Showing posts with label Surabaya. Show all posts
Showing posts with label Surabaya. Show all posts

Indonesia | Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam Di Surabaya-Bromo-Malang, September 2017

Itinerary Percutian 4 Hari 3 Malam Di Surabaya-Bromo-Malang, September 2017 | Menjejakkan kaki ke kawah Bromo adalah impian sejak sekian lama. Seperti yang pernah aku beritahu sebelum ini, Indonesia adalah negara yang banyak aku terokai ketika memula mengembara ke luar negara. Dulu selalu pergi berdua dengan suami tetapi kini keadaan selalu tidak mengizinkan untuk kami berjalan bersama. Sudah tiga trip yang kami plan pergi berdua dibatalkan. Yang menjadi, trip ke Balik Pulau meraikan pengantin baru tahun lepas.


Lima tahun lepas aku pernah ke Surabaya dengan kawan. Kami ke Gunung Bromo bersama-sama tetapi dia dapat melihat matahari terbit di Penanjakan dan terus naik ke Kawah Bromo manakala aku mereput di hotel 😩😭😭. Dapat melihat padang pasir yang dilitupi awan dari atas je (cantik giler!) sebab termengandung hahah... usia kandungan dah dekat enam bulan masa tu takkan nak ikut sekali memanjat beratus anak tangga tu kot? Bleeding kang naya. Dahlah hospital jauh ke bawah nun.

Kali ini kami pergi berempat. Seperti biasalah aku beli tiket dulu lepas tu tanya sana sini kot kot ada yang nak ikut. Kalau tunggu semua orang jawab ikut atau tak ikut, terlepaslah tiket murah Air Asia tu. Januari depan aku nak ke Da Nang, kalau ada yang nak join, jom!

So.. hang tanya, apa yang menarik di Surabaya? Banyak! In fact empat hari tak cukup. Itu sebab kami tak masuk ke Jatim Park dan Muzium Angkut. Hang dah bayar memahal masuk Jatim Park tu takkan nak lepak sejam dua je kan? Paling kurang setengah hari juga perlu diperuntukkan. Kami sekadar buat photo stop saja di Pasar Apung di sebelah Muzium Angkut tu.

Itinerary kami packed di hari ketiga. Mungkin ada yang tak suka begini tetapi tak mengapalah, lain kali nak datang lagi. Nak berjalan di sekeliling mulut kawah Bromo pula. Banyak gambar dan video kami shoot siap ada pengantara lagi ala ala Majalah 3 gituh hehe... ala ala jer... memanjang lupa skrip. Thanks to DBoy Studio yang rajin edit video.

Oh ya, pak supir ada mention harga entrance ticket but some are inaccurate contohnya entrance ke Bromo. Yang lelain dia bagi harga first entrance je rupa rupanya nak ke sana- bayar, nak bergambar di sini- bayar lagi, ke sinun- BAYAR huhuu..

Jom baca jadual perjalanan selama empat hari kami di sebuah negeri di Indonesia, Surabaya.


JADUAL ATURCARA 4 HARI 3 MALAM DI SURABAYA-BROMO-MALANG

Hari pertama
Kami tiba di Terminal 2 Bandara Juanda pukul 10.40 pagi. Waktu di Surabaya lewat sejam dari Malaysia. Keluar dari kawasan airport terus beli SIM card. 15gb 100 ribu rupiah, 30gb 150 ribu rupiah, mestilah beli yang 30g kan? tapi tak habis digunakan pun. Saja tamak hehehe.. Tambah pulsa 10k terus call bos, "abang, saya dah sampai bla bla bla...tutttt" terus habis 😁😁 Malaysia tu jauh oii.

Beberapa hari sebelum ke sana ai dah WA pak supir bagi tau yang ai ni teringin sangat nak makan bebek goreng. Sambil balas WA tu dia kata dia pun kecur ayaq lioq nak makan bebek goreng kat Sinjay heheh... maka kami pun terus makan tengahari di Bebek Sinjay Madura di Cabang Ruko Grand Ahmad Yani Surabaya. Ya Allah memang sedap itik goreng dia.. crispy di luar lembut di dalam! Nasi pun banyak. Itik goreng dihidangkan dengan sambal mangga, ulam daun kemangi dan minuman. Pilihlah mana-mana satu air yang kita nak. Alahaiii.. sekali je dapat makan.

Seterusnya kami ke pusat bordir (sulaman) dan barangan kulit di Tanggulangin. Supir kata pusat sulaman tu ada dua: satu yang berharga tetap dan satu lagi kain yang belum siap dan boleh ditawar harga jadi kami pilih yang kedua tapi kecewa. Tak tahulah dia bawa ke tempat sebenar ke atau tempat yang dia dapat komisyen. Pakaiannya tak menarik dan kedai biasa je. Tak teruja lansung macam masuk ke Pasar Baru Bandung. Yang pusat barangan kulit Permata tu okaylah. Walaupun satu je tetapi kedainya luas dan banyak pilihan. Nak yang kulit asli di tingkat bawah, yang dari jenis PU di tingkat atas. Banyak betul pilihan. Cuma bila digunakan perkataan "pusat" tu aku membayangan penjualan yang banyak seperti di Sukaregang, Garut; berderet sepanjang jalan.


Selepas itu kami ke lumpur panas Lapindo, Sidoarjo. Ini lawatan kali kedua dan caj ojek untuk membawa kita ke punca lumpur keluar tu dah naik jadi 30k. Hmmm...parking 10k, entrace fee 10k. Aku tak naiklah ojek tu, sekadar ambil gambar dedekat situ je. Dah tiga bulan Surabaya mengalami kemarau yang menyebabkan lumpur kering dan  merekah tetapi abang ojek tu mengingatkan supaya aku tak berjalan jauh ke tengah. Manalah tahukan di bawahnya masih lembut lagi. Pengeluaran lumpur masih berterusan tetapi semakin perlahan. Semoga keadaan bertambah baik di sana.


Rumah yang ditenggelami lumpur panas. Yang kelihatan hanya rangka bumbung.

Kami meneruskan perjalanan ke Gunung Bromo. Tiga jam jugalah dari Surabaya.

Kami tiba ke Homestay Dua Putra lebih kurang pukul 6.30 petang, dah golap bumin masa tu sebab maghrib jam 5.30. Tiada sesiapapun yang menunggu mungkin disebabkan aku bagi tau jangkaan tiba pukul 8 malam. Yang aku tak faham dengan owner/pengurus homestay ni, sebelum fly aku ada beberapa kali contact thru WA dan SMS tapi haram tak berjawab. Ada sekali tu aku call menggunakan land lines, ada seorang perempuan jawab. Dia tak boleh buat confirmation tentang persoalan yang aku ajukan tetapi berjanji akan balas WA the next day. Sampai ke sudah takde.

Dahlah sejuk yakmat call tak dapat. Bila ada orang angkat dia kata bukan no homestay, kau rasa? No tu aku dapat dari bukingdotkom dan pernah bercakap dengan staf dia. Bila dah berkali-kali call no (supir pun tolong call) dia kata akan bagi no homestay tu. Bila si penjaga tiba dia kata owh... itu nombor bos saya.  Eh? Tak faham den. Bertabahlah hati.

Eh, lupa nak cakap. Sebelum check-in ke penginapan, ada sekatan jalan dimana kita perlu membayar park fee. Kami sampai on weekdays so caj untuk lokal IDR100k, mancanegara IDR217k. Weekend tak pasti. Mahal derrr... Kinabalu park caj RM10 termasuk Poring Hot Springs. Taman laut kita pun caj RM3-5 sahaja. Bayar je lah dengan redha. Entrance fee ke Gunung Tangkuban Perahu di Bandung sana pun IDR350k on weekends. Giler mahal! Sama mahal dengan minyak kelapa sawit 5kg kat Malaysia ni ha dari RM13 terus melompat kepada RM22.

Ok sambung lagi.

Homestay tu okaylah sebab kita nak tumpang bermalam je. Katil queen dan hot shower pun ada. It's very basic. Kami makan malam dan breakfast di Lava View Lodge di sebelahnya. Aku tak sangka pula homestay ni di tempat paling tinggi dan bersebelahan LVL. Aku rasa harga breakfast di LVL reasonable, 50k rupiah per head. Hotel mahal di atas gunung. Kos logistik dah berapa kan? Takkan nak minta kurang kang kena hambat macam British tourist kat pergunungan Nepal tu.

Suasana malam sangat dingin dan sunyi. Langit dipenuhi dengan berjuta bintang kerana tiada pencemaran cahaya. Kawan aku siap install apps untuk kesan milkway. Malangnya aku tak pandai shoot walaupun dah nampak jalannya. Betapa ruginya kan?

Ya Allah sejuknyaaa... kami dah pakai baju untuk ke Puncak Penanjakan 1 esok sesiap, tidur dengan winter jacket, pakai stokin, penutup telinga dan berselubung. Aku menggigil-gigil dalam selimut walaupun kami share katil tu. Aku tak boleh tidur sebab terlalu sejuk. Nasib baik si AS bawa heat pad. Selepas tampal di tapak kaki barulah boleh tidur lena.

Haa lagi satu nak cakap, satu bilik satu towel dan satu selimut. Sungguh aku tak faham bilik untuk dua orang tapi towel dapat satu je. Awat kedekut nau? Nasib orang bilik sebelah dermakan towel dia. Setakat nak dijadikan transit okaylah homestay ni.

Selesai malam tu. Goodnite!


Hari Kedua
Jip akan tiba jam 3 pagi jadi pukul 2 kami dah bangun bersiap. Kos jip bergantung kepada berapa point kita nak pergi. Kami pilih kesemuanya bermula dengan menunggu sunrise di Puncak Penanjakan 1, ke Kawah Bromo, Bukit Teletubbies dan Pasir Berbisik, IDR500-600k untuk sebuah jip empat penumpang. Jika kita solo traveller, join je lah dengan traveller lain. Naik kuda hingga ke tangga kawah tu bayar sendiri. Pergi sahaja 100k, pergi balik 150k rupiah. Jika rasa nak berlama-lama di atas tu lebih baik berjalan kaki ke jip.

Ramai betul pelancong walaupun on weekdays. Bila matahari mula menyinar nampak kepala orang je kat depan.

Di sebelah kanan tu Kawah Bromo. Aku berjalan sampai ke tengah tu sahaja tetapi dah plan akan cuba ke tempat paling jauh jika berpeluang ke sini sekali lagi. 

Bunyinya.... seram.

Kawah Bromo sangat menakjubkan! Seram dengar bunyian dari kawah tu. Aku akan buat blogpost berasingan untuk tempat-tempat menarik yang kami pergi sebab banyak sangat gambar untuk dikongsi.

Selepas check-out kami menuju ke Kampung Warna-Warni Jodipan, Malang. Di Surabaya pun ada kampung warna-warni tetapi aku pilih yang ini kerana ia dimulakan setahun lalu so I guess yang ini lebih menarik. Orang kata dah established.

Sebenarnya, lebih banyak lokasi pelancongan yang menarik di Batu tapi tak mengapalah, ini saja untuk kali ini. Malam ini menginap di Ibis Styles Malang. Selesa tidur malam ni, tak terketar-ketar lagi πŸ˜ƒ. Dinner pun di Ibis je...RM29 seorang.

Kampung Warna-warni Jodipan, Malang


Hari Ketiga
Kami check-out jam 8 pagi. Subuh di sini jam 4.10 dan breakfast mula dihidang jam 6 pagi jadi kita boleh memulakan perjalanan seawal 7 pagi. 5.30 pagi pun dah terang benderang.

Tujuan pertama kami ialah Wisata Petik Apel Batu. Pak supir kata ada dua ladang yang dibuka kepada pelancong, kami pilih yang diurus oleh persatuan penduduk. Macam koperasilah kot. Tiket masuk 30k rupiah, boleh makan sebanyak mana yang suka secara percuma di ladang dan kalau nak bawa balik sila petik dan timbang. Mana ada percuma... ko dah bayar RM10 kan tadi? hehe...

Bagus staf yang membuat penerangan tu, jelas dan mesra. Pandai ambil gambar pula tu, "udah dilakukan setiap hari mbak", bilangnya. Ye lah, practice makes perfect.

Epal manis jenis Manalagi yang sedia dipetik. Epal boleh dibiarkan di luar peti sejuk selama 30 hari. - Wisata Petik Apel Batu

Selain epal fresh, mereka juga menjual pelbagai kerepek hasil ladang. Ada kerepek epal, salak, durian, nangka, tempe goreng dan dodol. Souvenir seperti t-shirt, key-chain dan fridge magnet pun ada. Kalau berkenan t-shirt tu beli saja, tidak dijual design tersebut di tempat lain.

Selepas itu kami ke Air Terjun Coban Rondo. Mengikut apa yang ditulis di board tu ada banyak aktiviti tapi aku rasa macam lemau je... tak boleh mandi di air terjun tu ya. Kami nak ke Tree Walk tapi orang yang kami tanya tu macam blur je dan tempat yang ditunjukkan tak seperti yang kami jangkakan. Dia salah faham kot. Tubing pun ada tapi tak tahulah dibuat di mana. Yang menarik perhatian maze tapi tak cukup masa pula nak explore. Kalau ada drone syok ni.

Air Terjun Coban Rondo

Kemudian kami ke Wisata Gunung Banyak, Batu. Agak lama juga di sini sebab menarik. Di sini ada aktiviti paralayang (paragliding). Memula kami ke Omah Kayu bergambar di rumah atas pokok dan giant hammock. Sejuk nyaman je dalam kawasan hijau tu. Kelakarnya one of us merangkak turun dari pelantar tu hahahah... bergegar-gegar video menahan ketawa. Lokasi ini hanya sesuai untuk orang yang mampu berjalan sendiri sahaja kerana berbukit.

Omah Kayu

Gambar dari pelantar kayu.

Giant hammock di Omah Kayu, Gunung Banyak.

Selepas itu ke Taman Langit di sebelahnya. Fuhhh... berapa ratus kalori terbakar hari ni saja.

Taman Langit

Bergerak lagi, kami singgah sebentar di Pasar Apung bersebelahan Muzium Angkut untuk bergambar.

Next, ke Coban Rais yang semakin popular sebagai lokasi untuk bergambar di pelantar terapung dan basikal terbang (Gowes Air). Kena datang awal. Objek wisata yang ini dibuka sehingga jam tiga petang tetapi jika terlalu crowded hanya dibenarkan masuk hingga jam dua. Kami dah lewat jadi tak dapat try semua.

Di Coban Rais juga ada air terjun. Kami naik ojek ke lokasi bergambar yang paling jauh, Batu Flower Garden sejauh 800m. Kena bayar 10k rupiah. Ambil gambar kena bayar lagi 😭😭. Nantilah kita cerita lelebih dalam blogpost lain. Nak datang lagi bila keseluruhan kawasan ini siap sepenuhnya.

Saya berani. Awak? Sekejap benar duduk atas basikal ni.

Tak sempat bergambar di sini.

Destinasi terakhir pada hari tersebut dalam perjalanan ke Surabaya ialah Masjid Muhammad Cheng Hoo. Dulu dah pernah datang jadi kali ni ambil gambar sesikit je. Pelik aku, kenapa jemaah solat sebaris tiga empat orang je dan sambung di belakang? Ingatkan jemaah wanita saja rupanya yang lelaki pun sama. Bukankah kita sepatutnya berebut tempat di hadapan? Rindunya suasana solat di Masjid Baitulrahman, Banda Aceh.


Hari ini bermalam di Tab Hotel. Bilik luas untuk bertiga tetapi... jauh dari pusat bandar baq hang! Ada capsul juga di hotel ni.



Hari Keempat
Kami ambil tour package dari hotel tapi ada miscommunication bab harga. Manager cakap lain, aku faham lain. Itu satu hal, dah naik ke dalam van baru diberitahu parking dan tol kami yang bayar tetapi driver tu cute dan baik. Eh? hehhe... Aku tanya dia, anak tauke hotel ke? (sebab muka sepesen je dengan manager tu). Tersengih je dia sambil menggeleng kepala.
Lokasi pertama melalui Jambatan Suramadu menuju ke Pulau Madura. Jambatan ni memalam cantiklah. Dah sampai ke Madura pulak kita wakkk... Kami sekadar berhenti di kedai-kedai souvenir tepi highway tu saja. Cantik juga kain batik lepas yang dijual, merasalah mak aku sehelai kain batik lepas. Aku suka coraknya jadi aku bilang sama bonda potong je lah bahagian tepi tu buat kain batik basahan. 50k rupiah uols.

Kemudian ke Muzium Sempoerna. Tak dapat tengok cara kerja operator kilang yang sangat pantas tu sebab cuti Maal Hijrah. Ada pameran fotografi di ruang sebelah.

Next, ke Masjid Sunan Ampel. Tiada apa apa yang berkenan di hati selain membeli jajan manis.

Seterusnya beli ole ole di Jalan Genteng Besar, sejalan dengan Hotel Paviljeon (Pavilion) yang aku stay lima tahun dulu. Aku berminat ke Muzium Perubatan (orang lokal panggil Muzium Santet) tapi tak termasuk dalam tour package. Aiya... dah dua kali tak dapat pergi.

Masa banyak lagi jadi kami ke Pakuwon Mall tak jauh dari tempat kami menginap. Mall baru... best toilet nya. Kalau solo trip aku skip mall semua nih hehe.. bahaya ooo.. I prefer to shop where the locals shop. Selain ada nilai sentimental boleh juga kita membantu menaikkan ekonomi si penjual. Samalah macam beli kapal terbang nak tolong naikkan ekonomi Amerika.

Petang sewa Uber ke airport. Sebelum masuk ke departure hall ada pameran fotografi juga jadi dapatlah cuci mata sementara nak terbang pulang ke sarang. Kepada yang bawa tripod tu silalah check-in ya, tak lepas. Nasib baik luggage kawan ada berbaki beberapa ratus gram lagi.. πŸ˜“tak sangka pula Juanda Airport tak lepaskan ke kabin. Yang bestnya di boarding area tu ada plug point di seat, senang nak charge handphone sambil surf internet menghabiskan data yang tak habis habis.

Tamatlah sudah trip kali ini. Harap harap dapat ke Indonesia lagi tahun depan. Amin.


Alhamdulillah... habis juga hang baca noo... di Surabaya (termasuk Batu dan Malang) ada banyak tempat menarik. Jatim Park je ada berapa entah, next year nak buka satu lagi. Untuk cerita dan gambar yang lebih banyak tunggulah blogpost seterusnya dengan tabah dan sabar ye. Thank you....!













Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free