Showing posts with label Bagan. Show all posts
Showing posts with label Bagan. Show all posts

Hotel Review | Resort di tengah kota kuno, Aureum Palace Hotel & Resort, Bagan

Hotel Review | Resort di tengah kota kuno, Aureum Palace Hotel & Resort, Bagan | Sehari dua ni orang tengah heboh dengan bilik underwater Neelofa di Maldives. Memang unik sepadan dengan harganya, hanya untuk yang "ada ada". Kita yang tak have have ni mampu tengok je lah hehee... but don't worry, jika mahukan resort yang selesa di tempat yang menarik pemandangannya di tempat lain pun ada.


Pernah cuba mencari lokasi belon udara panas di Asia tak? Bandar lama Bagan di Myanmar ialah salah satu lokasinya dan di tengah kawasan bersejarah itulah ai menginap menikmati keindahan bangunan ciptaan manusia zaman kuno.


Nampak tak pagoda/stupa yang berwarna coklat kemerahan di belakang tu? Beribu you... Sumber Aureum Palace.

Resort Di Dalam Bagan Archaeological Preservation Zone
Di zaman dahulu kala, orang Burma (kini Myanmar) percaya bahawa kerajaan Bagan ialah jambatan antara dunia dan syurga. Mungkin disebabkan itulah begitu banyak sekali stupa dan pagoda dibina di kota lama ini.

Aureum Palace Hotel & Resort berada dalam kawasan seluas 27 hektar di kota lama Bagan. Jejak je kaki ke resort ini kita dapat rasakan macam balik ke zaman dahulu, bukan sebab resort tu teruk tapi pemandangannya yang tiada di tempat lain. Kedudukannya di tengah beribu pagoda dan  stupa yang berusia ratusan tahun dengan warna asli, reka bentuk lama. Jika uols minat history and architecture Bagan ini salah satu destinasi wajib untuk dikunjungi. Beautiful. Asyikkkk...

Bilik aku Orchid Villa- Garden View seluas 90 meter persegi. Luas dah tu untuk dua orang tapi ada lima jenis bilik/villa lagi untuk dipilih. Owh mereka ada bagi complimentary chocolate and fruits too. Balkoninya walaupun menghadap ke bilik villa depan tapi masih ada privacy, bilik mandinya pula lengkap dengan bath tub, tandas berasingan dan ada ruang bersiap. Weighing scale pun ada jadi aku dok timbanglah sebelum dan selepas heheh... Ruang tandasnya diperbuat daripada bahan kayu, luas.


Photo of this room

Sumber Aureum Palace

Gallery image of this property
Sumber booking.com


Nyaman betul berehat di balkoni sambil minum petang. Sunyi dan damai. Ada juga yang sengaja baring atas rumput pepagi sambil melihat belon panas terbang kat atas nun. Mat saleh sukalah part berjemur ni terutama time musim sejuk tu. Elok ke sini selain bulan Jun hingga September, panaih oih. Kekurangan villa ini di mata aku ialah lampunya yang malap, ai is tak berapa suka.

Bila petang ramai pakat berkumpul di swimming pool untuk melihat matahari terbenam. Kolam renangnya luas jugalah dan bagusnya boleh nampak reflections di permukaan air. Cantik! Memalam ada je having their romantic dinner by the pool. Dari depan viewing tower tu boleh nampak stupa yang dipasang lampu. Pemandangannya macam...erm.. macam mana eh nak cakap? Stunning kot the best word.





Aureum Palace Hotel & Resort dilengkap dengan fasiliti lima bintang dibawah pengurusan Htoo Hospitality. Resort ini dilengkapi dengan segala yang patut ada termasuk kolam renang, gimnasium dan menara dimana kita dapat melihat 360 kawasan arkeologi Bagan. Setiap pagi ramai tetamu dan orang luar akan naik ke Aureum Viewing Tower ini untuk melihat belon udara panas terbang. Untuk guest free je... outsiders kena bayar USD5. Melihat sendiri perubahan warna cahaya dari malap ke terang sambil hot air balloon naik satu persatu rasa best sangat! Amazing! Pepetang pun boleh naik tengok sunset pula. Mujur sekarang guna kamera digital tekan je lah banyak mana pun, kalau zaman dinosour dulu habis dah Kodak ni.

Aureum Viewing Tower


  



Apart from hiring a tour guide kita boleh juga sewa e-bike dari resort untuk jalan-jalan. Ada tempat yang best untuk tengok hot air balloon pepagi. Sila rujuk entry lama untuk melihat lebih banyak gambar.

Dari segi makanan, aku boleh komen breakfast je lah sebab lunch and dinner makan vegetarian food di luar. Puas hatilah dengan breakfast yang disediakan, banyak bun cakes bread cereal semua. Hospitality? 5 bintang! Aku panggil techinician untuk adjust tv pantas dia datang. Camtu jugalah yang collect bag sewaktu nak check-out.

Resort ini hanyalah...

4.2km ke Nyaung U Airport
2.2km Bagan Nyaung U Golf Club
10km ke Ayerwardy River
Lain-lain pagoda/stupa.. rata-rata dalam 2km sahaja.



Bagaimana untuk ke Bagan menggunakan pengangkutan awam?
1) Pengangkutan udara
Naiki pesawat domestik dari Yangon dan mendarat di Nyaung Airport. Terdapat lima domestic flights ke Bagan. Perjalanannya 1 jam 20 minit.


2) Dari Yangon ke Bagan dengan bas.
Ada beberapa syarikat yang memberikan servis dengan dua jenis bas, VIP atau biasa. Bas VIP 2+1 seater lebih selesa dan ada leg rest yang boleh dinaikkan 45 darjah. Harga tiket bas VIP USD25, bas biasa yang seat 2+2 tu USD21 seorang. Semua bas ada air-cond.

Bas biasanya berlepas jam 8 malam. Perjalanan selama 10 jam dan kebanyakan bas will stop for half an hour at 115 miles on the Yangon-Nay Pyi Taw-Mandalay Expressway (2.5 hours north of Yangon). Kalau tujuannya ke tempat popular ni during peak season elok book sesiap bas yang hendak dinaiki.


Tempat menunggu bas: 
The Aung Mingalar Highway Bus Terminal (also known as Highway Bus Station). Stesen bas ini 7km dari Yangon airport dan 19km dari central Yangon di Sule Pagoda tu. Sejam jugalah dari tengah bandar Yangon tu.


3) Dari Yangon dengan keretapi (perjalanan setiap hari)
Tiket keretapi boleh dibeli online, melalui ejen atau pergi sendiri ke Rangoon Train Station. Kalau nak travel on the same day pun beli di train station.

Kalau nak buat advance booking kena pergi Advance Booking Office di Bogyoke Aung San Road di sebelah selatan trek bertentangan dengan Sakura Tower & 33rd street, and diagonally opposite Traders Hotel . Tiga hari sebelum bertolak dah boleh beli. Sila bawa passport ya. Pejabat jualan dibuka dari pukul 7 pagi hungga 3 petang. Kaunternya paling kiri.

Dari Yangon (nama lamanya, Rangoon) ke Bagan : Train no 61
Kelas : S, U, 2, O
Waktu berlepas: 4 petang
Waktu tiba: 9.31 pagi

Dari Bagan ke Yangon : Train no 62
Kelas : S, U, 2, O
Waktu berlepas: 5 petang
Waktu tiba: 10.30 pagi


S = upper class sleeping-car (tiada di musim hujan); U = upper class seats (tiada di musim hujan); 2 = 2nd class seats; O = ordinary class seats.
Harga tiket:
Upper class sleeper : MMK16,500 (USD17)
Upper class seat: MMK12,000 (USD12)
Second class seat: MMK6,000 (USD6)
Ordinary class seat: MMK4,500 (USD4)

Kanak-kanak dibawah 3 tahun PERCUMA
Kanak-kanak dibawah 10 tahun SEPARUH HARGA

**Tiada perbezaan harga antara locals and foreigners.


Aureum Palace
Near Bagan Viewing Tower
Min Nanthu Village
Nyaung Oo, Mandalay Division
Myanmar (Burma)
Tel: (+95 61) 60 046/ 047, (+95 9) 6502 963/ 964
Emel: aureumbgn.head@htoohospitality.com, aureumbgn.fo@htoohospitality.com


Kisah perjalanan dari Yangon ke Bagan ada di sini. Jemput baca juga perjalanan lain yang berkaitan. Terima kasih.

8D 7N in Marvelous Myanmar | Menjelajah kota purba Bagan

8D 7N in Marvelous Myanmar | Menjelajah kota purba Bagan | Nak tahu mengapa aku pernah berimpian ke Myanmar? Salah satu sebabnya ialah mahu melihat ribuan kuil di bandar purba Bagan yang dibina sejak ribuan tahun dulu yang sebahagiannya masih utuh sehinggalah berlakunya gempa bumi 6.8 skala Richter pada 24 Ogos 2016.


Bagan atau nama lamanya Aring Madana Pura  (bermaksud hero land) diiktiraf sebagai UNESCO Archeological Zone dan menjadi tarikan utama ke Myanmar. Tiada tempat lain yang sama sepertinya tetapi tidak diiktraf sebagai UNESCO World Heritage Site dikatakan atas beberapa sebab seperti pembinaan padang golf, menara moden dan penggunaan bahan terkini untuk membaiki kerosakan kuil dan pagoda. Yang pastinya pihak berkuasa di sana masih berusaha untuk mendapatkannya untuk bahagian tertentu. Masih banyak lagi artifak asli di atas tanah seluas 13 x 8km ini. Bukan senang untuk mendapatkan dan maintain recognition bila dah diberi. Teknologi melekatkan batu di zaman dahulu menggunakan getah pokok atau putih telur, masalahnya sekarang pokok tu ada lagi ke? Bagaimana pula cara melekatkannya, nak dibiarkan kering dulu 10 minit macam gam kasut atau terus dilekatkan macam gam two second tu? Banyak soalan 4H 1W yang perlu dijawab.

Bagan (ပုဂံ) ialah kota purba yang berada di negeri Mandalay, pernah menjadi ibu negeri Pagan Kingdom pada kurun ke-9 hingga 13. Sewaktu kemasyhuran empayar Pagan ini diantara kurun ke-11 hingga 13, lebih daripada 10,000 kuil, pagoda dan biara di bumi Bagan ini sahaja. Kini hanya kira-kira 2,200 sahaja yang tinggal, masih dikira banyak dalam satu satu tempat.

Aku selalu tertanya, kenapa eh bina temples and stupas bebanyak ni?

Sebenarnya setiap satunya mempunyai rekabentuk serta cerita tersendiri dan kita bebas untuk explore memana yang kita suka. Cuma kena ingat, semenjak November 2017 sesiapapun TIDAK DIBENARKAN memanjat kuil lagi. Adakah sebab preservation atau takut bangunan tersebut runtuh, kita tak dimaklumkan. Yang kita perlu ingat tak boleh lagi naik ke temples untuk melihat sunrise atau sunset.


Melihat matahari terbit tanpa jemu
Sesungguhnya bersyukurlah bila kita masih diizinkanNya untuk menyaksikan terbitnya matahari di keesokan hari. Melihatnya dari lokasi yang indah lagilah kena besar rasa bersyukur tu.

Pagi kedua, aku naik ke Aureum Viewing Tower di Aureum Hotel & Resort Bagan. As an in-house guest dapatlah ke menara tu dengan percuma, outsiders kena bayar USD5. Beberapa orang kengkawan lain sewa e-bike pergi ke satu tempat di tengah Old Bagan. Owh cantik juga gambar mereka berlatar belakangkan belon panas tu. Sebab itulah aku cadangkan stay at least 3 hari 2 malam di Bagan untuk melihat sunrise dan sunset dari lokasi berbeza. Kat tempat kita belon panas ni ada setahun sekali je...itupun diikat dengan tali.


Bila naik je matahari api belon panas pun dihidupkan. Seronok melihat hot air balloon tu naik satu persatu dari dua lokasi berbeza. Dua syarikat pengendali belon panas ni; Balloon Over Bagan dan Oriental Ballooning. Harga pun berbeza, classic service yang 12-16 passenger USD340-360, permium service USD399-470. Book dengan ejenlah murah sikit. Dengarnya boleh dapat diskaun usd50-100 jugalah. 

Kesemua pilot dari kedua-dua syarikat dilatih di luar negara. Mereka ni bukan duduk setempat, bila tamat musim mereka akan beredar ke negara lain. Di Bagan, musim belon panas terbang adalah diantara pertengahan Oktober hingga pertengahan Mac tetapi penerbangan di bulan Oktober chances untuk dibatalkan tu agak tinggi jugalah 50-50 disebabkan cuaca. Yang bagusnya book between December to February. Masa tu anginnya lebih tenang dan udara pun sejuk. Sebelum menempah tiket tu tanya bebetul syarikat refund tak kalau penerbangan cancel disebabkan cuaca?

Waduh waduhhh... indahnya pemandangan! Kalau cerita beriya pun takkan sama dengan melihatnya sendiri 😈😈. Dapat tengok pun dah suka kalau dapat naik laaaagilah kan?

Tak nampak pula bilik iols dekat swimming pool tu ha.... besar biliknya. Harga bilik dari USD105 per night. Boleh book di Agoda.


Balloon Over Bagan ada 15 buah. Semua terbang pada hari tersebut.



Mungkin disebabkan pemandangan berbeza yang ditawarkan kos menaiki belon panas di sini tinggi . Bayangkanlah terbang di atas kota purba ketika cahaya keemasan matahari naik dengan hamparan kabus putih tu... fuhhh...! Kalau dapat shoot video dengan drone masa kita terbang tu lagi best.


Industri "laquerware" di Bagan
Maksud perkataan lacquer ialah melapisi dan mengilatkan dengan laker. Banyak pengusaha lacquerware di Bagan kerana terdapat permintaan yang tinggi. Produk ini dikatakan berasal dari China sebelum dibawa ke Myanmar dan kini memiliki corak dan identiti tersendiri. Bermacam produk dihasilkan dari sekecil-kecil objek yang boleh dibawa tangan, perhiasan meja sehinggalah sebesar perabut dan keranda. 

Bahan asas bagi pembuatan laquerware ialah buluh. Ada juga yang menggunakan rambut kuda yang panjang tu. Buluh yang dibawa dari Chin state itu dijadikan helaian, dilembutkan dan kemudian dibentuk menjadi objek yang dikehendaki. Lapisan lacquer dibuat sehingga lapan kali, memang proses yang tedious. Menengok pun rasa ermm... takdelah aku nak kerja kat sini heheh..

Proses step by step untuk menghasilkan lacquerware ialah: 
1) membentuk objek dengan buluh/rambut kuda
2) lacquering menggunakan jari
3) pengeringan selama seminggu
4) pencucian, kemudian gosok dengan kertas pasir/abu kayu
5) pengilatan
6) mengukir tanpa draf!



Modal insan. They are highly talented carvers. Free hand!



Contoh barangan. Kat galeri ada banyak jenis lai tetapi tak boleh ambil gambar.



Kerja-kerja melapis dengan laker→pengeringan dibuat berkali-kali untuk menghasilkan perhiasan yang berkualiti dan tahan lama. And ohmai, betapa hebatnya pekerja yang sebaya anak remaja aku boleh mengukir free hand aje, takde gambar takde draf terus keluar dari kepala. 

Lacquer tertua dijumpai di pagoda Mingalazedi, pagoda yang dibina di kurun ke-13. Kiranya kumpulan pagoda kuno terakhirlah. 

Mya Thit Sar
Lacquerware Workshop
Myin Ka Pa
Bagan, Myanmar
Emel: kttmyathitsar@gmail.com


Lawatan ke pagoda dan kuil purba Bagan
Lihatlah untuk mengetahui. Lihatlah untuk mempelajari sesuatu.

Shwezigon Pagoda or Shwezigon Paya ialah sebuah kuil Buddha di Nyaung-U yang terdapat padanya sebuah stupa bulat dengan hiasa daun emas dan dikelilingi oleh kuil-kuil kecil. Pagoda ini dibina sewaktu pemerintahan King Anawrahta (1044-77) yang memulakan Dinasti Pagan. Pagoda ini siap dibina pada 1102M ketika pemerintahan anaknya King Kyansittha.

Kerosakan yang dialami oleh pagoda ini akibat gempa bumi beberapa kali telah diperbaiki tetapi bahagian bawah sekali masih dikekalkan keasliannya. 30,000 plat tembaga telah digunakan dalam renovasi terakhirnya.

Di kawasan ini terdapat tiang (pillar) yang bertulis inskripsi dalam bahasa Mon yang didedikasikan oleh King Kyansittha.

Shwezigon Pagoda









Ketua kumpulan kata, "masuk dalam temple dulu...karang baru shopping!" hahaha...memasing pantang jumpa kedai.

Dhammayangyi Temple

Dhammayangyi Temple juga kuil Buddha. Ia merupakan kuil terbesar di Bagan dan dari jauh kita akan nampak ia seperti piramid Mesir.

Ia dibina sewaktu pemerintahan King Narathu (1167-1170). King Narathu ni naik takhta dengan membunuh bapanya Alaungsithu dan abangnya. Cerita zaman berzaman, kuil ini dibina sebagai menebus kesalahannya membunuh ahli keluarga sendiri. Lambat sangat turn nak jadi sultan jadi dia bunuh ayahanda dan Tengku Mahkotanya. People makes mistakes, sometimes BIG one.

Panjang dasarnya hampir 78 meter manakala bahagian tengahnya 25 meter dan dibina enam tingkat yang semakin mengecil ke atas. Empat pintu masuk dengan setiap satunya duduk satu patung Buddha. Pintu masuk utamanya di timur. Sikhara, sebuah struktur seperti menara di atas Dhamayangyi  Temple yang didatangkan dari India dah runtuh. Sekelilingnya dibuat binaan pagar batu dengan pintu gerbang tinggi.

Kuil ini belum siap sepenuhnya sehingga kini. Pelan binaan sama seperti kuil Ananda - yang akan ku ceritakan selepas ini. Sewaktu kuil still under construction King Narathu dibunuh oleh penceroboh Sinhalese.

Orang cerita King Narathu ni 'ganas' jugalah. Pekerja yang sambil lewa akan dipotong tangan atau dibunuh kalau kerja tak precise.

Yang pakai turban tu kaum Pa-o, salah satu daripada 135 kumpulan etnik di Myanmar.

Kita promote batik haa... Puas menunggu line clear kat belakang tu. 

Bayang dua pokok tu sangat cantik tetapi malangnya takde tangga yang nak dipanjat untuk shoot dari atas.


Ananda Phaya

Salah satu daripada kuil besar di Bagan yang dibina pada 1105M sewaktu pemerintahan King Kyanzittha (1084-1113M) dari Dinasti Pagan.

Bentuk asasnya macam shape cross dengan beberapa laluan membawa ke pagoda kecil. Atasnya dihias dengan hti sepertimana kebanyakan pagoda di Myanmar. Ada empat Buddha berdiri menghadap utara, selatan, timur dan barat. Digelar "Westminter Abbey of Burma", ia campuran senibina Mon dengan pengaruh India.

Ia telah dibaikpulih sepenuhnya setelah rosak akibat gempa bumi tahun 1975. Ananda Temple dianggap kuil yang paling dihormati (suci) di Bagan.




Bila bola takraw lagi 😀. Semasa di Bogyoke Market hari tu bila ternampak je bola takraw terus teringat kat kata-kata anak. Dia tanya, "boleh tak mama derma bola takraw untuk team sekolah kita?". Yang kat sini dapat 3000 kyat.


Bagan itu sesungguhnya sangat unik! Lepas ni kami ke Inle Lake (row row row your boat!). Jemput baca nanti eh 💖💪😊









8D 7N in Marvelous Myanmar | Sunrise in Bagan is so A-M-A-Z-I-N-G !

8D 7N in Marvelous Myanmar | Sunrise in Bagan is so A-M-A-Z-I-N-G ! Kami bertolak seawal 5.15 pagi untuk di bawa ke lokasi melihat matahari terbit. Sejuk pepagi di Bagan ni.

Kami dibahagikan kepada dua kumpulan- satu kumpulan menunggang kuda, satu kumpulan lagi dibawa ke satu platform di Nyaung Leped Kan untuk melihat matahari terbit. Masa tu belum ramai lagi orang yang datang so memasing cari port dulu bimbang pandangan kena block macam di Bromo dulu. Aku kena ikut team media sebab gemuk katanya kuda tokleh angkut 😕😢😢 adeh terasa ai.

Tapi takpelah, bila tengok matahari naik tu kan rasa puas hati sangat. Cantiknya lahaiii... dari kelam ke pink ke oren. Bila warna pink/purple tu naik ingatkan dah tamat rupa rupanya bulat je matahari naik. Mujur tak pergi ke tempat lain.

Meh lah tengok gambar dari jurugambar amatur ni. Nak gambar meletop kena datang sendiri.










Gambar di bawah dari lokasi yang sama tapi berlainan arah.


    



Kalau nak naik kuda seorang satu kena bayar USD100 dari 5.30 - 7.30 pagi. 



Tempat lain yang orang kata best juga untuk melihat sunrise and sunset ialah:

1) Ta Wet Hpaya
2) Thitsarwadi Temple (Dapat lihat belon panas dengan dekat)
3) Shwesandaw Pagoda
4) Law Ka Ou Shaung (Sunrise yang memukau)
5) Pyathetgyi Pagoda (lokasi popular untuk melihat sunset)
6) Aureum Viewing Tower di Aureum Palace Hotel & Resort. Non guest kena bayar usd5.


Aku ada mention kan kita kena bayar 25,000 kyat untuk berada di Bagan? Haaa... pepagi ni pun ada yang check. Kalau nak tahu bagaimana ke Bagan menggunakan public transport boleh baca di sini.

Bagan menarik, siapkan duit je.














Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free