Showing posts with label Phuket. Show all posts
Showing posts with label Phuket. Show all posts

Thailand | 13 Perkara Menarik Untuk Dilakukan Di Phuket

Thailand | 13 Perkara Menarik Untuk Dilakukan Di Phuket | It's Thailand againnnn...! Kali ini pergi untuk Phuket Andaman Halal Tourism 2017. Dua tahun kebelakangan ni Thailand agresif sekali mempromosikan negaranya sebagai negara yang muslim friendly. Mereka sudah ada fully halal hotel atau paling kurang pun halal kitchen.


Negara Thai itu berganda saiznya berbanding Malaysia maka sudah tentulah sebulan dua bulan pun takkan habis kita nak explore. Ai pun baru sampai di bahagian selatan dan tengah aje... itupun banyak lagi bandar yang belum dilawati. Kawasan utara Thai, timur laut, barat laut dan tenggara belum sampai lagi. Setakat ini pi sana time panaih lit lit, time sejuk sampai berasap mulut belum lagi.


Di manakah letaknya Phuket?
Phuket berada di selatan Thai menghadap Teluk Andaman, sama dengan Krabi. Phuket bertentangan dengan Krabi jadi pakej lawatan ke pulau-pulau yang dijual banyak yang sama seperti di Ao Nang, Krabi. Phuket Island dihubungkan ke Phang Nga melalui Thao Thepkrasattri Bridge. 

Sebelum Krabi menjadi popular seperti sekarang, Phuketlah tempat tujuan kebanyakan pelancong sejak 1980an untuk menikmati suasana tepi pantai dengan air laut yang jernih. Pantai yang terkenal dan terdapat banyak penginapan di sini ialah Naithon, Kamala, Kalim, Kata, Karon dan Patong. Banyak lagi sebenarnya tapi yang paling popular dan happening memalam ialah Patong Beach! Macam kat Pattaya beb! Gegak-gempita memalam bersama "budak sekolah di tiang" 😅😅😅

Penduduk muslim di pulau ini kurang berbanding Krabi tetapi kehadiran mereka dapat dilihat dimana-mana akibat penghijrahan. Banyak punca rezeki di kawasan sesak dengan pelancong ini.

Di antara Mei hingga Oktober adalah musim hujan, jadi laut agak bergelora di waktu ini. Peak season pula di bulan November hingga Februari. Omputehs dimana-mana, lari dari winter di kampung sendiri agaknya, hinggakan kalau kita ikut pakej island hopping yang include makan tengahari tu pun mengikut selera omputeh tak pedas, tawaq tak sedap baq hang. Hilang terus identiti Thai daripada makanan tu. Bukan ke kalau orang datang ke rumah kita dia kena makan ikut cara kita? hmmm...

Bagaimana untuk ke Phuket?
Naik MAS boleh, Malindo dan Air Asia pun ada. Phuket International Airport besar dan selesa cuma... bawa botol kosong eh untuk ke toilet. Tiada surau di boarding area.

Apa yang menarik di Phuket?
Banyak, tapi ai nak share sebahagian daripadanya sahaja. Nak tau lelebih kena pergi sendiri. Datang dengan poket tebal pasti tak bosan di sini. Makanan pun sedap.

1) Phuket Old Town
Phuket asalnya sebuah kawasan perlombongan bijih timah yang terkenal. Kemuncaknya pada abad ke-19. Ketika itu pedagang dari Eropah dan pelombong dari China datang beramai-rama ke Phuket untuk bersama meraih nikmat limpahan bijih timah.

Kedatangan mereka membawa sekali budaya asal. Proses asimilasi membawa kepada pembinaan bangunan rumah kedai yang bercirikan Sino-Portugis yang masih kekal teguh hingga ke hari ini malah dibaik pulih dan dicat semula menjadikannya instagrammable. Sebahagiannya telah ditukar fungsinya menjadi bar, kafe dan rumah tetamu/hotel.

Di Thalang Road terdapat kedai pakaian yang menjual kebaya Nyonya. Fuhhh... 180 baht untuk sehelai baju. Tak pastilah pula disulam mesin ke tangan.

Lokasi yang meriah bermula jam 6 petang ialah Soi Rommanee. Lorong ini menemukan Thalang Road dengan Dibuk Road. Dengarnya Jazz Show diadakan pada Ahad terakhir setiap bulan di sini tetapi hanya ketika peak season sahaja, itupun bermula jam 9 malam. Wuuii best gak ni.

Dalam perjalanan ke Metropole Hotel hari tu ada juga ternampak mural tapi tapi tak sempat nak berhenti.

 Hanya pintu yang ini sahaja terbuka so sukahati ai je masuk opis orang hahahha...


2) Siam Niramit.
Bunyinya gini, Saiyaaam Niramit.

Pernah tengok cultural show di The Mud dan Sarawak Cultural Village? Siam Niramit laaagii hebat! Dengan stage/auditorium besar siap ada 'sungai', persembahan pun sangat menarik dengan pemain drum dan penari 'terapung', props dan special effect. Gajah pun berlakon sekali. Perghh hebat! Sayangnya tak boleh merakam gambar sewaktu persembahan.

Foto: DBoy Studio


Sebelum persembahan utama ada pre-show attractions and activities. Ada show muay Thai, tarian, boleh menaiki sampan, masuk ke rumah contoh dari empat wilayah di Thai Village, bergambar dengan kostum tradisional dan lain-lain. Baling abang Sajat sampai jatuh dalam air pun ada 😁. Ai tak main sebab takut kalah dengan bebudak kecik.

Tiket dijual with/without dinner. Perbezaan harga dalam THB200 je rasanya. Tiket boleh dibeli dari penjual di kaki lima kedai di Patong tu, pepandailah survey harga dan bargain.

Maklumat lanjut di www.siamniramit.com .

3) Island Hopping
Pakej yang aku ikuti sama seperti yang di Krabi tahun lepas - James Bond Sea Canoe - cuma lebih masa di Koh Panyee Muslim Village yang terkenal kerana adanya padang bola terapung di atas air. Carilah video Panyee Football team tu, sangat menarik! Kami siap bergambar lagi kat situ.

Cubaan menangkap bola di atas padang terapung.

Kami juga ke masjid tetapi agak sukar untuk mengambil gambar keseluruhan bangunan disebabkan kedudukannya terlalu hampir dengan rumah penduduk. Jika suka dengan kacang gajus pedas tu lebih baik beli di sini sebab di Patong takde dijual, yang kat pusat souvenir tu pepaham je lah kan, dah sewa tapak pun mahal haruslah harganya pun tinggi sikit. Di Panyee Island setengah kg THB300.

Pulau kecil di bawah ini famous selepas shooting filem James Bond di sini. Nampak tak marketing strategy mereka sangat berjaya? Beratus ribu pelancong datang sini, tak payah bagi title Datuk pun... opsss

Inilah James Bond Island. Nampak 'James Bond' tak? Ai letak gambar yang dalam air je lah ye... kalau letak gambar heroin yang kat darat telan air liur pulak kome.

Pulau ni sebenarnya di Phang-Nga, kan selalu kita nampak pakej yang dipromosikan sebagai Phuket-Phang-Nga? 

3) Discover Catamaran
Owh trip ini best! Lebih bagus jika bukan di musim laut bergelora 😂😂😂

@DiscoverCatamaran menawarkan empat pakej. Yang kami pergi hari tu program Racha + Maithon Sunset Cruise. Berkumpul di Kaneang Restaurant di Chalong Pier lalu dibawa ke Racha Island dahulu untuk bersantai di pantai dan snorkelling. Sebelum tu kami turun ke laut menggunakan slider.. bapak best! hahahh... dulu kekecik tak merasa uolsss..

Kalau cuaca baik kita mungkin boleh nampak dolphins berenang di bawah bot.

Kami menggelonsor ke laut dengan slider tu... best!!

Banyak ikan masa ni, boleh tengok di facebook atau instagram tapi tak mau dekat time ambil gambar ni.

4) Trickeye 3D Museum
Ini Muzium 3D pertama di selatan Thailand. Letaknya di bandar Phuket.

5) Menunggang ATV dan Elephant Trekking
Banyak pakej dijual, pilih dan tawar harga.

6) Hanuman World Phuket
Ada yang sukakan sukan ekstrim? Di sinilah tempatnya. Nak ber-zipline ke..skyline...roller zipline.. hah silalah ke sini.

7) Phuket City View Point
Boleh lihat sebahagian besar bandar Phuket dari sini.


8) Berjalan santai di Bangla Road Walking Street
"Bangla Road" tiada kena mengena dengan warga Bangladesh. Jalan ni penuh dengan kedai menjual souvenir, kelab malam, bar, kedai urut. Youngsters yang dok buat breakdance tak payah bawa radio besar, menari je ikut muzik yang berdentam-dentum dari kelab malam tu.

Seperti Pattaya, di sini juga ramai gadis menari di 'tiang'. Tak boleh ambil gambar, takut mak dia nampak kot hehehe.. Bangla Road ni untuk golongan 'straight', yang 'bengkang-bengkok' kat jalan sebelah. 

9) Belajar Surfing di daratan
Ai terjumpa tempat yang cool ni di jalan yang paling hampir dengan Patong Beach. Seronok melihat golongan tua muda belajar surf board dengan jurulatih professional. Kita yang jadi spectators ni oleh duduk sambil minum dan dengar muzik.

First lesson bermula jam 10.30 pagi. Harga walk-in  and member jauh berbeza.

Surf House Boardriders
162/7 Taweewong Road
Patong, Kathu
Phuket, Thailand 83150

10) Belajar Menyelam di Bangla Road Walking Street
Kolam untuk belajar tu kat Bangla Road tu aje.

11) Shopping
Ada tiga tempat membeli-belah yang besar. Di Patong ada Jungceylon shopping mall. Jauh sikit ada Central Festival dan Phuket Premium Outlet. Pasar malam di sebelah Banzaan Fresh Market tu aje.

Nak beli t-shirt boleh cari di Madunan Chehteek. Mereka supply t-shirt berkualiti ke shopping mall tetapi yang dijual di kedai mereka lebih murah dan sangat banyak pilihan. Rasanya t-shirt di sini menggunakan saiz US jadi kita kena beli satu atau dua saiz lebih kecil.

Cenderahati dan makanan banyak di one-stop-centre, Pornthip Phuket, tak jauh dari Madunan Chekteek tetapi di jalan yang bertentangan.

12) Berurut. 
Pergi Thailand haruslah berurut kan? Di sepanjang Pangmuengsai Gor Road (berdekatan Best Western Patong Hotel) kebanyakan Thai massage bermula dengan THB300 which is higher than normal rates. Cari kat jalan lain lebih murah.

Urut badan dan kaki je tau, jangan memacam. Kat pintu tu clearly written NO SEX!

13) Bermain Golf
Terdapat LAPAN golf course di Phuket. Bolehlah bermain sampai lebam. Jangan lupa tinggalkan credit card kat wife untuk dia mengisi masa lapangnya. Mental theraphy tu uols.


Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di Phuket. Yang tersenarai ini pun dah boleh penuhkan percutian selama empat lima hari. Nanti ai share lebih banyak gambar dan details ya.

So... bila nak ke Phuket??




Google+ Followers

Followers

Ping Blog

Blogged.my

Blogged.my

blogr.my

Auto Ping

Ping your blog, website, or RSS feed for Free