Showing posts with label muzium. Show all posts
Showing posts with label muzium. Show all posts

5 sebab mengapa kita harus melawat muzium di Malaysia

5 sebab mengapa kita harus melawat muzium di Malaysia | Muzium merupakan sebuah institusi pendidikan umum yang menyebarkan maklumat mengenai sejarah, kebudayaan dan alam semulajadi. Kini dengan banyaknya tarikan pelancongan terbaru dan interaktif termasuk pusat membeli-belah muzium seolah-olah diketepikan daripada senarai lawatan sedangkan di situlah ladang ilmu sejarah.


Muzium-muzium di Malaysia boleh diklasifikasikan kepada:
1. Muzium Persekutuan
2. Muzium Negeri
3. Muzium Institusi/Jabatan
4. Muzium Swasta
5. Muzium Persendirian

Me personally lebih sukakan muzium bertema seperti Muzium Telekom, Muzium Tekstil dan Muzium Perang kerana lebih berfokus. Muzium sebenarnya menarik. Sangat!

Terdapat kira-kira 150 buah muzium di Malaysia dan pihak Jabatan Muzium Malaysia menerima sumbangan koleksi artifak daripada orang ramai/organisasi sebagai bahan kajian dan pameran. Jika kita tiada tempat untuk mempamerkannya atau tidak tahu menghargainya serahkan kepada pihak JMM untuk dilihat generasi akan datang.


5 sebab mengapa kita harus melawat muzium:
1) Untuk mengetahui tamadun manusia. #MuziumKitaTamadunKita
2) Untuk lebih mengenal diri sendiri
3) Untuk mengetahui apa yang berlaku di zaman tertentu melalui artifak yang dijumpai
4) Untuk elakkan mengulangi kesilapan lalu
4) Untuk mendapatkan pendidikan secara umum dan santai


Tema Hari Muzium 2018: Hyperconnectd Museum: New Approach, New Public

Bersempena dengan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan kami telah dibawa melawat beberapa muzium di Negeri Sembilan dan Melaka dan menghadiri upacara perasmiannya di perkarangan Memorial Pengiystiharan Kemerdekaan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang baru, YAB Mohamaddin Ketapi. Tujuan sambutan ini dibuat untuk memberi kesedaran tentang kepentingan muzium dalam masyarakat. Without me knowing, sambutan ini kali yang ke-22 di Malaysia!

29 muzium dan agensi terlibat dalam pameran ini dimana mereka mempamerkan sesuatu yang menarik didalam bidang kepakaran masing-masing. Ai tertarik dengan gerai Telekom Malaysia, Muzium Geologi dan Bank Negara Malaysia. Boleh tengok video di instagram ruggedmom.

Image result for hari muzium antarabangsa 2018 melaka
Majlis perasmian pelancaran Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan di Melaka. Sumber Berita Harian.

Salah satu sesi interaktif yang disediakan oleh BNM Museum and Art Gallery yang kemudiannya dipilih sebagai booth paling popular. Kita belajar cetak duit wak...

Program Media Challange 2.0 anjuran bersama Tourism Malaysia dan Jabatan Muzium Malaysia turut memasukkan aktiviti menarik seperti menjawab soalan berkaitan sejarah, meneka jenis herba dan bermain permainan tradisional seperti baling tin, congkak dan chapteh (sepak bulu ayam). Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk melengkapkan task diberi. Nak tahu nama kumpulan kami? "Merecik hawau" ! hahahah.... giler betul bebudak hipster nih 😁😁

Antara task yang perlu kami lakukan, bermain congkak.

Okaylah, aku tak minat main congkak. Proses pengulangan yang membosankan. Lagi best baling tin/selipar/galah panjang.

Tangan memasing tak bedung, kumpulan kami semua baling tak kena 😃


Lawatan ke muzium Negeri Sembilan dan Melaka

1. Muzium Adat
Jalan Dato' Umbi, Kampung Jelebu Tengah
71600 Kuala Klawang
Negeri Sembilan

Pertama sekali kami dibawa ke Muzium Adat yang berada di pekan yang sangat tenang. Muzium ini ditubuhkan pada tahun 2005 cetusan idea Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada waktu itu dan perasmian pembukaan Muzium Adat telah diadakan pada 2 Februari 2008 oleh Undang Luak Jelebu, Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman Dato’ Musa bin Wahab. Muzium ini mempunyai empat buah galeri utama yang memberi penekanan kepada kegiatan menghimpunkan beberapa aspek kehidupan masyarakat Malaysia yang dikenali sebagai adat bersesuaian dengan imej dan identiti Negeri Sembilan sebagai "Tanah Beradat". Muzium Adat ini merupakan muzium pertama di negara kita yang menghimpunkan adat dari pelbagai etnik di Malaysia.

Tumpuan diberikan kepada pengenalan dan konsep adat di Malaysia. Ia meliputi sejarah awal tercetusnya adat terbesar di Alam Melayu iaitu Adat Perpatih dan Temenggung menerusi replika Batu Batikam dan Batu Baling, artifak atau peralatan upacara adat serta pakaian adat dari pelbagai kaum di Malaysia. Ia turut menghimpunkan beberapa aspek kehidupan masyarakat Malaysia yang boleh di anggap sebagai adat seperti adat menyemai benih, adat menuai padi, adat menyikat benih, adat berkhatan, adat perkahwinan dan sebagainya. 

Muzium ini turut mengkhaskan satu segmen khusus tentang Adat Perpatih bagi menonjolkan Negeri Sembilan sebagai sebuah negeri beradat. Segmen khusus tentang Adat Perpatih secara historikal yang bermula dari Sumatera (alam Minangkabau) sehingga bertapak di Negeri Sembilan yang disokong dengan artifak seperti keris, tepak sireh, peti kayu untuk merantau, lesung indik, bujam epok dan lain-lain. Selain itu, pada segmen ini turut memperlihatkan keutuhan Adat Perpatih dari sudut struktur sosial seperti Datuk Lembaga Berlapan, peranan Ibo Soko yang dimanifestasikan menerusi diorama dan artifak. Segmen Adat Perpatih turut menonjolkan tentang sistem tanah adat serta simbol ritual menerusi replika batu megalith, Pengkalan Kempas. Adat Perpatih ialah sistem demokrasi yang tertua di dunia. 


Undang yang empat. 

Adat pernikahan dan persandingan orang Negeri Sembilan. Sekarang susah nak jumpa pengantin perempuan memakai hiasan kepala seperti dalam gambar. Err... ini contoh bercinta dengan orang lain berkahwin dengan orang lain eh?😃

Cap mohor Sultan Suleiman Badrul Alam Shah ibni al-mahum Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Hanya kira-kira 36km dari bandar Seremban, muzium ini tidak berapa jauh dari Jeram Kenaboi yang terkenal dengan white water rafting tu. Jeram Toi pun tak berapa jauh juga. Kalau lalu Jalan Seremban-Kuala Klawang pepagi, berkabus je. Anak kata masa belajar di sini dulu memalam tak payah pasang kipas. sejuk nyaman.

Bagaimana untuk ke Muzium Adat?
Naik bas dari stesen bas Terminal 1 di Seremban ke Kuala Klawang. Jika menggunakan kenderaan sendiri boleh ikuti arah yang bersesuaian samada Jalan Seremban – Kuala Klawang, Jalan Semenyih – Kuala Klawang or Jalan Kuala Pilah – Simpang Pertang – Kuala Klawang. Jika ikut lebuhraya LEKAS selepas keluar tol terakhir tu ikut kiri yang ada tulis Seremban/Jelebu/Kuala Klawang.

Waktu lawatan: Setiap hari kecuali Eidul Fitri dan Eidul Adha.


2. Muzium Negeri
Lembaga Muzium Negeri
Jalan Sungei Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan
Tel: 06 7631149
E-mel: muziumn99@gmail.com.my

Muzium ini telah ditubuhkan setelah Tuanku Abdul Rahman (Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan YDP Agong yang pertama) memberi kebenaran agar Istana Ampang Tinggi dipindahkan dari tempat asalnya di Kampung Ampang Tinggi ke Taman Bunga di Jalan Dato' Hamzah, Seremban.

Pada 1981 muzium negeri telah menerima bangunan baru iaitu bekas Astaka Musabaqah Al-Quran untuk dijadikan sebuah muzium yang dikenali Teratak Perpatih. Istana Ampang Tinggi pula dipindahkan sekali lagi ke Kompleks Taman Seni Budaya iaitu di sebelah Muzium Negeri Sembilan sekarang ini. Teratak Perpatih telah diisytiharkan sebagai muzium pada 1986.

Pihak LMNS juga menyediakn pakej makan beselo di dalam Istana Ampang Tinggi. Jika berminat merasai makan dalam istana lama sila hubungi mereka.


Image result for muzium negeri sembilan
Sumber di sini.

Tingkap Istana Ampang Tinggi. Ukiran indah yang sukar sekali ditemui di rumah moden sekarang. 

Pakej makan beselo (makan bersila) yang disediakan oleh Lembaga Muzium Negeri Sembilan.


3. Muzium Lukut
Lot 730, Jalan Besar
Taman PD Jaya
71010 Port Dickson
Negeri Sembilan
Tel: 06-6512954
E-mel: muziumlukut@yahoo.com

Menurut kata Ketua Muzium Lukut Encik Peterson Agustine, muzium ini diwujudkan kerana tanggungjawab untuk memulihara warisan sejarah negara dan memaparkan sejarah Lukut dari kurun ke-19 hingga 1880 iaitu sehingga Lukut dimasukkan ke dalam daerah Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Penubuhannya juga signifikan dengan pembukaan Kota Lukut.

Sejarah Lukut adalah mengenai Selangor kerana di zaman dahulu ia adalah wilayah Selangor. Penduduk Melayu asal bekerja sebagai nelayan. Apabila Raja Busu datang barulah masuk bangsa lain termasuk Cina dari Melaka yang mengusahakan lombong. Pelombong ini juga datang bersama teknologi yang memudahkan kerja mereka.

Apabila Raja Busu memperkenalkan cukai yang tinggi sebelum hasil masyhul dieksport maka banyak pihak tidak berpuas hati lalu berlakulah perbunuhan Raja Busu sekeluarga di istana oleh pelombong, walaupun di zaman pemerintahan Raja Busu hingga Raja Bot lah Lukut maju. Namum di zaman Raja Bot jugalah Lukut diserahkan kepada Sungei Ujong (Negeri Sembilan) manakala Beranang kepada Selangor. 

Haa... ada persamaan tak dengan peristiwa yang berlaku beberapa tahun ini? Sama kan? Cuma kita ni lebih bertamadun, ada peraturan yang tidak memungkinkan kita mencabut nyawa manusia lain sesuka hati. Manusia ni kalau ditekan emosi dan kehidupannya dia memberontak. Sejarah tidak menipu cuma kita yang selalu alpa.

Sejarah Lukut banyak mengenai air mata akibat wang, wilayah dan kuasa. Kena pergi ke sana untuk bacaan lanjut dan merasai sendiri emosi mereka yang terlibat di waktu itu.

Muzium Lukut. Di tingkat atas ada galeri muzik dan galeri khas yang bertukar pengisian.


Tak sangka ramai juga anak muda melawat muzium ini. Mungkin mereka nak habiskan masa selepas melawat tempat-tempat menarik yang lain di Port Dickson. So next time I will do an educational tour with Geng Bas Sekolah bila ke Port Dickson. 

Muzium Lukut dibuka dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang setiap hari secara percuma.


4. Muzium Istana Kesultanan Melaka
Jalan Kota, Bandar Hilir
75000 Melaka

Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka dibina berdasarkan ‘Sejarah Melayu’ yang menggambarkan keunikan seni bina istana pada zaman Sultan Mansur Shah. Pelawat berpeluang menambah pengetahuan berhubung institusi Kesultanan Melayu Melaka dan menerokai suasana dalaman sebuah istana melalui diorama Balairong Seni, delegasi pedagang-pedagang, diorama pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat serta bilik beradu Sultan. 

Replika istana besar ini berlantaikan kayu resak berbumbungkan kayu belian. Rekabentuknya cantik dan diisi dengan ukiran dan artifak berkaitan.

Nama Melaka dahulu harum ke seluruh pelusuk dunia. Pedagang datang dan pergi, pelabuhannya maju, negerinya makmur sampai kita tak perasan bukan semua orang datang mahu berdagang. Ada yang datang recce tanah jajahan. Yap Ah Loy dulu pun sebelum ke Lukut dan Kuala Lumpur, dia menjadi tukang masak di Melaka.


Senarai Sultan Melaka dan tempoh pemerintahannya
1. Parameswara/Iskandar Syah 1424
2. Seri Maharaja/Sultan Mohamad Syah 1424-1444
3. Parameswara Dewa Syah/Sultan Abu Syahid 1444-1445
4. Sultan Muzaffar Syah 1446-1458
5. Sultan Mansor Syah 1458-1477
6. Sultan Alauddin Riayat Syah 1479-1485
7. Sultan Mahmud Syah 1488-1510 
8. Ahmad Syah 1510-1513
9. Sultan Mahmud Syah 1513-1528

Sekarang Melaka negeri yang tidak bersultan sama seperti Pulau Pinang (tapi terhibur hati bila baca status facebook Sultan Melaka 😂)

Muzium Istana Kesultanan Melaka



Lama betul bunga, bila nak tikam? 

Balairongseri tempat mengadap sultan.

Tugu di depan muzium.


5. Muzium Senibina
Jalan Kota, Bandar Hilir
75000 Melaka
Tel: 06-288 1450 / 3599
Email: pr.msbm@jmm.gov.my

Penubuhannya adalah untuk mempamerkan keunikan warisan senibina yang terdapat di Malaysia. Ia menekankan aspek pendidikan dengan menyediakan pusat sumber sebagai tempat rujukan.

Bangunan yang dijadikan muzium itu sendiri merupakan sebuah bangunan yang dibina pada pertengahan abad ke-18 oleh pemerintah Belanda bagi menempatkan para pegawainya. Ia menjadi pejabat pentadbiran sewaktu penjajahan Inggeris. Sebelum diambil alih oleh Jabatan Muzium Melaka pada tahun 2000, ia digunakan sebagai pejabat pentadbiran Lembaga Air Melaka. Panjang sejarah bangunan ini.


Replika Masjid Kapitan Keling




Inginkan pengalaman "Night at a museum?"

Pakej muzium anjuran PERZIM.

Aktiviti-aktiviti yang di kendalikan oleh muzium-muzium di negara ini merupakan salah satu usaha yang diharap dapat membantu negara membina dan memperkukuhkan jati diri masyarakat di samping menjadi daya tarikan pelancong. Ia satu usaha yang sangat baik, memerlukan kos besar tetapi kebanyakan tanpa bayaran kepada pengunjung. Jadilah masyarakat yang berpengetahuan dan mengenali sejarah.


Pameran terkini di muzium Malaysia:
1) Pameran Khazanah Kapal Karam: Rahsia Yang Terbenam / Sunken Treasure Exhibition: The Underwater Secret
Tarikh: 10 Julai- 31 Oktober 2018
Masa: 9 pagi - 6 petang

Galeri 1, Jabatan Muzium Malaysia
Jalan Damansara, 50566, Kuala Lumpur.
Tel : (+603) 2267-1000
Faks : (+603) 2284-9103
Emel: info@jmm.gov.my


2) Pameran Madu & Racun / Honey & Poison Exhibition
Tarikh: Sehingga 15 September 2018
Masa: 8.30 pagi - 5 petang

Muzium Perak
Taiping, Perak.



Special in Ipoh | Yasmin at Kong Heng

Special in Ipoh | Yasmin at Kong Heng | Aku yakin ramai diantara kita orang Malaysia ni merindui iklan-iklan hebat dari Petronas. Siapa yang berada di belakang tabir pengarahannya sehingga tahun 2009 pun semua akan ingati, almarhum Yasmin Ahmad.

 

Yasmin Ahmad mempunyai ramai kawan-kawan dan peminat yang mengaguminya sehingga sanggup berusaha mengumpulkan dana untuk menubuhkan sebuah muzium yang dipanggil Yasmin at Kong Heng; bertujuan untuk menyediakan tapak bagi memperkenalkan bakat-bakat kreatif dalam pembuatan filem, rekacipta, perngiklanan, seni persembahan dan sebagainya. Ia telah dirasmikan oleh ibunya sendiri, Inom Yon pada November 2014.

Berlokasi di Bandaraya Ipoh muzium ini berdekatan Kong Heng, sebuah kedai kopi yang telah beroperasi bergenerasi lamanya. Ia dibuka di sini kerana minatnya kepada bandaraya ini dimana banyak penggambaran iklan dan filem dilakukan di sini. Padanya Ipoh ada serinya tersendiri. Betullah, kalau minat fotografi Ipoh tempat yang sesuai untuk photo shooting.

Yasmin Ahmad gallery Kong Heng Ipoh
Pinjam gambar emily2u.com
Yasmin telah mengarahkan filem Sepet, Gubra, Muallaf dan Talentime dengan tema yang tidak klise. Setelah kematiannya pada tahun 2009 ramai yang terasa kehilangan. Bagi aku lah kan, 'toilet bussiness' biasanya akan dilakukan semasa iklan disiarkan tetapi di musim perayaan besar di Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Chinese New Year atau Deepavali, urusan tandas dilakukan semasa sesuatu rancangan berlansung sebab takut terlepas iklan Petronas dan iklan-iklan lain yang menggambarkan situasi perayaan di negara ini. Hasil kerjanya teliti, sungguh kemalaysiaan dengan gabungan sedih dan lucu.

Muzium ini dibuka untuk mempamerkan usaha-usaha baik yang telah dilakukan Yasmin Ahmad supaya menjadi inspirasi kepada kita semua. Selain poster filem barangan peribadinya seperti kebaya putih kegemaran, gambar kain telekung dan sejadah menggetarkan emosi penggemarnya. Ibunya berharap dengan adanya muzium ini kepelbagaian bakat yang dimiliki Yasmin dalam filem, seni, pengiklanan, sajak, fotografi dan kemahiran berfikirnya yang tinggi dapat disambung dan melahirkan rasa kecintaan dan kasih sayang yang baru. Artis terkenal Hong Kong Stanley Wong diberi penghargaan untuk menjadi kurator pertama muzium ini.


Filem dan iklannya juga ditayangkan di sini.
Yasmin Ahmad gallery Kong Heng Ipoh

Secara peribadi aku memang sukakan caranya. Dia buat je kerja yang dirasakan betul walaupun hatinya terguris dengan kritikan massa. Filemnya berlainan, tak adalah terpekik terlolong entah apa-apa. Filemnya benar-benar 1 Malaysia. Muka orang tempatan biasa biasa macam aku ni ada chance lah nak berlakon dalam filem Yasmin Ahmad jika berbakat. Kalau tak percaya cuba tonton semula filem dan iklan beliau, aku rasa tak ada yang super cantik.

Pernah aku terbaca dulu, Yasmin membeli sepasang subang di sebuah kedai emas di airport dan memberi yang lama kepada pekerja yang melayannya. Staf tu reluctant nak terima, terkejut pun ia juga kot. So dia kata, being good also cannot meh? hahhaa...Manglish sangat.

Bakatnya juga diiktiraf negara lain. National University of Singapore dan Kementerian Pendidikannya telah mengadakan satu workshop bertajuk “Yasmin Ahmad for Singapore’s secondary school students" yang telah diadakan di Old Parliament House, sebuah lokasi berprestij di sana.

Kini kempen sedang dijalankan untuk mengumpul dana tambahan bertujuan untuk mengembangkan muzium termasuk menambah idea pameran baru seperti mengadakan muzium virtual, pengubahsuaian bahan-bahan pameran dan lain-lain lagi. Semua usaha tersebut perlukan wang. Dengan dana yang cukup juga pihak pengurusan berhasrat untuk membuka muzium ini kepada pelawat empat hari seminggu berbanding hanya Sabtu dan Ahad sekarang.


CARA UNTUK MEMBANTU MENAMBAH DANA MUZIUM YASMIN AHMAD
Lawati muzium sambil menderma melalui bayarn masuk atau menderma secara khusus kepada pihak muzium.


BANTU YASMIN UNTUK BANTU BADAN KEBAJIKAN
Anda boleh membeli buku  “Yasmin, How You Know?”.

Intipati buku ini dikumpulkan oleh keluarga dan teman-temannya is a collection of her poetry, jokes and sense of the ridiculous and includes her last two television scripts. Dijual di Yasmin at Kong Heng dengan harga RM35 sebuah dan hasil jualan diserahkan kepada Mercy Malaysia.

Sumber di sini.


Dalam Islam sesungguhnya hanya tiga perkara yang akan berterusan membantu kita di alam barzakh iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya. Banyak ilmu yang ditinggalkannya jika kita mahu memahami.


Alamat
Yasmin at Kong Heng
Tingkat 2
Old Block Apartment
Jalan Sultan Yussuf
Ipoh, Perak

Waktu beroperasi
Sabtu dan Ahad 10 pagi -4 petang (ditutup pada pukul 1.00-2.00 petang)

Bayaran Masuk
Dewasa - derma RM3
Kanak-kanak dibawah 12 tahun PERCUMA















Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free

Find Us On Facebook