Showing posts with label accomodation. Show all posts
Showing posts with label accomodation. Show all posts

Hotel Review | Hotel Concorde, Shah Alam

Hotel Review | Hotel Concorde, Shah Alam | Okeh everyone, ai nak review hotel berbintang empat di Bandar Anggerik. Next month ai review hotel di Koh Samui pula ya. InsyaAllah.

Hotel Concorde ialah hotel berkelas bisnes yang terletak di Seksyen 9, di tengah bandaraya Shah Alam. Bersebelahan pusat membeli-belah, berdekatan masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan tidak jauh daripada EMPAT buah padang golf bertaraf dunia. 

Hotel dengan 381 bilik dan suite ini hanya 45 minit dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Fasiliti standard, dengan rangkaian wi-fi di keseluruhan premis.


Pengalaman menarik di sini
Malam tu kami dinner di Raku-Xin Japanese Restaurant tetapi bukanlah semuanya hidangan makanan Jepun kerana kami menggunakan ruang tersebut for our closing dinner. Ada yang tak tidur karang kalau tak dapat nasi hahahh...

I tried a few dishes. Sushi sedap. Kicap tu aku tambah wasabi sikit. Sebelum ni tak pernah cuba makan wasabi lagi jadi bila restaurant manager/chef tu suruh cuba aku pun cubalah. "Letak sikit je dalm kicap ni" katanya. Aku pun kacau dalam kicap tu dan cicah sushi.

Mak aiii... berasap hidung den hahahha.... lain macam pedasnya wasabi tu. Pedih baq hang. Selagi tak cuba mana nak tahu kan?


Do you want some privacy?

Memasak dengan rasa bahagia begini barulah makanan tu rasa enak, ye tak?

Apa yang bagusnya menginap di Hotel Concorde?
1) Location location location!
Senang nak shopping, senang nak makan, senang nak gi masjid, banyak pilihan padang golf, tak jauh dari Federal/Elite/Guthrie Highway. Hanya 26km dari kota kosmopolitan Kuala Lumpur.

2) Bilik yang bersih dan selesa.
Kalau dapat pemandangan Masjid Shah Alam lagilah bagus. Siap boleh dengar azan dan mengaji. Insaf mak sekejap.

Lagi best bila dapat shoot gambar masjid dari gelap hingga terang dunia ni.


Ini gambar di waktu Subuh. Lampu menara masjid akan dipadamkan secara berperingkat.



3) Servis yang bagus.


4) Sarapan pagi yang pelbagai dan ENAK.
Ni nak bagi tau, roti canai Hotel Concorde Shah Alam sangat sedap! Trust me. Restoran mamak pun kalah tau. Try lah breakfast kat sana.

Selain Melting Pot Cafe, ruang menjamu selera yang lain ialah Pavillion Terrace, Raku-Xin Japanese Restaurant, Crossroad Lounge dan Grand Patio & Orkid Room.

Melting Pot Cafe

Ai makan ini je untuk breakfast. Percaya tak? hahahh... but i prefer waffle Grande Centre Point to this.

5) Kolam renang yang luas.
Walaupun design tak menarik, segiempat tapi panjangnya 50 meter dengan kedalaman 1.4 meter. Enough space for everyone. Dah tengok ke ai buat kuak kupu-kupu kat instagram? Wakil Malaysia ke Sukan Sea 2017 tu uols 😂

I lebih rela berendam dalam swimmig pool daripada masuk shopping mall. Kang tak memasal 'ter'shopping.

Awak tahu tak mengapa model kurus diperlukan unuk underwater photoshoot? Sebab.... subjek akan mengembang 30%.Bayangkanlah kalau @ruggedmom dan @rubydotmy yang jadi model tu? hahahhah.... Photo by @pojiegraphy


6) Berdekatan dengan tarikan pelancongan.
Muzium, Tasik Shah Alam, I-City, Pasar Tani Mega Seksyen 13 (pagi Ahad), padang golf, Jakel, perpustakaan dan sebagainya. 



Tetapi... ada sedikit kekurangan:
1) Aku rasa kiblat kat bilik aku tu salah arah. 
2) Toiletteries satu set aje? Hmmm... bilik twin sharing. Nasib baik bawa berus gigi sendiri.



Apa yang special staycation di Hotel Concorde kali ini?


Terserempak dengan Jovian Mandagie with his wife dan Tuanku Sultan Selangor. Itu je kot hehehe.... haishh takkan nak selfie pulak?



Concorde Hotel Shah Alam
3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, 40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +603 5512 2200 Fax: +603 5512 2233

Selangor | Trend penginapan terkini, The Kabin

Selangor | Trend penginapan terkini, The Kabin | Untuk berjaya dalam bisnes yang ramai orang lain dah buat produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan mestilah berlainan dan lebih baik daripada pesaing. Begitu juga dalam industri pelancongan, sesuatu yang baru dan trendy akan mengundang minat ramai.


Menginap di hotel, hostel dan homestay are too mainstream. Dah biasa sangat bagi sesetengah orang. Bagaimana dengan tinggal dalam kontena? Jom lihat suasana di The Kabin, a unique container-concept boutique resort at Pantai Remis, Kuala Selangor. Hanya satu jam untuk ke sini dari Kuala Lumpur. #DekatJe

Kali pertama menjejak kaki ke sini ai terus terpesona...WOW Menariknya! Dalam fikiran mestilah owner The Kabin seorang yang banyak mengembara ke serata dunia. Biasanya orang yang banyak pengalaman di tempat orang akan membawa "emas" di sana untuk dikembangkan di sini.



Bersungguh anak-anak dari Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) menyambut kami. RPWP turut terlibat dalam pembinaan resort ini tau.



Kami dibahagikan kepada beberapa kabin yang diberi nama kota-kota terkenal dunia. Selepas mendengar nama Antwerp, Shanghai bla bla.. aku pun, kalau dapat middle east pun best ni. Nak pergi sana mahal sangat hahaha gitu. Nafsu orang kaya heheh... Organizer macam dapat mendengar suara hati jadi ditempatkan aku di Sharjah. Okaylah, walaupun Sharjah sebenar panaih lit lit di sini sejuk ada air-cond 😁😁

Aku dapat bilik yang berisi satu katil queen size dan satu double decker. Quite small but just nice untuk kami bertiga. Walaupun berada di tingkat bawah, tak terdengar pun suara orang atas pok pek pok pek. Tak mungkin mereka tidur awal. Ada juga kontena yang ada bilik dalam tu pus katil dua tingkat. Privacy sket, sesuai untuk keluarga.

The Kabin boleh menempatkan empat hingga enam tetamu dalam sesebuah kontena dengan maksima 79 tetamu serentak di resort tersebut. Kemudahan dalam penginapan sama seperti yang disediakan hotel cuma ruang tu terhadlah. Televisyen, bilik air, toiletteries, mini bar semua ada. Yang takde WiFi sajo... kena lepak di cafe atau common room di belakangnya. Selain daripada itu disediakan juga surau, multi function room, bilik karaoke, basikal untuk meronda kampung dan... swimming pool. Suka ai ! Dua jam ai berendam, terus transform jadi Rihanna.





Terlupa nak ambil gambar masa memula masuk. Nasib baik kami ni kemas juga orangnya ehem..

Image may contain: plant, tree, outdoor and nature

What a brilliant idea. Sedap je telinga mendengar bunyi air jatuh. Menyejukkan pun iya juga.


Yang best nya petang tu kami dihiburkan dengan persembahan wayang kulit dan gamelan manakala malamnya sambil makan malam Kumpulan Kompang Kadaro pula membuat persembahan. Show orang Jawa semua wakk.. 

Sarapan pagi disediakan. Untuk makan tengahari hari terakhir tu kami makan di kedai makan Atok terletak berdekatan. Berjalan kaki saja pun boleh. Sedap asam pedas dan gulai rusa dia baq hang. 


Jika berhajat nak buat hari keluarga ke.. team building ke.. wedding ke...sesuailah di sini. Buat kenduri kahwin kecil-kecilan tapi ekslusif kan best. 

Tak teringin ke mendengar bunyian cengkerik dan kicauan burung di pagi hari? Sambil boleh berjalan santai di Pantai Remis yang terletak bersebelahan. Bermula dengan RM160 di hari biasa, ada boleh membuat tempahan di sini---->  www.thekabin.com.my


The Kabin

Pantai Remis
45800 Jeram, Kuala Selangor.
Emel: info@thekabin.com.my
Tel: +603-32640578 / +6017-6783825
Web: http://thekabin.com.my/
GPS Coordinates: 3.195 N, 101.307 E


Hotel Review | Hua Hin Marriott Resort & Spa, Thailand

Hotel Review | Hua Hin Marriott Resort & Spa, Thailand | Hua Hin yang dikatakan pantai berkembar dengan Cha-Am mula terkenal sejak Raja Thailand menjadikannya "summer retreat" dan mendirikan rumah peranginan di sini. Hanya kira-kira dua jam dari kota kosmopolitan Bangkok, pantai Hua Hin lebih tenang berbanding Pattaya yang bertentangan dengannya.


Apa yang menarik sangat dengan Marriott Resort & Spa Hua Hin?

1) First impression is WOW! Sebuah resort baru yang cantik, luas dan benar benar di tepian pantai.

2) Lokasinya hanya lima minit berjalan kaki ke Market Village dan tak jauh dari bandar tapi kena naik teksilah.




3) Owh... ada LIMA kolam renang di sini! Seronoknya kalau pandai berenang boleh pusing satu resort tu sebab kolam sepanjang bilik penginapan. Boleh terus terjun dari katil je. Ada hidden pool lagi.

Adult pool. Kami tertanya-tanyalah juga kena 'buka semua' ke kat adult pool ni? hahah....


 Kids pool. Pirates dan dua slider tu akan membuat kanak-kanak tak mahu naik ke bilik.  
 
Pantai yang tenang dengan pasir halus.

Cemas betullah bila orang pandang waktu nak naik kuda ni, takut tak dapat naik heheh...


4) Biliknya luas, moden dan selesa. Gorgeous! Terpulang kepada kita nak pemandangan taman atau laut. Paling seronok kalau stay di bilik bawah yang terus terjun ke swimming pool. Ada lapan plug point dalam bilik. Senanglah nak caj berbagai gajet sekaligus. 

Nak tengok bilik iols? Ehem..





Bilik air luas tetapi tiada bath tub. Nak berborak dengan teman sebilik sambil mandi pun boleh, tarik je sliding door depan tu.

5) Lagi satu yang best, kumpulan Marriott menyediakan pilihan sarapan pagi yang banyak. Sangat banyak! Cuba bayangkan dalam gambar di bawah ni dari hujung sana sampai hujung sini setiap kaunter terhidang makanan. Jus, pastri dan cereal pun banyak pilihan, kenyang sampai tengahari.



6) Sebagai sebuah resort lima bintang sudah pastilah servis yang ditawarkan dalam kelasnya yang tersendiri.


Aktiviti malam di Hua Hin?
Hua Hin menawarkan pusat membeli-belah, padang golf, tarikan pelancongan dan restoran-restoran yang menarik. Malam di Hua Hin lebih tenang dan sesuai untuk percutian keluarga. Apa nak dibuat memalam eh?

1) Sewa tuk tuk pusing bandar

2) Makan makan
Jika kita tidak makan di hotel penginapan pun tak mengapa kerana ada banyak restoran di luar sana. Ada beberapa restoran makanan muslim dan salah satunya berdekatan stesen keretapi siap dengan banner "teh tarik". Kalau tiga hari di Hua Hin haruslah mencari teh tarik ni kan?

3) Membeli-belah di Hua Hin night market.
Jika berjanji dengan kawan pakat pakat berkumpul semula di CIMB Thai, senang. Depan bank tu ada penjual ais krim kelapa/durian dan lain-lain. Jangan jalan menonong ke depan je, masuk juga ke lorong kiri dalam pasar malam tu sebab banyak juga yang menarik di situ.

Cekak rambut yang dibeli di pasar malam.

**Ada shopping mall terbaru iaitu Bluport yang bersambung dengan InterContinental.

4) Berehat di pantai


Apa pula down side resort ini?
Hmm... aku rasa dekorasi lobi resort ni nampak serabut hahah... tak sesuai dengan jiwa aku. Aku lebih berkenan dekorasi InterContinental Hua Hin. Klik link tu untuk melihat gambarnya.

Lagi satu, disebabkan keseluruhan pantai Hua Hin adalah untuk kegunaan awam maka ada juga anjing liar seekor dua. Kuda-kuda yang disewa untuk tunggangan juga meninggalkan bahan buangan di atas pasir. Itu sajalah yang tak syok kot.



Dari pemerhatian ramai juga orang Malaysia ke sini... ada je terjumpa di sana sini. Malam tu pun kami bertembung dengan kumpulan kecil pakcik kayo yang bermain golf di sini sedang menunggu keretapi pulang ke Bangkok. Bahagianya bila dah tua boleh enjoy macam tu kan?

Nak tempah? Silakan klik di sini.

Hua Hin Marriott Resort & Spa
107/1 Phetkasem Road 
Hua Hin 77110 Thailand


Hotel Review | Grande Centre Point Hotel, Bangkok

Hotel Review | Grande Centre Point, Bangkok | Hello... dan selamat pagi! Pagi ini nak review sebuah hotel di kawasan up-market di Thonglor pula. Mesti ada yang nak tahu tentang hotel 5 bintang ini kan? 


Hotel 442 bilik ini terletak di timur Bangkok, kawasan Sukhumvit, dan boleh diakses dengan BTS skytrain. Eventhough not so near but still doable, a few hundred meters jugalah kalau nak berjalan kaki. Hotel juga menyediakan Tuk Tuk Shuttle untuk ke Stesen BTS skytrain Thong Lo. Berjalan kakilah best sebab ada banyak classy bar, kelab, restoran terikni dan butik pakaian, boleh menjamu mata.


Lima jenis penginapan ditawarkan di hotel ini yang berbeza dekorasi dan mengikut keperluan tetamu:
Lady Deluxe
Signature Deluxe
Grande Corner Suite
Executive Suite
Family Suites 


Grande Centre Point Hotel, Sukhumvit 55, berada di kawasan syurga makanan yang ramai expatriate Jepun. Makanan Thai, Jepun, Korea dan barat semua ada tapi tak halal. Food heaven for non muslim tapi jangan risau berdekatan hotel ini ada Masjid Zhohirul Islam jadi sudah pasti ramai komuniti muslim di sini. Mestilah ada dijual makanan halal kan?

Thonglor taste map. 



Apa kelebihan Grande Centre Point?

Bilik Signature Deluxe aku tu taklah besar sangat but just nice for two. Pada aku, tiga perkara ini yang best:

1) Dapat melihat sunset dari bilik. Bukan kesemua bilik ya... dua kali menginap di sini aku dapat melihat dua pemandangan yang berbeza. Please request kalau nak melihat pemandangan indah matahari terbenam. Buat time lapse pun best juga. Cantik worrr... Masa book hotel tu boleh isi kat 'special request' tapi ikut nasib jugalah.

2) Bilik air
Selain marble hitam putih yang elegan, shower dan bath tub berasingan. Toilet seat dah diset suam jadi takdelah terperanjat bila letak pungkok heheh... bidet pun ada.

3) Spa mewah Let’s Relax Spa. 
Satu lantai dikhaskan untuk spa sahaja. GCP juga memiliki onsen terbesar di Bangkok 



 Yang kanan sekali tu dari bilik 2606. Tak dapat melihat matahari terbenam dari sini.


😁👍👍

 Safe deposit box ini dipasang berbaring. Boleh muat Surface.

  

Grande Centre Point Sukhumvit 55
300 Sukhumvit Soi 55 (Thonglo), Klongton Nua, Wattana, 
Bangkok 10110, Thailand.
Tel. +662 020 8000 Fax. +662 020 8088
Email: sukhumvit55@gcphotels.com

Sila tempah di sini.


*** Nak shopping di Bangkok. Dapatkan senarai pusat membeli-belah popular dan murah di sini.


Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free