Showing posts with label hotel. Show all posts
Showing posts with label hotel. Show all posts

Hotel Review | Mewah Dan Nyaman Di Pavilion Samui Villas & Resort, Koh Samui

Hotel Review | Mewah Dan Nyaman Di Pavilion Samui Villas & Resort, Koh Samui | Terdapat banyak resort mewah tepi pantai di sepanjang perjalanan dari Samui International Airport ke pantai-pantai peranginan di utara dan timur Koh Samui. Menaiki van melalui kawasan ini seolah-olah melalui jalan tepi pantai di Terengganu dengan deretan pohon nyiur melambai ditiup angin. Penginapan di malam pertama di Koh Samui ialah Pavilion Samui Villas & Resort yang telah memenangi "Award of Excellence 2015" dari Tripadvisor. 

Kehadiran kami di Pavilion Samui Villas & Resort disambut mesra Pengarah Urusana, Mr Chayapa Pongchababnapa dan barisan pengurusannya. Tuala basah dberikan untuk menyegarkan muka aku yang... entah macam mana rupanya sejak bangun tidur pukul 3.45 pagi lagi, bedak dan lipstik pun dah hilang. Kemudian welcome drinks diedarkan. Leganya... sejuk je masuk ke kerongkong. Panaih lit lit oih kat luar. 

Resort ini terletak di Lamai Beach yang menghadap Teluk Thai dengan stail binaan Thai kontemporari. Lokasi yang baik sebab Lamai Beach lebih tenang berbanding Chaweng Beach. Pantai sepanjang 120 meter di depan resort adalah milik mereka jadi ada privacy waktu kita nak berjemur ke.. nak berenang ke.. nak buat wedding on the beach side ke... 





Bagaimana dengan bilik?
Yang best nya jika menginap di hotel/resort mewah ni kita tahu bawa badan sendiri je ke bilik, beg semua mereka uruskan. Sesampai di bilik wahhh.. Deluxe Balcony Suite yang dekat dengan pantai, best!! 

Walaupun bilik tak berapa besar, cukuplah untuk aku seorang. Jika berdua pun masih selesa. Jika bertiga dengan anak kecil pun masih ada ruang untuk dia berlari-lari. Tilam dan bantal empuk dikemaskan dengan linen mutu terbaik. Selesa sangat! Ada day bed dan cermin di siling. Bilik terlindung dari pandangan tetamu lain yang lalu-lalang dan ada jakuzzi di luar. Malam tu berendam dalam jakuzzi sambil makan buah yang pihak resort bagi (complimentary fruit basket).

Paling aku suka lantai kayunya. Dengan kemasan kayu ni lantai taklah sejuk, tak perlu pakai selipar. Tandas dan bilik mandi berasingan. 



Terdapat 90 bilik dan villa dengan 9 pilihan:
Deluxe Jakuzzi Suite
Deluxe Balcony Suite
Plunge Pool Suite
Hydro Pool Suite
Grand Pool Suite
Grand Pool Villa
2 Bedroom Grand Pool Villa
Beach Front Grand Pool Villa
2 Bedroom Pool Residence
3 Bedroom Beach Front Pool Residence

Lagi besar belanja yang kita sanggup keluarkan maka lebih hebatlah villa yang kita dapat diami.


Seni lipatan tuala yang berbeza di setiap jenis bilik.


Gorgeous!




Boleh mandi sambil bersembang.


Bagaimana dengan fasiliti lain?
Kolam renang di resort ini tak berapa besar tetapi setiap villa di sini ada swimming pool sendiri. Kesemua suite juga dilengkapi dengan jakuzzi/hydro pool. Best-nya kalau buat percutian keluarga di villa dua tingkat tu. Feel like home with a splash of luxury. 

Antara fasiliti lain yang disediakan:
WiFi LAJU di keseluruhan resort
Bilik mesyuarat
Tempat simpanan beg
Kawalan keselamatan 24 jam
Internet corner
Babysitting services
Baby cot
Gimnasium
Perpustakaan
Movie rental


Bagaimana pula dengan sarapan pagi?
As usual i had my continental breakfast so tiada masalah. Alaa... kalau nak makan berat juga boleh cari restoran makanan halal yang aku senaraikan di sini


Pavilion Samui Villas & Resort
124/24 Moo 3, Lamai, Samui, Surathani Thailand
GPS: 9.46803,100.047797
Tel: +66 (0) 77 424 030
Faks: +66 (0) 77 424 029
Email: info@pavilionsamui.com


Berminat? Tempah hotel/resort yang anda inginkan di AGODA. Mudah dan cepat.



Hotel Review | Grande Centre Point Hotel, Bangkok

Hotel Review | Grande Centre Point, Bangkok | Hello... dan selamat pagi! Pagi ini nak review sebuah hotel di kawasan up-market di Thonglor pula. Mesti ada yang nak tahu tentang hotel 5 bintang ini kan? 


Hotel 442 bilik ini terletak di timur Bangkok, kawasan Sukhumvit, dan boleh diakses dengan BTS skytrain. Eventhough not so near but still doable, a few hundred meters jugalah kalau nak berjalan kaki. Hotel juga menyediakan Tuk Tuk Shuttle untuk ke Stesen BTS skytrain Thong Lo. Berjalan kakilah best sebab ada banyak classy bar, kelab, restoran terikni dan butik pakaian, boleh menjamu mata.


Lima jenis penginapan ditawarkan di hotel ini yang berbeza dekorasi dan mengikut keperluan tetamu:
Lady Deluxe
Signature Deluxe
Grande Corner Suite
Executive Suite
Family Suites 


Grande Centre Point Hotel, Sukhumvit 55, berada di kawasan syurga makanan yang ramai expatriate Jepun. Makanan Thai, Jepun, Korea dan barat semua ada tapi tak halal. Food heaven for non muslim tapi jangan risau berdekatan hotel ini ada Masjid Zhohirul Islam jadi sudah pasti ramai komuniti muslim di sini. Mestilah ada dijual makanan halal kan?

Thonglor taste map. 



Apa kelebihan Grande Centre Point?

Bilik Signature Deluxe aku tu taklah besar sangat but just nice for two. Pada aku, tiga perkara ini yang best:

1) Dapat melihat sunset dari bilik. Bukan kesemua bilik ya... dua kali menginap di sini aku dapat melihat dua pemandangan yang berbeza. Please request kalau nak melihat pemandangan indah matahari terbenam. Buat time lapse pun best juga. Cantik worrr... Masa book hotel tu boleh isi kat 'special request' tapi ikut nasib jugalah.

2) Bilik air
Selain marble hitam putih yang elegan, shower dan bath tub berasingan. Toilet seat dah diset suam jadi takdelah terperanjat bila letak pungkok heheh... bidet pun ada.

3) Spa mewah Let’s Relax Spa. 
Satu lantai dikhaskan untuk spa sahaja. GCP juga memiliki onsen terbesar di Bangkok 



 Yang kanan sekali tu dari bilik 2606. Tak dapat melihat matahari terbenam dari sini.


😁👍👍

 Safe deposit box ini dipasang berbaring. Boleh muat Surface.

  

Grande Centre Point Sukhumvit 55
300 Sukhumvit Soi 55 (Thonglo), Klongton Nua, Wattana, 
Bangkok 10110, Thailand.
Tel. +662 020 8000 Fax. +662 020 8088
Email: sukhumvit55@gcphotels.com

Sila tempah di sini.


*** Nak shopping di Bangkok. Dapatkan senarai pusat membeli-belah popular dan murah di sini.


Hotel Review | The Settlement Hotel, Melaka

Hotel Review | The Settlement Hotel, Melaka | Kita ke Melaka lagi. Banyak betul perkara menarik yang nak diceritakan mengenai Melaka ni.

For the first timer selalunya akan book hotel di tengah bandar yang senang dapat makanan, yang dekat dengan tourist attractions, yang senang nak shopping. Bila dah berkali-kali datang kita akan mula mencari suasana yang berlainan. Tak nak yang itu.. itu.. saja kan? Bosan.
Apa kata kita keluar dari Bandar Hilir yang super popular tu tetapi masih mudah mendapatkan makanan sedap lagi halal? The Settlement Hotel di Ujung Pasir terletak lima kilometer dari bandar Melaka. Hanya 10 minit memandu kenderaan untuk ke premis hotel empat bintang di lokasi yang kurang sibuk ini.
  
Fasiliti yang disediakan :
45 bilik tamu
4 villa
Spa tradisional
Rooftop Garden
24-hour front office ambassadors
Parkir percuma
Sewaan basikal 

As a luxury boutique hotel, apa istimewanya The Settlement Hotel?
1) Ia terletak berhampiran perkampungan Portugis yang telah wujud sejak tahun 1511 lagi.
2) Selain restoran makanan laut ada banyak lagi restoran yang beroperasi di kawasan ini. Jangan bimbang, pasti takkan kelaparan.
3) Kalau rasa nak buat bbq di mana-mana, beli saja makanan laut segar yang dijual di tepi jalan tu.
4) Walaupun keluasan hotel ini agak terhad tetapi keseluruhan kawasan bersih dan dihias menarik. 




5) Di setiap aras digantung lukisan. Takdelah bosan melihat dinding kosong. 
6) Private villa diperbuat daripada kayu berkualiti tinggi lengkap dengan katil bertiang yang romantik dan bilik mandi yang luas. Bilik deluxe pun best, selesa. Setiap bilik disediakan fasiliti standard, ada karpet dan bath tub. Paling penting wifi laju!
Bilik deluxe.


Private villa.



7) Ada Yeak Ping Lian Art Gallery, galeri seni yang mempamerkan hasil kerja seorang anak autisme.  


8) Ada baanyakkkk spot menarik untuk bergambar.


Pintu ke tandas pun menarik.


9) Boleh berkaraoke (melalui tempahan) dan ber-gathering di Rooftop Garden.




10) Paling paling paling penting, layanan kelas pertama dari staf bertugas. Tak gunalah kalau claim hotel empat lima bintang tapi tetamu lalu lalang angkat muka pun tidak. Ada yang macam tu... kita nak test hospitality mereka je.
Eh ada satu lagi yang menarik. Ada seorang intern tu bermuka cina klasik. Sepet betul mata dia tapi manis senyumannya. Kalau time uols datang dia dah habis internship tak dapatlah tengok. 
Aku rasa kalau nak dikira kekurangan hotel ni ialah breakfast kurang variety TAPI SEDAP. Untuk aku yang tak suka makan nasi dan mee pepagi okaylah. Kedua, swimming pool kecil, dua tiga kali kuak dan sampai hujung heheh... tapi okaylah untuk bawa anak-anak mandi. Bebudak kalau jumpa kolam renang happy selalu :-))
Jarak lokasi tarikan pelancongan dari The Settlement Hotel Melaka:
Kubu A'Famosa yang dibina pada tahun 1511                 1 km
Bangunan Stadhuys yang dibina Belanda pada 1650an   1 km
Pusat membeli-belah, Jonker Street                                 1 km
Sisa Gereja St Paul                                                           4 km
Zoo Melaka, Mini Asean dan Mini Malaysia                  30 km
KLIA/KLIA2                                                                  160 km
Sila..sila.. sila tempah bilik di sini. Jangan lupa naik Melaka River Cruise.
The Settlement Hotel Melaka
63, Jalan Ujong Pasir
World UNESCO Heritage City Melaka
75050 Melaka
Tel : +606 292 1133
Faks: +606 2924700

Hotel Review | River Kwai Village Hotel, Kanchanaburi

Hotel Review | River Kwai Village Hotel, Kanchanaburi | Adalah membosankan sekiranya melancong tanpa mencuba sesuatu yang baru. Menginap di hotel berbintang empat dan lima di tengah bandar memang selesa tetapi menginap di resort berbintang-bintang di tengah hutan belantara pasti memberi pengalaman berbeza.


River Kwai Village Hotel adalah satu-satunya hotel mewah di hutan tropika Kanchanaburi. Ia terletak di utara River Kwai 70km dari "the bridge on the River Kwai" yang terkenal di seluruh dunia itu.

Kami ke sini dengan menaiki keretapi dari Stesen River Kwai dan turun di Thamkra Sae. Kemudian menaiki chartered van ke RKV. Naik van terus menerus pun boleh juga. Di sepanjang perjalanan ke sini mata dijamu dengan kehijauan. Relaks je, sejuk mata memandang.


RKV menawarkan empat jenis penginapan berpendingin hawa yang serba lengkap:
1) Raftel - bilik yang terapung di sungai.
2) Royal Wing - bilik mewah didekorasikan cara Thai
3) River Wing - bangunan tiga tingkat di tebing Kwai Noi
4) Mountain Wing - kabin setingkat.


Bilik kita di sini.

Wifi hanya di sekitar lobi sahaja. Bila wifi tak sampai ke bilik maka kita akan kembali ke asal, rajin membaca buku huhuu.. Aku agak hotel management memang tak nak pasang wifi kat bilik supaya tetamu enjoy the nature. 

Bilik aku besar dan sangat selesa. Kalaulah datang dengan famili kan best, boleh susun semua anak atas katil. Katil sebesar tu aku seorang je tidur (pasang lampu bilik air dan berselubung heheh...). Yang syoknya pihak hotel hidangkan sepinggan kek, dua hari pun tak habis makan sebab perut tak sempat lapar. Dah tentulah chocolate cake yang habis dulu.

Di sini Subuh awal sekitar 4.40 pagi. Aku set jam pukul 5 tapi 4.45 dah terbangun. Baguslah kan? Kat rumah sendiri pun tak macam tu. Masalahnya mata tak mahu pejam dah selepas tu. Selepas breakfast pukul 6.30 tu balik ke bilik dan mereput sampai pukul 9. Tak dapat mengisi masa lapang dengan melawat kawasan sebab dua hari hujan pagi.

RKV menerima ramai tetamu dari Rusia sebab tu ada notis dan menu berbahasa Rusia. Banyak aktiviti boleh dilakukan di sini selain berurut. Siap ada warning "Jangan buka seluar" di pintu bilik urut tu hahah... siapalah punya kerja tu eh? Dah biasa berbogel depan orang gamaknya. Tiada service urut++ di sini. Clean business only okey.

Yang lagi best nya, ada tiga swimming pool di sini. RKV adalah hotel pertama memiliki Jungle Water Park dengan water slide dan jakuzzi. Seronoklah bebudak bila menginap di sini. Bila bawa anak-anak tak kiralah hotel bajet ke hotel mahal swimming pool mesti ada. Kalau tak boleh stress weh.

Raftel.

Subhanallah cantiknya pemandangan! Damai.

Ikan-ikan liar di belakang Raftel.

Bilik aku di River Wing yang menghadap Kwai Noi (kwai = river/sungai).




Persembahan tarian dari kanak-kanak suku kaum Mon selepas makan malam.



Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di River Kwai Village
RKV berada di lokasi yang sesuai untuk lawatan ke kawasan bersejarah kesan Perang Dunia Kedua (World War II) dan alam semulajadi. Nak naik gajah ke.. bamboo rafting ke..nak ke Death Railway ke.. atau nak mandi-manda di Sai Yok Waterfall ke.. RKV boleh aturkan. Jika mahu berspa lumpur sila ke Rock Valley Hot Spring & Mud Spa.

Banyak aktiviti menarik yang disediakan untuk dicuba seperti ATV, paintball, berenang, di sungai, camp fire, raft excursion.. selain pakej lawatan. Aku sebenarnya nak try naik basikal atas pokok yang macam di Bohol tu tapi di kedua-dua pagi hujan renyai. Bila hujan terbantutlah plan tambahan pula geng lain semua dok tidur lagi, aku je yang 'tolong buka pintu restoran' seawal 6.30 pagi. 


River Kwai Village Hotel
74/12 Moo 4
Tha Sao
Sai Yok
Kanchanaburi
Thailand
Tel : (66 89) 918-4562 / (66 81) 922-4661
Faks : (66 81) 880-5206


Reservation Office
1054/4 New Petchburi Road
Ratchtavee
Bangkok 10400
Thailand
Tel : (66 2) 251-7828 / (66 2) 251-7096
Faks : (66 2) 255-2350


**Seluruh Thailand sedang berkabung diatas kemangkatan Raja Bhumibol Adulyadej yang telah memerintah Thailand selama 70 tahun. Raja Bhumibol menjadi simbol perpaduan yang mendamaikan dua pihak yang berebut kuasa. Baginda juga sangat disayangi dan dihormati rakyatnya kerana banyak memperkenalkan projek pembasmian kemiskinan.









Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free