggu di sini. Takdelah rasa nak naik gajah di sini sebab di Taweechai Elephant Camp lebih menarik. Orang-orang Mon hidup sederhana tetapi masih kaya budaya. Sekolah hujung minggu yang kami lawati itu sangat asas untuk pelajar pelbagai peringkat umur. Banyak bendera digantung menandakan sumbangan yang diterima dari negara-negara terbabit. Elok rasanya jika dapat dibawakan pensel warna/peralatan melukis/permainan menguji minda jika anda ke sini. Sekolah ini mengingatkan aku kepada sekolah tadika aku di Kuching dulu. Laaamaaaa dulu... pandai juga aku membaca walaupun sekolah aku buruk (hanya kengkawan yang bersekolah di situ je tahu heheh...). Sweet memories after all.












BER-MUD SPA

Selepas makan tengahari kami dibawa ke Rock Valley Hot Spring & Fish Spa untuk menyerikan muka dan badan. Aku cuma memakai lumpur di muka saja... kalau dah lumur di badan kena berkemban. Takkan nak berkemban... haru.

Ada 12 hot spring pool di sini diantaranya chinese tea, mulbery tea, Babbler's Bill herb pool dan Thai herbal pool. Ada juga mineral water pool at room temperature dan ada juga yang agak panas 38-42C. Di "onsen" ini tak boleh berbogel ye... jangan ko togel je ke hulu ke hilir nanti.

Phu Klon (Mae Hong Son)
Phu Klon bermaksud sumber lumpur panas bersuhu 60-140C. Lumpur ini bersih, tidak berbau sulfur dan dikatakan memiliki mineral yang bagus untuk kulit dan peredaran darah.



Orang lain lumur hingga ke dada, aku setakat muka je. Rasa muda 10 tahun, cekang je muka.

Fish spa. Ikan-ikan kecil ini akan menggigit kulit mati kita tu. Yang kecil ok lah, gigitan ikan yang selebar dua jari tu terasa geli juga hehehh... (sumber google)


Untuk reservasi, sila hubungi emel di bawah:

Rock Valley Hot Spring & Fish Spa
1054/4 New Petchaburi Road
Makkasan Ratchtavee
Bangkok 10400
Tel : +66 2 2517552, 2517494
Emel : rkvh@bkk2000.com
Website : www.riverkwaivillage.com


Death Railway at Kanchanaburi | Dari Stesen River Kwai Ke Thamkra Sae

Death Railway at Kanchanaburi | Dari Stesen River Kwai Ke Thamkra Sae | Bila kita melancong ke negara orang pastilah kita hendak melawat tempat-tempat yang terkenal dan menjadi tumpuan pelancong. Jika ke Melaka nak tengok tinggalan kota A Famosa, ke Negeri Sembilan harus ke istana lama Seri Menanti... begitu juga ke Thailand, pelawat akan ke jambatan merentasi Sungai Kwai (the bridge on the River Kwai).








Jambatan ini mula dikenali melalui filem "The Bridge on the River Kwai" yang diterbitkan pada tahun 1957. Filem yang menjalani penggambaran di Sri Lanka ini dibintangi oleh Alec Guinness, William Holden dan Jack Hawkins. Walaupun kerajaan Thailand tidak menganugerahkan datukship kepada pelakon-pelakon ni, Kanchanaburi sangat popular okeh hinggakan aku pun terjebak sama ke sana dua tahun lepas. Gigih aku keluar bermusafir pepagi sejauh 120km ke barat Bangkok. Setiap hari ada sahaja pelancong terutamanya dari barat mengunjungi tempat ini. 


The Burma Railway/Death Railway/Burma–Siam Railway/Thailand–Burma Railway adalah landasan yang sama. Dahulunya landasan ini sepanjang 415 km (258 batu) menyambungkan Thanbyuzayat, Burma, dan Ban Pong, Ratchaburi, di Thailand. 304 km landasan di wilayah Thailand dan selebihnya di Burma. Semasa World War II tentera Jepun mengerah banduan perang (PoW) membinanya untuk mengangkut senjata api ke Burma bagi mengelakkan ancaman serangan dari laut.


Bagaimana ia dikenali sebagai Death Railway (landasan keretapi maut)?

Semasa pembinaannya terlalu ramai tentera bersekutu yang menjadi banduan perang mati akibat kekurangan zat makanan, keletihan dan siksaan tentera Jepun. Sejarah negara kita sendiri pun ada menceritakan bagaimana zalimnya tentera Jepun ini ketika menjajah dulu. 16,000 PoW mati sewaktu pembinaan landasan maut ini. Dengan perubatan yang minima kebanyakan banduan mengalami keadaan yang sangat menyedihkan sebelum kematian mereka. Mereka dipukul, melutut diatas kayu tajam sambil berjam-jam memikul bebanan dan diikat dengan kawat tajam di pokok tanpa diberi makan dan minum berhari-hari. Keadaan PoW di dalam hutan yang menyiapkan landasan ini sangat teruk, tak tergambar di fikiran waktu ini terutama di kala monsun tahun 1943. 

Kebuluran, keletihan dan wabak penyakit yang melanda pada tahun 1943 mengakibatkan produktiviti berkurangan. Untuk memastikan projek siap mengikut jadual 200,000 buruh dari Asia dibawa masuk. Buruh-buruh Melayu dari Tanah Melayu, Cina, India dan Burma ini mengalami nasib yang lebih buruk daripada PoW. Dikatakan sejumlah 150,000 maut semasa pembinaan landasan keretapi ini. Kubur-kubur mereka berada di Kanchanaburi, Chungkai (di seberang sungai kira-kira 2 km dari Kanchanaburi) dan Thanbyuzayat di Burma. Pihak tentera Jepun sedikit pun tak pedulikan kebajikan Pow dan buruh yang lain, yang penting landasan perlu disiapkan dengan segera. Uhh... mendengar cerita ni pun sesak dada. 



Pada tahun 1947 landasan ini ditutup tetapi dibuka semula pada 1957 untuk seksyen Nong Pla Duk and Nam Tok. Sekarang pun hanya sebahagian jaringan dibuka kerana kos membaiki dan penyelenggaraan yang tinggi. Keretapi ini masih berfungsi membawa penumpang dari Bangkok hingga sejauh Nam Tok. Menariknya, kita dapat melihat pemandangan ladang ubi kayu, jagung, tebu dan sayuran selain Wang Po viaduct yang memperlihatkan kehebatan kejuruteraan di waktu itu. Manual lagi tu.

Landasan maut ini adalah bukti kekejaman dan keberanian manusia. Ia juga menunjukkan kepada kita betapa bangsa Jepun ini sangat berdisiplin dalam menyiapkan sesuatu projek. By hook or by crook projek mesti siap dalam jangkamasa yang ditetapkan. Dalam negara Jepun yang besar itu ada satu bangsa saja... tak macam di negara kecil yang mempunyai negeri yang kecil-kecil berbangsa-bangsa.. Macam manalah nak kuat, banyak nau bangsa... ditambah pula bangsa baru, makin berpecah ada lah.



Bagaimana untuk ke River Kwai?

Ada boleh mengambil pakej yang ditawarkan dari Bangkok/Kanchanaburi. Naik van boleh, naik keretapi lagi syok. Buat day trip sahaja boleh, stay dua tiga hari lagi best, boleh lajak ke Hellfire Pass.

Jika memilih menaiki keretapi dari Bangkok:
Sila naik train dari Thonburi Station (juga dikenali sebagai Bangkok Noi) ke Kanchanaburi kemudian ke River Kwai Bridge Station.



 Bangkok ► Kanchanaburi & River Kwai

km
Train number:
485
257
259
0
Bangkok Thonburi (Noi) depart
-
07:45
13:55
64 km
Nakhon Pathom depart
-
09:02
15:03
82 km
Nong Pladuk junction
04:25
09:22
15:22
133 km
Kanchanaburi arrive
05:42
10:25
16:17
133km
Kanchanaburi depart
05:57
10:35
16:19
138 km
River Kwae Bridge
06:15
10:44
16:33
-
Thamkrasae Bridge
07:38
11:53
17:51
-
Wang Po
07:49
12:06
18:01
210 km
Nam Tok arrive
08:20
12:30
18:30
Sumber di sini.

Sesungguhnya Tuhan sangat memahami dan maha pemberi. Jika dua tahun lalu aku tertanya-tanya ke manakah akan dibawa sekiranya menaiki koc sebenar dari Stesen River Kwai, tahun ini telah terjawab.

Jika dahulu hanya menaiki tram menggunakan "death railway" menyeberangi River Kwai, tahun ini merasa menaiki keretapi sebenar yang bertolak dari Bangkok. Dari InterContinental Hua Hin yang serba mewah tu, kami bergerak ke Kanchanaburi seawal tujuh pagi agar tak terlepas keretapi. Keretapi ini untuk kegunaan awam jadi sesiapa yang lambat nasiblah kau kena tinggal.



Tulisan tangan je haa nombor tempat duduknya.

Setiap penumpang akan diberikan tempat duduk bernombor dalam koc kelas tiga. Aku suka third class train ni sebab senang nak ambil gambar dengan tingkap terbuka. Seperti biasalah akan ada para penjual yang mencari rezeki daripada penumpang yang ramai tu. Keretapi akan berhenti di beberapa stesen untuk mengambil dan menurunkan penumpang, melalui lengkokan di tebing bukit, sangat menarik seperti yang kita lihat dalam gambar/video.










Kami turun di Thamkra Sae dan diberi peluang bergambar di landasan maut tersebut. Tinggi weh!


Viaduct




Pengalaman yang hebat!

Harga souvenir di  Thamkra Sae lebih murah daripada Bangkok. Lagipun sesetengah design tu hanya dijual di sini sahaja. Jangan teragak-agak membeli, nanti menyesal macam aku huhuu..

Selepas makan kami checked-in di River Kwai Village Hotel. Hotel besar dalam hutan menghadap sungai. Giler best!







Kanchanaburi, Thailand | A Visit To Taweechai Elephant Camp

Kanchanaburi, Thailand | A Visit To Taweechai Elephant Camp | Assalamualaikum and hello again... Selepas ke Hua Hin kami sepatutnya melawat Maruekhathaiyawan Teakwood Mansion yang terletak diantara Cha-Am dan Hua Hin. Istana ini dijadikan istana musim panas oleh King Vajiravudh (Rama VI). Oleh kerana kami tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam istana jadi kami dibawa ke Taweechai Elephant Camp. Ramai yang suka rupa-rupanya... :-)


Kanchanaburi begitu dikenali dengan "Death Railway over the River Kwai". Sebenarnya ia kawasan hijau yang sangat menarik dengan hamparan sawah padi dan hutan rimba. Kanchanaburi berada di jalan utama yang menghubungkan Thailand ke Myanmar. Mudah untuk ke sini sama ada menaiki van atau keretapi selama 3.5 jam. Kali pertama dulu aku naik van dari Victory Monumen. Di area backpackers Khao San Road pun ada van yang membawa ke sini. Ingat tak tuk tuk kondisi macam lepas perang yang aku naiki dulu tu? hahaha... dah bergegar pun boleh bawa pelancong heheh...


Di mana letaknya Taweechai Elephant Camp?
Ianya terletak di14/1 Moo.6 Chongsadao Sub-District, Muang District, Kanchanaburi Province. Hanya 30 minit dari bandar Kanchanaburi dengan menggunakan Ladya-Srisawat Road, Public Highway No. 3199, and 3457. 

Jika menaiki minibus (van) dari Bangkok kita akan diturunkan di bandar Kanchanaburi. Dari situ kita boleh memilih untuk menaiki teksi atau tuk tuk. Yang menjual pakej pun ramai.



Apa yang menarik sangat di Taweechai Elephant Camp?
Eh, mestilah gajah-gajahnya.

Kem gajah ini dimiliki oleh Mr. Tawee Longsakul or Bangtu, 71 tahun. Kem ini luas dengan 40 ekor gajah. Sering juga dijadikan lokasi penggambaran filem tempatan dan antarabangsa.

Memula kami sampai tu persembahan gajah sedang berlansung. Ada gajah yang menyumpit belon, menari dan mengurut. Penonton dewasa pun seronok apatah lagi kanak-kanak :-)) Gajah mengurut tu aku agak seriau sikit sebab binatang ni bukan boleh kita jangka fikirannya, kok dipijak eh kang, mampuih! hahah..





Kemudian kami dipelawa untuk menaiki gajah. Aku teragak-agak. Memula nak naik tapi bila difikirkan gajah ini akan masuk ke dalam Sungai Kwae Yai bimbang jugalah kot disembur dengan air. Dahlah bawa kamera. Yang tak nak naik gajah tu boleh naik tram ke tebing sungai. Aku pula memilih berjaan kaki ke sungai. Not far! not far! Iyolah tu...





 Pernah main lompat getah ni?



 

 hahahah... bapaknyah kemain seronok, anak melalak lalak ketakutan di belakang.




Ohh... seronoknya masuk ke sungai dengan gajah!

Bila instructor sebut "hahh!!" gajah tu pun sembur air kepada penumpang dengan belalainya. Basah kuyup kau. Tak tahulah berapa km/j kelajuan semburan tu.


Acara tahunan 
Pada 13 Mac setiap tahun Taweechai Elephant Camp akan menyediakan buffet untuk gajah bersempenan dengan "Hari Gajah". Masa ni tourist memang ramai dik. Pandai mereka mempromosi.


Waktu beroperasi
Taweechai Elephant Camp dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 3 petang. Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Emel : info@twcelephantcamp.com

Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free