Thailand | An afternoon at Queen Sirikit Botanical Garden

Suka melihat pokok dan bunga? Check this out!


Queen Sirikit Botanical Garden
Mae Raem, Amphoe Mae Rim
Chang Wat Chiang Mai 50180
Thailand

Tutup: 4:30 petang

Tiket dewasa: THB100
Tiket kanak-kanak: THB50





Bersama rakan sebaya 😁😁 Ingatkan dari tribe manalah gegadis ni...ruapa rupanya dari Bangkok.










Thailand | Panduan memilih zipline @ flying fox operator di Phuket

Thailand | Panduan memilih zipline @ flying fox operator di Phuket | Phuket yang berada di selatan Thailand merupakan pulau yang terbesar di negara itu. Dihubungkan dengan Phang-Nga oleh Sarasin bridge, ia juga berdekatan Krabi yang sering sesak dengan kunjungan pelancong dari serata dunia. 


Seperti juga Ao Nang Beach yang lebih menjadi tumpuan di Krabi, begitulah Phuket. Sebagai sebuah pulau yang besar sudah pastilah Phuket menawarkan beberapa pantai yang cantik. Nak yang ramai pengunjung dan banyak aktiviti boleh ke Patong Beach. Kalau nak yang lebih privacy boleh ke Rawai, Patong, Karon, Kamala, Kata Yai, Kata Noi dan Mai Khao. Sewa motor je senang nak ke mana-mana.


Bentuk mukabumi Phuket
Berada sejauh 863km dari Bangkok, Phuket hanyalah 48km panjang dan 21km lebar. 70 peratus daripada muka buminya dari utara ke selatan bergunung-ganang manakala kawasan tengah dan timurnya landai. Sewa motor 200 baht boleh merempit sehari suntuk di pulau ni. 

Disebabkan adanya hutan, gunung dan pantai itulah bercuti di Phuket tak membosankan, ia bukan hanya ada pantai peranginan semata-mata. 


Apa aktiviti menarik yang boleh dibuat di Phuket?
Banyak outdoor activities boleh dibuat di sini. Antaranya mandi laut, makan makan, island hopping, para sailing, snorkelling, river rafting, ATV, ziplining, naik gajah atau dok saja jemur badan di pantai. Memalam enjoy the nightlife di Patong walking street tu (tidurkan anak dulu... tak seswai bawa budak 😮). Nak cari makanan halal sila baca di sini.

But, what a must do in Phuket??

Bagi aku, zipline! Serius best! Perasaan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dengan pantas tanpa menjejaskan alam semulajadi tak boleh dijelaskan dengan kata kata. Kena try sendiri baru tahu. Barulah boleh rasa macam orang utan tu hahahah...


Bagaimana untuk memilih syarikat pengendali zipline/flying fox? 
Eh jap, apa translation dalam Bahasa Melayu ya, musang terbang? 😁

Dari hari pertama di sana, aku dah survey beberapa syarikat pengendali dan harganya. Rasanya ada tiga syarikat yang menawarkan servis ini di Phuket. Yang popular Flying Hanuman dan Phuket Paradise Trip ATV & Zipline. Kalau baca review ramai mat saleh ikut Hanuman. Ada yang kena caj sampai USD250 untuk dua orang. Kalau kena kat mat saleh kerek, padan muka kau kena 'sembelih'. Aku memang meluat sangat kat hang hahahah... tak sempat lagi nak story mory kisah tu.

Basically apa maklumat yang kita perlu tahu atau bandingkan sebelum membuat keputusan ialah:

1) Safety feature.
Daripada brosur kita dapat tahu apa jenis alat keselamatan yang digunakan. Mesti ada safety helmet, safety harness, screw lock carabiner, double lock system dan safety zipline pulley. Biasanya mereka akan claim staf mereka berpengalaman. Harapnya begitulah kan?

2) Berat maksima yang boleh ditanggung.
Kepada yang berat melebihi 120kg tu baliklah kampung dulu, exercise. 120kg sahaja maksima.

3) Umur peserta yang dibenarkan.
Mereka menerima peserta dari umur 4-80 tahun. Seronok tengok budak-budak yang berani. Boleh terbang seorang, nak berdua dengan mak/ayah pun boleh. 

4)  Selain zipline itu sendiri apa lagi features yang menarik? Ada tak...
- sky bridge?
- spriral staircase?
- dual zipline?
- sky rail?
- berapa tinggi abseiling tu...15/20/40m?
- trekking?
- honeymoon sling?
- berapa tinggi?
- berapa panjang...100/200/400m?
- berapa platform... 16/18/28?
- berapa lama..sejam ke dua jam?

5) Harga
Bila dah compare yang di atas dan apa yang aku hendak, rasanya pakej Hanuman lebih mahal. Mungkin mereka menggunakan alat keselamatan yang lebih mahal tetapi yang lebih murah tak semestinya tak berkualiti. Marketing bagus ni...


Pengalaman dengan Phuket Paradise Trip ATV & Zipline
Aku beli pakej ni daripada ejen yang menjual di kaki lima kedai. Pepandailah tawar menawar. Hang beli kat tepi jalan ke atau kat pejabat rasmi ke.. ke situ juga dibawanya nanti. Dapat harga THB1200 kalau tak silap. Ke... 1100 baht?

Aku join trip tengahari sebab pepagi tu lah baru sibuk mencari pakej. Trip pagi pukul 8  /10 am, ejen tu dok sedap tidur lagi time tu unless dah beli the previous day.

Kita akan dijemput di hotel pada masa yang ditetapkan. Pakailah pakaian yang bersesuaian ya...t-shirt dan seluar sukan paling sesuai dipadankan dengan sandal bertali atau kasut sukan. Ada seorang peserta tu tak pakai kasut pun. Sling beg yang kecil dibenarkan. Sesampai di sana kita kena sign satu surat obligatory disclaimers (aku pun tak baca main sign buta je), diasingkan mengikut pakej dan dipakaikan harness. Then kena dengar briefing sekejap. Lepas tu kami dibawa naik pick-up truck ke atas bukit/gunung nun. Budak 15 tahun yang drive tapi badan punya besar, anak taukelah kot. 

Group kami tak ramai dan setiap group akan dikawal selia oleh sekurang-kurangnya dua orang guide. Merekalah yang akan pasang dan buka screw lock carabiner dan pulley tu, kita tak dibenarkan buat sendiri. Bab ni rasa yakin dah. Mereka sangat professional dan mesra. Ada satu tempat dulu tu, dia suruh kita buat sendiri huhuu...tak ke tangan kau terketar-ketar bila kena buat sendiri masa tinggi di atas pokok?

Lepas tu kita mulakanlah. Syok beb! Aku pilih yang 18 platform sebab masa nak book pakej tu otak aku ni dok kata, "eh hang berani ke? betul ke berani tu?" Keji. Menyesal tau, lebih baik beli pakej yang paling banyak platform sebab 18 platform tu sejam je dah selesai. Rugi.... bukan senang nak terbang sana sini. Lagipun pakej yang mahal tu boleh terbang sejauh 400m. 





Guide kami bagus, kalau nak terbang gaya Superman pun dia boleh uruskan. Kalau nak ambil gambar atau video minta tolong je dengan guide tu, dah selesai nanti bagilah token sikit. Video yang aku share kat instagram tu shot guna handphone je. Pegang elok elok, kalau terjatuh dalam hutan kira talkinkan aje.

Last sekali kena buat free fall abseiling. Tak lah tinggi mana tapi kecutlah juga perut bila tercampak ke bawah hehehh... part inilah yang paling mendebarkan bagi akak, dik. Akak tak takut pun meluncur 200 meter tu.

Bila dah selesai semua kita akan dijamu dengan buah-buahan. Lepas tu baliklah. Bila dah sampai ke hotel baru teringat di brosur kata dapat t-shirt tapi takde pun...

Kreatif guide ni.

So if you want to feel the adrenaline rush, zipline is a must do if you are in Phuket.

Thailand | Mabuk orkid di Royal Park Rajapruek

Thailand | Mabuk orkid di Royal Park Rajapruek | Sesampainya di Chiang Mai aku terus ke Royal Park Rajapruek yang letaknya lebih kurang 15km dari pusat bandar. Untuk pengetahuan dari airport ke pusat bandar 7km je.



Taman botani ini dibina sempena memperingati pemerintahan King Bhumibol yang ke-60 tahun pada 9 Jun 2006 dan hari lahirnya yang ke-80 pada tahun berikutnya. Taman ini juga telah menjadi pusat kajian pertanian dan menjadi lokasi pertemuan pakar pertanian dan tumbuhan. Masuk je ke sini ada sebatang pokok pine berusia 250 tahun. Fuhh.. kalau mengikut carta susunan keluarga, mula hidupnya pada zaman muit/canggah kita.

Taman seluas 80 hektar ini sesuai dilawati awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan terik matahari. Masa cepat sejam di Thailand jadi kita boleh mulakan aktiviti di awal pagi. Daripada review yang dibaca ramai foreigner suka taman ni. Ye lahkan, dah biasa duduk dalam hutan batu dapat menghirup udara bersih di kawasan hijau seperti Royal Park Rajapruek bagaikan satu privilege.
 



Tram dan basikal disediakan dengan sedikit bayaran. Kami naik tram elektrik dan hop on hop of di beberapa tempat. Kalau banyak masa lebih baik sewa basikal sehari THB60, boleh adjust masa sendiri. Naik basikal lagi seronok, anak-anak mesti suka sebab mereka bebas mengayuh dalam taman yang luas tu cuma kena berhati-hati dengan tram sajalah supaya selamat, kenderaan lain parking di luar.

Tram tu memula akan melalui kawasan yang ditanam sayuran. Terdapat banyak spesis pokok di sini (dah nama pun taman botani), sebahagiannya dibuat jualan. Ada Butterfly Farm mengisi berbagai jenis dan warna rama-rama. Paling menarik tentulah taman orkid dari pelbagai spesis, warna dan saiz. Cantik giler! (sila lihat video di instagram ruggedmom). Lama jugalah aku di orchid garden tu. Cantiknya lahaiii..





International Garden pula ialah laman pameran yang mewakili beberapa negara. Disebabkan kawasan laman yang banyak dan rasa tak boleh cover jadi aku tak singgah. Highlight taman ini ialah Royal Pavilion, sebuah binaan rekabentuk Lanna kingdom di tengah taman luas tersebut. Bangunan kayu yang unik dengan bumbung berlapis menggambarkan empayar yang memerintah utara Thailand suatu ketika dahulu.

Royal Pavilion... walaupun winter, panaih oih time ni.


Pandangan sisi Royal Pavilion.



Royal Park Rajapruek
Mueang Chiang Mai District
Chiang Mai 50100
Thailand
Waktu beroperasi: 9 pagi hingga petang

Tiket dewasa: THB100
Tiket kanak-kanak: THB50




Mudahnya mendapatkan makanan halal di Chiang Mai. 12 Lokasi restoran untuk anda cuba masakan utara Thailand

Mudahnya mendapatkan makanan halal di Chiang Mai. 12 Lokasi restoran untuk anda cuba masakan utara Thailand | Masyarakat Islam di Thailand berjumlah empat peratus daripada keseluruhan penduduk dan berstatus minoriti. Kebanyakannya bertumpu di Bangkok dan selatan Thai. Penduduk di Sungai Golok, SatunYala, Pattani dan Narathiwat adalah komuniti Melayu-Siam yang beragama Islam dan berbahasa Thai serta Bahasa Melayu dialek Kelantan. Oooo kecek Klate kito.


Selain daripada Bangkok dan selatan Thai, warga beragama Islam bertebaran di pelbagai daerah dan wilayah akibat penghijrahan, dakwah dan perkahwinan. Di Chiang Mai, masyarakat Islamnya tidaklah terlalu ramai dan bertumpu di kawasan bandar. Mereka ini terdiri daripada chinese muslim yang datuk neneknya berasal dari Yunnan, China. Ada juga dari India selatan dan sebahagian kecil pula dari Myammar.

Masjid Hidayatul Islam Banhaw berdekatan Night Bazaar menjadi masjid utama di Chiang Mai. Kawasan Ban Haw dan Sanphakoi didominasi etnik Yunnan malah masjid tersebut dibina oleh mereka selain enam masjid Cina yang lain di bandar ini. Manakala kawasan Chang Peuak and selatan Changklan didominasi orang Asia selatan seperti Benggali. Perkampungan yang bermula seawal 1830 ini turut memiliki Masjid An Nur berwarna hijau-putih yang terletak di Chotana Road, selepas Chang Peuak Gate.

Mendapatkan makanan halal di bandar Chiang Mai yang tenang ini tidaklah susah cuma agak mencabar sedikit bila ke luar kota. Sama ada kita berlapar sehingga balik ke city centre, bawa bekal atau makan seafood dan sayuran di mana-mana restoran.


Lokasi untuk mendapatkan makanan halal di Chiang Mai

Tips penting: Carilah masjid!

1) Halal Street Hilal Town (berdekatan night bazaar)
Ini kawasan di sekitar Masjid Hidayatul Islam Banhaw sepanjang 200 meter. Ada banyak kedai makan Islam di sini. Nak citarasa Thai atau Cina, semua ada.




2. Khao-Soi Islam (082-3920142 / 095-4472557)
Alamat: 22-24 Charoenprathet Rd Soi 1, Muang Chiang Mai 
(berdekatan Masjid Hidayatul Islam Banhaw)

Waktu beroperasi: 10 pagi – 6 petang (Jumaat tutup)
Harga: THB30-50 setiap satu

Restoran ini terkenal dengan resepi asli Khao Soi - egg noodles with coconut curry broth tops with dried condiments. Kalau tour guide aku suggest mee ni mesti aku try. Aiyoo rugi. Menu lain yang popular ialah Thai beef briyani (khao mok neua). Cubalah bila ke Chiang Mai.


3. Anusarn Market
Hanya 200 meter daripada Masjid Hidayatul Islam Banhaw, banyak halal food yang ditawarkan sama ada nak selera Thai, Arab, India atau Cina. Walau pun makanan Arab dan India tu sedap tetapi perhati dulu harga sebelum order, takut berderau darah bila terima bil  😂😂😂


4. Box Shop
Alamat: 185/6 Changklan Road.

Jika dari Anusarn Market, jalan terus melepasi Royal Princess Hotel.


5. Masjid At Taqwa atau San Pa Koi Mosque
Alamat: 141 Bumrungraj Rd Soi 2.

Ada halal mini market bersebelahan . Restoran makanan halal pun ada. Kalau berjalan kaki dari night bazaar tu dalam 20 minit.


6. Gerai Chicken Biryani 
Dekat Chiang Mai Gate (malam sahaja), depan of 7-Eleven. Di weekend night market pun ada.

IMG_4636new
Sumber di sini.

7. Tang Jai Tham Halal Cuisine
Tak jauh dari Chiang Mai Gate. Berpeluh aku tawaf mencarinya huhuu... salah jalan. Padahal kalau ikut jalan sebelum The Dorm Chiang Mai tu dekat sangat.




8. Yaring Cuisine (+66 53 234 414)
37 Old Changmoi Road, Chiang Mai 50300, Thailand
Waktu beroperasi: 10 pagi – 8 malam

Restoran ini milik warga Malaysia yang juga memiliki hotel muslim friendly sendiri.
Sumber Yaring Cuisine.

9. Baan Pi Huen Nong Halal Restaurant (053-963438 / 098-8892688)
Alamat: 349/1 Moo 5, Super Hightway (Chiang Mai - Lampang) Rd., Yang Noeng, Saraphi, Chiang Mai 50140
Waktu beroperasi: 11 pagi - 10 malam

Satu-satunya restoran di Chiang Mai yang menghidangkan Khan Toke Muslim, makanan utara Thai dalam peralatan kayu. Restoran dengan binaan kayu keras ini berkonsep terbuka, boleh makan di meja atau duduk bersila. Setiap hari ada cultural show bermula 7.30 malam. 



10. Babylonian Iraqi Restaurant
Alamat: MAYA Lifestyle Shopping Center, Chiang Mai. 
Waktu beroperasi: 11 pagi – 10 malam

MAYA ni tak jauh dari One Nimman shopping gallery yang baru tu. Restorannya di tingkat empat. Mereka juga ada outlet di Kalare Night Bazaar. Aku makan cheese naan, lembut dan sedap! THB120 sekeping 😭


11. Fatimah Burger House (+66 53 820 690)
Alamat: Charoen Prathet 1 Alley, Tambon Chang Moi, Amphoe Mueang Chiang Mai, Chang Wat Chiang Mai 50100, Thailand (depan Masjid Hidayyatul Islam)
Waktu beroperasi: 9 pagi - 9 malam
Harga : THB50- 200 setiap satu

Kedai ini famous dengan homemade burger mereka sendiri. Pizza, fish and chip, tuna salad dan steak dihidangkan dengan porsi yang besar, boleh dimakan dua orang. Makanan Thai pun ada.

12. Mae Guan Udomtara Dam
- Sebuah restoran di empangan. Aku tak berani kata ini restoran halal sebab tak tak tengok pun menunya tetapi tour guide dah order ikan dan udang goreng garing, seafood tomyam dan sayur. Punyalah banyak ikan dan udang tu... sayang kalau tak dihabiskan 😁😁. Memang lapaq sungguh time tu sebab makan awal pagi tu ja.


So.. don't worry about halal food when travel to Thailand. Jika di bandar insyaAllah ada saja restoran yang memenuhi keperluan muslim.


***
I really appreciate if you can share this article with your friends. Halal food is for everyone.







Food Review | KoffeeKabin

Food Review | Koffee Kabin | Helloooo..! 

Hah, tetiba ada food review pula kat sini. Sesekali ai pun makan di luar juga macam orang lain. Tukang masak pun nak merasa juga air tangan orang lain sambil mencari idea memasak untuk Geng Bas Sekolah.

Lately ni, selepas menghantar bos dan si bongsu aku agak kerap mencuba roti canai dan teh tarik di kedai berlainan di sekitar taman perumahan berhampiran. Setakat ini sudah ada dua yang ku rasakan sedap. Roti canai yang 'menjadi' seharusnya garing di luar tetapi lembut di dalam. Roti canai pepagi je, makan tengahari kekadang aku test juga sebab dah tinggal sensorang kan? Masak lauk untuk GBS tapi aku makan di luar hehee... nak reward diri sendiri kononnya.

Ahad lepas aku mencari tempat makan best di Senawang so I decided untuk try KoffeeKabin tapi tak order kopi pun sebab pada hari tersebut dah minum kopi  di rumah. Tak elok minum bebanyak, ada kaffein. Aku order teh lemon panas, chicken chop dan pengat labu. Saja je nak try pengat labu sebab tak biasa makan.

Okay, ni komen aku.

Teh lemon - biasa je lah. Air teh boh lemon.

Chicken chop - dari segi harga di kafe Senawang... reasonable, porsi french fries pun besar. Kenyang weh. Kalau order Nasi Goreng + chicken chop lagi untung baru RM14.90 je. Mungkin ayam/breadcrumb tu kena letak garam sikit lagi kot. Aku pun tak terfikir nak minta garam daripada waiter. Coleslaw pula... aku suka jika lebih mayonis. I kalau makan di luar tak ambil kira berapa banyak lemak, kalori segala nih, tau nak makan sedap secukup rasa je.

Pengat labu? Kuahnya seimbang, tidak terlalu manis. Terasa lemak santan dan gula melakanya.


Disebabkan tiada regu nak berlawan makan, ai mampu makan satu hidangan je. Itu pun terasa kenyang hingga ke malam. Perut ai semakin mengecut agaknya (gituhhh). I would suggest, sebelum order makanan tengok sekeliling dahulu. Kalau porsinya terlalu besar buat you seorang, share je lah. Buat apa order dua then buang, kan? Please jangan buang rezeki. I tau duit you banyak but please don't, okay? 

Roti bakar tu orang lain yang makan.

Harganya boleh tahan. Yang aku pelik kedai tepi jalan yang tak bayar sewa pun caj begini.

Minuman yang diberi nama mengikut daerah.

Inilah KoffeeKabin.

Di mana lokasi KoffeeKabin Senawang?
Okay, kalau anda menggunakan LEKAS menuju ke Senawang, anda akan jumpa Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di sebelah kiri. KK bebetul di belakangnya.

No 435 Jalan Pusat
Jalan Bandar Senawang 18
Pusat Bandar Senawang
70450 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 06-675 7473

Waktu perniagaan: 9:30 pagi–11:30 malam

***
Bulan ini jjcm kedai makan Senawang.

Thailand | Santai di homestay Mae Kampong Village & The Giant Coffee

Thailand | Santai di homestay Mae Kampong Village & The Giant Coffee | Lain negara lain tarikannya. Sekalipun produk yang sama ada di negara sendiri melihat produk tersebut di tempat lain akan memberikan kita pengalaman baru.


Homestay Baan Mae Kampong yang berletak di Mae On district berdekatan San Kampaeng ialah inap desa yang pertama dan popular di kalangan pelancong tempatan Thailand. Mae Kampong Nok, Mae Kampong Glang dan Mae Kampong Nai bergabung membentuk Baan Mae Kampong. Perkataan "kampong" berasal daripada sejenis bunga gunung "dok Kampung" yang berwarna kuning dan merah yang sering tumbuh berhampiran sungai di kampung tersebut.


Homestay di pergunungan
Dalam perjalanan naik ke pergunungan tu kami singgah sebentar di Maetakhrai National Park (ke depan sikit dari simpang ke Mae On). Lokasi perkhemahan di tepi jalan ini mengalir sungai di tengahnya. Cantik! Masa tu pasukan pengakap dan pandu puteri sekolah sedang buat aktiviti mereka. Best lah camping kat sini weh. 

Maetakhrai National Park. Siap ada band lagi dalam perkhemahan ni.

Kehidupan di Baan Mae Kampong
Terletak 1300 meter dari paras laut, kebanyakan penduduk di sini menanam teh, kopi dan hasil pertanian lain. Tehnya boleh dituai lima kali setahun. Gaya hidup kira-kira 300 penduduk di kampung ini sangat berlainan daripada kota Bangkok. Kampung ini bersih, relaks dan mendamaikan. Suhu di waktu malam dan pagi juga rendah, bawalah jaket dan stokin ye sekiranya menginap di sini... sejuk oih! Bukan di musim sejuk je rasa sejuk.

Untuk ke sini sebaiknya kita menyewa kenderaan atau mengikuti pakej yang banyak ditawarkan. Boleh semak brosur di hotel penginapan atau ejen di tepi jalan. Kalau naik songteaw macam susah sikit dari Chiang Mai, kena turun di San Kampaeng dan tukar songteaw lain. Jika memandu kenderaan sendiri kita kena tinggalkan di kaki gunung yang ada ladang strawberi tu dan naik tuk tuk. Tambangnya 100 baht seorang. Terpaksa naik tuk tuk untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di atas sana.


Bukan musim menuai strawberi. Ada lah empat lima biji...

Seperti yang pernah aku ceritakan di blog post lalu, mana mana perkampungan yang agak mundur di Thailand suatu waktu dahulu diadakan Royal Project, iaitu projek ekonomi kampung dibawah naungan King Bumidhol Adulyadej untuk mengubah keadaan sosio ekonomi mereka. Kawasan yang kontang dibina empangan dan terusan. Begitu juga di sini. Mereka mengeluarkan kuasa hidro-elektrik daripada sungai yang mengalir.

Sebagai menyahut cabaran kerajaan Thai supaya setiap sub-district mengeluarkan satu produk, servis atau aktiviti "One Tambon One Product (OTOP)",  tok ketua telah menjadikan kampung ini sebagai satu lokasi eco-tourism yang menarik serta mudah dicapai oleh pelancong. Sungai, air terjun dan keindahan kampung itu sendiri telah berjaya 'dijual' sehinggakan 20 homestay diwujudkan untuk menampung permintaan yang semakin tinggi akibat populariti yang meningkat. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang homestay di Mae Kampong Village kena tanya Tourism Authorithy of Thailand. Orang kampung boleh berbahasa Inggeris sesikit je... but I guess still boleh berkomunikasi dengan body language kot? Sewaktu aku ke sini pun ada homestay yang penuh maklumlah peak sesason. Muslim tourist elok bawa ration sendiri.


Apa yang menarik di Mae Kampong Village?
1) Selain kehidupan yang tenang, orang yang sukakan sukan ekstrim boleh mencuba zipline/flying fox Flight of The Gibbon. Patutlah pakejnya agak mahal, lokasinya kira-kira 50km dari bandar Chiang Mai. Kos transport nak kena ambil kira juga.

Dengan menggunakan zipline kita boleh pergi ke tempat yang jauh di dalam hutan. Best tau, cubalah!

2) Air terjun bertingkat

3) Kafe kampung yang menarik. Minum kopi dan teh hasil tanaman penduduk di kafe-kafe ini merupakan acara wajib bagi pengunjung.


Dalam kesejukan winter terasa sedap pula pisang salai tu.

Bunga loceng ni hanya tumbuh di kawasan sejuk saja ke? Ada juga nampak di Gunung Bromo hari tu.

Dari Mae Kampong Village kami bergerak ke The Giant Coffee. Naik songteaw 500 baht per car. Jalan nak ke situ huhuuu... pepaham je lah jalan gunung yang bengkang bengkok. Masa sampai tu terus WOWWW... menariknya!

Kafe ini dibina dia atas pokok. Untuk ke situ kena melalui jambatan gantung yang pendek 😍😍 tapi jangan risau, jika anda gayat boleh gunakan tangga. Makanan yang ditawarkan tidaklah banyak tapi orang suka duduk relaks sambil minum kopi panas. Yang sebenarnya si pemilik menjual suasana bukan makanan sangat pun. Pokok-pokok yang mengelilingi kawasan ini dan pemandangan gunung-ganang di kejauhan...waduh waduhhh sangat memukau. Ishhh menarik sangat!





Pemandangan malam. Cantik gilos!
Image may contain: tree, plant, outdoor and nature
Sumber di sini.

The Giant
Baan Pok village
Huaykaew, Mae On
Chiang Mai province
50130 Ban Pok Nai
Waktu beroperasi: 8.30 pagi - 5 petang

Jangan datang hari Isnin, kafe tutup.













Thailand | Ada yang pernah ke San Kampaeng Hot Springs, Chiang Mai?

Thailand | Ada yang pernah ke San Kampaeng Hot Springs, Chiang Mai? Sebenarnya pada hari ketiga aku sepatutnya ke Mai Lam Museum selepas lawatan ke Mae Khampong Village dan Giant Coffee, tetapi dalam perjalanan tu ada nampak papan tanda ke kolam air panas. Hari sebelumnya pun my tour guide ada bertanya, nak pergi hot springs ke? Dah dia cerita tempat tu best siap ada servis berurut mestilah aku nak. Bercuti ke Thailand dan Indonesia rasa tak lengkap kalau tak berurut. Cuma di sini mereka tak jerit, come come! Masasssss...cheap cheap! 😄😄 



Hari ketiga di musim sejuk Chiang Mai
Ada beberapa kolam air panas di Mae On district tetapi hanya satu dibuka kepada umum dengan harga berpatutan. Yang lelain tu ekslusif la... San Kampheang Hot Springs hanya 40km dari bandar Chiang Mai, 45 minit dah sampai tapi disebabkan aku dah berada di daerah Mae On jadi lagi dekatlah. Perjalanan ke sini memperlihatkan kepada kita kawasan perkampungan yang bersih, hijau dengan rumah kampung yang sederhana dan besar. Tak nampak pula rumah nak roboh di tetepi jalan tu.

Bila uols melalui jalan-jalan di Chiang Mai dan Thailand secara amnya mesti akan perasan bahawa negara ini bersih. Tiada sampah di tepi jalan, even night market pun tak kotor. Kampungnya juga bersih jadi jangan terkejutlah kalau tandas awamnya pun bersih. Masa di pasar Hmong aku ternampak ada pelancong tu buang sampah kecil. Bila orang tu berlalu je makcik tua yang berjualan di situ terus kutip dengan muka tak puas hati. Inilah sikap yang bagus, sikap sebagai warga bertanggungjawab. Jangan buat perangai pendatang yang tiada rasa ownership. #donebebel


Di sini airnya lebih panas. 

Aku selalu juga terfikir juga macam mana boleh ada kolam air panas sedangkan tiada gunung berapi (tidur masa cikgu mengajar dulu)? Sebenarnya mata air panas terbentuk apabila air di permukaan bumi menyerap masuk ke bawah tanah lalu di panaskan oleh batuan panas dan kemudian mengalir semula ke permukaan. Di San Kampaeang Hot Springs ni ada satu tempat dimana air panas dibiarkan memancut ke atas dan ada kolam yang airnya sangat panas. Di situlah pengunjung merebus telur yang mereka beli.

Tiket masuk ke sini 100 baht seorang. Seperti biasa untuk warga tempatan lebih murah. Masa ke sini hari tu ramai juga pengunjung walaupun weekdays. Kita boleh test kepanasan air tu dengan merebus telur ayam yang dibeli di pintu masuk atau kat satu gerai di dalam kawasan air panas. Jangan hang rendam sekali kicap yang diberi sekali dengan telur tu.

Harga tiket untuk mandi di kolam air panas. Rendam kaki sahaja free.


Kita boleh duduk sambil makan minum dan merendam kaki di mana-mana tempat yang available tetapi kalau nak mandi kena bayar asing. Ada kolam untuk mandi beramai-ramai, ada untuk seorang, dengan pasangan... harga pun lelain. Datang time winter ni memang best lah, syok merendam kaki dalam air bersuhu 46C cuma bau sulfur tu agak kurang menyenangkan.

Lepas rendam kaki ai berurut, 200 baht je...murah! Dapat pula tukang urut yang highly experience, rasa ringan badan selepas sejam berurut.

   


Tersembam ke muka babi 😝

Kawasan ini luas, kita boleh duduk di mana-mana sahaja sebab laluan air panas tu dibuat sepanjang taman tersebut. Taman ini dipelihara dengan baik, rumputnya pendek dan ditanam bunga-bungaan. Tempat camping juga disediakan. Best lah Chiang Mai ni banyak betul tempat camping. Jika datang ke sini elok bawa tikar/kain alas jadi kita tak bertumpu di tempat merendam kaki tu saja.

Rasanya kita boleh sewa khemah.

Menarik kan? Jika ke Chiang Mai masukkan kolam air panas ini dalam itinerary ya!

San Kampheang Hot Springs
Ban Sahakorn sub-district
Mae On district
Chiang Mai.

Waktu beroperasi: 7 pagi - 6 petang



Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free