Indonesia | Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam Di Surabaya-Bromo-Malang, September 2017

Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam Di Surabaya-Bromo-Malang, September 2017 | Menjejakkan kaki ke kawah Bromo adalah impian sejak sekian lama. Seperti yang pernah aku beritahu sebelum ini, Indonesia adalah negara yang banyak aku terokai ketika memula mengembara ke luar negara. Dulu selalu pergi berdua dengan suami tetapi kini keadaan selalu tidak mengizinkan untuk kami berjalan bersama. Sudah tiga trip yang kami plan pergi berdua dibatalkan. Yang menjadi, trip ke Balik Pulau meraikan pengantin baru tahun lepas.


Lima tahun lepas aku pernah ke Surabaya dengan kawan. Kami ke Gunung Bromo bersama-sama tetapi dia dapat melihat matahari terbit di Penanjakan dan terus naik ke Kawah Bromo manakala aku mereput di hotel 😩😭😭. Dapat melihat padang pasir yang dilitupi awan dari atas je (cantik giler!) sebab termengandung hahah... usia kandungan dah dekat enam bulan masa tu takkan nak ikut sekali memanjat beratus anak tangga tu kot? Bleeding kang naya. Dahlah hospital jauh ke bawah nun.

Kali ini kami pergi berempat. Seperti biasalah aku beli tiket dulu lepas tu tanya sana sini kot kot ada yang nak ikut. Kalau tunggu semua orang jawab ikut atau tak ikut, terlepaslah tiket murah Air Asia tu. Januari depan aku nak ke Da Nang, kalau ada yang nak join, jom!

So.. hang tanya, apa yang menarik di Surabaya? Banyak! In fact empat hari tak cukup. Itu sebab kami tak masuk ke Jatim Park dan Muzium Angkut. Hang dah bayar memahal masuk Jatim Park tu takkan nak lepak sejam dua je kan? Paling kurang setengah hari juga perlu diperuntukkan. Kami sekadar buat photo stop saja di Pasar Apung di sebelah Muzium Angkut tu.

Itinerary kami packed di hari ketiga. Mungkin ada yang tak suka begini tetapi tak mengapalah, lain kali nak datang lagi. Nak berjalan di sekeliling mulut kawah Bromo pula. Banyak gambar dan video kami shoot siap ada pengantara lagi ala ala Majalah 3 gituh hehe... ala ala jer... memanjang lupa skrip. Thanks to DBoy Studio yang rajin edit video.

Oh ya, pak supir ada mention harga entrance ticket but some are inaccurate contohnya entrance ke Bromo. Yang lelain dia bagi harga first entrance je rupa rupanya nak ke sana- bayar, nak bergambar di sini- bayar lagi, ke sinun- BAYAR huhuu..

Jom baca jadual perjalanan selama empat hari kami di sebuah negeri di Indonesia, Surabaya.


JADUAL ATURCARA 4 HARI 3 MALAM DI SURABAYA-BROMO-MALANG

Hari pertama
Kami tiba di Terminal 2 Bandara Juanda pukul 10.40 pagi. Waktu di Surabaya lewat sejam dari Malaysia. Keluar dari kawasan airport terus beli SIM card. 15gb 100 ribu rupiah, 30gb 150 ribu rupiah, mestilah beli yang 30g kan? tapi tak habis digunakan pun. Saja tamak hehehe.. Tambah pulsa 10k terus call bos, "abang, saya dah sampai bla bla bla...tutttt" terus habis 😁😁 Malaysia tu jauh oii.

Beberapa hari sebelum ke sana ai dah WA pak supir bagi tau yang ai ni teringin sangat nak makan bebek goreng. Sambil balas WA tu dia kata dia pun kecur ayaq lioq nak makan bebek goreng kat Sinjay heheh... maka kami pun terus makan tengahari di Bebek Sinjay Madura di Cabang Ruko Grand Ahmad Yani Surabaya. Ya Allah memang sedap itik goreng dia.. crispy di luar lembut di dalam! Nasi pun banyak. Itik goreng dihidangkan dengan sambal mangga, ulam daun kemangi dan minuman. Pilihlah mana-mana satu air yang kita nak. Alahaiii.. sekali je dapat makan.

Seterusnya kami ke pusat bordir (sulaman) dan barangan kulit di Tanggulangin. Supir kata pusat sulaman tu ada dua: satu yang berharga tetap dan satu lagi kain yang belum siap dan boleh ditawar harga jadi kami pilih yang kedua tapi kecewa. Tak tahulah dia bawa ke tempat sebenar ke atau tempat yang dia dapat komisyen. Pakaiannya tak menarik dan kedai biasa je. Tak teruja lansung macam masuk ke Pasar Baru Bandung. Yang pusat barangan kulit Permata tu okaylah. Walaupun satu je tetapi kedainya luas dan banyak pilihan. Nak yang kulit asli di tingkat bawah, yang dari jenis PU di tingkat atas. Banyak betul pilihan. Cuma bila digunakan perkataan "pusat" tu aku membayangan penjualan yang banyak seperti di Sukaregang, Garut; berderet sepanjang jalan.


Selepas itu kami ke lumpur panas Lapindo, Sidoarjo. Ini lawatan kali kedua dan caj ojek untuk membawa kita ke punca lumpur keluar tu dah naik jadi 30k. Hmmm...parking 10k, entrace fee 10k. Aku tak naiklah ojek tu, sekadar ambil gambar dedekat situ je. Dah tiga bulan Surabaya mengalami kemarau yang menyebabkan lumpur kering dan  merekah tetapi abang ojek tu mengingatkan supaya aku tak berjalan jauh ke tengah. Manalah tahukan di bawahnya masih lembut lagi. Pengeluaran lumpur masih berterusan tetapi semakin perlahan. Semoga keadaan bertambah baik di sana.


Rumah yang ditenggelami lumpur panas. Yang kelihatan hanya rangka bumbung.

Kami meneruskan perjalanan ke Gunung Bromo. Tiga jam jugalah dari Surabaya.

Kami tiba ke Homestay Dua Putra lebih kurang pukul 6.30 petang, dah golap bumin masa tu sebab maghrib jam 5.30. Tiada sesiapapun yang menunggu mungkin disebabkan aku bagi tau jangkaan tiba pukul 8 malam. Yang aku tak faham dengan owner/pengurus homestay ni, sebelum fly aku ada beberapa kali contact thru WA dan SMS tapi haram tak berjawab. Ada sekali tu aku call menggunakan land lines, ada seorang perempuan jawab. Dia tak boleh buat confirmation tentang persoalan yang aku ajukan tetapi berjanji akan balas WA the next day. Sampai ke sudah takde.

Dahlah sejuk yakmat call tak dapat. Bila ada orang angkat dia kata bukan no homestay, kau rasa? No tu aku dapat dari bukingdotkom dan pernah bercakap dengan staf dia. Bila dah berkali-kali call no (supir pun tolong call) dia kata akan bagi no homestay tu. Bila si penjaga tiba dia kata owh... itu nombor bos saya.  Eh? Tak faham den. Bertabahlah hati.

Eh, lupa nak cakap. Sebelum check-in ke penginapan, ada sekatan jalan dimana kita perlu membayar park fee. Kami sampai on weekdays so caj untuk lokal IDR100k, mancanegara IDR217k. Weekend tak pasti. Mahal derrr... Kinabalu park caj RM10 termasuk Poring Hot Springs. Taman laut kita pun caj RM3-5 sahaja. Bayar je lah dengan redha. Entrance fee ke Gunung Tangkuban Perahu di Bandung sana pun IDR350k on weekends. Giler mahal! Sama mahal dengan minyak kelapa sawit 5kg kat Malaysia ni ha dari RM13 terus melompat kepada RM22.

Ok sambung lagi.

Homestay tu okaylah sebab kita nak tumpang bermalam je. Katil queen dan hot shower pun ada. It's very basic. Kami makan malam dan breakfast di Lava View Lodge di sebelahnya. Aku tak sangka pula homestay ni di tempat paling tinggi dan bersebelahan LVL. Aku rasa harga breakfast di LVL reasonable, 50k rupiah per head. Hotel mahal di atas gunung. Kos logistik dah berapa kan? Takkan nak minta kurang kang kena hambat macam British tourist kat pergunungan Nepal tu.

Suasana malam sangat dingin dan sunyi. Langit dipenuhi dengan berjuta bintang kerana tiada pencemaran cahaya. Kawan aku siap install apps untuk kesan milkway. Malangnya aku tak pandai shoot walaupun dah nampak jalannya. Betapa ruginya kan?

Ya Allah sejuknyaaa... kami dah pakai baju untuk ke Puncak Penanjakan 1 esok sesiap, tidur dengan winter jacket, pakai stokin, penutup telinga dan berselubung. Aku menggigil-gigil dalam selimut walaupun kami share katil tu. Aku tak boleh tidur sebab terlalu sejuk. Nasib baik si AS bawa heat pad. Selepas tampal di tapak kaki barulah boleh tidur lena.

Haa lagi satu nak cakap, satu bilik satu towel dan satu selimut. Sungguh aku tak faham bilik untuk dua orang tapi towel dapat satu je. Awat kedekut nau? Nasib orang bilik sebelah dermakan towel dia. Setakat nak dijadikan transit okaylah homestay ni.

Selesai malam tu. Goodnite!


Hari Kedua
Jip akan tiba jam 3 pagi jadi pukul 2 kami dah bangun bersiap. Kos jip bergantung kepada berapa point kita nak pergi. Kami pilih kesemuanya bermula dengan menunggu sunrise di Puncak Penanjakan 1, ke Kawah Bromo, Bukit Teletubbies dan Pasir Berbisik, IDR500-600k untuk sebuah jip empat penumpang. Jika kita solo traveller, join je lah dengan traveller lain. Naik kuda hingga ke tangga kawah tu bayar sendiri. Pergi sahaja 100k, pergi balik 150k rupiah. Jika rasa nak berlama-lama di atas tu lebih baik berjalan kaki ke jip.

Ramai betul pelancong walaupun on weekdays. Bila matahari mula menyinar nampak kepala orang je kat depan.

Di sebelah kanan tu Kawah Bromo. Aku berjalan sampai ke tengah tu sahaja tetapi dah plan akan cuba ke tempat paling jauh jika berpeluang ke sini sekali lagi. 

Bunyinya.... seram.

Kawah Bromo sangat menakjubkan! Seram dengar bunyian dari kawah tu. Aku akan buat blogpost berasingan untuk tempat-tempat menarik yang kami pergi sebab banyak sangat gambar untuk dikongsi.

Selepas check-out kami menuju ke Kampung Warna-Warni Jodipan, Malang. Di Surabaya pun ada kampung warna-warni tetapi aku pilih yang ini kerana ia dimulakan setahun lalu so I guess yang ini lebih menarik. Orang kata dah established.

Sebenarnya, lebih banyak lokasi pelancongan yang menarik di Batu tapi tak mengapalah, ini saja untuk kali ini. Malam ini menginap di Ibis Styles Malang. Selesa tidur malam ni, tak terketar-ketar lagi πŸ˜ƒ. Dinner pun di Ibis je...RM29 seorang.

Kampung Warna-warni Jodipan, Malang


Hari Ketiga
Kami check-out jam 8 pagi. Subuh di sini jam 4.10 dan breakfast mula dihidang jam 6 pagi jadi kita boleh memulakan perjalanan seawal 7 pagi. 5.30 pagi pun dah terang benderang.

Tujuan pertama kami ialah Wisata Petik Apel Batu. Pak supir kata ada dua ladang yang dibuka kepada pelancong, kami pilih yang diurus oleh persatuan penduduk. Macam koperasilah kot. Tiket masuk 30k rupiah, boleh makan sebanyak mana yang suka secara percuma di ladang dan kalau nak bawa balik sila petik dan timbang. Mana ada percuma... ko dah bayar RM10 kan tadi? hehe...

Bagus staf yang membuat penerangan tu, jelas dan mesra. Pandai ambil gambar pula tu, "udah dilakukan setiap hari mbak", bilangnya. Ye lah, practice makes perfect.

Epal manis jenis Manalagi yang sedia dipetik. Epal boleh dibiarkan di luar peti sejuk selama 30 hari. - Wisata Petik Apel Batu

Selain epal fresh, mereka juga menjual pelbagai kerepek hasil ladang. Ada kerepek epal, salak, durian, nangka, tempe goreng dan dodol. Souvenir seperti t-shirt, key-chain dan fridge magnet pun ada. Kalau berkenan t-shirt tu beli saja, tidak dijual design tersebut di tempat lain.

Selepas itu kami ke Air Terjun Coban Rondo. Mengikut apa yang ditulis di board tu ada banyak aktiviti tapi aku rasa macam lemau je... tak boleh mandi di air terjun tu ya. Kami nak ke Tree Walk tapi orang yang kami tanya tu macam blur je dan tempat yang ditunjukkan tak seperti yang kami jangkakan. Dia salah faham kot. Tubing pun ada tapi tak tahulah dibuat di mana. Yang menarik perhatian maze tapi tak cukup masa pula nak explore. Kalau ada drone syok ni.

Air Terjun Coban Rondo

Kemudian kami ke Wisata Gunung Banyak, Batu. Agak lama juga di sini sebab menarik. Di sini ada aktiviti paralayang (paragliding). Memula kami ke Omah Kayu bergambar di rumah atas pokok dan giant hammock. Sejuk nyaman je dalam kawasan hijau tu. Kelakarnya one of us merangkak turun dari pelantar tu hahahah... bergegar-gegar video menahan ketawa. Lokasi ini hanya sesuai untuk orang yang mampu berjalan sendiri sahaja kerana berbukit.

Omah Kayu

Gambar dari pelantar kayu.

Giant hammock di Omah Kayu, Gunung Banyak.

Selepas itu ke Taman Langit di sebelahnya. Fuhhh... berapa ratus kalori terbakar hari ni saja.

Taman Langit

Bergerak lagi, kami singgah sebentar di Pasar Apung bersebelahan Muzium Angkut untuk bergambar.

Next, ke Coban Rais yang semakin popular sebagai lokasi untuk bergambar di pelantar terapung dan basikal terbang (Gowes Air). Kena datang awal. Objek wisata yang ini dibuka sehingga jam tiga petang tetapi jika terlalu crowded hanya dibenarkan masuk hingga jam dua. Kami dah lewat jadi tak dapat try semua.

Di Coban Rais juga ada air terjun. Kami naik ojek ke lokasi bergambar yang paling jauh, Batu Flower Garden sejauh 800m. Kena bayar 10k rupiah. Ambil gambar kena bayar lagi 😭😭. Nantilah kita cerita lelebih dalam blogpost lain. Nak datang lagi bila keseluruhan kawasan ini siap sepenuhnya.

Saya berani. Awak? Sekejap benar duduk atas basikal ni.

Tak sempat bergambar di sini.

Destinasi terakhir pada hari tersebut dalam perjalanan ke Surabaya ialah Masjid Muhammad Cheng Hoo. Dulu dah pernah datang jadi kali ni ambil gambar sesikit je. Pelik aku, kenapa jemaah solat sebaris tiga empat orang je dan sambung di belakang? Ingatkan jemaah wanita saja rupanya yang lelaki pun sama. Bukankah kita sepatutnya berebut tempat di hadapan? Rindunya suasana solat di Masjid Baitulrahman, Banda Aceh.


Hari ini bermalam di Tab Hotel. Bilik luas untuk bertiga tetapi... jauh dari pusat bandar baq hang! Ada capsul juga di hotel ni.



Hari Keempat
Kami ambil tour package dari hotel tapi ada miscommunication bab harga. Manager cakap lain, aku faham lain. Itu satu hal, dah naik ke dalam van baru diberitahu parking dan tol kami yang bayar tetapi driver tu cute dan baik. Eh? hehhe... Aku tanya dia, anak tauke hotel ke? (sebab muka sepesen je dengan manager tu). Tersengih je dia sambil menggeleng kepala.
Lokasi pertama melalui Jambatan Suramadu menuju ke Pulau Madura. Jambatan ni memalam cantiklah. Dah sampai ke Madura pulak kita wakkk... Kami sekadar berhenti di kedai-kedai souvenir tepi highway tu saja. Cantik juga kain batik lepas yang dijual, merasalah mak aku sehelai kain batik lepas. Aku suka coraknya jadi aku bilang sama bonda potong je lah bahagian tepi tu buat kain batik basahan. 50k rupiah uols.

Kemudian ke Muzium Sempoerna. Tak dapat tengok cara kerja operator kilang yang sangat pantas tu sebab cuti Maal Hijrah. Ada pameran fotografi di ruang sebelah.

Next, ke Masjid Sunan Ampel. Tiada apa apa yang berkenan di hati selain membeli jajan manis.

Seterusnya beli ole ole di Jalan Genteng Besar, sejalan dengan Hotel Paviljeon (Pavilion) yang aku stay lima tahun dulu. Aku berminat ke Muzium Perubatan (orang lokal panggil Muzium Santet) tapi tak termasuk dalam tour package. Aiya... dah dua kali tak dapat pergi.

Masa banyak lagi jadi kami ke Pakuwon Mall tak jauh dari tempat kami menginap. Mall baru... best toilet nya. Kalau solo trip aku skip mall semua nih hehe.. bahaya ooo.. I prefer to shop where the locals shop. Selain ada nilai sentimental boleh juga kita membantu menaikkan ekonomi si penjual. Samalah macam beli kapal terbang nak tolong naikkan ekonomi Amerika.

Petang sewa Uber ke airport. Sebelum masuk ke departure hall ada pameran fotografi juga jadi dapatlah cuci mata sementara nak terbang pulang ke sarang. Kepada yang bawa tripod tu silalah check-in ya, tak lepas. Nasib baik luggage kawan ada berbaki beberapa ratus gram lagi.. πŸ˜“tak sangka pula Juanda Airport tak lepaskan ke kabin. Yang bestnya di boarding area tu ada plug point di seat, senang nak charge handphone sambil surf internet menghabiskan data yang tak habis habis.

Tamatlah sudah trip kali ini. Harap harap dapat ke Indonesia lagi tahun depan. Amin.


Alhamdulillah... habis juga hang baca noo... di Surabaya (termasuk Batu dan Malang) ada banyak tempat menarik. Jatim Park je ada berapa entah, next year nak buka satu lagi. Untuk cerita dan gambar yang lebih banyak tunggulah blogpost seterusnya dengan tabah dan sabar ye. Thank you....!













Hotel Review | Ibis Styles, Malang

Ibis Styles, Malang | Bagi pelancong dari Malaysia, untuk ke Gunung Bromo kebiasaannya kita akan mendarat di Bandara Juanda, Surabaya. Bukan tidak ada yang mengembara dari Yogyakarta (Jogja) atau provinsi lain tetapi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Surabaya itu sendiri lebih pendek berbanding menaiki bas atau keretapi dari Jogja. Yang mana pilihan, perjalanan 2 jam 30 minit ke... 8 jam lebih?


Pakej percutian yang biasa disyorkan ketika di Surabaya ialah Bromo-Malang/Batu-Surabaya. Ketiga-tiga tempat ni jauh di antara satu sama lain. Jarak dari Gunung Bromo ke Malang hanyalah sejauh 35km tetapi menggunakan jalan kampung/jalan negeri. Memang tak boleh lajulah, geram je aku yang duduk kat belakang, kaki dok tekan minyak je hehe... Oleh kerana masih banyak lokasi yang hendak dilawati maka aku memilih Malang sebagai persinggahan kedua.

Image result for ibis styles malang

Ibis Styles - Modern & Contemporary
Seperti dekorasi Ibis Styles Ipoh, hotel Ibis di Malang juga menerapkan konsep yang sama. Suka dengan lobi yang terang dan nampak luas tu. Staf pun mesra menyambut kita walaupun kita ni taklah nampak macam orang have have.



Kenapa saya memilih Ibis Styles? 
Ibu ibu bapak bapak, ianya kerna...

1) Ia berada di bandar yang agak besar dan ada shopping mall.

2) Malang juga kurang dingin berbanding Batu.

3) MURAH beb. Harga bermula pada RM110. Kalau share dengan kawan kan untung?

4) Ada swimming pool with warm water!

5) Memalam ada restoran open concept di perkarangan hotel dengan harga berpatutan. Ai tak makan sebab dah agak dah akan berfungsi sebagai 'DBKL' huhuu... portion yang besar membuatkan dua hidangan mencukupi untuk kami bertiga, sayang buang rezeki. Yang seorang lagi tu... tak boleh share nasi dia, tak cukup! 😁

6) Daripada review yang dibaca biliknya bersih. Penting oii..

7) Boleh panggil tukang urut ke bilik. Promosi, 100 ribu rupiah sejam. Best!


Suka hiasan dinding dengan gabungan warna kelabu dan oren tu

Sekarang ni trend hotel pelbagai bintang setkan kedudukan bilik air atau tandas yang boleh nampak tv jadi tetamu boleh menonton tv sambil 'buat bisnes' hehe...

Banyaknya masjid... Bilik aku di tingkat 11 ni dapat melihat suasana matahari terbenam (sikit je lah). Cantik! 


Hot water swimming pool ini dibuka setiap hari dari pukul 6 pagi hingga 8 malam. For non guest caj masuknya hanyalah 75,000 rupiah yang termasuk pinjaman tuala, snek dan welcome drinks. Dengan bayaran IDR500,000 anda akan dapat akses ke kolam renang dan gimnasium selama TIGA bulan.

Makan malam di sini, di depan pintu masuk je.

Hidangan sarapan pagi tak berapa banyak tetapi nasi ada, bakmie ada, kuih-muih tempatan pun ada.

Oleh kerana kami ni group mak mak, malas pula ke Alun Alun sebab tiada anak bersama. Malam tu selepas kengkawan bertiga bertolak ke Malang Town Square (3.3 km naik Uber) for retail theraphy ai berjalan sensorang sekitar 200m radius dari hotel. Tak banyak kedai dibuka tetapi Pizza Hut sangat dekat. Takkan pergi Indonesia pun nak makan pizza juga kan? Lebih baik cuba makanan tempatan.

Sebenarnya beberapa ratus meter di belakang hotel ada penjaja makanan tetapi disebabkan dah kenyang kurang bersemangat hendak mencari. Berjalan ke sana sini rupanya kat sebelah hotel ada beberapa gerai termasuk abam burger. Ada satu menu menarik di gerai burger tu, "tahu kruik". Apakah? Curious nak tahu. Rupanya ayam goreng yang dibalut dengan tauhu. Seketul IDR3,000, kalau satu porsi lebih murah lagi. Aku beli seketul je sebab kan tadi dah jadi 'DBKL' πŸ˜€πŸ˜€ Sedap juga. Kalau time lapar lagilah sedap. Walaupun tahu kruik tu panas, ia tak dapat mengurangkan kesejukan di waktu itu. Menurut abam burger, Malang sejuk sehingga Oktober. Meremang bulu roma aku menghabiskan tahu kruik kat situ sambil dihembus dingin angin malam.

Pada aku yang berbajet kecil ni Hotel Ibis Styles sangat sesuai. Dato' Sri Aliff Syukri Terlajak Laris yang suka berjimat waktu travel tu pun sesuai stay sini. Murah je Dato'... Bilik aku tak berapa besar tetapi tilamnya selesa dan ada karpet, takdelah kesejukan tapak kaki (aku kurang gemar memakai selipar). Pemandangan bandar Malang dan laungan azan dari pelbagai sudut pun mengasyikkan. Untunglah hotel tu... aku bukannya pasang air-cond pun waktu tidur. Pukul 8 pagi esoknya dah check-out untuk lawatan seterusnya. Subuh di Malang ni 4.10 pagi.

Jika anda mahukan penginapan selesa dengan harga murah, tempah Ibis Styles Malang di sini.


IBIS STYLES HOTEL
Jalan Letjend S. Parman No.45
Purwantoro, Blimbing
Kota Malang
Jawa Timur 65122, Indonesia
Phone: +62 341 409900

Selamat Hari Malaysia!

Tags
Esok 16 September ialah Hari Malaysia. 

Khamis, Malaysia dihampar dengan cerita sedih kematian pelajar dan warden Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dalam kebakaran sebelum Subuh. Allahu sedihnya...

Sebelum itu, Perdana Menteri ke US membawa berita pelaburan berbilion dollar. Membantu ekonomi US katanya. Inipun berita sedih juga. 

Kita rakyat biasa ni bertabahlah, kita "saya yang menurut perintah".

Semoga Malaysia terus harmoni, maju jaya dan diurus tadbir oleh pemimpin berwibawa.

Selamat Hari Malaysia!




#CPMKL2017 | Pengalaman Pertama Bertanding Di Canon Photomarathon Kuala Lumpur 2017

Tags

Pengalaman Pertama Bertanding Di Canon Photomarathon Malaysia 2017 | As a continous effort memperkenalkan jenama kamera Canon di Malaysia, buat kali kesebelasnya Canon Marketing (M) Sdn Bhd mengadakan pertandingan mengambil gambar kepada peminat fotografi. Me as a first timer, it was hectic and fun!


Acara tahunan ini dilansungkan di 14 buah negara Asia Tenggara membawa ke Hong Kong, Taiwan, Nepal, China dan Sri Lanka. Kali ini Canon Photomarathon Kuala Lumpur 2017 menerima lebih 1000 peserta yang berdaftar secara online dan walk-in. Sudah tentulah yuran lebih murah dengan online registration. Bayaran cuma RM30 dan kita diberikan sehelai t-shirt dan medal sekiranya dapat melengkapkan ketiga-tiga tugasan yang diberikan. 

Sumber: Canon Malaysia

Aktiviti Sepanjang Canon Photomarathon Berlansung
Pendaftaran peserta dilakukan bermula jam 7 pagi sehingga 9 pagi tapi 8.30 tu dah bermula sesi pembukaan dan briefing. Bagusnya 16 kaunter disediakan for participants registration and photo submission lengkap dengan beberapa orang penunjuk arah so takdelah kita tercangak-cangak mencari kaunter kosong. Everything runs smoothly sebab sudah diperingatkan untuk mengeluarkan kad pengenalan/passport dan pilih gambar sesiap. Kedua-dua proses tidak boleh lebih daripada dua minit. 

Semua orang nampak bersemangat untuk challenge diri sendiri keluar dari comfort zone  and create photographic masterpieces dengan tiga tema yang diberikan dalam masa terhad. Ye lah, walaupun setiap tema diberikan masa selama tiga jam untuk disiapkan, kena juga ambil kira proses mengerah idea, melaksanakan idea dan beratur panjang untuk submit gambar. Pressure jugalah... penat kaki akak weh dok tawaf kawasan Bukit Bintang tu. Dahlah kita tak biasa shoot genre begitu dan tak kreatif. Membuat gambar tidaklah semudah mengambil gambar.

Sementara kami sibuk memerah otak untuk menghasilkan gambar terbaik, di event location ada games, booth penaja, Pikachu & cosplayers, pameran gambar dan klinik kamera. Bertambah syok lagi bila ada van Nestum dan Milo. Rasa macam hari sukan sekolah pula.

Yang tak boleh blahnya 'ad-hoc partner' aku beriya suruh cuba masuk rancangan realiti Face Off Season 5. Buat jugalah rakaman seminit tu tapi di ingat aku berani ke nak join kalau terpilih sekalipun? Takdelah kot huhuuu...harapnya producer tak buat promo video aku tu hahah... tergagap-gagap. We'll do a better vlog in Surabaya nanti insyaAllah. 

(Gambar-gambar adalah dari Facebook Canon Malaysia selain daripada yang dinyatakan). 


Beratur panjang nak submit gambar tapi para petugas ramai jadi takdelah lama sangat berdiri. 

I managed to complete the tasks in three theme : grin, rain and silhouette tetapi tidak menang. Silhouette tu memang aku dah agak akan dijadikan tema sebab agak mencabar jugalah, lebih senang kalau guna handphone. Bila guna DSLR ni  ai tak berapa pandai. Ingatkan nak show gambar-gambar yang diambil tu dalam blog ni tetapi malangnya memory card kena virus so third theme sahaja ada (daripada kad yang lain). Malang betul. Dahlah banyak gambar menyambil yang best dalam tu yang aku plan nak masukkan dalam blogpost akan datang.

Aku submit gambar paling kanan untuk tema silhoutte.

Walau bagaimanapun TAHNIAH kepada pemenang. Gambar mereka memang hebat! Bila gambar ditayangkan di skrin hmmm... terus rasa takkan menang hahahah... Dalam pertandingan ini tidak diasingkan peserta professional dan amatur sebab tujuannya untuk mencungkil bakat. Fotografi ni 'makanan' kepada sesetengah peserta, boleh nampak daripada effort yang mereka tunjukkan. Ada yang bawa tripod, reflector bagai selain lens panjang sedepa jenis mahal. Tak mengapalah, pengalaman itu yang lebih penting. Lain kali kita cuba lagi ye dok? Apa yang lebih penting jangan terlepas membaca blog travel ini ya walaupun gambarnya hauk.

Gambar menyambil yang ini sahaja selamat 😭😭😭





Sekali lagi, tahniah kepada pemenang!

Image may contain: 9 people, people smiling, people standing

PEMENANG KATEGORI TERBUKA CANON PHOTOMARATHON MALAYSIA 2017
Pemenang Utama: Bahron Mohammad Norfarhan
Pemenang Pertama: Mohd Safuan bin Salahudin
Pemenang Kedua: Lim Ziar Sheng
Pemenang Ketiga: Mohd Nazri bin Sulaman

Pemenang Saguhati:
Ahmad Shukri Sharizul
Aziz Arshayd
Chan Khen Loke
Khalili Mohd Zainie
Mohd Helmi bin Abd Wahab


PEMENANG KATEGORI PELAJAR CANON PHOTOMARATHON MALAYSIA 2017

Pemenang Pertama: Andy Tan Liang Sam
Pemenang Kedua: Muhammad Nazreen Amani bin Mohd. Nazri
Pemenang Ketiga: Khairul Syahmi


Ai dapat medal ni je. A good start i believed.




***
Aku pernah tengok gambar yang memenangi satu pertandingan fotografi pelancongan. Bila ditunjukkan je terus terkeluar daripada mulut kami, "hah, gambar macam ni boleh menang?"  Ia gambar sebuah bangunan (resort kot) yang diambil dari bawah tebing dengan potongan tanah dan akar yang berserabut. Kalau diambil dari low angle tanpa distraction takpelah. Nampak sangat nak bagi orang tu menang. Kot iye pun tak ramai golongan itu menjadi peserta takkan nak bagi menang juga kalau sah TAK BAGUS gambarnya? Menyampah betul kalau organizer dan judges jenis gini, jenis tak berintegriti. Sejenis yang apologetic.

Bila kita kembali ke zaman purba

Tags
Bila kita kembali ke zaman purba | Betul ke betul??


Negeri Sembilan | Pesta Bokubang di Kuala Pilah !

Tags
Jom berkubang!!

Jom bawa keluarga menikmati aktiviti menarik di kampung ini. Mak pak mungkin pernah merasa tapi anak-anak sekarang ramai yang tak pernah. Bebudak sekarang tempurung kelapa pun tak kenal sebab dah terbiasa beli santan.


Dalam perjalanan pergi/pulang ke/dari Kampung Sungai Dua Besar tu kita boleh :

Jalan-jalan cari makan. Jemput baca senarainya di sini.

Beriadah di Seremban. Baca di sini untuk lokasinya.

Mandi-manda di Ulu Bendul. Expect the crowd.

Melawat Muzium Sri Menanti. Di simpang yang nak masuk ke Sri Menanti ada arch. Bertentangan dengannya ada kawasan sawah padi. Kalau datang waktu sawah padi menghijau atau hampir dituai ya Allah cantiknya...

Di Kuala Pilah ada hotel, homestay. Kalau nak rasa suasana sejuk berkabus pepagi boleh try sewa homestay di kampung-kampung. The real kampung. Orang Negeri Sembilan ni masyarakat prihatin, kucing beranak dia balik, durian berbunga pun dia balik kampung. Itu belum lagi emak dia telefon bagi tau, "omak masak rondang pucuk ubi hari ni haaa... baliklah!" πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†  jadi expect heavy traffic kalau keluar lambat terutama jika cuti bersambung. Bukan time accident je berlaku traffic jam, tengok itik salai tepi jalan di Terachi tu pun boleh buat kenderaan slow moving heheh...





Jadual aturcara yang di bawah lebih terperinci tetapi tak pernah aku dengar Menteri Besar Negeri Sembilan menggunakan gelaran TYT. Bukankah sepatutnya Yang Amat Berhormat? hmmm πŸ˜•πŸ˜’

Jadual Cuti Umum 2018 @ Takwim 2018 @ National Public Holiday 2018

Assalamualaikum and hi!

Jadual cuti umum 2018 sudah dikeluarkan maka marilah kita berjemaah booking FREE SEATS Air Asia 11 September ini πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Tarikh penerbangan 1 Mac hingga 28 November 2018.




Gambar Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Peringkat Negeri Sembilan

Gambar Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Peringkat Negeri Sembilan | Setelah hampir 20 tahun tinggal di Seremban inilah kali pertama menonton perarakan hari penting negara secara lansung. Sebelum ini sekali sekala ada juga mengadap tv pepagi menonton perarakan yang lebih besar dan gah di Kuala Lumpur sana. Tahun ini hasrat hati ingin membawa the three little boys tapi yang lagi dua orang tu telah 'diayat' pakciknya untuk balik ke kampung lebih awal. Frust jugalah, ingat nak cipta kenangan bersama.


Puas hati ai dapat mengambil gambar DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, isteri baginda Tunku Ampuan Tuanku Aishah Rohani dan anakanda Tunku Ali Redhauddin. Kalau Brunei ada Prince Mateen yang buat "ovary exploded" kami ada prince yang low profile. Ikut resmi padilah kot. Kalau tetiba beliau popular tak tahulah apa pulak yang explode (by the way "ovary exploded" is an English idioms). Hey  there, we oso ken spik english you know?

Seronok berada di sana bersama ribuan penonton lain. Ada mak mak yang rajin dan patriotik siap buat baju gaun anak dengan bendera. Ramai kanak-kanak dibawa oleh ibu bapa masing-masing untuk merasai sendiri suasana di hari tersebut, 31 Ogos 2017 bersamaan 9 Zulhijjah 1438H. Yang kelakar pun ada, almaklumlah bila orang biasa kena berkawad mau tak berterabur. Ada yang kedua-dua tangan ke depan, ada yang dok mengira kiri kanan kiri kanan 😁😁😁... pengalaman tu.

Yang tak syoknya, di depan para vvip ini diletakkan cooler yang sangat mengganggu pemandangan. Di kebanyakan masa aku memang tak boleh nampak muka Yamtuan dan Tunku Ali. Sesio boto. Nak ke depan sangat tak boleh, abam askar tak bagi. Jadi redha je lah eh dengan semua gambar ni, walaupun tak seberapa kualiti dan ceritanya tapi lebih banyak daripada yang disiarkan di akhbar. Dapatlah juga tengok gambar abang, kakak, ayah, emak, adik, jiran sebelah rumah, jodoh.. eh?! Ai tunjukkan sebahagian sajalah ye, bula mato den ngadap bondo ni. Boh watermark jo.. tak dayo nak edit semua. Cadangnya nak pos pada hari yang sama tapi omak den dah tipon, rondang lom masak laie ni haa...πŸ˜‚πŸ˜‚

#SehatiSejiwa


Penonton mula datang sejak jam 7 pagi lagi.

Suasana sebelum ketibaan Yamtuan Negeri Sembilan.









Ketibaan DYMM Yang Di Pertuan Besar (Yamtuan) Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Tuanku Aishah Rohani.




Pemeriksaan perbarisan. Puas hatilah dapat ambil gambar ni walaupun ...




Eh eh...Tuanku pandang ai.


Mufti Negeri Sembilan Dato' Hj Mohd Yusof bin Haji Ahmad memulakan majlis dengan bacaan doa. Dalam keadaan aman ini pun kita berdoa inikan pula ketika kapal terbang bergegar. #tetiba


Menyanyikan lagu kebangsaan, Negaraku, sambil menaikkan bendera.



Kena jemur sebelum perarakan 😑😒



Haiyoooo... lima kali meriam meletup. Dapat tutup sebelah telinga je.


Menariknya ada persembahan pentomin menceritakan kisah penyerahan Tanah Melayu (Malaya) oleh British kepada anak bangsa selari dengan konsep "Menghidupkan Kembali Penghayatan dan Semangat Merdeka di Stadium Merdeka Pada Tahun 1957"


Merasalah menjadi 'sultan'.

Penyerahan rasmi Tanah Melayu daripada penjajh kepada yang berhak.


Kreatif mak adik ni jahit gaun lengkap dengan skaf.


Skrin LED juga disediakan. Kelihatan Menteri Besar Negeri Sembilan Y.A.B Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan ⇑ sedang memberikan ucapan. Ucapan dan pandangan Tok Mat selalunya bernas, bolehlah istiqamah dok dendiam dengar sampai 10 minit. Kalau ucapan orang lain kat tv tu laju je tangan tukar channel lain πŸ˜ƒ

Acara perarakan dan perbarisan pun bermula... perhatilah kot kot ada muka uols di sini.














Tunku Ali Redhauddin sedang merakam video.



Nah, ai belanja lagi gambar Tunku Ali.









Disebabkan kita ni ada kenangan menjadi anak tentera kita masukkan lebih sikit gambar askar. Rindu zaman itu, rasa selamat je tinggal dalam kem. Ada yang kenal sesiapa dalam gambar-gambar ni? Share lah kat tuan punya badan.


Nampak tak cooler tu? Memang tak nampak lansunglah bila Tuanku dan Tunku Ali duduk. Takde je jenis slim sikit?

Muda belia askar ni. Anak siapalah ni eh? Bangga mak ayah anak jadi sojar.  






Jika uols ada degree in any dicipline uols boleh try apply jadi sojar berpangkat pegawai seperti di bawah. Mohonlah sekiranya berminat dan bukannya sebab tak ada kerja yang setaraf dengan kelulusan. Jadi askar ni bukannya senang. Tu belum lagi jadi komando, cuba baca di sini selepas ini.




Kemudian perarakan aset negara. Sniper tu pun aset juga tau. 

Tentera ni servis 21 tahun je so if ada special skills memang sangat laku di pasaran pekerjaan. Boleh jadi bodyguard VIP. Pernah aku bertanya kepada seorang Pegawai Waran II kenapa askar berkhidmat dalam tentera selama 21 tahun aje? Dia kata, "mereng la deh kok lelamo duduk dalam kem tu" hahahah...

Agaknya segala kenderaan dan peralatan yang lebih canggih dah dibawa ke Dataran Merdeka.  


Yang berbungkus ni sahlah takde sesiapa pun yang kenal hehe... kepakaran yang tidak dimiliki ramai orang. Sambil berlari pun boleh menembak tepat ni. Aku menembak kat Phuket hari tu pun daripada 15 peluru hanya 7 saja yang kena tapi ada satu tepat kat tengah #fliptudung . Bulan depan nak test sekali lagi baru boleh confirm yang kali pertama tu hanya kebetulan ataupun memang ada bakat menembak. Gitu.

Sesiapa yang membesar di tahun 1980an mesti pernah tengok cerita Chips. Camnilah motor dia.




Kalau kena kejar dengan JPJ agak agak boleh lepas tak? Kalau di Seremban mungkin boleh tapi di KL susah sebab banyak tol. Tau tau kereta JPJ dah kat belakang kau.

Bila trak 3 tan lalu terkenang dulu kami anak-anak askar ni naik "feri sekolah". Yurannya LIMA SEN sehari. Sekarang ni yuran van anak aku sejauh 5km RM120 seorang pergi balik, jadi aku rela jadi supir jemput mereka balik sekolah.


Majlis dah nak tamat. Peserta perbarisan lain terus bersurai selepas selesai giliran mereka berarak tetapi anggota badan beruniform perlu terus berdiri di padang sehingga majlis tamat. Letih beb! Kalau aku kena berdiri terus-menerus begini sah pitam. Tak berdaya aku nak berdiri setempat lelama.


Siapa yang berkemeja putih tu ya? Seperti pernah kulihat tapi di mana ya?





Keberangkatan pulang DYMM Yamtuan dan isteri.


Kita jumpa lagi ya!

Menteri Besar dan isteri berjalan kaki je haa... balik ke opis agak eh.

Ada kawan aku teringin benar hendak menjadi polis pengiring isteri VVIP. Semoga tercapai cita-citanya hendak bekerja di luar negeri sendiri. Kesian dia, mak ayah siap jumpa pegawai besar supaya tak kena transfer jejauh sejak tamat latihan. Amboi mak ayah punnnn... kasi chance lah. Dok simpan celah kopek sampai ke tua dah kenapa? 


Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-60. Keamanan ini mahal harganya. Sama-samalah kita menjaga keamanan dan keharmonian ini. Jangan mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana pihak yang berkepentingan. Tak lama lagi pilihanraya, gunakan kuasa mengundi sebaik-baiknya. 

BACAlah pelbagai bahan bacaan.
NILAIkan dengan adil.
UBAHlah jika mereka tak perform. 
(Elok disebut dengan jelas gelaran Yang Berhormat kepada Yang Berkhidmat di majlis majlis yang mereka hadiri supaya kaki jejak ke bumi sepanjang masa dan bukan sekadar ketika hampir pilihanraya.)

Jumpa lagi tahun depan. InsyaAllah.


**Paling menyampah bila nampak sampah berterabur selepas sesuatu acara/majlis. Bilalah fikiran ekau nak maju ni? Kita bukan pendatang, ini tanahair kita. 




























Artikel Terbaru

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free