Lingga Trip | 3 hari 2 malam di Daik, Bunda Tanah Melayu

Pulau Pandan Jauh Ke Tengah
Gunung Daik Bercabang Tiga
Hancur Badan Dikandung Tanah
Budi Yang Baik Dikenang Juga


Betapa indahnya Bahasa Melayu dalam pantun lama yang sering digunakan dalam penutup bicara. Kata-kata penghargaan dan terima kasih diungkapkan dengan sangat lembut dan malar hijau hingga kini. Pantun ini berkait dengan kehidupan masyarakat nusantara ketika itu.


Nama tempat di dalam pantun terkenal ini bukan direka tetapi sememangnya wujud. Tiba-tiba teringat satu dialog dalam filem lama lebih kurang berbunyi begini, "...si polan sudah pulang ke Daik". Ingatkan Daik tu semacam baruh/darat heheh... betapa ceteknya pengetahuan geografi kita wak. 

Pulau Pandan itu memang jauh ke tengah, tidak banyak pokok dan tidak dihuni manusia. Ia hanyalah sekadar tempat berteduh nelayan dalam cuaca buruk. Manakala Gunung Daik pula masih bercabang tiga walaupun penduduk mempercayai puncak yang dinamakan Cindai Menangis telah patah. Cindai Menangis ini sebelum patah/runtuh dinamakan Cindai Manis, lebih redah daripada puncak pertama yang dinamakan Gunung Daik dan kedua, Pejantan. Jarang orang panjat sampai ke puncak Gunung Daik yang tegak tu.

Daik merupakan salah satu kelurahan yang ada di kecamatan Lingga, Kabupaten Lingga, Kepulauan Riau, Indonesia. Wilayah Lingga itu dibentuk oleh 377 pulau dengan hanya 92 dihuni manusia, wilayah yang dulu menggabungkan Johor-Riau-Lingga yang termasuk Temasek (Singapura) di dalamnya. Ia menjadi pusat pemerintahan Kabupaten Lingga. Sultan Mahmud Riayat Syah III adalah pemerintah kerajaan Johor Pahang Riau Lingga XVI yang memindahkan pusat kerajaan dari Hulu Riau ke Daik Lingga pada 1787.


Lingga di dalam kepulauan Melayu (Malay Archipelago)
Kesultanan Riau-Lingga dikatakan pernah menjadi pusat keilmuan dan persuratan Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Hingga kini masyarakatnya menggunakan bahasa dan adat istiadat Melayu yang hampir keseluruhannya sama dengan yang diamalkan di Malaysia.

Sebelum dilaksanakan sistem pecah dan perintah oleh penjajah Inggeris dan Belanda, kita semua bebas bergerak ke mana sahaja tanpa pas perjalanan. Maka tidak hairanlah kaum Melayu itu berada di merata tempat, selain disebabkan oleh kesultanan Melayu itu sendiri yang menyambung sistem beraja yang runtuh di Melaka.

Berdasarkan sejarah rasanya laluan air ini sangat penting dan sibuk beberapa kurun yang lalu. Sekarang pun ia merupakan satu satunya alat perhubungan untuk ke pulau-pulau kecil di kepulauan Riau cuma feri dan botnya yang digunakan lebih laju sesuai dengan kemajuan manusia. Pulau-pulau yang jauh dari tanah besar dan kesibukan manusia ini kebanyakannya bersih dan jernih airnya.

Setelah berpeluang ke sini barulah aku faham bagaimana keadaan dan perasaan sebahagian penduduk di Sabah dan Sarawak yang hanya boleh menggunakan jalan air pulang ke kampung halaman atau bekerja. Frekuensi perjalanan yang terhad sudah pasti memberi kesan terhadap kualiti masa dan hidup mereka. Begitu juga kisah pekerja Indonesia di kampung yang menceritakan untuk ke kampungnya kena naik feri berjam-jam dari Batam. Kini aku faham. Hah adik-adik, kalau nak kahwin dengan orang Indonesia boleh try tanya akak lokasi kampungnya. Banyak tempat akak dah pergi di pulau Sumatera dan Jawa, bolehlah agak agak jarak perjalanan kot 😃


3 hari 2 malam di Daik
Untuk ke sini kami menaiki charter boat dari Pulau Batu Belubang selama 45 minit dan mendarat di Jeti Sei Tenam. Dah petang sunyi je di sini. Perasaan aku masa tu, eh... memang kat sini ke?

Perjalanan dengan van selama kira-kira 45 minit membawa kami ke Air Terjun Resun. Waahhh.... cantik! (tapi tak mandi 😞) Nak mandi kat tempat cenggini kena santai santai... nak tukar baju bra spender seluar tudung semua ambil masa. Orang lelaki lainlah boleh tukar kat situ je. Kami tak naik pun ke bahagian atas, entah entah lagi cantik pemandangannya. Fasilitinya lengkap dengan tandas, gerai dan surau. Sekejap je kami di sini tapi arghhh... geram betul tengok air terjun tu. 




Kemudian kami dibawa ke Pancur, sebuah perkampungan air. Kebetulan cuti Chinese New Year jadi jalan dihias dengan tanglung dan banyak rumah yang bercat baru. Tahun baru Imlek menghimpunkan keluarga jauh dan dekat, seronok tengok mereka lepak reramai di beranda. Kawasan tu pun nampak cantik dengan lampu merah bergantungan. Aku rasa ramai jutawan di kampung ni sebab swiflet farm besar.

Kami checked-in di Alton Inn, Pancur. Hauk laa...berus gigi takde takpelah ada bawa sendiri punya, towel pun takde.. dan takde orang pula nak selesaikan masalah tu. Nak kata memang tak disediakan ada pula amaran kalau handuk hilang kena bayar sekian sekian jumlah 😧 Satu bilik share dua orang tapi hanya dua bilik sahaja yang ada air-cond waduh waduhhh... gimana sih? Bilik berkipas no problem kalau seorang tapi untuk dua orang? Biar bener,,. tak ke berkuap? Mujur ada bilik ekstra jadi aku pindah duduk sensorang, yang sorang lagi gi bilik kawan yang ada air-cond tu. Mata aku pula tak mahu lelap sampai pukul dua pagi (3am waktu Malaysia) aduh... jenuh. Kerja buka tutup lampu je lah, mujur beli simkad sana dapatlah browse memacam. Dalam masa tu tiga kali berulang ke toilet walaupun dok berjimat minum air mineral setengah botol kecik tu. 

Toilet tu satu hal lagi, satu jenis cangkung satu duduk (di tingkat atas dedua jenis cangkung), yang duduk tu muat muat punggung je... nak cebok kena turun bawah hahahah.... haishh... aku memang tak gunalah yang cangkung tu. Kolahnya pula share untuk dua bilik air/tandas, kiranya kau tahulah apa 'bisnes' orang sebelah euww.. Tu belum lagi apa benda entah yang melekat di lantai yang dah nak sama tinggi dengan mangkuk tandas tu. Geli pula aku nak boh gambar kat sini. 

Tak tahulah siapa yang jaga budget hotel tu, tak nampak pun receptionist. Aku memang tak boleh tolerate lah bab toilet ni. Banyak dah hotel dan hostel aku stay tapi yang ni memang berlainanlah hahaha... (sekarang gelak, hari tu bengkek je hati).

Malam tu selepas makan kami dibawa ke acara sambutan imlek di sebuah klenteng.  Sebelum orang lain balik aku dah balik sensorang 💪💪

Keesokannya jam 5.15 aku dah bangun dan terus mandi. Aku memang jenis bangun terus mandi nak nak kalau stay tempat jenis shared bathroom camni. Memula nak terus keluar tapi teragak-agak, dah nak siang benar baru keluar menuju ke jeti. Sayang betul tak dapat ambil gambar masa matahari baru terbit tu.

Good morning Pancur!


Mataari dah tebit agak tinggi waktu ni.

Pancur ni lengkap dengan balai polis, pos tentera, jabatan laut dan sebagainya. Tempat menunggu feri pun di depan tu je. Penduduknya multibangsa walaupun di kawasan sepanjang jalan ke hotel tu nampak banyak rumah kaum Tionghua. Azan berkumandang lima kali sehari.

Pemandangan pagi di Pancur cantik. Bukit-bukau yang hijau mengindahkan landskapnya. Orang yang menunggu feri, nelayan yang menjala ikan, bot-bot besar yang turun ke laut, anak-anak sekolah...semuanya menjadikan Pancur itu indah. Ditambah lagi beburung yang mula terbang mencari rezeki... rasa tenteram je... Udara pun bersih di sini. Nyaman!

Bila melihat anak-anak menaiki bot untuk ke sekolah terasa hebatnya semangat anak-anak tu, tabah sungguh. Semoga menjadi manusia berguna, dik. Nak senang memang selalunya kena bersusah-susah dahulu barulah hati kuat seperti buluh, tetap gagah berdiri walau melentur mencecah tanah ditiup ribut.


Selepas breakfast aku dan tiga orang lagi participants dari Batam minta seorang pakcik tu bawa kami pusing Pancur naik perahu tradisional. Asyikkk banget! Suspen jugalah, dahlah takde life jacket. Lucunya sewaktu dalam perahu tu ada penduduk yang sedang lepak-ing menegur..

"kamu dari mana?"
"Batam!" hahahah... semua gelak. Macam jauh sangat memasing, beriya ambil gambar dan shoot video 😁😁

Mengikut pemerhatian aku Pancur ni sebenarnya berpotensi untuk dimajukan sebagai destinasi pelancongan jika cadangan ini boleh dipertimbangkan:

1) Sampah tidak dibuang ke dalam sungai/laut
2) Rumah dicat cantik seperti Kampung Warna-warni Jodipan di Surabaya
3) Kuliner kena mantap
4) Ada industri kecilan yang menarik

Tengah syok cruising dapat mesej suruh check-out, sentap sis. How I (we) wish were given proper itinerary for us to manage our time so that we can explore more. Bukan senang nak sampai sini, dua kali bertukar bot.

Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah bergadai nyawa...


 

Selepas check-out kami dibawa ke destinasi lain menggunakan bot melintasi hutan paya bakau yang agak luas juga. Sebenarnya boleh je ikut jalan darat cuma nak merasai sendiri jalan laut seperti orang dedulu. Sebelum zaman moden ni itulah saja pengangkutan yang ada. Raja ke.. rakyat marhaen ke.. naiklah sampan tu, kayuhlah dengan tenaga empat kerat.


Sesampainya di Dermaga Resun ada beberapa orang driver ojek sedang menunggu penumpang. Kami dibawa ke Muzium Linggam Cahaya dengan van semalam.


Di muzium ini dipamerkan susur galur keluarga diraja Riau-Lingga-Johor-Pahang. Menarik untuk kita belajar tentang sejarah kesultanan Melayu tapi kena allocate at least dua jam di sini. Banyak juga bahan pameran, ada yang dihadiahkan oleh penduduk untuk dipelajari generasi akan datang. Kita pun kalau ada barang lama yang ada nilai sejarah atau rare dan rasa tak boleh menjaganya eloklah dihadiahkan kepada muzium. Sudah tentulah mereka akan menjaganya dengan baik.

Antara bahan pameran lain ialah peralatan berkhatan, al quran yang berusia melebihi seratus tahun, barangan perhiasan perak dan tembaga, barangan seramik dari Dinasti Ming dan Yuan, rangka paus dan caping. Tahu tak caping tu apa?? Cuba google hahahah... renyahnyalah anak raja ni, nak mandi pun pakai caping.

Muzium Linggam Cahaya. Dari sini boleh nampak Gunung Daik.


Bawah kiri sekali tu lah caping.

Nampak dua puncak je kan?

Waktu beroperasi:
Isnin-Khamis   8 pagi - 4 petang
Jumaat             8 pagi-11.30 pagi
                        1 - 3 petang WIB
Sabtu & Ahad  8.30 pagi - 4 petang WIB


Kami lunch di Warung Friska. Aku recommend hang makan kat sini sebab semua sedap, sampaikan aku boleh termakan jering huhuu... first time akak makan ulam jering, kita tak suka walaupun orang kata sedap. Mujur sempat stop awal, kalau tak kang 'semerbak' toilet hahaa..

Kebetulan hari Jumaat, pelajar sekolah dan penjawat awam semuanya memakai baju Melayu. Tak tahu nak gambarkan perasaan, pelikkah? kagumkah? Berada di Indonesia berbelanja menggunakan matawang rupiah tetapi bahasa dan tradisi Melayu diamalkan di kepulauan Riau ini.


Selepas solat Jumaat kami melawat Situs Istana Damnah yang dibina pada tahun 1860 oleh Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah II (1857 - 1883). Kesan tinggalan sejarah pemerintahan kerajaan Melayu melambangkan kegemilangan sistem beraja ketika itu. Tapak istana lama ini hanya tinggal stuktur batu asas, tangga, tembok pagar dan tembok menempatkan pengawal pintu istana. Baru bahagian balairong seri, itupun dah besar sangat di zaman tu. Tapak istana yang menempatkan keluarga sultan terletak di belakangnya. 100 meter dari Situs Istana Damnah didirikan replika istana mengikut struktur asal. Jadi kita boleh bayangkanlah bagaimana keadaan asal istana tu.




Replika Istana Damnah.

Selepas itu kami ke kawasan riadah di sebelahnya Wisata Pemandian Lubuk Papan dan kemudian ke Pantai Pasir Panjang Karang Bersulam. Air laut di sini pun cantik. Ada seorang nelayan tu seorang diri je ambil kayu panjang di pantai untuk dibuat kelong di laut. Gigih.

Wisata Pemandian Lubuk Papan. Sepi di musim kemarau.

Pantai Pasir Panjang Karang Bersulam


Petang itu kami mendaftar masuk di Hotel Lingga Pesona di pekan Daik. Barulah lega rasanya dapat tempat yang sempurna... Pekan Daik di belakang hotel ni je tapi pekan kecillah sebab pernah berlaku kebakaran besar tahun 2017 dulu. Ajaibnya sungai di sini sangat bersih walaupun berada di belakang penempatan manusia. Driver kami kata ada tukang kutip sampah but seriously, BERSIH.

Malam kedua kami makan malam di Pancur lagi... punyalah jauh nak makan nasi sepinggan sejam baru sampai, pergi balik dah dua jam. Sampai sana tercangak-cangak tak tau mende - makan - balik. Tak tahulah what was the rationale behind it sedangkan ada je kedai makan dekat hotel tu. Boleh lepak sampai tengah malam lagi sambil ngobrol sama masyarakatnya 😑😴

The next day as early as 7am we checked-out from the hotel. Sambil menunggu sarapan dihidangkan sempatlah aku melawat Masjid Sultan Lingga yang didirikan oleh Sultan Mahmud Syah III pada awal 1801. Kolam besar tempat mengambil wuduk masih dikekalkan tetapi tidak digunakan lagi. Lama betul kolam tu wujud.

Di belakang masjid, ada 29 makam menempatkan ramai tokoh, termasuk Sultan Mahmud Riayat Syah III yang digelar sebagai Marhum Masjid Makam Sultan Mahmud (1761-1812) dikelilingi tembok 1.5 meter diperbuat daripada bata lama. Baginda adalah pemerintah kerajaan Johor Pahang Riau Lingga XVI yang memindahkan pusat kerajaan dari Hulu Riau ke Daik Lingga pada 1787.

Masjid Sultan Lingga

 Gunung Daik yang bercabang tiga.

Kepulauan Riau, sejarah kesultanan Melayu
Sebelum ini mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Sultan dan waris keturunan kesultanan Melayu Melaka bersemadi di Daik, kabupaten Lingga. Pada zaman pemerintahan Kerajaan Melayu Johor Riau Lingga, pusat pentadbirannya terletak di Pulau Daik. Kemudian dalam satu perjanjian Belanda ambil wilayah jajahan Inggeris di Indonesia manakala Inggeris mengambil-alih milikan Belanda di Tanah Melayu.

Kita sepatutnya berbangga dengan ALAM MELAYU, wilayah yang sebenarnya paling luas dan kaya di dunia. Namun kita tetap miskin kerana alpa dan tidak amanah dengan nikmat yang Allah anugerahkan.

Orang Melayu dahulu mengembara dan berdagang. Mereka kuat berusaha dan rajin mencari rezeki memperbaiki ekonomi keluarga. Bangsa Melayu juga telah memiliki meriam ketika melawan penjajah dahulu (ada kisahnya di Bukit Malawati, Selangor), bukan seperti kepercayaan ramai berlawan dengan pedang dan tombak semata. Orang Melayu dilabel pemalas oleh Inggeris kerana mereka menolak untuk didiskriminasi menjadi pelombong dan pekerja bawahan dengan imbuhan yang sedikit, tidak setimpal dengan tenaga yang dikeluarkan. Eh, ingat orang Melayu tak pandai mengira untung rugi ke?

Masih tak percaya bahawa bangsa Melayu itu ramai yang rajin? Bukankah datuk, nenek dan moyang kita yang bekerja kampung tu kebanyakannya ada tanah berekar-ekar? Malaskah mereka?


Tiket balik dari Jeti Sei Tenam ke Telaga Punggur di Batam kalau tak silap IDR125,000 seorang. Kami ke Daik dari Pulau Batu Belubang menggunakan charter boat. Perjalanannya begini Pulau Batu Belubang- pelabuhan Sei Tenam (Daik)- pelabuhan Telaga Punggur (Batam). Dari Daik ke pelabuhan Telaga Punggur 3 jam 50 minit.

Melayu Di Lingga | Menutup Nongsa Neptune Regatta Sail To Lingga 2019 Penuh Tradisi

Nongsa Neptune Regatta 2019 kali keempat telah berlansung selama lapan hari bermula 1 hingga 8 Februari lalu. Bermula dan berakhir di Nongsa Point Marina yang hanya 11km dari Singapura, acara lumba layar ini berlansung sepenuhnya di perairan Indonesia iaitu di kepulauan Riau-Lingga.


Neptune Regatta telah dimulakan buat pertama kalinya di Asian Yachting Grand Prix Championship 2013/2014. Digemari kerana ia suatu pertandingan yang fun tetapi mencabar kerana perlu belayar sekitar 85 batu nautika ke garisan khatulistiwa.

Nongsa Neptune Regatta
Sumber di sini.

Acara tahunan kali ini telah menghimpunkan 25 bot dari pelbagai negara beradu tenaga menunjukkan kepakaran serta kecekapan mengendalikan jentera masing-masing di lautan berombak melintasi garisan Khatulistiwa. Inilah regatta yang unik kerana satu satunya yang melintasi equator. Neptune Regatta juga tidak mengkhususkan kepada pelayar yang berpengalaman sahaja atau bot dari jenis tertentu sahaja, all are welcome.

Setelah tamat perlumbaan para pelayar ini melabuhkan bot mereka di Pulau Sekeling yang menawarkan pantai dengan pasir memutih dan air jernih kehijauan untuk mereka berehat menikmati alam. 

Nongsa Neptune Regatta
Pulau Sekeling @ Sekeling Island. Jernih kan airnya? Sumber di sini.

Sunset from Sekeling Island





Bersiap menyambut tetamu




Tradisi Melayu di Majlis Perasmian Penutup Nongsa Neptune Regatta
Berbeza dengan tahun sebelumnya, kali ini para pelayar dibawa ke Pulau Batu Belubang untuk diraikan. Disambut meriah dengan paluan kompang, para tetamu dibawa ke sebuah kawasan lapang di tepi laut untuk diraikan.



Selepas ucapan alu-aluan daripada penganjur wakil pelayar dipakaian tengkolok hitam sebagai simbolik kepahlawanan Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga Bapak Raja Fahrurrazi. Sembah silat pun dibuka diikuti bacaan doa memohon rahmat tuhan.

Meneruskan tradisi melayani tetamu, para hadirin dalam dan luar negara dipersembahkan dengan tarian asli Melayu oleh sekumpulan kanak-kanak sekolah. Sedikit pun tidak berbeza dengan muzik dan tarian Melayu Malaysia. Bertambah menarik, kebanyakan lelaki memakai baju Melayu lengkap bersamping sama seperti yang kita amalkan dahulu ketika neghadiri majlis keraian.

Selepas ucapan penutup daripada Bapak Raja Fahrurrazi, para pelayar dan media dijemput untuk menari bersama. Huishh... kemain diorang meronggeng! 😁😁😁

Encik Salehuddin dari Tourism Muar mengiringi para pelayar ke tempat acara dijalankan.



Spectators 😊


Eh, ini atlet suakn layar Malaysia ke?


Kepala Dinas Pariwisata Kabupaten Lingga Bapak Raja Fahrurrazi (tiga dari kiri) bersama tetamu jemputan.

 




Otai ni uols...  menyanyi dengan live music!





Kapal layar Zanzibar yang menjadi pemenang pada regatta kali ini.


Pemenang Nongsa Neptune Regatta 2019
Jonathan Mahony HYD 42 Zanzibar yang baru pertama kali memasuki pertandingan ini mengalahkan Max Palleschi's IOR Farr 40 Prime Factor dengan beza 18 saat sahaja. Phewww...!





Artikel Terbaru

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free