Showing posts with label sarawak. Show all posts
Showing posts with label sarawak. Show all posts

Hotel Review | Merdeka Palace Hotel & Suites, Kuching

Hotel Review | Merdeka Palace Hotel & Suites | Hotel lama yang elegan ini berada di hadapan Padang Merdeka di tengah bandar Kuching, Sarawak. Terkenal dengan staf yang mesra pelanggan, ia masih mengekalkan standard perkhidmatan terbaik sebagaimana komen-komen tetamu yang aku baca sebelum ke sini.


Kerana kedudukannya yang strategik Merdeka Palace Hotel & Suites ini sangat sesuai dijadikan base untuk kita explore bandar Kuching. Hanya tiga minit ke Plaza Merdeka Shopping Mall  dan muzium, kita juga boleh berjalan kaki ke tepian Sungai Sarawak yang lebih dikenali sebagai Kuching Waterfront. Kuching International Airport pun hanya 15 minit sahaja jauhnya dengan berkereta. Kuching Waterfront tempat kita menaiki perahu tambang untuk ke Fort Margeritha, bangunan Sarawak State Assembly dan kedai-kedai kek lapis.

Sumber di sini

Sumber di sini

Jenis bilik yang ditawarkan:
Standard, superior, deluxe dan apartment suites.

Apa yang best sangat menginap di Merdeka Palace?
Aku pernah menginap di suites apartment tiga bilik yang luas dan selesa. Tilam dan bantal tu menambah nyenyaknya tidur. Dapat pula city view lagilah best. Kalau ada konsert di padang tu boleh tengok dari dalam apartment je (bukan semua).



Walaupun interior furnishings nampak stail lama tetapi ia dilengkapi flat screen tv dengan saluran satelit, safe deposit box dan microwave. Senang nak perangat pizza yang tak habis siang tadi. Jug kettle haruslah ada kan?

Apartment ini sangat selesa untuk yang datang dengan keluarga, duduk sekali senang nak kejut anak solat Subuh. Living room tu sesuai untuk anak-anak bermain. Sekiranya kita menyewa dengan kengkawan pun ruang tersebut boleh kita gunakan untuk melonggok segala kek lapis, ikan terubuk, kain batik, barang perhiasan rumah dan sayur midin hahahha.... gigih bawa sayur midin balik semenanjung. Ingat, kalau naik Air Asia sila tambah luggage at least empat jam sebelum terbang ye. Korang ni kalau shopping boleh lupa dunia.

Lepak di lobi pun syok juga. Ambience yang menyenangkan.

Masuk je...WOW luasnya!

Ruang menonton tv.
Bangunan kiri tu ialah muzium negeri. Aku rasa isi dalamnya sama je macam masa aku kekecik dulu. Di belakangnya akuarium ikan. taman dan sebuah monumen. 




Hotel bisnes dan kembara lima bintang ini turut menyediakan fasiliti dan perkhidmatan berikut:
Penjagaan bayi/kot bayi
Ruang perbincangan bisnes
Penukaran wang asing
Kedai hadiah
Dobi dan cucian kering
Wake up call
Tour desk - sila lihat Tempat-tempat Menarik di Kuching

*Selama menginap di hotel sejak anak seorang belum pernah lagi aku menggunakan baby sitting service. Agaknya mak-mak berstatus korporat yang banyak gunakan servis ni. Ye lah kan, kalau anak fully breast feed haruslah dibawa kemana pergi walaupun untuk business meeting.


Kemudahan Rekreasi:
Gimnasium, bilik sauna, kolam renang, urutan tradisional Melayu dan tempat kanak-kanak bermain. Tak dapat nak komen sebab tak sempat mencuba. 

Tiga restorannya pula dikatakan bertaraf dunia:Ristorante Beccari - restoran Italy yang pernah memenangi anugerah
Aurora Court - dibuka sepanjang hari
Seattle Coffee & Tea - bistro. Sesuai untuk mengopi dan berborak.

Aku yang suka makanan berasaskan tepung ni rasa sedap sangat pizza dan snek di Ristorante Beccari tu. Sarapan pagi boleh tahan sedap juga tetapi mungkin boleh dipelbagaikan lagi hidangan untuk memenuhi pelbagai selera di pagi hari.


Apa pula perkara yang tak berapa 'ngam' di hotel ini?
Di sesetengah bilik boleh nampak kubur Cina lama tapi aku okay je sebab masa kecil dahulu main buaian dekat situ hehee... selama mana kita tak menakut-nakutkan diri kita sendiri, tenang tenang aja deh.


Merdeka Palace Hotel & Suites
Jalan Tun Abang Haji Openg,
93000 Kuching
Sarawak

Klik sini untuk tempahan.

Tiket dengan harga diskaun untuk Borneo Jazz & Rainforest World Music Festival 2017

Tiket dengan harga diskaun untuk Borneo Jazz & Rainforest World Music Festival 2017 | Setiap Sarawak Tourism Board mengaturkan beberapa festival menarik untuk menarik pelancong ke Bumi Kenyalang. STB juga tanpa gagal mengadakan dua festival muzik hebat setiap tahun.


Kenapa dikatakan festival muzik yang hebat?

Para performers yang dijemput mengadakan persembahan adalah yang terbaik dalam genre muzik mereka. Nak bawa mereka ke sini pun ada yang kemain susah ndak ndaknya yang datang dari pulau tu haa. Dengan nak naik botnya... bertukar kapal terbang... bukan senang oii! Kena ada orang yang berpengalaman menguruskan perihal logistik ni. I think STB has a lot of experiences regarding this matter. Anniversary ke-20 dah pun RWMF.

Walaupun mungkin kurang dikenali di Malaysia, kita akan terpegun melihat dan mendengar muzik yang dipersembahkan. Sungguh! Ai tak tipu tau sebab ai pernah pergi. Mendengar di radio/dvd tak sama dengar menonton secara live. Dengan sound system terkini dan kesungguhan mereka perform di atas pentas membuatkan badan kita turut bergoyang. Yang best-nya konsert diadakan di open space. Banyak ruang untuk bernafas hahah...

Jangan tunggu lagi... 31 Mac ini tarikh akhir untuk mendapatkan tiket diskaun for early birds.


Borneo Jazz Festival 2017
12 - 13 Mei, 2017 di Parkcity Everly Hotel, Miri, Sarawak.

Image result for borneo jazz 2017

Selepas konsert nanti boleh visit Lambir Hills atau Taman Negara Niah. Kalau minat menyelam boleh try Miri-Sibuti Coral Reefs National Park. Nak lagi best pergi Mulu dan Bario. Ai dah sampai Mulu... boleh search dalam blog ni. Best giler!

If you keen to be one of the volunteers, kindly read here. Best gak untuk dapat experience kan?

Borneo Jazz 2017 Tickets

TicketsEarly Bird
(Till 31st March)
 Pre Sale
(1 Apr – 11 May)
 Door Sale
(12 – 13 May)
Adult (1 Day Pass)RM67.60 RM88.80 RM110.00
Adult (2Day Pass)RM110.00 RM152.40 RM194.80
Child (7-12)
(1Day Pass)
RM35.80 RM46.40 RM57.00
Child (7-12)
(2Day Pass)
RM46.40 RM67.60 RM88.80
Family package (2 Adult & 2 Child)RM143.20 RM185.60 RM228.00

For more tickets info please read here.


Rainforest World Music Festival 2017
14 - 16 Julai, 2017 di Sarawak Cultural Village, Kuching, Sarawak.
Image result for rainforest world music festival 2017


Tickets

20th Anniversary of the Rainforest World Music Festival.
Description 

Early Bird
(1st Jan till 31 Mar)
Pre-Sale
(1st April – 13th July)
Door Sale
(14th – 16th July)
Adult (1Day Pass)

RM110.00

RM131.20

RM152.40

Adult (3Day Pass)

RM290.20RM343.20RM406.80
Child (1Day Pass)

RM57.00RM67.60RM78.20
Child (3Day Pass)

RM110.00RM152.40RM184.20
Family package
(2 Adult + 2 child tickets)
RM228.00

RM270.40

RM312.80

*child age 7-12 years

Family package : Applicable to daily passes only. Select 2 Adult & 2 Child tickets on the same day in a single transaction and system will auto adjust the price to family package.


Sila baca di sini untuk informasi tambahan.





16 Tempat Menarik Di Kuching, Sarawak

16 Tempat Menarik Di Kuching, Sarawak | Sarawak mempunyai tarikan alam yang sangat berharga. Hutan, gua, hidupan liar, gunung dan pantainya merupakan tarikan utama. Negeri ini menerima kehadiran pelancong asing yang tinggi kerana mereka sukakan alam semulajadi yang menjadi 'trademark' Sarawak.


Berkeluasan 124,000 km persegi, penduduknya hanyalah 2.5 juta dengan 27 suku kaum. Lima peratus daripada kawasan Sarawak diklasifikasikan sebagai Kawasan Lindungan (Totally Protected Areas) yang meliputi 25 taman negara, 8 hutan simpan dan 4 santuari hidupan liar.

Kuching yang menjadi ibu negeri ialah sebuah kota yang sibuk dan dilengkapi dengan bangunan moden dan lama sejak zaman kolonial Inggeris lagi. Astana, yang dulunya menjadi kediaman White Rajah dan Fort Margaritha yang dibina untuk mempertahankan diri dari lanun merupakan antara bukti penjajahan tersebut.

 Astana

Sarawak state assembly building

Nak buat informasi tentang tempat menarik di Sarawak as a whole banyak sangat jadi kita fokuskan kepada Kuching dululah ya. Kuching bukan setakat ada kek lapis dan Serikin aje ye... banyak sangat tempat untuk dilawati. Aku nak bagi informasi dan cadangan supaya awak semua mudah membuat rancangan melancong. Kalau nak tahu tentang Mukah dan Sarikei boleh gunakan butang search di atas. 

Last week Air Asia buat sale zero fare lagi, dapat tak? Sadly to say, aku tak dapat. Masa aku di KK tu tak tahu kenapa tak boleh book lansung dan aku taklah excited sangat sebab tempoh perjalanan sehingga Mei 2017 sahaja, tak syok bercuti jika otak memikirkan anak nak exam.. anak nak exam.. aku je yang fikir, dia tak kisah pun hehe..


10 Tempat Menarik Di Kuching, Sarawak

1) Masjid Negeri



Sejarah pembinaannya bermula pada tahun 1847. Diperbesarkan sedikit demi sedikit demi keselesaan jemaah kemudiannya diruntuhkan dengan bom di tahun 1967 untuk pembinaan masjid yang lebih selesa dan menarik.

Berada di tengah bandar Kuching, kita boleh berjalan kaki saja dari waterfront tu (meleleh foundation wakkk hahah...). Insaf sekejap datang sini sebab dipenuhi kubur disekelilingnya.


2) Bako National Park
Berada 37km dari bandar Kuching, Bako National Park seluas 2,727 hektar di penghujung semenanjung Muara Tebas telah digazetkan sebagai taman negara semenjak tahun 1957 lagi menjadikannya taman negara yang tertua di Sarawak.

Hutan hujan dengan 25 jenis tumbuh-tumbuhan untuk melengkapkan tujuh jenis hutan, hidupan liar dan 18 trek untuk berjalan dan mendaki membuatkan taman negara ini sangat menarik. Bagi yang adventurous boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai trek dan denai di www.sarawakforestry.com . Penginapan juga disediakan di sini.

Untuk ke BNP kita perlu menaiki bot dari jeti Kampung Melayu Bako. Di sini pun ada homestay dan terkenal dengan produk belacannya.


3) Damai Beach, Santubong
Tempat beristirehat berhampiran Sarawak Cultural Village. Komen yang aku baca: bilik luas, harga berpatutan dan staf yang ramah. So apa lagi... book lah! Tetapi agak jauh dri bandar ya.


4) Perkampungan Budaya Sarawak (Sarawak Cultural Village)
Sarawak memiliki 27 etnik yang hidup bertoleransi sejak ratusan tahun dahulu. SCV berada di kaki Gunung Santubong yang terkenal itu merupakan tempat untuk kita belajar secara pantas tentang budaya kaum-kaum utama di Sarawak.

Bentuk rumah mereka, cara hidup, kraftangan seperti kain Puan Kumbu dan tambok Bidayuh antara yang dipamerkan di sini. Kita juga akan dipersembahkan dengan persembahan budaya selama 45 minit setiap hari. Kena semaklah pukul berapa ia bermula, kalau terlepas rugi ler... sure ada yang berkenan dengan seorang penari tu, tersenyum manis jer sepanjang persembahan.

SCV juga merupakan lokasi untuk World Harvest Festival dan Rainforest World Music Festival yang gah tu. Bilalah dapat menonton RWMF ni eh? 




5) Semenggoh Nature Reserve
Tempat ini merupakan harapan kedua bagi orang utan yang kehilangan tempat tinggal, yatim dan diselamatkan dari pemburuan haram. Makhluk istimewa ini dilatih untuk hidup sendiri oleh warden yang berpengalaman sebelum dilepaskan ke habitat asalnya.

Elok datang waktu orang utan ini diberi makan iaitu antara 9.00-10.00 pagi dan 3.00-3.30 petang. Kekadang orang utan yang sudah dilepaskankan pun akan datang semula untuk mendapatkan makanan. Jika ada telephoto lens lebih bagus kerana adakalanya mereka tak mahu turun bila ramai 'peminat' datang.

Selain itu Semenggoh Nature Reserve juga menjadi tempat untuk melihat beburung ini : Yellow-rumped Flowerpecker, Bornean Black-magpie, Long-billed Partridge, Red-bearded Bee-eater, Red-naped Trogan, Scarlet-rumped Trogon, Rufous-backed Kingfisher, Rufous-collared Kingfisher, Banded Kingfisher, Red-crowned Barbet, Red-throated barbet, Malaysian Honeyguide, Rufous Piculet, Hooded Pitta, Banded broadbill, Green Broadbill, Blue-winged Leafbird, Asian paradise Flycatcher, Crested jay, Reddish Scops Owl, Brown Hawk Owl, Sunda Frogmouth & etc.

Alamat:
Semenggoh,
Kuching
Waktu Beroperasi:
0800 hrs to 1700 hrs
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
SARAWAK FORESTRY
Tel: +6092-610088 (General Line) 1-800-88-2526 (Toll Free Line)
Fax: (+6) 082 610099
Website: www.sarawakforestry.com
Email: sarawakforestry
Bako National Park / Bako Terminal
Tel: 6082 360933
Bagaimana untuk ke SNR?
Dari Kuching sila naiki bas Sarawak Transport Company bus No. 6 yang akan berhenti di hadapan pintu utama kemudian berjalan kaki selama 20 minit untuk ke SWR. Bas terakhir ke Kuching pada pukul 5 petang. Jika mahu menaiki teksi sila dapatkannya dari hentian teksi Kuching. Teksi di Kuching ni dok setempat je.

6) Fairy Cave & Wind Cave
Aku cadangkan at least once in a lifetime pergilah masuk gua. Bukan gua yang semak samun kat kampung tu tetapi show cave yang banyak di Malaysia ni. Beribu pelancong asing melawat khazanah berharga yang kita ada tetapi kenapa kita boleh buat dekkk aje? 

Terdapat dua gua yang terkenal di Kuching dan biasa termasuk dalam half day tour para pelancong yang adventurous. Fairy Cave atau Gua Pari (di-Melayukan betul bunyinya heheh) terletak di Bau, kira-kira 40km dari bandaraya Kuching. Untuk sampai ke main chamber kita perlu menaiki tangga konkrit setinggi bangunan empat tingkat. Walaupun di dalamnya agak gelap tetapi kita tak perlukan lampu suruh sebagi bantuan pencahayaan. Di sini nanti dapatlah kita melihat stalagtit dan stalagmit yang pelbagai bentuk. Menarik.


Manakala Wind Cave pula hanya 10 minit memandu dari Fairy Cave. Kita memerlukan torchlight semasa berjalan atas plank tu nanti. Di sini banyak kelawar dan burung walit. Di dalamnya sejuk, mungkin sebab itu dinamakan Wind Cave kot.

Gua-gua ini dibuka dari 8 pagi hingga 4.30 petang dengan bayaran masuk hanya RM1. Kebiasaannya lawatan ke kedua-dua gua ini mengambil masa empat jam dengan caj bermula dari RM100 seorang.

Sumber di sini.

Sumber google.


7) Muzium Sarawak
Muzium biasalah... menyimpan barang lelama untuk tatapan generasi kini. Masa aku melawat tahun lepas aku rasa sama je susun aturnya seperti zaman aku kekecik dulu. Di bahagian luarnya ada akuarium ikan tetapi rasanya ada terbaca berita yang mengatakan ia akan dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunan.

Di belakang muzium ini ada kawasan lapang dan tugu peringatan, the Heroes Monument. Dekat je... boleh berjalan kaki dari Padang Merdeka.




8) Sarawak Orchid Garden

Sumber di sini.

Taman Orked Sarawak ini mengumpulkan 75,000 orked daripada 82 spesis. Selain “Normah Orchid” Phalaenopsis Bellina yang dinobatkan sebagai bunga negeri pada 1983, antara jenis orked Borneo yang paling terkenal ialah Ladys’ Slipper (Paphiopetilum Saderianum) yang berwarna hijau-hitam, Bulbophyllum Beccarii - berbau busuk dan Vandal Dearei - orked yang berbau wangi.

Lokasinya di seberang Sungai Sarawak bertentangan Kuching Waterfont berdekatan Astana dan Fort Margaritha. Tambang singgit je naik bot penambang. Dibuka setiap hari kecuali Isnin.

Taman Orkid, Kampung Istana
93050 Kuching, Sarawak, Malaysia
Phone:+60 82-446 688


9) Annah Rais Hotsprings & Bidayuh Longhouse

Sumber di sini.

Kolam air panas ini sangat unik kerana berada di tengah sungai, sejuk dan panas di satu tempat. Terdapat tiga buah kolam di sini, yang paling kanan terpanas. Ia hanya 10 minit berkereta dari rumah panjang Bidayuh Annah Rais.

Kedudukannya taklah jauh sangat dari Kuching.. tak sampai sejam drive, menghampiri sempadan dengan Indonesia. Tiket dewasa RM5, kanak-kanak RM3.

Kampung Annah Rais
Padawan, Kuching.


10) Jong's Crocodile Farm & Zoo

Inilah ladang buaya yang terbesar di Malaysia. Selain buaya kita boleh melihat sendiri hidupan liar lain seperti spesis burung yang hanya dijumpai di Pulau Borneo, monyet, leopard-cats, sunbears, bear cats, pheasants, civets, barking deers, sambar deers, turtles, fruit bats, monitor lizards, pythons dan juga southern cassowary.

29Km Kuching-Serian Road
93250 Kuching.

Waktu operasi: 
Setiap Hari 9.00 pagi - 5.00 ptg

Waktu Diberi Makan:
11 pagi dan 3 ptg

Harga Tiket:
Sarawakian Adult: RM12.00
*Sarawakian Children: RM6.00

Adult: RM22.00
*Children: RM11.00

*Children (3-12 years old). Matilanakkk... orang semenanjung kena bayar harga foreign tourist.


11) Mural Orang Utan


Street art inipun hasil kerja Earnest Zacharevic’s yang melukis mural di George Town, Penang tu. Lukisan lapan ekor anak orang utan dalam kereta tolak (wheelbarrow) dan seekor sedang bergayut pada paip sangat menarik. Di lukisan yang seekor tu ada paku jadi bolehlah nak gantung pisang ke kamera ke... apa apa lah mengikut kreativiti memasing.


Lokasinya? Di Jalan Power, bersebelahan pasar terbuka dan India Street.



12) Kuching Wetland National Park

Ia sebahagian daripada Sarawak Mangrove Forest Reserve yang dahulunya sangat luas. Untuk sesi lawatan yang kebiasaannya mengambil masa setengah hari, kita perlu menggunakan khidmat tour operator kerana kena naik bot.


Kita akan dibawa ke Salak River sebelum memasuki anak sungai yang lebih kecil di dalam kawasan taman negara tersebut. Ada pengendali bot yang akan berhenti perkampungan nelayan Pulau Salak manakala yang lain meneruskan perjalanan ke Santubong and Salak river estuaries mencari Irrawady dolphin. Nasib nasiblah nak berjumpa ikan lumba-lumba tu..


13) Matang Wildlife Centre

14) Kedai Kek Lapis & Ikan Terubuk Masin

Inilah speciality Sarawak selain Laksa Sarawak, tebaloi, sayur midin dan ulat sagu. Banyak dijual di bandar Kuching tetapi ramai yang lebih suka naik bot menyeberangi sungai Sarawak tu. Orang nampak kedai tepi sungai tu aje... di belakang masjid pun ada, terkenal juga pengusaha tu.

Kalau berpeluang beraya di Sarawak silalah cuba makan kek lapis home made tu sampai cemuih. Dedulu mereka hidangkan kesemua kek yang mereka buat sebiji sebiji atas meja. Masa kekecik aku malu... sekarang ni kalau mereka hidang macam tu lagi aku makan je sampai puas hahahha... rugilah kalau malu weh.

Untuk mengetahui 12 hidangan popular di Sarawak sila klik di sini.



15) Pasar Serikin

Sumber di sini.

Sumber di sini

Melancong tanpa shopping bukan orang Malaysia lah kan heheh.. boleh meroyan diorang kalau dalam itinerary takde aktiviti shopping.

Jika berada di Kuching di hujung minggu silalah buat lawatan ke Serikin di daerah Bau (disebut Bauk). Ia terletak di sempadan Indonesia dengan para penjual kebanyakannya dari Pontianak, Indonesia. Pontianak berkedudukan hampir dengan garisan khatulistiwa so expect peluh akan menyimbah jika membuat lawatan tapak di tengahari ya.

Banyak barang dah naik harga dan jangan juga sangka semuanya lebih murah dari yang dijual di bandar Kuching. Aku rasa berbaloi beli oven hijau yang banyak digunakan untuk membuat kek lapis tu.

Hanya sejam perjalanan dari Kuching, ia dibuka seawal pagi Sabtu dan tutup tengahari Ahad. Parking RM2.


16 ) Tasik Biru


Bau Lake atau Tasik Biru terletak di pekan Bau, berhampiran Serikin. Sungguh nostalgia tasik ni, tempat berkelah dan mandi-manda waktu kekecik dulu. Dulu di tahun 1980an pemandangannya sangat cantik dengan warna air biru kehijauan.

Tasik Biru adalah tasik yang terhasil akibat perlombongan emas sekiatr 1898-1921. Dahulunya dikenali sebagai Tai Parit Mine yang dioperasikan oleh Borneo Company. Aku tak berapa pasti keadaannya sekarang tetapi dahulu ada jambatan dan papan anjal untuk terjun tiruk.

Ditutup pada tahun 1990 kerana berlaku kerja-kerja perlombongan emas kembali di bahagian tepi dan dasar tasik sebelum dibuka semula pada tahun 2009 dengan fasiliti yang lebih baik. Sejak ditutup tu Bau dah hilang seri, tak meriah seperti dahulu di hujung minggu.

Kajian berkala yang dibuat menunjukkan air tasik ini tinggi kandungan arsenik yang membuatkannya tidak sesuai untuk diminum. Maknanya kalau selalu berenang dan menyelam tidak bolehlah, setakat selam kaki sekala sekala takde hal. Kandungan arsenik sebenarnya ada je dalam seafood tapi tak tinggi berbanding air bawah tanah.

Setakat ini hanya Bau Jong Regatta - perlumbaan kapal layar mini - yang diadakan sejak 1950 sahaja dibuat setiap tahun di sini.


Cukuplah tu dulu... korang nak bercuti 4 hari 3 malam je kan? Yang belum book tiket tu sila ke website Air Asia. Malaysia AirlinesMalindo Air dan Fireflyz  kerana penerbangan setiap hari ulang-alik KUL-Kuching. Yang nak book bilik pi klik kat website Agoda.com kat atas tu.

Negeri yang paling banyak daerah = Sarawak.
Negeri yang paling banyak airport = Sarawak.
Negeri yang paling banyak etnik = Sarawak.
Negeri yang paling banyak gua = Sarawak.
Negeri yang paling panjang sungai = Sarawak.
Negeri yang paling banyak tempat percutian = Sarawak.
Dan yang paling best, negeri yang tiada toll = Sarawak.

I love Sarawak.


Nota:

Nak tahu tentang Homestay Kampung Mongkos boleh baca di sini.

Nak tahu tentang Homestay Kampung Melayu Tebekang boleh baca di sini. Dua-dua dia Kuching.




Borneo Jazz 2016 is around the corner !

Borneo Jazz 2016 is around the corner ! | Calling jazz fanatics! Head on to Miri  by this Friday guys to enjoy an awesome jazz concert!


Bulan Mei selalu meninggalkan kenangan manis. Paling sweet tahap potong kaki mestilah sambutan birthday tahun lalu bilamana Borneo Jazz 10th Anniversary jatuh pada 8 Mei. Walaupun sendirian di Boneo tapi seronok dapat bersama performers hebat dari serata dunia. Dapat mendengar lagu-lagu paling enak di halwa telinga di persembahan live dengan sistem bunyi terbaik di tepi pantai. Yang datang kesemuanya peminat jazz and R&B. Giler best!

BORNEO JAZZ 2016
13 & 14 May 2016 @ Parkcity Everly Hotel, Miri

Borneo Jazz 2016

Tahun ini walaupun tak pergi isksss.. tak dapat jumpa Tukangjalanjajan dan Nia uhuk uhukkk... uhukkk.... akan ku tonton di youtube sajalah jika ada.

Barisan pemuzik hebat yang bakal beraksi tahun ini ialah :

BJ2016 API 2
API dari Malaysia + India

BJ2016 Funkatorie
Funkatorie dari Malaysia

Portraits der Musikgruppe Klazzbrothers. Nutzungserlaubnis fŸr Kathegorien Redaktionell/Werbung/PR/Corporate Publishing/Internet/ Handelsprodukte, zeitlich, šrtlich, inhaltlich unbeschrŠnkt (Ausnahme: PR-Fotos dŸrfen fŸr 3 Jahre kostenfrei genutzt werden, danach fallen die Ÿblichen Bildhonorare gemŠ§ MFM-Empfehlung an. Erstellungsdatum des Bildes ist Laufzeitbeginn), Nutzung genehmigt fŸr die Firmen ãBrockmannundKnoedlerÒ und ãGrandmontagne MusicÒ.
Klazz Brothers & Germany Percussion dari Germany/Cuba. Mesti gempak nih.

BJ2016 Manou
Mancu Gallo Grove Orchestra dari Ivory Coast/Belgium.

BJ2016 o Sister
O Sister dari Spain

BJ2016 RAW EARTH
Raw & Earth dari Singapura

BJ2016 RAD TRADS profile
The Rad Trads dari USA

BJ2016 YUICHIRO TOKUDA RALYZZDIG
Yoichiro Tokuda's RALLYZDIG dari Jepun


Sekolah Menengah Chung Hua Miri dan USM Mini Big Band juga akan terlibat dalam Youth Programme.

BJ2016 Tickets | Miri, Sarawak

Description
Pre Sale
(March 1st till 12th May)
Door Sale
(13th – 14th May)
Adult (1Day Pass) RM80.00 RM100.00
Adult (2Day Pass) RM140.00 RM180.00
*Child (1Day Pass) RM40.00 RM50.00
*Child (2Day Pass) RM60.00 RM80.00
Family package
(2 Adult + 2 child tickets)
RM160.00RM200.00
* Child age 7 to 12 years old
**Price quoted is excluded of RM4 Processing Fee & RM1.50 Internet Charges



Harga early bird dah takde so you don't have many choices now. 


Where To Buy The Ticket(s)?

Get yours from www.ticketcharge.com or any of these resellers:


There are 3 more days to go, still got time untuk minta cuti. Boleh beli tiket kapal terbang di www.malaysiaairlines.com atau www.airasia.com. Lepas konsert sambung melancong ke Mulu atau Bario lah pulak. 

Please log on to www.jazzborneo.com for updates ya!













Mengendap Buaya di Kampung Melayu Bako


Mengendap Buaya di Kampung Melayu Bako 

| Bako National Park merupakan sebuah taman negara yang terletak di Sarawak. Terletak 30km dari bandaraya Kuching, ia sangat terkenal di kalangan pelancong yang sukakan alam semulajadi. Daripada 47,450 juta pelancong ke Taman Negara Bako tahun 2014, 75% ada pelancong asing. Popular sungguh.

Okay kita lupakan sebentar kisah taman negara. Untuk ke taman negara itu kita perlu menaiki bot selama 30 minit dan melepasi Kampung Melayu Bako yang merupakan salah satu daripada empat kampung Melayu yang tertua di Sarawak. Kampung yang berusia 165 tahun ini hanya sepelaungan dari jeti Kampung Bako.
Pemandangan dari jeti

Sumber di sini.
Masih menggunakan bot dan sampan sebagai medium pengangkutan (apa nak buat, jambatan belum ada...hiks), kampung asal terbentuk akibat penghijrahan orang dari Brunei dan Sambas. 'Bako' ialah bakau dalam bahasa Melayu Sarawak. Diberikan nama sedemikian kerana dahulu banyak pokok bakau tumbuh di sekitar kampung tersebut. Orang dedulu takde nak memikir nama yang complicated sangat.

Kampung Bako dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu Kg Bako Hulu, Kg Bako Hilir, Kg Bako Indah, Kg Bako Hijrah dan Taman Mesra Bako. Kg Bako Hulu dan Hilir adalah kampung yang asal.

 Pemandangan semasa air sungai surut.

 Adik-adik bersilat menyambut kami

 Kanak-kanak riang... Pernah tak dengar orang ajar cara nak confirm sama ada objek yang kita lihat di malam hari tu manusia ke hantu? haaa... kena buat camni hahahha..

 Pergi Sarawak jangan tak makan sayur midin ni. Sedapnya lahaiiii..

 Masjid Kampung Melayu Bako di atas bukit. Mungkin untuk mengelakkan daripada dilimpahi air pasang.


APA YANG MENARIK DI KAMPUNG MELAYU BAKO?
Koop Warisan Pelancongan Bako ialah koperasi yang ditubuhkan untuk meningkatkan ekonomi penduduk kampung tersebut. Dengan 80 orang ahli, ia menguruskan produk-produk pelancongan seperti homestay, perkhidmatan bot,  pembuatan belacan dan pakej jelajah budaya.



Perkhidmatan Bot Ke Taman Negara Bako
Setelah diuruskan oleh pihak koperasi perkhidmatannya lebih tersusun dengan ciri keselamatan dititikberatkan. Tambang juga diseragamkan supaya tiada penipuan.

Tak tahulah pula masih adakah atau tidak perkhidmatan bot ke bandaraya Kuching melalui Sungai Bako tu. Dahulu, lama dululah... the boat ride takes two hours to Kuching. Jalan darat telah memendekkan tempoh tersebut menjadi 45 minit sahaja.
 Hujan lebat pagi tu. 

   Sebelum melawat Kampung Melayu Bako kami dibawa 'jalan jalan' hingga ke Bako National Park.


Industri Pembuatan Belacan
Aku agak belacan di sini sedap kerana jumlah belacan yang dikeluarkan agak tinggi. Eh, memang sedap! kami dah rasa lunch kat kampung tu.


Pakej Pelancongan Jelajah Budaya
Pakej menyusuri sungai Bako hingga ke laut ni membawa kita melihat perkampungan nelayan, cara mereka menangkap ikan dan menikmati pemandangan hutan paya bakau yang di sana. Ada beberapa spesis bakau di Kampung Melayu Bako.


Pakej terbaru yang diperkenalkan ialah "crocodile watching" atau mengendap buaya. Menurut kajian yang dilakukan diwaktu malam, terdapat kira-kira 60 ekor buaya menghuni hulu Sungai Bako hingga ke Bako Causeway sejauh 30km. Secara purata ada dua ekor abang kawasan setiap kilometer sungai. Menarik!

Pakej jelajah budaya lebih digemari pelancong asing. Macam kita pergi Melaka mesti nak naik River Cruise kerana di tempat lain tak ada. Kata tour guide, pelancong dari semenanjung lebih sukakan aktiviti shopping. Giler tak suka? hahah....

Marilah kita melancong #dekatJe... terdapat banyak lokasi pelancongan menarik sekitar 40km radius dari bandaraya Kuching, Sarawak.
 
Pemandangan dari masjid.


Homestay Popular | Budaya Bidayuh di Kampung Mongkos

Homestay Popular | Budaya Bidayuh di Kampung Mongkos | Kata pepatah jauh berjalan luas pengalaman sungguh jelas kebenarannya. Mana mungkin kita mengetahui kehidupan masyarakat lain jika sekadar berada di pejabat atau di rumah. Mana mungkin kita mampu 'melihat' jika sekadar memandang sahaja. Who lives sees, who travel sees more.

Menyambung program Jom Jelajah Koperasi Sarawak 2015, dari Homestay Kampung Melayu Tebakang kami ke sebuah lagi koperasi di Serian iaitu Homestay Kampung Mongkos. Perkampungan ini letaknya hanya sejauh 2.5km dari Tebedu, sempadan Malaysia-Indonesia di Borneo. Jika tahun lepas aku berkesempatan melawat rumah panjang Iban di Sarikei, kali ini ke perkampungan kaum Bidayuh yang letaknya sekitar 65km dari Kuching dan 15 minit pemanduan dari pekan Serian.
 

KAUM BIDAYUH
Kaum Bidayuh adalah etnik yang mendiami kawasan barat daya Sarawak, terutamanya Bahagian Serian, Kuching dan di barat Kalimantan. Mereka terdiri daripada empat pecahan etnik iaitu:
  • Selakau/Lara (Daerah Lundu)
  • Jagoi/ Singai (Daerah Bau)
  • Biatah (Daerah Kecil Padawan)
  • Bukar/ Sadong (Daerah Serian)
Kaum Bidayuh ialah salah satu daripada 27 etnik yang terdapat di Sarawak dan merupakan kaum keempat terbesar selepas Iban, Cina dan Melayu yang merangkumi 8% pecahan kaum di Bumi Kenyalang. Mengikut bancian tahun 2010 jumlah mereka ini adalah seramai 198,473 orang.

Walaupun kaum Bidayuh bukan etnik yang terbesar jumlahnya di Sarawak tetapi mereka mempunyai dialek yang banyak, dikatakan setiap 10km dialek mereka berbeza. Bahasanya agak unik berdasarkan sebutan, pertuturan, gerak gaya dan alunan yang dipertuturkan. Lazimnya bahasa Bidayuh akan berubah intonasi dan bahasa mengikut kampung dan daerah tertentu. Ini menyebabkan suku kaum ini sukar untuk berkomunikasi antara satu sama lain sekiranya mereka dari suku dan daerah yang berlainan.

Muzik memainkan peranan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang mereka jalankan. Ia  berperanan menaikkan semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Motif sesuatu upacara yang dijalankan juga dapat dikenalpasti melalui muzik yang dimainkan. Umumnya, muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar, Canang, Gendang dan Tawak (sejenis gong kecil).

Kebanyakan penduduk Kampung Mongkos masih menyara diri melalui hasil pertanian. Mereka bertanam padi, sayuran, lada hitam dan kelapa sawit. Ada juga yang bekerja di jabatan kerajaan di Kuching.

Lada hitam yang dijemur.
RUMAH PANJANG BIDAYUH
Rumah panjang Kampung Mongkos ini berada di tengah-tengah kampung baru yang berkembang setelah rumah panjang sedia ada tidak lagi mampu untuk menampung pertambahan penghuninya. Ia masih berfungsi sebagai kediaman dan dijaga rapi.

Bagi tujuan keselamatan lazimnya rumah panjang masyarakat Bidayuh terletak jauh di kawasan pendalaman dan tanah tinggi supaya sukar untuk dikesan oleh musuh. Kini kebanyakan generasi muda telah berhijrah ke bandar diatas faktor ekonomi dan pendidikan yang mereka terima. Tambahan pula bandar Kuching yang menjadi ibu negeri Sarawak tidaklah terlalu jauh. Namun tradisional long house masih dikekalkan kerana ada yang masih selesa dengannya.

Kayu belian digunakan dalam pembinaan struktur utama rumah panjang diatas faktor kekuatan dan ketahanan manakala buluh kering digunakan untuk membuat lantai. Rumah panjang ini adalah 483 kaki panjang, dan terdiri daripada 24 buah rumah berderetan untuk 24 keluarga.

Rumah panjang Bidayuh terbahagi kepada 3 bahagian iaitu bilik utama, awah dan tanju dengan fungsi masing-masing. Ia kelihatan hampir sama seperti Rumah Panjang Iban di Sarikei.

'Bilik utama' merupakan ruang utama kediaman. Di dalam bilik ini masyarakat Bidayuh lazimnya meletakkan barang-barang peribadi milik keluarga dan keturunan mereka seperti gong, tempayan, tembikar dan sebagainya. Ruang ini juga berfungsi sebagai tempat tidur di malam hari.

'Awah' pula adalah bahagian pelantar rumah panjang yang lazimnya bertutup dan beratap. Ia dapatlah disamakan dengan berandah rumah pada masa ini. Ia tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti harian seperti menganyam, berbual, membuat peralatan bertani dan sebagainya. Ruangan Awah juga akan digunakan untuk sebarang upacara keagamaan seperti perkahwinan, istiadat dan pesta-pesta tertentu seperti pesta gawai.

'Tanju' pula adalah bahagian terluar rumah panjang agak terdedah dan lazimnya ia tidak bertutup mahupun beratap. Tanju lazimnya digunakan untuk menjemur hasil tuaian masyarakat Bidayuh seperti padi, lada hitam, jagung dan sebagainya.

Nota:
'Awah' ini pulah terbahagi kepada tiga bahagian lagi. Bahagian yang paling ke luar ialah tempat duduk dan berbaring para tetamu. Bahagian tengah tempat menari ketika perayaan dan bahagian yang berkayu keras berhadapan unit masing-masing tempat meletakkan bahan mentah.

Bahagian dapur rumah panjang di Kampung Mongkos kini diperbuat daripada batu-bata selain dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan air paip. Terdapat juga rumah panjang Bidayuh yang lain di Sarawak seperti Kampung Benuk dan Kampung Annah Rais.

Kini rumah panjang menjadi produk pelancongan yang digemari oleh pelancong asing setelah dipakejkan dengan aktiviti menarik seperti menari tarian tradisional, mandi-manda di air terjun Silungkung (kena trekking 45 minit sambil melihat flora dan fauna), memetik lada hitam serta sayuran dan belajar membuat kraftangan.

Untuk mengetahui tentang rumah panjang masyarakat Bidayuh Muslim sila baca di sini.


ADAT MEYAMBUT TETAMU
Kehadiran kami disambut dengan berbesar hati oleh tuai rumah dan penduduk kampung dengan melaksanakan tradisi turun-temurun mereka. Ketua rombongan diminta untuk memecahkan telur di dalam bekas yang disediakan lalu kami semua bersalaman dengan para penghuni  yang berbaris panjang di "awah".

Sewaktu kedatangan kami ramai kaum petani sedang berada di ladang untuk menyiapkan tapak pertanian mereka bagi musim bercucuk-tanam yang baru.



Ketua rombongan kami disambut dengan memecahkan sebiji telur ayam di dalam bekas
 Sumber www.projektravel.com



Setelah ucapan alu-aluan dilakukan oleh pengerusi homestay, Encik Sulang a/l Manggang, kami disajikan dengan persembahan tarian oleh kanak-kanak yang sungguh berbakat. Paling seronoknya semasa kami dijemput menari tarian buluh ...best giler! sampai tersepit kaki hahha... Dulunya mereka menggunakan kayu keras dalam tarian ini tapi sekarang digantikan dengan buluh sebab buluh lebih ringan dan tidak menyakitkan.

Kanak-kanak ni menari sampai darjah 5 saja, darjah 6 fokus kepada UPSR. Bagusnya ko nak, the boys aku relax je walau esok nak periksa.

Upacara tarian tradisional masyarakat Bidayuh


Setelah itu kami dijamu makanan tradisional seperti nasi yang dimasak dalam buluh, ayam pansuh, sagu yang dimasak dalam buluh kecil hingga menghasilkan satu long stick yang agak liat. Rupanya seperti gam panjang yang kita gunakan dengan 'pistol' tu tetapi berwarna merah pudar dan semi-transparent. Payahnya nak bercerita bila gambar tak boleh transfer dari handphone ni grrr....

Kimu'o pula adalah nasi yang dimasak di dalam periuk kera. Oleh kerana sewaktu kami tiba adalah musim panas jadi tiada stok periuk kera. Kera je ada hahaha...

Okaylah, kalau berminat untuk merasa tinggal bersama masyarakat Bidayuh di Homestay Kampung Mongkos, pakej 2 hari 1 malam bermula daripada RM120 seorang. Hostel juga disediakan. Silalah berhubung dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia ya.
  
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak 
Daerah Serian Lot 938 
Serian Town Land District 
94700 Serian
Sarawak
Tel : 082-874263
Faks: 082-875780


Bagaimana untuk ke Homestay Kampung Mongkos?

Dari Kuching, boleh naik van sewa berwarna kuning dari Electra House dengan tambang RM15 seorang. Boleh juga naik bas dari pekan Serian.

Nak senang, sewa kereta dari Kuching yang dikira per hari. Jimat.



Program "Jom Jelajah Koperasi Sarawak"  adalah anjuran bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Gaya Travel Magazine bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosi produk serta perkhidmatan koperasi kepada masyarakat agar lebih dikenali ramai.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free