Showing posts with label temple. Show all posts
Showing posts with label temple. Show all posts

Pulau Pinang | Reclining Buddha at Wat Chayamangkalaram

Pulau Pinang | Reclining Buddha at Wat Chayamangkalaram | Selain Melayu, Cina dan India yang menjadi etnik utama di semenanjung Malaysia,  masyarakat keturunan Thai (Siam) juga ramai yang bermastautin di sini. Kebanyakan daripada mereka mendiami negeri Kelantan, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. 


Menurut statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2000, 50,211 individu etnik Thai di tinggal di negara ini dimana 38,353 (atau 76.4% daripada mereka) memegang warga negara Malaysia. Kebanyakan orang Siam Malaysia beragama Buddha dari mazhab Theravada dan tempat sembahyang mereka digelar wat. Setiap wat ditadbir oleh beberapa orang sami. 

Orang Siam di Kelantan agak sukar dikenali. Selain wajah yang serupa warga Melayu, mereka juga fasih bertutur dialek Kelantan. Cara hidup dan makanan juga menyerupai masyarakat Melayu. Yang membezakan hanyalah agama dan bahasa Siam yang mereka gunakan sesama mereka.

Tahukah anda bahawa secara politik, orang Siam Malaysia diakui sebagai bumiputera?


Masyarakat Siam di Pulau Pinang
Sejarah kedatangan masyarakat Siam di Pulau Pinang berkait rapat dengan kisah sejarah Pulau Pinang-Kedah-Siam. Kisah lama yang kalau nak diceritakan esok pun tak habis. Seronok belajar tentang sejarah negara tanpa stress untuk exam. Bacalah sendiri ya, aku pun bukannya pandai nak menceritakan mengikut kronologi.

Agama Buddha dianuti sebahagian besar kaum Cina sama seperti warga keturunan Siam. Oleh itu banyak sekali kuil dan wat dibina oleh penganut agama ini di Pulau Mutiara. Mereka juga merayakan Hari Wesak sebagai hari memperingati kelahiran, enlightenment (pencerahan?) dan kematian Gautama Buddha. 


"Reclining Buddha" di Pulau Pinang


Sebenarnya aku tak jangka pun di Malaysia ada patung Buddha yang berbaring mengiring ni. Ingatkan di Wat Pho, Thailand je ada... tapi yang itu sangat besar, tengoklah je lah kat blog post tu. Kalau tak gunakan wide angle lens memang tak muat masuk dalam sekeping gambar sebab ia 'dikepung' dan ada tiang-tiang besar menghalang pemandangan.

Wat Chayamangkalaram ialah sebuah wat Siam dimana tanahnya seluas lima ekar telah dihadiahkan oleh Queen Victoria pada 22 Julai 1845 melalui wakilnya Mr. W.L. Butterworth daripada The East India Company of Penang. Masa tu kan kita masih dijajah Inggeris lagi.

Kuil dan berhala utamanya telah dibina oleh sami yang berasal dari Thailand pada tahun 1900 sebelum pengubahsuaian dilakukan 88 tahun kemudian. Kini wat ini berunsurkan arkiteksur Thai moden. Di dalamnya dibina "reclining Buddha"- Pra Buddhachaiya Mongkul, yang dikatakan antara yang terpanjang di dunia. Panjangnya 180 kaki dan bersadur emas. Patung ini berbaring ke kanan dengan beralaskan tapak tangan kanan menghadap ke utara.



Sami pertamanya ialah sami Buddha bermazhab Theravada dari Thailand, Phorthan Kuat, yang turut dikenali sebgai "Powerful Monk". Mengikut cerita lagendanya sami ini sangat sukakan laksa yang merupakan makanan istimewa di Pulau Pinang. Sehingga kini ada juga penganut yang membawa semagkuk laksa untuk dipersembahkan kepada dewa mereka. Korang yang muslim tu toksahlah pi makan pulak bila nampak laksa dalm wat tu... makruh. Nak makan kena beli, takde yang free ya.

Di hadapan "reclining Buddha" tersebut terdapat banyak patung kecil yang menggambarkan dewa-dewi mereka untuk disembah. Lantainya pula penuh dengan motif bunga teratai (lotus) yang sinonim dengan agama Buddha.

Dinding wat dilukis pelbagai imej Buddha oleh pelukis ternama Thai. Di belakang patung besar itu pula, tersimpan beratus abu mayat penganut Buddha di Pulau Pinang. Penganut yang biasa datang ke wat ini lah kot. Aku pun tak sangka jumpa tempat penyimpanan tu... sesajalah berjalan di keseluruhan wat pastu tetiba...



Tahun Baru Thai, Hari Wesak, hari memperingati penubuhan wat dan beberapa lagi perayaan di sambut di Wat Chayamangkalaram ini. Pada masa tersebut ia akan penuh sesak dengan penganut dan pelancong asing yang ingin menyaksikan pembakaran joss-sticks dan upacara penyembahan.

Persediaan untuk menyambut Loy Krathong yang jatuh pada malam bulan ke-12 kalendar Cina dimana berakhirnya musim hujan dan bulan mengambang penuh. Biasanya pada bulan November. Pada waktu ini para penganut Buddha akan berhimpun di tasik, sungai dan terusan akan melepaskan bungai teratai buatan yang dihias liin, pewangi dan bunga.


Wat Chayamangkalaram
17, Lorong Burma
Pulau Tikus
10250 George Town
Pulau Pinang
Malaysia.

Masuk PERCUMA. 



Thailand | Wat Bang Kung Yang Unik Di Amphawa

Thailand | Wat Bang Kung Yang Unik Di Amphawa | Thailand terkenal dengan wat (temple) yang banyak. Dianggarkan terdapat 32,000 buah wat di seluruh Thailand yang majoriti penduduknya beragama Buddha.

Selain tarikan pelancongan popular, terdapat juga sesuatu yang agak tersembunyi dan menarik untuk dikunjungi. Dilindungi oleh akar dan batang pohon ara (banyan tree) Wat Bang Kung di utara Amphawa, Samut Songkhram, menarik ribuan pelancong dan penganut ke sini dengan keunikannya . Chapel kecil dipanggil Bot Prok Pho (ordination hall covered by Bodhi tree)  tu seolah-oleh 'dipegang' oleh pokok ara di sekelilingnya kecuali di bahagian belakang. Nama asalnya ialah Bot Luangpho Dam. Wat seperti ini biasa dilihat di Cambodia.

Wat Bang Kung wujud sejak era Ayutthaya lagi. Pada kurun ke-18, 1768 tepatnya, kawasan ini merupakan kubu pertahanan tentera laut sewaktu peperangan sengit menentang pencerobohan Burma. Terbiar selama 200 tahun sehinggalah Kementerian Pendidikan mengambil inisiatif membangunkannya semula sebagai tapak bersejarah. Kini ia berfungsi sebagai wat dan terdapat patung King Thaksin serta dua baris patung lelaki Cina bersaiz sebenar yang membantu dalam peperangan menentang Burma sedang ber-Muay Thai.

Di dalam wat ini terdapat satu patung Buddha yang besar. Pengunjung akan berdoa, meletakkan incense sticks dan melekatkan daun emas ke badan Buddha tersebut. Di bahagian belakang wat pula disediakan teh herna secara percuma yang dikatakan baik untuk kawasan tekanan darah.



Sisi kanan wat.

Belakang wat.







Memohon hajat.




Wat Bang Kung
Soi Thetsaban Tambun Kradang Nga 1
Bang Khonthi, Bang Khonthi District
Samut Songkhram 75120, Thailand









Thailand | A visit to Wat Prayun in Bangkok

A visit to Wat Prayun in Bangkok | Lawatan kami ke Wat Prayun sewaktu senja melabuhkan tirainya. Kami ke sana menaiki tuk tuk selepas program food tour. Elok naik tuk tuk sekejap je dah sampai. Kalau naik van kebas punggunglah nak sampai during peak hours tu.


Wat Prayurawongsawas Worawihan, juga dikenali dengan nama singkatannya Wat Prayun, telah menerima UNESCO Cultural Heritage Conservation Award of Excellence secara rasminya pada 23 April 2014. Proses pemuliharaan Phra Borommathat Maha Chedi (stupa) dan ruang berkembar, Pharin Pariyattithammasala menyaksikan Thailand menerima anugerah tertinggi dalam Anugerah Warisan. UNESCO mengiktiraf usaha pemuliharaan dengan menggabungkan kepakaran teknikal kejuruteraan moden dengan teknik tradisional dan kerjasama kuat diantara sami, pakar dan penduduk tempatan dalam memelihara kuil suci tersebut yang berada di komuniti Kadeejen.

 Sumber Goran Ehren.





SEJARAH WAT PRAYUN
Wat ini dibina pada tahun 1828 sewaktu pemerintahan King Rama III (1824-1851) yang merupakan abang kepada King Mongkut yang mula dikenali dalam filem The King and I. Ia dibina sebagai biara oleh Menteri Luar dan Kewangan Diraja, Chao Phraya Phra Klang, pewaris Persian Bunnag clan. Ia asalnya family temple yang dimiliki oleh sebuah keluarga Parsi dari bunnag clan yang berpengaruh.

1828 lamanya... dah 188 tahun! Hebat betulkan teknologi dahulu kala? Bertahan hingga kini. Khabarnya campuran simen dilekatkan dengan menggunakan putih telur, sama seperti tinggalan istana lama di Yogyakarta. Kena korek rahsia nisbah putih telur dan simen untuk buat eksperimen sendiri ni.

Wat Prayun merupakan kuil istana kelas kedua yang menjalani proses restorasi pada tahun 2009.  Ia agak kurang terkenal berbanding Wat Pho dan Wat Arun. Terletak di barat Sungai Chao Praya, di bahagian bawahnya juga terdapat muzium kecil yang mempamerkan imej Buddha dan artifak yang dijumpai di bawah chedi pada tahun 2006.



 Tour guide kami petang tu sedang menunjuk ajar Cristina on how to perform rituals. Nampak tak yang berkilat-kilat tu? Kertas emas kecil dilekatkan pada dinding wat dengan hajat tertentu.



 Kena merangkak sekejap untuk keluar.


KEUNIKAN WAT PRAYUN
Selain ruang yang biasa ada di dalam mana-mana wat Buddha besar seperti perpustakaan, perhimpunan dan chedi (stupa) kelainan yang terdapat di wat ini ialah pagar merah setinggi 1.5 meter yang dibuat daripada senjata peperangan seperti kapak, pedang dan tombak. Dahulunya ia melingkari keseluruhan kuil/wat tetapi kini hanya sebahagian kecil sahaja yang kelihatan, dari pintu masuk ke chedi.

Wat berbentuk loceng berwarna putih dengan luas dasar 80 meter memudahkan wat ini dikenali. 18 chedi yang lebih kecil ditempatkan di sekeliling wat.


PENGALAMAN DI WAT PRAYUN
Kami naik ke tingkat paling atas... challenging jugalah kerana perlu menaiki tangga batu yang curam. Teringat Gunongan tempat permainan permaisuri sultan di Banda Aceh, camnilah tangganya. Tangga batu tu bukan saiz standard seperti sekarang, aku rasa sekaki tebalnya setiap satu. Stress otot kaki den heheh.. Walaupun mencungap tetapi pemandangan Bangkok yang kita akan dapat dari atas tu. 

Wat Prayun dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang. Naik bot boleh, naik teksi lagi senang.






Wat Pho | The Reclining Buddha In Bangkok, Thailand


Wat Pho | The Reclining Buddha In Bangkok, Thailand | Bangkok terkenal dengan pelbagai perkara, diantaranya ialah terdapat banyak kuil Buddha di ibu kota tersebut. Ia sebenarnya bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana 85 peratus penduduk Thailand menganuti agama tersebut. 

Lokasi yang pertama kami lawati dalam program Women's Journey Thailand ialah sebuah wat Siam yang tersenarai sebagai wat yang terpenting dalam enam wat diraja. Ia sangat terkenal dan dihormati menjadikannya 'a must see' apabila berada di Bangkok.

Wat Pho ialah kompleks wat/kuil Buddha yang dibina di Rattanakosin, selatan Grand Palace. Nama rasminya ialah Wat Phra Chetuphon Vimolmangklararm Rajwaramahaviharn manakala gelaran Wat Pho ialah singkatan kepada nama asalnya Wat Photaram. Wat Pho wujud sebelum Bangkok menjadi ibu negara lagi. Ia dibina semula di zaman King Rama I. Renovasi dan pembesaran kompleks wat berlaku secara besar-besaran sewaktu pemerintahan King Rama III. 

Dulu, ibu negara Thailand di Ayutthaya tetapi ia musnah apabila berlaku peperangan dengan Myanmar. King Rama 1 telah mengarahkan supaya patung-patung Buddha di tapak kuil lama di Ayutthaya dipindahkan ke sini menjadikan Wat Pho sebagai sebuah kuil yang memiliki paling banyak koleksi imej Buddha.


Wat Pho Sebagai Pusat Pembelajaran
Diatas kesedaran bahawa ilmu berharga diancam kepupusan, Wat Pho dijadikan pusat pembelajaran perubatan Thai yang pertama di Thailand diatas arahan King Rama III. Hingga kini ia masih menjadi tempat pembelajaran seni urutan Thai. 

Ensaiklopedia bergambar dalam bidang sejarah, perubatan, kesihatan, adat, kesusasteraan, peribahasa, perkamusan dan agama Buddha diukir di kepingan granit supaya tidak hilang ditelan masa. Ilmu berkenaan urutan Thai dan subjek lain ditempatkan di sekitar wat. Begitu juga dinding dalamnya yang menggambarkan mengenai pentadbiran, kisah rakyat jelata dan pertanian yang menjadi pekerjaan utama di waktu itu. Ilustrasi dan inskripsi di Wat Pho telah didaftarkan oleh UNESCO di dalam Memory of World Programme yang diwujudkan untuk mempromosi, memulihara dan mewar-warkan warisan dunia.







Phra Ubosot (Phra Uposatha) atau bot (atas kiri) ialah ruang utama untuk melaksanakan ritual agama dan merupakan bangunan paling suci dalam kompleks Wat Pho.



The Reclining Buddha @ Buddha Berbaring

Wat Pho salah satu diantara wat yang tertua di Thailand. Ia menempatkan patung Buddha sepanjang 46 meter panjang dan 15 meter tinggi berwarna keemasan. Bentuk ikonik ini menggambarkan Buddha berbaring sewaktu kemasukannya ke dalam Nirvana dan berakhirnya jelmaan semula. Ia mengiring ke kanan sambil tangannya mengampu kepala yang ditindan dua biji bantal mozek.


  

Kaki Buddha setinggi tiga meter dan selebar 4.5 meter. Ada kerja-kerja pemuliharaan di bahagian kaki sewaktu aku ke sini.

Wat Pho juga indah dirakamkan gambarnya di waktu malam.


Phra Maha Chedi Si Ratchakan


Di luar Phra Rabiang terdapat banyak chedi/stupa yang lebih kecil yang dipanggil Phra Chedi Rai. 71 buah chedi kecil setinggi lima meter setiap satu menempatkan abu mayat keluarga diraja dan 20 yang besar sedikit dalam lima sekumpulan mengandungi tinggalan Buddha.



Walaupun reclining Buddha bukanlah tempat tumpuan keagamaan tetapi ia merupakan simbol ketaatan agama. Sambutan tahunan untuk Buddha ini sekitar waktu Songkran, dalam bulan April.


Bagaimana untuk ke Wat Pho?
Cara mudah untuk ke Wat Pho ialah dengan menaiki BTS Skytrain hingga ke stesen Saphan Taksin dan ambil Exit 2. Dari sana naiki pula bot Chao Phraya River Express. Naik bot penumpang biasa tu baru 14 baht. Turun di Tha Thien pier kemudian berjalan je terus mengikut signboard, kalau tak pasti ringankan mulut bertanya. Di stesen Saphan Taksin ada Tourist Information Centre... tanya je kat depa.


Tiket Masuk
100 baht bagi pelancong asing.

Nak berurut pun boleh... 250 baht untuk 30 minit, 400 baht untuk servis selama sejam tapi aku pun tak perasan tempat berurut tu sebab punyalah ramai pelawat. 


Waktu Operasi
8.00 pagi hingga 6.00 petang. Compound boleh dilawati hingga 10 malam.


Do's and don't
1. Kasut tidak boleh dipakai di dalam wat. Mereka akan bekalkan kita dengan beg plastik untuk menyimpan kasut.

2. Sleveless, berseluar/skirt pendek atas lutut tidak dibenarkan. Nak masuk rumah ibadah orang pepandailah bawa diri. 

3. Kalau ada sami (monk) tundukkan kepala sedikit dengan tangan dirapatkan ke dada tanda hormat.(faham kot bagaimana?) 

4. JANGAN pegang monk. 

5. Nak wefie dengan monk? Aku tak pastilah boleh ke tidak tapi tak pernah nampak pun sesiapa buat begitu. Jangan ko memandai hahah..






Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free