Showing posts with label borneo. Show all posts
Showing posts with label borneo. Show all posts

Sarawak | Tiada kata-kata untuk menggambarkan keindahan Fairy Cave @ Gua Pari-Pari

Sarawak | Tiada kata-kata untuk menggambarkan keindahan Fairy Cave @ Gua Pari-Pari | Pasar Sarikin sangat sinonim dengan Kuching (nanti baca tempat-tempat menarik di Kuching di sini). Sebab itulah ramai yang merancang percutian di bandaraya ini melibatkan hari Sabtu dan Ahad kerana Pasar Sarikin ditutup pada hari-hari lain. Pasar ini terletak di daerah Bau, dimana yang sebenarnya ada lokasi lain yang tak kurang menariknya terutama kepada nature lovers and adventure seeker.

Pekan Bau hanyalah 20km dari bandar Kuching, dalam 40 minutes drive. Bau yang dahulunya terkenal sebagai kawasan melombong emas dan dilengkapi sebuah kem tentera kini semakin popular dengan dua show caves batu kapur iaitu Wind Cave dan Fairy Cave. 

Fairy Cave atau Gua Pari-Pari mendapat namanya daripada binaan stalagmite di pintu masuk yang kelihatan seperti dewa yang dipercayai oleh kaum Tionghua. Yang meminati sukan rock climbing juga akan melakukan aktiviti lasak mereka di Fairy Cave. Gua ini hanya 10 minit dari Wind Cave (Gua Angin) dan biasanya pelancong akan ambil pakej pergi ke dua dua gua ini.

Untuk masuk ke Fairy Cave bayaran RM1 dikenakan. Sangat murah kan? Aku berharap segala gua dan nature reserve di Malaysia ini KEKAL dibawah seliaan agensi kerajaan supaya kita tidak 'terdera' oleh bayaran masuk yang tinggi. Toksah ikutlah negara lain tu... benda dah wujud semulajadi pun hendak dicaj sampai berpuluh beratus ringgit? Takkan kos buat toilet dan gerai habis berjuta ringgit kot?


TAK SABAR NAK MASUK GUA
Selepas membayar entrance fee teruslah kita bakar lemak naik tangga setinggi bangunan empat tingkat untuk ke mulut gua. Tips memanjat tangga: Teruskan langkah, jangan pandang atas 😁. JANGAN CEPAT MENGAKU KALAH, anak ai yang berumur empat tahun tu tak mengeluh pun tau💪 . Balik ke Kuching kita upah dia aiskrim gula apong.

Biasalah bila masuk ke dalam gua suasanya agak gelap dan lembap disebabkan titisan air dari bumbung gua. Berbanding Wind Cave, gua ini lebih banyak ditembusi cahaya. Untuk melihat pemandangan yang lebih hebat, kita kena panjat tangga kayu yang agak curam tetapi tidaklah sampai empat tingkat. Sikit je tapi berhati-hati kerana tangga ni basah. Jika anda mengalami claustrophobic harap dapat bersabar sekejap kerana sesuatu yang hebat menghampar di hadapan. Sungguh!

Bila sampai di atas masyaAllah cantiknya.... besar betul gua tu dengan batu kapur beraneka bentuk dan moss yang menghijau segar dalam suhu lembap. Banyak cahaya dapat masuk di dalam Fairy Cave ni dan disesetengah tempat terasa sejuk berangin. Untuk explore ikut sahaja foot path dan tangga yang disediakan.

Dah sedia...??

Naik tangga empat tingkat ini dulu.


Gambar ini tak cantik, tidak menggambarkan keadaan sebenar. You kena tengok sendiri.

Mulut Gua Pari-Pari (Fairy Cave).









Bagaimana untuk ke Fairy Cave?
Kebiasaannya para pelancong akan mengambil half-day tour package yang cover Wind Cave dan Fairy Cave yang akan mengambil masa kira-kira empat jam. Kosnya RM100 seorang. Disebabkan kami ramai dan nak singgah beberapa tempat dalam laluan yang sama kami sewa van dari Go Travel Holiday Sdn Bhd dan bergerak mengikut signboard. Jimat masa dan duit. Kalau nak sewa call En Malik 016-8889432. Maklumat lain tentang van di sini.

Di Kuching ada syarikat yang menyewakan kereta dan skuter juga.


Cara ke Fairy Cave dengan bas
For the cheapest mode of transport, naik bas ke pekan Bau di terminal bas Jalan Masjid di bandar Kuching. Kemudian tukar ke bas nombor 2 menuju Krokong. Beritahu pemandu bas yang kita ni nak ke Fairy Cave nanti dia akan turunkan di persimpangan ke Fairy Cave then you have to walk 1.5km. Sanggup? hahahha... sewa skuter je lah beb.


Waktu lawatan:
8.30 pagi hingga 4.30 petang

Bayaran masuk: RM1


***Untuk membaca kisah caving saya di Taman negara Mulu sila lihat di sini, sini dan sini.


Borneo Jazz Festival is Back !! Book tiket flight cepat!

Borneo Jazz Festival is Back !! Borneo Jazz is now in its 10th year! To commemorate the occasion on May 8th and 9th, Tourism Malaysia Sarawak and Sarawak Tourism Board are organizing the reunion of bands. Of course they would love to have all of the performers back but that would be impossible so this time they bring some of the best that surely will excite us!



The line up for this year Borneo Jazz Festival are as follows:

1) Anthony Strong from United Kingdom
- hailed as "England New Jazz Superstar". Alamak! Kenapa aku tak perasan dia masa tree planting tadi?

2) Dirty Dozen Brass Band from New Orleans, USA
- A New Orleans, Louisiana, brass band which was establish in 1977 by Benny Jones togethe with members of the Tornado Brass Band. Satu lif, satu floor tapi malu nak mintak bergambar. Menyesal sekejap. Meletops semuanya uolls !

3) Jump4Joy from Sweden
- Popular high energy entertainment with a strong New Orleans flavour

4) Lluis Coloma from Spain
-One of the most demanded pianist in the Spain Blues scene.Boogie-woogie at its most inspired. Louis Coloma at the piano will just about dislodge all the keys. Aku suka muzik Amerika Latin. Tak sabarrrr nyerrr...!

5) Mo' Blow from Germany
- Energetic spicy groovy funk. The quartet, which the "Berliner Zeitung" described as one of the hottest clubs bands, has the groove in their blood.

6) Shafiee Obe & All The Best from Malaysia
- Our very own band will showcase contemporary jazz with a twist of Malaysian flavor added to Latin rhythms. Mesti best ni macam makan spaggetti bolognese boh chilli pepper hahaa... Malaysian flavour gituh baru umpphh..

7) Doodaddies from Australia
- The four pieces Chicago style blues band offering a solid selection of uplifting grooves covering swinging shuffles, soul, boongaloo, 'cry in your beer' blues and more.

8) The Nylon from Canada
- A capella jazz. They are well known for their dazzling harmonies and slick peformances.


WOW WOW WOWWWW.....!! Tak sangka iolss akan bersama-sama dengan mereka yang hebat ni (mak nak fengsan!) berborak dan makan-minum bersama. Oh my... Terima kasih tak terhingga kepada Sarawak Tourism Board yang menjemput ruggedmom.com ke konsert ini.

Apa lagi.. silalah buka www.malaysiaairlines.com, www.airasia.commalindo ke.. fireflyz ke..book tiket ke Miri ni. Kalau Park City Everly Hotel tempat konsert Borneo Jazz Festival berlansung penuh Hotel Marriot ada, Hotel Meritz ada, hotel kecik kecik pun ada. Best pulak update blog kali ni, ada live band tengah practice kat bawah nun. Gempak punya sound system. Siang hari boleh pergi ke Brunei. Jangan lupa passport pulak. Selepas konsert berakhir boleh lajak ke Bario ke.. Mulu National Park ke..Gua Niah ke...

Showtime Friday 8th May 2015
7.309pm - 12.15am
Shafiee Obe & All The Best
Lluis Coloma
The Nylons
Jump4Joy

Showtime Saturday 9th May 2015
7.309pm - 12.15am
The Doodaddies
Anthony Strong
Mo'Blow
The Dirty Dozen Brass Band

By the way pagi tadi kami ada Tree Planting Activity bersama Borneo Jazz performers, local agencies, volunteers from universities, members of Malaysia Nature Society, Sarawak Shell Berhad Miri, Sarawak Forestry Corporation, hoteliers, government officials and members of the media. Terpaksa mengaku kat news presenter dan dj terkenal ittew yang ai tak kenal dia ahakkkss... tv kat rumah i tu ada satu channel jek. Nasib baik kenal suara dia.

Untuk mendapatkan pokok setinggi ini bermula dengan menanam anak pokok dahulu

Maka berbondong-bondonglah kami menanam pokok
 

Sarawak Forestry Corporation telah menaja 60 batang anak pokok daripada dua spesis iaitu – Eugenia grandis (ubah laut / bungkang) dan Pometia pinnata (Kasai) untuk ditanam di Piasau Nature Reserve. PNR telah digazetkan pada tahun 2014 sebagai kawasan hutan simpandengan bantuan dan sokongan banyak pihak. Kawasan ini pun dulunya merupakan kuarters pekerja Sarawak Shell Berhad Miri.
 

 On my right is Lluis Coloma's members. Artis antarabangsa tolong i tanam pokok uollsss.... haishh tak sangka! Muah muah STB! Aku fefeling macam mak datin tanam pokok yang selalu keluar kat berita tu... secedok secedok hahaa.. sekali dia datang, let me help you, i have a garden bla bla...kihkihkih....

Ini pokok saya

 Kami ada bergambar bersama. Jangan jelous okeh

Yang seronoknya kali ini pokok-pokok yang kami tanam diletakkan coordinate so next time kalau kami nak melihat pokok yang kami tanam di protected area sekitar Piasau Nature Reserve ni haa..guna gps je lah. Dah tahun 2015 kan?

Aku memang minat muzik jazz, R&B, soul and I'm very happy to be brought here. Adakah Sheila Majid dan Anuar Zain akan turut serta pada 8-9 May nanti? Kita tungguuuu.... Okay, i'll behave kalau Nuar Jen ada nanti hehe..

Tickets available at:
www.ticketcharge.com.my
Ticketcharge Hotline : +603 92228811

Venue
Parkcity Everly Hotel
Miri
Sarawak
Malaysia

For detailed information on festival:
Www.jazzborneo.com



 

PANCAKE 80 from THE PHILIPPINES @ ASIA MUSIC FESTIVAL 2014

Calling the music lovers...


 










 



PANCAKE 80 REPRESENTING THE PHILIPPINES AT ASIA MUSIC FESTIVAL 2014

Pancake 80 from the Philippines will be performing at the upcoming Asia Music Festival 2014 to be held at Miri, Sarawak on the 3 & 4 October. This is a band comprising five musically talented individuals who share the same interest and love for music of different genres. From reggae, rock, pop alternative and especially new wave music of the 80’s to which they add their own flavor when covering songs.

The band made achievements throughout the course of their career. They have also joined local and international Battle of the Bands and have been recognized for their talents as they have won several awards Most notable was as the grand prize winner of the YAMAHA ASIAN BEAT Band competition with the song “FLAME” This earned them the right to represent the Philippines in the ASIAN BEAT COMPETITION in Hongkong, competing with 10 other bands from different countries on February 2009 in which they were placed third overall. They were also third runner-up at the REDAMP’s search for ASEAN’s next best band with the song “TIME” held at Kuala Lumpur, Malaysia 2010 and more recently, winner of the first HARD ROCK CALLING Battle of the Band competition 2011 by HARD ROCK CAFÉ Makati, making them the Philippine representative to the International HARD ROCK CALLING Battle of the Band competition.

Watch Pancake 80 performing on stage at Asia Music Festival. Other confirmed line-up this year includes SoulMate (India), Salammusik (Malaysia), Masia One (Singapore), Pisco (Taiwan), Retrospect (Thailand), Ras Muhamad (Indonesia) and Mad August (Malaysia).

Get your presale tickets now at only RM25 for adults and RM10 for children/student (aged 3-18) at www.asiamusicfestival.net . Tickets also available from all STB’s Visitors Information Centre located at Sarawak Tourism Complex, Kuching (+6 082-423600), Jalan Melayu, Miri (+6 085-434180) and Jalan Tukang Besi, Sibu (+6 084-340980). Door-sale tickets are priced at RM30 for adults and RM15 for children/students.

For more info kinly check here :  www.sarawaktourism.com
 

Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free