Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts
Showing posts with label Pulau Pinang. Show all posts

Pulau Pinang | Reclining Buddha at Wat Chayamangkalaram

Pulau Pinang | Reclining Buddha at Wat Chayamangkalaram | Selain Melayu, Cina dan India yang menjadi etnik utama di semenanjung Malaysia,  masyarakat keturunan Thai (Siam) juga ramai yang bermastautin di sini. Kebanyakan daripada mereka mendiami negeri Kelantan, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. 


Menurut statistik yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia pada tahun 2000, 50,211 individu etnik Thai di tinggal di negara ini dimana 38,353 (atau 76.4% daripada mereka) memegang warga negara Malaysia. Kebanyakan orang Siam Malaysia beragama Buddha dari mazhab Theravada dan tempat sembahyang mereka digelar wat. Setiap wat ditadbir oleh beberapa orang sami. 

Orang Siam di Kelantan agak sukar dikenali. Selain wajah yang serupa warga Melayu, mereka juga fasih bertutur dialek Kelantan. Cara hidup dan makanan juga menyerupai masyarakat Melayu. Yang membezakan hanyalah agama dan bahasa Siam yang mereka gunakan sesama mereka.

Tahukah anda bahawa secara politik, orang Siam Malaysia diakui sebagai bumiputera?


Masyarakat Siam di Pulau Pinang
Sejarah kedatangan masyarakat Siam di Pulau Pinang berkait rapat dengan kisah sejarah Pulau Pinang-Kedah-Siam. Kisah lama yang kalau nak diceritakan esok pun tak habis. Seronok belajar tentang sejarah negara tanpa stress untuk exam. Bacalah sendiri ya, aku pun bukannya pandai nak menceritakan mengikut kronologi.

Agama Buddha dianuti sebahagian besar kaum Cina sama seperti warga keturunan Siam. Oleh itu banyak sekali kuil dan wat dibina oleh penganut agama ini di Pulau Mutiara. Mereka juga merayakan Hari Wesak sebagai hari memperingati kelahiran, enlightenment (pencerahan?) dan kematian Gautama Buddha. 


"Reclining Buddha" di Pulau Pinang


Sebenarnya aku tak jangka pun di Malaysia ada patung Buddha yang berbaring mengiring ni. Ingatkan di Wat Pho, Thailand je ada... tapi yang itu sangat besar, tengoklah je lah kat blog post tu. Kalau tak gunakan wide angle lens memang tak muat masuk dalam sekeping gambar sebab ia 'dikepung' dan ada tiang-tiang besar menghalang pemandangan.

Wat Chayamangkalaram ialah sebuah wat Siam dimana tanahnya seluas lima ekar telah dihadiahkan oleh Queen Victoria pada 22 Julai 1845 melalui wakilnya Mr. W.L. Butterworth daripada The East India Company of Penang. Masa tu kan kita masih dijajah Inggeris lagi.

Kuil dan berhala utamanya telah dibina oleh sami yang berasal dari Thailand pada tahun 1900 sebelum pengubahsuaian dilakukan 88 tahun kemudian. Kini wat ini berunsurkan arkiteksur Thai moden. Di dalamnya dibina "reclining Buddha"- Pra Buddhachaiya Mongkul, yang dikatakan antara yang terpanjang di dunia. Panjangnya 180 kaki dan bersadur emas. Patung ini berbaring ke kanan dengan beralaskan tapak tangan kanan menghadap ke utara.



Sami pertamanya ialah sami Buddha bermazhab Theravada dari Thailand, Phorthan Kuat, yang turut dikenali sebgai "Powerful Monk". Mengikut cerita lagendanya sami ini sangat sukakan laksa yang merupakan makanan istimewa di Pulau Pinang. Sehingga kini ada juga penganut yang membawa semagkuk laksa untuk dipersembahkan kepada dewa mereka. Korang yang muslim tu toksahlah pi makan pulak bila nampak laksa dalm wat tu... makruh. Nak makan kena beli, takde yang free ya.

Di hadapan "reclining Buddha" tersebut terdapat banyak patung kecil yang menggambarkan dewa-dewi mereka untuk disembah. Lantainya pula penuh dengan motif bunga teratai (lotus) yang sinonim dengan agama Buddha.

Dinding wat dilukis pelbagai imej Buddha oleh pelukis ternama Thai. Di belakang patung besar itu pula, tersimpan beratus abu mayat penganut Buddha di Pulau Pinang. Penganut yang biasa datang ke wat ini lah kot. Aku pun tak sangka jumpa tempat penyimpanan tu... sesajalah berjalan di keseluruhan wat pastu tetiba...



Tahun Baru Thai, Hari Wesak, hari memperingati penubuhan wat dan beberapa lagi perayaan di sambut di Wat Chayamangkalaram ini. Pada masa tersebut ia akan penuh sesak dengan penganut dan pelancong asing yang ingin menyaksikan pembakaran joss-sticks dan upacara penyembahan.

Persediaan untuk menyambut Loy Krathong yang jatuh pada malam bulan ke-12 kalendar Cina dimana berakhirnya musim hujan dan bulan mengambang penuh. Biasanya pada bulan November. Pada waktu ini para penganut Buddha akan berhimpun di tasik, sungai dan terusan akan melepaskan bungai teratai buatan yang dihias liin, pewangi dan bunga.


Wat Chayamangkalaram
17, Lorong Burma
Pulau Tikus
10250 George Town
Pulau Pinang
Malaysia.

Masuk PERCUMA. 



Hotel Review | Sri Sayang Resort Service Apartment, Batu Feringghi

Sri Sayang Resort Service Apartment, Batu Feringghi | Percutian bersama keluarga agak berlainan dengan kawan-kawan. Dengan anak-anak ni walaupun kita masih mengikut itinerary yang dah diatur tetapi nak bebetul mengikut masa tu susah sikitlah.


Semasa percutian di Pulau Pinang, kami menginap di tiga tempat. Malam pertama di rumah saudara di Balik Pulau. Nak lihat apa yang menarik di Balik Pulau boleh rujuk di sini. Malam kedua di G Times Hotel tengah bandar dan malam terakhir di Sri Sayang Resort, Batu Feringghi seterusnya menyambung tidur di banglo Mak Yam, Baling, hehehh.. Leceh berpindah-randah? Taklah. Bawa je beg sekolah memasing. Kita nak pergi bercuti bukannya nak pindah rumah sampai nak bawa selori barang-barang. Travel light bebeh!

Kesemua tempat dipilih bersebab. Tinggal di tengah bandar untuk easy access ke street art, clan jetty, Chowrasta Market dan Nasi Kandar Beratur & Restoran Kapitan. Boleh baca blog post yang lepas sebagai rujukan tempat-tempat tu. Kami juga seronok menaiki basikal seorang satu mengelilingi bandar. Itulah aktiviti yang paling anak-anak suka dan bercerita hingga kini :-)) Tunggu lagi dua tahun si bongsu bolehlah kayuh basikal sendiri. Sayangnya terlupa nak ambil gambar. Orang lain yang sibuk ambil gambar kami berderet anak-beranak heheh..

Sri Sayang Resort Service Apartment ni kami booked online dari Agoda, rasanya dua hari sebelum pergi. Jadi selepas berkelah di  Taman Rimba Teluk Bahang aku pun call for confirmation, boleh pula dia cakap penuh padahal dah buat full payment. Eee... kena bebellah dengan aku. Akhirnya dapat juga tapi tak tahulah bilik yang sepatutnya ke tidak. Malas nak fikir.

Apartment yang kami dapat ni okaylah dengan pemandangan laut dan Shangri-La Rasa Sayang di depan. Swimming pool pun boleh nampak dari sini. Bawa anak-anak ni wajib at least satu malam di tempat yang ada pool untuk ketenteraman awam. Samalah kaedahnya semasa kenduri kahwin, walaupun kita tahu gula-gula tak elok tapi gula-gula tu boleh mententeramkan bebudak yang dah bosan dan meraung kepanasan. 

Nak makan pun tak susah, pasar malam pun dekat. Kami makan di depan Holiday Inn tu err... tak ngam. Sila ke tempat lain.

Cuma aku rasa si owner atau management company yang menguruskan apartment lengkapkanlah kemudahan asas seperti mineral water dan kitchen utensils. Tetengah malam orang nak makan Maggi sambil tengok tv kan susah kalau takde mangkuk serta sudu garfu. Kalau apartment tu untuk empat orang dewasa letaklah air mineral empat botol, at least. Sabun kekecik tu jangan tertinggal. Kedekut nau lahaiii... basic needs tu. Sommerset Medini yang aku stay hari tu lengkap dengan sekecil-kecil barang. Kalau apartment dua bilik tu aku yang punya akan kuhias dan lengkapkan memolek supaya orang teringat sampai bebila. Gituh. Teringinnya nak ada homestay macam kat Solo tu. Kalaulah ada yang sanggup melabur duit...

Sumber google.






The beach is just five minutes walk from the apartment.


Terdapat dua syarikat yang menyewakan service apartment ini. Yang aku gunakan yang sebelah kiri di lobi.


Komen aku:

Bolehlah. Ada owner sediakan fasiliti yang lebih baik daripada yang kami dapat. Nasiblah... siapa suruh book last minutes during peak season kan? 

Penang War Museum | Menarikkah?

Penang War Museum | Menarikkah? | Masih kisah percutian kami di Pulau Pinang Disember lalu. Menurut arahan 'mem besar' hehehe... tempat pertama yang perlu dilawat setibanya di Penang ialah Penang War Museum kerana ia berdekatan dengan Jambatan Sultan Abdul Halim (jambatan kedua).



Muzium Perang Pulau Pinang ini dibuka kepada umum pada tahun 2002 dan dikatakan yang terbesar di Asia Tenggara. Terletak di Bukit Hantu, Batu Maung, gelaran itu diberikan kerana ramai rakyat yang melawan askar Jepun ketika perang dunia kedua dipancung di sana. Kedudukannya yang tinggi di tepi laut membolehkan kita melihat Selat Melaka dan sekitarnya. Dengan keluasan 20 ekar diatas bukit menjadikannya kawasan pertahanan strategik dari serangan musuh.

Asalnya ia merupakan kubu pertahanan British yang dibina pada tahun 1930 oleh British Royal Engineers dan rakyat tempatan. Direka jurutera British bertujuan untuk mempertahankan diri dari serangan musuh tetapi semasa dikuasai askar Jepun ia menjadi kem perang tempat siksaan musuh dan rakyat yang menjadi tali barut British.

Kubu ini seperti kubu pertahanan lain lengkap dengan terowong dan ruang penyimpanan senjata api sembilan meter di bawah tanah dengan dinding batu yang tebal. Ia juga menempatkan canon firing bay, senjata anti pesawat, tempat tidur tentera, tempat memasak, lokap dan pusat arahan. Selain askar British, askar Sikh dan Melayu juga turut sama berkorban mempertahankan kedaulatan tanahair di sini. Selepas Perang Dunia Kedua tamat ia ditinggalkan sehinggalah idea menjadikannya muzium perang timbul.

Melawat muzium tak boleh rushing. Paling kurang perlukan dua jam untuk kita berjalan, melihat dan membaca itu ini yang dipamerkan. Kawasan ini banyak pokok jadi takdelah panas sangat cuma tiada kemudahan untuk OKU. Tak sesuai kerana perlu turun naik tangga di kawasan berbukit.

Kita diberi peluang masuk ke dalam terowong pendek (bukan seperti di Vietnam tu) dan siap kemas bersimen. Lepas tu kena memanjat tangga tegak naik ke atas. Taklah mecabar sangat tapi good experience terutama anak-anak. Dapatlah bayangkan bagaimana teruknya askar sewaktu bertugas.



Tak sure ini terowong original ke tak. Part ni paling best aku rasa walaupun pendek je terowongnya... lepas tu panjat tangga menegak untuk keluar.




Replica of Jeneral Tomoyuki Yamashita's Gallow




 Ini cuma replika "jenglot". Jenglot sebenar dilihat oleh pekerja sewaktu kerja-kerja pemuliharaan dilakukan.

Mangsa kekejaman tentera Jepun dahulu. Gambar sebegini perlu lebih banyak.


 Lepak jap dengan Jeneral Yamashita.

Aku bukanlah 'kaki' muzium tetapi aku suka pergi ke theme museum seperti ini. Cuma aku rasa Muzium Perang Pulau Pinang ini tiada jiwa. Masuk sini macam aku tengok kebanyakan filem MIG yang ditayangkan di tv, jika memula menonton tu makan pop corn sambil terkebil-kebil, sampai ke sudah pun macam tu. Takde pop corn tercampak dek terkejut ke apa.. perasaan tu mendatar je. Kalau check guna mesin denyutan jantung tu agaknya mendatar je macam dah mati hahaah.... baca kat Mastika lagi best heheh..


Ini perasaan aku yang dah ke War Remnant Museum dan Cu Chi Tunnel. Eleh baru pergi Vietnam dah kepoh khennn... apa nak buat dik, belum mampu ke Lovre Museum. 

Oleh kerana muzium mengumpulkan bahan sejarah, exhibit kena banyak, susun atur kena menarik. Tour guide tempatan berpengetahuan sejarah perlu. Labelling penting. Propaganda juga penting jika hendak menjual. Kalau boleh gambar kena ada banyak. Kita perlukan gambar yang ada perasaan. Gambar yang bila kita tengok terbit rasa sedih, menyampah, rasa nak pancung dan tikam tikam askar Jepun tu walaupun di rumah kita semua barangan elektrik buatan Jepun. Cuba bandingkan dengan Tuol Sleng Genocide Museum dan Choeung Ek Memorial. Sesak dada dek sedih di situ. Kan aku ada tulis di War Remnant Museum tu hampir semua pelawat menangis tak kira lelaki, wanita atau dua alam. Di Cu Chi Tunnel tu pula kita dapat rasakan betapa kuatnya semangat rakyat Vietnam melawan Amerika.

Lagi satu, aku rasa di sini seperti terlalu mengagungkan British sedangkan askar tempatan turut berperang. Atau adakah aku silap sebab tak membaca semua tulisan yang ada di situ? Omputih tu dia lari ke negara lain bila diserang Jepun meninggalkan atuk nenek moyang kita berlawan sendiri. Bila Jepun mengaku kalah selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom mereka datang semula dan claim masih berkuasa. Lahanat!

Ini cuma pandangan sebelah pihak. Kepada yang belum pergi, pergilah melawat. Kalau takde kawan yang berminat pergi je sendiri then meet somewhere. Kalau pergi dengan orang yang tak berminat nanti dia suruh kita cecepat, tak enjoy pula kita kan? Dapatkan pengalaman tu dulu, mungkin perasaan dan pandangan kita tak sama. Jangan percaya cakap aku bulat bulat. Kalau tak silap aku muzium ini tersenarai sebagai salah satu lokasi "Spooky Tour". Kena buat arrangement dengan tour operator dulu kot.

So... menarik ke tak Penang War Museum ni? Ontahlah... tepuk dada tanya selera,  start kereta tekan minyak. Tengok sampai ke tak ke situ hahahah...

Penang War Museum
Jalan Batu Maung
11960 Batu Maung
Pulau Pinang, Malaysia

Waktu Lawatan:
Isnin-Ahad 
9 pagi - 6 petang

**Lepas melawat muzium ni bolehlah tengok ikan lumba-lumba dan makan mi udang di Pulau Aman. #DekatJe

Berkelah Di Taman Rimba Teluk Bahang


Berkelah Di Taman Rimba Teluk Bahang | 

Teluk Bahang terletak di barat laut Pulau Pinang kira-kira 24km dari George Town. Ia boleh dihubungi melalui jalanraya dari George Town - Batu Ferengghi - Teluk Bahang. Dari Balik Pulau pun boleh juga.
Ada beberapa tempat menarik dan popular di TB seperti Escape Adventureplay Theme Park, Taman Negara Teluk Bahang dan Pantai Teluk Bahang yang sering menjadi lokasi perkelahan.
Bagi peminat aktiviti yang agak lasak dan menggunakan banyak tenaga seperti berpenat-lelah jungle trekking di Taman Negara Pulau Pinang atau bermain di Escape, bolehlah mandi-manda pula di Taman Rimba Teluk Bahang. Nak mandi laut time panaih berdengung di huishhh idok ler... lebih syok berendam dalam sungai yang sejuk dan jernih. Taman rimba ini berstatus hutan lipur dimana hutan ini sudah matang dan kaya dengan flora serta fauna. Terdapat juga Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve) di dalamnya. 



Di bawah ni gambar percutian keluarga kami bulan Disember lalu. Video mandi-manda bergembira sakan ni dah lama share di instagram. Seronok bebudak nih menyakat si nombor lima yang tak tahu berenang heheh... sampai cuak budak tu nak mandi, takut kena tarik ke tempat dalam (takdelah dalam mana pun).



Tolong bangcik dik..tolong!

Mama.. mama.. tolong bangcik! sedih adik dia tengok abang 'kelemasan'. Kesian ko dik, beriya dia cuba tarik abang dia heheheh...

Tengok, didukungnya yang nombor lima ke tengah kemudian ditinggalkan. Menjerit-jerit budak tu hehehe..

Kesian bangteh.


Apa Lagi Yang Menarik Di Taman Rimba Teluk Bahang?
1) Ada Muzium Perhutanan.

Kita boleh belajar tentang perhutanan, profail kayu, flora, fauna dan banyak lagi. Ia dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari 9 pagi hingga 4.30 petang.
2) Ada jambatan gantung. Ini best!
3) Ada denai (trek) ke Bukit Bendera. Agak kecewa jugalah tak mencuba sebab masa nampak laluan tu anak-anak tengah berseronok dalam sungai. Tak pastilah berapa jauh kena mendaki, confirm berpeluh ketiak.

Kemudahan Yang Disediakan:

Padang permainan, tapak perkhemahan dan kolam mandi dibangunkan untuk orang awam bagi tujuan mandi-manda di hutan lipur ini. Kemudahan lain boleh rujuk dalam senarai di bawah ini:

TRTB

Kalau nak berkhemah ke.. sewa dewan ke.. asrama ke..sila hubungi:

Pejabat Hutan Daerah Barat Daya
Taman Rimba Telok Bahang
11050 Teluk bahang.
Barat Daya,
Pulau Pinang
Tel: 04-8851280

Bagaimana Untuk Ke Taman Rimba Teluk Bahang?
Anda boleh menaiki teksi dengan kadar RM35 atau menaiki bas Rapid bernombor 101 dan 102 yang berhenti di Escape Adventure Play di sebelahnya. 
Koordinate GPS (5.446483,100.217147).
Waktu beroperasi : 7.00 pagi - 6.00 petang. Masuk PERCUMA.


















10 Perkara Menarik di Balik Pulau

10 Perkara Menarik di Balik Pulau | Assalamualaikum. Baru-baru ini kami berpeluang sekali lagi ke Balik Pulau menghadiri majlis kenduri perkahwinan keluarga.



Kami balik berdua naik Air Asia dari KLIA2 - Penang. Setelah dibuat comparison antara tambang bas dan kapal terbang, adalah berbaloi naik kapal terbang pada tarikh tersebut. Hanya RM154 kos untuk dua orang pergi dan balik. Kalau memandu kereta ke sana confirm lagi banyak RM akan hangus. Soheh! :-))
Dari airport kami sengaja menaiki bas ke pekan Balik Pulau, nak breakfast di kedai katanya. Husband aku teragak-agak jugalah nak turun di mana... aku suruh tekan di tengah pekan, dia hanya buat bila bas tu dah membelok ke kanan keluar dari pekan tu. Tapi tu lah kan, kekadang tidak mengikut peraturan akan menemukan kita dengan sesuatu yang menarik ;-)
Sesuai namanya ia terletak di barat daya Pulau Pinang jauh dari bandaraya George Town yang menjadi nadi kehidupan dan pusat perekonomian Pulau Pinang. Balik Pulau ialah kawasan perkampungan Melayu tetapi kini sudah banyak tanah yang dijual kepada pelabur untuk dibuat penempatan moden. Sayang tanah tu :( Secara amnya harga tanah/rumah di Balik Pulau lebih rendah daripada di kawasan berdekatan George Town. Aku perhatikan jika tanah yang dijual tu memanjang, ia akan dibina rumah teres atau semi-d tiga tingkat, banyak untung worrrr... Nak dipersalahkan tuan tanah yang menjual pun tak boleh juga, dah lama hidup biasa biasa hendak juga merasa luar biasa di penghujung usia. Nak juga merasa bagaimana perasaan menjadi pakcik kayo.

Balik Pulau terhasil dari cantuman beberapa perkampungan nelayan seperti Teluk Kumbar, Kampung Pondok Upeh, Kampung Sungai Burung, Gertak Sanggul and Pulau Betong. Ia menawarkan  pemandangan indah kehidupan nelayan, sawah padi yang menghijau dan udara nyaman. Kehidupan di sini agak perlahan kontras dengan George Town. Itulah nilai yang masih dipertahankan untuk menikmati suasana tepi laut dan hutan yang mendamaikan. Nampak ketinggalan namun jika kampung aku sendiri pun aku redha ia ketinggalan. Damai. Yang penting ada wifi (kan?).

Bila ke Pulau Pinang jangan hanya melawat kawasan tumpuan pelancong, luaskan jelajahanmu kerana banyak yang menarik di sini.


Apa Yang Menarik Di Balik Pulau?
1. Seperti mana yang kita semua ketahui Pulau Pinang adalah syurga makanan. Berbagai jenis dan rasa akibat daripada kepelbagaian bangsa dan kaum yang menghuni negeri yang mendapat julukan Pulau Mutiara ini.
Kami minum pagi di sebuah kedai berdekatan roundabout. Pilih kedai tu sebab ramai orang, konon sedap. Biasalah, order roti canai... tapi tak suka sebab tak garing di luar dan lembut di dalam. Di sebelahnya ada pasangan suami isteri berniaga nasi lemak dan kuih muih. Banyak jenis, aku beli bingka ubi dan kuih koci. Sedap.
Nak cuba pasembur cari di market, nak makan seafood hang pi ke Medan Selera Kg Nelayan di  Teluk Kumbar. For chinese food, you may go to  Kampung Kuala Jalan Bahru to try Prawn Noodles (Hokkien Mee) and Gertak Sanggul for seafood.

2. Street Art by Russian Artist
Bukan di Armenian Street, Chulia Street saja ada lukisan jalanan tetapi dah melarat ke Balik Pulau. Ada enam mural di pekan tetapi aku cuma cari empat sahaja, yang lelain tu sila explore sendiri ya.

Naik bas dari airport ke pekan ini hanya RM2.
  




  
3. Ladang Durian dan Buah Pala
Untuk ke Balik Pulau ada beberapa jalan, salah satunya jalan berbukit-bukau yang indah dengan pemandangan ladang durian. Biasa dengar durian Musang King, D24, Hor Loh, Lipan, Green Skin, D2, D15, D95 dan Kun Poh kan? Suka? Isinya berwarna kuning, lembut dan tebal. Ada yang sedikit pahit dan berfiber. Aku tak suka sangat sebab maksima boleh makan cuma dua ulas. Durian kampung aku boleh makan dua biji hahah... tak kira mengandung ke tak, aku tetap makan sepuasnya. Siapa kata orang orang mengandung tak boleh makan durian? Syirik betolll ! haha... banyak sangat pantang larang. Masa first trimester tu aje berjaga-jaga.. selepas tu pantang jumpa.
Pokok-pokok ini kebanyakannya ditanam di lereng bukit.  Selain rasanya yang digemari ramai, aku rasa apa yang membuatkannya mahal adalah kos untuk mengikat dan memasang jala supaya buah durian ini tidak jatuh ke bawah bukit. Upah memanjat pun termasuk dalam kos juga tu. Dengan keluasan 1,868 hektar ladang durian, Balik Pulau masih dirujuk sebagai pengeluar durian terbaik Malaysia oleh peminat durian.

Aku suka durian. Sila belanja aku bila musim durian tiba.
4. Laksa.
Laksa yang popular di sini ialah Laksa Jangguih di KM6.5 Kampung Perlis. Dibuka 3.30 petang hingga 8 malam, tutup pada Rabu. Selain laksa, pisang goreng dan ABC pun dijual. Sejak keluar di Jalan-Jalan Cari Makan TV3 famous betul kedai laksa ni tapi pada aku rasanya biasa je. Cousins aku cakap ada satu kedai kat selekoh depan sikit (dekat masjid) tu lagi sedap.
Oleh sebab kami cuma berada dua hari di BP, aku sempat mencuba laksa di sebuah lagi kedai. Mujur order satu jer... pelik rasa kuahnya. Tak tahulah sebab ikan yang digunakan ke.. atau kurang asam keping. Loyo tokak den hahah..
Jangan putus asa, lain kali kita cari lagi yang sedap.
 
5. Aktiviti Berbasikal (Bicycle Tour)
Banyak hotel dan resort serta homestay yang menyewakan basikal. Di sepanjang jalan berbukit itu pun kita akan bertembung dengan para pelancong yang menikmati suasana nyaman di sini dengan roda dua. Kebiasaannya 'tour' ini akan berhenti di "Pemandangan Indah" untuk melihat Pulau Pinang dari sudut tinggi.
6. Ladang Kambing
Terdapat dua pengusaha ladang yang membuka untuk lawatan umum.

Saanen Dairy Goat Farm
Tidak mengenakan caj masuk tetapi menjual produk tenusu dan ais krim kepada para pelawat. Letaknya berdekatan Kem PLKN Sungai Pinang. Rasanya bas besar tak boleh masuk hingga ke pintu ladang. Apa apa hal pun sila confirm dengan tuan ladang.
Waktu beroperasi 10 pagi - 5 petang.
Audi Dream Farm - aku tak sempat masuk tapi di sini terdapat lebih banyak jenis binatang.
Yuran masuk dikenakan: MyKad holder RM7, MyKid RM3, foreigner RM15

Waktu beroperasi 8.30 pagi - 6 petang.
  
7. Aktiviti Menunggang Kuda
Terdapat ladang kuda di sini seperti Countryside Stable Penang. Boleh beri makan dan menunggang kuda.

Ada juga orang kampung yang menawarkan pengalaman 'pony ride'. Bila lalu di Kampung Perlis dan sekitarnya jengah signboard kiri dan kanan. Mesti anak-anak seronok jika dibawa ke sini. Kegembiraan tak semestinya dinikmati dengan harga mahal.
 Maximum weight 80kg je... kalau sedar diri gemuk jangan naik, kesian kuda tu terseksa heheh..


8. Masjid Tua
Masjid lama yang menarik. Nama rasminya ialah Masjid At-Taqwa tetapi lebih dikenali sebagai Masjid Mukim Kongsi (GPS: 5.34847, 100.23216).

Untuk ke masjid ini sila naik bas Rapid Penang bernombor  401, 401E and 502.


9. Rumah Tradisional Melayu
 The interior of Malay traditional house.

10. Resort Yang Menarik
Pernah google homestay atau resort di Balik Pulau? The price starts from RM250 per night. Yang lebih mahal penginapan di dalam ladang. Foreigner sukalah tempat-tempat begini. Mesti seronok kalau datang di musim buah-buahan.

Banyak juga homestay yang menarik dan cute ditawarkan oleh penduduk kampung dengan harga yang lebih murah. Aku nampak banyak di jalan menuju Teluk Bahang. (bukan homestay dalam ertikata sebenar kerana kita tidak tinggal dengan tuan rumah).


Bagaimana untuk ke Balik Pulau?
1. Ikuti jalan pantai ke Teluk Bahang kemudian ke Balik Pulau. Pemandangannya memang ohsem!
2. Dari Jalan Sungai Nibong yang mana kita akan melalui perkampungan kecil nelayan.
3. Melalui Air Itam and Paya Terubong
4. Melalui jalan air dari jeti nelayan.


  

Restoran mesti cuba di Pulau Pinang

Sebagaimana Vietnam yang terkenal dengan kopi aisnya yang sedap, Bandung dengan kek bakarnya, Malaysia ni terlebih banyak lagi makanan yang sedap disebabkan kepelbagaian etnik. Nak yang podeh poi Negeri Sembilan, hok manih di Kelantan, nak kari kari kariiiii pi lah Pulau Pinang.

Ni mokcik nak suggest awak try restoran di bawah kalu pi Penang.


BBQ dinner romantik di The Ridge-Teja by the sea
Tel : 019 4581996
fb : The Ridge-Teja by the sea 

The Ridge-Teja by the sea terletak bersebelahan Jeti Batu Musang yang nak ke Pulau Aman, hanya beberapa minit dari Jambatan Sultan Abdul Halim. Pulau Aman terkenal dengan homestay, mi udang sedap dan melihat dolphin di laut. Ikan lumba-lumba di Penang habaq hang!

Restoran ini menawarkan seafood grill and steam boat yang jujur aku cakap sup dan sosnya sedap. Kami datang beramai-ramai takdelah romantik, bebughak yo kojo... Datanglah sebelum senja menjelma untuk melihat matahari terbenam yang cantik. Jangan risau, ruang solat yang luas dan selesa disediakan di tingkat bawah, tangganya pun di dalam restoran ni aje. Di tempat solat pun boleh nampak sunset.

Pihak The Ridge-Teja by the sea juga menyediakan khidmat catering untuk 800 orang. Kalau nak lagi ramai kena tanya depa la tapi tempat memang luas. Live band pun ada katanya...hari-hari tertentu je kot.



CMR Chinese Muslim Restoran
2A-G-18 Quarter Mile
Solok Mayang Pasir
Bayan Baru
11950 Pulau Pinang
(Di antara masjid Bayan Baru dan Hotel Sri Malaysia)
Tel : +604-6386158
Dibuka setiap hari

Dulu agak susah untuk menikmati makanan Cina yang halal. Kalau ada pun di hotel ternama yang tentunya will break your pocket. Ingat lagi di penghujung tahun 1990an dulu dua orang lecturer belanja makan tengahari di sebuah restoran cina muslim di seksyen 9, Shah Alam. Selepas beberapa tahun restoran tu pun dah tutup, mungkin berpindah ke lokasi lain.

Kini restoran yang menghidangkan makanan cina yang halal tumbuh bak cendawan selepas hujan, sama banyaknya dengan restoran Arab. Untuk penggemar makanan cina di Pulau Pinang, CMR China Muslim Restoran yang merupakan restoran cina muslim halal yang pertama di Pulau Pinang mampu untuk memuaskan nafsu makan anda. Pihak restoran ini mahu mengekalkan resipi dan tatacara penyediaan makanan secara tradisi dengan membawa chef muslim dari negara China. Ko kena cuba kambing kat sini, itu memang kepakaran orang cina di China. Teringat makanan enak di Guilin dan Guangzhou dulu... cuma lamien tak ada... kena makan kat Hangzhou lah nanti. Ada sesiapa nak join ke Hangzhou-Shanghai?

Restoran ini dibuka setiap hari tak kiro paneh ko hujan ko... termasuklah cuti umum.


 Hidangan belum lengkap. Di meja kami kesemuanya perempuan jadi makanan tak habis, untunglah orang yang menumpang hehe..

Tips nak puas makan : pilih meja yang bukan semua lelaki. Kalau duduk sama dengan mereka tak ada harapan la...


Hameediyah Restaurant
156 & 164A, Lebuh Campbell
10200 George Town
Pulau Pinang

Kunjungan ke Pulau Pinang ibarat tidak lengkap tanpa membeli jeruk dan makan nasi kandar. Sebelum ini aku dah mencuba makanan di Restoran Kapitan, Line Clear dan Pelita Nasi Kandar jadi kali ini ke Hameediyah Restaurant pula. Letaknya di Lebuh Campbell di antara lokasi pencarian street art yang sangat popular di Pulau Pinang.

Nasi kandar ialah nasi berlauk yang dijual dengan mengandar di bahu. Sekaki kayu yang agak panjang digunakan untuk menyangkut dua buah bakul makanan di hadapan dan belakang. Para peniaga makanan ini akan berjalan dari satu kampung ke kampung yang lain dan di mana-mana sahaja tempat yang ramai orang. Ala.. ko tengok je cerita P. Ramlee kat tv tu.

Kehidupan dan taraf hidup manusia berubah selari dengan kemajuan zaman. Kini nasi kandar terdapat di restoran-resoran besar dan terkenal. Dimana ada mamak di situ ada nasi kandar, termasuk Singapura.


Hidangan nasi kandar di Hameediyah Restaurant, Lebuh Campbell, bersaiz besar. Nasinya tu boleh dimakan dua atau tiga orang. Saiz ayamnya pun umangaiii...nek moyang godang!

Kedua-dua restoran Hameediyah berselang dengan tiga buah kedai lain di jalan yang sama. Jenis lauknya memang banyak sayang aku tak dapat nak upload gambar sebab entah ke mana lesapnya isk.. Yang paling menarik perhatian aku di restoran ini, 'lif' yang digunakan untuk mengangkut makanan ke tingkat atas.

Gambar yang di atas tu di restoran baru, di restoran lama dah masuk kategori antik kerana digunakan semenjak restoran ini dibuka pada tahun 1907 lagi. Mesin manual tu yang tahan lama. Mereka sangat menjaga kepantasan menghidang, tergesa-gesa aku ambil gambar ni sebab mereka tak mahu pelanggan tertunggu-tunggu. Tiga minit je kot?




Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free