Showing posts with label park. Show all posts
Showing posts with label park. Show all posts

Thailand | Mabuk orkid di Royal Park Rajapruek

Thailand | Mabuk orkid di Royal Park Rajapruek | Sesampainya di Chiang Mai aku terus ke Royal Park Rajapruek yang letaknya lebih kurang 15km dari pusat bandar. Untuk pengetahuan dari airport ke pusat bandar 7km je.



Taman botani ini dibina sempena memperingati pemerintahan King Bhumibol yang ke-60 tahun pada 9 Jun 2006 dan hari lahirnya yang ke-80 pada tahun berikutnya. Taman ini juga telah menjadi pusat kajian pertanian dan menjadi lokasi pertemuan pakar pertanian dan tumbuhan. Masuk je ke sini ada sebatang pokok pine berusia 250 tahun. Fuhh.. kalau mengikut carta susunan keluarga, mula hidupnya pada zaman muit/canggah kita.

Taman seluas 80 hektar ini sesuai dilawati awal pagi atau lewat petang untuk mengelakkan terik matahari. Masa cepat sejam di Thailand jadi kita boleh mulakan aktiviti di awal pagi. Daripada review yang dibaca ramai foreigner suka taman ni. Ye lahkan, dah biasa duduk dalam hutan batu dapat menghirup udara bersih di kawasan hijau seperti Royal Park Rajapruek bagaikan satu privilege.
 



Tram dan basikal disediakan dengan sedikit bayaran. Kami naik tram elektrik dan hop on hop of di beberapa tempat. Kalau banyak masa lebih baik sewa basikal sehari THB60, boleh adjust masa sendiri. Naik basikal lagi seronok, anak-anak mesti suka sebab mereka bebas mengayuh dalam taman yang luas tu cuma kena berhati-hati dengan tram sajalah supaya selamat, kenderaan lain parking di luar.

Tram tu memula akan melalui kawasan yang ditanam sayuran. Terdapat banyak spesis pokok di sini (dah nama pun taman botani), sebahagiannya dibuat jualan. Ada Butterfly Farm mengisi berbagai jenis dan warna rama-rama. Paling menarik tentulah taman orkid dari pelbagai spesis, warna dan saiz. Cantik giler! (sila lihat video di instagram ruggedmom). Lama jugalah aku di orchid garden tu. Cantiknya lahaiii..





International Garden pula ialah laman pameran yang mewakili beberapa negara. Disebabkan kawasan laman yang banyak dan rasa tak boleh cover jadi aku tak singgah. Highlight taman ini ialah Royal Pavilion, sebuah binaan rekabentuk Lanna kingdom di tengah taman luas tersebut. Bangunan kayu yang unik dengan bumbung berlapis menggambarkan empayar yang memerintah utara Thailand suatu ketika dahulu.

Royal Pavilion... walaupun winter, panaih oih time ni.


Pandangan sisi Royal Pavilion.



Royal Park Rajapruek
Mueang Chiang Mai District
Chiang Mai 50100
Thailand
Waktu beroperasi: 9 pagi hingga petang

Tiket dewasa: THB100
Tiket kanak-kanak: THB50




Seremban 2 City Park merah bercahaya sempena Chinese New Year

Seremban 2 City Park merah bercahaya sempena Chinese New Year | Taman ini menjadi kesukaan anak-anak di waktu petang kerana mereka lepas bebas beraktiviti. Sudah berkali-kali kami ke sini melayan "the Boys", set sekolah rendah. Set yang lagi satu dah remaja, tak mahu dah nampak berjalan dengan emak kecuali ke shopping complex. Materialistik sangat.



Aktiviti yang paling menyeronokkan mereka di Seremban 2 City Park ini ialah memberi ikan makan. Ada beberapa spesis ikan di tasik buatan ini seperti tilapia merah, keli, kelisa, koi dan kura-kura. Ikan-ikan tu kemain besar dah sekarang ni... kalau digulai seminggu baru habis makan agaknya. 

Roti dan palet yang menjadi makanan ikan banyak dijual oleh penjaja di sana. Empat paket kecil roti dijual RM3. Palet RM1 sepeket kot. Aku pernah senaraikan City Park dalam Tempat Riadah Menarik di Seremban.


Berkeluasan enam hektar taman ini turut dilengkapi dengan gelanggang futsal, bola keranjang, badminton, alat-alat senaman ringan dan taman permainan kanak-kanak. Masjid Hussein pun dekat situ juga. Aku suka masjid tu nampak lapang dengan hiasan yang tidak keterlaluan. Ruang untuk muslimah bersiap juga disediakan.


Kali ini kami datang agak awal selepas meraikan pengantin di dewan berdekatan jadi belum ada bebudak yang bermain layang-layang ataupun giant bubbles.. Ketika itu jumlah pengunjung boleh dikira dengan jari. Terkejut kita dengan hiasan sempena Tahun Baru Cina... menarik sangat! Laluan seperti terowong tu macam yang ku lihat di Central World, Bangkok, sempena sambutan Krismas tahun lepas. Cuma yang ini berwarna merah darah, berseri-seri.

Ada pintu gerbang berbentuk hati, ada tanglung di jambatan dan pokok-pokok dihias lampu untuk menyerikan malam. Kalau terus balik hari tu memang rugi betul.



 



 





Thailand | Bersantai di Chatuchak Park, Bangkok

Cara orang Malaysia bercuti agak berbeza dengan pelancong barat. Kita ni tiada cuti yang diberikan khas oleh kerajaan untuk melancong, pepandai ko lah berapa hari nak bercuti asalkan tak melebihi cuti tahunan.

Oleh kerana kita biasanya dibenarkan bercuti setakat empat lima hari sahaja pada satu satu masa maka ramai daripada kita memenuhkan berbagai aktiviti dalam tempoh masa tersebut. Apa nak buat, cuti sekojap bona. Bergasaklah berjalan dari pagi sampai ke malam (tapi aku suka).

Dalam pada kita nak melihat banyak attractions tu eloklah juga kita tarik nafas panjang dan berehat sekejap. Kesian tumit dan otot kaki kita tu kak, tetiba kena berjalan sakan. Selalunya naik office di tingkat 1 pun guna lif.

Kalau ke Bangkok aku cadangkan bersantai di Chatuchak Park. Taman ini berdekatan dengan dengan BTS Mo Chit, MRT Kampheng Phet dan bus stop Mo Chit. Siap boleh shopping di the world's largest, Chatuchak Weekend Market lagi. Flower Market pun di area sini tapi seminggu sekali je lah dari pukul 10 malam hari Selasa hingga petang Rabu. Seronok duduk sini di petang hari minggu. Walaupun ramai orang still ada space untuk kita. Siap ada orang buat bisnes menyewa/menjual tikar plastik lagi.

Aku berada di skytrain Mo Chit station. Di bawah tu bus stop Mo Chit. Jangan confuse dengan Mo Chit bus station ye, yang itu kena naik bas/teksi.



Chatuchak Park telah dibuka pada tahun 1980 setelah melalui proses pembinaan  bermula tahun 1975. Tanah tersebut telah didermakan oleh State Railway of Thailand dengan keluasan 0.304 kilometer persegi. Kemudiannya ia digabungkan dengan Queen Sirikit Park dan Wachirabenchatat Park walaupun dipisahkan dengan Jalan Kampaengphet 3.

Terdapat tasik buatan dan jambatan melintasinya. Muzium keretapi pun berada di taman ini tapi aku tak pergi pun... kurang berminat dengan muzium kecualilah yang istimewa sikit macam War Remnant Museum dan Straits Chinese Jewellery Museum.

 Dulu di Trafalgar Square pun ada banyak merpati juga
 






Relakskan badan dan minda di sini.



 

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free