Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Resepi Rendang Ayam Cili Padi Negeri Sembilan + Daun Puding

Resepi Rendang Ayam Cili Padi Negeri Sembilan + Daun Puding | Tak berapa lama lagi kita semua akan menyambut hari raya Eidul Fitri. Bila hari raya makanan semua menjadi istimewa. Maklumlah ada yang jarang jarang sekali kita buat contohnya lemang, ketupat, ketupat palas dan sebagainya.


Bila kita makan lemang atau ketupat palas, paling sedap kita "judukan" dengan rendang ayam pedas  berapi kerana pulut itu berlemak. Makanan berlemak ni kalau kita lawan dengan lauk pedas berapi memang tak ingat dunia dah hahah... serius beb. Kalau tak percaya cuba makan ayam/daging masak kurma + sambal belacan + ikan masin goreng dengan potongan cili dan bawang besar. Perghhh...

Okaylah kita nak bagi resepi. Ai guna ayam daging jer sebab itu yang mudah didapati. Kalau nak guna ayam kampung kena pergi ke pasar yang jauh. Tak kuasa ai setakat nak beli ayam seekor je pun.


Daun puding. Buangkan urat tengahnya tu.

Rendang Ayam Negeri Sembilan + Daun Puding
Seekor ayam daging
Santan daripada dua biji kelapa
Cili kering (optional, untuk membuatkan kuah menjadi merah)
Setangkai daun puding - basuh, lap, buangkan urat tengah.
1 sb kerisik
2 asam keping
Tiga batang serai -titik
Garam

Bahan kisar:
Dua genggam cili padi
10 ulas bawang merah
5 biji bawang putih
Seinci kunyit hidup/kunyit serbuk
Seinci lengkuas


Cara memasak:
1. Setelah ayam dibersihkan, toskan, gaul dengan kunyit supaya warna kuningnya melekat.

2. Kecutkan ayam di dalam kuali. Bila banyak air ayam keluar, buangkan air tersebut.

3. Gaulkan bahan kisar kepada ayam, masukkan santan, asam keping, serai dan garam. Biarkan mendidih sambil dikacau sekali sekala supaya bawahnya tidak hangus.

4. Bila kuahnya hampir memekat, masukkan kerisik kemudian daun puding.

5. Biarkan rendang mereneh dengan api sederhana sehingga minyaknya berbuih.

6. Hah, apa lagi? Ngaplah!


Tips:
1. Jika menggunakan ayam pencen, gunakan santan cair dahulu. Bila ayam empuk baru masukkan santan pekat.

2. Cara menyukat santan, seekor ayam bersamaan dua biji kelapa.

Tips mengeluarkan lemang:
Ai takde nak bersusah payah cari parang nak belah buluh lemang. Kekadang buluh tu pulak bapak tebal.

Senang je nak keluarkan lemang...hentak hentakkan buluh tu untuk melonggarkannya lepas tu terbalikkan hentak lagi sampai lemang tu keluar. Senang kan? See my level ! 😁😁😁











Resepi sedap dan mudah untuk berbuka puasa | Lempeng Ikan

Resepi sedap dan mudah untuk berbuka puasa | Lempeng Ikan | Hello.... hari ni marathon bagi resepi. Ai bagi resepi masakan orang Negri Sembilan lah ya.. mana tahu nak cuba kan? Resepi ai ni memang guna cili api/padi sesajo...


Kali ini kita buat lempeng ikan menggunakan ikan sungai. Aku tak tahulah di tempat lain panggil apa. Why ikan sungai/darat? Mungkin semasa resepi ini invented ikan sungai tengah banyak atau memang paling sedap bila ikan sungai dijadikan bahan utama. Jom!


Resepi Lempeng Ikan
3 ekor ikan tilapia/lampam/baung/ dan yang sewaktu dengannya
Seinci kunyit hidup/kunyit serbuk
Segenggam cili padi
Santan daripada sebiji kelapa (biar ikan tenggelam sikit)
Dua helai daun kunyit
Sekeping asam keping
2 biji limau kasturi
Daun pisang
Garam

Cara memasak:
1. Tumbuk cili padi sehingga hancur.

2. Lumurkan kunyit pada ikan. Tujuannya supaya warna kuning tu melekat, takdelah pucat lesi ikan tu nanti 😁.

3. Buat dua lapisan daun pisang di dalam kuali. Letakkan ikan, santan, cili padi, daun kunyit lalu dimasak. Bila mendidih masukkan asam keping dan perasakan dengan garam. Jika ikan tidak tenggelam, terbalikkan ikan tersebut jika sebelah yang satu lagi sudah masak. Jika santan banyak biasanya saya simbahkan santan yang mendidih ke atasnya saja.

4. Bila ikan sudah masak dan kuahnya menjadi agak pekat, padamkan api dan perahkan jus limau kasturi ke atasnya. Siap! Bau daun pisang dan kunyit tu hohoiii...terbuka selera!

Jemput makan...

Sumber facebook.

Resepi sedap dan mudah untuk berbuka puasa | Masak Lemak Cili Api Ikan Sembilang Salai

Resepi sedap dan mudah untuk berbuka puasa | Hari cuti ini marilah kita mak mak merajinkan diri memasak lebih sikit untuk keluarga tercinta. Cuba masak yang berlainan daripada biasa. Kita pelbagaikan, manalah tahu anak-anak suka. Ai pun tak sangka anak bongsu yang berumur lima tahun suka gulai ayam campur rebung. Terkejut mak!

Ramadhan kali ini heboh dengan kuih Kerbau Guling atau ore Klate panggil "kuba guling". Setelah aku baca resepinya, sama je seperti kuih kaswi, bezanya kuih viral tu menggunakan arang darpada tempurung kelapa sebagai salah satu bahannya. Ada orang kata arang boleh menyebabkan kanser, ada satu info lain menyenaraikan kebaikan arang. Mana satu yang betul eh? Sejujurnya aku tak sangguplah beratur sejam untuk makan arang. Terbaca komen seorang seorang wanita veteran berkata, dedulu susah dapat gula merah sebab tu guna arang. Yang korang sekarang ni kenapa pula nak guna arang? Make sense juga.

Okaylah, sila cari bahan di pasar tani kejap lagi.


Gulai/ Masak Lemak Cili Api Ikan Sembilang Salai
4 ekor ikan sembilang yang telah disalai
Santan daripada sebiji kelapa
Segenggam cili padi
Seinci kunyit hidup/serbuk
Gaun gelugur (diracik)/buah copu/kulit rambai/bacang (cincangkan)/belimbing buluh
2 keping asam keping
Garam

Cara memasak:
1. Tumbuk cili padi (orang Nismilan panggil cili api) dan kunyit hidup sehingga hancur. Segenggam tu kalau semua hijau tak pedas mana pun.

2. Campurkan cili tumbuk tadi dan santan kelapa dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sambil dikacau. Pastikan tak pecah minyak ya, nanti kuahnya tak sedap.

3. Bila santan dah masak masukkan ikan sembilang salai. Biarkan sekejap kemudian masukkan salah satu daripada bahan penyedap rasa iaitu daun gelugur/buah copu/kulit rambai/bacang/belimbing buluh. Jika tiada masukkan dua keping asam keping.

4. Garam secukup rasa. Siap! Ya Allah sedapnya makan dengan nasi panas!

Image result for ikan sembilang masak lemak cili api
Saya tiada gambar sendiri jadi guna gambar www.kakinakl.com


Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free