Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Makanan eksotik di Cambodia

Makanan eksotik di Cambodia | Berada di Asia Tenggara, Cambodia turut menjadikan nasi sebagai makanan asasi. Nasi biasanya dimakan bersama ikan, sup dan sayur. Bahan-bahan bagi penyediaan lauk dan juadah lain juga tidak banyak berbeza daripada negara-negara di sekitarnya seperti sos ikan, gula kabung, cili, santan, kunyit, serai, halia dan sebagainya.

Makanan di negara Khmer yang pernah dijajah Peranchis ini dipengaruhi banyak negara. Bahagian timur Cambodia kuat dipengaruhi Vietnam manakala baratnya ada campuran citarasa Thailand. Bahagian pesisir pantai biaslah dengan makanan lautnya yang dimasak dengan pelbagai cara. Antara makanan popular yang ai pernah cuba sewaktu di sana ialah Lok Lak (daging goreng dengan sos perang), Nom Ban Chok (mee Khmer) dan Fish Amok (ikan yang dikukus dengan santan).

Selain makanan yang menjadi makanan ruji masyarakat di sana, serangga, siput dan binatang berbisa turut menjadi hidangan kegemaran mereka. Mungkin tiada halangan dalam agama Buddha untuk memakan makanan eksotik tersebut. Serangga yang digoreng cili tu nampak ermm sedap! hahahha... aku tak try pun... cukuplah sekali makan ulat mulung (ulat sagu) goreng masa di Sibu dulu. Tak tahulah bagaimana perasaan kalau aku kunyah ulat sagu yang hidup segar gebu dan montok tu. Menguit-nguit atas lidah agaknya hahahha... 

Jom tengok gambar makanan eksotik ni!



Makanan/gorengan yang dijumpai di Phnom Penh.

Labah-labah goreng.

Siput tumis serai.

Siput goreng pedas.

Anak ular goreng pedas. Mau?

Dalam perjalanan ke Siem Reap dari Phomn Penh, bas berhenti rehat di Kampong Thom Market. Terjumpa yang ini pula. Lipas tu nampak macam kurma pula time tengah puasa ni hahahah...

Lipas. Crispy benar nampaknya heheh..

Pelbagai serangga.



Aku rasa biasa je bila nampak benda-benda ni.. taklah seteruk ternampak anjing panggang di Ho Chi Minh euwww...



JJCM | Mencuba Rasa Foodcourt Terbaharu - Muhibbah Makan Place

JJCM | Mencuba Rasa Foodcourt Terbaharu - Muhibbah Makan Place | Sabtu lepas sebuah foodcourt baru di Shah Alam buat official opening ceremony. Maka aku pun melupakanlah buat kesekian kalinya janji pada diri sendiri untuk menurunkan carbo intake. "Esok je lah..." haa gitu.




Dua chef dengan 25 tahun pengalaman dalam bidang masakan daripada Muhibbah F&B Sdn Bhd bergabung membuka Muhibbah Makan Place di Plaza Alam Central. Lokasinya di tingkat 5 selantai dengan Sri Pentas 2 TV3. Syarikat ini dah biasa buat in-house catering untuk syarikat korporat so now they venture into food court business pula. Aku rasa food court ini akan dapat mengurangkan kesesakan restoran di Kompleks PKNS di waktu puncak selama mana mereka mengekalkan rasa dan kualiti makanan. Kalau makanan tu sedap, kedai di tempat tersorok pun orang datang. 

Hari tu aku mencuba Sizzling Beef Yee Mee With Egg. Aku bukanlah minat sangat yee mee (selalu menumpang di pinggan anak je) tapi aku tak nak makan nasi. Porsi mee banyak, dagingnya empuk dan kuah sedap, tak terlalu pekat. Kemudian nak makan rojak tapi habis. Nak try cendol pun habis. Laksa? huh.. dah kenyang wei... karang kena makan semangkuk pula, jenuh. Macam mana tak habis, orang ramai dijemput makan secara percuma dari pukul 1-3 petang. Sudahnya makan sate kambing je. Sedap! Kuah kacang pun secukup rasa. Cuma tak pasti peniaga sate tu permanent ke tak kat situ sebab tiada sign board nama outlet.

Sizzling Beef Yee Mee With Egg

Maggi Kari Bapak Ketam

Semalam dah gaji, maka marilah beramai-ramai kita cuba makan di sini. Kalau sedap cerita kat kawan, kalau tak sedap sila beritahu tuan kedai. Jangan terus tularkan, bagi peluang mereka perbaiki rasa. 


JJCM NS | Kedai makan MESTI CUBA di Jalan Seremban-Kuala Pilah

JJCM NS | Kedai makan MESTI CUBA di Jalan Seremban-Kuala Pilah | Negeri Sembilan negeri beradat hanya sejam perjalanan dari Kuala Lumpur menggunakan lebuhraya PLUS atau LEKAS. Negeri ini terkenal dengan Istana Sri Menanti, kawasan perkelahan Ulu Bendul dan pantai Port Dickson selain makanan enak lagi pedas.



Apa lagi yang popular di Negeri Sembilan?

Mentoghi Bosar den, YB Dato Haji Mohamad bin Hassan (untunglah kami ada MB yang berpandangan jauh dan mengutamakan pendidikan),

Kembar bolasepak Aidil Zafuan dan Zaquan Adha (diorang ni lahir time raya haji kot eh?),

Waris... yang menyanyi lagu catchy Gadis Jelebu tu, Datuk Hattan pun orang sini.

Banyak lagi keistimewaan NS ni.. harga rumah masih dalam kemampuan, di Port Dickson saja ada berbelas tempat menarik.

Eh, hari ni nak cerita fasal makan.


Di mana tempat makan sedap di Seremban?
Ni ai nak kasi tau lokasi mengisi perut yang kaum kerabat sepupu sepapat ai suka pergi. Mereka tu memang suka jalan jalan cari makan mencuba banyak tempat. Aku ni pergi yang dedekat je lagipun nak maintain (dah susah bona nak turunkan) berat badan. Kononnyalah.

Awak awak awak yang melalui jalan Seremban-Kuala Pilah ni bolehlah cuba. Lepas hiking Gunung Angsi tu mesti lapar tak hengat punya.

Yang disenaraikan ini adalah kedai biasa yang ramai pelanggan. Kalau dah hari hari kedai penuh haruslah sedap, ye tak? Ini baru setakat laluan Ampangan ke Kuala Pilah je.. Senawang, Sendayan, Seremban 2, Nilai semua tu belum lagi. Ikut turn lah ya. Kalau time uols datang kedai tak buka jangan kecam ai pulak eh.

1) Roti goreng kentang di Ampangan food court.
Kedai Jalal. Kami sekeluarga rajin jugalah ke sini sebab anak-anak suka fast food dia. Aku pun suka... sejak belum ada anak sehingga beranak-pinak mengulang kedai ni. Jangan peliklah dengan tuan kedai bersama krew yang tak nak senyum. Eh pelik jugalah kan? hahah... Pernah aku datang waktu petang di lokasi lama dulu elok je tuan kedai layan dan ada sekali tu setelah beberapa lama boleh pula dia tegur, eh lama akak tak datang? Ooo... aku ingatkan dia tak perasan aku selama ni. Dia taklah sombong cuma tak senyum je. Boleh gitu? Makan je, sedap.

Ampangan food court.

Sumber di sini.

2) Roti canai bawah pokok, Paroi Jaya
Roti canai brother ni sedap, garing di luar lembut di dalam. Dibuka dari 7-11 pagi. Gerai dia depan Mertang Car Wash, deretan kedai belakang 7 Eleven tak jauh dari Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

3) Leha World, Paroi Jaya
Akak tu bermula dengan berniaga di bawah pokok je dulu. Ada berpuluh-puluh jenis lauk untuk dipilih tapi aku rasa nasi sikit sangat. Untuk aku cukuplah tapi kalau orang lelaki tak puas makan. Ikan keli berlada RM4.50, sayur RM2 air percuma. Lain-lain? Datang sendiri dan rasa.

Image result for leha world
Sumber di sini.

Sumber di sini.

4) Gerai kuih, Panchor Jaya.
Tak ingat nombor rumah dia tapi kalau masuk saja Persiaran Semarak 2, Taman Panchor Jaya tu gerai akak tu sebelah kanan. Dia berniaga pepagi Isnin-Jumaat saja. Hot item karipap kentang dan sardin. Menggunung dalam bekas kueh tu. Kuih-muih lain pun secukup rasa. Nampak ikhlas usahanya. Sambal nasi lemak sedap juga tapi simple je lah, nasi dengan sambal. Dah jual singgit takkan nak ikan bilis, telur, timun bagai kan? Goreng telur mata lembu sendirilah kat rumah, jimat.

Ada satu lagi penjual kuih yang semua kuih dia sedap secukup rasa, di sebelah luar sebelum masuk ke Persiaran Semarak 2 ni berdekatan bus stop. Apa ntah nama pakcik tu, Zarin kot. Dia ada menjual popia goreng dan basah. Beroperasi selepas Zohor... hari Isnin tutup rasanya.

Dua gerai ni memang kami suka kuih-muihnya. Harga pun berpatutan. Masa orang lain berebut naikkan harga mereka tetap bertahan. Pernahlah aku bertanya beberapa tahun lepas kenapa tak naikkan harga? Mereka jawab, takpelah...tak bayar sewa. Aku pula yang susah hati bila mereka masih maintain harga sebiji kueh 30 sen hahahha....jiwa wakil rakyat sangat gituh. Sekarang mereka menjual sebiji 40 sen. Kami bayar dengan redha sebab puas hati. Lagipun mereka suka bersedekah.

Sebelum ni ada Husseins's Puff berniaga waktu petang di Paroi Jaya. Itu pun sedap juga. Tak tahulah dia pindah ke mana... dah kaya kot, dok rumah je.


5) Popia Kuala Kangsar, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

6) Mama One Stop Bakery & Cafe.
Dah cerita dulu di sini. Sekarang ada cawangan di CIMB, Jalan Dato Bandar Tunggal, Seremban.


7) Kedai Angah, Ulu Bendul
Dia menjual roti canai kari kambing. Lokasinya depan kawasan perumahan Ulu Bendul (arah Kuala Pilah) selepas tempat mandi-manda tu.

8) D'sawah, Ulu Bendul.
Memang dokek topi sawah. Sekarang ni berderet kereta parking tepi jalan tu pepagi. Hidangan istimewa mereka ialah roti canai, nasi lemak hijau (yang biasa pun ada), sambal sotong. Hari Sabtu dan Ahad ada pulut sambal petai. 

Related image
Sumber di sini.

9) Zaini Salai House, Ulu Bendul.
Kedai makan ini tak jauh dari D'sawah, sebelah kanan. Cousin aku yang kaki makan tu kata sedap lauk makan tengahari di sini, ada itik salai bagai.

Image result for zaini salai ulu bendul
Sumber di sini.

10) Kedai Ain, persimpangan Seri Menanti.
Bertentangan dengan pintu gerbang ke Seri Menanti ada bus stop, Kedai Ain di situlah. Akak ni menjual lauk pauk kampung seperti lawar terung, rendang betik, rendang peria, gulai baung dan jangek. Pernah dengar "jangek"? Aku pun first time dengar heheh... sesio duk kampung. Gulai kulit lembu. Pepagi ada lontong. Sambal nasi lemak dia sedap (kata cousin). Orang yang main golf di Kelab Golf Sri Menanti pun selalu makan di sini juga.


Kalau kena musimnya dapatlah melihat hamparan sawah padi di belakang Kedai Ain. 

11) Kedai sebelah SMK Sultan Abdul Samad (SMDAS), Tanjung Ipoh.
ABC kelapa dan laksa utara dia sedap baq hang!

Image result for abc tanjung ipoh
Sumber di sini.

12) Kedai depan Petron Melang, Kuala Pilah.
Aku baru je makan nasi lemak sambal sotong kering dia. Sedap! Selain tu ada lauk rendang ayam. Kue tiaw pun ada. Tapikan servis krik krik.. hahaha... bertabahlah menunggu. Berzikir, bertahmid 33 kali baru sampai.

13) Nasi lemak, Medan Selera Kuala Pilah.
Dekat traffic lights, depan Maybank. Geng Mak Jemah kata sambal sotong basah sedap.

14) Kedai rojak, Pasar Kuala Pilah.
Rojak mi/kue kena pair dengan cendol. Rojak ni mungkin di tempat lain dipanggil mi jawa. Famous zaman berzaman sebab rasanya tak berubah. Even ada ahli keluarga mereka yang berniaga di pasar malam pun maintain rasa kuah yang sama.

Cendol di pasar KP tu aku jadikan benchmark. Susah juga nak jumpa yang sama macam pakcik tu jual. Rasanya dah sebati dengan lidah ni sebab aku start makan cendol dia dari sekolah menengah... semangkuk 50 sen, dari pakcik tu kuat sampai kena pakai loud speaker dah hahah... memang sodap! Di hentian bas KP pun ada cendol dan rojak. Rasa cendol sama tetapi aku lebih suka rojak yang di Pasar Kuala Pilah.

Dulu kini dan selamanya macam tu juga kedai dia tapi volume jualan bertambah. It seems that pelanggan tak kisah pun. Lelaki berdiri tu menjual cendol, yang di hujung sana rojak, bersebelahan pasar Kuala Pilah. 

Image result for rojak kuala pilah
Sumber di sini.

Kedai cendol di hentian bas Kuala Pilah. 


Lagi??

Apam balik sebelah kedai emas. Beli emas sekalilah kak, emas Kuala Pilah murah... ish ishh... geram tengok 😈😈😈. Boleh tunjuk kat orang kampung bila sampai Bahau/Bera/Temerloh/Kuala Terengganu nanti 😊😛😈😈


Nota:
25hb ni ada program silat di Ladang Alam Warisan jadi bolehlah pakat reramai try kedai makan ni nanti.






Makanan Istimewa Negeri Sembilan. Memang sodap tekau!

Makanan Istimewa Negeri Sembilan. Memang sodap tekau! | Untuk hidup manusia memerlukan makanan dan makanan itu pula berbeza rasa mengikut cuaca, negara/negeri, suku kaum dan penempatan. Jika berumah di kampung ulam-ulaman kebiasaannya menjadi menu harian selain sumber protein seperti ikan dan ayam.


Makan nasi tanpa lauk-pauk apalah maknanya kan? Di Negeri Sembilan ada beberapa jenis lauk yang menjadi ruji di setiap rumah. Ayam, daging dan ikan dimasak bersama kundang (buah setar), bacang, mangga muda, buah cepu, petai dan lain-lain sebagai penyedap rasa. Kaedah memasak yang selalu digunakan ialah merebus (menggulai) dan merendang. Rendang biasanya dimasak sehingga kering berderai, empat hari pun tahan tanpa dimasukkan ke dalam peti sejuk. Daging lembu, kerbau, ayam, itik, pelanduk, kijang dan rusa memang sedap dimasak rendang. Aku pernahlah merasa binatang eksotik tu tetapi tak tahu membezakan rasanya... macam sama jer.

Makanan Negeri Sembilan ni kan, memang sodap. Kebanyakannya menggunakan santan, lemak dan podeh (pedas). Sesetengah orang masak umangaiii podeh macam nak melada mulut kita je hahah... sebab itu lah sambal belacan tidak menjadi menu wajib dalam hidangan.

Di NS gulai merujuk kepada masak lemak cili api (orang sini panggil lado api) yang bahan asasnya ialah santan, kunyit hidup, cili padi dan serai/daun kunyit/asam keping. Manakala masak lemak ialah masakan yang dikategorikan manis seperti masak lemak umbut kelapa. Masak lemak cili api tidak menggunakan bawang, dimasak dengan api perlahan pada awalnya supaya santan tak pecah minyak. Santan tu pula mestilah pekat uols... aku masak tak ikutlah piawaian ini takut jantung tersumbat pula nanti. Dahlah malas excercise.


Di bawah ini antara makanan tersedap di Negeri Sembilan:

1) Gulai daging salai dengan bacang/buah cepu

Buah cepu. Sumber di sini.

2) Gulai ikan sembilang salai dengan kundang (buah setar)/petai

3) Lempeng ikan
- biasanya menggunakan ikan air tawar.

4) Rendang ayam kampung dengan daun puding
- bukan daun puding warna-warni yang emak awak tanam dalam pasu tu ye..hehehh

Itulah rupa daun puding. Sumber di sini.

5) Rendang pucuk ubi
- sedap giler weh

6) Gulai ikan dengan daun gelugur

7) Gulai telur itik dengan kulit rambai

Sumber di sini.

8) Gulai pisang muda dengan ikan bilis

9) Gulai siput sedut
- aku lemah betullah kalau anak-anak minta tolong sedutkan. Tak suka aku tengok rupa isi siput tu hahah...

10) Sambal daun kayu (sambal tempoyak daun)
- ada seorang caterer tu cerita, our late Yamtuan kalau dia minta lauk ini mesti cukup tujuh jenis daun. Raja pun makan macam kita juga uols.

11) Masak lemak labu

12) Masak lemak umbut kelapa
- umbut kelapa perlu direbus dahulu sehingga empuk.

13) Sambal gesek
- menjadi judu makanan manis seperti gulai umbut dan masak lemak labu. Bahannya ikan bilis, cili padi, perahan limau. Kalau ada kundang muda pun sedap ditumbuk sekali.

14) Kuih sopang
- kuih ini sama cara pembuatannya dengan kuih badak berendam tetapi berbentuk seperti karipap. Orang Kuala Pilah pandai buat ni 

**Kami goreng sardin pun lain tau. Rasanya garing, dicampur kicap dan pucuk ubi.


Aku tak tahulah di negeri lain ada ke tidak lempeng ikan ni. Meh aku share resipi. Sonang yo buek eh.

Resipi Lempeng Ikan
Ikan talapia atau ikut suka hang
Santan pekat
Cili padi - ditumbuk
Kunyit hidup - ditumbuk
Daun kunyit - dihiris
Perahan limau
Daun pisang
Garam

Aku jarang masak lauk ni jadi gambar sendiri memang takde. Sumber di sini.

Cara memasak:
Letakkan daun pisang dalam kuali kemudian letakkan ikan di atasnya. Masukkan santan dan bahan-bahan yang ditumbuk, hirisan daun kunyit dan garam. Masak dengan api sederhana. Tak perlu dikacau sangat sekadar nak siram kuah tu di atas ikan tadi. Jangan lupa terbalikkan ikan tu, kang sebolah yo masak eh. Bila ikan dah masak dan santan tu memekat padamkan api lalu perahkan air limau kasturi di atasnya. Makan dengan nasi paneh.Umangaiii..!


Resipi Rendang Pucuk Ubi
Dua ikat pucuk ubi - ambil yang muda, yang tua ganyut buang
Segenggam cili api - tak nak cili akar, tak best - dikisar
2 inci kunyit hidup - dikisar
2 batang serai - dititik
3 cawan santan pekat
2 sudu kerisik (kalau suka)
Segenggam ikan bilis 
2 keping asam gelugur
Garam

*ko tengok betapa banyaknya penggunaan santan

Sumber di sini.

Cara memasak:
Santan dijerang bersama semua bahan kecuali pucuk ubi. Masakkan sehingga kuah hampir kering dan berbuih kemudian masukkan pucuk ubi. Perlahankan api, tambah kerisik. Masa ni jangan main handphone, kena balik balikkan pucuk ubi supaya rata masaknnya dan garing. Dah siap.


Di Seremban ada beberapa restoran yang sedap masakannya dan aku boleh recommend tetapi daging rusa tu susah sket la nak dapat, di restoran yang pertama tu je kot:

1) Restoran Nelayan di Rahang
2) Restoran Wadi Ar Raudah di Rahang
3) Resoran Kak Lang di Lavender Heights
4) Restoran Sayang di Seremban 2 (sebelah Etiqa Takaful)
5) Muzium Negeri ada buat pakej makan berselo makanan asli Negeri Sembilan. Silalah bertanya dengan pihak muzium di :
Tel : 06-7631149 / Email : muziumpentadbiran@ns.gov.my / muziumn99@gmail.com

**Kebanyakan restoran ini beroperasi Isnin-Sabtu sahaja.


Mengetap bibir tak? hahah... poi cari kek pasar Ramadhan potang kang.










Berbuka Puasa Di Hotel | Makan Jika Mampu Dan Setakat Mampu

Berbuka Puasa Di Hotel | Makan Jika Mampu Dan Setakat Mampu | 6 Jun nanti datanglah bulan Ramadhan penuh rahmat itu. Dengan kedatangan bulan puasa juga maka banyaklah hotel dan restoran yang akan menawarkan juadah berbuka puasa secara buffet.


Sebenarnya pihak hotel sudah mula menjual "seat" sejak bulan lalu, ada harga istimewa untuk early bird. Ramai juga yang pergi food review, harapnya apa yang akan dihidangkan di bulan Ramadhan nanti samalah sedapnya dengan makanan yang mereka review.

Aku agak seperti biasa akan ada orang bising tentang harga buffet Ramadhan nanti. Harga buffet Ramadhan mahallah... mewah sangatlah... membazirlah... bla bla bla..


Kenapa Kita Diwajibkan Berpuasa?

Berpuasa untuk mengajar kita merasai dan menginsafi kekurangan orang lain. Ada orang yang tak makan berhari-hari. Kita tak dapat makan minum 13 jam secara purata pun dah mengeluh. Kengkawan kita di luar negara yang berpuasa di musim panas lagilah jenuh tetapi mereka berpuasa juga. 

Berpuasa juga untuk merehatkan sistem perut kita. Letih dia memproses makanan setiap masa. Kita pun kalau kena bekerja setiap hari dari celik mata hingga tutup mata letih melepek kan?



Makan Jika Mampu 

Sama seperti kisah golongan kaya melancong, begitu jugalah kisah berbuka puasa di hotel. Sasaran si penjual golongan yang berkemampuan, yang mampu membayar dengan senang hati. Kepada yang tak mampu, kita makan je apa yang ada atau beli saja di pasar Ramadhan. Perut tengah lapar semua nampak sedap. Tak perlu kita cemburu dengan kemampuan orang lain. Orang berada tu pun bukan setiap hari makan di hotel, mereka pun tahu cemuih. Kebanyakannya sekadar bertukar selera dan meraikan keluarga serta kawan-kawan juga pekerja.

Kalau kita tak mampu tetapi nak merasa juga berbuka puasa di hotel mari kita berpuasa dari sekarang. Puasa dari berbelanja SETIAP HARI sehingga terkumpul sejumlah duit. Boleh? Ada beberapa hari lagi ni... sempat lagi nak melonggok duit.


Kenapa Makanan Di Hotel Dan Restoran Ternama Mahal?

Ada hotel menggaji chef yang sangat hebat memasak, ada hotel yang memang terkenal sedapnya hidangan mereka, ada juga yang biasa biasa. Kalau terkena yang biasa biasa tu soheh ko akan merungut hahahah... balik rumah goreng telur mata lembu lepas tu tumis cili dan bawang besar perghhh...!! Lagi sedap dari hotel habaq hang!

Orang bising makan buffet Ramadhan mahal. Kenapa mahal?

Nampak tak berapa ratus hidangan yang mereka perlu sediakan untuk ramai orang makan serentak? Berapa banyak pula idea yang harus diperah untuk membuatkan hidangan itu sedap dan menarik? Betapa selesanya pula kita makan di tempat berhawa dingin?

Sebenarnya kita bukan sahaja membayar harga makanan tetapi skil memasak dan menghias mereka. Nak jadi ketua chef tu berapa tahun kena belajar dan berapa banyak pengalaman bekerja diperlukan? Kita membayar kepakaran mereka. Sama jugalah seperti servis fotografi, percentage bayaran tu lebih kepada khidmat dan kepakaran jurugambar bukannya harga gambar. Kalau rasa mahal boleh je shoot sendiri guna henpon. Kita diberi pilihan, tiada paksaan. Tak perlu komen dan komplen memacam sedangkan kita tak dipaksa. 

Dan kepada mana mana pihak yang menjemput anak yatim berbuka puasa di hotel tu... terutama yang menjual meja kononnya untuk anak yatim, kami nak tahu adakah anak yatim tu VIP majlis atau ada lagi VIP lain? Bukan apa kekadang kita nampak ada meja makan berhidang, anak yatim beratur di meja buffet sehingga azan berkumandang. Ada orang makan berhidang berpelayan di meja bulat, anak yatim bersila di lantai. Kau rase..??

Dan kepada yang beratur mengambil makanan tu, cecepat sket boleh? Cubalah pantas macam orang Jepun.

 
Sumber imoney.my

Ya Allah sedapnya desert!

Makan Setakat Mampu

Oh ye, beragaklah ya semasa mengambil makanan. Jangan ambil sampai menggunung dalam pinggan lepas tu dibiarkan tak bermakan. Rezeki tu. Walaupun kita membayar harganya elok ambil setakat yang mampu kita makan je... kalau tak cukup, tambah. Kalau tak cukup juga tambah lagi. Takde siapa pun akan marah. Apa nak kesah pandangan orang?



Sumber di sini.







Istimewa Malam Minggu | BBQ Dinner Di Klana Resort



Istimewa Malam Minggu | BBQ Dinner Di Klana Resort | Klana Resort Seremban ialah sebuah hotel yang dikategorikan sebagai business-resort styled hotel di kawasan hijau Seremban.

Bertaraf empat bintang hotel ini sering menjadi pilihan syarikat korporat dan badan kerajaan untuk mengadakan kursus dan team building. Kem bina semangat bukan setakat di padang tetapi ada juga aktiviti berkayak di kolam renang. Kolam renangnya boleh tahan besar. Puaslah kami anak-beranak berenang hari tu. Suka stay sini sebab damai dan memberi ketenangan fikiran.

Ketika ini Selera Coffee House di Klana Resort Seremban sedang mengadakan BBQ Dinner pada setiap Sabtu bermula jam 7 hingga 10.30 malam. Ikan, sotong, udang, ketam, daging, sate, otak-otak, nasi, pizza, kek hmmm... bergasaklah makan uols... esok baru fikir diet semula. Makan sampai lebam. Yang vegetarian pun jangan risau, ada vegetarian bbq.

 


Para tetamu akan dihidangkan dengan 20 jenis sos buatan in-house chef dengan yang teristimewa "bbq coca cola sauce". Banyak betul sos, tuang itu tuang yang ini sampai tak tahu rasa sebenar sos tu hahah...


Makan ikut nafsu heheh..



Makan lagi ikut nafsu... pagi Ahad kita jogginglah sejam buang semula lemak-lemak tu

Dining area mampu menempatkan seramai 264 tetamu serentak tetapi uols tetap kena buat tempahan dulu kerana tak banyak hotel yang offer bbq dinner so selalunya Klana Resort menjadi pilihan. Aku pernah makan di Klana Resort Seremban dan Nilai, sedap masakannya. Yang di Port Dickson rasanya belum pernah cuba lagi. Di sana ada Balai Cerap, sibuklah mereka semalam melayan pengunjung yang nak tengok gerhana matahari.

Harga BBQ Dinner

Harga dewasa : RM75 seorang
Harga warga emas dan kanak-kanak : RM38 seorang.
Book 5 orang dewasa terus untuk mendapatkan diskaun 15% !

Sesekali belanjalah orang rumah, anak, mak ayah, bibik... anak yang baru dapat resul SPM tu...(dua tiga kali lagi bagus)


For enquiries & reservations, please contact :
The Selera Coffee House
Klana Resort Seremban
PT 4388, Jalan Penghulu Cantik
Taman Tasik Seremban
70100 Seremban
Negeri Sembilan.
Tel : 06-7667888 ext 3222.

 
Nota:
Klana Resort Seremban bakal menghidangkan kibas panggang Ramadhan nanti. Wuwuwuuuu... orang kata daging kibas lebih sedap daripada kambing sebab tak berbau. Early bird akan dapat harga istimewa. Nanti kita update eh. 
 



10 Tempat Makan Popular di Putrajaya

Tempat Makan Popular di Putrajaya | Blog ruggedmom.com telah banyak berkongsi cerita dan tips tentang pelancongan dan pengembaraan. Hingga kini tuan tanah blog ini masih komited dengan niche tersebut supaya dapat serba sedikit membantu memudahkan hidup orang lain. Kalau tak faham bahasa Melayu silalah gunakan google translate yang disediakan ya.

Antara blogpost popular dan sering dicari oleh pembaca blog ini ialah Tempat-Tempat Menarik di Putrajaya. Later on I'll add up more informations so that percutian akan menjadi lebih menarik. Takdelah bosan asik pergi 10 tempat menarik tu aje kan?

Setiap presinct yang terdapat residensi turut dilengkapi dengan kemudahan awam seperti perpustakaan, kolam renang dan medan selera. Sebenarnya aku nak share juga tempat-tempat yang menarik di sana yang jarang orang bercerita tapi blogpost ni akan jadi terlalu panjang dan terlalu banyak gambar. Kok tak dayo membaco eh kang. Jadi kita kongsikan satu persatulah ye.

Anyway this time ai nak berkongsi Tempat Makan Popular di Putrajaya yang some of you might not even know it exist! Adoilaa... ada orang tu bertahun duduk di Putrajaya pun tak tahu kewujudan @penanggah. Banyak lokasi menarik untuk menjamu selera cuma Putrajaya ni kekurangan fine dining restaurant. Mungkin business peoples dan high income earner tak cukup ramai untuk diwujudkan banyak restoran mewah.


10 Tempat Makan Popular di Putrajaya :

1) Putrajaya Sentral
Oh yes, pusat hentian bas dan KLIA Transit ada banyak pilihan makanan berat, ringan dan kudapan. Dengan RM10 saja pun boleh kenyang perut. Aku tak biasa makan nasi pepagi so i tried Black Pepper Beef Wrap dari #HotnRoll. Cheese-nya hohohoooo...meleleh!


Masa tengah makan baru perasan ada #Luscious. Alaa.. sedapnya pie kat situ. Tak boleh nak sumbat dah perut aku ni dengan makanan berat.

Luscious

Yang sukakan makanan tempatan boleh makan di #Lengkuas. Yang paling tak tertahan baunya #mm...Ovenfresh! Sedapnya cookies kat situ. Blueberry Chee Tart nya perghhh... cair di mulut! Tipulah kalau sesiapa yang lalu di kiosk #mm...Ovenfresh tak terliur. Tengoklah para gadis di bawah ni berebut nak merasa cookies dan muffins macam orang perempuan beli emas di Kuala Pilah! Sedap sangat!

  
 Blueberry cheese tart buatan mm...Ovenfresh

The best crispy popiah in Malaysia

Bukan sahaja di tingkat atas, berhampiran kiosk jualan tiket bas ekspres di tingkat bawah juga ada gerai pizza dan burger. Gerai #enakkk tu menyediakan sendiri pizza base dan sos piza. Mereka turut menjual sandwich dan bun.
  
 


2) Nasi lemak berlauk Precint 8
Beratoqqqq habaq hang.


3) Medan Selera Precint 9 
Dalam banyak banyak food court, yang di Presinct 9 antara yang terbesar dan paling terkenal kerana terdapat makanan popular dan sedap di sini.

Pepagi ramai pelanggan beratur membeli nasi kerabu dan nasi dagang di bahagian tengah food court. Tengahari pula Nasi Ayam Dara. Macam mana nak tahu ayam tu dara ke tidak lagi eh?

Petang lagilah syok, nasi tu semua masih ada ditambah lagi dengan mee rebus Hj Wahid, kacang pool Hj K Pool dari Johor Bahru, Uncle Don's char kue teow, tauhu bakar, otak-otak, roti john dan macam macam lagilah. Banyak betul kami makan sampai hilang nikmat makanan tu.



4) Kafe Putrajaya International Convention Centre (PICC)
PICC ialah bangunan ikonik yang telah mendapat anugerah berprestij kerana desain kaca yang menggunakan cahaya semulajadi. Ia juga dikelilingi dengan kehijauan dan pemandangan Putrajaya yang menarik.

Kafe PICC menawarkan buffet makan tengahari bermula jam 11 pagi hingga 3 petang hanya dengan RM25 seorang. Berlbaloilah dengan variety, rasa dan suasana. Minum pagi pun ada, Santai Petang bermula jam 3-7 petang untuk merasa mee rebus, laksa dan sebagainya. Bermula Januari 2016 nanti akan diadakan 'halal orient', makanan Cina halal. Halal chinese food semakin digemari sekarang.

Nak buat wedding reception pun boleh... harga bermula dari RM25 seorang. 

Sumber: Malaysianfoodie.com

Chef PICC sempatlah tunjukkan demo memasak Lala Berlada. Oooo... boh belacan patutlah sedap. Kami juga diminta untuk menghias roti jala fusion, roti jala yang dimakan dengan jem coklat, vanila, rapsberi. Chef kata hasil kerja kami ada yang sayang nak dimakan dan ada yang tak sampai hati nak dihidang kepada pelanggan hahahah.... teruk nau lah tu. Tahap scary hahahah....
  



5) Penanggah di Taman Warisan Pertanian
Taman Warisan Pertanian ialah bekas ladang getah klon yang kini ditanam dengan berbagai pokok buah-buahan dan herba manakala #penanggah pula medan selera yang terdapat di pintu masuknya. Juga ada pelbagai pilihan makanan di sini termasuk Sate Hj Samuri. Aku makan kue teow kantonis tengahari tu, sedap secukup rasa. Rami pelanggan yang beratur di gerai Nasi Ayam Dara dan Nasi Ayam Berempah. Sedap lah kot.

6) Umai Cafe
#UmaiCafe terletak di tepian tasik berhampiran Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi). Di antara makanan yang popular di sini ialah Nasi Goreng Umai yang lengkap dengan ayam goreng halia dan belacan serta cekodok.

7) Only Mee
Terletak di Marina Putrajaya, datanglah ke sini untuk melegakan ketagihan mee anda. Only Mee menawarkan empat jenis mee buatan sendiri iaitu mee ramen, mee sua, pan mee dan spagetti. Yang syoknya bila tengok mee yang kita tempat tu fresh keluar dari mesin.

Makanan yang popular di sini ialah Prawn Mee, Ipoh Curry Laksa dan Fish Ball Mee Klang. ABC ais krim pun sedap juga.





8) Restoran Spring Garden
Tengoklah gambar di bawah ni... best dinner sambil tengok sunset di sini. Terletak di Taman Botani di lokasi yang sama dengan Moroccan Pavilion.

Sempena menyambut Tahun Baru Cina yang akan menjelma Spring Garden Restaurant akan menyediakan Golden Fortune Yee Sang (vegetarian Lou Sang campuran buah-buahan dan kekacang), Fortune Yee Sang dan Double Happiness Yee Sang bermula Januari nanti. Hidangan istimewa ini hanya akan dihidang setahun sekali sahaja. Sesiapa nak merasa sila book tempat cepat.

Selain itu Soft Shell Crab juga superbly delicious! Aku yang bukan peminat ketam ni pun tertawan. Aku selalu merasakan makan ketam ni menyiksa nafsu, dahlah mahal nak makan pun susah hahah... tapi ketam berkulit lembut yang dijual di restoran ini boleh terus dimakan. Tetiba suka.
 
 Sumber: Perbadanan Putrajaya

 Menggaul Lou Sang bersama-sama sebagai tanda pembuka acara.

9) Pasar Tani Precinct 2
Istimewanya pasar tani Presinct 2 kerana ada gerai menjual 6 jenis cekodok. Cekodok bilis, udang, jagung, labu, pisang dan durian dijual di sini. Selain cekodok si penjual turut menjual kuih peneram yang orang panggil 'kuih telinga keling' yang digoreng di situ. Beliau turut berniaga di pasar tani mega Stadium Shah Alam setiap Ahad dan di Taman Melawati.

Banyak lagi makanan lain turut dijual di pasar tani ini.seperti putu piring dan cendawan goreng.
  
 

  
10) Bawah Jambatan - hahhaaa...luar kawasan nih.
Sebenarnya gerai-gerai ini bukan dibawah jajahan Putrajaya tapi aku nak tulis jugak sebab aku sendiri akan merujuk ke blog ni nanti. Aku tulis direction saja eh, macam yang aku buat untuk Restoran Makanan Halal di Hangzhou.

Aku tak sure nama tempat tu tapi dari Presinct 14, masuk kiri bila jumpa traffic light. Jika jalan terus akan berjumpa Pusat Latihan Maybank. Ke depan akan masuk highway Serdang, ke kanan highway Kajang/KL. Gerai tu di sebelah kiri berderet macam pasar malam setiap hari.

Update: namanya gerai UNITEN sebab lokasinya betul betul belakang Uniten.


Cukuplah yang ini dulu kot. Itupun jenuh makan. Boleh lihat gambar lain dan video di instagram @ruggedmom. Follow lah sekali (eh?! muka senyum muka senyum).  Selalu ingat bahawasanya makanan enak tak semestinya di restoran mahal. 


Cara Mudah ke Putrajaya Sentral Menggunakan Pengangkutan Awam

Dari Kuala Lumpur:
Sila naik KLIA Transit terus turun di Putrajaya/Cyberjaya. Putrajaya Sentral lah tu. Bukan yang baru naik rege RM55 sehala tu tau, itu ERL terus ke KLIA/KLIA2. KLIA Transit tambangnya cuma RM9.50 sehala.

Boleh juga naik di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) atau Salak Tinggi.

Update: Tambang ERL KL Sentral-Putrajaya sekarang RM14. Bertabahlah nak.


Dari Seremban:
Sila naik KTM Komuter dan turun di Bandar Tasik Selatan (TBS) dan naik KLIA Transit dari sini. Tambangnya cuma RM5.30 sehala. Tambang komuter ke TBS sekarang RM8.50 sehala.. mencekik nau.

Kalau nak turun di stesen komuter Nilai pun boleh tapi kena naik bas sehingga stesen ERL Salak Tinggi, barulah naiki KLIA Transit pula. Leceh.


Jalan-jalan di Putrajaya:
Sila naiki bas Nadiputra. Senang dan murah, hanya 50 sen sahaja kemana-mana. Bahagianya tinggal di Putrajaya.


Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya dan Gaya Travel Magazine yang membawa kami ke tempat-tempat pelancongan dan makan menarik dalam culinary adventure ini. Bertambah berat badan lagi 2 kilo. Nantikan cerita seterusnya ya.


Makan makan makan... lepas tu bammm tidur di Everly Hotel. Book kat Hotel Quickly je senang.


Eat.Travel.Write.Putrajaya.

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free