Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

Amaran angin kuat di utara semenanjung Malaysia

Amaran angin kuat dan laut bergelora (kategori pertama) dijangkakan berlaku di perairan timur dan barat Perlis, Kedah dan Sabah dengan kekuatan 40-50kmph sehingga 11 Ogos 2018.

Keadaan ini berbahaya kepada bot kecil, aktiviti laut dan sukan air.

Berhati-hatilah ya.





The journey of Wild Boar in Tham Luang Cave in Chiang Rai

Please pray for the safety of the "Wild Boar" trapped in Tham Luang Cave in Chiang Rai. Kasihan anak-anak yang terperangkap melebihi 10 hari tanpa makanan dan minuman bersih. Seperti kata British divers yang pertama menjumpai mereka, the young footballers bersama coach mereka memang kuat!

Sehingga ke saat ini masih ada lima orang lagi yang berada 4km di dalam gua. Mungkin mereka sedang menempuhi jalan keluar yang berliku. Tidak dapat membantu cara lain, mari kita bersama-sama doakan keselamatan semua yang terlibat. Semoga semuanya selamat. Amin.


Setiap objek mempunyai makna. Sila sambung bacaan anda di bawah. 

No automatic alt text available.
Sumber Thai NavySEAL.

White Elephant : Narongsak Osatanakorn, the former governor of Chiang Rai
Wild Boars : The children and coach
White horse : All heroes who've involved in the mission. You are the knight in shining armour riding the white horse to help us!
Seal : of course ... Thai navyseal Hooyah!
Frog : all world-class divers
Lion : rescuers from England
Kangaroo : rescuers from Australia
Panda : rescuers from China
Crane : rescuers from Japan (Sorry for the flood disaster. Thai people wish things will get better soon)
Moose : rescuers from Sweden
Tiger : rescuers from Myanmar
Brown Elephant : rescuers from Laos
Dog : K9 unit (cute!)
Martin : climbers from Libong Thailandddd
์Naga (Dragon) : water pumping team (can I include Drilling team ทีมบาดาล/เจาะถ้ำ too?)
Eagle : rescuers from USA
Iron man : thank you Elon Musk
Birds : media
Crow : just some bad comments/ people/ obstacle. No-need to pay much attention.

(English translation by Aor Panasoot)

Kemasukan ke Thailand | Cukupkah wang anda?

Kemasukan ke Thailand | Cukupkah wang anda? | Akhbar The Sun hari ini menyiarkan tentang pihak berkuasa Thai sedang menguatkuasakan peraturan dimana warga Malaysia yang ingin memasuki negara itu perlu membawa sekurang-kurangnya THB10,000 (RM1,240).


Undang-undang tersebut telah dibuat berdekad lalu tetapi dilonggarkan kerana kemasukan warga Malaysia yang ramai melalui pintu sempadan negara selain udara. Yang heboh ini pun sebab ada pelawat yang dihalang masuk telah menceritakan kisahnya di medsos.


Kenapa tetiba jadi strict? 

haiyoooo.... Janganlah samakan kami dengan mat saleh yang pi minta sedekah kat sana. Setiap tahun dapat dilihat rakyat Malaysia bertambah ramai ke Thailand sama ada untuk bercuti, menziarahi keluarga, membeli-belah atau sekadar untuk makan. Samalah macam aku... masuk Betong dari Baling semata-mata nak makan je.

Kita bawa duit tak banyak diatas beberapa faktor:
1) Hotel selalunya dah book sesiap. Kat situ je dah banyak pengurangan cash money.

2) Takut nak bawa cash bebanyak. Tambahan pula aku selalu menggunakan public transport. Bimbang kena seluk atau beg kena toreh ke kan? 

2) Takut terpandang jualan murah 😂😂. Bawa THB10,000 habis THB10,000. Kalau bawa THB30,000 agak agak berapa yang tinggal? Ke... kena withdraw kat CIMB Thai/Maybank pula? Susah tau nak mengawal nafsu ni 😜

Thai government, please be nice to us- the honest visitor.

***
Ini jawapan daripada Tourism Authority of Thailand.

Refer to Recent News of Thailand RM 1,000 entry requirement.


This Rule is by the Immigration act of Thailand, which has been long existence since 1979.

For genuine bona fide tourists should not be a problem.  The Authority are going after suspicious, illegal long stay and foreigners whom are not genuine Tourists.

Random check are being conducted at entry point into Thailand.

In 2017, Thailand welcome more than 3.4 millions Malaysian Tourists.


Nantikan Ekspo Taiwan Terbesar November ini !

Nantikan Ekspo Taiwan Terbesar November ini ! Selepas Indonesia, Vietnam dan Filipina, Kuala Lumpur dipilih untuk menjadi penutup kepada jelajah ekspo terbesar Taiwan yang akan membawakan 5,000 produk berteknologi tinggi dari Taiwan.


Malaysia yang menjadi rakan dagang ke-8 terbesar, akan dipersembahkan dengan pameran pelbagai barang perniagaan, seminar, persembahan kebudayaan dan aktiviti menarik lain yang akan memperkenalkan produk dan kebudayaan Taiwan pada 9 hingga 11 November 2017. Bagi yang teringin bekerja di Taiwan juga boleh mencuba nasib (read...test market 😁). 164 syarikat akan terlibat dalam ekspo besar-besaran ini.

Sejak Dasar Baru di Selatan diperkenalkan, Taiwan telah berkembang dengan agresif ke pasaran Asia Tenggara melalui hasil keluaran negaranya yang memberangsangkan. Malaysia selaku rakan dagangan Taiwan yang ke-8 terbesar dilihat sebagai keutamaan dalam mendorong promosinya ke arah selatan. Ekspo Taiwan yang merupakan salah satu daripada banyak acara promosi telah dimulakan di Indonesia pada bulan Mei, Vietnam pada bulan Jun, dan Filipina pada bulan September dan bakal mengakhiri acaranya di Pusat Konvensyen dan Pameran Kuala Lumpur (KLCC) dengan acara yang amat dinanti-nantikan.




Pameran Kecantikan Halal 
Membawakan tema Terbaik Untuk Kehidupanku: Bakat, Aplikasi e-perniagaan, Intelek, Kecantikan (“BEST for MY Life!Beauty, E-commerce, Smart, Talent”), untuk Ekspo ini, pameran ini bakal menampilkan 11 tema pavilion dan 8 industri khusus yang memfokus kepada lima pemacu utama direka untuk mengukuhkan imej Taiwan 2 sebagai kuasa teknologi meliputi Kecantikan & Produk Halal, E-Perdagangan & Perniagaan, Kepintaran & Teknologi, Bakat & MICE serta Budaya & Sajian.

Memandangkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam pensijilan Halal, Ekspo ini akan membawakan sebilangan besar pilihan produk kecantikan Halal dan makanan khusus yang menyerlahkan potensi industri Halal di Taiwan bahkan pelancaran beberapa produk kecantikan baru akan turut berlangsung pada ekspo kali ini.

Antara lain yang menarik di Ekspo ini juga adalah pelbagai Seminar perniagaan yang akan menyentuh empat topik utama iaitu Pembentangan Produk Hijau Taiwan, Persidangan Perniagaan Internet Digital Ekonomi Baru, Persembahan Produk-produk Halal Taiwan, dan Seminar Kecemerlangan Taiwan - Perkembangan dan Aplikasi Sistem Pengangkutan Pintar.

Mencari Rakan Kerjasama, Mempererat Hubungan
Menurut perangkaan, terdapat hampir 30,000 pelajar asing dari senarai 10 negara ASEAN yang menuntut di Taiwan pada 2016 dan Malaysia menduduki senarai teratas dengan 16,000 pelajar. Bagi meningkatkan hubungan dua hala antara Taiwan dan Malaysia dan mengukuhkan lagi pertukaran dalam industri bakat, akan turut disediakan di Ekspo ini adalah Zon Ujibakat Global Taiwan untuk pelajar yang berminat menampilkan bakat masing-masing dengan hanya perlu mendaftar di tapak uji bakat.

Mengorak Masa Depan Berdaya Saing melalui Teknologi Kreatif 
Pelawat juga boleh menjangkakan kemeriahan ekspo ini dengan penyertaan lebih daripada 23 jenama inovatif yang akan mempamerkan pelbagai produk-berkaitan - internet, inovasi teknologi digital, Realiti Maya dan produk-produk elektronik lain. Menariknya, turut serta di Ekspo ini juga adalah APP Chocolabs, penyedia Caller-ID terbesar di dunia, kereta sel solar mudah alih serta pelbagai lagi produk dari industri keluaran Taiwan yang menjadi kegemaran ramai.

Selain terkenal sebagai pengeluar pelbagai jenis produk kegunaan harian pengguna, Taiwan juga mempunyai bermacam jenis sajian makanan lazat yang tersendiri dan 3 masyarakat Malaysia berpeluang merasai sendiri di Ekspo Taiwan nanti. Juga menarik bagi peminat gaya hidup yang unik serta peminat seni halus, ekspo ini akan menampilkan rangkaian produk penyangkut dari Fero-Carbon FECA Series dan barangan rekaan seni halus bertajuk Peacock Spreading Its Tail Feathers oleh Giuseppe Gastiglione yang dihasilkan dengan penggunaan 99% emas tulen.

Ekspo Taiwan 2017 di Malaysia akan berlangsung dari 9hb (Khamis) hingga 11hb (Sabtu) November 2017 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pameran ini akan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang dan kemasukan percuma. Untuk mendaftar menyertai acara atau untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi di http://mys.taiwanexpoasean.com/, atau ikuti media sosial kami di: www.facebook.com/TaiwanExpo.my/ dan instagram.com / taiwanexpo2017_malaysia.

Acara Utama Ekspo Taiwan 2017 di Malaysia 
Ekspo ini akan dipacu oleh 5 agenda utama, 11 tema pavilion, 8 ruang pameran dengan pelbagai aktiviti pentas dan forum.

5 Pemacu utama tersebut ialah:
1. Kecantikan dan produk halal
2. E-perdagangan dan perniagaan
3. Kepintaran dan teknologi
4. Bakat dan MICE
5. Kebudayaan dan sajian.

Daripada beberapa produk yang dipamerkan memang nampak barangan Made in Taiwan ini berkualiti. Paling menarik kerusi yang hanya boleh dibuka dengan satu sentuhan, macam payung. Ianya kuat tetapi ringan. Senang dibawa kemana-mana. Nak letak dalam masjid/surau pun bagus.

Lagi satu, pelajar atau professional yang ingin bekerja di Taiwan/bekerja dengan syarikat Taiwan boleh mendaftar di booth Contact Taiwan Global Talent Recruitment bernombor 5412. Terdapat 171 kerja kosong untuk uols isi. Boleh juga cari info di sini http://www.contacttaiwan.tw .

Hanya RM199 Untuk Ke Jeju Island Dengan Air Asia X ! Book lekaih !!

AirAsia X mengumumkan Jeju, Korea Selatan sebagai destinasi terbaharu hari ini, bagi penerbangan terus 4 kali seminggu dari Kuala Lumpur ke pulau indah Jeju dengan tambang promosi dari RM199 sehala. 


Inline image 1

Inline image 1

Promosi istimewa tambang termasuk semua dari RM199 bagi tempat duduk ekonomi dan RM899 sehala bagi tempat duduk Premium Flatbed ini akan bermula dari 10 sehingga 15 October 2017 bagi tempoh perjalanan dari 12 Disember 2017 sehingga 25 Mac 2018, tersedia untuk tempahan di airasia.com. 

Menurut CEO AirAsia X, Benyamin Ismail, Air Asia X menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang mengendalikan penerbangan terus ke Jeju, Korea Selatan dari Kuala Lumpur, menghubungkan pulau indah tersebut dengan Malaysia dan seluruh Asia melalui hub LCC Asia, juga memudahkan transit domestik dari Seoul dan Busan ke pulau ini. 

Pulau Jeju adalah destinasi yang amat istimewa dengan tarikan sepanjang tahun yang sesuai untuk semua jenis pelancong, sama ada pengembara solo atau kumpulan, keluarga atau berbulan madu. 

Pulau Jeju, juga dikenali sebagai destinasi pilihan bagi pengambaran drama bersiri korea adalah sebuah pulau gunung berapi yang indah yang terletak 64 kilometer di selatan Semenanjung Korea. Ia adalah pulau percutian yang paling popular di Korea Selatan, dengan lebih daripada 70% pengunjung menjadi pelancong domestik ke Pulau yang telah dikenali sebagai "Hawaii Korea Selatan". Jeju mempunyai Tapak Warisan Dunia UNESCO Pulau Vulkanik Jeju dan Tiub Lava yang termasuk Gunung Halla, gunung tertinggi di Korea Selatan dan gunung berapi tidak aktif, tiub lava Geomunoreum dan landskap dramatik kon batuan volkanik Seongsan Ilchulbong. Antara tarikan lain termasuk Jeju Olle Trail yang indah, air terjun Cheonjiyeon yang menakjubkan, pantai Hyeopjae dan banyak muzium bertema khas, menjadikan Pulau Jeju sebagai destinasi untuk semua peringkat umur sepanjang tahun. 

Para tetamu kini boleh menggunakan pilihan penerbangan sambungan (Fly-Thru) AirAsia untuk perhubungan lancar ke Jeju dari bandar-bandar lain di dalam rangkaian penerbangan AirAsia dan AirAsia X dengan hanya satu hentian tambahan, atau menggunakan pilihan pelbagai bandar untuk meneroka Jeju bersama Busan atau Seoul sebelum terbang semula ke Kuala Lumpur. 


Jadual Perjalanan Air Asia X kr Pulau Jeju, Korea Selatan bermula 12 Disember 2017
Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktivit terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook(facebook.com/AirAsia).

*Tambang termasuk semua yang disebut adalah bagi penerbangan sehala sahaja dan termasuk cukai. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual Penerbangan bagi Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) ke Jeju, Korea Selatan (CJU)
No. Penerbangan
Dari
Ke
Perlepasan
Ketibaan
Jadual Penerbangan
D7 501
KUL
CJU
0530hrs
 1230hrs
Isnin, Rabu
KUL
CJU
0640hrs
1340hrs
Selasa, Sabtu
D7 502
CJU
KUL
1335hrs
1835hrs
Isnin, Rabu
CJU
KUL
1440hrs
1940hrs
Selasa, Sabtu
Nota: Waktu ketibaan/berlepas adalah waktu tempatan di destinasi masing-masing.

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA BUKIT BROGA

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA BUKIT BROGA

18 OGOS 2017, Semenyih - Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang bermesyuarat pada 17 Ogos 2017 telah mengambil keputusan untuk menutup buat sementara waktu semua aktiviti rekreasi dan pelancongan di Bukit Broga bermula hari ini.

Sumber di sini. 

Ini adalah berikutan kerja-kerja mitigasi atau pemulihan tanah yang akan dilaksanakan di Bukit Broga dengan serta-merta oleh Jabatan Kerja Raya akibat daripada aktiviti penerokaan di atas tanah kerajaan Bukit Broga seluas 143 ekar.

“ Langkah penutupan ini adalah perlu bagi memastikan keselamatan pengunjung yang mendaki dan berekreasi di Bukit Broga serta mengelakkan sebarang perkara tidak diingini yang mungkin berlaku akibat daripada penerokaan tanah berkenaan ” kata Yang Berhormat Puan Elizabeth Wong Keat Ping, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor ketika ditemui di sesi sidang media Penutupan Sementara Bukit Broga hari ini.

Tempoh penutupan sementara ini tertakluk kepada penyiapan kerja-kerja yang akan dilaksanakan sepenuhnya oleh pihak Jabatan Kerja Raya. Ianya melibatkan kerja-kerja pembinaan longkang tanah bagi pengaliran air hujan supaya tidak menjejaskan cerun secara langsung.

Selain itu, Kerajaan Negeri Selangor juga turut mempertimbangkan cadangan menaik taraf rizab jalan sedia ada ke Bukit Broga dan kerja-kerja pengindahan lanskap yang akan dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) juga bersetuju supaya Bukit Broga ini diwartakan sebagai Kawasan Rekreasi di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pegawai Pengawal dan diselenggara oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Dalam masa yang sama, lot tanah Sakai Land Fruit Trees dan Sakai Dusun yang jumlah keseluruhan kawasannya seluas 31 ekar seperti catatan pada Pelan Akui 18083 dikekalkan bagi kegunaan komuniti Orang Asal.

Keputusan penutupan ini diambil setelah mempertimbangkan semua pilihan cadangan yang ada selaras dengan Inisiatif Peduli Rakyat Selangor, dan merupakan solusi terbaik buat semua pihak.


Tourism Selangor
Tourism Selangor adalah agensi pelancongan dibawah naungan kerajaan negeri yang diberikan mandat untuk meningkatkan jumlah pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri Selangor. Beberapa inisiatif diambil – kempen tempatan dan antarabangsa, acara, misi perdagangan pelancongan, roadshow dan banyak lagi.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi:

Ahmad Nazri Tashriq Rahmat                                   Fatimah Husna Razalee
Pengurus Komunikasi Korporat                                    Eksekutif Komunikasi Korporat
No.Tel: 016-207 6951                                                   No.Tel: 016-207 6957
Emel: nazri@tourismselangor.my                                Emel: husna@tourismselangor.my


Jadual Program Sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke-69

Jadual Program Sempena Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke-69 | Tahun ini merupakan tahun ke sembilan pemerintahan DYMM Tuanku Muhriz di Negeri Sembilan. Baginda dilantik sebagai yang Di-Pertuan Besar ke-11 pada 29 Disember 2008 menggantikan bapa saudara baginda Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman yang mangkat pada 27 Disember tahun yang sama.


14 Januari setiap tahun adalah hari keputeraan rasmi namun begitu acara sambutan pada tahun ini dilewatkan sedikit sempena memperingati kemangkatan anakanda ketiga baginda bersama Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, Almarhum Tunku Alif Hussein Al-Amin, pada 15 Januari tahun lalu.

Sumber di sini.


Senarai program sambutan hari keputeraan Yamtuan bermula 19 hingga 22 Januari 2017


Sumber di sini.

Jomlah kita beramai-ramai memeriahkan acara sambutan yang bakal diadakan di Sri Menanti minggu ini.


***Teringin nak poie jamuan hari keputeraan. Mana tahu kan dapat minta Tunku Zain sign kat buku Abiding Times 2. 

Abiding Times 2

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free